Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 19 Julai 2014

Rangkuman Kemaskini Terbaru Insiden #MH17 (19/7).


Mesti penat kan nak baca satu persatu berita mengenai insiden #MH17. Terlalu banyak laporan yang masuk dalam masa 24 jam. Cukupla kita semua amek tahu point2 yang penting sudah bagi memastikan kita diupdate dengan perkembangan terkini.

1. Pesawat MAS diarahkan turunkan ketinggian penerbangan dari pada 35,000 kaki kepada 33,000 kaki. Kenyataan ini disahkan oleh MAS. Pada awalnya juruterbangnya mahu terbang pada ketinggian 35,000 kaki.

Nak buat sedikit penambahan. Juruterbang ada satu nyawa. Dan anak2 kapal begitu juga. Juruterbang bukan pertama kali bawa kapal tapi dah banyak kali, banyak tahun. Polisi bawa kapal tue semua pilot2 yang berpengalaman dah hafal. Tahu kenapa? Sebab ia babitkan keselamatan bukan pada orang yang dorang bawa tetapi pada diri dorang sendiri. Sapa sanggup nak mati dengan cara macam neh? Maka, pilot dan anak kapal tahu sangat laluan penerbangan yang mereka gunakan itu adalah selamat. Mereka juga ikuti perkembangan semasa dan cuba la jangan anggap semua pilot2 tue bodoh sangat. Mereka berkomunikasi dengan menara kawalan dan jika menara kawalan kata tak boleh masuk maka mereka juga takan masuk. Mereka akan tukar laluan sebab mereka faham sangat apa maksud 'mencerobohi ruang angkasa milik negara lain'.

2. Laluan yang digunakan oleh MAS kalau ikut kekerapan penggunaan, MAS ialah ditangga kelima bagi pesawat jenis komersil. RUSIA Aeroloft sebanyak 86 kali. SIA (Singapore Airlines) menggunakan sebanyak 75 kali. Ukraine International Airlines 62 kali. Lufthansa (milik Jerman) melaluinya sebanyak 56 kali. Dan ditangga kelima baru la Malaysia Airlines (MAS) iaitu 48 kali. Ini ialah julat penggunaan dalam masa 7 hari yang lepas. Dalam 7 hari yang lepas laluan tersebut juga menyaksikan 2 pesawat milik Ukraine diturunkan oleh kumpulan pemisah Ukraine. Faham tak kenapa aku masukkan point ini? Pesawat komersil masih menggunakan laluan tersebut sepanjang 7 hari yang lepas meskipun berlaku pergolakkan. Ini kerana mereka tahu kumpulan pemisah hanya menyasarkan pihak2 tertentu di Ukraine bukannya pihak2 yang tiada kaitan. Begitulah sepatutnya sehingga pesawat MAS kita menjadi mangsa tak pasal2.

3. Berhubung laluan di zon yang dikatakan perang dan MAS tak peka, untuk rekod, ketika #MH17 ditembak jatuh, Thai Airlines dan Air France dikesan melalui laluan yang sama di FLIGHTRADAR24. Point ini ditujukan khusus buat geng2 pembangkang.

4. Dengan ketinggian 33,000 kita takan boleh tahu warna pesawat, saiz apatah lagi bentuk dia. Tapi kita boleh detect jenis penerbangan apa melalui aplikasi seperti FLIGHTRADAR24. Jadi berhentila dok sebar spekulasi kononnya ia ditembak jatuh kerana dipercayai membawa Putin. Walhal Putin kan geng kumpulan pemisah. Kumpulan pemisah adalah mereka yang dipercayai bertanggungjawab dalam insiden berkenaan menurut media Ukraine.

5. Ada media kita kata Rusia kantoi edit WIKI memadamkan penulisan2 yang mengaitkan pihak Rusia dengan insiden #MH17. Sebenarnya, sehingga keputusan siasatan dimuktamadkan, wajar kah kita menyalahkan mana2 pihak? Apa yang pihak Rusia buat adalah tindakan yang betul memandangkan siasatan sedang berlangsung. Kenapa pula perlu letakkan kesalahan ke atas mana2 pihak sedangkan siasatan masih sedang berjalan?

6. Awani melaporkan beberapa media utama antarabangsa melaporkan insiden #MH17 secara meluas ini termasuklah Belanda, Switerzerland, Australia, UK, USA, Ukraine. Media2 ini cenderung mengaitkan apa yang berlaku adalah salah RUSIA. Perbicaraan di kandang media sedang berlangsung dengan hebatnya bagi menyalahkan Rusia sebagai punca insiden.

