Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 21 Jun 2014

Datuk Bandar Menjawab Ameno World Isu KG. Chubadak.

Selalunya orang2 berpangkat ini sombong. Persepsi klise la kan. Tapi bukan sekadar persepsi je kerana sememangnya ada yang betul2 sombong. Tapi berbeza pula dengan Datuk Bandar. Yang mengetuai DBKL.

Dalam isu KG. Chubadak. Ada kenalan yang berhasil mendapatkan no telefon Datuk Bandar KL. Maka kami pun mula mengwassap Datuk Bandar dengan harapan dapat menyelamatkan riwayat hidup KG. Chubadak tersebut.

Dan berikut kat bawah ialah jawapan2 dari Datuk Bandar mengenai pertanyaan2 aku ;

 



Tiada kata2 kasar. Tiada kemarahan. Dan tidak sombong.

Yang neh aku puji sikap Datuk Bandar sebab mahu melayani pertanyaan rakyat marhaen. Tapi dalam waktu yang sama. Aku keliru dan ramai juga penduduk2 di KG. Chubadak keliru. Kenapa DBKL perlu juga merobohkan perkampungan Chubadak sedangkan urusan mengenai PAMPASAN belum dimuktamadkan lagi?

Mungkin wujud kekeliruan maklumat di kalangan penduduk2 di KG. Chubadak dan DBKL.

Kekeliruan pertama.

Di pihak penduduk mengatakan mereka perlu sewa seumur hidup. Mungkin ia terpakai untuk warga emas. Mungkin juga tidak. Aku tidak tahu. Tetapi jawapan yang diberikan oleh Datuk Bandar ialah rumah PPR itu boleh dibeli. Ataupun kekal sewa seumur hidup (terikat dengan terma).

Kekeliruan kedua.

Kekeliruan juga wujud apabila penduduk enggan terima pampasan RM7,000 disebabkan mereka bukan membina penempatan haram. Status mereka ialah peneroka bandar. Selaku peneroka bandar, apakah RM7,000 ialah pampasan yang berbaloi di zaman sekarang?

Kekeliruan ketiga.

Lihat gambar ketiga. Aku ada bagi satu screenshot kat Datuk Bandar. DBKL sendiri mengemukakan cadangan bahawa zon2 yang digazetkan sebagai kediaman tidak akan diambil tanahnya. Tapi kenapa DBKL berubah dari plan asal mereka? Apakah ada sesuatu yang telah berlaku sehingga DBKL terpaksa mengubah semula cadangan asal mereka? Tekanan dari pihak atasan? Campurtangan politik? Aku tatau.

Kekeliruan keempat.

Lihat gambar ;


Gambar ehsan oleh Abah Anas. Dan tengok?

Sekarang tengok berita kat bawah pula ;



Tanah perkuburan pula? Sebelum itu alasannya nak membina perumahan PPR untuk penduduk2 di KG. Chubadak yang dipindahkan. Maksudnya. 

1. Mula2 pindahkan penduduk KG. Chubadak ke rumah PPR yang takde air dan air.

2. Mereka perlu keluarkan modal untuk masukkan air dan api.

3. Kemudian bila rumah PPR di KG. Chubadak dah siap dibina maka mereka akan berpindah sekali lagi ke situ.

4. Nak masukkan api dan air lagi.

Lebih kurang gitulah plan awal. Namun nampaknya plan awal dah kena revert. Sekarang tetiba jadi tanah perkuburan pula. Yang masih hidup kena halau untuk beri laluan kepada yang bakal meninggal dunia katanya. Satu cadangan yang tidak cerdik pada aku. Ini kerana yang masih hidup tue ko patut biarkan mereka terus hidup di situ. Jika mahu mencari rumah kepada penbakal2 si mati maka carila kawasan lain yang bersesuaian. Wajar ke halau yang masih hidup untuk memberikan laluan kepada yang bakal mati? Namun begitu. Kenyataan dari menteri pun tak boleh diterima pakai juga. Tinjauan Abah Anas (rujuk gambar) ke lokasi pagi tadi (gambar hari ini, masih fresh) menunjukkan kawasan yang dikatakan bakal menjadi kubur tak la nampak macam nak dijadikan kubur pun. Jentolak semua dah lalu situ untuk ratakan tanah. Macam nak membina sesuatu aje. Sejak bila orang2 yang dah meninggal dunia duduk dalam rumah kondo ek? Aku tak pula tahu.

