Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 5 Oktober 2016

Memo Arah Kutip Balik Elaun Tersebar - Ini Penjelasan Pejabat Pendidikan Kubang Pasu. - Dengan Kemaskini.

Update. 6 Oktober 2016.

Sebelum ini tersebarnya satu memo yang mengatakan beberapa jenis elaun terhadap beberapa kakitangan kerajaan berkaitan kementerian pendidikan ditarik balik. Penyebaran itu mengundang pelbagai spekulasi dan tanggapan umum.

Berikut ialah penjelasan yang diberikan oleh pihak berkaitan bagi menjawab penyebaran berkenaan.




----

Aku nampak neh menerusi sebaran peguam Zul Hazmi. Menurut kenyataan yang tertera di dokumen tersebut ia menyatakan bahawa beberapa jenis elaun yang telah dibayar kepada beberapa pihak tertentu perlu dipulangkan semula.



Ia adalah sejenis memo yang dikeluarkan kepada Pengetua dan Guru Besar yang ditanda-tangani oleh Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Kubang Pasu.

Memo tersebut bertarikh 5 Oktober 2016, yakni memo yang baru diedarkan pada hari ini. Aku tak pasti sangat kenapa elaun-elaun berkenaan ditarikbalik tetapi penyebaran di laman sosial mengundang persepsi dan pelbagai spekulasi. Apakah perkara ini melibatkan semua jenis sekolah2 di Malaysia atau hanya merujuk di daerah tertentu sahaja? Kenapa berlakunya penarikan-balik elaun? Masalah kewangan kah? Tahapnya bagaimana? Seriyus sangat kah? Aku harap kementerian yang terbabit boleh beri penjelasan lanjut atas penyebaran memo berkenaan.

Sekian.

Roboh Menara Azan, Ini Kisah Sebenar Kejadian - Utusan Kantoi Fitnah Lagi!


Mungkin baru dapat projek iklan dari kerajaan pusat kot. Duit komisen juta-juta dah masuk. Terlalu banyak sampai berharap ada orang saman, kan kan kan?

Kahkahkahkahkah! 

Okay. Isu kali ini ialah percubaan Utusan menyemai isu perkauman atas tajuk agama. Nasib baik berjaya dicantas laju2 sebelum merebak. Baca kejahatan Utusan kat bawah 
neh ;




Utusan Usah Fitnah Kakitangan Awam

Saya merujuk kepada berita Utusan Online (pautan: http://www.utusan.com.my/berita/wilayah/mbsa-roboh-menara-azan-1.390536) berkenaan perobohan menara telekomunikasi haram di Surau Ar-Raudhah Setia Alam oleh Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Pihak MBSA TIDAK merobohkan menara masjid seperti yang didakwa oleh pihak Utusan Online. Laporan oleh pihak Utusan Online adalah berbaur fitnah dan berniat untuk memperlekehkan kakitangan awam dari MBSA yang bertungkus-lumus untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada warga Shah Alam.

Saya terkejut sekali pihak Utusan Online tergamak memaparkan tajuk sedemikian rupa dengan niat mempolitikkan dan memburukkan perkhidmatan awam yang hanya menjalankan tugas yang diamanahkan mengikut peruntukan undang-undang yang sedia ada.

Mewakili pihak MBSA saya mengutuk sekeras-kerasnya laporan tersebut dan menuntut pihak Utusan Online menarik balik laporan tersebut dan juga meminta maaf kepada pihak MBSA serta kakitangan awam dengan serta-merta.

Kami dari MBSA tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang jika pihak Utusan Online gagal membuat seperti yang dituntut.

Muhammad Shakir Ameer
Ahli Majlis
Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA)

Kejamnya PAS Kelantan, Angkara Pembalakan Orang Asli Minum Air Tercemar, Makan Nasi Takde Lauk, Lalui Jalan Berdebu.

Serahkan bebelan hari ini kepada yang-yang arif. Harapnya selepas PAS / Kelantan membaca penulisan ini mereka kembali ke pangkal jalan = insaf dalam isu pembalakan / penghapusan hutan.

Hujah Nik Amar.

 
Premis-premis hujah I,II,III.


I. Hujah penulisan. 
------------------------------------------ 



Pinky, Banjir Kanchanaburi dan Pembalakan di Kelantan. 

Gambar ini ku rakam semasa penghujung tahun 2014. Jambatan keretapi kayu itu adalah sisa buatan tangan buruh paksa projek penjajah Jepun, sebahagian daripada projek Death Railway bermula dari Thailand ke Myanmar. Kita boleh memilih untuk kesini sendiri atau mengambil pakej Erawan National Park, perjalanan keretapi diatas Death Railway, gua yang jadi tempat berlindung buruh paksa dan apa tah lagi satu tempat aku tak ingat. 

