Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 27 Jun 2011

Hot : Pelajar UM diberikan notis larang sertai BERSIH.


Kat atas neh ialah notis warning dari pihak universiti UM kepada pelajar2 mereka yang melarang menyertai perhimpunan bersih samada secara langsung ataupun secara tidak langsung. Jika mana-mana pelajar didapati menyertai perhimpunan neh maka mereka akan dikenakan tindakan tatatertib mengikut akta AUKU.

Nampaknya ugutan demi ugutan di keluarkan untuk menakut2kan rakyat malaysia. Sebelum neh ketua polis negara dah pesan jangan sertai bersih dan sekarang menteri kdn pula cakap akta isa boleh digunakan terhadap peserta perhimpunan bersih.

Masalahnya sekarang arahan di atas neh arahan berat sebelah. Ko patut cakap semua pelajar dilarang menyertai mana2 perhimpunan baik bersih, perkasa ataupun patriot. Semua dilarang disertai oleh mereka. Okey fine kalau macam tue aku boleh tolenrasi walaupun rasa marah gak sebab larangan neh dikeluarkan untuk sekat suara mahasiswa tetapi aku rasa aku boleh faham.

Tetapi ia jadi semakin FACK, bila ko cuma keluarkan arahan bahawa pelajar2 tidak boleh menyertai bersih sahaja. Habis tue yang lain macam mana? Boleh lah tue? Sertai perhimpunan perkasa + patriot boleh ka? Pasal takde notis pun pasal mereka. Ke akan datang baru buat notis selepas arahan dari PM diterima?

Pendidikan ialah pendidikan. Ko tak boleh bersikap memihak kepada mana2 parti. Yang bagi ko duit sekarang bukan kerajaan. Tetapi pembayar cukai. Dan hari neh ko pihak pentadbir telah melawan tangan orang yang memberi ko makan. Aku tiru kata2 umno neh. Heh.

Malaysia no hope kalau terus diperintah oleh kerajaan zalim. Kerajaan pongpangpongpang cakap kita nak jadikan malaysia macam mesir. Ini terbukti kerajaan sedar bahawa mereka zalim macam hosni, kita ditindas macam rakyat mesir dan perhimpunan ini ialah revolusi.

Apa pun tak boleh lah kerajaan neh.

Ameno : Berat sebelah.

Ahad, 26 Jun 2011

Fatwa : Pakai baju bersih HARAM masuk masjid.


Sekarang neh ada fatwa baru. Kalau korang pakai baju kuning yang tertulis bersih lebih baik korang jangan jejak kaki kat masjid. Kalau korang taknak ;

1. kena halau

2.di katakan sebagai munafik

Baik korang jangan masuk masjid. Kalau nak masuk gak sila tukar baju lain. Pakai baju patriotik boleh kot. 

kah kah kah

Maklumat dari facebook yang aku dapat ialah ;

temanku ini telah dikasari,dihalau dan hampir dibelasah ketika hendak mengerjakan solat zohor di Masjid Bandaraya Likas,Kota Kinabalu oleh Hj Paiman AJK masjid tersebut..kerana apa? kerana dia memakai baju BERSIH..x cukup dgn itu Hj Paiman telah mengurniakan temanku ini dgn gelaran" MUNAFIK" kerana memakai baju BERSIH dlm masjid dan juga mungkin sempena hari Lahir Hj Paiman..
by: Abg Dai

Maksudnya kat sini ;

1. Individu kat atas neh nak menunaikan solat.

2. Tetapi ajk masjid halau dia keluar dari masjid. Itu satu hal.

3. Then cakap dia munafiq plak. Ini satu hal lagi.

Nampaknya tv3 dan media arus perdana telah berjaya menanamkan sikap benci kepada peserta bersih dan memecahbelahkan perpaduan umat islam apabila pakcik2 dan makcik2 yang takde internet kena tipu habis habisan angkara berita fitnah ciptaan mereka. Hanya Allah swt yang mampu membalas perbuatan tv3.

Ameno : Haiii pakcik.. ko neh kenapa? Tunjukkanlah teladan yang baik sebagai ajk pls.

Updated : SMS ugutan yang bodoh, 8 individu kuning yang tak berdosa dan kumpulan gilababi kaler merah.



Updated ;

Bukan 100% tapi lebih aku rasa. Saja dowh nak buat line panas. Nak tambahkan perasa lew tew. No sms yang dikatakan mengugut itu ialah 0126390039 kot. Aku tak pasti sangat. Tapi memang dari no 012. Kalau korang ada nombor dia leh share sini. 

Aku tak pasti samada kj dah buat report polis ke belum. Tapi bagi aku kalau sungguh dia takut mesti dia report polis. Dan sudah semestinya polis leh track nombor tue.  Pasal semua no maxis kena register dulu baru leh guna. Bukan macam digi. Mereka memang ada prepaid pakai buang yang leh tahan selama seminggu tak silap aku.

