Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.
Memaparkan catatan dengan label Tsunami. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tsunami. Papar semua catatan

Rabu, 11 April 2012

Pengalaman gempa bumi di Malaysia - 11 april 2012.

Citer dia macam neh, tadi kan aku tengah update blog. Masa tue aku tengah layan citer pasal najib kat blog addin. Aku layan kat rumah member aku.  Member aku tue totok umno. Gua kira slumber arh juga kutuk2 umno guna line internet penyokong umno. Panas gak member aku tue tadi. Dia siap nak jirus aku dengan air time aku kutuk2 tipiem. Sekali member sayang tipiem beb, najib takpe.

kah kah kah

Oit ko jangan meroyan kat blog aku pula. Kita friend forever oke.  Aku nya PC minggu depan baru sampai, kena main order2 pula, aku dah lar rimas update guna tablet jadah neh, so esok aku akan mai umah ko petang2 untuk update blog lagi oke??

kah kah kah

Enough, kang dia balon aku time2 neh juga, rumah da larh dekat2. Hehehe. Sambung balik kisah pasal gempa bumi. Time aku tengah sedap2 baca artikel blog addin tiba2 komputer member gua bergoyang2. Masa tue aku memang rasa pelik.

Apa jadah komputer neh bergoyang. Then aku buka arh blog aku untuk buat entry baru kan. Time tengah buat seme2 action tue tiba2 dengan aku sekali bergoyang2. Apa ke hel pula aku dan komputer neh bergoyang bersama2 hah? Aku rasa cuak tapi rileks arh juga.

Aku pun pergi kat fan page amenoworld dan taip ;

Wehhhhhh aku cam bergoyang2 jek kat dalam rumah neh..

Then aku tengah nak tekan post kaler biru tue kan, tiba2..

Jeng jeng jeng..

PC terpadam. What the hell is this? Aku pun bangkit ;

 " Wehhh, gempa bumi jom2 keluar, aku dah matikan seme suis cepat2 keluar.. ko tengok air dan pokok bergoyang2 kat luar, ko tak pasan ka? Kan ko berjaya aku baring memang larh tak perasan sangat ingatkan aku pening2 tadi " 

Demm.

Aku belum sempat post mesej tadi der. Jawab aku dalam ahti je larh. "Oke2".

Sekali aku tengok seme orang keluar rumah. Pakcik makcik nenek atuk adik abang kakak seme keluar der. Jadi betul larh bukan aku sorang je rasa bergoyang2. Rupanya2 kat sini memang satu kawasan rasa bergoyang. Takpe lagi. Lepas buat2 kecoh dekat setengah jam aku pun balik rumah aku dan update blog aku pasal najib tue.

Lepas update blog aku tinjau2 fb baru aku tahu rupanya bukan aku je rasa bergoyang2 tadi, rupanya ada tempat lain turut bergoyang2 tadi der. Lokasi aku perak. So kira goyang2 tadi goyang2 satu malaysia arh der.

Demm.. seram juga ek. Bayangkan kalau tadi tengah tsunami per citer? Gua dah larh tengah bersiap2 nak mengata najib sekali tsunami mai.. memang menyeramkan der. Kalau tengah berzikir ke apa.. takde larh rasa menyesal sangat kan?

Muahaha.. 

Adoii larh. Insaf sekejap aku. Dan tadi ada larh orang indonesia ajar aku. Dia cakap kalau gempa bumi datang kita kena cakap addo addo. Aku pun tatau kenapa dia ajar aku benda tapi dia kata petua orang2 tua dia. Tak sampai ahti pula aku nak gelak petua dia tue. Aku layankan aje.

Hahaha..

Dan sekian lah citer gempa bumi tadi. Ada apa2 nak tambah atau ada sapa2 rasa bengang lepas baca citer neh? Jangan marah der..

kah kah kah

Ameno : Siyes seram gak tadi..

Sabtu, 2 April 2011

Fakta CNN : DSAI punca tsunami.


