Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 21 Mei 2011

Malam ini minyak naik 0.10sen - .0.30sen.

Dah ramai yang menghebahkan berita neh di facebook. Mereka cakap malam ini kerajaan akan umumkan kenaikan minyak. Bermula tengah malam nanti minyak ron 95 akan dinaikkan sebanyak 30sen. Namun aku rasa sedikit pelik dengan berita tersebut. Dan ramai gak yang pelik dan minta aku check kesahihan berita neh.

Ada lah beberapa orang yang mesej cakap betul ke beb malam neh minyak ron 95 naik 0.30sen? Ada gak yang cakap maybe bukan ron 95 tapi ron 97 sebab kerajaan asyik mainkan isu minyak dunia naik padahal mana ada naik. Sebab tue dua tiga hari neh kerja kerajaan asyik potpet2 pasal subsidi untuk org malas lah, membebankan lah, usaha lah cari pendapatan lain,  pelbagaikan pendapatan lah, kerja keras lah, hutang kerajaan meningkatlah blablablablablabla dan bila lah bn nak blahhhhh berambos terus. Hehehe..

Buat masa sekarang aku dah semak group saya benci harga barang naik dan tiada sesiapa pun dari sana yang bagi info bahawa minyak akan naik malam neh. Selalunya group tue akan dapat info dari member2 yg kerja kat stesen minyak or pemilik station minyak. Tapi ikut rekod sekarang kerajaan pun memang memilih untuk umumkan pada saat2 akhir tanpa notis. Kalau dulu mereka diberikan notis dan di inform through surat tapi sekarang tiada beb. Benda neh disorok habis-habisan sehingga lagi 5,6 jam sebelum petrol di naikkan barulah benda neh leak.

Jadi aku sendiri pun tak pasti betul ke tidak berita yang  tersebar via facebook neh. Dan lagi satu bagi aku kalau kerajaan memilih untuk naikkan petrol pun kerajaan tidak akan naikkan ron 95 pada hari ini or at least sekarang. Sebab apa?

1.Kerajaan dah cakap mereka akan semak harga pada bulan june, so bulan june lah naik harga petrol pun, bukan sekarang. Tapi kalau naik hari neh memang dorang bodoh piang.

2. Tidak akan dinaikkan sehingga 30sen. Aku syak 0.05 - 0.10sen je. Tapi taktahu pula kalau sungguh2 kerajaan kali neh nekad nak naikkan kemarahan rakyat sampai sanggup naikkan 30sen pula. Dan lepas tue bolehlah aku panggil dorang bodoh piang kuasa dua.

3. Kerajaan belum umumkan kenaikan tariff elektrik. Ikut twitter kj beruk tue dia cakap kerajaan akan naikkan tariff elektrik + ron 95 =  dalam masa yang sama. Bila dah kecoh benda tue, tiba2 kerajaan decided nak umumkan kenaikan tariff elektrik dulu pada bulan mei then baru lah minyak ron 95. Kalau ikut aturan tue minyak hanya akan naik selepas tariff elektrik di umumkan naik lah. Maknanya selepas 25 mei pun paling2 cepat.

Apapun kesimpulan yang aku buat satu benda yang pasti minyak pasti akan naik. Oleh itu tak salah pun kita nak meraikan kenaikan minyak sekarang.. hahahhaah..betul tak? So anggaplah hari2 minyak naik!

Ameno : Nak tumbuk muka pemimpin.

Apa carlsberg buat kat sekolah rendah neh?

WOww.. macam mana lah kita nak tarbiah masyarakat malaysia bahawa arak itu merosakkan tubuh badan mereka kalau kecik2 lagi syarikat carlsberg neh dah merantau masuk ke sekolah-sekolah untuk mempromosikan jenama minuman mereka?

Memanglah betul dorang datang sana atas kapasiti nak menyumbang. Aku no hal. Aku faham mereka rasa mereka ada tanggungjawab sosial terhadap masyarakat. Okey. Go on. Buat. Tapi tak perlu ko pampangkan jenama arak ko besar-besaran macam neh. Apatah lagi ko pergi tempat budak2 sekolah beb. Lihat gambar2 di bawah ini ;



Dengan mempromosikan carlsberg sebagai sebuah syarikat yang suka sumbang menyumbang di sekolah2, nanti bebudak neh akan rajin beli carlsberg bila dorang dah dewasa. Dorang anggap ini satu pelaburan sebab akhirnya sebahagian dari duit mereka akan digunakan untuk membantu budak2 sekolah. Terutamanya sekolah2 jenis tamil ataupun cina. Itu sebabnya syarikat carlsberg tak patut bawa jenama mereka ketika memberikan bantuan.

Boleh jadi motif carlsberg memang nak kanak2 neh tahu bahawa carlsberg yang membantu mereka. Baling satu batu, dua burung kena. Sambil charity sambil menjana persepsi baik? Mungkin juga. Lebih kurang macam strategi pemasaran. Hish.. makin susah nak hapuskan kilang neh kalau wujud individu2 yg berprasangka baik pada arak yang merosakkan.

Bacaan lanjut berhubung isu neh disini.

Ameno  : Boleh ke arak masuk sekolah rendah?

HOT : Ibrahim ali minta orang cina baca ini!!!

Kah kah kah
kah kah kah kah
kah kah kah kah kah

Lawak! Ada benda yang ibrahim ali nak sampaikan kepada semua masyarakat bukan melayu. Baca bawah neh okey ;



Point penting ;

1. Ibrahim ali highlightkan kepada media2 cina. Motif = mesti nak org cina + india = bukan bangsa melayu baca dan fahamkan.

