Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 27 Mac 2012

Email peribadi Anwar Ibrahim tersebar..

Kalau ikut pemahaman aku, email neh tidak mungkin boleh diprintscreen kalau bukan saudara yy ialah individu yang mengemail dsai. Kalaupun bukan blogger yy yang email dia, ini bermakna pengirim email lah yang printscreen dan sebarkan kepada yy. Betul?

Sekarang kita perhatikan dulu kandungan email tersebut ;


Blogger yy menulis : Selepas itu Anwar Ibrahim menghantar emel untuk mendapatkan maklumat lelaki tersebut.
Menurut apa yang aku faham kat atas neh ialah, dsai membalas email orang tersebut, bukan di pihak yang menghantar. Kalau ikut kronologi penulisan yy, dia nak bagi gambaran seolah2 dsai yang approach pengirim email tersebut sebaliknya kalau diperhatikan dari printscreen di atas, dsai hanya reply email sahaja, bukan di pihak yang approach, cakap based fact oke.

Lepas tue blogger yy siarkan printscreen kat bawah neh pula ;


dan



Menurut apa yang aku faham kat atas neh ialah perbualan lama. Lihat tarikh 2011 kan? Sekarang neh aku nampak ;

1. Perbezaan masa. Kalau ikut kronologi blogger yy, yang masa 7.53 di anggap email yang dsai hantar dulu dan kemudian nya email masa 7.25 di anggap kemudian. Aku tak tuduh2 ye, itu susunan dari blogger yy sendiri. Klik link kat sumber tue dan baca sendiri posting dia.

2. Account twitter dan facebook dsai pernah dihack dulu. Aku tak ingat bila tapi memang pernah. Aku tak kata yang tukang hack buat kerja neh tapi aku nak bagi kita fikir semua aspek sebelum membuat penilaian.

Aku pun sangsi juga adakah neh email dsai yang sebenar? Adakah ini twitter dsai yang sebenar? Dia printscreen tanpa url.. aku cadangkan bagi membuktikan kata2 ko, buktikan dulu email dan twitter dsai tue adalah mewakili dsai terlebih dahulu.

Caranya, ko klik kat twitter dsai yang dalam mesej twitter tue then ko klik kanan, then kita tengok dia direct pergi mana.. bukti kena kukuh lah, jangan anggap bila kita minta bukti kita meragui itu neh, cuma kalau nak suruh kita menilai satu2 kisah, bukan kah lebih baik diperlengkapkan semua bukti terlebih dahulu?

Sejujurnya aku no komen atas email neh kalau pun benar email neh dari dsai pun. Seseorang mungkin ada niat bergurau dan etc, kita taktau. Dsai pun pernah bergurau time perjumpaan bloggers dulu, then dia terangkan dia bergurau tapi ye lah, mungkin ada orang kadangkala sensitif tak suka gurauan macam tue. Apa pun terpulang pada penilaian masing2. Lain orang lain cara pemikiran mereka. Simple.

Sumber : sini

Ameno : Sapa yang kirim email tue ek.. dia dah memusuhi dsai ka sekarang? 

Hishamuddin baru bangun tidur.


Ahli politik di negara ini diminta melaporkan kepada pihak polis sekiranya merasakan diri mereka terancam, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
    
Beliau berkata kegagalan ahli politik berbuat demikian menyebabkan pihak polis sukar menjamin keselamatan mereka terutamanya ketika menghadiri ceramah umum di seluruh negara.

"Polis adil memastikan keselamatan mereka (ahli politik).. ketua pembangkang, anak kepada ketua pembangkang sekalipun, jika rasa tidak selamat mereka boleh memohon sendiri kepada polis, saya sendiri memberi jaminan.

"Tetapi jika tidak dimaklumkan dan sesuatu berlaku, ini tidak boleh salahkan pihak polis," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.
    