Ada satu cerita. Serba salah nak sebut. Sebab takde bukti. Tapi ada saksi bagitau. Ada menteri tue. Bersama seseorang yang berpengaruh dari YTL. Pergi la ke satu bar tue. Amboi. Sampai terlanggar pasu lepas mabuk2 pun ada tue. Kalau la. Kalau la ada rakaman, ada CCTV, ada gambar memang menarik sungguh nak cemarkan peribadi pemimpin2 macam tue. Aku bukan suka main isu peribadi. Tapi kalau dah terpaksa sangat aku buat aje. Sebab benda2 macam neh membabitkan kepentingan rakyat. Tapi itulah. Bukti pula takde. Nak sebut nama pun tak boleh. Moga2 Allah tunjukkan kepada dunia wajah sebenar menteri tersebut suatu hari nanti.\

Lihat ;


Gambar sayu pakcik tersebut. Bayangkan jika ini bapa kita? Ahli keluarga kita ataupun kita sendiri? Boleh faham tak betapa sedihnya ahti diperlakukan sedemikian rupa di negara sendiri?

 
Dan kepada rakyat Malaysia yang dok kutuk2 penduduk KG. Chubadak. Hayatila gambar kat bawah neh. Dengan pesanan. Kalau tatau citer diam lebih baik. Dan err TV3 dan UTUSAN tak cover ke isu perobohan perkampungan melayu di KG. Chubadak? Ke penduduk2 di KG. Chubadak tue semua cina dan india?

KAH KAH KAH

Jumaat, 20 Jun 2014

Ini Berita Benar Untuk Sultan Perak Walaupun Pahit - Sultan Yang Suruh.


Sultan Perak berkata ;
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah meminta anggota Dewan Negara Perak memberi sebaik-baik nasihat dan panduan serta sentiasa menyampaikan kepada baginda perkara yang benar walaupun ia pahit untuk dinyatakan.
Baginda bertitah setiap kebenaran wajib dipersembahkan kepada baginda tanpa sebarang rahsia.
"Jauhkan beta daripada cerita penglipur lara hingga mendorong beta untuk berkhayalan, lena dengan mimpi indah, sedangkan realiti yang berlaku dalam kalangan rakyat dan di dalam negeri sangat berlainan dengan apa yang diceritakan. -TMI-

Berita benar. Tapi tatau la rasa dia pahit ke manis ke apa ke. Yang pasti berita benar.

1. Sultan Perak yang sebelum ini dah meninggal. 

2. Kenapa tidak Sultan Perak sekarang gugurkan kes isu derhaka kat Sultan Perak tahun 2009 isu rampasan kuasa ketika krisis Perak dulu? Yang dituduh rakyat menderhaka kepadanya pun sudah tiada. Makanya kes tersebut wajar dilupuskan. Sultan kan ada kuasa mengampun. Kenapa tak diampunkan sahaja?

3. Sultan Perak tak boleh bergantung harap pada wakil2 DUN untuk mendengar berita2 benar. Dorang takan sampaikan yang benar terutamanya dari kalangan BN. Dari kalangan PR pun aku rasa was2 tapi aku rasa ada ramai juga yang boleh diharap. Tapi kalau dalam BN aku rasa nak jumpa yang boleh diharap memang takde. Pergi mampos la jawabnya.

4. Sepatutnya Sultan Perak turun padang jumpa rakyat sendiri dengar masalah.

5. Ini zaman apa yang sampai kita tak boleh cara kita nak mendekati rakyat?

6. Berapa kerap Sultan Perak turun padang tanpa protokol masuk kampung2 dan perhatikan kehidupan rakyat?

7. Apa Sultan Perak tatau ke kat Perak ramai orang susah yang memerlukan bantuan?

8. Apa Sultan Perak tatau ke yang BN bukan la kerajaan negeri yang bersih, amanah dan menjalankan tanggungjawab dengan telus dan adil?

9. Apa Sultan Perak tatau ke berapa banyak rakyat Perak yang meraung isu ;

- Tangga gaji yang rendah (especially yang bekerja swasta)

- Harga rumah yang mahal

- Rumah baru tiada di sesetengah kawasan

- Tumpuan pembangunan lebih kepada kawasan2 yang memang komersil terlebih2 macam di Bandar Ipoh. Makanya yang kat ceruk2 terbiar la tanpa pembangunan dan kemajuan yang sepatutnya. BAS pun susah nak dapat wei.

- Budaya bantuan disalurkan mengikut idelogi politik. Dan ianya sangat kuat. Berbeza di KL dan Selangor. Budaya taksub politik memang kuat gila babi. Kalau ko bukan orang UMNO sampai mampos pun ko takan dapat bantuan. Alasan mudahnya. UMNO generate duit. Itu duit UMNO. Maka hanya UMNO je yang layak tentukan siapa dapat bantuan. Aku tak tipu. Sultan Perak boleh call aku bila2 masa aku sanggup datang dan buktikan. Hanya call aku jek. Tapi lepas tue jangan la C4 aku pula ek. Masuk penjara ke. Kena dakwa ke. 

KAH KAH KAH

10. Orang melayu ada masalah dengan pejabat tanah. Kemain susah nak dapatkan tanah untuk usaha kalau takde duit. Duit kat sini adalah bahasa halus kepada terma RASUAH.

