Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 5 Februari 2019

'PAS Terima Wang UMNO', Individu Tampil Buat Laporan Polis Dan SPRM.

LAPORAN | Seorang individu yang dikenali sebagai Che Amir Farid Che Isahak tampil membuat laporan polis dan dimajukan kepada SPRM bagi menyiasat dakwaan PAS menerima wang UMNO.

Katanya, laporan itu dibuat supaya satu siasatan telus dapat dijalankan oleh SPRM bersama PDRM bagi menghentikan polemik yang memecahkan orang Islam di laman sosial.



"SAYA DAH BUAT LAPORAN POLIS, DENGAN PERMOHONAN SUPAYA DIMAJUKAN KEPADA SPRM JUGA, TENTANG TUDUHAN BAHAWA YB USTAZ NIK MUHAMMAD ABDUH PERNAH MENGAKU DIHADAPAN 40 SAKSI BAHAWA BELIAU PERNAH MENERIMA DUIT RASUAH DARI UMNO.

Laporan di buat di Balai Polis Taman Melawati pada 4/2/2019@1810hrs

Saya buat laporan ini kerana:

1) Sedih dengan perbalahan yang teruk yang berlaku di media sosial diantara mereka yang percaya, dan yang tak percaya tuduhan itu. Ini menyebabkan perpecahan dikalangan ummat Islam disini. Ini boleh menggugat keamanan dan kesejahteraan, khusus dikalangan masyarakat Muslim.

2) Tuduhan itu melibatkan jenayah rasuah, yang wajib disiasat oleh SPRM.

3) Jika tuduhan itu tidak benar, nama baik YB Nik Abduh dan pemimpin2 PAS lain yang disebut boleh dibersihkan.

4) Jika tuduhan itu benar, bermakna YB Nik Abduh serta pemimpin2 PAS yang dinamakan bukan saja telah melakukan jenayah rasuah, tetapi telah juga memperkudakan agama Islam untuk kepentingan politik dan peribadi, sehingga sanggup memakan rasuah dan menipu (dengan menafikan perkara ini sehingga ini).

5) Ramai penyokong PAS mencabar mereka yang percaya tuduhan itu supaya membuat laporan PDRM/SPRM.

Saya harap ramai lagi saudara2 akan membuat laporan, supaya siasatan dan tindakan akan dibuat dengan cepat.

Dan saya harap kita jangan berbalah lagi atas isu ini. Biar pihak PDRM & SPRM buat kerja mereka dan kita tunggu saja hasil siasatan mereka.

SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA,"
katanya dalam laporan polis itu.
 


Laporan polis itu dibuat susulan dari pengakuan Dr. Muhammad Atitullah yang membuat pendedahan mengejutkan pada semalam, iaitu mengakui antara yang menjadi saksi telinga ketika Nik Abduh memberikan penerangan dalam satu perjumpaan antara dua kem yang bertelagah dalam isu kewajaran PAS menerima wang UMNO.

BACA : 40 Saksi Dengar Pengakuan Nik Abduh Mengenai PAS Terima Wang UMNO

Menurut kenyataan itu, apa yang disebutkan oleh Nik Abduh merupakan satu rasuah dan bukannya hadiah.

Ini sekaligus mengundang persoalan apakah pengakuan oleh Dr. Muhammad Atitullah ada kaitan dengan sindiran makan dalam dari menantu Tuan Guru Presiden PAS, iaitu Ustaz Zaharuddin Muhammad baru-baru ini.



Untuk rekod, sehingga ke hari ini meskipun nama Ustaz Zaharuddin disebut-sebut sebagai saksi yang mendengar pengakuan Nik Abduh itu sejak dari hari pertama audio itu tular, beliau tidak membuat apa-apa kenyataan penafian.

Isu terima wang UMNO kembali menjadi hangat apabila PAS memutuskan untuk menarikbalik saman fitnah ke atas Sarawak Report tanpa perlu Claire membuat permohonan maaf ataupun menarik semula dakwaan ke atas PAS.

Beberapa peguam PAS dan pimpinan mengatakan tindakan tersebut berpunca dari beban kewangan yang akan dihadapi oleh parti itu jika nekad meneruskan saman. - 5 Februari 2019.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...