Mengenai kejadian Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Dr Wee Ka Siong 'diserang' di perhimpunan pendidikan Cina di Kajang semalam, Hishammuddin berkata sekiranya polis dimaklumkan terlebih dahulu kehadiran Wee di perhimpunan itu, beliau yakin kejadian itu dapat dielakkan. -MKINI-

Baru bangun lebih baik daripada tidak bangun2 langsung. Walaupun bangun disebabkan pemimpin bien kena serang tapi okey juga sebab akhirnya dia terpaksa bangun. Walaupun hishamuddin agak lambat nak melindungi pemimpin pembangkang tetapi itu lebih baik daripada dia takmo melindungi langsung. 

Apa yang berlaku terhadap pegawai dsai, nurul izzah, yb2 pr yang di ugut melalui peluru dan sms dan risalah, adalah tindakan ganas penyokong kerajaan dan sememangnya wajar dilindungi keselamatan pemimpin2 pr.

Dan aku mohon agar hishamuddin panjangkan jaminan keselamatan terhadap kedua2 belah penyokong pr dan bien pula. Aku tak kata penyokong2 bien akan dibelasah oleh penyokong2 pr tapi bertindak adil pun takde masalah. Kang depa kata aku bias pula minta lindungi keselamatan pr je pun susah juga. Perlunya jaminan keselamatan dari polis bila berpolitik di malaysia neh sebab apa? Sebab penyokong bien suka main kasar, samseng dan ganas. Siyes. Bukan tuduhan tapi kita tengok sejarah lampau. Kita belajar dari sejarah beb.

Depa suka tikam belakang, pukul curi, lepas bantai cabut dan lari. Ini satu ancaman kepada penyokong2 pr sebenarnya sebab kita suka berdebat dan berhujah depan2, tapi kalau tiba2 penyokong bien tah datang dari mana dok pukul curi pun bahaya juga pada keselamatan kita kan? Sapa nak mati sebab berpolitik? Aku takmo. Hope hishammuddin buat jaminan macam neh. Jaminan semua pemain2 politik akan dilindungi tanpa kira politik.

Ameno : Politik samseng ada di mana2.

Isnin, 26 Mac 2012

Updated : Identiti YB yang dicekup terdedah.

Updated ;

Aku harap neh info betul lah ye. Kalau sungguh info neh ini bermakna yb tersebut ialah orang islam. Aku mesti cakap bahawa siasatan harus dilakukan dengan telus. Aku takmo tuduh apa2 tanpa mendengar respon balas dari yb terbabit. Apa yang penting sekarang neh ialah,


YB sila jawab kenapa berada di premis terbabit. 

Kalau alasan dia oke, mungkin kita boleh lupakan isu tersebut. Tapi kalau alasan dia dangkal contohnya kena debik dengan 20 orang sampai dikurung dalam pusat hiburan terbabit ka memang sah sasau. Siyes.

So, kat bawah neh lah identiti yb yang diperkatakan. Untuk rekod, info neh dibawa oleh era pasca [klik situ]. Aku pun tahu dari dia. Tq 


Baca sini untuk biodata penuh.


Takpelah, mari kita mendengar alasan mereka terlebih dahulu sebelum membuat apa2 konklusi. Aku pun susah nak tuduh direct.. tapi yb islam yang berhibur di pusat hiburan bagi aku tak sepatutnya wujud.. bukan nak tuduh dia terus bersalah oke, tapi siyes.. tak sepatutnya wujud.


Ini kes serius!

Betul. Kalau yang kena cekup tue orang islam maka ia kes serius. Kalau bukan islam, kalau ikut pandangan aku, aku tak amek port sosial life dorang. Ada aku kesah? Orang islam pun actually aku tak kesah juga der. 

Tapi kalau dia dok tayang2 aku memang kesah. Kalau dia sorok2 tue takde lah pula aku nak mengintip bagai kan. Macam kes yang terbaru sekali neh. Kes neh dah jadi kecoh pasal dia kena cekup ketika berhibur di pusat hiburan.