11. Banyak tanah2 jatuh ke tangan geng2 depa. Kroni2 depa. UMNO dan sebagainya.

12. Yang susah makin susah. Aku boleh tunjukkan bukti siapa yang dinafikan hak menerima bantuan hanya semata2 dia tak terlibat sebagai ahli UMNO.

Sebab tue Sultan Perak tak boleh takat sembang kencang suruh wakil2 DUN neh bersikap jujur. Sampai ke mampos la depa takan buat. Especially geng2 UMNO la maksud aku kan.

Sultan Perak kena direct dengan rakyat sendiri. Turun padang. Jumpa dan dengar apa yang dorang nak sampaikan. Ko akan tahu la. Betapa teruk dan rosaknya negeri Perak di bawah pentadbiran BN neh. Percayalah cakap aku. Kalau la ko tahu apa yang sedang berlaku ko takan tergamak pun nak makan sedap2 dalam istana tue. Kehidupan mewah sejak dari lahir berbeza dengan orang yang dilahirkan dalam keluarga biasa. Dorang kena usaha sendiri dari A sampai Z. Itu sebab kadang2 dorang sakit ahti kalau usaha2 dorang tue kena pailang dengan sesetengah orang yang tamak, tak jujur dan tak ikut peraturan.

Lue fikirlah sendiri ek.

Kbai.

Papa Gomo Gagal Memujuk Hakim Untuk Bayar RM100 Sebulan Kepada Anwar Ibrahim.

Hakim meminta Papa Gomo agar berunding terus dengan peguam Anwar. Betul juga. Yang dia hutang tue pada Anwar. Bukan pada hakim. Hari tue kemain lagi kata hutang kena bayar. Bila ulas isu pinjaman PTPTN. Dulu elok2 takde hutang. Sekarang tak pasal2 berhutang. Kalau la dia tak cabar Anwar suruh saman dia aku rasa Anwar pun malas nak layan fitnah2 dari Papa Gomo. Low class.


Tapi disebabkan dia cabar juga Anwar suruh saman. Itu yang Anwar beria2 saman. Menfitnah satu hal. Cabar saman pula. Memang cari penyakit ke apa dia neh. Aku yang tak sebarkan fitnah pun taknak kena saman. Pelik betul la dia neh.

KAH KAH KAH

Lepas tue. Siap menipu lagi. Ada ke dia bagitau HAKIM yang dia bekerja sebagai NELAYAN aje?

Baca jap ;

Saya cuba mohon dengan mahkamah untuk bayar RM100 sebulan kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana sekarang hanya bekerja sebagai nelayan," kata pengendali blog Papa Gomo selepas Mahkamah Tinggi menolak permohonannya untuk menangguhkan pembayaran ganti rugi sebanyak RM800,000.
Wan Muhammad Azri Wan Deris yang dikenali sebagai Papa Gomo berkata demikian kepada pemberita di luar mahkamah dan turut memberitahu beliau menjual saham miliknya di KL POS Media & Production Sdn Bhd.
Katanya Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Rosilah Yop bagaimanapun menasihatkan beliau supaya berbincang perkara itu dengan Anwar sendiri.
Hari ini Rosilah menolak permohonan Wan Muhammad Azri dengan kos RM5,000, di dalam kamar dengan dihadiri peguam Shahid Adli yang mewakili Anwar dan Wan Muhammad Azri, yang mewakili diri sendiri.
Shahid berkata Rosilah membuat keputusan itu atas alasan tiada sebab untuk membenarkan penangguhan.
Katanya, rayuan Wan Muhammad Azri terhadap keputusan Rosilah yang memerintahkan ganti rugi RM800,000 dan kos RM50,000 ditetapkan pada 24 Jun untuk pengurusan kes di depan timbalan pendaftar Mahkamah Rayuan.
Pada 28 Februari, Rosilah memerintahkan Wan Muhammad Azri membayar ganti rugi sebanyak RM800,000 dan kos RM50,000 kepada Anwar berhubung penyiaran perkataan fitnah dan meletak imej mengaitkan Anwar dalam video seks di blog Papa Gomo.
Dalam penghakimannya, Rosilah berkata daripada keterangan yang dikemukakan, beliau mendapati Wan Muhammad Azri ialah blogger Papa Gomo dan menerbitkan kenyataan memfitnah dalam blognya.
Anwar memfailkan saman terhadap Wan Muhamamad Azri pada 21 Mac tahun lepas dengan menuntut ganti rugi berjumlah RM100 juta kerana mendakwa Wan Muhammad Azri menyiarkan empat siri perkataan fitnah di laman blog berkenaan pada 16, 17, 19 dan 20 Mac 2013. -TMI-

Huk aloh.