Terkejut beb ble aku baca citer neh. Macam tak percaya pula bila CNN laporkan dsai punca tsunami. Marah gak aku kat CNN neh pada asalnya. Tetapi bila aku fikir-fikir balik memang logik pun apa yang CNN cakapkan tue. Kalau korang baca fakta neh korang pun mesti ubah fikiran dan berfikiran macam aku punyalah. Gerenti beb. 

Tak percaya? Jangan lekas nak tolak tanpa baca dan fahami isu sebenarnya beb. Baca sini dulu ;

1. Korang pernah tengok tak tangan dsai? Ada sesuatu kat tangan dia sebenarnya. Setiap kali dia angkat tangan untuk berdebat ke apa ke, mesti orang-orang di sekeliling dia akan lari. Nak tahu kenapa? Sebab di tangan dia ada kuasa yang luar biasa. Ada kuasa tsunami. Gila beb. Silap haribulan dia fire kita semua. Sebab tue ultraman tak berani singgah malaysia. Pasal kalau nak dibandingkan dengan kuasa dsai dengan ultraman.. apa sangatlah ultraman tue... mesti kalah punya.

2. Korang mesti selalu perhatikan wajah dsai setiap kali dsai berucap betul tak? Tapi jarang korang perhatikan mulut dsai kan? Sebenarnya kat mulut dia neh lagi bahaya. Setiap kali dia buka mulut je parlimen bergegar. Setiap kali parlimen bergegar je gerenti pasal dia buka mulut. Disebabkan itulah parlimen malaysia terpaksa halau dia daripada mengikuti persidangan parlimen beb. Gila. Silap2 parlimen runtuh dek tsunami akibat kuasa mulut dsai macam mana? Sapa nak tanggung? Korang ke?

3. Lepas tue tang otak pula. Otak dsai lagi bahaya beb. Siyes. Kalau korang nak tahu otak dsai boleh berpadu dengan anggota tubuh badan dia untuk membentuk tsunami di mana-mana sahaja. Yang neh aku dah perhatikan sendiri depan mata. Baru2 berlaku di selangor. Dsai naik pentas untuk berucap. Belum pun sampai 15 minit tiba2 sekumpulan polis dan fru membentuk kepungan untuk menghalang tsunami yang keluar dari dsai merebak ke kawasan sekitar. Bayangkan kalau polis dan fru takde masa tue? Tak ke kelam kelibut rakyat selangor jadi nya? Sebab tue lah aku minta jasa baik korang untuk hargai polis dan fru. Tanpa polis dan fru siapalah yang nak selamatkan malaysia dari tsunami buatan dsai neh.

Lepas tue apa yang lebih menarik, CNN turut menyingkap beberapa rahsia besar. Aku pun terkejut lepas tahu tapi aku redha je. 

- Budaya gay di dunia neh di asaskan oleh dsai. Kalau nak tahu adam lambert jadi gay sebab dsai lah yang ajar.

- Budaya lesbian di dunia neh pun dipelopori oleh dsai. Kalau nak tahu artis perempuan yang suka cium-cium sesama mereka dalam disko tue, dsai lah yang ajar gak.

- Video seks yang berleluasa di dunia pun angkara dsai. Kalau nak tahu majalah playboy tue sebenarnya milik dsai. 

- Mahathir sakit jantung hari tue pun angkara anwar ibrahim.

- Rosmah mansur berbadan besar pun disebabkan dsai.

- Najib botak kat tengah-tengah kepala pun dsai gak punya pasal.

- Tahu tak kenapa faizal tahir buka baju? dsai punya pasal.

- Kalau korang nak tahu, menteri besar pahang bina kilang rare earth kat gebeng, pahang pun disebabkan dsai.

- Semua wakil rakyat yang meninggal dalam dan luar negara pun angkara dsai.

- Mesir, libya dan tunisia memberontak pun angkara dsai.

- Kapal freedom flotilia kena serang oleh israel pun angkara dsai.

- tahu tak kilang arak dan kasino kat malaysia neh sapa punya? dsai yang punya lah. Sebab tue lah kerajaan dok marahkan dsai isu judi dan arak neh.

