Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.
Memaparkan catatan dengan label Lee chong wei. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Lee chong wei. Papar semua catatan

Selasa, 20 November 2012

Isu Rosmah Mansur - Lee Chong Wei tampil buat penjelasan. [Video Inside]

Kelakar siot.

Dalam ahti ada taman sebab rosmah mansor. Kalau aku jadi rosmah mansor *nasib baik tak jadi* aku takan layan isu remeh temeh begini. Ia hanyalah gurauan di alam maya dan pelepas tension di kala keboringan. Isu macam neh team umno tak perlu layan dan meleret2 sampai interview Lee Chong Wei.

Nampak sangat takde isu sampai ketandusan idea nak balon pr. Penyokong2 PR steady troll yang penyokong2 UMNO tangkap seriyus. Sangat dalam ahti ada taman punya orang.

kah kah kah

Korang tengok video kat bawah neh hah ;


 

Rupanya hari tue Rosmah Mansor tak sihat. Sakit. Ala mucuk2 dia.. sakit ek?

Wakaka..

Tapi dia tetap datang juga. Kesian dia. Jadi mangsa troll netizens. Sampai tangkap seriyus. Tak boleh blah betul.

kah kah kah

Selasa, 7 Ogos 2012

Manoharan minta maaf.


Sebentar tadi adun dap alam shah Manoharan Malayalam dah minta maaf kepada LCW di twitter miliknya. Rujuk screenshot kat atas neh. Itulah kenyataan maaf dia terhadap LCW. Well, selaku penyokong LCW aku takmo komen apa2 pasal neh. 

Bagi aku hak LCW larh nak terasa ka nak maafkan ka apa ka. Aku hormat jek. Cuma bagus juga sikap MANO kali neh sebab sudi minta maaf walaupun semalam dia tetap beria2 pertahankan diri dia. Bagi aku pemikiran dan perasaan manusia itu bukan statik bahkan flexible. Mungkin semalam dia tak nampak kesilapan dia tapi hari neh dia dah nampak dan dah faham.

Kalau begini, isu neh sepatutnya dah selesai. Tetapi dia tetap dalam pemerhatian aku. Dan sejujurnya aku tetap takmo undi dia andai dia bertanding di kawasan aku. Tak peduli larh dia bawah dap ka, bn ka bebas ka apa ka aku tetap takan undi dia kalau dia berada di kawasan aku.

Bagi aku, PR ada ramai wakil2 rakyat INDIA yang lebih baik dan berkaliber dari dia. Cari lah seseorang yang macam P.kamalnathan tue. Ramai orang mungkin tak setuju dengan aku sebab dia pro bn kan. Tapi aku tak nilai orang sebab dia pro bn or pro pr dan sebagainya. Dari apa yang aku nampak, apabila seseorang yb itu buat kerja, maka dia layak dinilai berdasarkan kerja dia, bukan kerana dia mewakili parti apa dan apa.  

So harap dap fikir2kan. Sambil2 tue jangan lupa gantikan sekali kerusi nga kor ming tue. Pasai aku juga akan menyeru orang jangan undi nga kor ming. Kepentingan rakyat adalah paling utama. Bukan parti. Itulah pendirian orang yang takde parti. Oke bai.  

Gambar printscreen : sumbangan rakan facebook.

Sabtu, 4 Ogos 2012

Rosmah Mansur pergi London malam neh sokong Lee Chong Wei

Aku tengok berita tv1. Memang sejak akhir2 neh aku banyak layan berita tv1. Saja aku nak perhatikan corak dorang memberitakan isu terutamanya bab2 politik senang sket aku nak kaji corak pemikiran dorang dan persepsi apa yang dorang cuba nak tanamkan kat rakyat marhaen.

Abaikan yang tue. Ketika menonton berita tadi, rtm melaporkan bahawa rosmah akan turun ke london. Malam neh. Bersama sapa tah tapi bukan najib. Aku fikir geng2 balqis kot. Kalau salah betulkan. Aku nampak arh wajah rosmah terpampang kat berita tue tapi time tue aku dah sesak nafas.

Jika sebelum neh aku yakin 100% LCW akan menang besar tapi bila dengar jek berita keberangkatan rosmah ke london malam neh tiba2 aku rasa keyakinan aku dah jadi 50%. Demm.. apsal tah. Aku pun heran. 

Aku sebenarnya takde hal rosmah nak turun support LCW. Dia kan tokoh sukan bhai. Tak sah kalau tokoh sukan tak turun padang untuk support ahli2 sukan. Aku faham rosmah nak nyatakan sokongan padu dengan menghadirkan diri dia. Bahkan dia juga menyeru seme rakyat malaysia agar sokong LCW pada petang esok. 

