Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.
Memaparkan catatan dengan label MRT. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label MRT. Papar semua catatan

Khamis, 29 Disember 2016

Netizens Ragu-Ragu Dengan Pendedahan Rafizi - Ini Apa Yang Rafizi Patut Tahu.

Selalunya Rafizi yang akan membuat pendedahan, membuat teguran, memberi nasihat dan kenyataan. Jarang sekali Rafizi dinasihatkan. Terutamanya oleh penyokong-penyokong pembangkang ataupun yang anti BN meskipun tak semestinya dia pro kepada pembangkang. 

Dan ini adalah teguran terbuka kepada Rafizi. Sebelum dia tersadung lebih teruk, pergi lebih jauh dengan ego yang semakin melangit, mari kita sama-sama betul membetulkan kelemahan dan kesalahan masing-masing.

Baru-baru neh Rafizi ada buat satu poll.

Lihat eh.


Hasil dari poll itu menyatakan 69% konfius dengan kos keseluruhan MRT.

Poll ini dibuat oleh Rafizi pada 19 Dec 2016. Dua hari selepas Rafizi membuat pendedahan tentang kos MRT, iaitu pada 17 Dec 2016. Rujuk sini.

Majoriti memilih saya pun konfius. Ya, saya pun konfius. Di poll yang dijalankan oleh Rafizi sendiri ya.

Rafizi sebenarnya ada buat beberapa kesilapan dalam pendedahan yang pertama yang akhirnya memaksa aku membuat pembetulan disini.

Kenapa aku nak sangat buat pembetulan neh bukanlah kerana aku anti Rafizi ke apa tetapi kalau kita nak tarik kepercayaan orang dan keyakinan pengundi kita mesti gunakan fakta yang betul ketika mengkritik agar benda tu tak berbalik semula pada kita.


Rafizi juga ada buat pembetulan tetapi dia menyalahkan pihak MRT tidak mendedahkan kos sebenar padanya. Yang mana aku rasa, kemon la abang Rafizi. Kita dah tersilap tu tersilap je la. Better kita mengaku dan betulkan. Tak perlu kita perbesarkan kesilapan dengan salahkan orang lain pula.

Dalam pembetulan tersebut aku berpendapat adalah wajar jika kita minta kerajaan dedahkan kos keseluruhan (anggaran awal) tentang pembinaan MRT. 

Adakah ya atau tidak seperti yang tercatat dalam website bahawanya kerajaan menganggarkan kos keseluruhan MRT ialah 36b @ 40b pada tahun 2011 - 2012 ? ==> http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/article/445-kolumnis/10758-mrt-fungsi-dan-kebaikanya.html

Dan akhirnya MRT mengesahkan. Ya. Maksudnya ya pada AWALNYA MEMANG KERAJAAN ANGGARKAN KOS KESELURUHAN PROJEK INI BERNILAI di antata 36b - 40b. Fakta. Rujukan aku disini ==> http://www.malaysiakini.com/news/367156 

Ya atau tidak berlakunya peningkatan kos? Jawapannya YA.

Faham kan?

Rafizi dan PKR awalnya bagi peluru lain sebelum tukar peluru. Peluru awal PKR hanya menyebut MRTLINE1 dijangka akan mencecah 100b. Ingat ya MRT ada 3 jajaran. PKR serang jajaran pertama MRTLINE1. Kata PKR kos akan meningkat sehingga 100b. PKR suarakan kebimbangan dan benda tu dilaporkan secara berleluasa melalui hebahan media rasmi oleh PKR juga.


Perkara itu akhirnya dibuktikan salah. Ya salah. Kos MRTLINE1 ialah 21b. Fasa 1 dan fasa 2. Sekarang secara tiba2 PKR tukar peluru kepada kos keseluruhan projek MRT akan mencecah 100b.

Kesilapan kecil inila akhirnya digunakan oleh team cyber BN untuk memperlekehkan reputasi Rafizi. Rafizi seperti biasa teruskan perangai dia je yang betul pasti betul tetap betul, jika dia akui kesilapan kecil ini, pastinya tidak akan berbangkit kepada kesilapan lebih teruk. Rafizi enggan akui kesilapan tersebut dan aku macam tak berapa faham kenapa Rafizi ego. Benda tu dia je yang boleh jawab. 

Sebenarnya point penting dalam isu MRT neh ialah, memang berlakunya peningkatan kos. Ianya dah disahkan oleh MRTCorp sendiri. Bukannya fitnah. Titik.

