Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 13 April 2019

Ini Lima Sebab Kenapa Pakatan Harapan Kalah Di #PRKRantau.

NURUL ASYIKIN | Ada orang kata kekalahan Pakatan Harapan di PRK Rantau adalah kerana Barisan Nasional memainkan kad perkauman. Eh benarkah begitu?


Gambar : sumber sosmed.
Sementara saya membiarkan mereka yang berpandangan seperti itu untuk terus berpandangan seperti itu, izinkan saya berkongsikan lima punca kenapa Pakatan Harapan kalah di RANTAU berdasarkan pemerhatian saya.


1. S. Streram.

Meletakkan Dr. Streram sebagai calon merupakan tindakan tepat bagi kacamata Pakatan Harapan kerana beliau adalah individu yang mempertikaikan kemenangan Tok Mat secara sah dan perjuangannya itu terbukti benar.

Bagaimanapun, ia menjadi tidak tepat berdasarkan situasi. Di mata pengundi melayu, Pakatan Harapan tidak lagi boleh meletakkan calon india yang dilihat india. Meletakkan calon india tiada masalah tetapi calon india yang diletakkan perlulah membawa wajah calon Malaysia.

Wakil rakyat india dari Pakatan Harapan telah melakukan kerosakan yang teruk dalam insiden Adib.

Imej mereka bukan sahaja rosak dikalangan penyokong pembangkang, atas pagar malahan rosak dikalangan penyokong Pakatan Harapan sendiri. Percaya atau tidak, dikalangan kawan-kawan melayu yang sokong Pakatan Harapan mereka juga meluat dengan menteri india dari Pakatan Harapan. Bayangkanlah bagaimana teruknya kerosakkan yang PH lahirkan menerusi insiden Adib. Ianya tidak akan hilang dengan masa. Tidak, sekurang-kurangnya untuk 5 tahun kebelakangan ini.

Streram gagal berbahasa melayu. Streram suka cakap merapu. Walaupun dah kantoi beberapa kali kerana menipu, dengan muka tak malu masih lagi meneruskan penipuan.

Laporan Sinar Harian - Gambar Ali Abu.
Streram juga terpalit dengan imej hutang dan dilawan oleh geng parti sendiri.

Streram juga begitu bodoh ketika berkempen boleh pula buat video kutuk anak sendiri tak dengar cakap. Kebodohan-kebodohan sebegini dipamerkan ke atas pengundi, bagaimana mungkin mereka nak sokong membuta tuli?

Tambahan pula, DSAI terlalu mendominasikan kempen berbanding menonjolkan Streram. Orang yang tidak tahu mungkin akan berfikir calon di PRK Rantau adalah DSAI dan bukannya S.Streram.

2. M. Kulasegaran. 

Untuk kemenangan Barisan Nasional di PRK Rantau, saya percaya kenyataan Kula membuatkan pengundi melayu atas pagar telah memutuskan untuk memangkah Tok Mat.

Mungkin sebelum ini mereka 50-50 tetapi kenyataan Kula membuatkan mereka lari dan terus memangkah BN.

Terjemahan ini disahkan benar oleh rakan fb kaum india.
Kula menafikan beliau mengeluarkan kenyataan berbaur rasis ketika berucap di pentas PRK Rantau.


Kula kata kenyataannya telah diputarbelit dan dipetik luar dari konteks. Kula juga bercadang mahu menyaman pihak yang menuduhnya perkauman.

Dalam rakaman tular itu Kula mendakwa;

👉 Melayu kata india pendatang dalam bahasa melayu

👉 Melayu kata Ahli Parlimen india penumpang, tiada hak, itu yang dicakapkan melayu kat kampung-kampung melayu.

👉 Lepas tu datang RANTAU, merayu beri peluang kepada Tok Mat.

👉 Tok Mat beli rumah 10 juta sementara kaum india kesusahan disini.

👉 Oleh kerana kaum sama, darah sama, maka kena undi S.Streram. Kalau tak mana Kula nak letak muka. Apakah akan terjadi jika taknak bagi sokongan kepada kaum sendiri.

👉 Kula juga menyuruh pengundi kaum india bayangkan, apa akan jadi di kabinet nanti, jika kaum kamu tak undi kamu, tapi tamil undi pula Tok Mat, bagaimana?

👉 Kula juga berkata banyak masalah sebenarnya boleh dibawa ke menteri melayu, menteri cina tetapi kaum india taknak bawa kerana tak suka sebaliknya bawa ke dia kerana india rasa gembira minta tolong dengannya.

👉 Banyak kali juga Kula datang ke Rantau, ada banyak kedai makan cina dan melayu tetapi Kula suka makan kat kedai india sahaja. Alasannya kerana kaum yang sama.

👉 Kula juga berkata bayangkan jika BN menang PRU14 lepas, kemungkinan besar seluar yang dipakai hari ini pun mereka akan ambil dan tak dapat nak dipakai lagi..

Kula setakat ini tidak menjelaskan secara terperinci kenyataan yang mana satu telah diputarbelitkan dan dipetik luar dari konteks.

Tetapi mesej seperti, tak makan kat kedai cina, melayu. Menteri melayu, cina ada tetapi india suka bawa masalah ke menteri india sahaja membayangkan kaum india tidak menyukai orang cina dan orang melayu.

Bahkan juga memberikan bayangan menteri Pakatan Harapan bekerja berdasarkan kaum. Tidak boleh buat kerja demi RAKYAT MALAYSIA. Ini memburukkan menteri Pakatan Harapan secara tidak langsung.

Dan undi juga perlu diraih secara perkauman. Dalam masa kita menentang perkauman, kita juga sebenarnya perkauman. 

Semangat kebangsaan, keMalaysiaan semakin teruk terhakis sejak kebelakangan ini dan tak faham kenapa kenyataan-kenyataan seperti di atas perlu dikeluarkan dari mulut seorang Menteri.

3. 10 juta.

Seperti biasa, menteri india suka memperbesar-besarkan cerita. Berbanding bercerita mengenai polisi dan kebaikan Pakatan Harapan, mereka cenderung menyebarkan cerita yang belum terbukti kesahihannya.

Kula juga sebegitu ketika berkempen di Rantau. Dia bercerita mengenai 10 juta. Tidak salah tetapi rakyat tidak lagi mahu persepsi. Jika cerita 10 juta itu merupakan satu kesalahan, maka sila ke balai polis dan SPRM.

Bercakap perlu seiring dengan tindakan. Selagi tiada tindakan maka ia dakwaan tak berasas. Bila dah tak berasas, sembang banyak kali buat apa?

Sembangla banyak kali mengenai kebaikan Pakatan Harapan di N9 ataupun Malaysia secara khusus. Hebahkanlah mengenai perubahan-perubahan yang telah PH lakukan selepas mengambilalih kerajaan berdasarkan fakta semasa dan bukannya sembang kencang babi terbang.

Banyak pihak ungkit cerita silam 10 juta. Cerita 10 juta memang tular. Tapi apa gunanya jika tak boleh bawa undi?

Nak bawa cerita apa pun jika tak boleh bawa undi, maka hentikanlah.