7. Daily Mail dan Wall Street Journal sekali lagi cuba menghasut sesuatu imej ke atas Malaysia dengan menulis artikel yang berbaur 'propaganda'. Yang menyedihkan ada nya rakyat Malaysia tak faham propaganda media kat sini.

Petikan artikel WSJ yang aku petik dari TMI ;
Oh Ei Sun, seorang rakyat Malaysia dan kini adalah fellow kanan di S Rajaratnam School of International Studies di Singapura berkata, Malaysia sudah lama cuba untuk mengambil jalan tengah untuk mengelakkan diri dari memihak kepada mana-mana kuasa besar yang bertelingkah seperti antara Amerika Syarikat dan Rusia.
Katanya, sudah sampai masanya Malaysia mempertimbangkan polisi tidak memihak dalam konflik dunia ini.

Apa maksudnya itu? WSJ = USA. Maka, adakah sedang menyeru Malaysia secara halus untuk bersama2 USA dan menjadi SINGA USA di sekitar Asean? Singapore kecik sangat ke sampai perlu masukkan MALAYSIA dalam senarai kawan2 rapat USA?

Daily Mail cantik juga bila cuba mengatakan ini salah Malaysia sedikit sebanyak.
UK Daily Mail melaporkan, walaupun MH17 terbang di ruang udara yang tidak ada larangan, namun syarikat penerbangan diberi amaran tentang potensi bahaya di kawasan itu.Putrajaya, bagaimanapun, mempertahankan laluan penerbangan yang diambil oleh MH17, berkata Malaysia tidak pernah dimaklumkan oleh mana-mana pihak bahawa ia tidak selamat. - TMI-

Apa maksudnya ini? UK Daily Mail = USA satu geng dengan ZIONIS ISRAEL. Geng2 FOXSMEDIA neh. Sejak insiden #MH17 berlaku, pendirian Malaysia tidak berpihak. Kita berpihak kepada bukti, hujah, keadilan, fakta dan kebenaran. Ini pendirian kita. Ukraine nak bergaduh dengan Rusia ke apa ke itu kita taknak campur dan tak peduli satu sen pun. Yang kita peduli keadilan untuk pesawat kita, syarikat MAS dan penumpang2 serta anak kapal yang menjadi mangsa tragedi. Apa mungkin, DAILY MAIL sengaja meletakkan satu persepsi supaya MALAYSIA diperlihatkan bersalah juga dalam insiden berkenaan bagi menambahkan tekanan ke atas Malaysia dan akhirnya MALAYSIA = menghulurkan tangan kepada USA = bagi meringankan beban?

Yang neh rakyat Malaysia tak nampak. Mereka nampak.. BANGGGGGG ada point nak maki Najib. Jom.

Najib. UMNO. BN. Memang bangang.

Tapi kalau kita termasuk dalam permainan ZIONISME maka kita,Naji b, BN dan UMNO juga SAMA-SAMA BANGANG.

Apa yang media luar lapor jangan buta2 percaya. Propaganda media melibatkan satu dunia.

8. Laporan dari Belanda menyatakan bahawa mereka hairan rakyat Malaysia bergaduh sesama sendiri dalam insiden #MH17.

Yang sebenarnya, bergaduh sesama sendiri kalau nak menegakkan kebenaran tiada masalah. Tapi dari apa yang aku nampak, sekarang neh la, lebih kepada MEREPEK aje kot.

Cadangan aku, walaupun apa pun berlaku stand united di bawah Malaysia. Tak payah sokong BN just sokong Malaysia sudah la. Sokong Malaysia bukan bermaksud ko sokong BN pun. 

9. Rosmah Mansur ada menyampaikan satu pesanan khas kepada kenalan hubungannya yang juga mengenali Putin (dengan rapat) agar menghubungi Najib bagi menjelaskan mengenai insiden #MH17.

10. Dua kotak hitam sudah ditemui lapor media Ukraine dan ianya berada di MOSCOW. Namun pihak MOSCOW belum mengesahkan perkara berkenaan.

11. Kumpulan pemisah melarang pasukan penyiasat memasuki lokasi nahas bagi menjalani siasatan. Lagi lambat kita masuk ke lokasi nahas maka kita terdedah kepada dua risiko utama ;

- bukti hilang secara semulajadi akibat lokasi nahas di tempat terbuka yang cenderung kepada pendedahan cuaca seperti hujan.

- bukti diubahsuai, ditambah, dipadamkan dan dimanipulasikan bagi memihak, menuduh atau sabotaj pihak tertentu sebagai dalang nahas.