2. Dalam utusan ada keluar muka dia. Heh. Itupun nak bagitau bhai. Keluar sebab dia bagi sumbangan kepada orang cina. Antara sumbangan tersebut ialah baja, baiki jalan, untuk perayaan bagi kaum cina. Heh. Seriyus. Kelakar gila. Dia betul2 nak orang cina fikir dia bukan racist. Habis tue yang orang melayu macam mana? Kami pun fikir dia racist gak? Bila nak bagi sumbangan pula? Kah kah kah.


3. Dia siap cakap selama 25 tahun dia bagi sumbangan kepada temple dan gedung2 cina weh.. kah kah kah apakah ahli parlimen neh?? kah kah kah.. korang baca sendiri lah kat atas.

Ye, ye aku tahu mesti member2 bukan islam nak balas komen ibrahim ali neh kan? Boleh, mai masuk sini. Direct je ke sana, sila komen kat sana. Cakap terima kasih ke apa ke.. kah kah kah

Ameno  : kah kah kah aku seriyus binggung.. apakah dia yg update fb neh? satu lagi wakil rakyat budak2 sekepala ali rustam dan zulkifli nordeen.Silap2 keluar tv3 cakap ini bukan facebook dia pula.. kah kah kah..

Muhyiddin yasin : Persiapkan mental untuk hadapi kenaikan harga barang..

You are not saying this to me right government? I am warning you. Fuhh. Chelakha. Demm. Fack! Apakah jenis nasihat ini. Baca bawah beb. Suis sakit ahti akan naik. Seriyus.


Terlalu banyak point yang membunuh aku. Seriyus. Aku petik sedikit je.

Kerajaan : Seluruh rakyat Malaysia kini perlu menerima hakikat sebenar mengenai keadaan ekonomi global dan lebih berhemat dalam berbelanja serta lebih fokus dalam memulihara sumber berharga seperti tenaga elektrik dan air, di samping tidak terlalu mengharapkan subsidi.

AmenoWorld : Ye. Aku terima hakikat tue beb. Aku faham korang nak jadikan malaysia negara yang berpendapatan tinggi. Niat  + matlamat korang tue aku support. Tapi bukan usaha. Sebab apa? Sebab sekarang neh yang rakyat macam aku je terhanguk2 dok berusaha untuk mereliasasikan impian negara manakala pemimpin atasan macam korang cuma tahu goyang kaki dan langsung tak pernah berhemat dalam perbelanjaan yang melibatkan wang rakyat. Kalau lue nak joli gaji lue as menteri, aku apa ada kisah beb? Aku no hal. Itu duit ko. Lantaklah. Tapi jadi masalah bila korang berjoli guna duit rakyat. Faham tak?

Memulihara alam? Kasi ayat cantek sket ingat aku jadi bebal ke? Nak pelihara ke pulihara ke buat lah. Sapa halang korang sekarang neh? Masalahnya cara korang tue tak betul. Korang buat benda lain tapi kasi alasan lain itu pasal aku bengkek. Dan siapa pula yang harapkan subsidi lue bhai? Lue mulut ada insurans sket aa.. Duit subsidi tue duit rakyat bukan duit lue. So sapa yang harap pada sapa sekarang neh?

Kerajaan : Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Khamis ketika beliau menyeru rakyat Malaysia supaya mempersiapkan mental masing-masing untuk menghadapi kenaikan harga pelbagai produk berikutan kenaikan harga minyak dan penurunan jumlah bekalan makanan yang diakibatkan oleh perubahan iklim sejagat.Dalam kenyataan itu, Muhyiddin juga menasihati rakyat supaya mengawal perbelanjaan masing-masing serta berusaha meningkat bekalan makanan sendiri. 

"Jika ini dilakukan, orang ramai tidak akan terlalu merasai bebannya apabila negara menghadapi kenaikan kos dan inflasi kelak," katanya. 

AmenoWorld : Mempersiapkan mental? Memang tengah siapkan pun. Tengah siapkan untuk fikir kenapa ko menipu rakyat malaysia bahawa harga minyak naik padahal harga minyak sebenarnya mengalami penurunan. Sila lihat sini. Itu yang aku tengah ketuk2 kepala hotak aku untuk cari jawapan. Ke ko tak tengok berita antarabangsa tipiem? Aku suggest ko untuk tengok. Sebab apa global cakap minyak turun. Ye. Aku ulang MINYAK TURUN. 

Bekalan makanan di malaysia tak semuanya di import. Antara yang di import ialah bawang. Takan bawang ada kat india je? Alasan tak logik pasal iklim tue.. haizzhh keluar dari mulut tipiem 1sen. Haizhh.. Lagipun di malaysia belum lagi ada sejarah org mati tak makan tapi mati pasal banyak makan lagi lah ada. Dan akan datang kelak mungkin mati pasal makanan banyak tapi tak mampu beli disebabkan harga yang mahal. Sekarang neh isu bekalan makanan bukan isu pun. Isu HARGA TINGGI yang ko kena fahamkan. Hey sekarang neh ko ke aku yang tipiem? Kenapa pula ko sebagai tipiem tak faham masalah sebenar rakyat?

Bagaimanapun akhirnya ko tetap mengaku bahawa malaysia akan mengalami inflasi + kos yang tinggi. Heran. Najib taknak mengaku pun. Heh. So apakah pelan taktikal ko untuk atasi benda neh akibat pemansuhan subsidi? Ini yang aku rasa semua rakyat tengah tunggu2. 

