Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.
Memaparkan catatan dengan label Piala Suzuki 2010. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Piala Suzuki 2010. Papar semua catatan

Selasa, 28 Disember 2010

1,000 strategi Indonesia untuk menang piala suzuki esok!


Aku time baca komen-komen dari orang indonesia perihal bola memang akan tergelak sendirian. Betul2 lawak mee sedap. Kelakar yang amat. Kadang2 aku ras dorang neh memang sengaja buat lawak. Mungkin nak hibur ahti yang bosan.

Cuba tgk komen2 kat atas neh sebagai bukti. Siap nak bakar bendera lah. Perghhh.. penjaga garisan pun kena kutuk wa cakap lue.. kah kah kah
FB aku, group aku, blog aku penuh ngan komen2 dorang sejak dua menjak neh.. kat shoutbox aku pun dorang terjah.. perghh.. takboleh blah, aku provoke sket.. dorang cepat melatah jenis tak tahan emosi.. ada ahti nak main provoke2 sebab tue lah aku cakap jangan men provoke kalau tak tahan kena provoke.. kah kah kah

Tapi aku rasa komen kat bawah neh yg paling lawak biol.. kah kah kah baca bebaik beb.
Ugut kemain hebat tapi cuak juga enh dengan penyokong2 Malaysia rupanya..

Siap buat filem lagi, Marcus pun kalah cam neh aku rasa. Kah kah kah.. Aku rasa dorang neh memang dah dipengaruhi watak2 dalam sinetron lah, macam citer pari2 yang ada kat dalam bawang putih dan bawang merah tue.. semua skrip yang bebal2 belaka dorang cipta.. ada ke patut belum apa2 dorang dah suspect kita akan bawa laser dan menyamar sebagai penyokong indonesia?

Sapa lar bagi script bebal cam neh kat admin dia enh. Admin dia neh penuh dengan syak wasangka yang melulu.
Yang paling tak boleh blah ada artis indonesia yang nak pakai seksi untuk alih tumpuan pemain malaysia. kah kah kah.. adoiiii lawak gileeeee.... biar betik dorang neh.. kah kah kah


Dorang neh memang beria-ria nak menangkan. Sampai sanggup usaha itu, usaha ini. Kah kah kah.. macam2 strategi yang pelik2. Macam2 konklusi yang lawak2. Lantak koranglah indonesians weh.. asalkan lue tahu, malaysia tetap cool dan rasional kalah mahupun menang.. kah kah kah


Ameno : Desperate gila nak menang punya pasal kah kah kah..

Isnin, 27 Disember 2010

Perang Online : Malaysia VS Indonesia.

Sejak Indonesia kalah bola semalam, pelbagai serangan dilakukan kepada rakyat malaysia melalui pelbagai medium secara online, samada menerusi blog, twitter, facebook, dan website milik Indonesia. Adoiiiyaii aku nak tergelak pun ya, sebab apa rasa cam kelakar sangat tengok mentaliti kebudak-budakan Indonesia daripada rakyat biasa hinggalah kepada pemimpin mereka. Seme jenis provoke lebey, isi tarak.

Untuk pengetahuan pembaca Indonesia, sebelum neh pun kami rakyat malaysia pernah kalah bola dengan Indonesia, 5-0 lagi, tapi takde pula kami melatah dan menyalahkan laser semata2. Siyes. So bolehlah bandingkan kematangan kami dengan kematangan kamu.. jauh berbeza bukan?

Dan kalau nak tahu sekarang media Indonesia dah mula mengarut macam orang BODOH, menghasut rakyat Indonesia untuk benci Malaysia. Siyes, tengok sini.



Dah tengok kan? Dah kalah tue kalah lah, neh apahal pula menyalahkan laser tak pepasal dari malam tadi bawak ke siang sampai nak lancar peranglah, ugut macam2 lah, bunuhlah, maki la, nak baling bom lah.. boleh baca sini [link dia nanti aku bagi, blog lagi satu dah kehabisan bandwith nanti nak pergi topup]



Aku bagaimanapun nak bagitau Indonesia beberapa perkara, biar dorang buka sket minda kebudak-budakan dowang tue.

1. Ketika Gunalan nak buat sepakan percuma, pemain indonesia dok tolak2 pemain malaysia. Ingat aku tak nampak ke weh? Aku nampak taw.. Marcus tue saja cuak pasal dia rasa gawang indonesia confirm bolos punya malam tue. So ada tak pemain2 malaysia menghentikan perlawanan? tarak.. pasal we all pro beb, pro. profesional. Heh.