Menfitnah sudah.
Terlibat dalam rasuah pun sudah.
Membohong jangan cakap. Berkali2 dah. Memang sikap tradisi geng2 UMNO kot. Daripada bawahan sampai ke peringkat atasan. Ada la yang baik2 juga. Tapi sayang. Yang tak baik lagi banyak dari yang baik.

KAH KAH KAH

Khamis, 19 Jun 2014

Parlimen Huru Hara Angkara Perkataan Bodoh, Hodoh. (Video Inside).


Speaker parlimen memang bodoh ke apa? Mana boleh luluskan usul tanpa perbahasan. Undi pun belum lagi. Tetiba je usul dipersetujui? Memang tak aneh la ahli2 parlimen pembangkang naik angin. Sebab salah kuasa yang terang2an terbukti. Boleh tengok video nanti.

Tapi sebelum itu ;

1. Azmin dihalau keluar dari dewan.

2. Sebab enggan tarik balik kenyataan 'hodoh'.

3. Tapi sebelum tue Azmin dituduh mengeluarkan perkataan 'bodoh'.

4. Padahal dia hanya keluarkan perkataan 'hodoh'.

5. Perkataan 'hodoh' yang dikeluarkan oleh Azmin dikeluarkan sebab Pasir Salak menjerit ke arahnya. (rujuk video).

6. Lepas tue Pasir Salak minta Azmin tarik balik perkataan tersebut.

7. Then speaker pun minta Azmin Ali tarik balik perkataan hodoh, bodoh.

8. Tapi Azmin Ali enggan.

9. Azmin Ali angin kot sebab si Pasir Salak menjerit2 ke arahnya. Haha

Seterusnya parlimen huru hara bergaduh sesama ahli PR dan BN. YB Fuziah dan Tian Chua relax aje gelak2 tengok tingkahlaku ahli2 parlimen yang bergaduh. Tapi memang silap Pasir Salak juga. Azmin Ali nak berbahas pasal peraturan mesyuarat. Dia tak diberikan ruang untuk berbahas. Sudah la menyampuk, menjerit2 pula tue. Sudahnya semua bergaduh. Last2 Anwar pula mengamok. Pasal speaker luluskan usul tanpa perbahasan. Parlimen rubber stamp. Maksudnya apa? Ko tahu tak stamping? Chop2 tue semua? Macam tue keadaan di dalam parlimen. Geng2 BN buat usul. Then terus cop lulus. Geng2 PR kat parlimen macam pak pacak. Nak berbahas kena halau. Nak bahas pasal peraturan mesyuarat pun dorang taknak bagi ruang. Itu yang depa dok kata parlimen rubber stamp.

Haha..

Bagi yang tak boleh tengok video, klik sini.

Lihat video ;

Rabu, 18 Jun 2014

Shahrizat Abdul Jalil Berjaya Bida WA10E Dengan Nilai 20,000.


Dengan 20,000 tue aku boleh jadikan deposit untuk beli rumah ataupun berniaga. Macam tue la yang ada dalam pemikiran rakyat marhaen macam aku. Jadahnya aku nak berhabiskan beribu2 ringgit untuk beli no plat. Orang yang sangat kaya pun aku rasa akan fikir dua tiga kali juga melainkan dia betul2 dah tatau nak buat apa dengan duit dia yang banyak berkepuk2 tue maka mungkin la dia sanggup nak beli no plat mahal2.

Yang paling mahal sekali WA1E. Yeo Geok Beng. RM180,000.00. Ini ada kaitan dengan kroni2 UMNO ke takde? Sapa2 tolong la check ek.

KAH KAH KAH

WA6E no 2. Danny Yin Yew Kuan. RM70,000.

Gila ah.

Beratus2 ribu punya harga. Rumah kos rendah pun kalah dibandingkan dengan no plat wei. Aku rasa JPJ untung kaw2 punya dengan no plat neh. Itu pasal dulu ada cadangan nak beri hak buat no plat kat JPJ aje. Kedai2 biasa tak boleh buat. Nasib baik cadangan batal. Hatta jual no pun kemain untungnya lagi. Inikan pula ko jual komponen2 no plat. Tak puas2 untung lagi ke hapa ko neh JPJ?

KAH KAH KAH

Korang tengok ek. Berapa banyak orang2 kaya kat Malaysia neh. Aku dan ko aje yang tak berduit kot. Nak beli no2 plat neh. Redha je la.

Tengok gambar jap ;

 


Ini semua tender baru2 punya. Bulan ini. Nampak tak ratus ribu orang beli no plat. Yang murah pun ada. RM360. Haha steady je si Mohammad Asri bida. Sekali dapat la pula. No plat neh pun sebenarnya bisnes juga. Aku pun tatau. Baru tahu. Korang tengok je la kat sini. Kalau rajin g godek satu persatu gambar. Kot2 dapat nama menteri2 BN yang bida ke.. boleh buat isu.

KAH KAH KAH

Kbai.