Wajar atau tidak projek dinilai dengan kos tersebut?

Berlaku ketirisan atau tidak dengan projek tersebut?

Ini yang kita patut focus.

Rasanya Jabatan Audit Negara akan audit kewangan MRTcorp kerana projek neh dibawah kerajaan 100% meskipun Najib pernah nyatakan akan terima dana swasta sebanyak 40b dalam pembentangan bajet suatu ketika dahulu. Sehingga kita temui bukti berlakunya ketirisan lebih baik kita focus tang kewajaran kos. Setimpal atau tidak dengan nilai semasa. Itu yang patut dikaji oleh kita bersama. Lambung isu kos neh sebetulnya tak tepat jika dibuktikan nilai projek itu wajar.

Jika ditanya pada keperluan aku rasa kita memang perlu kepada pengangkutan awam yang efisien, cepat dan murah. Dan bukan hanya setempat malahan menyeluruh satu Malaysia. Jangan fikir nak keuntungan semata-mata sahaja. Hak menikmati pengangkutan awam yang efisien sepatutnya diseimbangkan antara penduduk bandar dan luar bandar.

Oke berbalik kepada point nak menasihati Rafizi tadinya tu. Ketika Rafizi mengwar-warkan isu kos rundingan 7b, sesetengahnya mulai rasa ragu-ragu. Patut percaya atau tak patut percaya dengan Rafizi. Aku membaca benda tu di laman sosial. Ada yang sindir-sindir juga. Baik di kalangan pembangkang apetah lagi di kalangan BN kannn.

Sebenarnya isu MRT ini hanyalah salah satu isu yang mempersoalkan reputasi Rafizi. Selain dari isu neh terdapat beberapa isu lain yang membuatkan netizens mempersoalkan intergriti Rafizi. Antaranya isu Langkah Kajang yang paling glamer tu. Isu tersebut bukan sahaja benamkan Pakatan Rakyat bahkan benamkan reputasi Anwar ke tahap paling teruk dalam sejarah karier politik Anwar Ibrahim.

Dan seterusnya apabila Rafizi kalah dalam beberapa prosiding saman. Dan apabila pemimpin PKR meminta maaf kepada Tan Sri Khalid Ibrahim. Dan apabila Rafizi bongkarkan isu rasuah seks. Rafizi diserang oleh team sendiri. Apabila Rafizi tidak mengkritik beberapa langkah kurang cerdik DAP Penang dalam beberapa projek mereka yang dipertikaikan oleh orang awam. Apabila Rafizi juga berniat nak teruskan plan seakan-akan Langkah Kajang bagi menjadikan Anwar PM jika pembangkang menang. Dan apabila Rafizi terkantoi dalam beberapa statement mengkritik pemimpin BN.

Sebenarnya, dalam banyak-banyak wakil rakyat pembangkang, Rafizi Ramli antara yang boleh diharap untuk buat kerja dan membantu rakyat. Rafizi ialah wakil rakyat yang bagus pada aku.

Entah kenapa kadang-kadang dia spin sana spin sini ketika berhujah tidak dapat difahami oleh aku sampai sekarang.

Mungkin dia terpaksa. Adat berparti kadang-kadang kita terpaksa bermuka-muka dan hipokrit demi nak menutup beberapa kelemahan parti dan melindungi reputasi pemimpin tertentu.

Aku harap Rafizi boleh berhenti berbuat begitu. Aku tak rasa Rafizi jadi wakil rakyat sebab nak kaya. Rafizi juga ada tujuannya yang tersendiri. Aku tak berapa tahu sangat tujuan dan matlamat Rafizi dalam bidang politik neh. Pergerakan dia aku tak dapat baca lagi. Lagipun Rafizi masih lagi selesa di alam kapitalis. Sesuatu yang aku lawan.

Cuma aku harapkan Rafizi boleh berhenti putar-belit. Dia dah kantoi banyak kali. Bukan sekali dua. Aku boleh je abaikan putar-belit demi putar-belit yang dia dah kantoi tu tetapi dia kena faham benda neh ada kesan. Pada yang tegar pembangkang macam aku, putar belit sebegini paling kurang pun hanya membuatkan aku menilai dan menyemak semula point-point yang disebarkan Rafizi. Aku tidak akan berpaling tadah memangkah Barisan Nasional. Sekurang-kurangnya tidak buat masa sekarang.


