Selasa, 11 Julai 2017

Kecam Awie, Bikers Kritik Tindakan Melampau Kumpulan Pro AMANAH.

BIKERS Seluruh Malaysia Kecewa dan Benci Dengan Politik Fitnah Parti Amanah 

1. Terlalu mudah menghukum dan menfitnah sesiapa sahaja yang kita sangka salah di mata kita. Ramai yang suka mencari keburukan seseorang berbanding kebaikan yang dilakukannya. Mungkin mereka merasakan dirinya adalah lebih baik daripada yang bersalah itu. Tapi kenapa perlu tuding jari terus kepadanya? 

Gambar - DPP Official
2. Untuk makluman awam,kami kumpulan biker menunggang motosikal beratus ratus kilometer datang ke Kelantan atas dasar semangat silaturrahim antara kami. Di samping untuk bersama sama berkongsi rezeki yang Allah anugerahkan kepada kami bagi tujuan buat kerja amal kebajikan di Kelantan. Atas nama Bike Week For Charity. Sikit pun tak der sangkut paut pasal politik. Dato Awie memainkan peranan penting dalam menjayakan program amal ini sehingga berjaya mengumpul derma puluhan ribu ringgit sempena festival ini. 

3. Kami cukup kecewa kepada ahli ahli parti politik yang menjadi musuh kepada kerajaan negeri Kelantan telah memfitnah program tujuan kebajikan ini. Mengapa anda sanggup fitnah nyanyian Dato Awie di sertai joget goyang gerudi oleh Rosalinda? Mengapa kamu burukkan Dato Awie dengan kelab malam? Apa kaitan dengan program ini? Hina sangatkah Dato Awie? Sedarkah kamu Dato Awie merupakan IKON BIKERS bagi bikers seluruh Malaysia! 

4. Tahukah kamu sempena program ini berapa ramai yang dapat manfaat wahai sang pemfitnah? Anak Anak muda dapat datang berkumpul mengeratkan silaturahim antara satu sama lain dari semua negeri. Amalan solat jemaah dititik beratkan. Peniaga peniaga dapat menambahkan pendapatan mereka. Penggiat seni bela diri seperti tomoi dan silat dapat beraksi dan banyak lagi. 

5. Nasihat kami kepada penfitnah, berpolitiklah cara islam.Jangan diturutkan sangat kehendak nafsu syaitan.Kelak merana badan. Kami kumpulan bikers seluruh Malaysia akan ingat sampai mati apa yang kamu burukkan nama kumpulan kami ini. PRU 14 KAMI HUKUMKAN KAMU! 

6. Sebagai penutup bicara, jadilah seperti mata lebah yang selalu mencari bunga yang cantik untuk dihiggapinya sekalipun ia berterbangan di dalam kawasan yang dipenuhi sampah-sarap. 

Jangan jadi seperti mata lalat yang selalu mencari najis, bangkai dan sampah-sarap sekalipun ia berterbangan di taman bunga yang indah dan harum. 

TENGKU ISKANDAR BIN TENGKU HUSEIN 
WAKIL KUMPULAN BIKER MALAYSIA

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...