Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 2 Julai 2020

Surat Minta Jawatan GLC Sahih Tetapi Ia Bukannya Jenayah Kata EXCO Pemuda PPBM.

SOSMED | EXCO PPBM, Muzammil Ismail mengesahkan surat tuntutan jawatan GLC seperti yang tersebar di sosial media adalah sahih.


Bagaimanapun beliau menafikan kewujudan sebarang unsur salahlaku dalam tuntutan itu.

"Surat itu tiada satu patah perkataan yang bercanggah dengan undang-undang atau integriti mahupun merasuah," katanya dalam kenyataan itu.

Surat itu didapati viral sejak petang tadi dan menyebabkan Muzammil dikecam sebahagian penyokong PH terutamanya dari PPBM.

Timbul juga beberapa persoalan bagaimana surat sulit itu boleh tersebar sedangkan ia sepatutnya berada di tangan pihak yang bekerja dengan Menteri Besar Kedah.

Berikut kenyataan penuh;

1. Saya mengambil maklum berkenaan penularan satu surat yang dikaitkan dengan saya kepada YAB Menteri Besar Kedah.

2. Surat itu tiada satu patah perkataan yang bercanggah dengan undang-undang atau integriti mahupun merasuah. 

3. Saya berpendapat penyebaran surat berkenaan yang dikaitkan dengan saya itu tidak lebih daripada tindakan zalim pihak tertentu yang cuba untuk memburukkan imej saya apatah lagi ketika parti akan berhadapan pemilihan tidak lama lagi dan pendirian menyokong kerajaan hari ini. 

4. Perbuatan ini hanyalah berniat hasad dendam dan menimbulkan fitnah serta prejudis terhadap saya terutama dalam waktu sekarang. Saya tidak berkecil hati, saya berdoa Allah lembutkan hati mereka yang berniat jahat pada saya. 

5. Fokus utama saya sekarang adalah membantu kerajaan dan rakyat melalui khidmat politik dan profesionalisma saya.

Muzzammil Ismail

Rabu, 1 Julai 2020

BERSATU Dilayan Bagaikan Sampah Dalam PN - A. Kadir Jasin.

A. Kadir Jasin | 1. Inilah nasib PPBM setelah dibangsatkan oleh Muhyiddin Mohd Yassin dan konco-konconya. 

2. Semakin hari semakin dihina dan dipersendakan lebih teruk daripada melukut di tepi gantang. 


3. Sekecil-kecil melukut pun masih berguna untuk makanan ayam, itik dan burung pipit. 

4. Banyak pihak yang pedulikan kepada PPBM telah memberi amaran bahawa panglima-panglima perang Umno akan melayan Bersatu macam sampah apabila mereka terhidu kuasa.

5. Sekarang Umno amat berpengaruh dalam kerajaan Perikatan Nasional yang Muhyiddin sendiri mengaku tidak dipilih oleh rakyat jelata.

6. Atau hasutan bekas-bekas pemimpin Umno yang berpaling tadah dan pemimpin-pemimpin PKR yang bencikan Anwar Ibrahim, Muhyiddin membawa Bersatu keluar Pakatan Harapan. 

7. Dalam PH, Bersatu diterima dan dilayan sebagai rakan sama rata. Dalam PN ciptaan Muhyiddin sendiri, Bersatu dilayan macam sampah oleh Muafakat Nasional.

8. Nur Jazlan mungkin bilis dalam Umno, tapi sentimen yang dia suarakan adalah sentimen majoriti pemimpin dan akar umbi Umno. 

9. Kalau akar umbi Umno masih tidak selesa dengan kerjasama dengan Pas dalam MN, buat apa mereka sekarang hendak terima Bersatu dengan tangan terbuka?

10. Yang mereka mahu adalah Bersatu hanyut atau pemimpin Bersatu macam Muhyiddin dan Hamzah Zainuddin kembali menyertai Umno. 

Wallahuaklam. Terima kasih.

Isu Terowong, Najib Jawab 5 Fakta DAP.

Najib Razak | Kan saya dah beri amaran awal-awal bahawa Guan Eng akan guna propaganda "menang" saman RPK untuk menipu penyokong-penyokong mereka?


Saya jawab satu-persatu.

NOMBOR 1)
Kertas siasatan SPRM terbongkar merakamkan pengakuan pemilik syarikat terowong berkata projek itu telahpun dijanji akan diberi kepada mereka SEBELUM tender dibuka. Lagipun, itu bukan proses tender. Ianya proses RFP (Request for Proposal) yang bukan tender.