Tetapi pada yang masih ragu-ragu atau baru berjinak-jinak nak membangkang benda neh boleh memberikan kesan kepada mereka.

"Ahh jadi Rafizi rupanya menipu dalam isu neh.. so kerajaan tu kena fitnah la eh".

"Ahhh jadi Rafizi sebenarnya spin point sekian-sekian, makanya kerajaan tak buat macam tu la eh".

Dari elok-elok nak mengundi pembangkang boleh jadi mereka melihat pembangkang sebagai kaki pembohong dan kuat spin.

Tak dinafikan pemimpin BN lebih teruk. Kualiti yang ada pada menteri-menteri BN terlalu sadis sehingga tak dapat digambarkan kebangangan mereka dengan kata-kata. Tetapi mereka masih menteri dan kedudukan mereka itu diletakkan oleh pengundi. Maksudnya bangang-bangang pemimpin-pemimpin BN sekalipun, mereka masih ada pengundi dan penyokong yang tersendiri yang membuatkan mereka terus menguasai kepimpinan negara.

Oleh kerana yang kita nak ubah ini ialah mindset pengundi, maka perlu ada satu garis panduan. Jika kita mengatakan pemimpin BN penipu, apakah kita tidak menipu? Jika kita menipu juga maka apa perlunya pengundi undi penipu yang lain? At least BN penipu yang dikenali cara penipuannya berbanding pembangkang. Ntah macam mana agaknya dorang nak menipu, takut wei. Taktahu. Ini juga merupakan sentimen. Faktor orang takmo undi pembangkang.

Jika kita kata BN pemimpin rasuah dan korup, apakah pemimpin pembangkang juga bersih dari sebarang amalan ketirisan?

Kita boleh je sebut, ah SPRM tak dakwa mana-mana pun pemimpin pembangkang maka terbuktilah kami bersih. Namun perlu diingati pengundi tak melihat itu sebagai penanda aras samada satu2 pemimpin itu bersih ataupun korup. Ini kerana fahaman mereka, jika satu2 pemimpin itu ada masalah intergriti dan moral, BN akan gunakan dua cara.

Pertama - pemimpin tersebut akan jadi spy dan pak turut kepada agenda BN.

Kedua - akan sampai satu masa, ia didedahkan untuk mengucarkacirkan kepimpinan parti pembangkang.

Mereka mungkin tak ada bukti kukuh, cukupla dapat bukti yang boleh meragu-ragukan pengundi.

Tak dapat buat pengundi sokong BN tak apa, cukup dia ragu-ragu dengan pembangkang. Tak faham ke strategi ini?

Sebab tu Rafizi antara yang lantang membuat pendedahan dan kritikan perlu kembali menilai strategi politiknya. Sekali sekala makanlah nasihat dari orang biasa yang tak punya apa-apa kepentingan ke atas kedudukan kamu.

Dipercayai PRU akan berlangsung awal tahun 2017. Jika benar maka tinggal lagi beberapa bulan dari sekarang.

Dengan keadaan pembangkang yang kucar kacir dan semakin huru hara apabila satu persatu parti bergaduh sesama sendiri dan sesama kawan, adalah amat baik jika Rafizi dapat kurangkan kesan kerosakan tersebut dengan hanya menyebarkan fakta dalam pendedahan demi pendedahan pada masa akan datang.

Jangan bimbang, walaupun aku mengkritik Rafizi, dia masih antara wakil rakyat kegemaran aku yang aku anggap boleh buat kerja dengan baik bahkan layak menjadi menteri jika PH menang kelak.

Rabu, 28 Disember 2016

Rafizi Dakwa Kos Sebenar MRTLINE1 Ialah 28b Bukannya 21b - 7b Disorokkan Dari Pengetahuan Umum - Betul Ke?