Mungkin tak boleh pakai seluar jika BN menang GE14? Hello, BN menang GE sebanyak 13 kali tau. 13 kali. Pernah ke Kula tak dapat pakai seluar? Inilah contoh sikap ahli politik yang suka perbesarkan cerita dan buat cerita bodoh. Kau gelak ke pembangkang? Jangan. Korang punya pemimpin pun dua kali lima. Tapi untuk Rantau, kredit tetap kredit. Tok Mat memang nampak serdahana.

4. PAKATAN HARAPAN

Beberapa perkara yang dilakukan Pakatan Harapan telah membuatkan pengundi anda berasa sedikit mereng.

Sikap uturn yang ditunjukkan banyak kali merupakan kerosakkan. 

Masalah kos sara hidup yang gagal diselesaikan, menyusahkan.

Tambah pula cukai baru itu ini, maka orang bertambah marah.

Sesetengah cukai itu tak usik pun B40. Tetapi masalahnya di Malaysia neh bukan semuanya B40. Ada juga T20 dan M40. Fikirlah, sementara kerajaan terus sasarkan kebaikan dan kepentingan B40 ekasih yang gajinya bawah 1,000 sebulan, yang mana merupakan satu perkara bagus tetapi apakah logik untuk kerajaan terus menjarah hasil dari M40?

Bila kita minta kerajaan kaji balik mengenai cukai gula dan cukai travel, ini bukan bermakna kita memenangkan orang kaya dan orang obesiti kencing manis. Bukan. Kita minta kaji kerana ia ada kesan rantaian. Kesan rantaian ini bukan semestinya dari segi fizikal. Ia boleh hadir dalam bentuk emosi. Jika emosi M40 tidak suka kepada polisi percukaian Pakatan Harapan, mereka tidak akan mengundi kamu lagi. Mereka boleh berasa bimbang, mula-mula rm40, lepas tu mungkin rm80, lepas tu rm200 hilang dari wang pendapatan mereka kerana nak penuhi tanggungjawab polisi percukaian Pakatan Harapan. There is no end, no limit to what Pakatan Harapan can do to M40. M40 neh tidak miskin tetapi polisi boleh membuatkan mereka menjadi miskin jika keseluruhan wang gaji dibayar untuk rumah (nak beli low cost tak layak) + kehidupan (sara hidup).

Mungkin, untuk kualiti hidup yang lebih baik setelah seharian penat bekerja, mereka perlukan kopi yang bagus di cafe.

Mungkin untuk perasaan gembira yang lebih lama, kerana penat mengadap karenah dunia, mereka perlu travel setahun dua kali ke luar negara. 

Tetapi jika emosi mereka dirosakkan atas nama cukai, ya, KAMU. AKAN. HILANG. UNDI.

5. AMBIL MUDAH UNDI CINA DAN INDIA. 

India dan cina fixed deposit Pakatan Harapan. Letak kayu dengan BN, kayu akan menang. Letak batu dengan BN, batu akan menang.

Begitulah mudahnya undi india dan cina diremehkan oleh penyokong Pakatan Harapan.

Analisis pola pengundian PRK Rantau secara terperinci belum keluar, jadi kita taknak sembang khusus sangat kat sini.

Secara kasarnya, dua PDM majoriti india dimenangi oleh BN.


PDM majoriti cina pula masih dimenangi PH tetapi dengan kemerosotan 10% dari jumlah undian yang pernah diterima oleh Parlimen Rembau (GE14).

Adakah mereka uturn? Atau boikot?

Ini bermakna, PH perlu berhenti take for granted undian dari kaum cina dan india.

Mereka juga seperti kaum melayu dan kaum lain, iaitu mahukan kerajaan yang memperkenalkan polisi yang baik dan bagus untuk semua.

Apakah PH yakin cukai gula dan cukai travel diterima secara baik oleh kedua-dua kaum ini?

Apakah PH yakin uturn sana uturn sini cina dan india gembira?

Apakah PH yakin membatalkan projek mega itu projek mega ini dan menyalahkan BN akan membuatkan cina dan india setia?

Apakah PH yakin tanpa polisi yang baik, politik perkauman, mementingkan hanya satu golongan, menteri yang suka bercakap merapu tanpa fakta, kantoi ijazah palsu, tidak akan membuatkan india dan cina menjauh?

Tahukah anda, orang cina merasa tidak seronok apabila ada kempen BOIKOT BARANGAN CINA selepas pemimpin Pakatan Harapan mengeluarkan kenyataan berbaur rasis? Bukan ini yang mereka mahukan. Mereka hanya tidak sukakan BN. Bukan tidak sukakan melayu. Tetapi jika sesetengah pemimpin/ahli politik PH suka bermain kad politik perkauman dan mendorong ke arah kebencian terhadap kaum tertentu, mereka juga akan merasa meluat. Bukan dengan melayu. Tetapi dengan kamu.  

Dan satu lagi, tolong fahamkan ini.

Sebenarnya, yang kuat bising kat sosmed tu hanya membawa sokongan dia sahaja. Tidak membawa sokongan orang lain ataupun sokongan majoriti. PH perlu berhenti fikir jumlah like, share, komen, retweet yang tinggi adalah tanda sokongan. Jika pembangkang mahu berfikir begitu, maka biarkan mereka. Anda sebagai kerajaan tidak boleh berfikir seperti itu. Sokongan yang sebenarnya di atas peti undi. Untuk itu, sila bekerja bagi mendapatkannya. Polisi yang baik, unit penerangan yang cekap, barisan pentadbiran yang berkebolehan, tiadanya serangan dan percakapan merapu, bebas rasuah dan penyelewengan, ya, anda memang boleh mendapatkan undi itu dari rakyat Malaysia. - 13 April 2019.

Selepas Kalah #PRKRANTAU, Penyokong PH Bertumbuk Sesama Sendiri, HP Wartawan Dirampas.

MALAYSIAKINI | Pergaduhan tercetus di bilik gerakan utama PH selepas media melaporkan keputusan tidak rasmi pilihan raya kecil (PRK) Rantau yang memihak kepada calon BN Mohamad Hasan.
 

 
Situasi tegang berlaku apabila ahli PKR dari Kuala Lumpur menyalahkan ahli parti dari kalangan penduduk tempatan susulan keputusan yang tidak memihak kepada calon mereka, Dr S Streram.

Susulan itu, berlaku jerit-menjerit menggunakan kata-kata kesat.

Dalam beberapa minit, situasi kemudian bertukar menjadi pergelutan.

Wartawan Kini TV Daniel Anthony yang berada di bilik gerakan utama diarah berhenti membuat rakaman pergaduhan itu, sementara telefon bimbitnya dirampas oleh individu yang berada di situ.

Polis ketika ini berada di tempat kejadian.

Ketika berita ini ditulis, keputusan rasmi PRK Rantau belum diumumkan.

Bagaimanapun, berdasarkan pengiraan Malaysiakini dari jumlah undi yang dipaparkan di pusat pengiraan undi, Mohamad sudah memperoleh jumlah undi yang diperlukan untuk memastikan kemenangan.

Setakat 7.05 malam tadi, Mohamad sudah mendapat 8,442 undi berbanding pencabar terdekat iaitu calon PH yang memperoleh 4,642 undi.

