Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 3 Januari 2015

Maka Dengan Tiba-Tiba Najib Ke Bangkok Bincang Masalah Banjir..

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH

Pada pagi semalam. Pesawat rasmi negara 9M-NAA telah dilaporkan mendarat di Bangkok dari Dubai. Berbanding pulang terus ke negara, pesawat rasmi tersebut tiba-tiba melencong ke Thailand.

Dan tadi. Najib dilaporkan berada di Bangkok bagi membincangkan perihal banjir dengan presiden Thailand.


Tiap-tiap tahun negara kita banjir. Akhir tahun 2013, banjir teruk berlaku di Pahang dan Johor dengan yang paling teruk terjejas ialah di Kuantan. Kita tak nampak PM ke Thailand bagi membincangkan masalah banjir di negara kita.

Tapi nampaknya perkara itu berbeza untuk tahun ini apabila dan-dan Najib Razak PIEM-ku-encik-cover-line ke Bangkok bagi membincangkan perihal banjir secara seriyus di samping mengucapkan terima kasih kepada Thailand di atas sumbangnya kepada mangsa banjir.

Nampak?

Nampakk?

9M-NAA landed di Bangkok.

Selepas beberapa jam tiba2 Najib dilaporkan berada di Bangkok.

Dan..

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH 

Sebodoh2 penyokong BN dan UMNO, mereka juga sedar tentang permainan Najib disitu. Cuma antara tergamak nak menulis di media sosial atau lakukan umpatan tertutup sesama geng sendiri. Ingat Najib Razak je ke pandai coverline? Geng2 UMNO pun pandai juga. Berapi bodek kat media sosial tapi dalam ahti kemain panas membara.

KAH KAH KAH

Rosmah Tak Penting, Kehilangan Pesawat Rasmi Negara Itu Yang Penting.

Aku perhati je perangai orang2 UMNO neh. Daripada penyokong biasa kepada ahli yang berpangkat kepada bloggers upahan hingga la kepada bekas menteri. Perangai senada je bila bahas isu kehilangan Rosmah Mansur.

Aku rasa dorang missing the real point la kat situ.

Tadi aku baca point bekas menteri penerangan yang juga seorang blogger. Zainuddin Maidin. Disiarkan menerusi Malaysiakini. Malaysiakini melaporkan bahawa kenyataan tersebut dipetik menerusi penulisan di blog bekas menteri kabinet itu.

Then aku laju2 p buka blog tersebut dan baca point demi point yang dinyatakan. Berikut apa yang bekas menteri tersebut ulas tentang tindakan orang ramai mempersoalkan kehilangan Rosmah Mansur.

Baca dulu ;



WAJAH KEPERIHATINAN SEORANG PERDANA MENTERI.

Saya tidak fikir pengamal media sosial ikhlas dalam  pertanyaan mereka bertalu -talu  tentang ketidak hadhiran Datin  Paduka Seri Rosmah Mansor  disamping suaminya Perdana Menteri Datuk Seri Najib yang  bekejar pulang melawat ratusan ribu  mangsa banjir dalam derita sengsara terutama di Kelantan.

Selama ini orang orang media sendiri pun tidak bagitu senang dengan penunjulan keterlauan Rosmah di media utama  akhbar dan telivisyen, maka mengapa ketidak hadhirannya menjadi suatu persoalan utama mereka.Tdakkah ia lebih bermotif untuk menghakiskan  lagi populariti Najib? Adakah mereka sekarang telah  berfikir sebailknya bahawa dengan kehadhiran Rosmah akan membantu memperbaiki imej Najib?

Hal ini saya kira ditimbulkan  oleh  media online yang  dipetik dan disiarkan oleh Malaysian Insider lebih bertujuan untuk menyerlahkan aspek negatif tetapi saya tidak percaya akan dapat menutop keperihatinan, kesungguhan dan kegigihan  Datuk Seri Najib sepanjang masa siang dan malam melawat mangsa -manga banjir sebaik sahaja menjijak kaki di tanah air setelah bekejar pulang meninggalkan Golf di Hawaii dalam keadaan kepenatan penerbangan berbelas jam.

Wajah simpatinya, keseriusan dan kesedihan (lihat gambar) dalam menghadapi derita sengsara  ratusan ribu mangsa banjir tidak akan dapat ditutup oleh ketidak hadhiran isterinya Rosmah. Lupakanlah soal Rosmah dan berilah penghargaan kepada Datuk Seri Najib.


Untuk bacaan penuh dan rujukan disini.

Lebih dari sekali aku membaca penulisan di atas. Aku cuba pastikan yang bahawa Zainuddin Maidin bukan sedang menyindir atau memerli Najib Razak. Andaikatan dia perli memang makan dalam. Tapi kalau dia bukan memerli, aku kata ianya lawak. Mana tak lawak bila dia sebut ;

1. Keprihatinan, kesungguhan dan kegigihan DS Najib melawat mangsa banjir dan blablabla..

2. Lepas tue dok siar gambar Najib yang konon2nya simpati dengan apa yang menimpa ke atas mangsa banjir..

Nak muntah pula aku baca.. sudah2 la tue dok siar wajah Najib yang konon2nya sedih la simpati la prihatin la apa la.. benda2 macam tue tak perlu diwar2kan atau didokumenkasikan dalam bentuk gambar. Kita simpati atau tidak, biar Allah yang nilai. Kita buat relax sudah la. Sebagai penyokong mahupun sebagai Najib sendiri.

