Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.
Memaparkan catatan dengan label Sisa toksik. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sisa toksik. Papar semua catatan

Jumaat, 1 April 2011

Terbaru : Media antarabangsa ulas malaysia ambil risiko untuk industri rare earth

The New York Times telah mengulas kesanggupan kerajaan malaysia membina kilang memproses tanah jarang [rare earth] yang mengundang bahaya radiasi dan kesihatan kepada penduduk di sekitar kuantan.

Berikut ialah petikan tersebut ;


Untuk bacaan penuh artikel tersebut, klik sini.

Ada beberapa point menarik sini yang aku nak petik ;

1. Industri rare earth ini akan menghasilkan banyak sisa radioaktif.

2. Macam mana lynas nak hapuskan sisa ini, aku belum tahu.

3. China mempelopori industri ini. Dan terdapat laporan bahawa banyak sisa toksik terhasil di china.

4. China juga mula tunjuk lagak kepada beberapa buah negara disebabkan china satu-satunya negara yang berani mempelopori industri rare earth secara besar-besaran sehingga menguasai permintaan dunia hampir 95%.

5. Bagi menamatkan riwayat china yang berlagak [kebergantungan kepada china] sudah tentulah negara yang bergantung harap pada industri rare earth untuk bahan mereka, mengharapkan agar ada negara lain mempelopori industri ini untuk menampung permintaan dunia.

6. Industri rare earth ini akan menghasilkan bahan yang boleh digunakan untuk membuat iphone, bom dan badan [body] kereta dan pelbagai lagi.

7. Ini bermaksud ada permintaan yang besar dari dunia antarabangsa untuk bahan mentah yang terhasil dari industri ini. Industri ini sebenarnya menghasilkan logam. Dan logam ini mempunyai pelbagai kegunaan antaranya seperti yang diterangkan di atas tadi.

8. Ini juga bermaksud malaysia akan untung bukan sekadar berjuta-juta setahun tetapi berbillion-billion setahun akibat permintaan yang sangat tinggi untuk industri pemprosesan tanah jarang ini.

9. Menteri besar pahang memberikan jaminan bahawa industri ini selamat. Dalam erti kata lain adnan menjamin bahawa tidak akan berlaku masalah kesihatan akibat sisa toksik dan pencemaran sungai akibat radioaktif.  Lihat bawah ;



Untuk bacaan penuh klik sini dan klik sini untuk melihat kronologi kilang yang hampir serupa pernah dibina di perak telah menghasilkan sisa toksik yang berbahaya kepada penduduk sekitarnya suatu masa dulu sehingga menyebabkan kematian dan operasi kilang tersebut ditutup.

10. Apa yang merisaukan rakyat ialah ;

- pemimpin malaysia semakin lama semakin terbukti suka menipu dan menyeleweng wang cukai rakyat. Apa yang lebih parah wang zakat juga tidak disalurkan ke tempat yang betul. Ramai orang susah di malaysia gagal mendapat bantuan yang se-adilnya dari pusat zakat dan jkm. Wang zakat ditahan-tahan dan disimpan oleh mereka [pusat zakat]. Mungkin digunakan untuk pelaburan kot?

- kepercayaan rakyat terhadap pemimpin telah hilang akibat kredibliti mereka yang sangat-sangat dicurigai. Contohnya isu di atas. Menteri besar pahang memberikan jaminan bahawa industri ini tidak membahayakan penduduk. Tetapi untuk pengetahuan korang, bagi pemilik industri yang menghasilkan sisa toksik yang berbahaya seperti ini mereka sendiri pun hanya mampu menjamin 'kurangnya bahaya radiasi kepada penduduk' bukan "tiada radiasi seperti kata-kata menteri besar pahang ini'.

- jika kita lihat banyak tanah-tanah di pahang musnah akibat ketamakan pemimpin di sana. Pahang hutan musnah. Pahang ada kasino. Kini pahang ada industri yang menghasilkan sisa toksik pula. Tetapi pahang bukanlah negeri yang maju di malaysia. Pelik. Heh.

11. Dan jika kita teliti ke dalam sket, kita akan dapati bahawa ;

- industri tanah jarang ini mempunyai keuntungan yang sangat besar akibat permintaan yang sangat tinggi dari negara-negara maju.

soalan : negara-negara maju tersebut tidak pula berani buat kilang seperti ini di negara mereka, kenapa? Sedangkan keuntungannya sangat tinggi. kenapa?

- industri ini mampu melonjakkan pendapatan negara 

soalan : kenapa kerajaan malaysia beria-ria nak cari keuntungan segera? Dan apakah kesan nya kepada penduduk sekitar? Apakah pelan [langkah-langkah pencegahan] yang kerajaan ada untuk memastikan sisa toksik tidak mengalir keluar ke tempat yang tidak sepatutnya sehingga membahayakan nyawa penduduk? Adakah pelan tersebut di edarkan agar rakyat dapat menilai keberkesanan nya? Adakah kerajaan telah sign perjanjian dengan penduduk sekitar agar hak mereka terjamin dan terlindung jika bahan radiasi didapati mengangu kehidupan mereka kelak? Ini semua perlu difikirkan.

- industri ini akan memproses bijih yang dilombong dari mount weld australia sebelum dibawa ke malaysia melalui kapal kontena untuk diproses. 

soalan : kenapa perlu angkut jauh2? Bukan kah ini akan mengakibatkan kos pengangkutan yang tinggi? Kenapa tidak dibina berdekatan lombong di australia kalau industri ini tidak berbahaya kepada kesihatan penduduk dan negara tersebut?

12. Kilang ini di jangka akan memulakan operasi mereka pada bulan september tahun ini. 


Ameno : bina kilang nuklear sebelah rumah menteri.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...