Parlimen mendedahkan sebanyak 9,575 kes rogol bawah umur berlaku di malaysia sepanjang tempoh 5 tahun terakhir neh iaitu di antara tahun 2005 hingga ke tahun 2010.
Banyak tue. Dekat 10ribu. Itupun belum tentu semua mangsa rogol melaporkan kejadian rogol kepada pegawai polis atas sebab-sebab tertentu. Kalau kira secara putara 1915 kes rogol bawah umur dilaporkan kepada pdrm setahun. Kalau dipecah mengikut bulanan kes rogol bawah umur lebih kurang 150++ sebulan di mana setiap hari sekurang-kurangnya 5 kejadian rogol bawah umur dilaporkan setiap hari di balai polis. Itu macam yang aku kata tadi, kalau dilaporkan. Belum masuk lagi kes yang tidak dilaporkan.
Satu je soklan yang terbit dari kepala hotak aku sejak tahu stastistik kejadian rogol bawah umur neh ;
Berapa ramai remaja muslim yang telah dirogol?
Kadangkala kes rogol bawah umur neh bukanlah melibatkan seks dalam paksaan. Tetapi ada yang suka sama suka. Ianya menjadi kes rogol bawah umur sebab remaja perempuan tersebut tidak cukup umur untuk melakukan seks secara 'sah' menerusi undang-undang kita. Kalau dah melepasi umur tertentu, maka mereka boleh melakukan seks tanpa kongkongan kecuali orang islam yang mana akan di tangkap oleh penguatkuasa agama kalau melakukan seks luar nikah.
Rujuk berita bawah ;
Langkah-langkah yang dibuat oleh PDRM nampaknya tak berkesan untuk menangani kes2 seperti ini. Langkah2 yg dibuat oleh kementerian pun nampaknya tak berjaya menyelesaikan isu sosial neh. Langkah yang lebih efisien perlu di cari, kalau tidak kita bakal menyaksikan kebanyakkan remaja muslim malaysia hilang dara sebelum layak waktu mereka.
Ameno : seks pakai buang..