Pihak Berkuasa Sudah Luluskan Pelan Pembangunan Kasino Kedua Di Malaysia.

Pihak berkuasa tue maksudnya pihak berkuasa negeri la kan? Sudah tentu pihak yang luluskan tue adalah di peringkat ;

1. Daerah

dan

2. Negeri

Betul tak?

WOW..

Macam tak percaya. Semudah itu aje pelan pembangunan kasino diluluskan? Ini bukan isu teknikal semata2. Ini bukan pasal reka bentuk ka architecture ke apa ka. Ini pasal jenis perniagaan tue. Takde ke timbang tara pasal perniagaan yang bakal diwujudkan itu adalah KASINO = PUSAT JUDI.

Dorang punya hujah berkaitan isu pembinaan kasino ;

1. Negara dapat menarik pelabur asing untuk melabur dalam negara

2. Mewujudkan peluang pekerjaan kepada anak2 tempatan

3. Mengalakkan industri pelancongan

4. Menambahkan cukai pendapatan negara

5. Memperkenalkan Malaysia sebagai hub product untuk berhibur (yang sebenarnya bermaksiat kan?)

Itu sebab pembinaan tersebut lebih banyak positif berbanding negatif.

What the hell is that.

Aku rasa. Saja2 juga Vincent Tan umumkan rancangan tersebut selepas pihak berkuasa luluskan pelan pembinaan. Mungkin untuk tarik pelabur luar yang berminat dalam pembinaan kasino kedua tersebut. Hancur hancur.. hancur Malaysia bhai. Adakah kita hanya mampu kaut keuntungan dengan judi2 semua neh?

Lue fikirlah sendiri.

Kbai.

Kurang Ajar Punya DBKL - Buat Tindakan Pilih Kasih.

Adakah duit sudah masuk? Ini tanya aje neh. Bukan tuduh2 pun. Semalam kemain lagi Datuk Bandar tegas gila babi nak musnahkan KG. Chubadak by hook or by crook.

Lihat ;



Rumah haram pale hotak kau. Dorang tue peneroka. Taraf peneroka bandar. Bukannya geng2 setinggan or penempatan haram. Aku tahu bagaimana korang berfikir dalam isu neh. Aku tahu la sebab aku ada member2 yang terlibat dalam kes yang lebih kurang serupa cuma kg yang terlibat masa tue kampung maxwell. Orang dulu2 tahu la macam mana. Aku dengar citer dari orang dulu2. Memang nak kayakan kroni macam celaka la rakyat2 ini dilayan. 

Kali neh insiden kg. Chubadak. Dan dari info2 yang aku dapat lebih banyak kampung2 akan dimusnahkan atas alasan setinggan walaupun terbukti dorang tue taraf peneroka bandar. Pasai apa taknak iktirafkan taraf peneroka bandar tue? Atas alasan

PAMPASAN
PAMPASAN
PAMPASAN

Nak jimat duit punya pasal.
Taknak bagi rumah kat dorang.
Nak halau rakyat macam anjing.
Nak nafikan hak rakyat marhaen.

So hak untuk mendapatkan pampasan yang setimpal boleh dinafikan jika DBKL berkeras kata penduduk2 di KG. Chubadak penempatan HARAM.

Satu lagi. Plan perancangan KL 2020 ialah zero setinggan (aka rumah kayu yang berselerakkan). Semuanya nak tersusun. Aku tak kata tindakan macam tue salah tapi apasal salahnya jika rumah2 kayu tue pun ko naik taraf juga bagi lawa. Rumah2 kayu kalau renovate cantik2 pun elok juga. Yang hakikatnya saja nak buat projek supaya duit masuk. No money no talk. Cuba kalau geng2 peneroka tue campak duit berbillion2 ke DBKL? Ada ke kena halau? It's money matters la. Pergi mampos la sapa pun yang merempat. Tak caya? 

Baca bawah jap ;

Kerajaan dilihat bersikap pilih kasih dalam operasi perobohan antara rumah penduduk Kampung Chubadak Tambahan dengan premis yang sedang dalam pembinaan.

Seorang pembaca menghubungi Harakah memberitahu operasi merobohkan sebuah bangunan batu di Jalan Pantai Baharu, 3 Jun lalu mulanya didatangi jentolak dengan tidak kurang 10 kakitangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) serta Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (PTGWPKL).

"Saya sempat ambil gambar ketika penguatkuasa mereka datang mahu meroboh jam 10.30 pagi itu tapi tak jadi selepas berlaku rundingan dengan pemilik restoran itu. 

"apakah yang berlaku semasa rundingan tersebut? Bagaimana dapat sambung air bermeter? Bumbung pula masuk rizab jalan. Bomba sudah tentu susah nak buat pusingan," ujarnya yang juga seorang pesara.