NOMBOR 2)
Guan Eng menipu! SPRM tak pernah berkata pada November 2018 bahawa siasatan terowong telah berakhir dan tidak akan ada apa-apa pertuduhan atas projek ini.

Malah pada Mac 2019, SPRM mengeluarkan kenyataan bahawa 6 kertas siasatan kes terowong MASIH terbuka:
https://www.sprm.gov.my/index.php/arkib-kenyataan-media/3283-sprm-buka-6-kertas-siasatan-berkaitan-projek-terowong-dasar-laut-pulau-pinang

Pada April 2019, seorang ahli perniagaan didakwa dalam mahkamah kerana menerima bayaran RM19 juta dari syarikat terowong dalam cubaan untuk menghentikan siasatan SPRM.
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2019/04/548339/terowong-pulau-pinang-ahli-perniagaan-didakwa-tipu-rm19-juta

Pada Sep 2019, ketua SPRM Latheefa Koya juga berkata kes terowong masih aktif dan masih dalam siasatan.

"6 Sep 2019: Pressed for undersea tunnel probe report, MACC says such info confidential while cases active"

https://www.malaymail.com/news/malaysia/2019/09/06/pressed-for-undersea-tunnel-probe-report-macc-says-such-info-confidential-w/1787880

Tang mana bahawa siasatan sudah siap pada November 2018 seperti dikata Guan Eng hari ini?

NOMBOR 3) 
Guan Eng juga memfitnah SPRM dalam kenyataannya. 

SPRM tak buat laporan polis kerana fitnah.

SPRM buat laporan polis kerana kertas siasatan mereka yang mengandungi pengakuan boss syarikat terowong telah memberi pelbagai rasuah kepada pemimpin-pemimpin DAP telah terbocor.

Eh.. langsung tak bijak Guan Eng ni.

Kenapa SPRM perlu ambil kisah jika projek terowong kesayangan Guan Eng difitnah?

NOMBOR 4) 
Guan Eng saman RPK di Malaysia sedangkan RPK di UK. Sebab itu, Guan Eng "menang" kes dimahkamah kerana RPK langsung tak hirau kes.  Sebab RPK tak cabar kes di Malaysia ini, mahkamah telah perintah Guan Eng menang kes saman fitnah dia dengan cara penghakiman terus (summary judgment) tanpa perbicaraan.
https://www.facebook.com/najibrazak/posts/10157172653910952

NOMBOR 5)
Jika ianya projek pembangunan penting, kenapa pulak tiada kerja pembinaan pernah bermula sejak projek itu diberi kerajaan DAP 7 tahun dahulu pada tahun 2013?
https://www.facebook.com/najibrazak/posts/10157172514220952

------
Posting Guan Eng.
https://www.facebook.com/127235530639890/posts/3603797892983619/?d=n

Posting DAP:
https://www.facebook.com/DAPPulauPinang/photos/a.10152176403419129/10160337123649129/

DAP Pulau Pinang Jawab Isu Projek Terowong Dasar Laut.

KENYATAAN MEDIA DAP PULAU PINANG BERTARIKH 1 JULAI 2020

Berikut ialah lima FAKTA tentang projek terowong bawah dasar laut yang telah dicanang oleh parti lawan sebagai senjata politik terhadap pemimpin DAP dan Kerajaan Pakatan Harapan (PH) Pulau Pinang.


Fakta 1

Projek terowong bawah dasar laut ini telah dilaksanakan sepenuh-penuhnya melalui TENDER TERBUKA selaras dengan dasar Cekap, Akauntabiliti dan Telus (CAT) Kerajaan PH Pulau Pinang. Tender terbuka disyor oleh Transparency International sebagai langkah berkesan mencegah rasuah.

Fakta 2

Projek ini telah disiasat oleh SPRM sejak 2017 dan sehingga kini tiada sebarang salahlaku didapati berlaku. Malah selepas siasatan lanjut, pada November 2018, SPRM telah mengeluarkan surat kepada syarikat yang didakwa terlibat dalam salahlaku projek terowong, iaitu Construction Zenith Construction (CZC), menyatakan bahawa siasatan telah selesai dan tiada sebarang pertuduhan dibuat.

Rujukan: https://www.thestar.com.my/news/nation/2019/04/18/firm-in-penang-undersea-tunnel-project-cleared-by-macc/

Fakta 3

Pada Mac 2019, blogger pro-BN Raja Petra Kamaruddin (RPK) telah membuat fitnah berdasarkan dokumen palsu tentang projek tersebut. SPRM ketika itu telah membuat laporan polis terhadap RPK.