Haha.

Oke. Berbalik kepada penulisan di atas. Dan kepada geng2 UMNO yang rasa geram sangat bila kita mempersoalkan kelibat Rosmah Mansur. Yang sebenarnya. Kita tak peduli pun tentang Rosmah Mansur. Sebab Rosmah Mansur tak penting. Yang penting ialah pesawat rasmi negara. Kenapa?

1. Rosmah Mansur ialah isteri PM.

2. Samada dia turun padang atau tak turun padang kita rakyat Malaysia tak peduli sebab yang tadbir negara tue Najib bukannya Rosmah Mansur. Yang kena dan boleh buat keputusan ialah Najib selaku perdana menteri Malaysia. Maka kehadiran Najib itulah penting. Ketidakhadiran Rosmah bukan isu langsung.

3. Tapi yang buat kita tertanya2 apabila kelibat Rosmah Mansur hilang bersama2 hilangnya pesawat rasmi milik negara.

4. Pesawat rasmi tue pula dari kos operasi hingga kepada kos penyelengaraan dibiayai oleh wang pembayar cukai tau.

5. Jika ia digunakan untuk tujuan rasmi yang membabitkan pentadbiran dan pengurusan sesebuah kerajaan atau negara, kita tak la marah.

6. Tapi jika ia digunakan sebagai kenderaan untuk seseorang bercuti dan melancong kita berhak persoalkan sebab kegunaan pesawat rasmi adalah bukan di atas tujuan tersebut meskipun Najib layak mendapat keistimewaan sebagai PM tetapi itu tidak bermaksud dia boleh menyalahgunakan aset negara untuk tujuan peribadi seperti percutian untuk diri sendiri, keluarga mahupun membenarkan isteri menggunakan pesawat tersebut untuk tujuan peribadi.

7. Najib sendiri sebut bahawa kedudukan kewangan negara antara lain bermasalah disebabkan subsidi tidak bersasar dan banyak disalurkan kepada orang kaya.

8. Menggunakan pesawat rasmi negara dan kos operasinya dibiayai oleh wang pembayar cukai bermaksud rakyat memberikan subsidi kepada menteri2 di Malaysia.

9. Faham tak? Menteri2 di Malaysia telah mendapat subsidi dalam bentuk kos operasi sebuah pesawat bagi memudahkan mereka melakukan kerja2 dalam dan luar negara. Keistimewaan itulah dianggap subsidi. Mereka nak, kita bagi. Apa yang boleh memudahkan kerja mereka semua dah diluluskan oleh parlimen.

10. Dan subsidi itulah ditanggung oleh rakyat Malaysia.

11. Oleh kerana rakyat Malaysia yang bayar dari A to Z, dari beli kepada bayar gaji pekerja kepada kos minyak, kos operasi dan kos penyelenggaraan maka sudah semestinya ia menjadi hak rakyat Malaysia untuk peduli dengan perkembangan dan perjalanan pesawat tersebut.

12. Pesawat tersebut tidak pulang bersama Najib walaupun Najib yang bawa dia terbang ke Hawaii. Kehilangan pesawat tersebut bersama hilangnya Rosmah Mansur membuatkan kita tertanya2 adakah pesawat itu digunakan oleh Rosmah Mansur atas tujuan peribadi dan jika ya, siapa yang tanggung? Sudah tentu rakyat akan marah jika akhirnya kepada rakyat la segala bil mengoperasikan pesawat tersebut diserahkan.

13. Jika sekadar rm1 atau rm2. Mungkin rakyat boleh tutup mata dan halalkan sahaja apa yang berlaku. Tetapi kos yang dianggarkan adalah mencecah ratusan ribu ringgit. Mungkin jutaan ringgit.

14. Di kala kepada rakyat, Najib menasihati agar kita berjimat cermat dan kawal perbelanjaan, BRIM cukup setahun dan pelbagai lagi nasihat2 yang syok sendiri dan tak sesuai dengan situasi dilemparkan tetapi dalam waktu yang sama, Najib sendiri tak melakukan penjimatan yang sepatutnya seperti hanya menggunakan subsidi di atas tujuan yang perlu dan penting. Bukan atas tujuan peribadi.

Nampak?

Nampakk?

Rosmah tak penting. Rosmah ada atau tiada di Kelantan memang tak penting. Kehadiran Rosmah langsung tak penting. Yang penting tue kehadiran pesawat tue aje. Rosmah tak hilang, pesawat hilang atas nama diselenggara, kita boleh faham dan akan faham. Jika Rosmah hilang bersama2 pesawat rasmi hilang dikala rakyat yang perlu membayar segala memang kita tak faham-faham dan takan boleh faham.

Fikir2kan.

