Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.
Memaparkan catatan dengan label presiden pas. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label presiden pas. Papar semua catatan

Isnin, 19 Disember 2016

Dikecam Kerana Berpeluk Dengan Syiah, Ini Jawapan Balas Presiden PAS Kepada Pengkritik.

Presiden PAS Tuan Guru Hadi Awang ketika ini teruk dikritik oleh beberapa tokoh agamawan yang terkenal dalam dan luar negara berikutan penglibatan TGHH dalam satu persidangan di Iran.



TGHH disifatkan sebagai menjatuhkan maruah Malaysia di mana-mana, menghalalkan kekejaman ke atas Syria dan tindakan itu disifatkan sebagai menghina.

Berikutan dari kecaman demi kecaman yang diterima, pihak PAS mengeluarkan satu respon bagi menjawab kritikan tersebut.

Kenyataan media.

Jawapan Pemergian TGHH ke Persidangan di Iran 

Pemergian TGHH ke konferensi berkenaan adalah antaranya permintaan wakil Ittihad Ulama Muslimin daripada Iran, Dr Abdurrahman Bayraan (org sunni dan dilantik oleh Syeikh Dr Yusof Qardhawi) supaya dpt membawa suara kelompok Sunni yang berada di Iran bagi mengurangkan sedikit tekanan terhadap ahli Sunni yang berada dan menjadi rakyat Iran. 

Selain dari itu TGHH juga menjelaskan isu isu keganasan dan puncanya di waktu ini. TGHH juga memaklumkan pemergian beliau kepada Setiausaha Agung Ittihad Alami iaitu Prof Dr Ali Qaradaghi yg dtg ke KL bulan lepas, dgn hujah di atas. Jadi tak timbul ianya bercanggah dengan pandangan Syeikh Dr Yusof Qardhawi. 

Selain dari TGHH, antara tokoh Sunni lain yang hadir ialah Sheikh Dr Mustafa Ceric (Mufti Bosnia Herzegovina), Mufti Iraq, Wakil Hamas, Mursyid Am Saadat Party Turki, Sheikh Dr Taj El- Din Hilaly (mantan Mufti Umat Islam Australia), wakil dari Jamaat Islami Pakistan dan sebagainya lagi. 

Isu yang dibangkitkan mengenai apa yang berlaku di Syria dalam minggu ini adalah memerlukan kupasan dan analisa yang lebih mendalam, dan insyaAllah TGHH sendiri akan megupasnya secara bebas tanpa dipengaruhi oleh mana mana media antarabangsa atau mana mana pihak, berdasarkan gambaran yang lebih luas. 

Lajnah Hubungan Luar dan Antarabangsa PAS Pusat akan memaklumkan tarikh dan waktunya yang sesuai untuk program berkenaan. 

Dr Ahmad Samsuri Mokhtar 
Setiausaha Politik Presiden PAS

Rabu, 25 Jun 2014

Presiden PAS, Hadi Awang Dituduh Terbabit Dengan Rasuah??

Bukan rasuah duit secara direct. Tapi dirasuahkan melalui jawatan oleh orang2 penting Hadi Awang.

Macam ini pun boleh?

Sedapnya bercakap guna portal berita online untuk kutuk jemaah perjuangan sendiri. Memang dasar parti baling kerusi.

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH

Demi kerusi sanggup lakukan apa sahaja walaupun tindakan tersebut memburukkan keadaan. Tak fikir panjang. Tak fikir apa orang akan cakap mengenai presiden PAS. Tak fikir apa penyokong2 setia PAS akan rasa. Tak fikir apa yang ahli2 PAS akan rasa. Tak fikir apa yang penyokong2 PKR akan rasa. Tak fikir yang mungkin penyokong2 PKR akan gunakan isu tersebut untuk tuduh presiden PAS dengan macam2 tuduhan. Tak fikir yang penyokong2 PAS dan PKR akan berlaga di internet lepas tue UMNO tepuk tangan. Ini semua kerja2 orang yang tak berfikir. Yang gila babi kemaruk kuasa dan projek. 