Pengiraan itu dengan anggaran 79 peratus keluar mengundi dari 20,926 pengundi yang layak. - 13 April 2019.

 

PDRM Sangkal Rosmah, Rantai Pink Diamond Memang Dibeli Guna Duit 1MDB.

POLITIK | Polis Diraja Malaysia menolak kenyataan Datin Seri Rosmah Mansur yang menafikan pembelian rantai berlian merah jambu yang tular di sosial media mutakhir ini.


Polis dalam kenyataan itu menyatakan;

👉 Pihak mereka mempunyai jejak bukti (money trail) yang mengaitkan pembelian rantai loket berlian merah jambu bernilai USD23j daripada seorang peniaga barang kemas di New York.

👉 Wang yang digunakan untuk membeli barangan kemas tersebut ialah berpunca dari 1MDB.

👉 Polis gagal menemui 'pink diamond' tersebut semasa serbuan.

👉 Namun berdasarkan bukti terkumpul, jelas berlakunya transaksi pembelian.

Untuk rekod, difahamkan penafian Timbalan Menteri Kewangan mengenai pembelian barangan kemas jutaan ringgit adalah merujuk kepada cincin 24j, barangan kemas lain yang pernah dibawa masuk ke Malaysia suatu ketika dahulu sebelum dibawa keluar ikut Singapura.

Hal itu menjadi kecoh sekitar tahun 2014 - 2016. Dan dikaitkan dengan Rosmah dan besannya.

Meskipun beliau memaafkan orang yang menfitnahnya, namun pengkritik beranggapan Rosmah tak jadi beli cincin RM24j kerana kantoi.  - 13 April 2019.

Najib Tipu, Rantai Berlian Merah Jambu Berharga US$27j Memang Dibeli Guna Duit 1MDB - Tony Pua.

TONY PUA | Dato Seri Najib Razak perlu hentikan muslihat berlian merah jambu dan mengelirukan rakyat bahawa pembelian rantai berlian US$27 juta dengan wang 1MDB tidak wujud.
 

 
Dato Seri Najib sekali lagi dilihat cuba menafikan kenyataan bahawa isteri beliau, Rosmah Mansor telah membeli rantai berlian merah jambu yang bernilai US$27 juta.

Najib tidak boleh menyembunyikan sebenarnya terdapat dua versi penceritaan berbeza yang sedang berlegar. Cerita yang sedang digembur-gemburkan oleh beliau hanya tentang berlian dan barang kemas yang dibawa masuk oleh ejen dan dibawa masuk ke Malaysia untuk dilihat oleh Datin Seri Rosmah.

Akan tetapi skandal sebenar berlian merah jambu yang sering diketengahkan dalam kes 1MDB ini, bukanlah tentang berlian merah jambu yang dibawa oleh agen. Sebaliknya, skandal ini merujuk kepada rantai pink diamond 22-karat yang ditempah melalui Jho Low untuk Rosmah Mansor dan dibayar dengan duit yang berpunca daripada 1MDB.

Kes ini hakikatnya telah dihuraikan dalam pendakwaan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) dalam “No. CV 17-4438 Verified Complaint For Forfeiture In Rem” bagi kes “United States of America, V. Certain Rights To And Interests In The Viceroy Hotel Group” pada 15 Jun 2017.

Laporan DOJ menunjukkan berlian ini telah dibeli daripada pereka berlian yang bertapak di New York, Lorraine Schwartz Inc.

Pada Julai 5, 2013, Schwartz telah bertemu dengan Jho Low dan Rosmah di perairan Monaco, Perancis, di atas ‘Topaz’, yang merupakan antara kapal layar mewah terbesar di dunia. Jho Low telah menyewa kapal sepanjang 147 meter ini untuk 7 hari dengan kos €3.5 juta, yang juga dibayar dengan wang berpunca daripada pinjaman 1MDB.

Di atas Topaz, Schwartz telah mempamerkan berlian tersebut kepada Jho Low, Rosmah dengan kawan-kawannya. Mereka juga membincang reka bentuk rantai berlian yang akan memegang berlian merah jambu 22-carat tersebut.

Pada September 28, 2013, Schwartz sekali lagi berjumpa dengan Jho Low dan Rosmah Mansor di Hotel Mandarin Time Warner di New York untuk menunjukkan gambar rajah rantai berlian yang telah direka.

Schwartz telah mengeluarkan 2 invois ke atas pembelian berlian ini. Invois yang pertama bertarikh Julai 3, 2013 berjumlah US$23 juta untuk berlian “22.17carat Natural Fancy Intense Pink VS2 clarity (GIA#2115637296) Cut-Cornered Square Modified Brilliant Cut diamond.”

Invois kedua bertarikh Julai 31, 2013 untuk US$4.3 juta untuk rantai berlian yang akan memegang berlian di atas, yang bertulis “one graduate fancy intense pink and oval white diamond necklace with interchangeable pendant to ring.”

Menurut bukti dakwaan DOJ, kesemua invois ini telah dibayar dengan dana yang disalurkan daripada US$681 juta atau RM2.6 bilion yang telah dimasuki ke dalam akaun peribadi Dato’ Seri Najib Razak di Ambank, yang berpunca daripada pinjaman bon 1MDB pada tahun 2013.

Akhirnya, rantai berlian merah jambu dihantar kepada Rosmah Mansor melalui rakannya di Hong Kong pada Mac 7, 2014.

Dalam wayang skandal berlian merah jambu ini, “bossku” seperti biasa cuba memainkan watak yang dianiayai dan ditindas tetapi hakikatnya Najib Razak sedang menyembunyikan fakta pembelian “pink diamond” dan seterusnya menutup dosa pengubahan wang haram 1MDB.

Saya ingin mencabar Dato’ Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah untuk menafikan secara spesifik ke atas kesemua dakwaan dan bukti yang telah dikemukakan oleh DOJ. Apa sebabnya, sehingga hari ini, pasangan suami isteri ini tak pernah menafikan perkara ini?

Sudahlah berfoya dengan duit yang dirompak daripada rakyat, sekarang cuba memperbodohkan rakyat dengan aliran fakta yang bercelaru dan menyembunyikan fakta sebenar pula. - 13 April 2019.

Jumaat, 12 April 2019

Jadi Perdana Menteri Nanti, Saya Tak Lupa Rantau.. - DSAI

SINAR HARIAN | Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berjanji tidak akan melupakan rakyat DUN Rantau apabila diangkat sebagai Perdana Menteri kelapan nanti.


Menurut Ahli Parlimen Port Dickson itu, selaku kawasan yang terletak berjiran, beliau akan memastikan DUN berkenaan tidak akan dipinggirkan.

"Sekarang ini Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, wakil (Ahli Parlimen) Langkawi. Selepas ini saya (akan) dipilih (sebagai perdana menteri) yang mewakili Port Dickson.

"Saya jadi perdana menteri, saya tidak lupa Rantau yang terletak bersebelahan sahaja. Saya jaga Port Dickson, Rantau dan semua di sekeliling,"
katanya ketika berucap pada ceramah umum PH di Pekan Rantau di sini, malam tadi.

Turut hadir, Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli, Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming dan calon PH, Dr S Streram.

Katanya, bagi melihat pembangunan yang lebih pesat berlaku di Rantau, pengundi di kawasan itu perlu berani membuat perubahan.

