Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 30 Mei 2015

Kerajaan Tak Pernah Paksa Sesiapa Bayar GST Kata MP Bagan Serai.


Ini si gila tue kata ;


Kerajaan tak pernah paksa sesiapa bayar GST Kata MP Bagan Serai.Kredit video : TVS.
Posted by Ameno World on Friday, May 29, 2015

Ya. Memang kerajaan tak paksa sesiapa bayar GST. Tetapi kerajaan gunakan faktor keadaan. Keadaan yang mana rakyat terpaksa bayar GST walaupun tak rela. Senang cakap keadaan kita sangat kondusif kepada pembayaran GST.

Contoh kes GST ke atas bil elektrik domestik yang menggunakan elektrik 300KWJ sebulan dan ke atas.

Dalam sesetengah keadaan, kerajaan mungkin boleh anjurkan kita berjimat cermat agar tidak perlu membayar GST.

Ya, benar. Jimat cermat tue nasihat yang betul. Membazir tue sebenarnya salah. Tapi tak pula bermaksud setiap isi rumah yang menggunakan elektrik 300 KWJ ke atas tue sebenarnya sedang melakukan pembaziran.

Kalau orang tue ramai anak macam mana?

Dalam satu rumah bilangan ahli keluarga ramai. Macam mana?

Atau dalam rumah tue ada orang meniaga kecil-kecilan yang mana perlu menggunakan oven (elektrik) untuk buat kuih muih dan kek?

Macam mana?

Tak sama kan kita semua. Ada orang yang kaya raya tapi guna elektrik maybe bawah 300 KWJ sebab jarang berada di rumah. Ada orang miskin tapi elektrik kadang2 melebihi 300 KWJ disebabkan anak2 semua bersekolah, nak kena gosok baju pagi petang kalau masak air guna periuk elektrik kena masak beberapa kali dalam sehari sebab bilangan ahli keluarga yang ramai. Guna dapur gas ke atau guna periuk elektrik ke sama je kosnya memandangkan dapur gas pun dah semakin naik harganya.

Jadi keadaan ini walaupun kau tak rela nak bayar GST dan kerajaan tak pula paksa kau bayar GST tapi suasananya sangat kondusif pula ke arah pembayaran GST disebabkan polisi yang kerajaan sendiri laksanakan.

Elektrik bahan asas.
Tapi kerajaan kenakan GST juga. Memang kerajaan tak paksa tapi mana kita nak hidup kalau takde elektrik? Hidup dalam hutan ke macam mana?

Semenanjung neh TNB conquer. Macam kau ada pilihan lain. Kerajaan mewujudkan satu suasana yang mana tak boleh tidak, rakyat tetap perlu membayar GST. Kalau bukan melalui pembayaran bil elektrik, kita kena bayar GST dengan topup. Dengan internet. Dengan membeli belah apa semua. Adakah sebenarnya Bagan Serai mencadangkan agar kita sebagai rakyat jangan keluar rumah, jangan bekerja dan belajar, jangan berbuat apa-apa langsung duduk kat rumah tue sampai mati masuk kubur supaya kita semua terlepas dari membayar GST ke macam mana?

Kerajaan tak paksa guna mulut atau arahan. Tetapi kerajaan paksa guna keadaan. Mewujudkan satu keadaan yang mana walau kau cuba elak untuk dari bayar GST, kau tetap kena bayar GST. There's no other way around kata pensyarah aku. Kalau kerajaan tak boleh seluk poket kau secara direct kerajaan akan seluk poket kau guna pihak ketiga. Lebih kurang macam tue la situasi kita neh sebenarnya. 

Jadi MP Bagan Serai tak boleh la dengan nada sombong berkata kerajaan tak paksa rakyat bayar GST kerana yang sebetulnya kerajaan mewujudkan suasana yang memaksa kita semua perlu membayar GST walaupun tak rela membayarnya. 

Faham???

Klik sini jika video gagal load.

Jumaat, 29 Mei 2015

KDN Kantoi Memperbodohkan Diri Sendiri Dan Ini Gambar2 Kem Yang Tahan 1,500 Orang Pelarian Myammar.

Ada dua tajuk.

Pertama. Isu KDN yang menafikan kewujudan kem transit pelarian.

Ini tajuk berita pada 10 Mei 2015.


Nampak kan?

KDN kau nafi kaw2.

Sedikit petikan berita berkaitan ;



Baik punya nafi.

Kita nafikan kewujudan kem transit pelarian di kawasan sempadan. Kita juga nafikan wujudnya kubur-kubur pelarian di kawasan sempadan Malaysia-Thailand okey.

Sebaliknya kita sentiasa menjadi target kepada penyeludupan warga asing melalui sempadan Thailand yang menjadikan Malaysia sebagai negara sasaran (tujuan).

Blbalbalbala.. Alwi berkata kepada pemberita dengan penuh keyakinan.

Dan tup-tup.


Kau biar betul KDN? 

