Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 28 September 2012

Ini punca MIC dan penganut hindu berang dengan Zakir Naik.

Ini isu nya. 

Dan ini gambarnya.


Rakan facebook aku yang menganuti hindu menyifatkan gambar di atas adalah provokasi dan tindakan tersebut di anggap menghina ajaran hindu. Bagi mereka, Zakir Naik tidak menghayati konsep kebebasan untuk mengamalkan apa2 agama dan bertolenrasi menerima perbezaan antara agama.

Senang cakap. Tak hormat agama orang lain. Dalam kes neh agama hindu.

Sejujurnya dari pandangan umat islam, pandangan aku sendiri, aku berpendapat bahawa ini adalah cara pelawaan untuk berdebat dan berhujah. Maksudnya kat sini penganut hindu dialu2kan untuk membuktikan cabaran Dr. Zakir Naik.

Tetapi dalam hidup neh aku tak boleh amek kira pandangan aku semata2. Kena lebih luas dan lihat dari seme sudut. Oleh kerana penganut hindu berpendapat bahawa itu adalah satu provokasi agama maka adalah lebih baik jika perkara tersebut diterangkan oleh Dr Zakir Naik sendiri.. adakah dia benar2 sedang melakukan provokasi ataupun sebaliknya?

Aku tak menganggap bahawa

Jika Allah swt itu tuhan maka buktikan kepada aku 

Merupakan satu provokasi. 

Tetapi lain orang lain pemikiran mereka. Boleh jadi umat islam yang lain berpendapat bahawa itu memang provokasi.. adakah ka mempersoalkan Allah swt tu tuhan ke tidak.. tak reti nak hormat umat islam ka? Dah terang2 umat islam mengatakan dan menyebut banyak kali mengenai Allah swt tuhan mereka so Allah swt itu tuhan la nak buktikan apa lagi kat ko? Dan perlu ke nak buktikan since you are non muslim?

Boleh jadi itu pemikiran orang2 islam yang lain pula. Kita mungkin memandang buku yang sama tetapi belum tentu otak kita menterjemahkan perkara yang sama pula.

Jadi instead of bercakaran dan bergaduhan dalam isu neh adalah lebih baik selesaikan isu neh secara tolenrasi. Aku tak berminat nak side kat memana pihak tetapi isu neh tidak akan selesai jika halang Dr Zakir Naik datang ke malaysia sedangkan Dr Zakir Naik mempunyai pengikut dan followers yang ramai di Malaysia.

Apa yang berlaku adalah sebaliknya. Akan wujud pertembungan antara dua agama iaitu islam dan hindu. Cara terbaik, selesaikan secara tolenrasi. Jangan menolak perbezaan sebaliknya terima dan nyatakan ia dengan hujah. 

Kita kena terbuka. Terbuka bukan bermaksud menghina agama lain. Jauh sekali menghalalkan provokasi. Cuma terbuka untuk menyelesaikan segala isu dan perbezaan yang wujud. Tutup ruang perbincangan tidak akan menyelesaikan masalah. Fikirkan. 

Nota : Untuk rekod gambar di atas khabarnya disebarkan dalam fanpage DR. Zakir Naik. Rujuk sini. Aku tak pasti fanpage tu benar2 dikendalikan oleh Dr Zakir Naik ataupun tidak. 

Tapi gambar tu dah takde dah. Aku rasa dah kena removed. Jika itu berlaku bukan kah itu bererti Dr Zakir Naik dah nampak sentimen penganut hindu disitu? Perlu ka halang dia dari masuk ke malaysia lagi?

Rujuk berita berkaitan disini.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...