"PRK DUN Rantau ini bakal menentukan laluan politik masa depan.

"Jadi saya seru kepada pengundi Rantau untuk membuat pilihan bijak dengan mengundi calon PH, Dr S Streram pada 13 April nanti,"
katanya.

Fitnah Berleluasa Kerana Ada Yang Tidak Mahu Mengaku - Rameli Perli PAS Kaw-Kaw..

MALAYSIAKINI | Kira-kira sebulan setengah selepas dikaitkan dengan penyelesaian saman Presiden PAS Hadi Awang dan Editor Sarawak Report Clare Rewcastle-Brown, Rameli Musa akhirnya membuka mulut.


Menjawab soalan Malaysiakini secara bertulis, tokoh korporat itu berkata beliau terkilan dan kesal terheret ke SPRM dan “arena politik yang melampau batas”.

“Nama saya terjejas dan tercalar di luar negara di mana saya banyak mencari rezeki,” kata pengerusi syarikat berkaitan kerajaan (GLC) Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB).

“Tetapi saya kesian mereka yang sebar fitnah dan mereka yang mampu menyekat fitnah tetapi tidak berusaha untuk melakukannya.

“Saya berdiam sehingga kini kerana SPRM masih dalam siasatan.”


Rameli diminta mengesahkan laporan Malaysiakini yang memetik sumber yang dekat kepadanya sebagai berkata Hadi pada awalnya memang tidak tahu menahu berkaitan bayaran penyelesaian saman berkaitan.

Penafian demi penafian pemimpin kanan PAS kemudian memburukkan namanya yang dispekulasi bertindak sendiri dan memanipulasi maklumat untuk menganiaya parti itu.

Beliau juga disiasat SPRM dan diminta menyerahkan dokumen-dokumen berkaitan pembayaran itu pada 5 Mac, lima hari selepas pembayaran dikatakan dibuat.

Sementara itu, menyentuh pertemuannya dengan wakil Hadi, Rameli enggan mengulas perinciannya.

“Tak mahu komen sangat.

“Saya sendiri tak ingat tarikh perjumpaan dan berapa kali,”
katanya.

Secara umum, Rameli menegaskan negara ini perlukan pemimpin berwibawa, berintegriti serta beradab dan bersopan.

“Fitnah berleluasa kerana yang tahu buat tak tahu dan yang tak tahu tak mahu ambil tahu, dan tidak mahu mengaku,” katanya.

Hadi menyaman Rewcastle-Brown selepas Sarawak Report melaporkan dakwaan PAS menerima dana RM90 juta daripada pemimpin Umno.

Kes itu dilaporkan sudah selesai disiasat SPRM dan hasil siasatan kini dalam kajian Pejabat Peguam Negara (AGC).

TMJ Troll Syed Saddiq, Buat Video Koyak Tisu..

SOSMED |"Sebelum tidur, baca buku. Picasso El Tissue," sindir TMJ dalam satu kenyataan di Facebooknya malam tadi.


 
Ramai pihak percaya sindiran El Tissue itu sebenarnya ditujukan kepada Syed Saddiq.


Hal ini berlaku selepas Menteri Belia Dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memberikan teguran kepada Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim menerusi satu ciapan di Twitternya pada rabu.

Syed Saddiq memberikan teguran itu sebagai respon balas kepada cabaran TMJ terhadap Tun Mahathir untuk mengambil tindakan ke atasnya.

"Sila. If i have to go down kerana mempertegakkan Perlembagaan/Constitution, Raja Raja Malayu, dan Islam. By all means. You know where to find me. Macam Rakyat biasa saya berhak tanya Soalan dan beri pendapat. I’m all yours. Finish what you start," ciap TMJ pada mulanya bagi membalas kenyataan Tun Mahathir yang dipetik sebagai berkata mana-mana pihak yang membuat kenyataan menghasut boleh berdepan dengan tindakan undang-undang. 

Syed Saddiq kemudiannya membalas ciapan itu dengan berkata TMJ mempunyai hak untuk mengkritik namun dan dalam masa yang sama perlu juga meraikan hak orang lain mengkritik TMJ. 

"Kita menghormati hak tunku untuk mengkritik, Patik berharap Tunku pun menghormati hak rakyat untuk membalas kritikan tersebut. Tidak perlu memperlekeh, mengugut atau mencaci," balasnya.

TMJ bagaimanapun dilihat tidak membalas ciapan Syed Saddiq itu bagaimanapun hadir dengan video yang menunjukkan aksi koyak tisu.

Dalam rakaman itu, TMJ mengambil tisu dari kotak kemudiannya mengelap hidungnya beberapa kali, dan mengoyakkannya sebelum membuangnya ke belakang kerusi (diluar tong sampah).


 
Rata-rata netizens yang menonton video itu mengaitkan aksi itu sebagai tanda TMJ menyindir Syed Saddiq berikutan Syed Saddiq dianggap pondan kerana membuat laporan polis kononnya tisunya telah terkoyak selepas dipeluk oleh Papa Gomo ketika hari penamaan calon PRK Semenyih. - 12 April 2019.

Rabu, 10 April 2019

Peneroka Susah Tapi Beli Kereta Baru, Anwar Sindir Pengurusan FELDA Kaw-Kaw..

MALAYSIAKINI | Ibu pejabat Felda di Kuala Lumpur 'penuh sesak' dengan seratus kereta baru yang dibeli pengurusan lembaga itu, menurut Anggota Parlimen Port Dickson Anwar Ibrahim.


Presiden PKR itu membuat dakwaan tersebut ketika menyentuh keputusan kerajaan menyuntik dana RM6.23 bilion untuk memulihkan Felda, ketika perbahasan Kertas Putih lembaga itu di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menggesa kerajaan memperincikan bagaimana dana itu akan digunakan.

"Ini kerana dalam keadaan Felda bermasalah (bleeding), saya difahamkan ada seratus kenderaan baru dibeli Felda.

"Lihat ibu pejabat Felda, penuh sesak dengan kereta baru. Mungkin (kereta itu) dipesan sebelum ini, tapi ini perangai lama pengurusan yang perlu dibetulkan.

"Rakyat, peneroka susah tetapi masih beli kereta baru kononnya ada keperluan mendesak,"
katanya.

Katanya lagi, kos operasi Felda meningkat daripada RM400,000 kepada RM1.4 bilion ketika Isa Samad menjadi pengerusi, dan angka itu kekal sehingga kini.

Beliau juga menggesa Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad berkunjung ke Felda Global Ventures Holding Bhd (FGV), dan berkata pejabat presiden syarikat itu empat kali ganda lebih besar daripada pejabat perdana menteri. - 10 April 2019.

Berhent Buat Bising, Focus Uruskan Negara, Jangan Campur Urusan Johor - Sultan Johor Sound Pengkritik Kaw-Kaw..

KENYATAAN MEDIA | DYMM SULTAN JOHOR

Saya kini berada di luar negara tetapi sentiasa mengikuti perkembangan dalam negara terutama Negeri Johor melalui laporan-laporan semua pihak.



Saya mahu pihak tertentu berhenti membuat bising dan bertelagah mengenai politik sebaliknya tumpukan kepada usaha menjaga negara.