10 Mei kau nafi.
24 Mei kau mengaku pula.

10 Mei ialah tarikh di mana Malaysia baru2 lagi kena bashing angkara bot Rohingya tue.
24 Mei ialah tarikh di mana Malaysia dah tension pasal kena bashing bertubi2 oleh dunia luar. Tak cukup dengan itu, rakyat sendiri pun dok bashing benda sama. Meroyan la kerajaan kau. Walaupun aku tak bashing kerajaan (sebab aku tahu ini kes human trafficking) tapi kerajaan kau memang layak kena bashing sebab penguatkuasaan dan pemantauan yang lemah dan penuh dengan korupsi. Rasakan.

Dah la kantoi menipu.

Lepas tue dorang sebarkan gambar2 kem tue ;



Kayu je. Untuk kurung lebih kurang 1,500 tahanan (anggaran). 

Kau rasa takde akal ke depa untuk lari beramai2?

Apa yang menghalang mereka dari melarikan diri?

Benda neh aku nak sangat tahu sebab yang mengurung mereka bukan rumah besi, rumah batu atau mangga-kunci macam kes human trafficking kat Amerika tue tapi hanya kayu. Yang mana kau sepak2 dua tiga kali aku ingat runtuh semua.

Seriyus aku tak boleh fikir kenapa dorang tak lari.
Kalau perempuan logik akal juga.
Takut sebab jauh ke dalam hutan.
Kalau lelaki aku rasa pelik.
Apatah lagi jumlah tahanan dianggarkan mencecah hingga 1,500 atau lebih.
Itu sebab ada 17 hingga kepada 28 kem.
So kat situ dah nampak betapa ramainya bilangan mereka.

Dan sebenarnya, bukan boleh suka2 guna senjata. Sebab senjata akan keluarkan bunyi. Bila keluarkan bunyi meloncatlah polis hutan yang jaga sempadan. Tapi ye la. Mungkin polis hutan kita ingat orang tengah main game kat tengah2 hutan kot. Jadi kalau pun ada bunyi tak mustahil depa buat derk jerk. **Sangka baik.

Dan jangan abaikan point Zahid bila dia sebut ;

- Usia kem dijangka telah beroperasi hampir 5 tahun.

- Sewaktu kem ditemui, kawasan seperti baru ditinggalkan.

Dah nampak sangat dalang yang sama-sama buat kerja jahat tue tak lain tak bukan. Geng2 polis juga. Memang lahanat. Polis yang pongpang2 ceramah bab jauhi jenayah turut sama melakukan jenayah pula. Tak babi ke kau rasa? KPN sibuk jaga twitter sampai sempadan kena ceroboh 5 tahun buta2 aje kot. Sibuk jaga Najib dan hukum rakyat yang sindir2 Najib. Macam gampang.

Ringkasnya KDN dan PDRM dah kantoi dalam banyak perkara. Asyik2 kantoi. Sejak dari dulu lagi kantoi. Hishammudin yang berjanji nak dedahkan kejahatan peserta BERSIH pada hari RABU sampai bertukar portfolio pun tak berjaya dedah2kan sampai ke la neh.

Zahid yang konon nak perangai PATI dan operasi IC palsu sejak kes pegawai AMBank mati ditembak pun takde apa-apa hasil yang membanggakan KDN.

Sebaliknya Malaysia menjadi syurga penjenayah. Dari orang biasa sampai ke ahli politik. Ini memang negara syurga mereka. Tahniah la ek. Nak buat jenayah lai lai ke Malaysia. PDRM, SPRM, ahli politik semua boleh kasi kawtim. Insya-Allah.

Kbai.

Syarikat UAE Tolong 1MDB Bayar Hutang.

Huru hara betul la 1MDB neh. Tak senang duduk aku dibuatnya. Diri aku sentiasa risau dengan cara BN mentadbir negara. Sangat risau. Aku melihat penindasan merata tapi tak terdaya nak bantu pula. Kita semua dah sampai ke satu peringkat yang mana menjadi sangat pentingkan diri sendiri. Bukan kerana kita tamak tetapi perlu atas alasan melindungi diri sendiri. 

Kita marah harga rumah mahal. Tapi kita tetap kerja keras untuk membeli. Kita takan berani buat lebih dari marah. Kita hanya paksa diri kita ikut arah yang dah kerajaan tetapkan.

Sama macam dalam isu 1MDB. Kita takan berani buat lebih dari marah. Kita tak suka apa yang Najib lakukan dalam 1MDB. Tapi kita takan buat lebih dari marah. Paling2 koman pun kita hanya berharapkan agar pembangkang lakukan sesuatu atas nama rakyat. Nak lebih2 pun kita semua mana ada keberanian. 

Yang terkini menteri dedahkan ;

Sebuah syarikat dari Emiriah Arab Bersatu (UAE), International Petroleum Investment Company (IPIC) akan membayar AS$975 juta (RM3.57 bilion) daripada hutang ditanggung 1Malaysia Development Berhad (1MDB), kata Menteri Kewangan Kedua Datuk Ahmad Husni Hanadzlah hari ini.