Tinjauan Harakah petang semalam (17 Jun) di lokasi tersebut yang terletak kurang 20 meter dari Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Pantai Baharu mendapati terdapat beberapa buruh sedang meneruskan kerja di bangunan dua tingkat itu.

Kelihatan juga semburan cat "ROBOH 03/06/14 PTGWPKL" pada premis yang difahamkan di atas tanah rizab kerajaan telah dipadamkan. 

"Saya geram kerana rumah penduduk Kampung Chubadak Tambahan dan sekitar Sungai Gombak itu begitu cepat diroboh tetapi bangunan ini tidak jadi pula," ujar pelapor itu lagi. -HD-

Kurang ajar tak kurang ajar la juga si DBKL kemain tegas dengan penduduk KG. Chubadak tapi dalam waktu yang sama double standard kat tempat lain.

Nak tahu pasal apa?

It's money matters la. No else pun. Aku taknak sangka baik dengan lue DBKL. Sapa yang kenal lue tahu ahti budi lue macam mana. Aku kerat jari nak jumpa orang yang sanggup puji DBKL neh. Selalu yang jumpa suka kutuk korang. Even orang2 UMNO sendiri pun kutuk orang. Aku lebih2 lagi la kan.

KAH KAH KAH 
 

Gambar2 Rumah Baru MP PAS Pula Disebarkan.

Aku tertanya-tanya. Untuk siapa karangan berkaitan fitnah itu. Rupa2nya merujuk kepada satu penyebaran gambar2 dalam rumah baru yang kononnya dimiliki oleh MP Bukit Gantang, Ustaz Idris Ahmad.

Lihat ;


Artikel berkaitan fitnah pula ;


Bagus juga MP Bukit Gantang neh. Dia alert juga dengan isu2 yang berlegar di media sosial. Tapi hasil pembacaan aku secara rambang di artikel berkenaan Ustaz Idris tak menjawab ataupun mengulas langsung isu penyebaran gambar berkenaan.

Ustaz Idris menyeru agar sentiasa bertayabbun aka bersangka baik. Lebih2 lagi kalau seseorang difitnah itu lebih kita kenali ahti budinya. Sangka baik bagi aku is a good point. Tapi kalau bercakap pasal ahti budi memang jauh la aku dengan Ustaz Idris. Kenal memang tidak, perwatakkan pun aku tak jelas. Haha.

Tapi part TAYABBUN tue aku nak amalkan kepada kedua2 pihak. Baik kepada Ustaz Idris juga kepada pihak yang sebarkan gambar. Sebab hasil pemerhatian aku individu yang sebarkan gambar2 tue bukan orang lain. Geng2 PR juga. Geng2 PRO PAS pula tue. Maka disebabkan bertayabbun aku rasa ada bagus juga jika ;

1. Ustaz Idris menjawab akan penyebaran gambar2 tersebut.

2. Aku pun keliru juga. Takan menjadi wakil rakyat menghalang kita dari membeli rumah?

3. Selagi mana kita beli gunakan duit kita sendiri aku tak rasa ia merupakan satu kesalahan. Sama macam kes Nasruddin Tantawi tue. Aku tak pernah anggap dia melakukan kesilapan sebab beli Vellfire. Sampaikan ada orang suruh dia jual balik dan blablala.. bagi aku itu adalah wang gaji dia. Terserah la dia nak beli atau nak pakai apa pun. Tapi jangan karang ayat mendayu2 suruh minta derma sudah. Nanti orang meluat.

4. Namun aku faham juga point yang cuba disampaikan oleh individu di atas.

5. Jika, jihad dan zuhud itu diterjemahkan bukan kah sepatutnya pemimpin2 PAS terlebih dahulu perlu berjihad dan menunjukkan sikap zuhud kepada ahli2 mereka?

6. Dan jika, pemimpin2 PAS juga memiliki rumah besar dan cantik selepas menjadi MP maka apa perlu kutuk geng2 UMNO yang juga menukar rumah baru, memiliki rumah baru selepas bergelar MP?

7. Adakah jika geng2 BN yang beli semestinya mereka merompak duit rakyat (kebarangkalian ini memang tinggi tapi kena ukur juga dengan tempat, nilai dan jenis rumah. Tak mustahil depa beli gna wang gaji as MP dan keistimewaan yang memudahkan dorang mendapat pinjaman beli rumah).

8. Seberapa patut pemimpin2 PAS perlu teruskan elemen meminta derma dari rakyat marhaen di saat pemimpin2 PAS menggunakan kereta mewah (standard Malaysia. Kadang2 kereta tue diperlihatkan mewah di Malaysia disebabkan harga tetapi sebenarnya ia bukanla mewah di negara lain pun) dan juga semakin ramai memiliki rumah yang agak besar berbanding rakyat marhaen? 

Aku nampak juga. Ada pemimpin2 PAS yang memang kaya sebelum jadi MP. Dan aku faham juga. Ianya bukan satu kesalahan pun untuk kita duduk di rumah yang lebih selesa dari rumah sedia ada. Atas usaha kita. Bukan mencuri pun.

