Channel Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia PRU14

Isnin, 2 Januari 2017

Sambut Tahun Baru Di Pusat Judi, Azalina Dipersoalkan Netizens, Dah Takde Tempat Lain Lagi Ke?

Ia bermula apabila menteri di Jabatan Perdana Menteri memuatkan gambarnya sendiri di laman Instagram. Azalina Othman seterusnya menjadi sasaran serangan di alam maya.


Azalina Othman Bergambar Di Pusat Judi
Azalina Othman
Gambar yang dimuatturun oleh Azalina itu kini viral di laman sosial seperti WhatsApp dan Facebook.

Azalina dikecam sebagai tidak prihatin kerana bergambar di pusat judi walaupun dia seorang menteri yang beragama Islam selain dikritik kerana menyambut tahun baru di luar negara di saat rakyat sedang bergelut dengan masalah kenaikan kos sara hidup.


Menurut pakar penganalisis ekonomi, harga barangan dan perkhidmatan dijangka naik berikutan Akta Pencatutan tamat pada 31 Dec lepas.

Akta Pencatutan ialah satu akta yang diwujudkan untuk mengawal dan memantau harga barangan dan perkhidmatan selepas GST namun akta tersebut telah tamat tempoh pada 31 Dec 2016 yang lepas. 

Baca : Akta Pencatutan Tamat Tempoh, Peniaga Kini Boleh Naikkan Harga Barang Jualan.

Berikut antara respon netizens terhadap Azalina ;





Sungguh pun Azalina hanya bergambar, apakah tidak boleh dia bergambar di tempat yang lebih baik berbanding di Pusat Judi Las Vegas soal netizens.

Dan netizens turut mempersoalkan sikap menteri yang melancong ke luar negara dan mempromosi gaya hidup mewah di saat rakyat terhimpit dengan masalah sara hidup. Ia seolah-olah menteri tidak peka dengan masalah rakyat dan lebih selesa bergembira sungguhpun rakyat sedang berduka.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...