Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 7 Mei 2012

Bersih 3 ialah perhimpunan HARAM. - Majlis fatwa kebangsaan.

Sekarang kecoh dua perkara. Kedua2 isu neh dibawa oleh majlis fatwa kebangsaan. Pertama pasal demo yang mencetuskan huru hara. Mufti kata haram. Oke. Aku rasa pandangan dia agak benar disitu. Mencetuskan huru hara dan kekacauan memang lah tak patut. 

Perbincangan mereka berlaku selepas insiden BERSIH 3. Aku tak marah kalau sungguh apa yang dibincangkan mewakili hal sebenar. Sama sekali aku tak kesah. Tetapi menuduh BERSIH 3 sebagai HARAM semata2 berdasarkan pandangan sebelah pihak adalah satu langkah yang tidak bijak langsung. Memang tak bijak. 

Lihat bawah ;


Asalnya aku fikir mana mungkin mereka begitu bodoh nak mengharamkan bersih. Siyes. Tapi setelah membaca satu persatu laporan utusan, yeah demm.. aku sangat bersangka baik.

Lihat sahaja kenyataan di atas neh. Mengharamkan bersih 3 setelah mendengar pandangan dan hujah sebelah pihak. Majlis fatwa diwakili oleh kerajaan yang menentang bersih. Jika mereka buat fatwa bahawa bersih 3 ialah haram maka orang2 yang berfikir cenderung berpersepsi alah HARAM sebab BN tak sokong BERSIH. Dorang takan lihat hujah apa seme sebab dah memang jelas2 bias ketika mengeluarkan fatwa neh.

Lainlah kalau majlis fatwa hanya buat satu kenyataan umum tanpa merujuk kepada mana2 pihak. Contohnya dia cakap perhimpunan yang mencetuskan huru hara, kekacauan dan etc2, haram. Takpe. Ini kita consider logic juga. Sapa lah yang sokong perhimpunan yang huru hara kan? Sapa pun tak suka.

Seperti BERSIH 3, kita memang bukan perhimpunan chaos. Kita perhimpunan aman. Oleh kerana ketika berhimpun bersih 3 ari tue, terdapat rusuhan apa seme, maka kita menganggaplah perkara tersebut ialah keburukan datang dari pihak kami dan kami sudi memperbaiki ia untuk masa akan datang. 

Tetapi jangan disebabkan insiden2 seperti itu, tuntutan asas kami disembunyikkan dan menonjolkan kami sokong keganasan sedangkan BERSIH 3 telah memberikan kerjasama penuh kepada pihak polis untuk menangkap pihak2 yang melakukan provokasi. Sepatutnya neh sudah cukup membuktikan kepada pdrm, kerajaan dan majlis fatwa betapa bersih 3 juga bencikan kekacauan dan huru hara. 

Jadi tindakan mengatakan BERSIH 3 ialah HARAM satu lagi perbuatan melulu atas nama agama. Aku bukan bodoh oke. Bukan. Hanya kerana ko menganggap ia HARAM ia belum tentu HARAM. 

Stop lah menggunakan agama untuk kepentingan parti. Kita gunakan agama untuk membantu kita hidup lebih teratur bukan hidup jadi kelam kabut. Sama juga dengan isu LGBT. 

Dalam majlis yang sama mereka juga sembang kencang potpet2 pasal LGBT. Aku tak pernah menghalang jika mereka benar2 ada solution utk overcome gejala LGBT neh. Aku fikir itulah sebaik2 jalan. Tetapi mengeluarkan kata2 begini sesuatu yang aku rasa heyy.. ko tak begitu seriyus kan?


 
Haram menyokong? Ya aku dah lama faham kita haram menyokong mereka. Menunjukkan sedikit sokongan ataupun keterbukaan hanyalah membuatkan mereka lebih hanyut jauh ke dalam. Tetapi haram menunjukkan rasa simpati? Ko tak begitu seriyus bukan?

Kalau ada rasa simpati, so apa? Haram? Boleh kah perasaan itu ditafsirkan sebagai HARAM? Perasan ialah perasan, bagaimana seseorang yang lain ada hak untuk mengawal perasan orang lain dan bagaimana pula seseorang yang lain ada hak menafsirkan ia sebagai HARAM?

Aku ada rakan2 LGBT. Tak pernah tidak, aku tiada rasa SIMPATI kepada mereka. Jadi dah berapa banyak HARAM yang aku kumpul setiap kali menunjukkan rasa simpati? Simpati ialah perkara yang subjektif, bukan objektif. Ia bukan sesuatu yang boleh ditafsirkan secara melulu.

Contohnya ;

Ali ialah LBGT. Dia ada kawan. Kawan dia simpati dengan Ali. Dia sering membantu Ali agar kembali ke kehidupan normal. Dia seringkali menunjukkan rasa simpati. So what? Ini haram kah? Haram kah menunjukkan rasa simpati kat sini?

Inilah masalahnya bila majlis fatwa tak focus memberikan penjelasan lanjut berhubung isu2 sosial masyarakat. Mereka cenderung bagitau A and that's.  Lepas tue soh masyarakat tafsir sendiri. Patutlah ada orang kerja dia maki hamun geng2 LGBT. Mungkin mereka rasa menunjukkan rasa simpati kepada LGBT adalah HARAM.

Haram my footla weh.  Haramkan dulu majalah porno mangga tue apa seme. Kalau kita takde rasa simpati pada mereka so what? Nak rasa benci kepada mereka? Yang kita benci itu bukanlah individu tapi perbuatan. 

Tapi cara benci membenci hanya akan menyebabkan mereka jauh ke dalam. Mereka tue bukan nya merompak wang rakyat. Mereka tue hanyut dalam dunia khalayan. Menjadi tanggungjawab kita untuk rasa simpati dan tarik mereka keluar. Aku pun tak faham lah apa peranan majlis fatwa neh. Kenapa ko mesti potpet sesuatu yang langsung tak masuk akal.

Dan, sekali lagi, jangan harap aku nak berhenti menunjukkan rasa simpati kepada LGBT. Aku tidak akan berhenti melakukan ia langsung. Bersimpati kepada mereka bukan bermaksud aku menyokong perbuatan mereka, seseorang perlu bersimpati kepada mereka untuk memahami mereka seterusnya tarik mereka keluar dari kehidupan itu.

Bukan macam majlis fatwa. Mereka hanya pandai keluar fatwa itu neh, hukum itu neh tapi bila tiba time pelaksanaan, mereka langsung menjadi orang yang takde kredibliti. Fatwa mengenai rokok sudah cukup membuktikan kata2 neh. Sekian.

Ameno : Apa pun tak boleh larh dorang neh.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...