So apa lagi. Kesan lah nombor yang ugut tue. Bawa dia masuk tv. Aku nak dengar apa dia cakapkan. Hey aku mungkin tak kenal sapa dia tapi orang lain akan kenal dia juga. Dan kalau terbukti dia penyokong pr boleh lah kita maki dia ramai2 tapi kalau terbukti dia dibayar untuk mensensasikan suasana kita semua sudah tahu ini siapa punya angkara. So apa lagi, PUM pergilah report polis dan polis buatlah kerja. Heh.

Lepas tue yang aku tak puas ahti masa tengok berita tadi bila gilababi mengatakan bersih akan dilawan habis2 oleh patriot. Alah pepaham lah gilababi tue sapa. Perasan tak gilababi tue memakai baju apa? Ya betul gilababi memakai baju merah. Baju merah itu ialah bersempena patriot. Patriot itu apa? Patriot ialah prhimpunan dibawah PUM pada hari yang sama seperti perhimpunan bersih. 

Ini bermaksud patriot juga ialah perhimpunan. Itu satu hal. Hal yang lain patriot juga ada baju. Dan nampaknya polis tidak menahan patrioter meskipun patriot memakai baju rasmi mereka. Ini bermaksud gilababi boleh berhimpunan pada hari itu dan pada bila2 masa boleh memakai baju mereka yang mempromosikan perhimpunan mereka dan tidak akan ditangkap.

So apabila aku yang pro bersih apabila melihat kebiasan berlaku di depan mata, apakah aku boleh bersabar? Sudah tentulah tidak. Sebab itu aku gelar mereka gilababi. Aku cukup2 bengang melihat kami pro bersih ditindas dan difitnah hari2 dalam tv namun dalam masa yang sama kerajaan membela perhimpunan gilababi. Ini memang gilababi punya sistem beb. Babi gila kalau baca neh pun akan teranjang gilababi neh sebab telah memalukan geng2 babi aku rasa. Babi pun takmo mengaku dorang sedara bhai. Heh.

Dan yang aku paling tak boleh blah bila melihat dorang mengaitkan perhimpunan bersih dengan komunis dan chinpeng. Bangang dowh. Ini taktik keji. Dorang suka mengaitkan bangsa cina di malaysia dengan komunis dan chin peng. Dalam erti kata lain tv3 tadi telah menyebarkan fahaman racist supaya penonton membenci kaum cina. Aku tak boleh terima neh. Ko nak halang bersih. Aku faham ketakutan ko. Tapi ko tak boleh fitnah bersih hanya semata2 nak halang bersih. Ini salah. 

Ko nak halang bersih apa segala bagai pun kemukakan fakta bahawa bersih itu ini. Bukan sentimen emosi + ketakutan semata2. Sudah pula tue main ugut2 orang. 8 orang ditahan kerana pakai baju bersih. Alasan polis ialah alasan yang kalau babi dengar, babi pun gelak aku rasa. Heh

Kesemua mereka ditahan ialah kerana mengadakan perhimpunan haram. Polis berjaya tahan 8 daripada individu yang berkumpul disitu [lupa nama tempat] dan mereka semua akan ditahan di bawah akta apa tah.  Aku malas nak dengar. Yang aku tahu alasan penahanan tue dah cukup lawak. Hanya pakai baju kuning + berkumpul = dikatakan perhimpunan haram?

Semua orang tahu perhimpunan bersih ialah pada 9 julai. Kalau taktahu meh aku bagitau sekali lagi. Bersih = 9 julai. Mana2 individu yang berkumpul pada hari2 sebelum ataupun selepas 9 julai yang memakai baju bersih = bukan perhimpunan bersih. Maka apa sebab polis nak tahan mereka? Taktau. Ini ikut sistem gilababi agaknya.

Dalam berita yang sama khalid ibrahim cakap dia tak mampu nak bagi jaminan keselamatan kepada peserta bersih. Tujuan tv3 ialah nak mengatakan bahawa pakatan rakyat neh takmo bantu rakyat lah tue. Yang sebenarnya tv3 tak faham. Bersih memang tiada kaitan dengan khalid ibrahim dan pkr pun. Bersih ialah perhimpunan rakyat, bukan perhimpunan politik. Jaminan khalid ibrahim? Ceh. Peserta bersih sudah ada bantuan guaman lah beb. Ko tv3 sila update sebelum potpet melulu boleh tak? 

Kesian kat orang yang kena tipu. Kadang2 mereka tak sedar kena tipu. Kita nak sedarkan mereka pun susah. Selagi mana kita tak tukar pentadbiran negara selama itulah mereka akan terus ditipu oleh media arus perdana macam tv3. Sekian.

Entry sebelumnya  ;

Tadi aku tengok preview tajuk utama buletin utama malam neh. Antara tajuk utama berita malam neh ialah ;

Perhimpunan haram : Ketua pemuda umno terima sms ugutan bunuh. <-- tak silap aku ketua pemuda umno ataupun mungkin juga pemuda umno.

kah kah kah.