Menurut Ahmad Husni, bayaran itu dibuat kepada sebuah konsortium bank antarabangsa yang membuat tuntutan empat bulan lebih awal daripada 1MDB.

Ahmad hari ini menyerahkan satu kertas cadangan mengenai pelan penstrukturan semula 1MDB kepada kabinet hari ini.

Katanya, 1MDB kini memasuki fasa menyempurnakan perjanjian dengan IPIC dan anak syarikatnya Aabar Investments.

"Dan sebagai sebahagian daripada perjanjian itu, IPIC akan membuat bayaran AS$1 bilion (RM3.66 bilion) pada atau sebelum 4 Jun 2015.

"Wang ini akan digunakan untuk membayar semula pinjaman AS$975 juta sebelum tarikh sepatutnya kepada bank peminjam," katanya.

Point.

1. Syarikat luar telah bersetuju untuk melabur dengan 1MDB

2. Butiran pelaburan tidak didedahkan secara terperinci

3. Tetapi sebahagian dari hasil pelaburan tersebut akan digunakan oleh 1MDB untuk membayar hutangnya kepada bank-bank yang menuntut pembayaran balik 4 bulan lebih awal dari tarikh yang sepatutnya

4. Jumlah pelaburan yang bakal dibuat oleh pelabur dari UAE juga tidak didedahkan oleh menteri.

Hmmmm.

IPIC = pelabur dari UAE tetiba sanggup pula melabur di 1MDB dan sekaligus memberikan talian hayat kepada 1MDB. Padan la Mahathir bersilat walaupun 1MDB berjaya bayar hutang 1MDB tetap perlu bertanggungjawab. Yakni, Mahathir awal2 lagi dah dapat info yang 1MDB akan diselamatkan oleh pelabur luar. 

Tapi apa butiran perjanjian antara IPIC dengan 1MDB?

Aku tertarik baca komen yang dipetik menerusi Malaysiakini neh ;

 
1MDB bukan meminjam dari IPIC untuk membayar hutang sebaliknya IPIC melabur di 1MDB. Dan wang pelaburan itu digunakan oleh 1MDB untuk membayar hutang2 berfaedah tinggi mereka. Sekarang neh aku setuju dengan point Khairi bab kerajaan perlu dedahkan apakah butiran perjanjian yang berlaku di antara 1MDB dan IPIC. Apakah yang dijanjikan 1MDB kepada IPIC? Takan dia melabur kalau dia akan kerugian. Sudah tentu IPIC akan mendapatkan sesuatu sebagai pulangan atas pelaburan yang dia buat tapi apa? Itu yang rakyat Malaysia nak tahu.

Kbai.

Cerita-Cerita Propaganda Tentang Rohingya Mula Disebarkan Oleh Media Malaysia.

Aku perati je perangai media Malaysia sehari dua neh. 

Tadi disini. (untuk rujukan aku)

Baca : Luahan Pelarian Rohingya.

Semalamnya kat bawah neh ;




Gabungan cerita semalam dan cerita hari neh ;

1. Sesetengah pelarian Rohingya sanggup bayar beribu demi nak memasuki Malaysia.

2. Sesetengahnya pula diculik ketika di Rakhie dan dijadikan tebusan.

3. Sesetengahnya sanggup menjual rumah dan tanah demi memasuki Malaysia.

4. Dan sesetengahnya ditebus oleh ahli keluarga selepas para penculik menerima wang tebusan dari ahli keluarga mereka.

5. Yang berada di atas bot sebenarnya ada di antara mereka di bawa secara paksa.

6. Selepas diculik, mereka di bawa ke kem transit. Sementara dipindahkan ke lokasi seterusnya.

7. Dari situ mereka akan dikurung selama berhari2 lamanya. Bahkan ada yang mati angkara sakit.

8. Wanita2 ada yang dirogol bahkan sehingga mengandung.

9. Mereka dipaksa duduk dalam kem yang sempit dan berasak-asak.

10. Mereka hanya diberi makan ubi dan nasi berlaukkan ikan bilis.

11. Ada di antara mereka dijadikan pekerja untuk mengorek kubur pelarian2 yang mati angkara sakit atau dibunuh.

12. Kem tempat mereka ditahan dibina melalui jaring dengan sokongan kayu.

13. Tahanan pula mencecah 1,500 orang manakala bilangan pengawal dianggarkan dalam 5,6 orang yang bersenjatakan kayu dan senapang.

14. Jika waktu hujan, mereka akan disaluti lumpur dan keadaan itu menyebabkan ada di antara pelarian tersebut sakit dan akhirnya mati.

15. Kanak2 juga antara yang menjadi mangsa culik dalam pemerdagangan manusia yang babitkan sempadan Thailand-Malaysia.

Oke.

Itu antara point2 penting.

