Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Ahad, 7 April 2019

TH 'Rosak' Angkara Azeez, Kerajaan Kena Suntik Dana Selama 10 Tahun..

Saifudin Nasution | TABUNG HAJI

Ada 2 jenis pendeposit. Pertama yang simpan untuk pi Haji. Kedua yang simpan buat melabur. Simpanan dijamin kerajaan.



 
TH pula ada 2 bahagian. Pertama urusan Haji. Kedua pelaburan. Bab urusan Haji TH jaga dengan baik. Yang bermasalah ialah pelaburan TH.

Misalnya TH melabur dalam syarikat roti Hi5.. rugi. TH melabur dalam TH Engineering.. rugi. TH beli saham FGV felda. Beli RM4.60 sekarang tak sampai seringgit. Rugi. Senarainya panjang. Ringkasnya pelaburan TH rugi. Ada yang berjaya tapi keseluruhan pelaburan rugi.

Hibah atau dividen dibayar apakala TH untung. Jika rugi tak dapat lah TH bayar Hibah. Kelmarin (5 April 2019) diumum TH akan bayar Hibah untuk tahun kewangan 2018 sebanyak 1.25%. Untuk Hibah ini dibayar kerajaan sebenarnya terpaksa masukkan duit ke dalam TH. Pakej menyelamat ini selama 10 tahun tempoh ya. Setiap tahun kerajaan kena suntik duit dalam TH.

Juga setelah pelaburan yang rugi dipindahkan kepada SPV prokhas, syarikat menteri kewangan diperbadankan. Akaun TH jadi 'cantik'. Namun tidaklah cukup sihat untuk mampu bayar Hibah. Justeru kerajaan kena beri duit kepada TH dan hibah pun dapat dibayar.

Kenapa selama 3-4 tahun sebelum ini TH boleh bayar Hibah lebih tinggi? Kalau betul TH didakwa rugi kenapa boleh bayar hibah? Ada 2 cara;

1. TH manipulate Akaun untuk tunjuk TH untung


2. TH guna duit deposit yang orang ramai simpan untuk bayar hibah (dan subsidi Haji).


BNM tegur amalan TH bayar hibah bukan dari keuntungan pelaburan. Ini bertentangan akta TH. Zaman tu pm Najib dan Azeez Rahim berkuasa. Nasihat BNM tak didengar.

Mei 2018 kerajaan beralih tangan. TH diaudit semula dan angka-angka dan fakta-fakta kewangan TH sakit. Bahkan sakit teruk. Memulihkan TH khususnya pelaburan adalah keutamaan kerajaan. Hibah dan subsidi diteruskan biarpun kerajaan kena masukkan duit ke dalam TH.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...