Berkenaan Johor, jangan sibuk mencampuri urusan negeri ini kerana negeri yang berdaulat ini masih mempunyai seorang Sultan.

Saya akan membuat keputusan yang terbaik demi rakyat saya apabila tiba masanya nanti.

DYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar - 10 April 2019.


----------------

Kronologi;

👉 Pakatan Harapan tandatangan Rome Statue (RS selepas ini) bagi membawa beberapa kes untuk menuntut keadilan di mahkamah antarabangsa.

👉 TMJ pertikaikan RS atas alasan mempertahankan kedaulatan negara.

👉 4 Ahli akademik beri pandangan kepada keluarga diraja mengenai RS.

👉 Perdana Menteri umumkan Malaysia tarik diri dari RS.

👉 Monarki ucapkan terima kasih.

👉 Kenyataan Tun "Jika dia pukul orang lagi, saya akan hantar polis tangkap dia," ketika mengumumkan kerajaan tarikdiri dari RS menjadi kontroversi dan polemik di sosial media.

👉 Mahasiswa dedahkan identiti 4 ahli akademik.

👉 4 ahli akademik itu dikecam bertubi-tubi termasuklah didesak pecat, diberhentikan, disiasat dan diambil tindakan oleh penyokong Pakatan Harapan dan pemimpinnya.

👉 Tun Mahathir umumkan perletakkan jawatan Osman Sapian sebagai MB Johor.

👉 TMJ kata dah lama suruh tukar. Tapi orang lain pula ambil kredit seolahnya macam dia arahkan.

👉 Tun Mahathir dilaporkan berkata tiada sesiapa berada di atas undang-undang. Semua berhak diambil tindakan termasuklah bangsawan.

👉 TMJ cabar Tun Mahathir ambil tindakan terhadap dirinya.

👉 Syed Saddiq nasihatkan TMJ untuk belajar meraikan kritikan dan bukannya menyekat kebebasan bersuara.

👉 TMJ dan monarki dikecam penyokong parti tertentu di laman sosial sejak malam tadi.

👉 Sultan Johor keluarkan titah agar semua pihak berhenti bising dan tumpu pada kerja-kerja menguruskan negara dan jangan masuk campur urusan negeri Johor. - 10 April 2019.

Surat Terbuka Untuk Fahmi Reza : Badutkan Pemimpin Bukan Idea Kamu, Ia Idea Ciplak Tak Payahlah Perasaan - SEDAR MALAYSIA.

SEDAR MALAYSIA | Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Fahmi Reza di atas satu kenyataan yang disertakan dengan gambar Stiker Edisi Badut Malaysia Baharu. Kami sudah lama memancing agar si artis punk ini membuat kenyataan bahawa SEDAR Malaysia telah meniru idea beliau.



Kenapa kami menunggu kenyataan itu? Kerana kami ingin mendedahkan kepada seluruh rakyat Malaysia bahawa idea membadutkan ahli politik bukanlah idea asli beliau. Jika lihat dua gambar di bawah, satu badut Dick Chenney dan satu lagi badut Tony Blair dan kedua-dua imej ini dari tahun 2006 lagi. Malah pada tahun tersebut, ada satu pertandingan untuk membadutkan ahli-ahli politik.

Sebenarnya pergerakan membadutkan ahli-ahli politik ini sudah lama berlaku. Rajinkan diri membuat carian di ruang maya, sudah pasti anda semua akan jumpa. Contohnya cubalah Google "rodeo clown George Bush" yang menjadi satu kontroversi pada satu ketika dulu.

Kami di SEDAR Malaysia tidak malu untuk mengaku, bahawa kami telah 'adopt and adapt' konsep mereka membadutkan pemimpin politik yang layak untuk dibadutkan.

Fahmi Reza, adakah anda akan membiarkan para penyokong-penyokong PH percaya idea badut DSN anda itu tidak pernah dipakai oleh artis-artis sebelum anda?

Fahmi Reza, anda dan rakan-rakan 48% yang mengundi Pakatan Harapan memang semua kurang pandai. Samada kurang pandai untuk menipu atau kurang pandai untuk kenal satu penipuan.

Fahmi Reza, pesanlah kepada pemimpin-pemimpin PH yang anda kenal bahawa kami di SEDAR Malaysia ini bukan bodoh. Kami tahu pemimpin-pemimpin PH tidak tahu apa tindakbalas yang perlu diambil terhadap SEDAR Malaysia ini. Bukan sahaja kami tiada "political master", kami adalah orang yang anda tidak pernah dengar sebelum PRU14. Oleh kerana kami ini datang dari "out of nowhere" ianya menyusahkan kerajaan PH sebab tidak ada banyak yang mereka tahu pasal musuh mereka yang terbaru ini.

Fahmi Reza, sampaikanlah kepada pemimpin-pemimpin PH, bahawa SEDAR Malaysia tidak pernah gentar menghadap pemimpin-pemimpin PH. Sampaikanlah kepada pemimpin-pemimpin PH, bahawa ahli-ahli SEDAR Malaysia, yang mengatur strategi pertempuran untuk menjatuhkan kerajaan PH ini di gelanggang PRU nanti, bukanlah sama ahli politik sedia ada, yang mudah dibaca pergerakannya.

Fahmi Reza, minta jasa baik ingatkan pemimpin-pemimpin PH #apasudahjadi akan menjadi satu kempen yang menyatukan semua bangsa di bumi Malaysia ini dan menjadi pemangkin runtuhnya PH.

Fahmi Reza, sampaikan jemputan kami kepada pemimpin-pemimpin PH untuk hadir ke acara, Apa Sudah Jadi? Sesi Keluhan Rakyat pada 1 Mei 2019, dan juga Perhimpunan Aman Apa Sudah Jadi? 1 tahun 100 Hari pada 17 Ogos 2019 ini.

Fahmi Reza, nikmatilah kerajaan PH ini sementara ia masih ada, kerana ianya pasti akan tumbang. Selagi ada darah yang mengalir di tubuh kami, selagi nadi kami masih berdenyut, kami akan menunaikan tanggungjawab kami sebagai rakyat marhaen.

Terima kasih.

Gambar dari FreakingNews.

Statut Rom, Mahathir, Dan Hipokrasi Kita.

Alan Azlan | Statut Rom, Mahathir, dan Hipokrasi Kita

Sebelum korang nak expect aku tulis pasal undang undang ni secara substantif, maaf, bukan sekarang. Terlalu teknikal hujahan dia. Masa buat video dengan Lupi haritu pun asyik cut je sebab berbelit sangat sampai terbelit fringe rambut aku kalau nak olah satu satu macam aku argue dalam court sambil flip hair. Eh.



Aku ni sebenarnya dah lama perati je yang kemain fefeling penyokong hak asasi manusia, peguam rakyat la, penegak kebenaran la bagai.

Kita faham setiap orang ada hak memberi pandangan. Dan setiap pandangan tu boleh dikritik kalau kandungan pandangan tu pada pandangan si pengkritik tu khilaf dari sudut undang undang.

Tapi yang aku nampak kebanyakkan golongan suka fefeling pejuang segala mak nenek ni adalah sikap hipokrit sampai jadi tak adil dan tak objektif.