Well tak payah seru pun aku memang tentu sokong punya..cuma satu jek aku harapkan dari rosmah.. kalau esok LCW kalah redha je larh ek kalau kena jadi bahan.. dan kalau LCW menang emas esok, tak payah larh nak peluk2 anak orang.. cukup lah najib buat mu oke..?

kah kah kah

Sedikit artikel mengenai isu tersebut ;



Rabu, 16 Mac 2011

Lee Chong Wei telefon Rosmah Mansur sebelum menang All England!


Baca berita penuh kat bawah neh beb ;


PUTRAJAYA 15 Mac – Pemain badminton nombor satu dunia Datuk Lee Chong Wei hari ini menerima RM100,000 unit amanah saham Permodalan Nasional Berhad (PNB) daripada kerajaan Malaysia atas kejayaannya mempertahankan kejuaraannya pada Kejohanan Badminton All England awal pagi Isnin.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyampaikan hadiah tersebut kepada Chong Wei, yang tiba dari London pada pukul 6.45 pagi tadi, pada majlis sarapan pagi di Seri Perdana di sini hari ini.

Sementara itu, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang juga Penaung Persatuan Badminton Malaysia (BAM) turut menyampaikan hadiah peribadinya yang merupakan sebuah jam tangan atas kejayaan Chong Wei itu.

Chong Wei pada kejohanan itu mengalahkan musuh ketatnya Lin Dan dari China 21-17, 21-17 dengan mengambil masa 52 minit pada pertandingan perseorangan lelaki Kejohanan All England di Birmingham Indoor Arena, England.

Berucap pada majlis itu, Najib berkata, beliau begitu yakin Chong Wei akan berjaya menumpaskan Lin Dan pada pertandingan itu kerana mendapati permainan Chong Wei lebih fokus dan lebih berkeyakinan, berbanding semasa bertemu Lin Dan di temasya Olimpik yang lepas.

Beliau berkata, hadiah kerajaan Malaysia itu adalah hasil perbincangannya dengan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, dan “kita telah bersetuju untuk memberi hadiah yang istimewa kepada Datuk Lee Chong Wei sebagai penghargaan kerajaan dan rakyat Malaysia atas kejayaan Chong Wei.”

Perdana Menteri juga berkata, sebelum bertanding Chong Wei menelefon Rosmah, yang merupakan satu tabiatnya sebelum bertanding, untuk mendapatkan kata-kata semangat.

“Pada malam itu, isteri saya telah memberi semangat kepada beliau dan berjanji akan memberi hadiah istimewa sekiranya menang dan saya juga dapat bercakap dengan Chong Wei turut berjanji akan memberi hadiah sekiranya beliau menang,” katanya.

“Pada ketika itu, dia (Chong Wei) tidak menganggap Lin Dan sebagai penentang yang tidak boleh diatasi. Chong Wei juga telah menunjukkan permainan yang begitu hebat sekali dan tidak pernah rasa tertekan tetapi sentiasa mengatur permainannya berdasarkan kepada pelan permainan.

“Pada saya, bila dia mempunyai keyakinan dan komited kepada pelan permainannya, pada masa itu dia boleh mengatasi pencabarnya yang menjadi penghalang besar kepadanya untuk mencapai kejayaan,” kata Najib.

Najib berharap kejayaannya itu dapat dijadikan satu landasan kukuh untuk negara memenangi pingat emas di Sukan Olimpik yang akan diadakan di London pada tahun depan, yang merupakan “impian kita yang masih belum tercapai,

“Ini adalah harapan saya dan juga 27 juta rakyat Malaysia. Inilah harapan yang kita anggap sebagai cita-cita besar dan impian agung yang menuntut usaha semua pihak untuk menjadikannya satu kenyataan,” katanya. – Bernama

Nampak tak statement yang aku 'bluekan'  tue? Nampak kan?


So ini tips kepada pesukan-pesukan di malaysia. Baca baik-baik.


1. Korang kena ada no telefon rosmah
2. Mesti telefon rosmah sebelum bertanding untuk dapatkan kata-kata semangat
3. Insya-Allah lepas menang ada ganjaran menarik buat korang.


Berita ini dipetik dari utusan malaysia dan bukan harakah. Harap maklum.


Kah kah kah
kah kah kah kah
kah kah kah kah kah


lawak siott..

Tomok dan conneto ajak anda buat sesuatu 
Topup DIGI, ganjaran menanti 


Ameno : lawak..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...