- Tahu tak yang tv3 dan media arus perdana dimiliki oleh sapa? jawapan nya dsai. Sebab tue lah tak henti2 dok promote dsai je 24 jam.

- Malaysia nak bankrupt dah tahun 2019. Tue seme dsai punya pasal lah tue.

- Aku suspect semalam kerajaan naikkan harga minyak pun mesti dsai yang punya pasal.

- Pendek kata setiap sesuatu yang berlaku di dunia ini memang ada kaitan dengan dsai. Kalau tak percaya korang tanya CNN sendiri. Klik je sini.


Ameno : Anak kucing aku hilang. Mesti angkara dsai.

Ahad, 13 Mac 2011

Panas!! CNN laporkan isu penghinaan Berita harian mengenai Tsunami Jepun!

Nampaknya isu penghinaan Berita Harian terhadap tsunami yang melanda jepun kemalrin tidak dapat di tutup-tutup lagi.. Walaupun BH dah minta maaf.. tetapi aku tak pasti jika rakyat luar negara boleh menerima permohonan maaf BH dan melupakan perbuatan tersebut.

Asas aku cakap macam neh sebab nampaknya ada individu telah menyiarkan kelakuan BH itu kepada i-report-based-CNN dan telah menyiarkan berita neh dalam laman web mereka.. 

Baca bawah ;


Tengok atas tue.. kurang dari 4 jam tapi dah di share lebih dari 9++ dan di view lebih dari 10 ribu kali..  dasat.

Berita neh akan terus tersebar dan tersebar.. macam mana pandangan mereka [rakyat luar] terhadap malaysia, rakyat malaysia, melayu dan islam khususnya sebab perdana menteri kita selalu menegaskan bahawa malaysia neh negara islam [walaupun bukan] dan malaysia neh hak orang melayu [walaupun bukan] sudah tentulah melayu + islam = yang akan teruk di kritik.. 

Haizhh.. berita harian patut buat permohonan maaf secara terbuka dalam bahasa english.. sebab nampaknya permohonan maaf dalam bahasa melayu BH tidak tersebar secepat karikatur penghinaan BH terhadap tsunami yang melanda jepun pula.. Heh.

Nak baca berita di atas? Klik sini.


Ameno : Cepat betul media internet memainkan peranan nya..

Sabtu, 12 Mac 2011

Lagi berita tsunami di jepun!



1.Berlaku gempa bumi yang kuat berukuran 8.9 skala richter semalam [11 march 2011] jam 2.46 tengahari [1.46 pm waktu tempatan] di jepun [pantai honshu] yang memusnahkan kebanyakkan kawasan di pantai timur laut, jepun. Antara kawasan yang paling teruk terjejas ialah miyagi [kawasan yang paling hampir dengan tsunami], iwate, aomori, chiba, dan tokyo.

2. Gempa bumi tersebut turut mengakibatkan tsunami setinggi 10 meter.

3.Mangsa [samada maut, hilang, tertimbus] gempa bumi + tsunami di jepun kini mencatat angka lebih 1,000 ++ dan di gambarkan akan terus meningkat.

4. Pakar seismologi amerika syarikat dan jepun berkata, gempa bumi semalam [11 march 2011] adalah yang kelima paling dashyat di seluruh dunia sejak tahun 1900 dan terburuk di jepun setakat ini.

5. Ombak besar [tsunami] tercipta di lautan pasifik sejurus berlaku gempa bumi dan telah menghanyutkan sebuah kapal jepun yang membawa 100 orang. Kesemua mereka belum dapat dikesan/dihubungi. Tsunami semalam juga telah menghancurkan semua yang berada di laluannya termasuklah kapal, bot, lori, kontena, kenderaan awam, rumah, bangunan, kedai dan jalanraya.