Itu yang beria2 nak kan sangat jawatan MB Selangor.

Sampai malukan diri sendiri.
Malukan parti sendiri.
Malukan perjuangan Pakatan Rakyat.

KAH KAH KAH

Baca ;

 
Walaupun sudah hampir setengah tahun sejak PKR memulakan pilihan raya kecil Kajang untuk mengeluarkan Tan Sri Khalid Ibrahim, namun Menteri Besar Selangor itu masih selesa di kerusinya hanya kerana satu perkara, iaitu hubungan baiknya dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, kata sumber Pakatan Rakyat (PR).

Walaupun PKR dan DAP terus menekan Khalid, sumber itu memberitahu The Malaysian Insider, Langkah Kajang itu tidak pergi ke mana-mana kerana Hadi sehingga kini masih tidak menyokong usaha untuk mengenepikan Khalid daripada kerusi tertinggi dalam negeri terkaya itu.

Mereka berkata, sejak berbulan PKR dan DAP membincangkan di kalangan mereka bagaimana mahu menggantikan Khalid dengan Presiden PKR yang juga Adun Kajang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, namun tidak disokong Hadi.

Ko gila?

Nak gantikan Khalid dengan presiden pacak paling popular di Malaysia, Wan Azizah?

Semua tak berani nak cakap. Sebab nak menjaga ahti. Itu yang jadi masalahnya bila kita semua rasa menjaga ahti itu lebih penting daripada menjadi jujur. Menjaga ahti memang la boleh menjaga ahti tapi jangan la sampai menekan diri untuk menipu.

Hakikatnya, Wan Azizah tak berfungsi langsung sebagai presiden PKR yang sepatutnya. Senang cakap tak memainkan peranan la. Kalau nak dikatakan gerak kerja, banyak lagi kerja2 yang Azmin buat sebagai timbalan presiden. Itu dari segi kerja2 kepartian. Betul ke salah ke perjuangan Azmin tunggang langang ke apa ke itu semua lain citer. Wan Azizah baik ke tak kacau orang ke tak terlibat rasuah ke apa itu semua sikap peribadi dia. Yang aku tumpu kat sini ialah presiden PKR tak memainkan peranan sebagai presiden PKR. Dia hanya jadi mak pacak kat situ. Baik. Tapi tak memainkan peranan sebagai ketua. Ketua yang terima arahan dari orang2 tertentu. Buat apa jadi ketua kalau macam tue.

HAHAHAHA..

Lepas tue lagi ada ahti nak gantikan Khalid dengan Wan Azizah?

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH

KELAKAR NAK MAMPOS.

Tak cukup dengan presiden mak pacak. Perlu jadi MB mak pacak juga ye?

Kan bagus kalau la pakatan rakyat benar2 memahami apa yang penting ialah tujuan menang ialah untuk bantu rakyat. Hak2 rakyat dikembalikan. Kebajikan rakyat diutamakan. Perform di kawasan2 yang korang wakili. Turun padang. Buat kerja. Tukar cara baru untuk dekati penduduk. Ini zaman teknologi. Kita perlu ubah cara kita buat kerja dan selesaikan masalah. Bukannya bergaduh sesama sendiri macam HARAM.

Bukan aku nak backup si Khalid tue. Tetapi jika Khalid perlu digantikan, alternatifnya harus la lebih baik dari Khalid Ibrahim itusendiri. Bukannya ganti mat kedekut kepada mak pacak aka mak terima arahan.

Bukan semua keputusan Khalid tue betul. Banyak juga perkara2 yang mengarut dia buat. Tetapi caranya bukan singkirkan dia ataupun JV untuk pastikan dia jatuh dari kedudukan MB. Sebaliknya bersatu untuk  memastikan dia buat kerja2 dengan betul.