Jumaat, 2 Januari 2015

RM73,620 Ialah Kos YG Ditanggung Rakyat UTK Bawa Najib Pulang Guna Pesawat TUDM - Bagaimana Pula Dengan Kos Pesawat 9M-NAA?


Ini ada satu pendedahan lagi. Yang dibuat oleh ketua penerangan pemuda PKR, Lee Chean Chung.

Lee mendakwa, penggunaan jet VIP Angkatan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) M53-01 untuk menghantar Najib pulang ke Malaysia, adalah pembaziran kerana beliau boleh balik dengan jet 9M-NAA.

Katanya, ia membazirkan wang rakyat sebanyak RM73,620 sebagai pembayaran kos bahan api.

Lee berkata, wang sejumlah itu sepatutnya boleh digunakan bagi membantu mangsa banjir.

"Jumlah ini belum termasuk kos penggunaan jet asal 9M-NAA yang sudah pasti akan mencecah jutaan ringgit," katanya.

Selaku pengguna jet rasmi 9M-NAA, Lee berkata, Najib wajib memberikan penjelasan tujuan penggunaan jet tersebut, dan adakah ia diguna pakai oleh keluarga atau isterinya.
 

Lee juga mahu tahu adakah perbelanjaan pesawat itu akan ditanggung rakyat yang kini menderita akibat banjir ini. 

Jika kos untuk bawa Najib pulang mencecah 73,000 dan lebih merujuk kepada destinasi ke Hong Kong, ke KL sebelum menuju ke Kota Bharu, berapa pula agaknya kos yang perlu dikeluarkan bagi menanggung perjalanan 9M-NAA yang singgah ke beberapa destinasi ya?

Lue fikirlah sendiri ek.

Isu Gambar Beras Berwajah Najib - Blogger UMNO, Malaysiakini Berdepan Tindakan Saman.

KUALA LUMPUR 2 Jan - Kenyataan Naib Pengerusi Briged Kesatria Muda - Mohd Eddy Casmady Che / Hussin mengenai Laporan Malaysiakini Mengenai Paket Beras Bantuan Banjir Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani Berpelekat Wajah Perdana Menteri

1. Malaysiakini telah membuat satu pelaporan berita palsu dan memanipulasikan berita bergambar melalui portal berita tersebut beralamat URL www.malaysiakini.com.

Malaysiakini telah menggunakan tanpa izin dan memanipulasikan gambar saya sebagai penampal pelekat berwajah Perdana Menteri di atas paket bantuan beras. Berikut adalah fakta sebenar dan kenyataan yang menyatakan kebenaran mengenai isu ini.

2. Sebagai Naib Pengerusi Briged Kesatria Muda Malaysia, adalah menjadi tanggungjawab saya untuk mengatur, memindah, mengasingkan dan menghantar bantuan kepada mangsa-mangsa banjir di seluruh negara. Gambar yang dimanipulasikan oleh Malaysiakini adalah gambar saya selaku SUKARELAWAN Briged Kesatria Muda, bukan  seorang "pekerja" seperti yang didakwa portal berkenaan. Rujuk sukarelawan dan NGO yang lain sebagai pengesahan kerja-kerja sukarelawan yang telah saya jalankan.

3. Briged Kesatria Muda adalah biro yang ditubuhkan untuk menggerakkan misi kemanusiaan. Kami telah pun merancang & melakukan kerja-kerja bantuan kemanusiaan di mana 3000 kampit beras pertama telah disediakan lebih awal oleh MOA melalui satu majlis rasmi pada 17/12/2014 di Putrajaya. Pengedaran aktif oleh Briged Kesatria Muda juga dilakukan sebelum berlakunya banjir besar di Pantai Timur.

4. Briged Kesatria Muda tidak terikat dengan MOA semata-mata. Kami turut mengumpul dan mengedar bantuan dari kumpulan NGO-NGO dan Kementerian lain. Adalah perlu kami meletakkan penanda agar ia tidak bercampur dan memudahkan urusan logistik dan penghantaran.

5. Bantuan makanan daripada MOA sebenarnya tidak mempunyai penanda berwajah YAB PM seperti mana yang didakwa. Hanya sebanyak100 keping penanda yang dicetak dan ditampal untuk membezakan bantuan dari Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dari bantuan-bantuan daripada pihak lain yang turut membantu membekalkan barangan makanan kepada mangsa banjir.

6. Banyak gambar yang dirakam dalam operasi penyerahan bantuan ini membuktikan bahawa tiada pelekat berwajah PM dilekatkan di atas bantuan-bantuan yang disampaikan oleh kementerian ini. Para
sukarelawan Kementerian Pertanian dan aktivis-aktivis NGO yang terlibat juga boleh mengesahkan bahawa tiada pelekat bergambar PM di atas bantuan-bantuan yang diserahkan.

7. Pihak Briged Kesatria Muda menganggap laporan berita yang dibuat oleh Malaysiakini adalah palsu dan berniat jahat. Laporan berita dan perbuatan memanipulasi gambar saya oleh Malaysiakini juga telah mengakibatkan persepsi negatif, salah tanggap dan tuduhan-tuduhan tidak baik terhadap saya dan   Briged Kesatria Muda. Perbuatan ini tidak boleh dimaafkan sama sekali dan tindakan wajar diambil terhadap Malaysiakini yang tidak bertanggung jawab ini.

