Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 25 Ogos 2015

Polis Cadang Guna 'Taser Gun' Jika Berlaku Rusuhan Dalam BERSIH 4.

WOW.

Polis dah start main gila. Mereka akan menggunakan senjata renjat (elektrik) jika berlaku rusuhan pada demo BERSIH 4 yang dijadualkan pada 29 dan 30 Ogos.

Untuk rekod, penganjuran BERSIH 4 kali ini tidak mendapat permit dari PDRM atas alasan DBKL sibuk dalam persiapan penganjuran merdeka tahun ini dan pendemo2 akan menganggu kelancaran urusan persiapan berkenaan kerana demo tersebut akan berlangsung di sekitar KL.

Jadi kat sini dah nampak la bau2 yang mana pihak berkuasa akan menganggu BERSIH 4. Permit dah tak diberi. Maka alasan itu akan digunakan untuk halau/tangkap mahupun serang peserta atas alasan menyertai demo haram. 

Kalau peserta melawan sudah tentu la akan mendorong kepada rusuhan. Dan kesempatan itu akan membuatkan PDRM rasa halal guna taser gun ke atas peserta2 demo. 

Menurut Malaysiakini, taser gun yang bakal digunakan terdapat dalam gambarajah di bawah neh ;


Dalam laporan berita, PDRM menyebut bahawa ;

1. Beberapa anggota polis yang memang terlatih dengan senjata renjat akan turut diarahkan berkawal bagi menjaga perhimpunan tersebut.

2. Jika terdapat keadaan yang mana memaksa anggota polis perlu menggunakan senjata berkenaan, maka ianya akan digunakan ke atas peserta perhimpunan.

3. Antara keadaan2 tersebut ialah menghentikan rusuhan dan suasana tidak terkawal ketika perhimpunan.

4. Polis juga akan memastikan anggota mereka mematuhi SOP yang ditetapkan sebelum TASER GUN digunakan ke atas peserta2 demo.

5. Polis juga bercadang akan menambahkan lagi bilangan senjata renjat pada masa akan datang bagi membantu tugas menjaga keselamatan.

6. Senjata renjat berkenaan berkeupayaan menghentikan pergerakan individu yang ditembak serta merta dan mempunyai jarak tembakan antara 15 hingga 35 kaki.

Uit. Dasat gak pada aku. Ingatkan kena ada depan2 kita baru depa boleh tembak. Sekali dalam jarak 35 kali pun boleh tembak kita. Dasat. Dasat.

Btw. Nasihat aku dengan peserta demo BERSIH 4. Jangan datang dengan tangan kosong atau ilmu. Rajin2 diri taip HOW TO PROTECT MYSELF FROM TASER GUN. Kot2 jumpa alternatif, tips atau idea bagi mengekang serangan polis ke. Langkah mudah, kita boleh nasihatkan diri kita jangan buat rusuhan. Tapi hello, ini demo tanpa permit okey. Kau boleh expect rusuhan mesti ada berlaku sana sini punya. So rajin2 diri cari jalan untuk bebaskan diri dari serangan polis. Lebih cantik kalau benda tue macam baju ke apa. Sekali polis nak tembak kita, dia yang tertembak dirinya balik. 

Keh Keh Keh

Kbai.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...