Tapi aku pun nampak juga. Arwah Ustaz Azizan ialah MB. Dia boleh duduk kat rumah dia selepas bergelar MB.

Aku pun nampak TG. Nik Aziz selesa menjadi serdahana.

Ada sesuatu yang mengelirukan sedang berlaku kat sini. Aku tak kata tindakan beli rumah baru dan kereta baru itu salah. Tapi aku rasa pemimpin2 PAS perlu lebih bijak menjelaskan kekeliruan yang timbul.

Sebab aku rasa penyokong2 PAS sekarang sedang keliru. Dari apa yang dorang dididik dan difahamkan ialah hanya geng2 BN aje yang gemar tukar kereta baru, rumah baru selepas bergelar MP. Dan hanya geng2 BN aje yang suka menunjukkan gaya hidup 'mahal' berbanding pemimpin2 PAS yang seringkali terkenal dengan sikap serdahana. Jadi bila situasinya sedikit berubah, aku tak rasa pelik jika ada penyokong2 PAS yang rasa tersentak dengan perubahan tersebut.

Dan satu lagi. Aku suka juga baca bila Zulhazmi menulis bahawa golongan2 agamawan dalam PAS sebenarnya rasa rendah diri jika dibandingkan dengan geng2 profesional dalam PAS yang ada rumah selesa, kereta selesa sebelum mereka menyertai PAS.

Mungkin rasa diperkecilkan maka mereka cuba tingkatkan taraf hidup mereka agar selari dengan golongan profesional dalam PAS. Kurang2 tak la dipandang rendah dan diketerbelakangkan akibat perbezaan taraf hidup tadinya tue.

Betul ke macam tue?

Entahla. Lue fikirlah sendiri ek.

Kbai.

Mercedes-Benz Sahkan Minyak Malaysia Berkualiti Cikai!


Tue dia. Berita dari Bernama. Boleh dijadikan hujah untuk lawan penyokong2 BN neh. 

Baca jap ;

Mercedes-Benz (M) Sdn Bhd mengeluarkan pekeliling kepada wakil pengedar sah dan pusat servisnya berkaitan perlindungan jaminan terhadap kegagalan akibat daripada kualiti bahan api bagi kenderaan yang dibeli menerusi saluran tidak rasmi.

Mercedes-Benz dalam satu kenyataan berkata pekeliling itu menjelaskan bahawa sebarang kegagalan kereta penumpang Mercedes-Benz yang dibawa masuk menerusi saluran tidak rasmi tidak akan diterima di bawah jaminan oleh Daimler AG kerana ia tidak sesuai dengan kualiti bahan api tempatan.

Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Mercedes-Benz Malaysia, Roland Folger, berkata kualiti bahan api di Malaysia tidak memenuhi keperluan operasi kenderaan yang dikeluarkan di negara-negara lain.

"Justeru itu, kenderaan diimport yang tidak disesuaikan dengan kualiti bahan api tempatan, mungkin mengalami kegagalan.

"Hanya kenderaan yang dibeli menerusi wakil pengedar sah Mercedes-Benz cukup bersedia dengan keadaan tempatan dan menjadi kewajipan kami untuk memberi amaran kepada orang ramai risiko yang diambil untuk membeli Mercedes-Benz daripada wakil pengedar tidak sah," katanya.

Mercedes-Benz berkata sejak 2004, ia melabur kira-kira RM250 juta bagi kilang pemasangannya di Pekan, Pahang, dengan RM100 juta lagi diperuntukkan untuk disuntik bagi tempoh lima tahun akan datang. - Bernama

Maksudnya.

1. Jangan beli Merds dari saluran tidak rasmi.

2. Sebab pengedar tidak sah dorang tatau nak operate enjin Merds korang agar disesuaikan dengan kualiti minyak yang dijual kat negara ini.

3. Minyak yang dijual kat negara neh tidak memenuhi piawaian bagi kenderaan jenis itu. 

4. Dalam bahasa kasar (BERNAMA nak jaga maruah kerajaan) bermaksud minyak Malaysia low class. Takde kualiti. Haprak.

5. Jika beli Merds dari wakil2 jualan yang tidak sah ia berisiko merosakkan kenderaan masing2 disebabkan kenderaan tersebut belum lagi diselenggara agar enjinnya dapat disesuaikan dengan kualiti minyak tempatan.

6. Dan bila ia rosak ataupun gagal berfungsi seadanya maka tiada jaminan langsung la dari pengeluar Merdeces-Benz international. Tanggung la sendiri.

Aku bukan peduli pun part Mercedes-Benz tue. Tapi aku lebih peduli part kualiti minyak Malaysia. Nampaknya samada RON 95 mahupun RON 97 memang takde kualiti agaknya. Itu sebab ianya perlu dimodified sikit agar enjin kereta Merds dapat disesuaikan dengan kualiti minyak tempatan.