AMPU kerajaan : Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Dr Maamor Osman pula berkata, beliau menerima hakikat bahawa memang bukan mudah untuk mengubah mentaliti orang ramai, tetapi beliau berharap mereka akan kurang membeli barangan yang tidak begitu diperlukan agar mereka mempunyai lebih banyak wang untuk membeli barangan keperluan.


Ameno World : Hahahaha.. nasihatkan apakah ini? Adakah ko nak cakap aku berboros? Itu sebabnya aku tak boleh nak beli barang2 keperluan? Aku rasa ko neh patut letak jawatan je lah. Kata2 ko neh tak mencerminkan pendapatan rakyat malaysia sebenarnya. Ko tahu tak pendapatan rakyat malaysia sekarang neh tak seimbang dengan perbelanjaan mereka? Kalau dulu rm50 ada nilai sekarang neh rm50 dah macam rm5. Ko nak suruh kami beli apa je? Kalau taknak bagi kami beli bukan2, first ko soh kerajaan ko tue jangan promosikan benda yang bukan2 salah satu benda ialah proton. 

Ataupun email 1malaysia yang berharga 50sen  tue. Semakin banyak barang2 yang tak berfaedah yang dijual dihapuskan semakin kuranglah risiko rakyat malaysia membeli barang yang bukan2. Hapuskan juga penjualan rokok. Heheheh.. amacam? Ada berani ka sound pemimpin ko tue? Suruh jimat cermat dalam masa yang sama korang tayang gak iklan2 mengarut suruh orang beli itu ini. Fack betul lah!


RON 95 bakal Mansuh,

PKR mendakwa Kerajaan Pusat bawah Barisan Nasional (BN) akan memansuhkan penggunaan minyak petrol RON95 dan menggantikannya dengan RON97 sekiranya menang pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Naib Presiden PKR, Tian Chua mendakwa, perkara sama pernah dibuat Kerajaan Pusat sebelum ini sewaktu rakyat negara ini menggunakan dua jenis minyak petrol iaitu jenis RON92 dan Superb sebelum RON92 dimansuhkan untuk digantikan dengan RON95.
Menurutnya, kenaikan harga RON97 yang dibuat secara berperingkat sebelum ini seharusnya dijadikan petanda bahawa Kerajaan Pusat kini sedang merancang mewujudkan jenis minyak petrol baru bagi menggantikan RON97 setelah mendakwa tidak menampung bebanan tanggungan subsidi bahan bakar itu yang semakin tinggi.

“Jika sebelum ini, pengguna minyak petrol didedahkan dengan jenis RON92 dan jenis Superb di mana harga RON92 tidak pernah diselaraskan sebelum pemansuhan dibuat, sebaliknya harga jenis Superb yang mengalami beberapa kali kenaikan harga.

“Berdasarkan tren Kerajaan Pusat sedia ada, saya yakin BN tidak akan menaikkan harga minyak petrol RON95 buat masa ini untuk mengekalkan sokongan rakyat. Bagaimanapun, jangan terkejut apabila RON95 akan dimansuhkan dan digantikan dengan RON97 selepas mereka menang PRU ke-13 nanti,” katanya sewaktu menyampaikan ceramah di Markas Pas Kubang Pasu Padang Tok Kesop.

Kalau betul lah dakwaan pkr neh maknanya kerajaan akan memperkenalkan ron 99 lah. Betul tak? Urmm.. taktahu benda neh positif ke negatif ke tapi kalau kualiti minyak makin bagus aku rasa takde masalah pun kat situ. Cuma apa yang dipersoalkan ialah adakah kualiti minyak itu setanding dengan harga minyak. Itu je lah bagi aku. Sebab aku rasa tiada apa2 masalah pun kalau kerajaan nak tingkatkan kualiti petrol untuk kenderaan di malaysia.

Cuma dakwaan pkr kali neh agak pelik. Belum apa2 lagi pkr macam dah kalah dalam pertarungan. Tian chua tak boleh fikir begitu. PRU-13 umno dan bn pun tak yakin mereka boleh menang besar. Kenapa pula tian chua macam mengiyakan bahawa umno akan kekal berkuasa selepas pru-13 nanti? Adoii macam mendoakan aje aku tengok. Hehehhe..

Apa2 pun bagi aku isu neh isu kecik. Mungkinlah kerajaan akan cut subsidi ron 95 or hapuskan terus ron 95 dan memperkenalkan ron 99 serta mengekalkan ron 97 tanpa subsidi tapi semua itu hanya menjadi realiti jika kerajaan menang pilihanraya pru-13. Untuk menidakkan tindakan kerajaan [namun aku masih tak nampak kenapa tak bagusnya meningkatkan kualiti minyak petrol di malaysia bagi kenderaan2 di malaysia] PKR kena rajin2 lah buat kerja, dekatkan dengan rakyat dan kurangkan bergaduh tak tentu pasal.

Tolong nasihatkan juga geng2 AMK. Kadangkala ada tindakan mereka memang tak berapa manis di pandang. Tapi yelah aku tak menolak andaian bahawa mereka mungkin difitnah umno dan tv3 pula jadi batu api. Segalanya mungkin. Dah tahu macam tue lagilah kena jaga diri, AMK diperhatikan 24 jam. Macam ada cctv yang mengekori. Sebab tue AMK kena waspada tak kira apa pun. Janganlah bagi can kat umno untuk tembak AMK. Nampak sangat umno anti AMK. Aku pun heran kenapa. Hehehe.. dendam peribadi kot.