2. Lepas tue tiba2 Marcus mengamuk pasal lazer kena mata dia. Siyes aku tak nampak time bila lazer kena mata dia tapi ketika separuh masa pertama, memang aku perasan ada cahaya lazer suluh2 kat baju Marcus. Benda benar beb, benda benar aku cakap, takmo tipu2. Tapi aku tak percaya Marcus kena lazer kat mata, aik fikir logiklah ble lazer tue dah kena mata dia mana dia nak perasan lagi? Lagipun dia dah buta ke belum? Enh tak buta enh? So kemungkinan besar Marcus berlakon je lebey, aku tgk si Marcus tue mmg wayang lebey, sama cam aksi tarik kaki Gunalan.. lebey2 plak nak tarik2 kaki, dah kalah tue kalah lah woittt.. enh ada tak rakyat malaysia yang protes tindakan tue? takde kan? Sebab rakyat malaysia bukan sahaja pro, malahan kita orang coolll... inikan cuma game aje so takyahlah nak emo lebey2 beb. Heh

3. Belum terbukti tembakan lazer tersebut ialah dari penyokong Malaysia. Belum terbukti beb. Sapa ada bukti? Ada? Takde kan, so apsal nak tuduh2, pada pemerhatian aku, lazer tue datang dari penyokong Indonesia. Dorang main2 lazer baju Marcus banyak kali ble pemain2 bola tengah sibuk sepak bola utk jaringkan gol. Pelik aku. Time pemain Malaysia nak jaring gol je mula lah lazer tue menyemak cam nak mengangu kosentrasi pemain Malaysia. Dah tue lazer tue di pancarkan ke perut Marcus, bukan muka atau tangan dia, so Marcus memang takan perasan sangat sebaliknya pemain2 lain yang akan perasan dan terjejas konsentrasi. So lazer itu digunakan untuk bantu Marcus, bukan mengenakan Marcus, dalam erti kata lain Marcus main tipu dengan lazer. Lazer tersebut membantu Marcus, dan ini tidak adil. Heh

Dan tgk sini

4. Video youtube yang membuktikan penyokong indonesia main tipu dengan lazer. Aishh tak nampak pun pemain Malaysia protes dan keluar padang? Tak nampak pun penyokong Malaysia [termasuk saya] protes online. Pasal apa? Pasal kami matang dan berfikiran bijak. Siyes. Kemungkinan besar si pemlazer malam tadi ialah orang Indonesia, bukan dari rakyat Malaysia. Kantoi dah..

Marcus mengamuk sebab taktik wayang dia dah terkantoi. PADAN MUKA!

5. Tengok plak perang facebook. Habis semua rakyat Malaysia kena serang menerusi inbox [termasuk saya] dan di kutuk2 kat semua page pro Malaysia termasuk page KBSB, Maher Zain Malaysia, Rosmah Mansur, dan DSAI.

6. Tengok sini pula, dok kutuk2 malaysian kat facebook. Adoiiiyaii.. ugutan mmg macam2, sebab tue aku risaukan keselamatan pemain dan penyokong Malaysia, venue patut ditukar, orang indonesia neh bukan boleh main2, kemungkinan besar dorang memang nak attack orang Malaysia neh, kesian rakyat Malaysia tak pepasal kena aniaya lagi..





Baca komen indonesians neh cam baca komen bebudak, silap2 bebudak pun lagi matang dari dorang. Nak ajar penyokong malaysia konon, uishh hebatnya, tapi takut pak polisi, kalau dah hebat sangat, ajar sekali pak polisi tue, pak polisi kat malaysia neh hebat, dorang terer guna gas beracun taw. kah kah kah terai lah lawan polis di malaysia kalau betul2 hebat beb..

Dah tue sampai ke artis2 dorang sekali mengutuk2 kalah angkara lazer. Apa ke bangang daaa.. kalau dah kalah tue kalah jer lah, takyah bagi alasan semak2 weh.. ketika safree sali sepak gol kali pertama ada ke lazer kacau tumpu marcus? Takde kan? Marcus terjejas sebab putus cinta ke apa ke mana korang seme tahu, adalah dia mood tak baik malam tue.. tetiba dia salahkan lazer. Senang kerja dia, daripada orang salahkan dia pasal indonesia kalah, so dia cari jalan salahkan lazer, alih tumpuan, pandai betul berlakon sebijik cam umno. Heh

7. Senang cakap, indonesia takyahlah nak ancam2 kita owang lagi, kita orang tak kesahlah pun kalah menang [memang nak menang sangat] kita orang terima dengan redha sebab ini adat pertandingan. Agak2lah nak belit cakap malaysia tak hormat lagu indonesia lah apa lah, yang suka sangat nak memerangkan Malaysia dengan Indonesia napa? Jangan termasuk dalam perangkap media Indonesia tue, dorang mmg expert bab melaga2kan Malaysia dan Indonesia.