8. Briged Kesatria Muda akan membuat laporan kepada pihak polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) serta berhasrat untuk menyaman Malaysiakini bagi membersihkan nama baik Briged Kesatria Muda.

9. Kami juga akan membuat laporan polis terhadap blogger yang bernama Syed yang telah memanipulasi gambar saya dengan kenyataan fitnah dan berniat jahat serta laporan polis terhadap Malaysiakini yang menulis dan menyebar kenyataan untuk memburukkan kami serta Kementerian Pertanian dan Industri Asaa Tani.

10. Briged Kesatria Muda juga ingin mencadangkan agar Menteri dan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani turut menyaman Malaysiakini yang jelas telah memfitnah dalam cubaan untuk menghasut pemikiran rakyat untuk membenci kerajaan di media sosial.

11. Sekian kenyataan saya untuk makluman tuan/puan.


Sumber : sini.

Pesawat Rasmi Negara Terbang Lagi - Siapa YG Kantoi Kaw2 Neh?

Perlu kita jejak pesawat tersebut sehingga mereka mendarat kembali di negara ini. Dan perlu kita pasang SPY untuk menangkap gambar penumpang2 yang turun dari pesawat tersebut. Berdasarkan bukti itu nanti kita akan tahu siapakah individu yang telah menggunakan pesawat tersebut dan apa tujuan dia berbuat demikian.

Ini part 1 dan part 2.

Baca huraian2 di atas dulu kalau korang tak faham kronologi kejadian. Dan ini ialah sambungan kepada 2 siri di atas.

Tadi. Aku terima info dari rakan facebook. Katanya. Pesawat rasmi negara yang hilang itu didapati sedang bergerak lagi.

Ini buktinya.


Sekarang kita imbas kembali.

1. Mula2 dari Malaysia ke Honolulu.

2. Dari Honolulu ke Los Angeles.

3. Dari LA ke Indianapolis.

4. Dari Indianapolis ke LA semula.

5. Dari LA ke New York.

6. Dari New York ke London.

7. Dan dari London tah ke mana.

Cuba tengok masa. Masa dan tarikh menunjukkan pesawat tue tak singgah lama mana pun kat tempat2 yang dia singgah kecuali masa di Indianapolis. Selain dia singgah sekejap di LA, di New York dan di London.

Apa maksudnya tue?

Mai singgah untuk shopping je ke?

Atau mai singgah untuk turunkan penumpang2 yang tertentu?

Ahh.. pening nak fikir. Sekarang apa yang penting. Kita kena dapatkan tarikh dan masa yang tepat bila pesawat tue pulang ke negara dan siap2 tunggu kat AIRPORT. Malaon mana yang keluar dari flight tue. Ke penumpang2 tersebut akan lari laju2 sebab takut kantoi?

KAH KAH KAH

Apa2 pun sapa yang rajin boleh klik sini.

Tengok kat bawah neh (klik gambar untuk paparan yang lebih jelas) ;


Intai2 la pesawat tersebut. Dan selepas pesawat tersebut mendarat kat mana2 lapangan terbang, kalau korang ada kat situ atau ada kawan2 yang berada disitu, laju2 la intai sapa yang keluar dari pesawat tue dan cepat2 snap gambar. Kita tengok siapa yang kena.

Untuk rekod, staff PMO dah keluarkan kenyataan penafian kepada blogger pro UMNO, Kadir Jasin. PMO mengatakan bahawa Rosmah tak naik flight tersebut dan flight tersebut under maintaince di Indianapolis. Owh yeke? Sure ke? Tolong la rakyat Malaysia. Jom la kita sama2 berganding bahu kantoikan dorang neh. Geram plak aku tengok.

KAH KAH KAH

Khamis, 1 Januari 2015

Perak Tak Sudi Terima Bantuan Banjir Dari Selangor, Azmin Umum Tambahan 5 Juta Untuk Bantu Mangsa Banjir Di Kelantan.


Amboi berlagak. Yang penting keikhlasan dan keprihatinan kerajaan negeri Selangor yang peka dan sudi hulurkan bantuan. Takan la sebab sumbangan tidak mencecah jutaan ringgit, Perak menolaknya.

Sebenarnya. Dorang tak patut tolak bahkan tak layak tolak. Sebaliknya Perak patut mencadangkan ke NGO mana yang patut disalurkan bantuan tersebut. Siapa PERAK yang beria2 nak tolak bantuan untuk mangsa banjir sedangkan dia bukan la mewakili suara2 mangsa banjir yang terjejas di Perak, kan?

Menurut laporan dari TMI ;

1. Kerajaan negeri Perak enggan menerima bantuan wang ihsan segera yang disampaikan oleh kerajaan negeri Selangor bagi membantu meringankan beban mangsa banjir di Perak.

2. Exco Wanita & kebajikan Selangor, Dr. Daroyah Alwi memaklumkan kepada Selangorkini bahawa Perak tidak sudi menerima bantuan tersebut dan mungkin ia disebabkan kerana jumlahnya yang kecil iaitu sebanyak 100,000.00 ringgit.