Dan di TMI pula, menteri mengakui bahawa ;

 
Aku sedang memikirkan tentang kenyataan menteri kau neh.

Sebelum ini menteri dedahkan lebih kurang 12 anggota polis ditahan kerana terlibat dalam pemerdagangan manusia. 


Dan selepas penemuan kubur itu diwar-warkan secara besar-besaran, Malaysia dipersoalkan dalam bab ;

- Tahap keselamatan

- Intergriti penguatkuasaan.

Ini termasukla polis hutan, renjer, PDRM, SPRM dan pihak imigresen. Itu yang counter attack dengan berita penahanan 12 anggota polis tue. Aku suspect la. 

Then.

Akhbar luar negara turut menyindir negara kau neh ;


Pada awalnya.

Kerajaan kau buat relax aje dengan isu pemerdagangan manusia. Hidup macam biasa. Meroyan buli rakyat macam biasa. Melalut dengan isu-isu politik macam biasa.

Padahal isu pemerdagangan manusia bukan baru berlaku di Malaysia dan bukannya baru kes berkenaan perlu ditanggani secara seriyus dan khusus. Dah makan tahun.

Sindiket yang kecil pada waktu dahulu, kini membesar sehingga network mereka berada dalam agensi penguatkuasaan sekalipun.

Kemudiannya.

Kecoh pula isu Rohingya yang diabaikan di tengah laut. Media luar lapor kaw-kaw. Teruk juga kerajaan kau hadap. Bukan setakat fakta, persepsi dan fitnah pun digaul sekali dalam tajuk cerita yang sama sehingga mencalarkan imej Malaysia. Kepimpinan negara terkesan dengan laporan negatif.

Lalu.

Media memainkan peranan.

Pelarian Rohingya dikaitkan dengan sindiket pemerdagangan manusia. Bukan la tujuan kerajaan kau nak membantu apa sangat tetapi lebih kepada nak melepaskan tengkuk dari terus dipersalahkan oleh dunia.

Selepas itu.

Bermulanya episode baru di mana dengan tak semena-menanya kerajaan kau temui kubur.
Kemudian. Dengan beria-ria pula kerajaan kau tahan beberapa anggota keselamatan dan menyiasat puluhan yang lain atas nama membanteras sindiket pemerdagangan manusia.

Ini kronologinya. Ini la yang buat aku rasa pelik.

Kalau orang tak huha huha pasal bot Rohingya agak-agak kau kita akan temui kubur di Wang Kelian tak?

Satu lagi. Menteri kata kubur-kubur yang ditemui itu ialah kubur-kubur yang masih baru. Lagi pelik kalau kubur baru berbanding kubur lama sebenarnya. Oleh kerana kubur-kubur itu kubur-kubur yang baru kenapa ketika ditemui oleh penguatkuasa, keadaan kem seperti ditingalkan? Kenapa tak berjaya tahan walau seorang sekalipun? Ke masa nak serbu orang yang buat kem tue dah terima info?

Ini pun pelik juga.

Dan-dan la BERNAMA dan THE STAR berjaya temubual mereka2 yang pernah menjadi mangsa sindiket pemerdagangan manusia untuk berkongsikan pengalaman kepada pihak luar.

Aku bukan tak percaya pada seksaan yang mereka alami tapi 1,500 orang VS 5,6 orang pengawal, kau rasa logik ke? Itupun hanya dikurung dengan jaring yang dipagari kayu = ibarat 'reban ayam', kau rasa logik ke 1,500 itu sanggup tunggu turn untuk mati?

1,500 orang berada dalam satu hutan dan polis hutan tak boleh kesan, kau rasa logik ke?

Pada pendapat aku apa yang lebih logik ialah 1,500 itu sebenarnya dah dijanjikan peluang untuk memasuki Malaysia dan mereka perlu patuhi protokol sepanjang berada dalam kem kerana yang nak masuk Malaysia neh ramai.

Lepas masuk Malaysia, tak boleh masuk sahaja. Kau kena ada identiti, permit dan segala untuk memastikan kau boleh mendapatkan pekerjaan dan seterusnya menyumbang kepada sindiket bagi menjaga kau dari kantoi kerana jika kau kantoi harapan untuk kau kantoikan sindiket itu tinggi juga.

Sindiket takan bagi kau masuk Malaysia sesaja kerana jika kau masuk Malaysia sesaja nanti kalau ko kantoi dan cerita semua kat polis macam mana?

Kena culik?

Aku bukan tak percaya Rohingya neh kena culik tapi jika diculik atas alasan mendapat tebusan pada aku memang tak logik since kita tahu etnik Rohingya neh miskin nak mampos. Bukan hanya miskin bahkan hak untuk belajar, bekerja dan hidup macam manusia lain turut dinafikan di Rakhie. Apa logiknya sindiket nak menculik dan mendapatkan wang tebusan ratusan ribu batu jauhnya? Pergi balik nak claim wang tebusan satu hal. Nak hantar mesej pada keluarga apa semua. Ko ingat penculik tu main culik dan tiba2 wang tebusan jatuh dari langit ke macam mana?