6. Gempa bumi [gegaran] di jepun semalam [11 march 2011] turut dirasai sehingga ke beijing.

7. 14 kebakaran dilaporkan berlaku di tokyo, jepun kesan dari gempa bumi. Di beberapa kawasan seperti miyagi dan fukushima juga terdapat laporan kebakaran. Loji nuklear yang terletak di onagawa turut berlaku kebakaran tetapi berjaya dipadamkan. Tiada kebocoran radiasi menurut laporan berita di negara tersebut.

8. Gempa bumi yang pertama di jepun semalam berlangsung lebih kurang 2 minit dan kemudiannya disusuli sebanyak 40 gegaran selepas itu. Yang mana ada di antara gegaran tersebut mencecah sehingga 7.1 magnitud.

9. Di sendai [salah satu daerah di miyagi], terdapat sebuah bangunan hotel runtuh dan dipercayai ada mangsa yang terperangkap dalam runtuhan hotel terbabit.

10. Sistem pengangkutan awam jepun di kawasan yang terjejas teruk lumpuh. Lebih 4juta kediaman penduduk di tokyo turut terputus bekalan elektrik.

11. Banyak kenderaan penduduk jepun di kawasan yang terjejas teruk musnah dan mengalami kerosakkan.

12. Terdapat jalanraya di jepun yang retak dan terbelah.

13. Sehingga jam satu tengahhari tadi, rakyat malaysia di jepun di laporkan semua berada dalam keadaan yang selamat kecuali pelajar malaysia yang berada di sendai [kawasan gempa bumi yang terjejas teruk]. Mengikut laporan berita, pihak kedutaan hanya mengesahkan 13  dari 23 pelajar malaysia yang selamat. Pelajar malaysia yang lain gagal dihubungi berikutan talian sesak. Buat masa sekarang mereka cuma dapat dihubungi melalui internet.

14. Pejabat kedutaan malaysia di jepun mengalami sedikit kerosakan yang mana panel siling aliminium jatuh dari pintu gerbang semasa berlaku gempa bumi.

15. Bagi orang ramai yang mahu mendapatkan maklumat mengenai ahli keluarga mereka di jepun boleh menghubungi kedutaan malaysia di jepun ;

- +818035067636
- +819099753122

16. Tsunami memberikan impak yang besar kepada ekonomi di jepun dan di jangka akan mengambil masa untuk kembali stabil apatah lagi mereka rugi berbillion-billion ringgit kesan kerosakkan angkara gempa bumi + tsunami dan kejatuhan pasaran saham di jepun.

17. Kilang besi terbesar di jepun turut terbakar dalam kejadian gempa bumi + tsunami semalam.

Berikut di bawah ialah tujuh gempa bumi terburuk yang dicatatkan oleh pusat kajian geologikal amerika syarikat mengikut magnitud [USGS] ;
1. 9.5 magnitud - chile - mei 1960 - 1,600 maut dan 2juta hilang tempat tinggal.

2. 9.2 magnitud - Alaska, as  - 29 mac 1967 - gempa bumi + tsunami - 128 maut - memusnahkan seluruh bandar terbesar di alaska iaitu anchorage.

3. 9.1 magnitud - indonesia - 26 disember 2004 - gempa dalam laut mengakibatkan tsunami di sekitar lautan hindi - 220,000 maut dan beribu hilang tempat tinggal.

4. 9.0 magnitud - russia - 4 november 1952 - gempa bumi di luar pantai semenanjung kamchatka mengakibatkan tsunami di lautan pasifik - tiada catitan mengenai kematian.
 
5. 9.0 magnitud - peru - 13 ogos 1868 - pelabuhan arica [kini sebahagian dari chile] di landa gempa yang boleh dirasai sehingga 1,400 km dari situ - tiada catitan mengenai kematian.

6. 9.0 magnitud - amerika utara - 26 jan 1700 - gegaran memberikan kesan sehingga 1000km kawasan pantai dan mencetuskan tsunami di lautan pasifik sehingga memusnahkan perkampungan pinggir laut di jepun.

7. 8.9 magnitud - jepun - 11 mac 2011 - gempa bumi di dasar laut menyebabkan tsunami setinggi 1o meter - angka korban belum tercatit secara rasmi.

