Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 15 Jun 2019

Naib AMK Dedah Bukti Lakonan Blissoon Kaitkan Rafizi Dalang Video Sekkks.

SYED BADLI SHAH SYED OSMAN | KENYATAAN MEDIA

BLISSON BERNIAT JAHAT

Saya ingin mengecam kenyataan Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan Sabah Sdr. Blisson Zainudin diatas cubaan untuk memberi gambaran bahawa Sdr. Rafizi Ramli terlibat secara langsung dalam isu klip video lucah yang membabitkan seorang pemimpin.

Kenyataan yang dibuat dalam satu sidang media tersebut ternyata berniat jahat dan sengaja ingin memecahbelahkan perpaduan dalaman Parti Keadilan Rakyat.

 

 
Malah saya juga berasa sangat curiga dengan tindakan Blisson berkaitan isu ini kerana pada 2 hari yang lalu iaitu pada 12 Jun 2019, Blisson sendiri telah menghantar pesanan ringkas kepada saya melalui applikasi Whatsapp yang antara lain berbunyi :-

"Hari tu saya sma haziq bah"
"Dia memang mau kasih azmin tu"
"Habis la azmin ni"
"Ni kali laa"


Saya turut sertakan lampiran tangkap layar perbualan whatsapp tersebut beserta gambar yang dihantar oleh Sdr. Blisson kepada saya.

Dalam perbualan ringkas tersebut beliau juga mengakui yang beliau tidak menyokong YB Dato' Seri Mohamed Azmin Ali.

Saya sendiri tidak jelas apakah niat Blisson yang secara tiba-tiba memulakan perbualan menerusi whatsapp berkaitan isu ini kerana saya langsung tidak berminat untuk melayan isu politik lucah dan fitnah.

Justeru itu timbul persoalan apakah niat sebenar beliau apabila 2 hari yang lalu beliau tidak menyokong Azmin dan harini beliau tampil dengan membuat dakwaan mengaitkan individu lain dalam kes ini.

Saya dengan tegas menolak segala bentuk permainan politik lucah dan fitnah dengan tujuan menjatuhkan imej mana-mana pemimpin.

Sesungguhnya permainan "gutter politics" hanyalah strategi yang dimainkan oleh pihak-pihak yang ketandusan idea.

Justeru itu saya menyeru semua pihak untuk berhenti menuding jari antara satu sama lain dan bersatu mengharungi ujian ini. Bertenang dan serahkan kepada pihak berkuasa untuk melakukan siasatan.

Sekian.

SYED BADLI SHAH SYED OSMAN
Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...