Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.
Memaparkan catatan dengan label Carlsberg. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Carlsberg. Papar semua catatan

Ahad, 8 Julai 2012

Ucapan tahniah kilang arak yang pelik.

Sejarah dulu-dulu.


Nak cakap apa lagi? Bukti yang terang lagi nyata. Petikan akhbar dulu2. Mereka kata orang melayu dulu2 tak sama macam orang melayu zaman sekarang. Kesedaran agama pada zaman dulu memang kurang berbanding sekarang. 

Kalau itu betul maknanya kita semakin lama dah semakin baik dan bagus... tapi yang peliknya kalau kesedaran agama kita semakin tinggi pasai pa banyak jek kes buang bayi dan rogol sana sini? Apa dan di mana pula silapnya? 

Tak guna juga kalau kesedaran agama kita semakin baik tapi tetap tidak melaksanakan apa yang kita tahu. Kita bukan sahaja perlu tahu bahkan kita perlu amalkan ia sekali. Kalau setakat tahu.. tak amal pun tak guna juga. 

Jadilah dia macam piem kita yang sekarang neh. Tahu judi haram tapi pernah nak luluskan judi sukan. Tahu maksiat haram tapi still buat hub hiburan malam. Apa larh nak jadi dengan ko neh najib oiiiii..

kah kah kah

Jumaat, 6 Julai 2012

Catitan sejarah yang umat islam malaysia tidak mahu kenang sampai bila2.


Ini fakta sejarah yang aku takmo kenang. Bahkan generasi muslim sekarang juga tidak mahu kenang fakta sejarah yang menyakitkan ahti itu.

Aku nak no komen jek.

Aku menghadapi kesukaran nak komen bab neh. Kiri salah kanan pun salah. Benda dah lepas bagi arwah. Nak cakap pun serba salah.  Apa yang aku boleh cakap, kalau kita neh pemimpin, seboleh2nya jangan lah melibatkan diri dalam aktiviti2 yang akhirnya akan menyusahkan kita kelak baik semasa hidup mahupun selepas kita pergi meninggalkan dunia neh.

Walaupun kita dah mati di dunia, bukan bererti kita mati selama2nya di alam lain. Seme nya akan berbalik dan menjadi beban kepada kita satu persatu di alam yang baru. Jadi berfikirlah panjang sebelum melaksanakan satu2 perkara. Ingatlah, kita mungkin telah tiada di alam neh tetapi itu tidak bererti dosa kita juga turut mati pada hari kita mati. Dan belum tentu pahala kita lenyap pada hari kita lenyap. Fikir2kan. 

Jumaat, 27 Mei 2011

Kenapa iklan carlsberg tak boleh di sekolah?

Ada beberapa individu yang mempertikaikan aku mengenai munasabahnya iklan carlsberg di sekolah rendah jenis tamil dan cina. Kata mereka apa salahnya iklan carlsberg berada di dalam sekolah jenis tamil ataupun cina? Kan pemilik syarikat terbabit memberikan dana dan peruntukan kepada sekolah2 tersebut maka tak salah lah logo carlsberg berada dalam kawasan sekolah tersebut.

Walaupun dah dijelaskan dengan terperinci kenapa banner tersebut dipertikaikan tetapi masih ramai orang yang tak nampak kesan negatif angkara logo carlsberg terbabit. Aku bukan nya mempertikaikan bantuan syarikat tue kepada murid2 sekolah rendah jenis tamil ataupun cina. Malahan tiada siapa pun nak mempertikaikan keikhlasan syarikat arak terbabit. Kalau dia nak bantu, fine bantulah. Cuma tak perlulah buat banner macam kat bawah neh ;


Memang arak bukan haram pada orang bukan islam. Tetapi di malaysia kita ada undang2. Pelajar sekolah tanpa kira status agama dilarang minum arak, membawa arak dan terlibat dalam aktiviti pemabukkan di kawasan sekolah ataupun di luar sekolah kerana mereka masih di bawah umur. Memandangkan dah begitu, sepatutnya logo arak tak sepatutnya berada dalam bangunan sekolah. Mengiklan logo arak = mengiklan arak = mempengaruhi budak2 utk mendekati arak = minum arak. Takan masih tak nampak lagi connectionnya disini?