Kenyataan MRT Corp (mewakili Kerajaan Persekutuan) yang cuba menyatakan saya melakukan kesilapan apabila pernah menyebut bahawa projek MRT ini dahulunya diumumkan sebagai projek usahasama awam-swasta (“public private partnership” atau PPP) sebenarnya mendedahkan lebih banyak kontroversi mengenai kos projek MRT.
Rakyat perlu tahu bahawa projek MRT ini bermula dari cadangan dua syarikat pembinaan utama negara yang selalu dikaitkan dengan pemerintah Umno iaitu MMC (yang dikawal oleh Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary) dan Gamuda (yang ditubuhkan dan diuruskan oleh Dato’ Lin Yun Ling).
Seawal 15 Jun 2010, The Star melaporkan bahawa sumber kerajaan mengesahkan pentadbiran Dato’ Seri Najib Tun Razak telah menerima satu cadangan bersama sistem MRT Lembah Klang dari konsortium MMC-Gamuda seperti laporan http://www.thestar.com.my/business/business-news/2010/06/15/cabinet-yet-to-study-mrt-proposal-from-gamuda-mmc/ Berita ini juga secara jelas merujuk kepada kos RM36 bilion dan 3 jajaran MRT iaitu MRT1 (Sungai Buloh – Kajang), MRT2 (Sungai Buloh – Serdang) dan MRT3 (Circle Line).
Pada 12 Februari 2012, akhbar perniagaan The Malaysian Reserve melaporkan bahawa konsortium MMC-Gamuda itu yang dinamakan KVMRT Sdn Bhd telah menandatangani perjanjian “project delivery partner” (PDP atau firma pelaksana projek) dengan syarikat kerajaan yang mengusahakan MRT iaitu MRT Corp, seperti laporan http://themalaysianreserve.com/new/story/project-delivery-partner-pact-massive-mrt-project-sealed Saya juga sertakan bersama keratin akhbar tersebut yang dimuatnaik ke laman rasmi MRT Corp sendiri.

Laporan itu juga memperincikan jumlah bayaran yang akan dibayar oleh kerajaan (melalui MRT Corp) kepada syarikat usahasama MMC-Gamuda ini iaitu:
1. Bayaran yuran pengurusan projek sebanyak 6% dari keseluruhan pakej tender yang dianugerahkan kepada kontraktor

2. Tuntutan perbelanjaan oleh perunding bagi kos pentadbiran (“overhead”) dan kos-kos langsung lain yang dihadkan sehingga RM2.85 bilion