Punyalah benci pada Najib dan UMNO sampai semua benda yang jadi sekarang kemain salah depa. Semua bondo la kau nak politikkan. Rimas tau Jemah.

Pasal Statut Rom ni macam macam orang bagi pandangan. Tak kisah la. Itula cantiknya ilmu. Boleh berhujah dengan fakta.

Yang jadi tak cantiknya bila Mahathir tarik balik "accession" sebagai State Party, semua tiba tiba salahkan orang yang tentang.

Yang salahkan bani bani Melayu UMNO lain, tuduh macam macam kata taknak maju la bagai.

Yang salahkan institusi Raja Raja lain. Dah jadi macam thesis PhD aku tengok berjela jela pasal konsep Raja Berperlembagaan dari para peguam bijaksana kat Facebook mahupun Tumblr. Eh tak tak.

Pastu ada pulak leaked writeup dari para akademik. So sekali lagi professor professor tu jadi lauk makian. Siap suruh berhenti la. Pastu daripada kementerian cakap tengah siasat pasal diaorg.

HEYYY!

Korang ni semua lupa eh? Mahathir dah setuju mula-mula pastu dia withdraw. Dia bagi speech sikit nyatakan kekesalan dan keegoan mendayu dayu macam Siti Sarah dalam lagu Kesetian dia tu tiba tiba semua orang jadi bodoh.

Jadi bodoh sebab lupa yang kalau Mahathir berkuasa untuk setuju join sebagai State Party maka kuasa adalah pada dia untuk tarik diri.

Kenapa seekor makhluk halus berjambul pun takda nak cakap pasal ni?

Mahathir dulu boleh ubah Perlembagaan untuk tarik kuasa Raja Raja la, buang Tun Salleh Abas la, siap topple pemerintahan Najib kot, so kau rasa Mahathir tiba tiba datang la lemah gemalai tarian zapin dia untuk tak kuat sampai rasa 'terpaksa' tarik balik dari persetujuan untuk join Statut Rom tu.

Jangan la weyh jadi hipokrit sangat. Kalau kau rasa kau patut kritik orang-orang yang bertanggunjawab untuk Malaysia tarik balik, orang pertama yang kau patut kritik dulu adalah Mahathir.

Mahathir. Faham?

Kuasa kat dia. Apa pun keputusan semua dia yang bertanggungjawab.

Macam ICERD dulu bila kita tak ratify semua salahkan orang dalam Pembangkang yang tentang. Tapi orang yang berkuasa untuk buat keputusan akhir tu korang senyap je.

Sebab apa? Sebab kau tu semua taksub nauzubillahi min zalik.

Maaf cakap rata rata peguam peguam yang aku baca komen diaorang pun tak terlepas dari khilaf ni.

Takda sekor pun yang buka mulut kritik Mahathir. Sibuk salahkan yang lain. Siap nak suruh professor-professor tu letak jawatan la bagai.

Celah bedah mana yang kau perjuangkan kebebasan akademik terlalak lalak sampai terkeluar soprano Shafinaz Selamat kau tu sis?

Kita sebagai peguam ni, tugas moral kita adalah didik orang sekeliling kita dengan fakta atau pandangan yang adil. Bukan sebab kita terlalu taksub pada parti politik.

Bila peguam sendiri dari taksub dengan politik jadi penilaian dia akan dikaburi dengan pandangan peribadi dia yang bersifat biased pada parti politik yang dia suka.

Cuba kalau Najib yang withdraw dari Statut Rom ni. Kemain tergeliat melentik badan kau macam Farah Ann tu sambil maki-maki kan??

Sikit sikit salah Najib la salah UMNO la salah orang Melayu la. Maka dikau ulang lah ayat ayat itew tu sampai Abang Jamil mampos.

Jadi adil. Jadi objektif. Jangan jadi hipokrit.

Gagal Menjawab Hujah, Pengiring 'Bawa Lari' Syed Saddiq..

SOSMED | Di sosial media, Menteri Belia Dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman nampaknya menjadi sasaran ejekan netizens pro pembangkang.

Ini gara-gara kehadiran menteri itu ke pasar malam, ketika mengadakan kempen PRK Rantau.


Video mengenai kejadian itu juga tersebar meluas sejak Ahad.

Perkara itu didedahkan oleh seorang individu yang dikenali sebagai Nazrin Norani


"Abam nak cer sikit kat korang. Semalam kan, ada sorang menteri tu kan, konon-konon nak buat walkabout kat pasar malam Rantau.

Dihangkut segala pengiring dia, ada sebahagian tu datang dari jauh jadi pengiring dia. maklumlah, menteri kan, mesti la nak bodek. Gila kau menteri turun padang, pengikut tak turun.

Yang menteri tu pulak kan,dah hujung-hujung pasar malam tu, ternampak la geng SEDAR Malaysia tengah buat LIVE. Dia ingat, dia ramai, boleh la datang tegur kami. Dia fikir dia selamat.

Wahai adik menteri, ko silap dik. Abam ni, forum komunis dah gegar, kedutaan Jepun abam dah tegur. Setakat ko dik, ko bawak seluruh anggota KBS pun abam tak heran dik.

Abam baru tanya satu dua soalan, pengiring dia dah bawa lari. Sebab jawapan pertama dia aje dah buka diri dia untuk soalan follow up yang bakal membuatkan atuk mengamuk. Nasib baik pengiring dia bijak. Kalau tidak, tak tau la apa jadi .

Kira bijak la pengiring dia tu. Tau dah, si menteri bakal kena 'sembelih' in public,"
katanya di Facebook.


Video yang sama turut disebarkan oleh page SEDAR Malaysia - sebuah NGO yang dilihat anti Pakatan Harapan.

"Syed Saddiq yang cuba-cuba say hi dengan niat nak provoke kami. Mentang-mentanglah dia datang dengan ramai geng, kami pula hanya 8 orang. Dari jauh dia dah nampak signboard Badut Malaysia Baharu dan placard Apa Sudah Jadi?

Bila kami tanya pasal orang pasar malam di Pekan Rantau tu dah merungut, dia pergi konar pasal 60 tahun BN memerintah. Bila kita tibai dalam 60 tahun tu Tun M 22 tahun dia konar kata dulu ada sokongan kabinet padu.

Jawapan yang silap sebab bagi ruang dekat Presiden kami tembak dia. Bila rombongan dia tahu akan jadi lebih teruk kena tapau, cepat-cepat diorang bawa Syed Saddiq ni pergi.

Sorrylah YB kami dekat SEDAR Malaysia ni tak perlu gunakan kekerasan. Kami punya soalan dah cukup tajam. Next time meh lah singgah lagi bila nampak kami turun kempen.

Awal-awal dia tanya ini ke stiker yang viral semalam tu? Takde ke muka dia? Kami jawab coming soon.

Masa ni tak sempat record sebab Siti Zulaikha dan Melissa tengah sibuk temubual makcik yang mengeluh sebab meniaga teruk sangat. Ya keadaan sekarang sangat teruk.

Menteri menteri PH mana faham. Gaji mereka puluh-puluh ribu,"
kata pentadbir halaman itu.



Untuk rekod, SEDAR Malaysia ialah kumpulan NGO yang membuat pelekat badut 4 menteri Pakatan Harapan yang viral baru-baru ini. - 9 April 2019.


