Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 5 November 2014

Surat Aduan Setiausaha MSU PAS Salah Guna Duit Derma Untuk Kepentingan Sendiri Tersebar.

WOW. 

Apa yang berlaku neh beb? 

Surat yang tersebar di laman sosial ; 



Siapakah individu yang dimaksudkan?


Tengok tarikh surat. Tahun 2013. Citer tahun lepas punya. Bila tengok aduan2 yang dikaitkan dengan individu tersebut pada aku agak serius.

Pendapat aku.

1. Mula2 sahkan dulu samada surat tersebut adalah aduan rasmi ataupun aduan palsu. Kalau palsu abaikan. Dan patut state terang2. Ini cubaan fitnah untuk cemarkan intergriti PAS dan ahli MSU.

2. Bila PAS dah nyatakan mereka pernah terima aduan tersebut maka adalah amat wajar untuk PAS dedahkan hasil siasatan secara terbuka.

3. Kenapa ek?

4. Sebab ia melibatkan DERMA orang ramai.

5. PAS seringkali terkait dengan skandal menyalahgunakan derma orang ramai atas kepentingan peribadi dan parti (yang tiada kaitan).

6. Ini bukan tuduhan kecik anak.

7. Kes Memali begitu. Kes Kohilai begitu. Kes Lebuhraya rakyat begitu.

8. Bagi memastikan intergriti PAS tidak tercemar, PAS perlu mendedahkan kepada orang ramai hasil siasatan mereka.

9. Benarkah terdapat penyalahgunaan dana derma untuk kepentingan peribadi?

10. PAS ialah parti yang memperjuangkan idelogi ISLAM. Tapi bila bercakap pasal adil, amanah aku rasa semua tahu PAS tak mampu uphold ciri2 tue. Hancur kot. Kalau PAS pun macam neh apatah lagi parti2 gila meroyan yang lain ye tak?

Lue fikirlah sendiri ek.

Kbai.

Peminjam2 PTPTN Berdepan CCRIS - Tak Boleh Beli Rumah.

Beb.

Kerajaan kau neh dah gila. KJ mana KJ. Kata hero anak muda. Sekarang apa citer? Bermula tahun Jan 2015, PTPTN telah memutuskan untuk meletakkan peminjam2 yang tidak pernah langsung membayar apa2 amount ke dalam sistem pangkalan data CCRIS.

173, 985 ialah jumlah peminjam2 PTPTN yang akan dimasukkan ke dalam CCRIS nanti. Alasan PTPTN ialah mahu mendisplinkan perangai peminjam2 PTPTN.

Dan bila nama kau dah masuk dalam sistem CCRIS memang macam celaka la nak beli rumah mesti susah punya.

Nak pinjam apa2 pun susah.

Orang sekarang nak beli kereta dan rumah kan kena meminjam. Melainkan kau kaya raya ataupun pakar merompak wang rakyat macam menteri2 memang la kau boleh dapatkan aset2 tersebut secara cash.

Satu lagi konspirasi untuk melemahkan semangat anak muda melawan sistem riba dalam PTPTN. 

Bugima punya BN.


Pegawai Khas Khairy Jamaluddin Diharamkan Dari Memasuki Cafe Milik Zainuddin Maidin (Bekas Menteri).

Hati tisu.

KAH KAH KAH

Apa kesnya?

First ;


Sapa si Zeifry neh?

Pegawai khas kepada KJ.

Lihat gambar ;


Apa dia buat?

Satu hari dia p makan kat satu cafe. Dia dan kawan2 dia. Semua wanita. Then dia order makanan di atas. Rujuk gambar. Makanan tersebut gamaknya tak sedap sangat kot tue sebab ditinggalkan. 

Yang jadi isu. Cafe yang dia singgah tue cafe yang dibuka oleh bekas menteri. Bekas ketua pengarang kumpulan Utusan. Dan sekarang menulis di Utusan secara sambilan. Dia tatau kot bab tue. So si pegawai khas KJ dok main kritik la kat facebook. Yang kena kritik plak sentap. Dia punya sentap sampai haramkan pegawai khas KJ singgah ke cafenya lagi.

Hak ala.

Si Zeifry tue customer kot.

Kalau masak dah tak sedap memang la orang complain.

Patutnya terima kritikan secara terbuka. Si Zeifry neh pada aku dah kritik secara lembut gila. Macam gaya pondan pun ada. Bapok ke apa. Kalau la aku yang singgah. Masak tak sedap plak tue. Perghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh.

MEMANG BABIK la aku bagi kot.

KAH KAH KAH

 Si Zainuddin neh semua tahu geng tegar Mahathir. Mahathir semua tahu anti KJ. Si Zeifry plak geng KJ. Mana tak jadi sensitif tak pasal2.

KAH KAH KAH

Ini apa yang si Zam menulis di blognya ;


KOMEN:
He probably didn't know the owner of the cafe where he ate is also the owner of a socio-political blog which is extremely popular and widely read in Malaysia. Oh boy..He messed with a wrong guy!