Apa isunya? Dia taknak keluarkan 3billion untuk bantu rakyat? Okay. Tekan la dia pasal tue. Tapi adakah korang tekan dia pasal tue? Yang korang tekan bab projek. Bab jawatan. Bergaduh pasal pemilihan. Apa neh? 

Rakyat. Nampak, perhati dan analisis tindakan korang.

Rakyat. Ada kuasa untuk mengundi tau.

2008 PR menang. 2013 pun PR menang. Menang 2 kali tak bermaksud menang seumur hidup tau.

Baca lagi ;

Bahkan para pemimpin tertinggi PR bertemu Hadi untuk membincangkan usaha menukar Khalid, tetapi pemimpin PAS itu menolak usaha itu, kata sumber PKR.

"Kami memberi semua bukti: kami beritahu beliau tentang lebuhraya Kidex, tentang rampasan Bible, kami memberi amaran PR boleh kalah di Selangor jika Khalid kekal sebagai menteri besar, tetapi beliau enggan mendengarnya.

"Hadi sangat menyokong Khalid, dan dalam PAS segala kata Hadi dipatuhi," kata pemimpin kanan PKR itu.

Pemimpin PKR itu berkata, Hadi diikat oleh Khalid melalui menantunya, Zaharudin Muhammad, yang dilantik sebagai pengurus kepada unit hal ehwal Islam dalam Perangsang Selangor, anak syarikat pelaburan Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB).

Khalid juga melantik Raja Idris Kamarudin, salah seorang yang rapat dengan Hadi, sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) KDEB, kata sumber itu.

"Sesiapa yang mengawal KDEB dan Kumpulan Perangsang, akan mengawal sumber kewangan di Selangor.

"Raja Idris juga adalah sepupu kepada Sultan, jadi dengan beliau bersamanya,  Khalid mempunyai kedua-dua istana dan PAS."

Sumber juga menambah bahawa Khalid menggunakan Raja Idris untuk mendedahkan maklumat – termasuk gerakan untuk menjadikan Anwar sebagai menteri besar Selangor – kepada abang Raja Idris, iaitu blogger popular Raja Petra Kamarudin.

Menurut sumber itu, Raja Idris mempunyai hubungan yang rapat dengan Hadi sejak Hadi menjadi menteri besar Terengganu lagi apabila Raja Idris dilantik sebagai orang penting dalam Amanah Saham Gemilang (ASG) dan CEO kepada TDM Berhad, anak syaraikat kerajaan negeri Terengganu yang paling besar.

Sumber itu juga berkata, golongan ulama dalam PAS juga lebih condong kepada Khalid.

"Banyak bajet negeri juga diberikan kepada Exco dari PAS; RM8 atau 9 juta diberikan untuk latihan yang terletak di bawah Exco Pendidikan, dan PAS bebas menggunakan dana itu sebagaimana mereka mahu," kata sumber itu.

Walaupun kumpulan Erdogan dalam PAS tidak senang dengan Khalid, mereka terpaksa mengikut kehendak Hadi dan kumpulan ulama, kata sumber PKR itu.

The Malaysian Insider juga difahamkan, semasa retreat DAP baru-baru ini, isu mengeluarkan Khalid menjadi topik hangat, di mana para pemimpin DAP berpendirian dia perlu ditukar segera.

"DAP bimbang kita mungkin kehilangan Selangor jika Khalid terus bersikap begini," kata pemimpin DAP kepada The Malaysian Insider, tanpa mahu namanya dinyatakan.

Katanya, sehingga kini, PAS menentang usaha ini tetapi mereka boleh mempertimbangkannya jika diberikan kerusi timbalan menteri besar sebagai jalan kompromi.

Sementara itu, langkah terakhir yang boleh dibuat oleh PKR dan DAP Selangor yang mahukan Khalid ditukar – termasuk kumpulan Adun Erdogan dalam PAS – adalah dengan cara membuat undi tidak percaya, kata sumber DAP dan PKR itu.