Ikut dari apa yang aku faham kat atas neh ialah ;

1. YB = pelanggan pusat hiburan.

2. Di cekup ketika berada dalam premis.. = pusat hiburan = untuk berhibur lah kan?

3. Polis = jalankan ujian dadah selepas ops tapis pusat hiburan.

Dalam erti kata lain polis lakukan serbuan ke pusat terbabit. Kenapa? Mungkin kerana  ;

- operasi sehingga melebihi masa yang dibenarkan. 

- ada aduan pusat hiburan tue menganggu orang awam

- ada aduan bahawa terdapat urusan dadah, heroin, gro dan etc2, kat pusat terbabit

Tue sebab polis pergi serbu. Tue tak kesah lagi. Yang aku fahamkan kat sini ialah polis cekup mereka semua untuk jalankan ujian kaki kencing bagi check samada mereka amek dadah atau tidak. Maksudnya tahan utk menjalankan ujian.

Sekarang neh, kalau yb tue orang islam memang satu isu bagi aku. Agak2lah der. Awak tue yb. Tengok sikit kiri kanan der. Kalau yb tue bukan islam aku malas nak campur. Lantaklah ada aku kesah? Kalau nak berhibur tue ikut orang islam, ada banyak cara dia. Pergi disko ka apa ka bukan tempat orang islam der. Cuma aku terfikir2 yb tue yb bn atau pr? 

Tak kira lah dia bn or pr, siasatan kena telus kalau dia terbukti yb beragama islam. Ingat, kes neh bukan aku pergi intip dan bongkarkan peribadi ko bagai, tidak. Aku tidak melakukan hal tersebut. 

Sebaliknya ko lah yang telah terkantoi ketika berhibur. Dan ingat juga, kalau ko orang islam, better resign lah, jangan sibuk jadi yb. Buat malu orang islam jek beb. Tak pasal2 jek menyusahkan orang. Bai. 

Ameno : Takde nama pula.. takan yb dari bien ek?

We love PM. - Kecuali aku.

Sudah penat aku menulis mengenai tentang masalah rakyat supaya najib dan bien boleh faham. Tapi nampaknya bien dan najib tak juga faham2. Oleh kerana aku dah rasa penat, aku nak take 5 jap. Jom geng kita berhibur sambil bergelak tawa dengan membaca komik kat bawah neh. Lucu siot.

kah kah kah





















Owh yer.. komik neh di edarkan sebagai goodies pada mereka2 yang mendengar taklimat di uniten hari tue. Apa nama? Open day uniten. Mungkin sesi taklimat untuk bebudak yang berminat nak belajar di uniten kot. Hehehe. Kelakar lah you all neh.

Bebudak tue pergi taklimat pasal study. Tapi goodies bag bagi barang2 yang tak related pasal study pula. Kenapa neh? Neh bukan risalah yang orang edar tepi jalan. Tapi goodies bag you. Amboii.. tak cukup dengan media arus perdana kini di universiti pun you all selit2. Dasat.

kah kah kah

Tapi.. still macam biasa.  Sebarkan auta. Sapa pun takmo percaya. You all tak reti ek kebaikan kerajaan yang you all boleh promote? Meh sini i bisik2 sket.. psttt.. dengar citer kalau nak berhenti merokok, klinik dan hospital kerajaan ada sediakan kemudahan tersebut. 

Sesuatu yang ramai orang taktau tapi you all takmo sebarkan. Sebaliknya tak henti2 sebarkan auta. Lepas tue dok pongpang2 cakap rakyat tak reti menghargai kebaikan kerajaan walhal lue sendiri pun tak sebar kebaikan kerajaan lagi ada ahti nak salahkan orang. Tak sedar diri betul. Bai.

Ameno : Hehehe.. terbitan itu neh memang senang der.. tapi dana nya datang dari mana? Siapa? Lue fikir student ada duit ka? Belajar pun ptptn der.. hutang wa cakap lue..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...