Dan aku dari dulu lagi memang agak hairan dengan segilintir sikap umat islam. Bagi mereka menjaga kepentingan umat islam lebih baik dari menjaga kepentingan seluruh manusia. Ini pandangan yang aku tolak bulat2. Walaupun budak2 neh bukan orang islam, kita tak boleh biarkan mereka dipengaruhi oleh banner arak di sekolah terbabit. Mereka masih budak2 dan budak2 tanpa kira status bangsa, agama apatah lagi sistem sekolah haruslah dipelihara dan di didik sebaik mungkin tanpa sebarang sikap pilih kasih. Tolonglah buka minda masing2. Disebabkan ramai orang islam fikir bahawa islam untuk umat islam sahajalah, ramai orang bukan islam takut kepada islam tak pasal2.

Cuba tengok gambar kat bawah neh pula ;


Suatu ketika dulu utusan pernah menyiarkan berita neh untuk mempertikaikan kelemahan pentadbiran kerajaan dap di pulau pinang. Pelbagai iklan ditampal even di dalam bangunan sekolah sekalipun. Tujuan utusan berbuat demikian, tak lain tak bukan untuk memberikan gambaran buruk secara tidak langsung kepada parti dap di pulau pinang. Namun aku memang agak bersetuju dengan beberapa hujah CAPP = Persatuan pengguna pulau pinang bahawa iklan2 seperti pinjaman + kegiatan rumah urut [jika apa yang diperkatakan oleh utusan itu benar] memang tidak patut berada di atas jalan apatah lagi di dalam bangunan sekolah kerana ini boleh menjejaskan pemandangan di samping itu boleh menjurus kepada perkara yang tidak elok.

Tapi yang hairannya kenapa utusan bersikap dwi-standard? Kalau mereka boleh menyiarkan pandangan CAPP berhubung iklan2 yang tidak senonoh di pulau pinang, kenapa pula sekarang mereka taknak siarkan laporan banner carlsberg masuk sekolah? Apa yang membuatkan dorang bias dalam laporan dorang pula?Ini lah persoalan yang terfikir oleh kepala hotak aku. Orang yang adil tak pernah pandang parti sebelum menulis. Tapi orang yang menulis kerana parti.. lebih baik mampos. Sekian.

Artikel berkaitan disini.

Ameno  : Utusan terbukti bias.

Sabtu, 21 Mei 2011

Apa carlsberg buat kat sekolah rendah neh?

WOww.. macam mana lah kita nak tarbiah masyarakat malaysia bahawa arak itu merosakkan tubuh badan mereka kalau kecik2 lagi syarikat carlsberg neh dah merantau masuk ke sekolah-sekolah untuk mempromosikan jenama minuman mereka?

Memanglah betul dorang datang sana atas kapasiti nak menyumbang. Aku no hal. Aku faham mereka rasa mereka ada tanggungjawab sosial terhadap masyarakat. Okey. Go on. Buat. Tapi tak perlu ko pampangkan jenama arak ko besar-besaran macam neh. Apatah lagi ko pergi tempat budak2 sekolah beb. Lihat gambar2 di bawah ini ;



Dengan mempromosikan carlsberg sebagai sebuah syarikat yang suka sumbang menyumbang di sekolah2, nanti bebudak neh akan rajin beli carlsberg bila dorang dah dewasa. Dorang anggap ini satu pelaburan sebab akhirnya sebahagian dari duit mereka akan digunakan untuk membantu budak2 sekolah. Terutamanya sekolah2 jenis tamil ataupun cina. Itu sebabnya syarikat carlsberg tak patut bawa jenama mereka ketika memberikan bantuan.

Boleh jadi motif carlsberg memang nak kanak2 neh tahu bahawa carlsberg yang membantu mereka. Baling satu batu, dua burung kena. Sambil charity sambil menjana persepsi baik? Mungkin juga. Lebih kurang macam strategi pemasaran. Hish.. makin susah nak hapuskan kilang neh kalau wujud individu2 yg berprasangka baik pada arak yang merosakkan.

Bacaan lanjut berhubung isu neh disini.

Ameno  : Boleh ke arak masuk sekolah rendah?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...