Lawak siot. Ambiga dapat sms, ko pun dapat sms gak? Sapa yang copy sapa neh? Kalau pertama kali logic lah juga memang ada orang nak bunuh ambiga. Tapi neh kali kedua. Taktik sama. Mangsa orang lain. Ingat ade orang nak percaya? Lebih kepada taktik nak raih simpati je.

kah kah kah

Apa-apahal tunggu berita berlangsung dulu. Lepas tue aku update sini. Kalau korang tanya aku mudah je persepsi aku. Dorang sekadar nak raih perhatian dan memburukkan pakatan dalam waktu yang sama. Apa pun tak boleh lah dorang neh. 

Ameno : cakap je najib kena ugut lagi gempak beb. kah kah kah

Kaitan NCIS [8] dengan video seks anwar ibrahim.

Semalam aku tengok rancangan NCIS siri ke 8 kat channel fox 710 saluran astro. Adoi cabaran makin getir sebab drama neh dah takde sarikata macam dulu. Kalau dia cakap laju2 mana dan aku nak catchup apa yang dorang bualkan. Pepaham orang putih nya speaking bukan macam kita. Kita cakap kira ada lagi udara sempat nak mencelah tengah2 ayat. Kalau orang putih betul2 speaking nak2 orang amerika nya speaking memang lah laju gila. Itu belum lagi masuk dengan slang bahasa tempatan + shortform sana sini. Dorang nya english tak sama macam london punya english beb. Memang terlari2 gak lah akal aku semalam.

Yang sebenarnya kalau nak faham betul2 boleh je tukar kepada suara bahasa melayu. Tapi aku tak boleh berbuat demikian. Pasal aku sungguh2 tak suka. Betul2 tak selesa. Aku sebenarnya suka dengar orang putih speaking. Sambil2 tue baca sarikata kat bawah tue. Macam ilmu pula aku rasa. Tapi sekarang aku cuma leh dengar dorang speaking je. Sebab astro tongong neh sanggup buang duit untuk orang alih bahasa ke bahasa melayu daripada buat sarikata. Aku rasa takde orang suka tonton drama omputih dalam bahasa melayu. Kalau nak dengar sangat orang melayu bercakap baik aku buka drama melayu. Apa ada hal.

Episode NCIS semalam berkisarkan seseorang yang boleh menyerupai orang lain dengan memakai topeng. Topeng muka yang dibuat pula betul2 seiras dan menyerupai orang yang ditirunya. Aku tertarik nak tulis kat sini sebab apa kebetulan ianya sedikit sebanyak ada kaitan dengan pelaku video seks anwar ibrahim.

Antara adegan yang aku tonton semalam ialah penjenayah yang pakai topeng muka tue ter-rakam dalam cctv. Seseorang telah menegur dia. Dan dia jawab. Kemudian tiba2 orang yang tegur dia menjadi terkejut. Apa maksudnya disitu? Nanti jap aku bagitau.

Dalam rancangan NCIS tue dia cakap di pentagon ada satu unit khas yang memang specialise dalam bab2 teknologi penyamaran untuk misi undercover termasuklah pembuatan topeng muka. Taktau betul ke tak betul. Takanlah pentagon bangang2 nak dedahkan rahsia sulit mereka dalam drama tv pula? Apa pun aku tak nak buat apa2 conclusion kat sini. Kang penyokong umno cakap aku banyak sangat tengok drama tv sampai terpengaruh pula.

Then seseorang boleh meniru wajah orang dengan begitu serupa sekali sehingga tidak dapat dibezakan oleh mata kasar kita. Tetapi kat dalam kes neh yang membuatkan penjenayah terkantoi ialah ;

1.  Wajah serupa tetapi bukan pada ketinggian dan bentuk badan.

2. Wajah serupa tetapi bukan pada suara.

Hah. Yang betul2 membuatkan penjenayah tue terkantoi ialah disebabkan dia takley tiru suara asal individu terbabit. Faham tak kat sini? Maksudnya kemungkinan ada seseorang yang memakai topeng muka ketika melakukan aksi seks memang logik. Teknik makeup yang cemerlang boleh menutup kesan pemakaian topeng. 

Tapi aku tak nafikan hujah bahawa ada seseorang yang menyerupai dsai telah digunakan untuk menjatuhkan dsai adalah lebih kuat. Sebab apa dalam pendedahan terbaru yb johari ada mendedahkan perbezaan hidung pelaku video seks dengan hidung dsai. Artikel pasal tue nanti aku akan perincikan kejap lagi. Aku akan tulis balik satu persatu video ulasan yb johari agar apa kita dapat sampaikan maklumat pada mereka yang tak dapat tonton video tersebut.

Ameno : Video mat sabu dalam proses pula.. <-- info dari penyokong umno. kah kah kah. Macam2 daa
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...