Kami pilih ambil pakej sahaja. Diketuai oleh Pinky, tour guide yang garang ya amat. Pantang tok nenek dia orang lambat. Dan kami lambat masa nak pi Erawan, makan jeling dia lah. Masa dah sampai sini baru dia macam ramah mesra sikit. Aku dok sama dengan dia dekat gua tu sambil pandang luar, tiba-tiba dia buka mulut. 

"You know, long time ago, Kanchanaburi affected by really big flood. Water rise really high. Property damage, and we're suffer from slow economy after the flood. After that, public and government review deforestation policy. They mapped location for people taking wood and gazette so many forest. Of course there are still people taking wood from Erawan. Heavy punishment for illegal deforestation activity too."

Waktu itu banjir besar sedang melanda Kelantan. Kawanku disana mesej aku rumahnya kurang bekalan makanan. Dari kejauhan aku cuma mampu bantu beri nombor-nombor yang tertera untuk urusan bantuan. Kelmarin negara dikejutkan dengan sikap melampau pembalak ke atas Orang Asli di Gua Musang, satu demi satu laporan pembalakan haram di kawasan Lojing dan berdekatan didedahkan. 

Soalannya sampai bila Kerajaan Kelantan akan betul-betul bertegas untuk melihat betapa tidak islamiknya penerokaan hutan ini? Kanchanaburi sudah belajar, dan mereka meneroka aktiviti ekonomi yang kurang impak terhadap alam sekitar. Mereka amat bergantung kepada sektor pelancongam berdasarkan sejarah dan alam sekitar. Chalet-chalet di atas Sungai Kwai adalah keistimewaan mereka. Sungai Kwai adalah denyut nadi rakyatnya. Mereka menjana pendapatan daripada bersihnya sungai tersebut. 

Pada tahun 2016, negeri Kelantan diyakini akan mendapat bekalan air bersih dengan sempurna 10 tahun lagi menurut exco negeri setelah kerja-kerja pembangunan loji dll siap. 

Ku fikir cukuplah rakyat Kelantan tinggal dalam kenyataan tak apa bekalan air macam tu, janji kerajaan memerintahnya, tetap kerajaan PAS. Semuanya berkait rapat antara polisi penebangan hutan, pembekalan air bersih dan banjir besar. 

Aku tak berapa jelas hal kerajaan negeri dan kerajaan pusat ini, tetapi potensi ekonomi kreatif boleh diterokai lebih lagi. Hutan boleh menjana potensi ekonomi yang lebih lagi, bukan dengan cara menggondol semata-mata. 

Semua negeri digesa untuk berhenti mencedarakan hutan. Tak perlu ganti hutan dengan kelapa sawit atau durian. Hutan membekalkan kita air bersih, udara segar dan keseimbangan suhu. Beralihlah ke arah ekonomi lebih kreatif, bukan pembangunan dan penerokaan menyesatkan. (Alynn Sharuddin)


-------------
 
II. Hujah gambar.


---------

III. Hujah video.

Selasa, 4 Oktober 2016

Saya Tweet Pasal Sukan Semua Nak Cuti Kata Najib - Rakyat Cabar Najib Tweet Tentang 1MDB.

Datuk Seri Najib Razak menegaskan sukan menjadi faktor menyatukan rakyat, menaikkan semangat atau mood negara serta dijadikan bidang popular dalam kalangan masyarakat.

Berucap pada majlis meraikan atlet paralimpik di PWTC, Kuala Lumpur hari ini, kata yang menariknya apabila beliau tweet, beliau segera mendapat respon berlipat ganda.

"Ini kerana semua minat sukan. Pasal apa semua nak cuti. Bila saya tweet dalam politik, kurang dapat sambutan," tambahnya. (sumber)

Oleh kerana itu maka rakyat Malaysia mencabar Najib Razak agar tweet tentang 1MDB. Cuba tweet tentang 1MDB dan saksikan sendiri sambutan rakyat tentang tweet itu nantinya macam mana. Tak guna cakap-cakap je konon tak dapat sambutan. Entah-entahnya dapat sambutan luar biasa daripada tweet tentang sukan.

Oleh itu cabaran dibuka sekarang. Dari saya Ameno World mewakili #TeamRakyat untuk Najib TWEET tentang 1MDB supaya kami semua dapat merespon secara DIRECT lagi JELAS kepada PERDANA MENTERI yang kami KASIHI kaw-kaw neh.

KAHKAHKAHKAHKAH!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...