Rujukan: https://www.malaysiakini.com/news/466258

Fakta 4

Pada 28 Februari 2020, LGE telah menang saman fitnah di Mahkamah Tinggi terhadap RPK dalam isu yang sama, di mana RPK tidak berani hadir di mahkamah. 

Rujukan: https://www.sinarharian.com.my/article/71873/BERITA/Mahkamah/Isu-terowong-Guan-Eng-menang-saman-Raja-Petra

Fakta 5

Projek terowong dasar laut merupakan projek pembangunan untuk memajukan negeri Pulau Pinang, khususnya di daerah Seberang Perai Utara. Dengan projek ini, Seberang Perai Utara akan dihubungkan dengan kawasan Pulau seperti daerah Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan.

DAP Pulau Pinang

Selasa, 30 Jun 2020

Penjelasan Isu Abraj Dijual Pada Nilai RM100K.

Mohd Fauzi Mohd Azmi | Penjelasan Ringkas Isu TH - Abraj Sdn Bhd.

Lembaga Tabung Haji (TH) merujuk kepada perkara yang dibangkitkan berkenaan Abraj Sdn Bhd di media sosial hari ini dan ingin membuat penjelasan berikut :-

1. Abraj adalah syarikat usaha sama 50:50 yang ditubuhkan pada bulan November 2009 sebagai sebahagian dari pelaburan dalam industri hartanah. Syarikat usaha sama ini memiliki tiga buah bangunan pejabat di Cyberjaya, Selangor.

2. Pada awal penubuhannya, Abraj telah menunjukkan prestasi yang baik dan telah memberi dividen kepada pemegang sahamnya kerana kesemua ruang bangunan telah disewa sepenuhnya. 

3. Kedudukan kewangan Abraj mula terkesan sejak 2015 dan ianya tidak mampu menjana pendapatan yang cukup untuk membayar pinjaman Bank. Ini disebabkan salah satu penyewa utama telah berpindah ke tempat lain menyebabkan satu bangunan kosong sehingga hari ini. Ia telah menyebabkan TH menanggung kerugian rosot nilai pelaburan berjumlah RM40.25 juta dalam tahun 2019.

4. TH telah memutuskan untuk menjual syarikat berkenaan pada nilai RM96 juta. Pembeli akan membayar RM100,000 secara tunai dan mengambil alih tanggungan syarikat termasuk bayaran balik pinjaman bank yang berjumlah RM192 juta. - 30 Jun 2020.

Tiada Kerjasama Pintu Belakang PKR & Anwar Bersama Muhyiddin Yassin Dan Hamzah.

KENYATAAN MEDIA
30 Jun 2020

MENJAWAB TOHMAHAN


Saya ingin merujuk dan menjawab tohmahan segelintir kumpulan kononnya saya sedang merencana dengan beberapa watak pengkhianat. 

Ingin saya tegaskan ia ternyata helah kelompok yang kemaruk kuasa. Fitnah akan dijadikan dalih dan alasan mereka bertapak. 

Saya tidak berkomplot di belakang seperti sesetengah pihak yang lain.

Ia tidak pernah dibincang dalam KEADILAN atau di peringkat Pakatan Harapan, dan tidak dibangkitkan dalam pertemuan saya dengan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin atau Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainuddin.

Maka saya membantah sekerasnya dakwaan tersebut.

ANWAR IBRAHIM

Penjualan 50% Pegangan TH Dalam Abraj Sdn Bhd Sebanyak RM100k Dipersoalkan.

POLITIK | Penganalisis politik pro kerajaan Abdul Rahim Hilmi Zakariya, mempersoalkan keputusan kerajaan terdahulu yang meluluskan penjualan 50% pegangan TH dalam Abraj sebanyak RM100,000.

"Ketar lutut saya apabila menerima salinan surat ini. Ini adalah surat pengesahan daripada Tabung Haji bahawa Menteri Agama (PH) telah meluluskan penjualan 50% pegangan TH di dalam Abraj Sdn Bhd kepada pihak lain hanya dengan harga RM100 ribu," katanya dalam kenyataan itu.

Antara lain yang dipersoalkan ialah Abraj memiliki 3 buah bangunan di Cyberjaya dan penjualan pegangan sebanyak RM100,000 adalah tak masuk akal memandangkan kesemua bangunan itu dianggarkan bernilai RM300j pada tahun 2016.