Ameno : Bila lah nak tukar kerajaan neh? Tak sabar2 nak ubah.. hehehe..

Jumaat, 20 Mei 2011

Rakyat diminta bersama kerajaan untuk kurangkan subsidi.


Ikut kata awang adek aka bodoh piang nama khusus yang aku bagi kat menteri neh pasal aku geram, dia minta rakyat bersama2 kerajaan dalam isu pengurangan subsidi.

Tidak pula dia jelaskan rakyat perlu bersama2 dalam bentuk macam mana tapi rasanya menteri bodoh piang neh lupa kot yang kita lantik dia untuk bantu kita, bukan kita lantik dia untuk kita pula buat kerja2 bagi pihak dia. Kalau kita letakkan dia di kerusi pemimpin dan kita kena bantu untuk buat kerja2 dia maka apa point dia berada di kedudukan itu? Lebih baik sahaja dia berambos jauh2 dan letakkan aku kat kerusi tue. Then boleh lah aku bagi alasan bodoh piang macam neh kat rakyat marhaen pula.

Bukan kah fungsi menteri itu sendiri ialah buat kerja untuk bantu rakyat? Adakah fungsi menteri sudah bertukar kini? Bukankah fungsi rakyat melantik pemimpin yang sepatutnya boleh buat kerja untuk mereka? Apakah peranan rakyat telah tukar kini daripada pilih pemimpin yang patut bantu rakyat kepada pilih pemimpin dan bantu buat kerja2 pemimpin?

Kalau bantuan tenaga ataupun buah fikiran ada logik juga kat sini. Sama2 jaga keamanan dan keharmonian negara. Tapi kalau bantu kempiskan poket sendiri untuk kembungkan poket kroni aku kira itu sangat gampang. Dan lebih gampang bila si bodoh piang menyebut product "tepung" disitu. Apakah ini petanda tepung bakal naik?

1. semua bentuk roti?

2. semua jenis kek?

3. semua jenis makanan yang berasaskan tepung?

4. semua jenis product yang berasaskan tepung?

Ya terima kasih menteri bodoh piang. Terima kasih kerana naikkan semua harga barang di malaysia. Tak rasanya menunggu saat untuk memamposkan anda.

Ameno : Shutdap lebih bagus untuk bodoh piang.

TPM : Guna semula 1sen untuk bendung kenaikan barang.



WOwwww... ini betul2 WOW... apakah cadangan neh benar2 keluar dari kepala hotak manusia yang memegang jawatan no dua dalam sistem pentadbiran negara? Ya. Itulah hakikatnya. Macam tak percayalah ini macam punya cadangan mengarut nak mampos diperkenalkan oleh TPM kita.

Menurut berita yang aku petik bulat2 dari utusan malaysia, TPM berkata begini ;

1. Langkah ini juga akan membendung kenaikan harga tinggi yang ada kaitan dengan nilai satu sen.

2. Mengatasi kenaikan harga barang.

3. Dan ini kata2 tipiem yang aku petik dari utusan ;

"Misalnya, jika harga ditetapkan rm1.71sen, ia ditambah sebanyak empat sen untuk menjadikannya rm1.75sen. Sudah tentu memberi keuntungan kepada peniaga tetapi membebankan rakyat"

Korang faham tak apa yang aku HIGHLIGHT kan tue? TPM cakap ;

==> Kalau bil rm1.71sen ia akan dinaikkan kepada rm1.75sen.

Kah kah kah
kah kah kah kah
kah kah kah kah kah

Woit lue toksah jadi tpm lah. Kalau bil rm1.71sen mana ada naikkan jadi rm1.75sen! Sebaliknya ia jadi rm1.70sen. Kurang satu sen beb. Mana pula bebankan rakyat macam tue. Sebaliknya tolak ansur. Dasar yang diperkenalkan oleh kerajaan pun kerajaan sendiri tak faham bhai. 

Kah kah kah
Kah kah kah kah
Kah kah kah kah kah

kelawakkan apakah ini?

Dengar sini tipiem, meh aku ajar semula dasar yang ko perkenalkan kepada kami pada tahun 2009 tak silap aku.

Kalau bil berakhir dengan angka 1,2, 6,7 ==> bil akan dikurangkan kepada 5sen yang terdekat. Dikurangkan ye. Maknanya kalau bil ko rm1.76sen = ia akan jadi rm1.75sen.

Kalau bil berakhir dengan angka 3,4,8,9 ==> bil akan dinaikkan kepada 5sen yang terdekat. Dinaikkan ye. Maknanya kalau bil ko rm1.98sen = ia akan jadi rm2.00

Dalam erti kata lain dasar ini tidak membebankan dan menyusahkan rakyat. Memang di negara2 yang berpendapatan tinggi, sen2 macam neh dihapuskan sebab tak laku. Kalau kerajaan memperkenalkan semula dasar ini adakah ini bermaksud bahawa negara kita menuju ke arah negara yang berpendapatan rendah semula?

Kah kah kah
kah kah kah kah
kah kah kah kah kah

Lawak! Beginilah jadinya bila menteri sendiri tak turun pergi bayar bil sampaikan dia sendiri pun tak faham dasar yang dia perkenalkan. Yang lebih teruk ialah dia boleh slumber meroyan mengarut2 dalam tue dan penyokong2 umno pula boleh kekal sokong kemengarutan dia tue. 