Selasa, 9 April 2019

Netizens Tepuk Tangan, Osman Sapian Letak Jawatan.

POLITIK | Perletakkan jawatan oleh Osman Sapian sebagai Menteri Besar Johor diraikan oleh netizens.

Di sosial media ramai pihak memuji kerajaan kerana mendengar keluhan rakyat.

Penyokong kerajaan dan pembangkang nampaknya tidak bersimpati terhadap Osman sebaliknya merayakan berita perletakkan jawatan itu bagaikan memperolehi satu kemenangan. 

Sesetengah juga sempat troll sebagai Menteri Besar Paling Singkat Dalam Sejarah..



Rekod Osman Sapian sebagai Menteri Besar Johor sangat mengecewakan dan beliau juga tidak disukai oleh penyokong Pakatan Harapan.

Osman seringkali membuat tindakan yang mana tindakan itu akan memperlihatkan kerajaan Pakatan Harapan adalah kerajaan yang bangang kerana melantik orang sepertinya menjadi Menteri Besar.

Daripada soal tipu sijil yang terpalit ke atas beberapa pimpinan Pakatan Harapan hinggalah kepada cara dia menanggani masalah yang berlaku di Johor - segalanya adalah mengecewakan.

Osman juga gagal menangkis serangan demi serangan yang dilancarkan pembangkang Johor ke atas pentadbiran negeri itu.

Pendek kata prestasi Osman Sapian sebagai Menteri Besar Johor adalah sangat memalukan dan jika dibiarkan akan menyusahkan Pakatan Harapan Johor.  

Untuk Osman yang akhirnya menyedari beliau tidak 'fit' kepada tugas Menteri Besar dan seterusnya akur dengan perletakkan jawatan, tahniah la. Kerusi Menteri Besar sememangnya bukan kerusi anda. Ia perlu diserahkan kepada yang lebih layak. - 9 April 2019.

Dituduh Menipu FELDA, Ini Jawapan Najib Kepada Kerajaan.

NAJIB RAZAK | i) Pagi tadi, FELDA di bawah kerajaan PH telah membuat laporan polis terhadap saya.

PH menuduh saya telah menipu FELDA untuk membeli kepentingan dalam syarikat Eagle High Plantations sehingga menyebabkan mereka mengalami kerugian.

Saya dah jangka PH akan menggunakan isu ini untuk menyerang saya.



Pada awal Februari, saya mahu kerajaan PH untuk mendedahkan "Put Option" untuk perjanjian pembelian ini tetapi mereka tetap bisu.

Pembelian itu dilengkapi dengan ‘put option’ yang membolehkan kita menjual semula kepentingan 37% ekuiti itu pada harga beli asal bersama dengan caj faedah tahunan 6% ditanggung oleh penjual Indonesia itu.

Dalam ertikata lain, kalau kita tak mahu teruskan pelaburan itu, kita boleh tuntut balik semua wang yang kita bayar bersama dengan faedah 6% setiap tahun.

Wang yang kita bayar dahulu juga dipinjam melalui bon dengan kaedah faedah 3.85%.

Ini bermakna, Jika syarikat itu berjaya dan harga sawit memulih, pelaburan ini akan untung lebih banyak.

Sebaliknya, kerajaan masih untung jika kita jual balik kerana faedah yang kita kenakan kepada mereka adalah lebih tinggi dari kos hutang kita.

Maka, wang rakyat TETAP TERPELIHARA dan kita tidak akan rugi - sekaligus membuktikan tomahan PH bahawa FELDA akan rugi dengan membeli Eagle High ialah satu lagi fitnah.

Sudah-sudah dengan menipu rakyat dengan memainkan propaganda untuk menyerang saya.

Dedahkan sahaja perjanjian pembelian itu.

Dan mengaku sahaja bahawa sebab utama FELDA mengalami kerugian besar sekarang ialah kerana harga sawit jatuh sehingga di bawah kos pengeluaran selepas PRU14.


ii) Ini adalah dari kertas putih FELDA kerajaan PH yang dibentang di Dewan Rakyat hari ini yang membuktikan wujudnya "Put Option".

Tuduhan dimedia dan laporan polis ialah saya telah menipu FELDA untuk membeli syarikat Indonesia Eagle High Plantations dan menyebabkan kerugian berbilion.

Tetapi apa yang ditulis di dalam kertas putih FELDA ialah pulangan minima 6% setiap tahun dari pembelian ini tak cukup tinggi!

 
Bukan rugi.

FELDA beli dengan harga dalam US Dollar, dan meminjam dalam matawang Ringgit dari kerajaan Malaysia, mereka pula nak bandingkan dengan kadar pulangan bon Indonesia pada kadar 8% dalam Rupiah?

Agak tak masuk akal perbandingan ini.

Kalau nak banding pun, bandinglah dengan bon US Dollar yang faedahnya 2% pada tahun itu ataupun kadar faedah 3.85% dalam Ringgit.

Laporan itu juga berkata bahawa pulangan BERSIH (makna untung selepas ditolak kos pinjaman) hanya 0.9% pada akhir tahun 2017 bermakna FELDA untung dengan pembelian ini - bukan rugi berbilion seperti yang di dakwa dalam media.

Satu yang mereka tuduh ialah untung bersih terjamin pada 1.05% terlalu rendah jika dibandingkan dengan kadar 1.10% yang diperlukan.

Kalau FELDA tidak melaksanakan pembelian ini, untung bersih 1.05% pun tak dapat. Dapat 0% je.

PH nak main propaganda di media tetapi terkantoi dengan sendirinya dalam kertas putih yang dikeluarkan oleh mereka.

Dalam ertikata lain dengan "Put Option" ini, kalau kita tak mahu teruskan pelaburan itu, kita boleh tuntut balik semua wang yang kita bayar bersama dengan faedah 6% setiap tahun.

Wang yang kita bayar dahulu juga dipinjam melalui bon dengan kaedah faedah 3.85%.

Ini bermakna, Jika syarikat itu berjaya dan harga sawit memulih, pelaburan ini akan untung lebih banyak.

(agaknya pada masa itu mereka akan puji saya atau tidak ataupun akan mengambil kredit seperti TRX yang sekarang dikatakan antara aset terbaik negara?)

Sebaliknya, kerajaan masih untung jika kita jual balik kerana faedah yang kita kenakan kepada mereka adalah lebih tinggi dari kos hutang kita.

Dengan "Put Option" ini, berapa harga setiap saham juga tidaklah penting kerana keuntungan kita sentiasa terjamin.

Maka, wang rakyat TETAP TERPELIHARA dan kita tidak akan rugi - sekaligus membuktikan tomahan PH bahawa FELDA akan rugi dengan membeli Eagle High ialah satu lagi fitnah.

Perlu juga ingat bahawa peluang untuk membeli kepentingan 37% dalam ladang kelapa sawit yang sudah ditanam dengan keluasan 4 kali ganda negara Singapura dengan harga RM2 bilion sahaja bukan senang untuk dicari. - 9 April 2019.

"Habiskan Apa Yang Anda Mulakan," - TMJ Cabar Perdana Menteri.