So cerita tentang Rohingya pada aku sebenarnya dah mula dicampuri dengan unsur-unsur propaganda bagi mengalihkan perhatian.

Kena culik. Jika wanita, remaja dan kanak-kanak atas tujuan pemerdagangan seks kanak-kanak dan dewasa, aku percaya.

Dan jika sindiket dibayar oleh Rohingya untuk membolehkan mereka masuk ke Malaysia, aku percaya juga. 

Tapi aku tak percaya jalan cerita yang dihebahkan oleh media Malaysia. Sebenarnya aku syak kerajaan cuba nak mengalihkan perhatian dunia dalam isu Rohingya. Mula-mula cuba nak melepaskan diri dari dipersalahkan tapi lama kelamaan termasuk dalam perangkap sendiri. Sekarang semua orang dah tahu betapa suburnya sindiket pemerdagangan manusia kerana dibantu oleh anggota keselamatan negara. 

Cakap tentang intergriti dan akta hasutan konon. Menghukum orang biasa konon. Tapi anggota keselamatan pun terpalit jenayah merata kerana rasuah. Lagi mao sembang bab transparency. Agensi kerajaan sendiri terpalit dosa. Tapi sibuk cuci dosa rakyat. Wajar ke tak wajar macam tue?

Lue fikirlah sendiri ek.

Apa-apa pun. Aku memang tak percaya dengan karangan media Malaysia bab Rohingya. Faktanya mungkin dalam 10-20%. Selebihnya ditambah dengan propaganda bagi menyedapkan jalan cerita dan mengalihkan perhatian umum agar kelemahan kerajaan tidak terus dipersoalkan.

Khamis, 28 Mei 2015

Mesti Baca - Lihat Bagaimana Polis Amanah Difitnah Musa & Gani Demi Menjayakan Konspirasi Terhadap Anwar Ibrahim Dan Membela Penjenayah.

WOW.


Ini berita yang korang wajib baca. Politik di Malaysia telah mencemar kredibliti keadilan dan ketelusan dalam PDRM. Aku tak tahu menahu cerita neh tapi aku rasa seronok sebab pegawai polis yang bersara tersebut tampil menyaman pihak-pihak yang menganiaya dia disebabkan dia enggan berkonspirasi dalam beberapa komplot yang membabitkan salah guna kuasa. Disebabkan saman itu, aku dari yang taktahu apa-apa atau hanya tahu serpihan-serpihan kes kini boleh lebih yakin bahawa PDRM memang dah rosak teruk. Jika Musa naik kerana menfitnah Anwar, maka tak mustahil juga Khalid naik selepas melakukan sesuatu demi kehendak politik BN. 

Baca dan sebarkan laju2. Biar seluruh Malaysia tahu betapa PDRM dan SPRM telah dipergunakan untuk menzalimi orang baik berbanding menangkap pesalah.

Seorang pegawai kanan polis bersara hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi, Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dan bekas ketua polis negara Tan Sri Musa Hasan berpakat menyingkirkannya daripada pasukan polis dengan merangka pertuduhan jenayah ke atasnya.

Datuk Ramli Yusuff, yang bersara pada 2008 sebagai pengarah jabatan siasatan jenayah komersial (CCID) berkata, ia kerana kedua-dua mereka memendam permusuhan yang mendalam terhadapnya.

Beliau berkata, Musa yang merupakan pegawai bawahannya dari 1994 hingga 2001, tidak menyukainya kerana beliau mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada bekas ketua polis itu.

"Musa melakukan pelbagai pelanggaran jabatan yang menyebabkan saya mengeluarkan tiga surat tunjuk sebab kepadanya," katanya dalam satu kenyataan saksi. Ramli berkata insiden "Mata Lebam", "kes MAS" dan "kes Goh Cheng Poh" menambahkan kebencian itu.

Beliau memberi keterangan dalam kes saman sivil RM20 juta difailkan peguam Rosli Dahlan terhadap ketua pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Abu Kassim Mohamed, pegawai-pegawainya dan kerajaan kerana konspirasi mencemar reputasi beliau, serangan dan penahanan salah.

Rosli juga memfailkan saman fitnah terhadap Abu Kassim.

Dalam pernyataan tuntutannya, Rosli berkata, permusuhan Musa terhadap Ramli menyebabkan kedua-dua defendan berpakat menghancurkan reputasi dan integriti beliau (Rosli).

Ramli, yang kini seorang peguam, dan Rosli, menjadi mangsa Gani dan Musa kerana Rosli pernah membantu Ramli menyediakan afidavit sebagai respons kepada permohonan habeas corpus yang difailkan Goh.

Goh, ketua kongsi gelap yang lebih dikenali sebagai Tengku Goh dari Johor, ditahan polis kerana didakwa terlibat dalam perjudian dan pengubahan wang haram.