Kah kah kah
kah kah kah kah
kah kah kah kah kah

Ameno : Satu malaysia kena tipu bhai.. sanggup ke lue orang duduk di negara yang diperintah oleh pemimpin macam neh? Ubah sekarang sementara kita masih hidup bhai. Bukan suruh sokong PR 100% beb. Kita cuma jadikan PR pusat je. Kita banding pembaruan yang PR boleh buat dalam masa tak sampai pun 5 tahun. Kenapa takut nak buat perubahan? Kenapa pilih untuk berundur sebelum mencuba? Tak teringin ke nak duduk rumah mampu milik yang cantik dan kereta import yang murah setelah PR pegang malaysia beb? Ini antara manifesto PAKATAN RAKYAT. Kita rakyat, kalau bn gagal kita tolak, kalau PR gagal kita tolak, contohi amerika, mereka sering tukar kepimpinan berkali2.. ada tak mereka semakin kebelakang? No..mereka kedepan kerana mereka berani. Dan kita kebelakang kerana kita? Pengecut + dayus.

Nota : Angka 7 telah ditukarkan kepada 9. Terima kasih atas teguran.

Subsidi bot nelayan hapus, makanan laut naik harga!



WOW.. ini yang aku suka neh. Dari satu kenaikan membawa kepada satu kenaikan pula. Sebab tue aku ajak reramai untuk sambut "bulan barang naik" = june 2011, bagi mengenangkan kenaikan harga barangan secara besar-besaran di malaysia.

TPM = Muyyiddin yasin dalam satu kenyataan yang dipetik oleh aku dalam akhbar utusan memberitahu begini  ;

" Kerajaan terpaksa melaksanakan rasionalisasi termasuk mengurangkan subsidi diesel BOT LAUT DALAM mulai 1 jun ini. Mulai jun pengusaha bot nelayan perlu membeli diesel pada harga rm1.80 seliter berbanding rm1.25 seliter pada masa kini "

Owhh.. okey fine. Apa kena mengena dengan aku pula? Aku bukannya nelayan bot dalam pun. So kenaikan 0.55sen diesel untuk nelayan bot nelayan sepatutnya takde effect kat aku. Apa kerja bot nelayan laut dalam neh? Tangkap ikan? Udang? Sotong? Ketam? Makanan laut? Adakah kenaikan diesel akan dicampakkan kepada barang2 perniagaan mereka kelak? Iaitu makanan laut? Jadi nanti makanan laut akan naik harga lah yerk?

Kalau gitu penguasaha2 makanan laut terpaksa berbelanja lebih untuk dapatkan bahan mentah lah yerk? Pengilang2 yang menggunakan makanan laut untuk membuat product mereka pun terpaksa up kan lagi modal mereka lah yerk? Owh.. okey. Ada effect lah pada harga makanan laut dan berasaskan makanan laut. So apa? Takyah makan makanan laut? Ada banyak makanan lain? Biar kita boikot makanan laut pula ke? Owh okey. Thanks atas cadangan pencacai2 umno. Kumawwoo.. heh 

Ameno : Boikot makanan laut = boikot product nelayan = gangu periuk nasi mereka + kerajaan naikkan kos sara hidup = hapus subsidi = bagi kroni = support langkah kerajaan? Adakah aku bodoh piang mcm orang umno?

Khamis, 19 Mei 2011

Elektrik naik pada 25 mei.

Nampak sangat kerajaan kita neh kerajaan penipu alzalim alpembohong. Mula2 semalam khairy dah bagitau melalui twitter bahawa pemuda umno akan membuat satu usul kepada kerajaan untuk membantah kenaikan ron 95 dan tariff elektrik. Ketua pemuda umno juga meminta agar semua cawangan pemuda umno seluruh negara membuat usul yang sama.

Alih2 hari neh kerajaan cakap mereka takmo naikkan harga minyak sebaliknya nak gantikan dengan elektrik? Apa ke bangang sangat kerajaan neh? Cuba korang baca statement neh baik2  ;



Kalau korang faham ikut apa yang aku faham maka kesimpulannya adalah begini  ;

1. Kerajaan dah luluskan kenaikan tariff elektrik pada hari mereka naikkan harga gula. Bila tue? Dah lama kan?

2. Okey, peh tue ismail sabri pula umumkan kerajaan nak naikkan ron 95.

3. Sekarang kerajaan flipflop cakap cam ular belit2 pula. Mereka kata mereka mungkin tak jadi naikkan ron 95 tapi mengantikan ia dengan kenaikan tariff elektrik padahal benda neh kerajaan dah lama lulus. Cuma tak berani umum time kenaikan gula sebab takut!! WTF!!!

4. Tapi diesel super tetap dimahsuhkan bulan june neh.

5. Kenaikan tambang tetap berlaku.

6. Kenaikan harga barang tetap berlaku. Risiko kenaikan tambang bas 30% tetap wujud.

7. Walaupun kerajaan naikkan tariff elektrik sekarang akan datang kerajaan tetap cari alasan untuk menaikkan minyak ron 95.

8. Hampir kebanyakkan penduduk di malaysia menggunakan elektrik. Termasuklah bidang perniagaan. Semua guna elektrik sekarang. Jadi kalau kerajaan kata impak kenaikan elektrik lebih kecil dari kenaikan ron 95 kerajaan silap. Ron 95, elektrik = semua rakyat malaysia pakai.  Jadi apa pula impak kenaikan elektrik lebih kecil dari ron 95?