SEMASA |Nampaknya perseteruan TMJ dengan Perdana Menteri semakin memuncak apabila Tunku Mahkota Johor itu mencabar Tun Mahathir untuk menghabiskan apa yang pernah dimulakan oleh Perdana Menteri itu.

Terdahulu, Malaysiakini melaporkan kenyataan Dr Mahathir Mohamad yang berkata tiada siapa pun di negara ini yang berada di atas undang-undang dan ini termasuklah Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.


Tun Mahathir berkata demikian ketika menjawab soalan wartawan di lobi Parlimen.

“Dia boleh cakap seperti orang biasa, kita anggap dia orang biasa.

“Asalkan dia tidak buat kenyataan yang dianggap hasutan,”
katanya.

Tun Mahathir juga menegaskan pewaris Sultan Johor itu juga tidak akan terlepas daripada undang-undang jika melanggar peraturan.

“Kita akan mengambil tindakan terhadapnya, beliau tidak kebal undang-undang malah tiada siapa di Malaysia yang kebal undang-undang,” katanya.
Ditanya berhubung nasihatnya kepada Tunku Ismail sebelum ini supaya menyertai gelanggang politik, Mahathir berkata beliau boleh membuat pilihan sendiri.

"Jika dia mahu terlibat dalam politik, dia boleh, tidak ada apa yang boleh menghalang mana-mana warganegara daripada menyatakan pendapatnya. Dan dia adalah warganegara Malaysia, tidak lebih daripada itu," katanya lagi.


Menjawab kepada laporan Malaysiakini itu, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim kemudiannya seakan mencabar Perdana Menteri untuk mengambil tindakan terhadap dirinya.


"Sila. If i have to go down kerana mempertegakkan Perlembagaan/Constitution, Raja Raja Malayu, dan Islam. By all means. You know where to find me. Macam Rakyat biasa saya berhak tanya soalan dan beri pendapat. I’m all yours. Finish what you start," katanya kepada Tun Mahathir. 

Untuk rekod, perselisihan pendapat antara TMJ dan Tun Mahathir bermula sejak sebelum Pakatan Harapan memenangi pilihanraya umum ke 14 lagi. Ia sentiasa menjadi topik dan perbualan hangat dikalangan masyarakat. - 9 April 2019.

Keadaan Ekonomi Negara Menakutkan - Najib Razak..

NAJIB RAZAK | Ramai yang fokus kepada berita minggu lepas di mana eksport untuk bulan Februari jatuh 5.3% iaitu pada kadar diluar jangkaan kepada nilai terendah semenjak Ogos 2016.

Walaupun berita eksport itu menakutkan tetapi apa yang lebih seram ialah kejatuhan import sebanyak 9.4%.

Itu pun bukan yang paling menakutkan.


Saya lihat kepada kadar kejatuhan dalam Barangan Penggunaan iaitu barang-barang yang dibeli oleh Rakyat untuk penggunaan harian.

Kejatuhan bulan ke bulan untuk import barangan penggunaan bukan hanya pada bulan Februari sahaja.

Tetapi telah menjadi satu trend setelah menurun untuk 3 bulan berturut-turut dan trend ini bertambah kuat.

Disember - jatuh 0.8%
Januari - jatuh 1.0%
Februari - jatuh 11.6%

Lagi parah lagi ialah import untuk kategori barangan tahan lama yang jatuh 26.8% lagi dalam bulan Februari setelah jatuh 18.5% bulan Disember lalu.

Kategori barangan tahan lama bermaksud barang-barang seperti perkakas elektronik (komputer, henfon, peti sejuk, TV), perabot, perhiasan rumah dan sebagainya.

Biasanya permintaan untuk barangan tersebut adalah penanda kepada keyakinan dan daya membeli rakyat biasa.

Jika rakyat tidak yakin dengan keadaan ekonomi atau tidak ada wang lebihan, mereka tidak akan membeli barangan dalam kategori ini.

Saya juga lihat laporan dari Retail Group Malaysia yang melaporkan bahawa kadar pertumbuhan jualan runcit pada suku terakhir tahun 2018 adalah lebih rendah berbanding pada tempoh yang sama tahun 2017 walaupun SST telah menggantikan GST.

Retail Group Malaysia juga melaporkan bahawa penjualan untuk kategori pasar raya dan hypermarket telah susut 5% untuk tahun lepas dan kadar susustan dijangka bertambah teruk kepada 7.6% pada suku pertama tahun 2019.

Rangkuman dari semua laporan ini ialah Rakyat biasa sedang menghadapi tekanan keadaan ekonomi dan daya beli yang semakin merosot pada masa ini.

Trend juga menunjukkan tekanan ini sedang semakin bertambah teruk.

Ini bermakna tekanan dari ekonomi kapital yang merosot selepas PRU14 semakin beralih ke ekonomi Rakyat.

Pendek kata: jika tahun lepas susah, tahun ini bertambah susah lagi. - 9 April 2019.

Beli Bangunan Malaysia Di Hong Kong, Sambil Menyindir MP Ayer Hitam Cabar Bagan Tunjuk Bukti Kukuh..

WEE KA SIONG | Jawab Lim Guan Eng.

1. Semasa di Dewan Rakyat pada 2 April 2019, saya tanya samada Menteri Kewangan memperolehi HKD1.6 bilion daripada penjualan Bangunan Malaysia di Hong Kong menerusi tender terbuka. Esoknya, 3 April 2019, Guan Eng dengan bangganya menunjukkan surat yang menyatakan bahawa Kementerian Kewangan telah menerima surat daripada pembeli yang berminat untuk membeli hartanah tersebut dengan harga RM1.68 bilion.

2. Saya mendapati ianya hanyalah surat tunjuk minat pembeli yang ingin membeli hartanah tersebut pada harga RM1.6 bilion.

3. Apa yang ditunjukkan oleh Guan Eng itu bukanlah bukti kukuh atau surat tawaran rasmi. Ini kerana, sekiranya mana-mana pembeli berminat untuk menyertai proses tender terbuka, mereka perlu mengikut prosedur dengan membayar deposit sekurang-kurangnya 10% dari harga jualan atau 1% ke 2% wang jaminan (earnest deposit). Sekiranya Guan Eng mahu membuktikan ia sebagai surat tawaran, beliau juga sepatutnya menunjukkan bukti pembayaran deposit 10% atau 1% ke 2% wang jaminan. Namun, Lim Guan Eng terpaksa menunjukkan surat tunjuk minat tersebut bagi menutup malu serta mengelirukan orang ramai.

4. Sekali lagi saya mencabar Lim Guan Eng untuk menunjukkan :

(i) Laporan penilaian hartanah yang menyatakan harga pasaran semasa ialah RM1.6 bilion atau HKD3.2 bilion.

(ii) Surat tawaran jelas menyatakan harga rizab ialah RM1.6 bilion.

(iii) Perjanjian jual-beli termasuk perincian dan resit deposit.

5. Keahlian akauntan sementara (provisional) tidak sama tarafnya dengan akauntan profesional. Dengan menunjukkan surat minat untuk mendapatkan bangunan tersebut dengan harga RM1.6 bilion tidak bermaksud harga pemula bidaan yang ditetapkan dalam tender terbuka adalah RM1.6 bilion. - 9 April 2019.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...