Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.
Memaparkan catatan dengan label Anina Saadudin. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Anina Saadudin. Papar semua catatan

Rabu, 28 Disember 2016

Krisis Dalaman PPBM : "Kuncinya Ada Pada Saya, Jika Saya Tekan Semua Akan Hancur" - Amaran Anina Kepada Semua.

Sebelum neh kecoh isu peribadi Anina yang dihebahkan di media sosial. Rujuk sini. Selepas itu tak semena-menanya Anina disahkan tidak menjawat jawatan Ketua Srikandi PPBM kerana sayap Srikandi belum pun ditubuhkan secara rasmi. Kenyataan rasmi dikeluarkan oleh PPBM sendiri.




Berang dengan tindakan itu, Anina kemudiannya menyatakan dia dipecat kerana dikaitkan dengan pertuduhan skandal yang belum dapat dipastikan.

Khairuddin bekas ahli dan pengasas PPBM pula menyerang Muhyiddin Yassin isu skandal seks yang dikaitkan dengan dirinya. Masyarakat membaca tindakan tersebut sebagai membalas balik serangan PPBM terhadap Anina.

Pendek kata dalam minggu neh media sosial menyaksikan pemimpin PPBM berentap sesama mereka dan penyokong-penyokong pembangkang turut tertanya-tanya bagaimana pembangkang mampu menang jika sesama parti pembangkang masih lagi berkrisis dalaman.

Berikut adalah luahan terbaru Anina yang menimbulkan tanda-tanya di kalangan netizens. 

Oleh : Anina Saadudin

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya menulis nota ini ketika sedang melihat anak-anak saya bermain di gigi air pantai Bagan Lalang. 

Seronoknya saya melihat mereka berlari dan ketawa sambil mengutip kulit siput untuk dibaling ke laut. Saudara dan saudari, Saya ingin hidup bahagia bersama insan-insan yang saya sayangi. Itu cukup bermakna buat saya. Kerana itu juga, saya tidak banyak bercerita tentang kehidupan peribadi kepada khalayak. 

Mereka nyawa saya. Saya tidak akan meletakkan mereka di tempat kedua kerana mereka sebab utama kenapa saya berjuang untuk masa depan Malaysia yang lebih baik. 

Bagi saya, kehidupan peribadi bersama insan-insan istimewa dalam hidup adalah territory yang akan saya lindungi dengan nyawa saya sebagai wanita dan ibu. Kepada mereka yang begitu ghairah bermain dengan kehidupan seorang ibu kepada 3 srikandi hidup saya ini, saya ingin berpesan. 

Kuncinya ada pada saya. Anda perlu tahu bahawa sekiranya saya TEKAN butang kunci ini, ledakannya akan menghancurkan semua. Jangan sampai saya fikir anda di atas sana lebih teruk dari apa yang ada di sebelah sinun. Saya sudah cukup baik selama ini. 

Saya tidak melayan isu sampah, namun pada masa yang sama anda masih sumbatkan sampah ke mulut rakyat. Jika benar saya mahu kebahagiaan, saya akan pilih lelaki budiman, bukan sampah yang bertaburan apabila tidak dapat apa yang dihajati. 

Ingatlah kepada Allah kerana Allah itu Maha Pengampun dan Maha Penyayang. Manusia yang budiman tidak akan meroyan apabila bertepuk sebelah tangan. 

Siang malam melalak kerana dendam hajat tak kesampaian, itu bukan manusia yang baik. Saya sendiri yang tentukan siapa raja yang ingin saya pilih untuk bertakhta di hati saya. 

Saya ingin menjadi permaisuri di hati lelaki budiman, bukan perempuan kepada lelaki bersifat peribadi seperti binatang yang mengamuk umpama serigala gila yang gagal mendapat bunga di taman larangan. Diam tidak beerti saya kalah. Kalah juga tidak beerti saya hilang semuanya. Begitu juga jika saya menang, tidak beerti saya dapat semuanya. 

Jika saya berdiri di hadapan Presiden kepada sebuah parti yang berkuasa tanpa gentar, saya juga akan berdiri di hadapan sesiapa sahaja yang kencing perjuangan saya. 

Jika anda tidak tahu erti keadilan, pembelaan dan sifat keperimanusiaan, anda tidak layak duduk di sebelah saya. Salam dari seorang wanita, Anina Saadudin

Rabu, 14 Disember 2016

Anina, Ketua Srikandi PPBM Pula Dikaitkan Dengan Skandal XXX Yang Terbaru.

Menjelang pilihanraya yang dijangka akan diadakan pada 2017 ataupun pada awal tahun 2018. Satu persatu skandal (kononnya) disebarkan bagi menjatuhkan pemimpin-pemimpin ataupun tokoh-tokoh politik tertentu oleh parti-parti tertentu.

Sebelum ini seorang wanita disebabkan dendam kesumatnya telah menyebarkan gambar xxx bekas teman lelakinya yang dikatakan anak buah MB Kedah (baca : sini) kerana lelaki tersebut mempermainkan cintanya dengan menaburkan janji palsu kali ini Anina Saadudin pula menjadi highlight di sosial media.

Mengikut penyebaran di laman sosial, cybertroopers UMNO telah melakukan ugutan terhadap Anina Saadudin di mana mereka akan menyiarkan skandal seks Anina secara bersiri.

Ia akan diterbitkan dalam 4 siri dengan siri pertamanya ialah menyebarkan transkrip perbualan tanpa nama.


Ia mula diviralkan pada lewat tengah malam semalam dan menjadi polemik di media sosial terutamanya di saluran WhatsApp.

Dakwa sesetengah pihak, perkara itu juga telah viral dan menjadi perbualan dan mencetuskan persoalan di kalangan ahli-ahli PPBM itu sendiri.

Bahkan ada yang mengaitkan tindakan Anina menarik balik saman terhadap Najib Razak mungkin ada kaitan dengan skandal yang terpalit ke atas Anina kini. 

Kononnya Anina menjadi mangsa ugutan dan terpaksa mengalah dalam tuntutan samannya terhadap Najib Razak bagi mendesak pengisyiharan derma 2.6b yang masuk ke dalam account bank peribadi Najib Razak suatu ketika dahulu.

Anina tidak memberikan apa-apa respon setakat ini. Kami percaya Anina akan membuat laporan polis bagi menyiasat kes ini yang mungkin satu lagi fitnah bagi menjatuhkan reputasi Anina dan pembangkang.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...