Pendek kata, bagi aku mudah je. Kerajaan nak naikkan, naikkan je. Naik. Penatlah. Setiap hari pun kita dilanda kegelisahan. Bila ron 95 nak naik? Bila gas memasak nak naik? Bila tambang bas nak naik? Kerajaan pula dalam masa yang sama asyik2 mengungkit itu ini. Subsidi menyusahkan kerajaan..blablabla.. najib baru2 neh kutuk subsidi candu kepada rakyat.. blablabla.. seolah2 kita neh ketagihan gila duit kerajaan. Sumpah siyes dia buat kita macam peminta sedekah bhai. Siyes sakit ahti macam kita neh takde maruah pula dok injak2 maruah kita. Paddykutty betul lah.

Lepas tue nanti mulalah dok ugut2 "dont bite hands that feeds u". So lalu ke kita nak menghadapi tekanan2 neh? Sanggup ke korang hidup dan dalam masa yang sama kerajaan asyik canang2kan 24 jam yang kehidupan korang tue 100% dibawah kekuasaan kerajaan, kalau takde kerajaan korang bukan sapa2 pun. Sanggup ke? Aku siyes tak sanggup.Malas dan tak hingin aku nak mengharapkan simpati org yang tak satusen pun tak ikhlas nak simpati kat aku. Baik aku cari simpati pada orang yang betul2 ikhlas nak bantu aku. 

Sebab tue kalau kerajaan nak naikkan, biar je dorang naikkan. Jangan nanti bila dorang tak naikkan ron 95 neh dorang pergi canang 1malaysia bahawa dorang simpati pada nasib rakyat padahal sebelum2 neh dan akan2 datang mereka tetap akan naikkan apa2 barang selagimana mereka memerintah malaysia neh. Lakonan mereka tue mungkin digunakan untuk meraih undi. Apa yang pasti ron 95 tetap akan dinaikkan. Cepat atau lambat. Sebelum ataupun selepas pilihanraya. Tiada jaminan kerajaan tidak akan naikkan ron 95 meskipun selepas mereka naikkan tarif elektrik.

Ameno : U can straight go to hell. I dont want any government of barang naik.

Cantiknya rosmah bertudung..

Lawa gila rosmah perdana menteri malaysia neh. Erkk silap. Isteri perdana menteri malaysia.. sorry tersilap yang disengajakan. Hehehe.. Lawaaaa betul mem rosmah kita. Betul tak? Tengok bawah ;


Tengah2 aku dok puji2 kelawaan, kecantikan dan keayuan rosmah mansur yang bertudung tiba2 aku disound seorang ahli umno yang menuduh aku menyebarkan fitnah. Fuit.. bila masa aku sebarkan fitnah neh bhai? Gua bukan umno. Hanya umno je suka fitnah. Gua anti-fitnah neh bhai. Jari lue takde insurans ke bhai? Sekali gua tangankan jari lue tahu lah lue rumput tue hijau ke ataupun ibrahim ali [baca katak] lebih hijau.

Dia tetap berkeras mati2 cakap aku fitnah. Aku cakap mana2 fitnah? Kalau ada ko buktikan. Aku no hal minta maaf kalau sungguh2 aku salah.

" Tuee.. gambar rosmah yang ko dok puji2 tue.. "

" Gambar mem rosmah yang bertudung neh?"

"yelah.. kan fitnah tue, bila masa rosmah mansur bertudung? fitnah je kerja puak pas neh 24 jam"

"huk alohh.. " terkesima aku.. takan gambarkan rosmah bertudung salah ye tak?

Kah kah kah
kah kah kah kah
kah kah kah kah kah

kalau super impose gambar dsai berbogel dengan tgna takpe lah kot. Ye tak? 

Kah kah kah
kah kah kah kah 
kah kah kah kah kah

Nota : cerita di atas ialah rekaan semata2 untuk memerli. Sekian harap maklum. Hehehe..

Ameno  : Whoo rosmah kau memang cantiklah.. heheh..

Nazri: Tiada tindakan terhadap Ibrahim Ali



Nazri berkata pengguna Twitter dan penulis blog juga telah melakukan kesalahan membuat kenyataan yang dianggap sensitif terhadap kumpulan lain.

"Jika saya mengambil tindakan sekarang (terhadap Ibrahim), saya mesti berbuat demikian terhadap semua blog dan mereka (yang membuat komen yang sama) dalam Twitter," kata Nazri.

Itu, tambahnya, akan merupakan satu tugas yang sukar kerana kerajaan akan dituduh mengekang kebebasan bersuara.

Nampak sangat nazri aziz neh pilih kasih. Kenapa pula nak kaitkan kenyataan ibrahim ali dengan blog dan pengguna twitter? Kalaupun kenyataan2 mereka bersifat marah, kebencian dan racist, itu sebab ibrahim ali yang mulakan isu neh dulu.

Kalau ibrahim ali tak cakap pasal perang2 dan menfitnah penganut kristian macam2, takde sapa nak marah atau hentam-balas ibrahim ali. Bukan susah sangat nak faham. Ketika dsai dedahkan kerjasama malaysia-apco tue, kerajaan amek tindakan nyahkan dsai dari parlimen padahal dsai bercakap benar. Tetapi tuduh dsai memberikan kenyataan berupa hasutan dan memberikan persepsi negatif kepada imej kerajaan. Boleh pula amek tindakan?