Oleh kerana tidak diberikan layanan istimewa, Pegawai Khas Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin telah memburukan Zam News Room Cafe  @ Ayer 8 Presint 8, Putrajaya yang dikunjunginnya pada suatu pagi.

Pegawai itu Zeifry Ibrahim mencatitkan dalam facebooknya, "Nama sampaoii,-makanan hampehhh. Custormer tanya -jawapan "Ini cara masak kita macam ini."

Beliau kemudian meninggalkan cafe ini dan menyiarkan kritik serta gambar makanan yang tidak habis dimakannya di face booknya.

Pucanya ialah apabila dia masuk bersama dengan tiga orang teman wanitanya dan duduk di sebuah meja, pembantu cafe telah memberitahunya bahawa makanan dan bayaran perlu dipesan di kaunter kerana ini cafe layan diri.

Setelah makanan dihidangkan, dia komplain kerana nasi tomato hanya ada sejenis kuah dan sejenis lauk sahaja dan dia diberitahu  "itulah cara kami, tidak banyak lauk kerana bukan sebuah restoran tetapi hanya cafe."

Berikutan dengan itu Zeifry mengambil keputusan untuk tidak menghabiskan makanannya, mengambil gambar,meninggalkan cafe dan kemudian mengutuk cafe ini dalam facebooknya di samping menyiarkan gambar makanan yang tidak dihabiskannya.

Perlu disebutkan Zam Newsroom Cafe kepunyaan bekas Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Melayu, Zainuddin Maidin hanya menyediakan makanan yang ringkas seperti nasi lemak, nasi tomato, sandwich, lasagna, spagheti selain dari minuman.

Sejak dibuka pada 1 Januari 2014, cafe ini telah dikunjungi oleh berbagai peringkat rakyat. Dari rakyat biasa,ahli sukan ; penunggang basikal,pejalan kaki , para seniman, ketua ketua pengarang akhbar, penulis,blogers dan juga pemimpin politik , pemimpin masyarakat ,NGO dan  tokoh perniagaan

Diantara mereka yang paling awal mengunjungi cafe ini ialah bekas Menteri Besar Terengganu, Tan Sri Wan Mokhtar, Menteri Pelajaran Kedua, Datuk Idris Jusoh, Dato Raja Arif bin Raja Ali, Ketua BiroTata Negara, Dato Sri Haji Alli Kawi, bekas Ketua Cawangan Khas Sarawak, Datuk Haji Che Mat Che Ali, Pengerui Pusat Pungutan Zakat.

Blogers antara lain terdiri dari Rocky's Bru, OutSyed The Box (Syed Akbar Ali), Pengarang Berita Metro, Sufian Tahuri Muhammed, Ketua Pengarang Kosmo Datuk Baharom Mahusin, Datuk Haji Ahmad Tajuddin bin Jab, Pengarah Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional Kementerian Pelajaran Malaysia, Dato Haman bin Abdul Hamid, Pegawai Tugas-tugas Khas kepada Ketua Setiausaha Negara, Pegawai pegawai Tinggi Perbadanan Putrajaya termasuk Presidennya, Tan Sri Aseh Che Mat.

Selain dari itu, Cafe ini juga sering dikunjungi oleh pegawai-pegawai dari Wisma Putra termasuk bekas-bekas duta dan bakal duta dan juga pegawai-pegawai Jabatan Peguam Negara.

Ramai lagi yang saya tidak dapat sebutkan nama mereka terutama pendududuk tempatan. Pada keseluruhannya mereka tidak pernah membuat teguran yang bersifat menghina, marah atau kecaman sebaliknya memberi beberapa syor tertentu kepada pembantu cafe ini Zamani.

Setelah menimbang dari semua aspek, maka saya rasa tidak sewajarnya saya mengambil tindakan undang-undang terhadap Pegawai Khas Khairy Jamaluddin ini sebaliknya; lebih baik untuk dikemukakan sebagai suatu contoh seorang Pegawai Menteri yang tidak memahami inspirasi   Perdana Meneri dan Timbalan Perdana supaya pendukong kerajaan berubah sikap untuk menawan hati rakyat.

Inlah contoh pegawai yang mencemarkan nama menteri dan  kerajaan.

Supaya  cafe saya tidak lagi tercemar , maka adalah lebih baik  bagi saya  untuk mengharamkan Pegawai Khas Khairy Jamaluddin ini dari memasuki Cafe ini buat selama-lamanya.

Rujukan : http://zamkata.blogspot.com/2014/11/pegawai-khas-khairy-jamaluddin.html

Jumud. Tak terbuka. Taknak raikan kepelbagaian. Ko dah buka cafe. Customer datang dan pesan makanan kau. Bila dorang complain kau haramkan dorang dari singgah cafe kau. Sapa yang rugi? Kau la. Berlambak2 lagi cafe kat negara neh orang boleh singgah. Kalau masak dah tak sedap tue tetap la tak sedap. Tak kira la ko cafe ke apa ke. Patutnya terima kritikan dengan terbuka dan cari jalan untuk perbaiki rasa dan mutu masakan dari semasa ke semasa.