3. Sambungnya lagi pemikiran politik yang sempit sepatutnya diketepikan bagi menghadapi musibah banjir yang berlaku di Perak.

4. Selangor kesal dengan pendirian yang diambil oleh Perak berbanding Terengganu dan Pahang yang lebih terbuka menerima sumbangan tersebut.

5. Pun begitu, Selangor akan tetap menghantar PANTAS ke Perak (pasukan sukarelawan Selangor) bagi membantu sukarelawan di kawasan yang terjejas teruk angkara banjir seperti di Kuala Kangsar.

Dalam perkembangan yang berkaitan, Selangor mengumumkan tambahan 5juta ringgit akan diberikan kepada Kelantan bagi membantu mangsa banjir mendirikan dan membaiki semula rumah2 mereka yang terjejas teruk angkara banjir besar yang melanda baru-baru ini.

Ketika ini angkara kerugian angkara banjir di Kelantan dikatakan mencecah 200 juta ringgit dan ini tidak termasuk dengan anggaran kerugian yang dialami oleh keluarga2 yang kehilangan harta benda dan kerosakan rumah.

Hampir 200 ribu orang di Kelantan kehilangan tempat tinggal dalam sekelip mata apabila banjir melanda di negeri itu selama 8 hari.

Ini Senarai Kenyataan Bangang Paling Bangang Pada Tahun 2014.

First episode kat sini.

Dari segi 'kuantiti' kenyataan bangang yang dikeluarkan oleh pemimpin2 di negara ini, ia didominasikan oleh 3 pemimpin utama negara iaitu ;

- Ahmad Maslan
- Hasan Malek
- Najib Razak

Bagaimana pula dari segi 'kualiti' kenyataan bangang yang dikeluarkan pula? Cara kita nak tentukan betapa 'kualitinya' kenyataan bangang yang dikeluarkan itu ada dua aspek.

Pertama. Semakin bangangnya kenyataan tersebut maka semakin 'berkualiti' ia dari segi kebangangannya.

Kedua. Semakin unik dan freshnya kenyataan tersebut maka semakin berkualiti la 'kebangangan' yang ditonjolkan melalui kenyataan tersebut.

Dan tahun neh kita buka penyertaan kepada semua pihak tanpa mengira lapisan. Kita pecahkan block diskriminasi kaum, jantina, agama, pangkat dan partisan. 

Dan berikut adalah kedudukan kenyataan bangang bagi tahun 2014.

10. Lim Guan Eng.

Pada 8 October 2014 di satu laporan akhbar China Press, LGE telah diminta mengulas siri banjir yang melanda di beberapa buah lokasi di Pulau Pinang. Laporan tersebut memetik kenyataan LGE yang berkata - "Jika tak hujan maka tak banjir la".

Rujuk ;


Laporan tersebut telah menjadi viral di kalangan penyokong2 BN bahkan di kalangan penyokong2 DAP sendiri dan dijadikan bahan troll di laman sosial. Sehingga kini LGE enggan tampil menjelaskan samada laporan tersebut adalah fitnah ataupun sebaliknya. Dan LGE di tangga kesepuluh bagi kategori kenyataan bangang sebab memang bangang pun kenyataan tersebut. Seolah2 semua orang tatau yang air banjir itu berasal dari hujan.


9. Ahmad Said.

Pada 12 Mei 2014, BN Terengganu bergolak apabila bekas menteri besar Terengganu, Ahmad Said mengumumkan keluar parti dan meletak semua jawatan dalam parti serta merta berikutan tindakan Najib yang meneruskan penggantian MB baru Terengganu kepada Ahmad Razif. Alasan yang dikemukakan oleh Ahmad Said pada ketika itu ialah;

"Saya sudah lama bekerja dengan Umno. Saya sudah beritahu PM bahawa anak saya kenduri kahwin pada 17 Mei dan tukar selesai selesai kenduri. 

PM kata itu soal peribadi. Jadi saya beritahu, kalau saya keluar (parti), jangan salahkan saya. Saya ada prinsip. Anak saya nak kenduri, kalau boleh bagi kenduri selesai. Tapi jadi begini. Saya tidak ada masalah, saya boleh terima (pertukaran MB)".

Kenyataan Ahmad Said keluar dari UMNO kerana merajuk dipecat sebelum kenduri kahwin anaknya menjadi VIRAL di laman sosial dan ditroll kaw2 bukan sahaja oleh pembangkang bahkan oleh geng2 UMNO itu sendiri kerana bersikap kebudak-budakan. Sudah la tue siap UTURN pula. Untuk membaca list of UTURNs, rujuk sini.  Sebelum neh beria2 kata ada PRINSIP tapi lepas NAJIB datang MEMUJUK, prinsip ke mana, merajuk ke mana, alih2 UTURN masuk ke UMNO semula dan declare memaafkan Najib secara terbuka. Kenyataan dan tindakan bangang Ahmad Said ini melayakkannya berada di posisi 9.