Nik aziz dilarang masuk dan memberikan ceramah di masjid2 seluruh negara kerana didakwa menghasut, yang itu boleh pula kerajaan amek tindakan? Bullshitlah kerajaan neh. Aku bukan apa. Aku fikir benda neh ada effect buruk kalau ibrahim ali dibiarkan. Dia tue orang melayu. Melayu yang mengaku islam. Tindakan2 dia dan kenyataan2 dia sebenarnya tak membuatkan orang benci kat dia aje beb. Orang bukan islam sebenarnya membenci org islam disebabkan kenyataan2 bodoh dia. Siyes. 

Aku baca beberapa komen negatif yang pro kristian dan di dalam neh banyak orang cina. 90% semua kutuk dan kondem melayu + islam segala bagai. Ingatkan nak cerca ibrahim ali je. Ini tidak, dengan ibrahim, dengan melayu, dengan islam semua dorang balon. Hanya 10% yang rasional je nasihatkan member2 dorang bahawa ibrahim ali bukan mewakili kaum melayu + islam. So kalau nak maki hamun tolong lah maki ibrahim ali dan perkasa je. Tapi ramai gak yang ingore nasihat2 macam tue. Dorang fikir melayu hipokrit. Kalau bukan mewakili islam + melayu kenapa kerajaan tak amek tindakan? Budak2lah katakan. Dorang masih tak faham perjalanan politik neh macam mana.

Aku nak printscreen pun cuak. Kasar gila bahasa dorang. Memang segala bagai maki kepada melayu dan islam. Nak marah dorang pun takley. Dah nasihat tak makan pula. Last2 blah je. Itu baru dunia facebook. Belum dunia realiti. Berapa ramai lah yang marah bila tahu ibrahim ali cakap nak perang salib dengan puak kristian neh? Dan berapa ramai lah yang sakit ahti bila kerajaan tak haddle isu neh betul2. Isu neh betul2 menjejaskan keharmonian kaum di malaysia lah. Ibrahim ali neh nak kena sumbat katak dalam mulut dia baru berhenti mengarut kot.

Ameno : Ibrahim ali bukan melayu, dia berbangsa katak yang masih bertatih pasal islam.

Apa yang ditakuti oleh potatoes nehh?? 

Rabu, 18 Mei 2011

Tambang pengangkutan awam naik 30%.


Bersedia untuk mampos. Aku tidak menggunakan pengangkutan awam. Jarang lah. Bukan tak pernah guna. Cuma jarang. Kali terakhir aku guna bulan february hari tue. Yang aku maki sakan perkhidmatan bas kat bukit jalil tue. Geram siot.

Tadi aku ada nampak satu link. Benda neh cerita pasal kemungkinan tambang / kos pengangkutan awam akan naik sebanyak 30% pada bulan jun serta merta berikutan subsidi super dimahsuhkan pada jun 2011 mendatang.

Benda neh cerita dalam bahasa cina. Aku terai translate ke english. Failed. Tak faham gak apa dia tulis. Translate ke melayu. Pun failed. Isi kandungan detail tue aku tak dapat faham. Apa yang aku dapat faham secara kasar ialah ;

1. Kos / operasi pengangkutan akan naik 30%.. sejajar dengan pemahsuhan subsidi super bulan depan

2. Persatuan akan naikkan tambang pengangkutan berkuatkuasa jun 2011 jika kerajaan meneruskan niat mereka untuk mahsuhkan subsidi diesel super.

3. Tayar, bateri, spart parts.. dan apa2 lagi then ada tulis 30%.

4. Kenaikan tambang kurang dari 30% tidak dapat menampung kos operasi tambahan akibat pemahsuhan diesel super.

5. Jadi mereka menuntut paling kurang ialah 30%.

6. Perlu anjurkan dialog untuk membahaskan isu neh.

Dan bla bla bla.. aku tak faham. Ayat bahasa english nya lebih elok dari bahasa melayu tapi aku rasa banyak maksud lari. Korang leh baca sendiri kat sini kalau faham bahasa cina. Yang penting semua tue aku taknak tahu dan amek tahu. Yang aku rasa aku perlu amek tahu ialah kadar pengangkutan awam akan dinaikkan. Kalau persatuan menuntut kenaikan 30% selepas diesel super dimahsuhkan ini bermaksud tambang bas akan naiklah.

Kalau sebelum neh tambang rm2.00 maka selepas dinaikkan 30% maka jadilah rm2.60. WOW.. itu suatu peratusan yang tinggi. Adakah pengguna2 pengangkutan awam terutamanya BAS dan teksi [limosin] boleh menampung kenaikan neh? Teksi limosin neh setahu aku banyak pengguna2 airport pakai. 

Sorrylah geng. Aku pun pecah kepala dengan kenaikan minyak dan segala bagai neh. Dah semak kepala hotak aku fikir macam2 masalah. Aku betul2 dah takde ruang untuk fikirkan masalah pengguna pengangkutan awam. Nak suruh korang sabar? Aku rasa tak patut kot. Korang berhak marah. Sebab aku pun tengah marah gak neh. Macam mana ek kita nak gulingkan kerajaan bn neh? Ada idea bernas tak? Kan aku dah cakap tadi kat kbsb samada kerajaan yang mampos ataupun kita yang mampos. Korang pilih.

Ameno : aku pilih kerajaan yang mampos. 

PDRM : Tidak perlu untuk polis dedah pelaku video seks.