"Jabatan Peguam Negara enggan menyediakan afidavit bagi saya dan pegawai saya untuk membantah permohonan Goh. Sebaliknya, saya diberi notis singkat untuk bersedia dengan dokumen," kata Ramli.

Katanya, Rosli dan seorang lagi peguam C Vijaya Kumar, membantu beliau menyediakan lima afidavit untuk diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara.

Ramli berkata dalam kejadian mata lebam itu, bekas timbalan perdana menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang dipecat pada 1998, diserang ketua polis negara ketika itu, Tan Sri Rahim Noor semasa dalam tahanan.

Beliau berkata, beliau kemudiannya disuruh Musa yang ketika itu timbalan pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (undang-undang dan pendakwaan) untuk memalsukan bukti.

"Musa berkata beliau dihantar peguam negara ketika itu Tan Sri Mokhtar Abdullah dan Gani, dan meminta saya membuat laporan terhadap Anwar.

"Dia (Musa) juga meminta seorang doktor dirancang untuk menunjukkan Anwar dengan sengaja mencederakan dirinya sendiri," katanya.

Ramli berkata, beliau enggan, dan mendedahkan kepada Musa yang Gani berada di Bukit Aman pada malam Anwar diserang.

"Kerana kedudukan yang saya ambil, saya dilihat sebagai tidak setia kepada Musa dan Gani."

Gani dilantik peguam negara pada 2002 manakala Musa dilantik ketua polis negara pada 2006 dan bersara pada 2010.

Ramli berkata, Musa pada 1998 sepatutnya melapor kepadanya tetapi dia memintas protokol polis dan berurusan secara langsung dengan Gani.

Dalam kes MAS, Ramli berkata, beliau diarahkan perdana menteri ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi, membuka semula kes itu.

"Gani tidak suka dengan tindakan saya yang membuka semula kes itu dan mengesyorkan pendakwaan."

Ramli berkata, CCID mendapati terdapat bukti mencukupi untuk merangka pertuduhan terhadap bekas ketua pegawai eksekutif MAS Tan Sri Tajuddin Ramli walaupun polis dan pihak pendakwa menutup fail kes itu sebelumnya.

Beliau berkata, beliau tidak disenangi Gani kerana dilihat menjejaskan kedudukan peguam negara itu yang mengesyorkan tiada tindakan diambil berhubung kes itu.

Ramli berkata, Musa dan Gani juga tidak berpuas hati dengannya kerana menyiasat Goh tetapi dia terpaksa melakukannya kerana isu peminjam wang haram menjadi kebimbangan negara berikutan laporan keganasan dan ugutan ke atas orang ramai.

Katanya, Goh kemudiannya pada 2007 diletakkan di bawah perintah kediaman terhad yang ditandatangani timbalan menteri dalam negeri ketika itu Datuk Johari Baharum.

Ramli berkata, Goh, yang memfailkan permohonan habeas corpus, membuat beberapa dakwaan membayangkan Musa dan Gani membersihkannya dari sebarang salah laku.

Katanya, beliau kemudian mendapat tahu Musa menyerahkan satu fail sulit mengenai Goh kepada Gani yang dia (Ramli) juga tidak tahu mengenainya.

Ramli berkata, Gani dan Musa mendapatkan kenyataan dari seorang penjenayah, Moo Sai Chin, yang menyebabkan SPRM mengeluarkan notis memintanya mengisytiharkan harta dan kemudian mendakwanya terlibat rasuah.

Pada 12 Mac, 2009, Mahkamah Sesyen membebaskan Ramli dari tiga pertuduhan gagal mendedahkan maklumat mengenai pemilikan saham dalam Telekom Malaysia Bhd, Permaju Industries Bhd dan dua lot pejabat bernilai RM1.032 juta.

Pada 27 Julai 2008, Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu juga membebaskannya daripada tuduhan menyalahguna kuasa pada 2007 kerana didakwa menggunakan pesawat Cessna polis untuk kegunaan peribadi.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Su Geok Yiam bersambung. -TMI.

Rabu, 27 Mei 2015

Sah - Penemuan Kubur Markas Pelarian Ada Kaitan Dengan Polis Yang Belot! - 12 Polis Ditahan.

Baca jap ;
Seramai 12 orang anggota polis ditahan bagi menyiasat penemuan kes 139 kubur pelbagai saiz di kawasan seluas kira-kira 11 kilometer persegi di Gunung Wan Kelian, Perlis.
Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, lapan anggota polis telah ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) manakala empat orang lagi ditahan oleh polis sendiri.
Bagaimanapun, Wan Junaidi enggan mendedahkan pangkat 12 anggota yang ditahan tersebut.
“Tidak payah tahu samada ‘senior officer’ atau tidak,” katanya kepada media di Parlimen pada Rabu.
Wan Junaidi berkata, pihaknya kini juga sedang menyiasat semua anggota keselamatan dan ia tidak tertumpu kepada anggota polis sahaja.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Santubong turut memberitahu bahawa tidak ada keperluan untuk kerajaan mewujudkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat 139 kubur yang dipercayai mangsa aktiviti sindiket pemerdagangan manusia.
“Pada saya, tidak semua benda kita perlu adakan RCI, kalau tidak semua benda berlaku akan ada RCI,” katanya dalam satu sidang media di Dewan Rakyat, pada Rabu.