Tetapi ia boleh memberikan kesan negatif kepada PR, kerana PAS boleh meninggalkan pakatan itu begitu sahaja, katanya. -TMI-


Yang cuba disampaikan.

1. Hadi terikat nak buat keputusan berbeza sebab diikat (rasuah pangkat dan sumber kewangan) dengan kelebihan2 yang MB Selangor berikan kepada PAS. So Hadi akan stick bersama Khalid.

Bukan aku nak kata tindakan Hadi itu confirm betul. Tapi situasi sekarang, tindakan Hadi itu ada wajarnya. Aku tak sokong individu jadi MB. Aku sokong BUATKERJA jadi MB. Sapa pun jadi MB bukan isu pada aku. Khalid. Hadi. Anwar. Wan Azizah sekalipun. Tetapi MB mestilah seseorang yang track recordnya boleh buat kerja dan AKAN terus BUAT KERJA. Bukannya akan terus GRAB PROJECT untuk kayakan diri sendiri. 

2. Nak bagitau la yang si Hadi sokong Khalid neh sebab menantunya diberikan jawatan. Orang pentingnya juga diberikan jawatan. Jawatan2 itu pula memudahkan PAS untuk memerhatikan kedudukan kewangan negeri. Dan exco PAS pula diberikan dana untuk buat kerja. Dan bebas menggunakan ia semahu mahunya. 

Woah. Bagitau macam PAS ada akses sepenuhnya ke atas kewangan negeri Selangor je. Betul ke betul ke?

3. DAP bimbang hilang kuasa pada PRU ke 14 kerana membayangkan wakil2 rakyat PR dok bertelagah sesama sendiri akibat kedudukan.

Tak payah bimbang la DAP.

Selfie kan ada. Selfie sudah. Selesai masalah negeri dan negara ma.

KAH KAH KAH

Bagi aku la kan. Perebutan kuasa MB ini sesuatu yang menyakitkan. Oleh kerana aku pengundi Selangor, maka aku rasa isu neh memang BODOH nak MAMPOS.

Aku dan ramai lagi rakyat Selangor mengharapkan dengan perlantikkan PR di Selangor sebagai kerajaan negeri, dorang akan focus untuk selesaikan masalah2 berkaitan rakyat.

Tetapi apa yang paling banyak dorang buat ialah bergaduh sesama sendiri dan bergaduh macam2 demi kerusi MB.

Silap2 aku dan rakyat Selangor bakar juga kerusi MB itu nanti. Biar semua pun tak dapat. Macam haram jadah.

Ada banyak DUN di Selangor. Ada banyak masalah di Selangor. Masalah2 yang dihadapi oleh penduduk tidak dititikberatkan oleh wakil rakyat Selangor yang menang atas tiket Pakatan Rakyat.

Menang kawasan. Peruntukkan ada. Tetapi masalah rakyat tak selesai.
Menang kawasan. Peruntukkan ada. Tetapi rakyat nak adu masalah pun susah.
Menang kawasan. Peruntukkan ada. Tetapi idea2 rakyat untuk bangunkan penempatan mereka diabaikan.

Kan bagus kalau kita balon DUN2 di Selangor yang tak perform dari berebutkan kerusi MB tue. DUN2 yang tak perform inila yang memungkinkan PR Selangor hilang kuasa pada PRU ke 14 nanti. Kalau la PR Selangor memahami.. betapa HAPRAK dan HAMPEHnya mereka bila kita perhatikan mereka bergaduh2 angkara kerusi.

Nah kerusi satu.

P la berebut kaw2.

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH

Isnin, 31 Disember 2012

Respon Wartawan TV3 mengenai permintaan PRESIDEN PAS.


Kat atas neh permintaan TGHH. Ada asas. 

Kenapa?