12. Ukraine menuduh bahawa kumpulan pemisah cuba mengubah bukti kerana melarang pasukan penyiasat khas memasuki lokasi nahas.

13. IATA menafikan bahawa kemungkinan MAS cuba menjimatkan minyak sehingga menggunakan ruang udara Ukraine. CEO IATA, Tony Tyler situasi memandu kapal terbang adalah sama seperti memandu kereta. Anda keluar rumah, ada laluan ditutup maka anda akan berpatah balik mencari jalan lain.

Pihak2 yang buat tuduhan ini ialah media pro barat yang aku SYAK sengaja memberikan tekanan kepada MALAYSIA sehingga akhirnya MALAYSIA tunduk ke atas kecaman dan meminta bantuan USA untuk menyelesaikan konflik ataupun mungkin PROPAGANDA agar Malaysia setuju dengan TPPA.

14. MAZA saran MAS berhenti hidang arak dalam penerbangan mereka.

15. USA akan berusaha mencari mereka yang bertanggungjawab melepaskan misil berpandu bagi memusnahkan penerbangan #MH17.

16. USA membuat kenyataan bahawa #MH17 musnah akibat dibedil dengan SA-11 milik Rusia.

17. Untuk rekod, wartawan CNN sudah sampai di lokasi nahas. Ini buktinya. Pelik. Pasukan penyiasat khas dilarang mendekati lokasi nahas tapi wartawan CNN boleh masuk? Something is fishy.

18. Malaysia akan memastikan kotak hitam jatuh ke atas tangan2 mereka yang berauthoriti lakukan siasatan terperinci. Ini aku terpaksa bidas statement Najib. Macam mana nak pastikan? Malaysia juga dilarang memasuki lokasi nahas ketika ini? Malaysia lemah. Sudahnya kita jadi lauk. Dengan Rusia pun kita mangsa, dengan Ukraine pun kita mangsa. Ukraine dan Rusia sedang hebat bermain politik, masing2 salah menyalahkan dan menyelitkan unsur2 politiking dan propaganda yang menyalahkan lawan masing2 dan Malaysia pula tak boleh nak buat apa2 dengan tegas sebab negara kecil yang menjadi umpan kepada jerung2 gergasi yang sedang bergaduh bagai.

19. Mayat penumpang #MH17 mula mereput sebab terdedah kepada cuaca luar. Setakat ini Malaysia sudah membuat permohonan untuk menuntut mayat mangsa dan formalitinya belum dapat dipenuhi sebab kumpulan pemisah banyak cekadaknya pula. Beberapa ustaz telah dihantar ke Ukraine oleh pihak JAKIM bagi menguruskan jenazah2 yang menjadi mangsa nahas #MH17.

20. Selain dari Malaysia yang kibarkan jalur gemilangan separuh tiang selama 3 hari berturut2 dalam perkabungan tragedi #MH17, Australia juga mengambil pendekatan yang serupa bagi mengenang nahas tersebut.

21. Ketua Pramugara MAS, Haji Ghaffar Abu Bakar adalah antara mangsa nahas yang terkorban. Individu tersebut dikenali sebagai penentang kuat kepada sajian arak dalam MAS.

Itulah antara rangkuman berita2 berkaitan insiden #MH17 pada hari ini. Media2 antarabangsa laporkan macam2 perkara dan perkara2 itu la yang sebenarnya akan memeningkan dan mengelirukan kita kalau kita focus sangat pada laporan pemberitaan dorang.

Apa yang aku rasa ialah insiden #MH370 ialah penanda aras bagi melihat sejauh mana Malaysia bertindak menyelesaikan konflik. Melihat kepada beberapa kelemahan kita yang terbukti (kena akui la kan) dan ia mungkin menjadikan MAS sasaran mudah untuk lakukan apa2 propaganda bagi mencapai tujuan2 politik oleh negara2 tertentu.

Yang aku nampak. Malaysia ialah mangsa keadaan. Kalau orang tue dah target ko, maka ko tak ikut laluan tue pun orang akan pastikan macam mana ko akan termasuk dalam perangkap ciptaan mereka. Pointnya ialah MALAYSIA mungkin telah disasarkan oleh pihak2 tertentu untuk melaksanakan agenda mereka.

Renung2kan okay.

Sumber maklumat laporan berita :

The Malaysia Insider

Malaysiakini

Berita Harian

Blogger Rakyat Marhaen

Blogger Anak Sungai Derhaka

Blogger Addin

Facebook

Twitter

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...