8. Dr. Muhammad Nawal Arrifin.

Pada persidangan PAU edisi ke 2014, salah seorang perwakilan UMNO yang berbahas dalam persidangan itu menyebut "Ingat anak-anak, setiap butir beras yang kamu makan itu adalah kerana UMNO.. itu peringatan kepada anak-anak muda di luar sana". 

Kenyataan tersebut dikeluarkan oleh seorang DOKTOR yang bernama Muhammad Nawal Arriffin. Dan dalam sekelip mata kenyataan bangangnya itu mendapat perhatian rakyat. Video yang memaparkan kenyataan tersebut menjadi VIRAL dan berita2 yang melaporkan tentangnya juga mendapat hits bacaan yang sangat tinggi. Kenyataan bangang dari doktor itu juga dijadikan bahan troll di laman sosial dan sehingga kini rakyat tertanya2 bagaimana UMNO pula yang harus mendapat kredit dan pujian setelah yang bekerja bermati-matian itu adalah kita, pergi pagi balik petang, dapat gaji beli beras, lepas tu tiba2 kepada UMNO pula ucapan terima kasih itu harus disampaikan.

7. Tengku Adnan dan Ahmad Maslan.

Tengku Adnan dan Ahmad Maslan menduduki tangga ketujuh. Kerana kenyataan mereka sama bangang sama tolol. Jika pada tahun lepas Ku Nan dikecam teruk sebab mengeluarkan kenyataan bangang "Berhenti merungut, jangan beli rumah kalau rasa mahal" dan pada tahun neh Ku Nan juga enggan ketinggalan dari mengeluarkan kenyataan bangang yang lebih kurang levelnya. 

Tengku Adnan.

Pada tahun neh Ku Nan memperbangangkan dirinya sendiri dalam dua perkara. Yang pertama berkenaan isu troll DBKL tentang saman angkara edar bubur lambuk. Rujuk sini. Aduka Taruna mengeluarkan satu kenyataan troll yang VIRAL di laman sosial yang mana bertujuan menyindir DBKL isu makanan percuma. Ini berikutan tindakan Ku Nan yang telah menghalau, mengkritik, membidas dan memperlekehkan aktiviti2 NGO yang beri makan percuma kepada gelandangan.



Kenyataan Ku Nan yang dilaporkan media ialah ;


Tengku Adnan berkata, tidak ada masalah jika NGO lain mahu meneruskan aktiviti agihan makanan kerana beliau juga menjalankan operasi melalui kumpulan sendiri di Jalan Imbi, Bukit Bintang.

"Saya sendiri pun operate di Jalan Imbi. Saya bagi support tiap-tiap bulan beras berkampit-kampit dan sebagainya.


Katanya, beliau juga pernah turun ke jalanan dan melihat sendiri masalah sebenar, cuma tidak tahu cara mengumumkannya kepada orang awam. Beliau juga mengarahkan pengarah penguatkuasa DBKL membuat laporan polis ekoran fitnah yang disebarkan di media sosial mengatakan pengurusan Masjid Kampung Baru disaman DBKL kerana mengedarkan bubur lambuk kepada orang ramai.

Ku Nan bukan sahaja gagal fahami seni troll bahkan beranggapan yang tersebar itu ialah fitnah. Selain dari gagal memahami sindiran, Ku Nan juga memperbodohkan dirinya sendiri apabila mengatakan kepada media bahawa dia tidak tahu cara mengumumkan (hebahkan bantuan yang dia beri) kepada orang awam berkenaan tindakan dia membantu gelandangan. Kenyataan ini bukan setakat lawak bahkan contradiks kerana jika kita perhatikan di laman facebook rasminya, ketika Ku Nan melawat masjid pun dia beria2 update aktiviti tersebut di laman sosial. Nampak? Nampak? Kenyataan selamatkan diri sendiri selepas kantoi gila.

Kenyataan kedua pula merujuk kepada gambar di bawah neh ;



Dalam persidangan UMNO yang lepas (2014), Najib mengatakan di atas pentas perbahasan bahawa blogger UMNO bangang. Cari makan dengan kita (UMNO) tapi hentam kita balik. Dan apabila diminta dedahkan senarai blogger UMNO yang berbayar dan siapa yang membayarnya Ku Nan menyebut bahawa kita tak pernah bayar sesiapa sedangkan kenyataan BLOGGER UMNO yang BERBAYAR (cari makan) itu bukan la didedahkan oleh orang awam atau mana2 pemimpin pembangkang sebaliknya adalah dari NAJIB RAZAK sendiri selaku PERDANA MENTERI MALAYSIA dan PRESIDEN UMNO. Rujuk sini

Ahmad Maslan.

Ahmad Maslan juga tersenarai sebagai  antara pemimpin yang paling kerap keluarkan kenyataan bangang pada tahun 2014. Rujuk sini.

Satu2 kenyataan Ahmad Maslan yang melayakkan dia menduduki carta ini apabila dia menyebut begini ;


Untuk membaca kenyataan penuh Ahmad Maslan yang mengulas tentang kejatuhan ringgit Malaysia, rujuk sini.