1. TV3 + UMNO = minta TGHH jawab. Mereka gesa dan gesa tak henti2. Naik boring aku dibuatnya. Aku tengok hari pertama dorang mainkan isu tersebut. Selepas tue hari2 seterusnya dorang asyik mainkan isu di atas je. Non stop.

2. Oleh kerana mereka sendiri yang minta TGHH jawab dan perjelaskan perkara di atas, apa tak logik ka permintaan Tuan Guru? Memang logik la. 

Respon wartawan yang bekerja di Sri Pentas plak ;

 

Heh.

Kelakar.

Harus di ingat HARAKAH sememangnya terang-terangan mengakui bahawa mereka lidah rasmi PAS. Mereka tak menipu macam tv3 dan utusan.

Hai saya tv3. Pada hakikatnya mereka tue tv pro barisan nasional. Berita2 mereka bahkan rancangan2 mengarut depa direstui oleh bn selaku kerajaan malaysia. 

Yang mengarut tue tv3, yang mengutuk dan mempersendakan islam pun tv3, yang menyiarkan rancangan artis2 seksi pun tv3, yang promosi benda merepek dan budaya yang merosakkan anak muslim pun tv3, tetapi yang dituduh sesat, kafir, yahudi, laknat, jahat dan anti islam ialah pembangkang ?

Maaf, pembangkang takde saluran tv arus perdana. Aku tatau jika mana2 pro bn ada saham media prima tetapi yang aku pasti ialah bos media prima memang pro bn.

Sama juga macam utusan. Di depan nya beria2 pongpang2 pembangkang tolak islam. Di belakangnya artis seksi nampak tetek tayang peha woww. Yang sesat pembangkang dan pas? Tapi yang tayang artis seksi ialah utusan? Betul ka benda tue?

Adakah pembangkang menjual majalah mangga?

Maaf, pembangkang cuma jual paper yang mengakui terang2 itu lidah rasmi mereka. Jika mana2 pemimpin bn mahu bercakap tanpa suntingan melalui harakah, aku tak fikir ia masalah bagi pihak harakah tetapi mungkin semua pembaca harakah akan bakar harakah jika itu berlaku.

Nak tahu kenapa?

Ini kerana, buka tv pun ada muka mereka. Buka paper pun aik ada muka dan ucapan mereka lagi. Di blog dan portal online pun ada kisah mereka dan kini mereka harus masuk harakah pula? Apa tak cukup coverage lagi ka ucapan2 dan kata2 mereka?

Oleh kerana ini keluar dari jari seorang wartawan profesional, maka aku agak hampa. Aku memandang tinggi mereka2 yang bergelar wartawan. Aku dapati aku menyukai kerjaya tersebut. Tetapi aku sedih adanya wartawan2 yang berfikiran seperti ini. Macam la dia tatau betapa meluasnya coverage cerita2 mengenai bn di malaysia.

Mereka ada di mana2. Takde satu hari yang berlalu tanpa bn di malaysia beb. Takan ada mana2 rakyat malaysia yang boleh terlepas dari bn pun. Asal ko celik mata ko mesti akan nampak bn. Hatta ko tak tengok tv dan paper pun ko masih boleh nampak bn ketika keluar rumah. Mereka ada di mana2 dalam apa jua bentuk oke. Itu tak cukup lagi ka?

Sebenarnya dah lebih dari cukup. Pasal tue rakyat dah meluat dah meloya. Sebagai wartawan tv3, aku cadangkan Mazidul Akmal Sidek, berbincang dengan bos anda dan bawakan TGHH secara live di saluran tempat anda bekerja.

Tuduhan tersebar melalui media arus perdana, jadi jawapan juga haruslah disebarkan melalui saluran yang sama juga. Tidak adil anda menuduh tanpa memberikan peluang kepada tertuduh untuk menjawab. Apa guna saluran internet? Ia terhad. Bahkan bukan semua mampu mengaksesnya. 