Lepas neh nanti dia cabar orang rasa masakan dia. Nak buktikan sedap. Padahal dia dah upgrade bagi sedap untuk cover malu. Taktik murahan. Bosan. Sampah.

Tapi bagus juga tindakan si Zeifry tadinya tue. Bagi naik saham cafe milik bekas menteri. Propaganda populis naikkan nama cafe kot. 

KAH KAH KAH

Kbai.

Ini Jumlah Sewaan Kereta Rasmi Untuk Menteri Yang Tak Masuk Akal.

Kenapa sewa?

Kenapa bukan beli?

Baru2 neh kita tahu yang Putrajaya telah memutuskan untuk mengantikan semua kenderaan2 rasmi kerajaan yang digunakan oleh menteri2 dan pegawai2 tertinggi kepada sebuah model proton Perdana casing dan teknologi Honda (perkongsian teknologi).

Alasan yang dikemukakan oleh kerajaan ialah ;

- Model lama proton Perdana sudah uzur

- Kos penyelenggaraan tinggi dan tidak berbaloi (which is satu alasan penipu. Tiap2 bulan kenderaan rasmi milik kerajaan diselenggara secara berkala, bila penyelenggaraan berkala dilakukan sepatutnya risiko untuk rosak kurang. Tapi yang pelik, semakin ia terselenggara, semakin mudah ia rosak sana sini. Ada sesuatu yang kena dengan point kerajaan untuk halalkan point dorang tukar kenderaan rasmi).

Maka. Kerajaan memutuskan untuk mengantikan sejumlah 3,000 kenderaan yang digunakan oleh kakitangan kerajaan termasukla menteri2, timbalan2 dan pegawai2 tinggi kerajaan dalam program pengantian kereta kakitangan kerajaan.

Ketika perkara ini diluluskan oleh Putrajaya, kerajaan menerima kecaman kerana ;

- Dengan kos sara hidup yang tinggi, kerajaan boleh pula bersenang lenang tukar kenderaan rasmi mereka.

- Proton Perdana tapi gunakan chasis Honda. Aka Honda tiruan (benda neh bukan isu pada aku).

- Harga yang ditawarkan agak mahal dan tidak sepadan dengan kualiti. Benda dibina dalam negara, bukan luar negara. 

 
Gambar pandang pertama kenderaan yang digunakan oleh perdana menteri Malaysia, Najib Razak.

Apa isunya?

1. Kerajaan cakap bahawa mereka membeli kenderaan di atas. Bukan menyewa.

2. Harga belian untuk setiap kenderaan ialah RM295,000. Ini paling mahal. Yang paling mahal neh ialah bullet-proof dan custome made untuk tujuan keselamatan menteri2 tertentu.

3. Kos sewaan bersih tiap2 bulan dipecahkan ikut model kenderaan.

4. Kerajaan memutuskan untuk membeli dua jenis model kenderaan.

5. Bagi model pertama, Proton Perdana Baru 2.4 Executive ialah berjumlah RM3,284.84 sebulan.

6. Bagi model kedua, Proton Perdana Baru 2.0 Standard ialah berjumlah RM2,892.32 sebulan.

7. Kos sewaan bersih di atas tidak tertakluk dengan kos penyelenggaraan.

8. Bagi kos penyelenggaraan, ia dikira secara berasingan.

9. Menurut jawapan yang disediakan oleh Najib Razak kepada ahli parlimen DAP di parlimen, ayat yang digunakan ialah KOS SEWAAN BERSIH.

10. Namun Putrajaya pada sebelumnya mengatakan kenderaan tersebut bukan SEWAAN namun BELIAN (aset kerajaan).

So kat situ ada kecelaruan maklumat. Mana satu yang betul? Kalau sewa, tak logik. Kenapa nak sewa kenderaan tue? Macam celake aje nak buang duit sewa2 padahal ko boleh aje beli. Bila sudah sampai satu tempoh, boleh re-sale. Murah2 pada rakyat yang memerlukan. Jangan dok bagi kroni jek.

Satu lagi bayaran bulanan untuk membeli (kalau beli) pun mahal. Dekat 4k tiap2 bulan. Adakah jumlah pembelian kenderaan di atas tertakluk cukai dan segala? Macam tak logik la.

Dan. Untuk rekod. Setakat neh bayaran bulanan dah berjalan bagi 200 kenderaan pertama yang sampai ke Putrajaya untuk kegunaan menteri2 kita.

Kita ada berbaki lagi 2,800 kenderaan proton perdana baru yang akan menyusul bagi kegunaan seluruh pegawai2 tertinggi kerajaan di Malaysia.

Bayangkan. Satu kenderaan dekat 4k. Kalau 3,000 kenderaan tiap2 bulan nak bayar berapa? 

Pergh.

Rakyat kena jimat.
Potong subsidi segala.
Minyak dunia turun.
Kenakan cukai jualan pula.
Depa syok2 ganti kenderaan baru.

Suwei betul. Apa pun tak boleh.

Kbai.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...