JOHOR BAHRU: Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, tiada keperluan daripada segi undang-undang bagi pihaknya untuk mendedahkan identiti pelaku dalam video seks yang didakwa membabitkan pemimpin sebuah parti pembangkang.

Beliau berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan yang menjurus kepada kesalahan mengedar dan mempamer video lucah, di mana tiada keperluan di pihak polis untuk mendedahkan identiti pelakunya


"Tiada keperluan undang-undang untuk mendedah pelakunya. Jikalau kita mengambil tindakan yang lebih daripada had undang-undang, kita akan dituduh pula terbabit di dalam politik.

"Kita menjalankan tanggungjawab menyiasat kes ini, apa yang tidak boleh didedah kita tidak akan dedah. Jangan mendesak kita, kita mengikut peruntukan undang-undang," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.




 Beliau mengulas kenyataan Ketua Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA), Datuk Zaid Ibrahim hari ini yang mendakwa kredibiliti polis akan terjejas jika ia masih teragak-agak mendedahkan identiti pelaku dalam video seks itu.

Khalid berkata, polis sudah pun selesai menjalankan siasatan terhadap kes mengedar dan mempamer video lucah itu dan kini terpulang kepada pihak Jabatan Peguam Negara untuk meneruskan tindakan selanjutnya. 

 
"Polis menjalankan siasatan, sama ada tuduh ke tidak itu bukan tanggungjawab polis, itu Jabatan Peguam Negara. Kita menjalankan apa jua arahan pendakwa raya tentang video lucah itu," katanya.

Urm.. polis neh memang ingat rakyat neh bebal agaknya. Ye tak? Korang faham tak apa yang si khalid neh cakap kat atas? Meh aku terangkan sket ;

1. Polis tidak akan dedahkan pelaku video seks sebab tugas polis ada hadnya. Di samping itu untuk mengelakkan persepsi bahawa pihak polis terlibat dalam politik.

Ameno : Aku cuba fahamkan apa yang si khalid neh cuba cakap. Aku rasa apa yang dia cuba nak sampaikan ialah begini ;

- Kalau pihak A menuduh pihak B buat zina dan pihak A buat laporan polis bagi menguatkan dakwaan dia, dan pihak B pun buat laporan polis untuk menafikan tuduhan tersebut dan setelah menyiasat pihak polis tidak memperjelaskan perjalanan siasatan kepada pihak B atas alasan polis tiada kuasa dan bidang kuasa polis terhad.  Samada pihak A ataupun B yang benar, polis pun tak BOLEH buat apa2 untuk menjelaskan perkara neh sebab BIDANG KUASA PDRM TERHAD!

Polis tak tahan ko ataupun tuduh ko, tapi dalam masa yang sama polis buat derk je pasal maruah ko. Tuduh tidak, bersih pun tidak, diletakkan ko dalam kedudukan tengah2 dan membiarkan masyarakat was2 pasal ko. Ko rasa bagus ke ko hidup macam tue? Ada otak fikirlah. Dsai neh bukan batu bhai. Ada perasan bhai. Dalam seratus caci maki mestilah satu dua tersentuh gak ahti dia kalau baca. 

Kalau nak AIBkan nama orang macam neh aku fikir pdrm neh memang gila. Time hidup neh boleh lah berlagak bhai. Esok lusa dah mampos menjawablah ko dengan Allah swt pdrm. Ko jawab. Berani kan aniya orang? Manusia2 yang suka aniaya orang neh sebenarnya tak percayakan Allah swt, hukum2 Allah swt. Silap2 dorang tak percaya akhirat [hari pembalasan] wujud pun. Mana lah tahu. Kalau takut kepada Allah swt tentu takan buat kerja sekerat2 macam neh. 

Cakap je lah terus terang samada DSAI ataupun bukan DSAI dalam video terbabit. Kalau pdrm tiada kuasa maka siapa yang ada kuasa untuk dedahkan pelaku video seks pula? Cuba bagitau?

2. Polis hanya menyiasat pengedar video seks. Itu sebab polis tidak akan dedahkan pelaku video seks.

Owh okey. Sekarang cuma siasat pengedarnya sahaja. Dan video itu tulen. Polis dah cakap tiga kali. Sekarang neh kalau video itu tulen polis nak buat apa? Polis taknak dedahkan nama pelaku video seks sebab tiada peruntukan undang2 untuk berbuat demikian dan

3. Polis tak boleh dakwa pengedar video seks. Itu semua kuasa AG.

dalam masa yang sama polis tak boleh amek tindakan kepada pengedar video lucah sebab tiada kuasa, Kalau macam tue sekarang aku pergi edar video lucah, kalau korang [polis] tahan aku, boleh atau tidak aku bagi alasan yang sama? Kalau agak2 aku kena tahan dengan polis boleh tak aku maki polis PADDYKUTTY?

Satu malaysia dibabikan oleh kerajaan straight to our faces. Ko nak dakwa or tahan pengedar video lucah tak boleh sebab bukan bidang kuasa ko. Serah kepada AG. Tapi ko boleh tahan seseorang yang TIDAK MENCURI motorsikal dalam ordinan darurat pula? Korang neh polis ke? Betul ke korang neh polis? Aku rasa korang bukan polis lah. Betul siyes. Ke aku yang ketinggalan zaman neh? Ke tugas polis dah tukar? Bukan lagi menjaga keamanan rakyat cuma menjaga paddykutties? Cuba elobrate sket kat aku. Siyes aku binggung.

Ameno : Paddykutty to paddykuties now..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...