3. Peruntukan luarjangka projek yang dihadkan kepada 6% dari jumlah keseluruhan pakej tender yang dianugerahkan kepada kontraktor
Bayaran (1) hingga (3) di atas adalah bagi khidmat rundingan dan pengurusan projek oleh syarikat usahasama MMC-Gamuda itu termasuk risiko menanggung kenaikan kos sekiranya kenaikan kos melebihi 15% (diulas dibawah).
Sebab itu saya mengecam sekeras-kerasnya cubaan Dato’ Seri Najib Tun Razak yang cuba mengelirukan rakyat mengenai kos sebenar projek MRT sepanjang 150 km. Bukan sahaja kos keseluruhan projek yang sudah pasti melebihi RM100 bilion cuba disembunyikan dari pengetahuan orang ramai, malah pengumuman beliau bahawa “projek MRT1 menelan belanja RM21 bilion dan menjimatkan RM2 bilion” adalah tidak tepat kerana tidak mengambil kira bayaran kepada perunding PDP seperti yang diperincikan di atas.
Berdasarkan perincian (1) hingga (3) di atas bersama-sama laporan NST bertarikh 24 Julai 2014 mengenai kenyataan bekas CEO MRT Corp, Datuk Wira Azhar Abdul Hamid (rujuk http://www.nst.com.my/news/2015/09/%E2%80%98mrt-line-1-within-rm30b-budget%E2%80%99?d=1) , jelas bahawa kos sebenar MRT1 sepanjang 51 km dari Sungai Buloh ke Kajang setelah mengambil kira bayaran kepada syarikat perunding PDP milik usahasama MMC-Gamuda adalah:
RM21 bilion (seperti diumumkan Dato’ Seri Najib) bagi kos pembinaan dan sistem MRT, ditambah
RM7 bilion bagi kos perunding, tuntutan perbelanjaan dan kos berkaitan perunding PDP seperti di atas, selain apa-apa kos yang tidak diumumkan.
Maka, kos sebenar bagi MRT1 sahaja adalah RM28 bilion setelah mengambil kira bayaran RM7 bilion kepada perunding PDP seperti yang disebut sendiri oleh bekas CEO MRT Corp dua tahun lalu.
Sebab itu saya tidak berganjak dari angka RM40 bilion yang disebut oleh Dato’ Seri Najib dalam ucapan belanjawan 2011 yang disampaikan dalam bulan Oktober 2010 kerana ia berkemungkinan besar adalah hasil dari cadangan sistem MRT yang dikemukakan (dan kemudiannya diterima oleh kerajaan) oleh syarikat usahasama MMC-Gamuda. Pada ketika itu, hanya syarikat usahasama MMC-Gamuda itu yang mungkin telah melaburkan sejumlah wang untuk menggaji perunding bagi menyiapkan kertas cadangan sistem MRT itu kerana Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) pun baru ditubuhkan.
Sebab itu jugalah ahli-ahli Parlimen Pakatan Harapan iaitu Saudara Tony Pua dan saya sendiri telah mengecam pendekatan yang digunapakai oleh pentadbiran Dato’ Seri Najib sejak dari awal projek MRT diumumkan kerana ia mendedahkan rakyat kepada risiko kos pembinaan MRT naik melambung.
Rakyat perlu tahu kegilaan yang telah berlaku dalam pelaksanaan projek MRT ini, seperti berikut:
i. Jun 2010 – Syarikat usahasama MMC-Gamuda mencadangkan projek MRT yang pada awalnya diwar-warkan sebuah projek usahasama swasta-kerajaan;
ii. Oktober 2010 – Pentadbiran Dato’ Seri Najib mengumumkan pembinaan sistem MRT pada kos RM40 bilion beberapa bulan setelah menerima cadangan dari syarikat usahasama MMC-Gamuda itu;
iii. Februari 2012 – Pentadbiran Dato’ Seri Najib melalui MRT Corp menandatangani perjanjian melantik syarikat usahasama MMC-Gamuda sebagai perunding PDP untuk menguruskan projek MRT (termasuk merancang, mengeluarkan tender, memilih pembida dan melantik kontraktor bagi pihak kerajaan);
iv. Mac 2012 – Konsortium MMC-Gamuda dianugerahkan tender membina pakej bawah tanah MRT1 berjumlah RM8.2 bilion seperti dilaporkan http://tunnellingjournal.com/news/breaking-news-mmc-gamuda-wins-kuala-lumpur-mrt/ Ini bermakna selain dari menjadi perunding pelaksana projek yang menguruskan pemilihan pembida dan melantik kontraktor bagi pakej-pakej pembinaan, konsortium yang sama juga membida bagi pakej-pakej yang ditawarkan di dalam projek ini;
v. Julai 2014 – MRT Corp menyatakan bahawa kos pembinaan MRT1 meliputi RM23 bilion untuk pembinaan dan sistem; serta RM7 bilion untuk perunding PDP dan kos-kos lain.
Ini bermakna, cadangan asal yang menentukan rekabentuk, sistem dan jajaran yang dibawa oleh konsortium MMC-Gamuda besar kemungkinan berjumlah sekitar RM40 bilion. Pentadbiran Dato’ Seri Najib kemudian melantik MMC-Gamuda untuk melaksanakan projek bagi pihak kerajaan dan memastikan kos tidak melebihi anggaran dengan imbuhan yang lumayan (6% yuran perunding dan tuntutan sehingga RM2.85 bilion). Pentadbiran Dato’ Seri Najib juga meluluskan peruntukan luar jangka sehingga 6% dari jumlah tender (bersamaan RM1.3 bilion) yang memudahkan lagi konsortium MMC-Gamuda mencapai sasaran kos RM21 bilion.
Persoalan saya: bagaimana konsortium MMC-Gamuda boleh diberi imbuhan sebagai perunding PDP untuk melaksanakan projek MRT dan mengawal kos pembinaan sehingga RM7 bilion apabila kos pembinaan RM23 bilion yang diuruskannya bagi MRT1 adalah jauh lebih tinggi dari keseluruhan kos RM40 bilion yang disebut oleh Dato’ Seri Najib (yang besar kemungkinan datang dari konsortium ini juga?)
Dengan kegilaan ini, wajarlah Dato’ Seri Najib meminta maaf kepada rakyat Malaysia kerana cuba mengelirukan rakyat mengenai tanggungan sebenar kos MRT (baik MRT1 atau keseluruhan projek).
RAFIZI RAMLI
AHLI PARLIMEN PANDAN
NAIB PRESIDEN KEADILAN

Ahad, 18 Disember 2016

Isu MRT - Netizens Betulkan Point Rafizi, Elak Salah Faham Berterusan - Rafizi Juga Buat Pembetulan Selepas Terkantoi.

Kesian kat Wan Hadi.
Tak pasal-pasal dilabel dengan pelbagai gelaran tak senonoh penyokong tegar Rafizi.
Penyokong taksub memang la.
Jangan la ko tatau.