8. Dengar citer Indonesia nak wat protes sebab kalah malam tadi, protes pasal lazer enh? Tak kesahlah nak protes ke, nak demo ke, tapi sendiri mau ingatlah, rakyat malaysia memang penyabar orang nya, tapi jangan dok pijak2 kesabaran kami lama2, kami mungkin kalah dari segi kuantiti dan kekuatan, tetapi satu perkara yang kami lebih dari kamu dari dulu sampai sekarang ialah RASIONAL. Kami RASIONAL dalam setiap keputusan kami, dan selalu nya manusia yang pandai buat keputusan RASIONAL akan menang. Heh.


Ameno : Kucing pun gelak tengok fans indonesia wat lawak lazer.. kah kah kah


Ahad, 26 Disember 2010

Keputusan penuh Piala Suzuki Malaysia VS Indonesia.

Ini ialah keputusan penuh Piala Suzuki final pusingan pertama.


Nama pemain Malaysia.


Nama pemain Indonesia.



Maklumat pemain melalui jadual ini hanyalah anggaran sahaja.

Malaysia menang final pusingan pertama ini dengan
3 gol manakala Indonesia 0.

Malaysia menjaringkan gol pertama pada minit ke
60. Gol di jaringkan oleh safee sali. (sepakan)

Malaysia menjaringkan gol kedua pada minit ke
67. Gol di jaringkan oleh Ashari. (sepakan)

Malaysia menjaringkan gol ketiga pada minit ke
72. Gol di jaringkan oleh safee sali. (tandukan)

Malaysia dan Indonesia tidak pernah memenangi Piala Suzuki, namun Indonesia pernah mara ke perlawanan akhir piala suzuki, sebanyak 3 kali. [Termasuk yang ini, kali ke 4]


Aku rasa kalau ada kat stadium tadi lagi best. Sebenarnya ketika di tengah perlawanan [pada minit ke 56] tadi ada sedikit kelam kabut bila ada cahaya laser hijau yang mengangu penjaga gol indonesia, iaitu marcus. Di sebabkan cahaya laser tue, Marcus ajak semua pemain indonesia keluar padang. Pada ketika itu Gunalan [pemain malaysia] sebenarnya tengah dalam mood nak serang [sepakan percuma].

Sebelum tue pun memang Marcus dah naik angin pasal cahaya laser hijau tue, aku pun perasan melalui kaca tv, jelas laser tue melaser baju marcus, tapi aku nak bagitau, tak semestinya orang Malaysia yang buat benda tue.
So, janganlah nak tuduh2 plak enh. Apa pun lainkali tak payahlah bawa laser kalau tujuan nak provoke2 pemain bola sepak. Nak support pemain buatlah cara nak support pemain. Jangan buat kerja bodoh weh.


Ada penyokong yang siap baling mercun lagi ketika perlawanan dihentikan seketika. Taktahu la sapa tapi bengang agaknya sebab perlawanan di hentikan tiba2.
Lebih kurang 5 minit selepas tue [tak silap aku] barulah permainan di sambung semula. Start dari tue, terus Malaysia dapat jaringkan gol bertubi2.

Sebenarnya ketika di awal permainan tadi aku dah tengok pemain Malaysia memang banyak menyerang. Namun selepas Malaysia mendapat 2 gol, aku tengok ada lah pemain2 malaysia yang lengai sampai bagi peluang kat arif [pemain indonesia] dan sapa tah lagi sorang [lupa nama] hampir2 menjaringkan gol.

Sebelum tue memang ada pemain Indonesia dah tembus gawang Malaysia tapi tak dikira sebab offside.
Walaupun perlawanan belum tamat lagi, tetapi penyokong Indonesia macam dah hilang semangat nak sokong pemain dorang, sebab apa, lepas je pemain Malaysia jaringkan gol yang ketiga, penyokong Indonesia mula keluar dari stadium beramai-ramai, kecewa kot. Tapi masa Marcus kecoh pasal laser aku tengok kemain joget lagi penyokong Indonesia depan kamera tv tue ya.. hahahaha..

Apa pun aku sedikit kecewa sebab kita tak dapat padam rekod kalah teruk ari tue, 5-1 dengan indonesia, namun pemain malaysia memang layak diberikan pujian. Seronok sangat bila menang betul, tapi ble kalah memang rasa geram sampai nak maki2 pemain. Sabarlah ya pemain2 malaysia, penyokong macam kami neh memang kadangkala terlebih2 over. hahahaha..


Artikel ini akan di update dengan gambar dan video kelak.


Updated








Kredit : sini

Ameno : Memang terbaek arh.. best!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...