Kalau mengikut jumlah kerosakkan, kematian dan bilangan mangsa, gempa bumi di jepun berada di kedudukan no 5 dari 7 gempa bumi terburuk sepanjang 300 tahun ini.

Sumber berita : Daripada pelbagai laporan berita online.

Ameno : Bala mengundang padah.. tetapi siapa yang mengundang bala? Manusia juga..

Jumaat, 11 Mac 2011

Terkini : Gambar sekitar tsunami jepun !

Aku printscreen gambar dari rakaman berita aljazeera yang korang leh saksikan kat bawah neh ;


Kat bawah neh plak visual yang aku printscreen..mungkin ada yang takley tengok disebabkan kelajuan broadband dan sebagainya..












1. Kalau tengok video kat atas neh banyak pemandu kereta terperangkap dalam kereta.

2. Mereka tak boleh keluar. Kereta pula sesama mereka berlanggar.

3. Kapal-kapal yang ada kat laut pun terheret sekali. Banyak kapal aku tengok dalam video kat atas neh.

4. Jambatan yang tengah-tengah tue tak terjejas sebab momentum tsunami tue kat bawah paras ketinggian jambatan tue. Kalau tengok video neh, kat depan bangunan dari jambatan tue.. memang tinggi air yang metsunamikan diri mereka. Begitu juga dengan beberapa bangunan di hadapan bangunan tersebut. Kiranya orang kat jambatan tersebut bernasib baik lah.

5. Aku perasan ada orang yang hanyut dalam  video [rujuk gambar printscreen] di atas. Aku perasan dua individu. Cuba korang tengok plak. Ikut berita terbaru, 10 orang disahkan terkorban angkara tsunami tetapi angka tersebut akan naik lagi..

6. Bayangkan situasi tersebut berlaku di malaysia? Bahaya kan..? 

Update terbaru :
1. Jumlah korban tsunami jepun yang terkini ialah 44 orang.

2. kebanyakkan kereta yang dihentam tsunami kat atas jalanraya tue [rujuk video/gambar] disebabkan mereka lari dari kawasan yang dilanda gempa bumi pada awalnya. Nak lari dari gempa bumi.. utk selamatkan diri.. alih-alih tsunami pula yang kunjung tiba.

3. Kilang besi terbesar di jepun terbakar.

4. Hampir kebanyakkan kediaman di tokyo terputus bekalan eletrik sebab loji nuklear jepun di tutup serta merta setelah gempa bumi berskala 8.9 skala richer melanda jepun.

5.Ombak tsunami mencecah ketinggian 10 meter.

6. Gempa bumi di jepun turut dirasai oleh ahli2 parlimen di tokyo di bangunan parlimen mereka. Pada ketika itu mereka sedang bersidang.  TV3 ada tunjukkan vitie rakaman gempa bumi kat bangunan tue.. memang kuat. Bayangkan lampu yang besar dan berat tue boleh berayun-ayun..

tv3 tadi ada hubungi pelajar malaysia di jepun dan ini apa yang pelajar tue cakap mengenai insiden gempa bumi + tsunami yang berlaku di jepun jam 12 tengahhari tadi [waktu malaysia] ;

6. Gegaran pertama gempa bumi tue berterusan hampir 20 minit. [bayangkan beb, 20 minit tue]

7. Selepas gegaran pertama, 20 gegaran kecil menyusul selepas itu.

8. Ada banyak kebakaran yang berlaku di jepun [miyagi = betul ke ejaan neh?] angkara gempa bumi.

9. Gempa bumi tersebut tercatat gempa bumi yang terburuk di jepun dalam masa 104 tahun.  

10. Ada bangunan di jepun yang runtuh. Terdapat laporan mengatakan ada individu yang terperangkap.

11. Penumpang keretapi bawah tanah jepun menjerit-jerit ketakutan ketika berlaku gempa bumi.

12. Rumah + kedai + bangunan + harta benda = kerugian berjuta2 di jepun.

Ameno : takut..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...