Jadi.

Cakap2 orang yang tetiba kereta terbakar la.
Yang tetiba enjin kereta cepat panas la.
Yang motor cepat rosak la.

Selepas gunakan minyak RON 95 mungkin ada benarnya.
Dan yang patut juga dorang fikirkan. Agaknya bukan RON 95 aje kot yang low quality. Minyak ron 97 pun bukanla berkualiti mane pun untuk dibanggakan. Kalau berkualiti dan memenuhi piawaian kenderaan jenis Merds maka takdela dorang keluarkan statement seperti di atas. Kita mungkin tak gunakan kenderaan yang mahal2 untuk gunakan RON 97. Tapi kalau guna minyak yang jenis memang akan merosakkan kenderaan, samada kenderaan ko mahal ataupun tak mahal sangat (still mahal juga pada orang2 biasa macam aku sebenarnya) adakah ianya boleh diterima?

Untung la bengkel2 kenderaan macam tue.

Ada konspirasi eh?

KAH KAH KAH 

Ahli Parlimen PR Kaki Ponteng Persidangan Parlimen.


Fuziah Salleh dan N.Surendran keluar secara bermaruah. Keluar akibat berbahas. Itupun bukan sebab dorang nak keluar. Tapi dihalau keluar dan hanya dibenarkan mengikuti persidangan parlimen semula pada khamis (19 Jun).

Tadi baca kat Awani. Then terperasan ;

Ahli Parlimen PKR Fuziah Salleh dan wakil Padang Serai, N. Surendran telah diperintah keluar Dewan oleh Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia ketika sidang Dewan Rakyat pada Selasa.

Dua wakil PKR itu diperintah keluar dewan kerana enggan duduk setelah berulangkali diarahkan oleh Pandikar Amin.

Fuziah diarahkan keluar setelah mempersoalkan keputusan Speaker mengenai satu petisyen rayuan berkenaan projek Lynas di Kuantan.

Beberapa ahli parlimen pembangkang  yang lain turut dilihat keluar mengikut Fuziah dan Surendran.

Dua wakil PKR itu hanya dibenarkan kembali ke Dewan Rakyat pada Khamis. - Awani-

1. Beberapa ahli parlimen pembangkang neh siapa?

2. Apa tujuan mereka keluar dari persidangan parlimen?

3. Dah lupa ke tanggungjawab terhadap rakyat yang berperanan mengundi dan membayar gaji mereka selama ini?

4. Ko nak tunjuk protes pun biarlah bertempat.

5. Dulu bila rakyat suruh boikot jangan angkat sumpah, boikot pilihanraya ke 13 takmau.

6. Beria2 sangat nak jadi ahli parlimen.

7. Atas alasan dengan menjadi ahli parlimen la nasib2 rakyat akan terbela.

8. Dah tue sekarang yang ko pergi KELUAR DARI PERSIDANGAN tue dah kenapa?

9. Ko buat la kerja ko elok2 kat dalam tue. Berbahas. Bawa isu2 rakyat. 

10. Fuziah dan N.Surendran keluar sebab kena halau.

11. Dihalau setelah berbahas kaw2 masalah rakyat.

12. Yang korang mengikuti mereka berdua semata2 dorang kena halau apa faedah yang rakyat dapat?

13. Kalau faedah untuk korang ialah dapat PONTENG. Gaji jalan. Memang la kan.

14. Tapi faedah untuk rakyat? Dapat tengok korang perbodohkan diri je la.

15. Tak konsisten kat sini. Sebab dulu wakil2 parlimen PR la yang sebut mereka perlu masuk parlimen. Tak boleh boikot PRU ke 13. Dah menang atas tiket rakyat. Kena masuk dan berbahas.

16. Tapi apa yang berlaku ialah dorang teruskan perangai buruk dorang dari sesi lepas.

17. Sikit2 keluar persidangan. Sikit2 keluar persidangan.

18. Kalau boikot keputusan PRU ke 13 tak selesaikan masalah maka apakah keluar dari persidangan parlimen selesaikan masalah pula?

19. Alamak aii. Jangan la buat kerja2 bodoh macam tue lagi.

20. Berbahas elok2. Kalau nak keluar sekalipun buat la sesuatu yang mendorong ke arahnya. Contoh si Fuziah dan N.Surendran kena halau akibat berbahas maka ko pun berbahas la juga. At least kena halau secara bermaruah. Ini keluar secara senang lenang nak ponteng tapi dia ingat rakyat akan fikir ooo bagus nya tindakan keluar dari persidangan kasi ajar sama itu speaker yang suka2 halau wakil2 rakyat PR.. tapi padahal dia tatau apa yang rakyat nampak, eh ponteng lagi ke der?

KAH KAH KAH

Kbai.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...