Human trafficking ialah isu yang sangat penting. Aku harap rakyat Malaysia boleh menjadi lebih peka dalam membahaskan isu ini kerana perkara ini membabitkan soal keselamatan kita semua. Ini bukan isu cikai-cikai. Setakat temui kubur, kantoi dan siasat beberapa orang lepas tue tamat cerita. NO.

Korang tahu tak gejala human trafficking neh membabitkan rantaian jenayah yang lain?

- Bawa masuk pelarian

- Kegiatan IC palsu

- Anggota keselamatan terima rasuah bulanan (sebab tue malas nak kerja cari penjenayah sungguh2 pasai dah masyuk cara lain)

- Pekerjaan jadi rebutan

- Semakin ramai mereka disini, berpuak dan bergaul. Sampai orang kita pun ada yang backup pendatang2 haram neh pasai dah berkahwin, berrkawan apa semua.

- Sesetengahnya terlibat dalam jenayah seperti kegiatan pelacuran. Edar dadah. Jadi agent angkut ramai2 pendatang asing masuk ke Malaysia. Tapi ada juga yang kesian. Dipaksa melacur. Kena jual. Ini memang babi juga sebab pendatang itu sendiri menjadi mangsa. Ada yang ditipu sindiket. Ada yang memang rela konon nak berhijrah tapi tau2 aje kena tipu. Ada yang berjaya membina hidup baru sebab dah bersubahat dengan agent dan menjadi sebahagian dari sindiket.

Apa nak jadi dengan negara kita neh? Macam-macam rupa ada. Melayu, india dan cina toksah dok bangga la sebagai 3 bangsa utama di Malaysia dah lepas 10 20 tahun mendatang. 

Lepas neh macam-macam bangsa ada.
Nepalis ada.
Bangladeshi pun ada.
Nigerian pun ada.
Terkini. Rohingya pun ada.

Jangan2, tak memasal depa akan akan tuntut sekolah untuk mereka. Belajar bahasa mereka. Mahu bawa kebudayaan mereka dan blablablabla merepek segala.

Bahaya memang bahaya.
Sebab tue kegiatan human trafficking kau semua kena peka dan tekan kerajaan kaw2. Jangan bila dah terlewat baru beria2 nak menyesal bagai.

Setakat 12 polis yang ditahan? Itu jumlah yang kecik aje. 1% dari 100% yang terlibat dalam organisasi terancang human trafficking di Malaysia beb. Kau ingat guna 12 orang polis dah boleh cover up networking human trafficking ka? Silap besar la lue.

Yang buat IC kumpulan lain.
Yang dok angkut dan pindah pendatang haram kumpulan lain.
Yang dok jaga jalan (suap polis ) kumpulan lain.
Yang dok dapatkan rumah, cari kerja kumpulan lain.
Yang dok jaga depa tiap2 bulan kumpulan lain.
Yang dok pastikan mereka tak lari pula (khusus yang dipaksa melacur dan jual dadah) dan kantoikan kegiatan human trafficking pun ada. Semua cukup.

So jika korang ingat benda neh setakat berkisar, jumpa kubur, kantoi, 12 polis disiasat dan kes selesai, memang mimpi di siang hari la korang. Frame jenayah neh lebih besar dari apa yang kau semua bayangkan. Jangan tengok dari bawah. Tengok dari atas. Baru kau semua tahu apa masalah sebenar.

Kbai.

Selasa, 26 Mei 2015

Malaysia Larang Pencetus Revolusi Payung Masuk Negara - Luahan DuBook Press Tentang Larangan Masuk Joshua Wong.

Aku sebenarnya tertarik dengan program yang dianjurkan oleh Dubook Press yang mana membawa masuk Joshua Wong, pencetus revolusi payung di Hong Kong. Aku bukan nak berseflie bagai ke apa just nak tahu 3 perkara dari dia ;

- Macam mana boleh jadi berani dalam usia muda

- Perkara apa yang membuatkan dia bersemangat sehingga berani mencetus revolusi

- Apakah perkara paling buruk pernah dia hadapi sejak sebelum, semasa dan selepas revolusi payung

Aku percaya aku boleh belajar banyak perkara dari dia. Cuma aku takan berkesempatan pun untuk hadir ke program tersebut meskipun sangat berminat kerana faktor jarak dan masa.

