Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.
Memaparkan catatan dengan label Churp-churp. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Churp-churp. Papar semua catatan

Rabu, 6 April 2011

Untuk yang serius : Jana pendapatan online.

Entry neh untuk orang yang serius je. Orang yang main-main boleh baca tapi tak digalakkan register dan join benda alah neh sebab nanti result dia main-main gak. Ble dia dapat result main-main sudah tentulah dia akan mengumpat hasil result yang main-main itu ke seantero internet. So ini yang kita takmo dan kita nak elakkan. 

Bagi mereka yang nak menjana pendapatan menerusi internet, dua sikap neh dia mesti ada. 

1. Serius
2. Tidak ikut-ikutan.

Bab serius aku dah explain kat atas. Bab tidak ikut-ikutan neh aku rasa kita semua tahu. Kita jangan ikut apa yang orang buat. Kalau orang ikut apa yang kita buat takpe. Heh.

Sorry..sorry.. aku main-main je kat atas neh tadi. Hahaha.. Kita jangan ikut apa yang orang nak. Maksudnya, kalau kawan2 korang approach korang then soh korang register sekian-sekian.. korang pun tertonggong-tonggonglah register. Lepas tue satu haram jadah korang tak faham apasal korang kena register benda alah tue. Tak ke kat situ menunjukkan korang suka ikut-ikutan? Ble korang tengok kekawan korang ada earning tapi ko takde earning hah mula lah korang naik geram. Then mesti korang akan mengutuk kawan korang dalam ahti.

So, untuk jana pendapatan dari sini korang kena ada dua sikap di atas. Kalau korang saja-saja nak register sebab aku suruh baik tak payah. Kalau korang nak hadiah macam semalam, klik sini, lantak korang lah. Janji bukan pasal aku yang suruh.

Benda neh agak menarik dan berbeza dari churp-churp. Selain suka buat contest, bagi reward dan hadiah menarik, korang boleh cari pendapatan melalui promosi kempen-kempen yang dilakukan oleh pihak pengiklan melalui media mereka.
Contohnya air-asia sign beriklan dengan pihak mereka, sekian-sekian lepas tue nanti dia akan bagi korang link promosi. Apa yang perlu korang buat ialah amek link tersebut dan promosi guna ;

1. facebook
2. twitter.

Setiap orang yang klik dia bayarlah 0.20 sen [bukan semua kempen]. Tapi yang membuatkan dia berbeza dengan churp-churp ialah ;

1. pakej kempen dia lebih banyak dan meluas.

2. ada contest dan hadiah yang menarik [bukan kempen ya, memang ada contest utk ahli2]

3. ada macam-macam reward.

Tapi satu kekurangan di sini ialah reward dan gift dia selalunya limited. Kiranya macam neh lah, sapa cepat dia dapat. Sapa perasan ada contest dan reward dulu, sertai dulu, dia dapat hadiah dulu lah. Kalau kita jenis seminggu sekali baru nak buka dan check, ucap selamat tinggal jelah. Memang takde harapan nak rebut iphone ke apa2 yang sepatutnya dalam tue.

Dan apa yang menariknya mengenai kempen ini, korang hanya perlu promosi perkara yang korang sendiri tertarik untuk promosi. Kalau korang promosi semua kempen demi duit, lupakan sahaja. Ble korang promosi satu2 benda alah tue atas sebab duit, maka dah takde apa dah yang korang nampak di hadapan korang melainkan ikon duit semata-mata. Dah tue, kalau ada kekurangan ataupun ketidakbagusan dalam product yang korang promosikan tue korang ada nak bagitau kat orang lain? Haramm!!! Jangan harap lhorr.. Sebab korang cuma nampak duit je kan?? Mana sanggup nak kutuk kempen sendiri beb.

Aku promosikan kesemua kempen-kempen di bawah neh sebab aku tertarik. Ada juga beberapa kempen dalam neh yang aku tak suka macam dalam churp-churp so aku memilih untuk tidak mempromosikan ia. Aku diberikan pilihan itu dan aku suka. Tak sama macam advertlets. Dia tak bagi aku pilihan untuk promosikan iklan-iklan yang tertentu. Buat masa sekarang aku agak sakit jiwa memikirkan iklan perempuan berbikini merah tue. Bila nak habis iklan bangang tue hah? Porno betul. Nak spa, ko spa lah, apasal nak tayang gambar berbikini kat orang pula?
Kempen yang aku rasa menarik ialah ;

Kempen selamatkan bumi kita <= neh tak dapat duit  ya
Contest IPAD <= neh dapat hadiah

Tak sama macam churp-churp yang hanya offer duit setiap kali kita promotes link mereka, di sini , yang ini tak terhad kepada duit. Mungkinlah kalau korang nak duit je, jangan join benda alah neh lah. Tapi benda neh lagi best dari churp-churp pasal bukan seme orang nak duit je. Hahaha.. bagi aku lah kan. Bagi korang?Mana aku tahu.. kemahuan lain-lain kan..