Semua neh start Rafizi kecohkan isu MRT > EPISODE PERTAMA DISINI.

Dalam kenyataan sebelum neh Rafizi menyatakan projek MRT1 telah siap dengan kos sebanyak 21b. Ia meliputi jalan sepanjang 21km dan kosnya yang Rafizi bayangkan ialah 
1km = 1b.

Namun menerusi laporan berita, dimaklumkan jajaran MRT 1 yang telah siap sebenarnya meliputi phase 1 dan phase 2. Phase two telah siap sebanyak 95%. Untuk kedua-dua fasa ini ia menelan kos sebanyak 21b. Dengan laluan sepanjang 51km. Dan melibatkan 31 station.

Rujuk gambarajah.

 
MRT Line 1 ada dua laluan (route). Dan kedua-dua laluan ini kosnya ialah 21b. Fasa 1 = siap Dec 2016. Fasa 2 =  bakal siap Julai 2017.

Dalam gambarajah memang anggaran kos dinilai sebanyak 23b tetapi kos akhir susut sebanyak 2b iaitu kepada 21b.

Faham kan?

Ini point Wan Hadi sebenarnya.



Apa yang Wan Hadi buat, ialah membetulkan Rafizi namun ianya tidak diterima secara positif para pentaksub Rafizi. Aku suka dengan point Wan Hadi.

"Najib curi, Rafizi fitnah, ke mana hala tuju negara kita?"

"Tahu sayang Rafizi, tapi betul-betul la."

Pentaksub akan sentiasa, sampai bila-bila, walau di zaman apa akan merosakkan pemimpin. Apa benda yang pemimpin buat salah berbanding betulkan kesalahan tersebut mereka cenderung spin atau melakukan penipuan, propaganda (kesalahan lain) untuk menutup kesalahan lain.

Sebab tu aku banyak kali sebut. Pentaksub adalah orang yang paling bencikan pemimpin kerana mereka memainkan peranan merosakkan pemimpin dari dalam.

Oke habis bab tu.

Rafizi kemudiannya keluarkan kenyataan susulan yang membetulkan statement tentang 1km = 1b walaupun tiada statement maaf dari mulutnya kerana tersalah quote angka.

Rujuk sini.

Takpe abaikanlah bab tu.

Dalam link ini > http://etp.pemandu.gov.my/11_January_2011-@-Mass_Rapid_Transit.aspx dan ini > http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/article/445-kolumnis/10758-mrt-fungsi-dan-kebaikanya.html memang ada kerajaan sebutkan, kos pelaburan akan mencecah sebanyak 36.6b menjelang 2020.

Dan dalam ucapan bajet 2011, Najib menyebut; 


"estimated private investment > anggaran pelaburan dari pihak swasta ialah sebanyak 40b". 

Ia menyebut pihak swasta. Maka, kat sini masih boleh dipersoalkan. Adakah kerajaan invest 36.6b + 40b dari swasta yang menjadikan total projek 76.6b?

Ini perlu dijelaskan secara kurangnya berita dari agensi kerajaan memperincikan tentang kos-kos berkaitan dan tak mustahil ia menimbulkan salah faham umum.

Dan dalam artikel Dr. Dzul (AMANAH) menyebut > maka MRT SB-K yang pada asal adalah RM26.5 bilion dan kini dianggarkan oleh banyak pihak akan menelan RM50 bilion (rujukan) jelas menyatakan Dr. Dzul mengesahkan projek MRT LINE 1 - SBK dianggarkan pada 26.5b sebelum susut kepada 21b. Telahan Dr. Dzul salah tetapi pointnya ialah kat sini Dr. Dzul cukup faham ia sedang berbahas tentang laluan MRT LINE1.

Projek laluan MRT ini ada 3 laluan. MRT LINE1, MRT LINE2, MRT LINE3.

Setiap satu projek ada fasa-fasanya. 

Jadi untuk MRT LINE1 > atau dikenali MRT SBK (Sungai Buloh - Kajang) 21b = 51km = 31 station = kos yang dah difinalisekan.

Untuk MRT LINE2 > SSP (Sungai Bulon - Serdang) kos dianggarkan ialah di antara 35b hingga ke 40b. (rujuk).

Untuk MRT LINE3 maaf aku takde info tentangnya.