6. Ibrahim Ali dan Ng Yen Yen.

Ibrahim Ali dan Ng Yen Yen berada di kedudukan no 6 kerana kenyataan mereka juga sama bebal sama bahlol sesuai dengan status ketololan yang mereka miliki.

Ibrahim Ali.

Pada 14 disember 2014, Ibrahim Ali telah membuat pengumuman di pentas PERKASA dengan mendeclarekan dirinya kini ialah HERO kepada MELAYU dan UMAT ISLAM di Malaysia bagi membalas kritikan UMNO terhadapnya. Lihat sini. Kenyataan Ibrahim Ali yang bangang itu bukan saja diperolok2kan oleh mereka2 yang anti PERKASA bahkan membuatkan orang melayu dan umat Islam merasa jelek sebab entah bila tah kita mahukan hero yang berkelakuan seperti Ibrahim Ali yang berperangai buruk dan mengelikan itu tah.

Ng Yen Yen.

Penyebaran satu gambar perkahwinan sepasang remaja yang sangat muda iaitu pengantin lelaki berusia 15 tahun manakala pengantin perempuan berusia 17 tahun mendapat tempat di ahti Ng Yen Yen untuk melontarkan respon berkaitan hal tersebut.

Ini yang Ng Yen Yen sebut bagi mengulas perkara tersebut ;



Ng Yen Yen ialah bekas menteri pelancongan. Dan kenyataan di atas menjadi VIRAL di laman sosial dengan pelbagai kritikan dihamburkan ke atas Ng Yen Yen. Rujuk sini. Dan sampai sekarang kita kurang jelas apa kaitan perkahwinan di usia muda dengan pembangunan negara yang terjejas.


5. Pengurusan JDT (PBNJ) & Majlis raja2.

PBNJ.

Pada awal bulan febuari yang lepas, ketika perlawanan Piala FA antara Johor Darul Ta’zim (JDT) menentang T-Team, pegawai T-Team telah ditumbuk dan ditendang oleh seseorang yang berpengaruh di PBNJ ketika sesi rehat separuh masa pertama. PBNJ melalui peguam belanya membuat satu kenyataan bahawa tiada insiden tumbuk dan tendang berlaku di dalam terowong ketika kejadian dan menafikan kenyataan yang dibuat oleh pengurusan T-Team. Sebaliknya menegaskan yang pegawai T-TEAM la yang telah melakukan kekasaran kepada pegawai mereka.

Fans JDT di laman sosial pula mengatakan bahawa TMJ tidak pernah sesekali berada di dalam terowong ketika kejadian dan 'boss' kesayangan mereka telah difitnah. Rentetan dari kenyataan tersebut, saksi2 yang berada di lokasi yang sempat merakamkan aksi tersebut menyebarkan gambar / klip TMJ berada di dalam terowong ketika kejadian.



Saksi2 yang berada di tempat kejadian kebetulannya ialah sekumpulan wartawan yang bertugas di Astro Arena dan penyebaran video itu dikatakan telah memberikan tekanan yang hebat kepada Astro Arena kerana melibatkan status dan maruah KELUARGA DIRAJA JOHOR. Baca ini juga.

Kenyataan BANGANG yang dikeluarkan oleh PBNJ yang menafikan insiden 'tendang dan tumbuk di terowong' dan penafian kehadiran TMJ di tempat kejadian akhirnya makan diri apabila gambar TMJ berada di dalam TEROWONG diviral-viralkan sebanyak yang boleh bagi membuktikan kepada fans JDT bahawa BOSS mereka berada di terowong ketika kejadian berlaku dan PBNJ KANTOI!

Majlis raja2.

Kenapa majlis raja2 berada di posisi kelima? Mereka berada di kedudukan ini disebabkan penukaran 8 nama jalan di sekitar KL. Ini adalah punca kepada penukaran nama-nama jalan tersebut.



Ia didedahkan oleh timbalan menteri wilayah, Dr. Loga. Alasan bangang yang dinyatakan oleh Dr. Loga iaitu 'KL KEKURANGAN IDENTITI KESULTANAN'  telah dikritik orang ramai secara terbuka di laman sosial. Cadangan dikeluarkan oleh majlis raja2. Lihat sini. Maka, Majlis raja2 turut terkesan dengan kritikan secara terbuka itu. 

Selepas majlis raja2 dikritik dan ditroll kaw2 oleh rakyat, mereka mengeluarkan kenyataan penafian bahawa penukaran nama jalan itu tiada kaitan dengan mereka. Namun ironinya, rakyat tidak lupa bahawa yang mengatakan ia dicadangkan oleh monarki adalah timbalan menteri wilayah. Dan sejak dari itu, Tengku Adnan beria2 turun padang sana sini menjelaskan kepada rakyat bahawa penukaran nama jalan itu tiada kaitan dengan majlis raja2 sebaliknya adalah cadangannya kerana nama jalan sedia ada tidak mempunyai apa2 maksud dan nilai dari segi sejarah. Rujuk sini. Namun rakyat tidak bodoh untuk diperbodoh-bodohkan oleh golongan atasan. Kami nampak permainan kamu disitu okay.

4. Najib Razak 

Awal tahun dan akhir tahun. Awal tahun Najib dikecam dengan kenyataan "kangkung dulu naik sekarang dah turun. Kenapa tak puji kerajaan?".