Nak register klik sini.

Ameno : Hadiah iphone tue best whorr..

Ahad, 27 Februari 2011

Tutorial cara pasang iklan churp-churp dalam belog.

Menjawab seorang pertanyaan kawan [pembaca seme adalah kekawan bagi saya] dalam belog ini. Korang nak pasang iklan churp-churp neh [akan datang diringkas menjadi cc] ada macam-macam cara. Kat sini aku bagi tipsi untuk korang pasang iklan cc dalam belog memasing.

1. Kalau korang dah ada column untuk iklan kecik-kecik cam belog aku neh [tengok side bar kiri] apa yang korang perlu buat ialah edit je ruangan link dan gambar dalam tue. Bukan seme orang tahu cara dia especially yang baru belajar berblog. Aku dulu pecah 1,000 laptop nak belajar benda alah neh. Tue pun jenis berlagak men pandai-pandai sendiri je. Heh. Tapi korang yang newbie takyah wisau. Aku leh ajar. Caranya dia pun senang. Mula-mula pergi

design - edit html - expand widget - tekan control + f [utk memudahkan pencarian] - masukkan keyword ads - cari lah sampai korang jumpa dia tulis macam neh ;

banner code 1 [selalunya gini ataupun lebih kurang lah ] tengok contoh bawah ;


so just tukar [ganti] link dalam tue. Link gambar banner tue senang je nak dapat. Tengok contoh kat bawah neh ;



Lepas tue masukkan link promotion korang. Jangan lupa masukkan dua link. Satu link gambar dan satu link promotion korang. Kalau tak nanti lepas klik gambar, pergi ke arah lain pula jadinya.

Okey itu bagi yang dah ada tempat masukkan iklan. Bagaimana pula yang takde? Camne nak buat?? Hah yang neh ada macam-macam stail aku tengok. 

1. Cara paling mudah buat link. Korang letak link tersebut kat atas ataupun bawah post. Kalau sesiapa berminat dengan product tersebut, dorang akan klik. 

2. Cara kedua ialah letak link + banner [gambar] dalam entry korang. Cara neh aku dapat kat sini. Memang mudah [ayat berlagak] dan aku pun akan buat nanti.

3. Selain dari cara di atas, ada cara lain lagi nak letak iklan cc kat belog. Cara neh pun dia adaptasikan dari cara di atas. Cuma ada teknik yang berbeza sket. Saja aku share sini supaya pembaca ada banyak pilihan.

4. Cara ke4 ialah create banner sendiri. Gunakan aje gambar dalam kempen dashboard cc tadi. Lepas tue masukkan beberapa perkataan blink-blink supaya orang tertarik nak click. Buat banner guna photoscape. Cara dia teratur dan simple [mudah belajar tak rumit]. Lepas siap banner tue bolehlah korang letak iklan tue kat memana gunakan platform add a gadget. Tapi aku tak master lagi upload banner kat website. Banner aku dah buat dua tiga kali tapi nak upload kat internet aku fail! Dia keluar gambar tapi tak blink-blink cam website lain buat.. apsal? Entah.. kalau korang pandai, share sini.

Sebetulnya ada macam2 cara lagi. Bagi mereka yang pandai men code2 neh mmg leh wat cam2 cara utk tampal iklan cc kat dalam belog.. ada satu belog tue aku tengok iklan cc mengikut belog.. kalau kita scroll bawah.. dia follow.. kalau kita scroll atas pun dia follow.. tapi tue lah belog tersebut tak ajar plak cara2 nak wat.. huhu

Neway semoga enjoylah menjana pendapatan melalui cc dalam belog korang.


Ameno : CC bukan cybercafe weh.. Heh

Khamis, 17 Februari 2011

Churp-churp petronas neh apa?

Aku tak faham satu je. Apa motif benda alah neh? Aku nak promote pun taktahu nak promote apa sebab aku tak tahu benda alah neh benda apa.. 

Korang tahu ke? Tengok bawah ;


Puas aku cuba sental kepala hotak aku dengan sabun + varnish + clorox + fab + macam2 lagi lah tapi tak berhasil memahamkan apa yang sepatutnya aku faham menerusi iklan petronas neh. 

Dia nak suruh kita amek iktibar bahawa ikatan kekeluargaan itu penting ke ataupun nak suruh kita edarkan kad ucapan selamat tahun baru cina tue? 

Aku terai gak belek-belek gambar tue.. last-last aku give up. Yang aku tahu, aku klik like dan aku blah. Heh


Ameno : Aku tak faham geometrik lah. Matematik aku failed! Failed wa cakap lue!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...