Dari pembacaan aku yang ini > http://www.keadilandaily.com/keadilan-siasat-kos-projek-mrt-naik-rm63-bilion/ secara jelasnya PKR sedang mempersoalkan kos laluan MRT LINE1 = MRT SBK. 


Kosnya 21b. Dah finalise. Bukan berdasarkan apa-apa anggaran atau unjuran lagi. Telahan PKR terbukti salah kat sini. Faham tak, salah.

Apa yang Rafizi buat sekarang neh ialah, mula-mula PKR sebut laluan MRT LINE1 akan mencecah sehingga 100b lepas tu tiba-tiba pada tahun 2016, PKR kata kos MRT LINE1, LINE2 dan LINE3 akan mencecah 100b.

PKR yang mengubah 'peluru' serangan mereka.

Point aku ialah, bukan kos 100b tu jadi isu. Persoalannya wajar tak untuk 3 jajaran dengan beberapa fasa yang melibatkan beberapa laluan atas tanah dan terowong dinilaikan sebanyak 100b? 

Projek pertama - 21b. (final)
Projek kedua - 40b (estimate)
Projek ketiga - tatau berapa.

Dapatkan dulu fakta tentang ini. Jika tak wajar, maka baru la boleh sembang bab ketirisan dan rasuah. Apa yang aku perhatikan ialah Rafizi sebenarnya dah terkantoi. Sebab awalnya memang PKR sendiri sebut kos MRT SBK bakal mencecah 100b. Agak-agakla. Dr. Dzul kritik benda yang sama tetapi dia mention mungkin akan naik sehingga 50b.

Kedua. Dapatkan juga fakta tentang pelaburan. Berapa kos keseluruhan yang kerajaan jangkakan. Siapakah dibelakangnya. MRTcorp dana dari kementerian kewangan? So, yang anggaran 40b dari pelaburan swasta tu apa dia? 36.6b neh pula apa dia? Persoalan neh pun kita tak hadam nak main tuduh ketirisan sana sini pun leceh juga.

Dan dapat dua-dua fakta ini, apa-apa yang tak kena, nak balon, balonla.

Macam Wan Hadi sebutla. Tahu Rafizi marahkan BN. Tapi betul-betul la. Aku taknak benda-benda spin neh. Sebab benda-benda neh melambatkan lagi proses menjatuhkan BN. Sebab tu kita kena betul-betul sikit dalam menganalisis dan mempersoalkan something. Oke.

Bai.

Sabtu, 17 Disember 2016

Kos MRT - Najib Bohong, Ini Fakta-Fakta Rafizi Mengantoikan Kenyataan Najib!

Semasa melancarkan Fasa 1 MRT (Jajaran 1) Sungai Buloh ke Kajang pada 15 Disember 2016, Dato’ Seri Najib Tun Razak mengumumkan bahawa “penjimatan RM2 bilion telah dicapai” dan memetik angka RM21 bilion sebagai “kos projek MRT” (seperti yang dilaporkan Bernama, rujuk http://www.bernama.com/bernama/v7/sp/newssports.php?id=1311989).
Pengumuman Dato’ Seri Najib itu telah digunakan oleh kumpulan propaganda maya Umno (termasuk oleh pemuka-pemuka seperti Lim Sian See, Papagomo, Raja Petra dan blog-blog penyokong Umno) untuk menyerang saya dengan menuduh saya memfitnah Dato’ Seri Najib dan kerajaan Malaysia kerana saya pernah menyuarakan rasa khuatir bahawa kos keseluruhan projek MRT boleh mencecah RM100 bilion.
(Rujuk tulisan saya dalam tahun 2011 dalam akhbar The Edge bertajuk “The MRT: Old Habit Dies Hard” http://rafiziramli.com/2011/01/the-mrt-old-habit-dies-hard/ bila mana saya telah menyuarakan rasa bimbang dari awal apabila kerajaan tidak telus mengenai kos dan proses tender.
Pada 3 Julai 2012, saya sekali lagi memberi amaran bahawa maklumat saya memaklumkan kos keseluruhan projek MRT boleh mencecah RM100 bilion, rujuk laporan Malaysiakini http://www.malaysiakini.com/news/202540)
Sejak semalam, kumpulan propaganda maya Umno ini telah melancarkan kempen media sosial besar-besaran untuk menunjukkan bahawa kos sebenar projek MRT hanyalah RM21 bilion dan bukannya RM100 bilion seperti yang saya pernah sebut. Mereka menyerang saya di dalam media sosial seperti yang ditunjukkan di dalam beberapa paparan skrin berikut:


Apa yang mereka tidak sedar ialah pengumuman Dato’ Seri Najib bahawa kos menyiapkan Fasa 1 MRT bagi jajaran pertama dari Sungai Buloh ke Kajang (iaitu untuk 12 stesen sepanjang 21 km sahaja) adalah RM21 bilion; sebenarnya mengesahkan kerisauan saya dalam tahun 2012 bahawa kos keseluruhan projek MRT boleh mencecah RM100 bilion.
Jelas bahawa kumpulan propaganda maya Umno yang terdiri dari Papagomo, Raja Petra dan Lim Sian See ini tidak faham perincian projek MRT yang diumumkan oleh Dato’ Seri Najib semasa melancarkan Economic Transformation Plan (ETP) dalam tahun 2010 dahulu.
Saya senaraikan fakta-fakta berserta bukti-bukti yang menunjukkan betapa bodohnya individu-individu seperti Papagomo, Raja Petra dan Lim Sian See ini:
1. Semasa melancarkan ETP dan mengumumkan projek MRT, Dato’ Seri Najib merujuk kepada keseluruhan projek MRT yang meliputi laluan sepanjang 141 km. Ini disahkan sendiri oleh laman rasmi 1Malaysia dibawah Jabatan Penerangan yang menyebut bahawa “Pembinaan Sistem Pengangkutan Pantas di Kuala Lumpur ini meliputi perjalanan sepanjang 150 kilometer dengan rangkaian rel pertama dari Sungai Buloh ke Kajang, meliputi kira-kira 60 kilometer dengan 35 stesen yang akan melalui pusat bandar raya Kuala Lumpur.” (Rujuk laman http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/article/445-kolumnis/10758-mrt-fungsi-dan-kebaikanya.html)
2. Sejak dari awal, semua laporan kerajaan menyebut bahawa jumlah kos bagi keseluruhan projek MRT yang meliputi laluan RM141 km ini ialah sekitar RM40 bilion. Di laman Pemandu, jumlah kos yang disebut ialah RM36.6 bilion menjelang 2020 (rujuk http://etp.pemandu.gov.my/11_January_2011-@-Mass_Rapid_Transit.aspx)
3. Dalam ucapan Bajet 2011, pada perenggan 21 mukasurat 7, Dato’ Seri Najib melaporkan kepada Parlimen bahawa jumlah kos projek MRT ialah sekitar RM40 bilion (rujuk http://www.treasury.gov.my/pdf/budget/speech/bs11.pdf)
4. Oleh sebab itulah, perunding ekonomi antarabangsa Oxford Business Group dalam laporan tahunannya mengenai Malaysia iaitu “The Report: Malaysia 2011” pada mukasurat 195 dengan secara jelas menyebut bahawa “kos bagi projek MRT sepanjang 141 km dianggarkan RM47 bilion (rujuk paparan skrin di bawah)

5. Maka, kos RM21 bilion yang disebut oleh Dato’ Seri Najib itu hanyalah untuk 21 km dari 141 km iaitu 15% dari kos keseluruhan projek MRT yang diumumkan oleh Dato’ Seri Najib dalam tahun 2011. Jika diambil perkiraan mudah bahawa kos bagi setiap kilometer selebihnya adalah sama iaitu [RM21 bilion dibahagi 21 km, jadi setiap satu kilometer ialah RM1 bilion] maka baki kos ialah [141 km tolak 21 km bersamaan 120 km didarab dengan RM1 bilion] RM120 bilion.
Saya akan menunjukkan dalam beberapa kenyataan media seterusnya bahawa kos keseluruhan projek MRT meliputi 141 km melibatkan 3 jajaran (MRT1 dari Sungai Buloh ke Kajang, MRT2 ke Putrajaya dan MRT3 melibatkan satu jajaran lingkaran bawah tanah, seperti yang diumumkan oleh Dato’ Seri Najib dalam tahun 2011) semestinya melebihi RM100 bilion.
Oleh sebab itulah, kenyataan Dato’ Seri Najib mengenai penjimatan kos RM2 bilion pada 15 Disember 2016 dengan tidak semena-mena mengesahkan isu yang saya timbulkan dalam 2012 bahawa kos keseluruhan projek MRT akan mencecah RM100 bilion.
RAFIZI RAMLI
AHLI PARLIMEN PANDAN
NAIB PRESIDEN KEADILAN
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...