Akhir tahun pula Najib dikecam sekali lagi apabila mengatakan pengisytiharan darurat tidak dibuat kerana nak membantu rakyat menuntut insurans.

Sungguhpun pada tahun 2014, Najib antara pemimpin yang paling banyak mengeluarkan kenyataan2 bangang sehinggakan jika kita list satu persatu darinya percayalah, sampai esok pun tak habis tetapi dua di atas adalah yang paling VIRAL dan menjadi bahan kritikan dan troll bagi pengguna media sosial.



3. Sultan Pahang.

Berada di anak tangga ketiga kerana mengeluarkan kenyataan yang bukan sahaja BANGANG bahkan membuatkan orang yang membacanya rasa kelakar nak mampos.

Kenyataan sultan Pahang disiarkan oleh Utusan Malaysia pada 16 Nov 2014 ;


“Perkara ini telah lama berlaku, sejak zaman British lagi. Beta sudah penat dengan semua ini, beta tidak dapat menghentikan (kegiatan) kerana mereka menggaji kumpulan samseng".

Kenyataan bangang di atas bukan setakat bangang bahkan memberikan gambaran waima seorang sultan pun gagal menguruskan samseng walaupun PDRM, pasukan tentera, pentadbiran negeri dan pemimpin2 negara perlu patuh dan tunduk kepadanya. POWER tak samseng CAMERON HIGHLANDS tue? Sampaikan sultan pun takut kau!

2. Pengarah JPJ Malaysia.

Berada di tempat kedua ialah tak lain tak bukan, pengarah JPJ kita iaitu DS Ismail Ahmad. Ketua pengarah JPJ berada di posisi ini apabila mengeluarkan satu kenyataan SUPER BANGANG bahawa JPJ mempergiatkan operasi saman adalah disebabkan mahu mencapai KPI JPJ iaitu mensasarkan bahawa rakyat Malaysia yang HARUS mati di atas JALANRAYA ialah 5,358.

Lihat video ;

 

Klik sini jika video gagal load.

Kenyataan itu bukan sahaja dikecam bahkan dijadikan bahan troll sehingga mendesak JPJ mengeluarkan kenyataan susulan bagi menjaga kredibliti ketua pengarah mereka namun gagal membentuk persepsi rakyat apabila 99.9% rakyat Malaysia (orang awam) lebih selesa memilih untuk mengecam JPJ berbanding menerima penjelasan tersebut.

1. Bomoh 1 Malaysia.

Bomoh 1 Malaysia yang dikenali dengan nama Datuk Mahaguru Ibrahim Mat Zin telah mengeluarkan banyak kenyataan2 yang bangang sejak dari awal tahun 2014. Namun kenyataan yang paling bangang dikeluarkan oleh bomoh berkenaan adalah mengenai lokasi sebenar pesawat #MH370 yang hilang sejak 8 March 2014. 

Bomoh 1 Malaysia mengeluarkan kenyataan ;

"Saya nampak pesawat itu masih tergantung di ruang udara, di tengah -tengah ketiga-tiga lokasi terbabit.

"Saya tak dapat jelaskan secara terperinci soal keselamatan mereka tetapi percaya pesawat itu mungkin berada dalam dua keadaan sama ada diculik oleh pihak tertentu atau disembunyikan di alam ghaib".


Kenyataan bangang ini berjaya menjadi kenyataan paling bangang of the year bagi tahun 2014 adalah disebabkan pengVIRAL-annya di media massa. Bukan sahaja dilaporkan secara meluas di negara kita bahkan turut dipetik oleh ber-ratus2 media antarabangsa di luar negara sehingga menjadi salah satu tajuk di saluran berita2 bagi negara luar. Malaysia turut mendapat tempias yang negatif apabila dikritik menggunakan bomoh bagi mencari MH370. 

Dan rakyat Malaysia yang berada di luar negara jadi malu apabila berita berkenaan masuk di station tv di negara tempat mereka tinggal kerana ia diperleceh2kan oleh rakan2 mereka yang berasal dari negara berkenaan. Aksi yang dibuat oleh bomoh 1 Malaysia untuk mencari MH370 juga menjadi bahan troll bukan sahaja oleh rakyat Malaysia bahkan oleh orang luar dan tindakan bomoh 1 Malaysia ini menimbulkan kemarahan ramai orang kerana tindakan berkenaan sebenarnya menjatuhkan nama negara di peringkat antarabangsa.

Maka dengan ini kenyataan paling bangang dengan individu paling bangang bagi tahun 2014 dimenangi oleh seorang bomoh yang sangat tegar menyokong Barisan Nasional dan UMNO, Datuk Mahaguru Ibrahim Mat Zin. Sesungguhnya penyokong2 UMNO pasti berbangga apabila parti itu terus melahirkan generasi2 yang bangang sejak turun temurun. Bak kata Mahathir, UMNO tak bagi orang cerdik masuk parti tu..

Dan selepas menilai kenyataan2 di atas, aku akui Mahathir benar kali ini.

KAH KAH KAH
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...