Tapi tak sangka pula, kerajaan kau neh takut juga dengan budak-budak umur 18 tahun je pun. Akhirnya Joshua dilarang masuk ke Malaysia itupun atas alasan karut lagi mengarut. Kalau pun benar sekalipun dia nak turunkan pengalaman dia sepanjang revolusi itu juga bukan salah apatah lagi masalah kerana jika kerajaan kau yakin mereka mentadbir dengan adil lagi saksama, revolusi tidak akan berlaku di negara ini unless kerajaan kau sedar bahawa mereka memerintah dengan zalim sampai perlu tutup dan halang segala peluang rakyat belajar tentang revolusi supaya kelak rakyat2 ini tidak hanya belajar bahkan mula berani melakukan revolusi demi menumbangkan sebuah kezaliman. Tindakan dah bercakap kan bagi pihak kerajaan kan. Apa yang mereka fikir jelas terpapar dengan menghalang kemasukan Joshua ke Malaysia.

Lue fikirlah sendiri.

Berikut luahan Dubook Press ;
Pada 24 Mei 2015, seorang manusia bernama Saiful Daniel Mohd Yusof telah menulis di Facebook dengan menggunakan poster rasmi Sarapan Pagi Bersama Joshua Wong oleh DuBook Press & Thukul Cetak.

“Gerakan terancang? Gulingkan Kerajaan?...Dubook Press (sebuah Publishing House haluan kiri anak buah Rahmat Hussin & Hishamuddin Rais) berusaha membawa masuk Joshua Wong ke Malaysia,”

Tulisan ini kemudiannya telah diambil oleh Free Malaysia Today secara bulat-bulat dan diterbitkan pada 25 Mei 2015 tanpa menyemak dengan wakil dari DuBook Press mahupun Thukul Cetak dengan tajuk ‘Pembangkang import aktivis Hong Kong’.

Ini adalah fitnah terang-terangan terhadap DuBook Press & Thukul Cetak. Kami faham kalau yang buat begitu adalah manusia bernama Saiful Daniel, sebab mungkin beliau ada agenda politik ataupun terlalu ghairah untuk menjadi pejuang sampai fitnah itu jadi darah dan daging.

Tapi kami tidak faham bagaimana sebuah portal seperti Free Malaysia Today boleh menyiarkan fitnah sebagai bahan berita untuk mensensasikan semula portal mereka yang tiada pembaca.

DuBook Press & Thukul Cetak tidak ada kaitan langsung dengan Hishamuddin Rais, pakatan pembangkang mahupun gerakan menggulingkan kerajaan.

Malah, siapakah Rahmat Hussin? Mungkin editor Free Malaysia Today kenal dan berkawan baik dengan Rahmat Hussin ini sehingga sanggup menjual namanya sebagai pelaris berita.

Tujuan utama DuBook Press & Thukul Cetak bersetuju dengan NGO Working Committee for 26th Anniversary Commemoration untuk menganjurkan program ‘Sarapan Pagi Bersama Joshua Wong’ ialah kerana kami percaya kepada demokrasi dan keterbukaan ilmu.

Sebagai penerbit yang pro-anak muda, kami juga percaya banyak yang kita semua boleh pelajari dari anak muda ini. Beliau menggerakkan revolusi di Hong Kong ketika beliau berumur 17 tahun.

Di Malaysia, kita semua masih mengharap kepada ahli politik berusia 67 tahun untuk keluar menyelesaikan semua masalah yang kita ada.

Penggerak Revolusi Payung yang ditahan di Pulau Pinang dan dikhabarkan untuk dihantar balik sebentar tadi ini ialah aktivis Pro-Demokrasi. Beliau menentang pemerintahan kuku besi Beijing terhadap Hong Kong.

Kami fikir ada baiknya anak muda di Malaysia khasnya para pengikut dan pembaca kami untuk bersoal jawab dengan anak muda ini kerana Joshua Wong ialah individu di tangga ke-10 dalam The World's 50 Greatest Leaders 2015 olehFortune Magazine.

Nama beliau masuk dalam senarai juga disenaraikan Most Influential Teens of 2014 oleh majalahTIME sebagai malah tercalon sebagai TIME's Person of the Year 2014 serta tersenarai pada tahun 2014 sebagai 100 Leading Global Thinkers oleh Foreign Policy.

Kami bukan penerbit berhaluan kiri. Kami juga menerbitkan buku-buku agama selain buku yang menyokong polisi kerajaan. Kami hanyalah penerbit buku yang mahukan anak muda Malaysia bersikap lebih kritikal. Itu pun kerana Wawasan 2020 tidak sampai lagi 5 tahun.

Kami sendiri tidak dapat bayangkan bagaimana negara kita pada tahun 2020 nanti jika kita biarkan anak muda kita lalai dan hanyut seperti hari ini.

Jika itu kesalahan kami, maafkan kami Joshua Wong. Kami hantar kau balik tatkala seluruh dunia memerhatikan dirimu – kerana kebodohan yang tak dapat lagi kami bendung. #GoodByeJoshua


MUTALIB UTHMAN dan ZF ZAMIR penyelaras acara Sarapan Pagi Bersama Joshua Wong DuBook Press x Thukul Cetak.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...