Jadi manusia yang belajar mendengar dan mengkaji pendapat dari kesemua pihak sebelum meletakkan kesimpulan.

Satu jam, live dan rais yatim tak diperlukan disini sebab dia bukan bos media prima.

Berani tak? Atau media prima hanya pandai mempersoalkan tetapi takut mendengar jawapan? Atau mungkin bukan kerana takutkan jawapan, tetapi takutkan diri terkantoi kerana sebarkan fitnah dan auta? Heh.

Jumaat, 16 November 2012

Presiden PAS kena SEMBUR.



Hilang hormat CTS kepada Presiden PAS, DS Haji Hadi Awang apabila berperangai seperti kebudak-budakan dengan melayan kerenah Kumpulan R memijak kain pemidang anti Wang Ehsan. Tindakan Presiden PAS ini memijak kain pemidang bertulisan wang ehsan seolah-olah menghina penerima wang ehsan yang diberikan kepada 144,901 Rakyat Kelantan. Mereka buat kempen pijak tanda protes pada kerajaan pusat dan penerima wang ehsan, pada waktu MuktamarPAS kali ke 58 sedang berlangsung.

Tindakan Presiden PAS ini seolah mengikut jejak langkah tuannya Lim Kit Siang and Son yang dahulu memijak gambar ADUN-ADUN Perak yang keluar dari DAP dan menjadi ADUN Bebas. CTS meminta agar Pemuda PAS agar meneruskan kerja gila ini.

Insyallah, 144,901 penerima ini punya ibu bapa dan saudara mara. Mereka akan menilai. Pemuda BN jangan tiru kerja Gila Pemuda PAS ini. Mereka terdesak untuk naikkan isu ini sebab mereka sudah tidak ada isu lain untuk menyerang BN Kelantan.

Read more at http://khairulryezal.blogspot.com/2012/11/gambar-haji-hadi-awang-berperangai.html#FhfYyv3puILJz4Ec.99


Penjelasan.

Ini ialah kempen pijak2. Kempen pijak2 tue maksudnya kita nak pijak benda tue. Contohnya kalau kita buat kempen berdemo so kita demo2 je la. Lepas tue kita buat kempen protes online di facebook, so kita akan serang page yang dimaksudkan..  contoh yang terkini ialah serang page IDF israel tue.. so lain kempen lain cara pembawakan dia.

Dalam isu di atas, ia adalah kempen pijak2. Kempen pijak2 tue kena la pijak banner yang dimaksudkan. Nampak tak gambar tapak kaki? Significantnya gambar kaki disitu ialah disebabkan ini ialah kempen pijak2. Sebab tue Tuan Guru Hadi Awang pergi pijak banner tersebut. Dan takde gambar2 orang pun. Hanya ada perkataan je la.

Jadi tak payah nak salah sangka or nak kecewa bagai or nak rasa hilang respect ke apa. Lain kali tengok dan fahami butiran setiap kempen sebelum komplen. Contoh nya kempen save pahang, stop lynas. Kempen jalan kaki dari pahang ke kuala lumpur. So dia jalan kaki la. Takan terbang plak? Tengok la nama kempen itu sendiri.

Bukan lah mereka susahkan sapa2 pun kalau mereka nak berkempen cara mana sekalipun. Itupun lebih baik dari baling kasut time orang bagi khutbah, ataupun baling cat merah, ataupun provoke orang yang nak buat himpunan aman.. sekurang2nya pr dan aktivis bebas berkempen melalui pelbagai cara untuk up kan isu2 yang mereka anggap relevant.. itu lebih baik daripada fitnah dan tohmah orang tak habis2. 

Memandangkan orang2 umno tak reti nak berkempen.. jadi belajar la dari kami oke. Baling cat merah dan rosakkan kenderaan orang bukan kempen tapi gampang. Tatau takpe, belajar jangan meroyan.

kah kah kah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...