"Macam mana Menteri boleh bersetuju dengan harga RM100 ribu bagi penjualan 50% pegangan syarikat ini adalah diluar kefahaman saya. Rumah kos rendah dekat Selayang pun lagi mahal," tulisnya lagi.

Pihak kami sedang menantikan penjelasan dari Dr. Mujahid Rawa yang dikaitkan dengan perkara itu.

Berikut adalah kenyataan penuh;

KISAH RM300 JUTA

Ketar lutut saya apabila menerima salinan surat ini. Ini adalah surat pengesahan daripada Tabung Haji bahawa Menteri Agama (PH) telah meluluskan penjualan 50% pegangan TH di dalam Abraj Sdn Bhd kepada pihak lain hanya dengan harga RM100 ribu.

Tuan- tuan tahu siapa Abraj Sdn Bhd?

1. Abraj adalah sebuah syarikat tujuan khas (SPV) yang ditubuhkan secara bersama oleh TH dan Amanah Raya Berhad (ARB) pada tahun 2010 dengan matlamat penerokaan pelaburan baru secara bersama.

2. Kedua dua TH dan ARB memiliki 40,225,000 unit saham menjadikan pegangan masing2 adalah 50:50. TH telah melabur sekitar RM45 juta sepanjang penubuhan Abraj Sdn Bhd.

3. Abraj kini adalah pemilik kepada 3 buah bangunan bernilai di Cyberjaya. Cyberjaya bodo eh bukan Kampung Pak Katak. 3 bangunan ini adalah MKN Embassy Techzone Blok A, MKN Embassy Techzone Blok B dan Bangunan Mustapha Kamal

4. Bangunan MKN Embassy tersebut didirikan di atas tanah seluas 4.1341 hektar dengan pegangan SELAMA-LAMANYA

5. Kesemua bangunan ini telah pun dinilai pada Disember 2016 dengan harga sekitar RM300 juta

6. Macammana Menteri boleh bersetuju dengan harga RM100 ribu bagi penjualan 50% pegangan syarikat ini adalah diluar kefahaman saya. Rumah kos rendah dekat Selayang pun lagi mahal.

7. Jika sekiranya berlaku masalah aliran tunai, atau sewaan tidak menggalakkan atau masalah kewangan, langkah paling wajar adalah penstrukturan korporat seperti pembiayaan semula dan rundingan kadar faedah dengan pemberi pinjaman baru. Kemudian diikuti penjenamaan korporat dan perubahan sistem yang sesuai dengan industri semasa.

Bukan jual jual jual

Ini ke cara berhemah dan berintegriti dalam menjaga aset umat Islam?

Satu lagi. Status ini adalah permulaan yang panjang untuk anda semua. Banyak lagi akan menyusul

Isnin, 29 Jun 2020

Akui Serba Salah Dengan Pencalonan Mukhriz Sebagai TPM Namun Itu Cadangan Mat Sabu, Guan Eng Kata Tun.

Kenyataan Media | MUKHRIZ SEBAGAI DPM 

 1. Saya sedar saya akan dikritik apabila menama anak saya Mukhriz sebagai Timbalan Perdana Menteri II. 


 2. Cadangan ini tidak datang dari saya. Dalam kenyataan bersama Mohamad bin Sabu, Ketua Parti Amanah dan Lim Guan Eng, DAP pada 22 Jun, pelantikan Mukhriz sebagai TPM II sudahpun disebut. 

 3. Saya berada dalam keadaan serba salah. Di waktu saya jadi Perdana Menteri kali pertama saya telah larang anak saya dari bergiat dalam politik, khusus sebagai ahli parti Kerajaan. Saya tidak hendak dituduh mengamal nepotisme, memberi keistimewaan kepada keluarga saya. 

 4. Tetapi apabila saya tidak lagi menjadi Perdana Menteri, tanggungjawab menjaga nama saya, tidak sepatutnya dipikul berterusan oleh anak saya. Mereka dibebas untuk berpolitik. Jaya atau tidaknya politik mereka bergantung kepada diri mereka. 

 5. Apabila nama Mukhriz dicadang untuk jawatan-jawatan tertentu, saya tidak ada hak untuk menentang kerana kepentingan diri saya. 

 6. Sama ada penjelasan saya ini dipercayai atau tidak, terpulanglah kepada masing-masing. Sudah tentu orang yang bermusuh dengan saya, akan bercakap sinis. Ini saya terima kerana memang pun ia adalah naluri manusia.

Ahad, 28 Jun 2020

Mahathir Kini Adalah Ahli Politik Yang Paling Dibenci Kata Isham Jalil.

DUA SEBAB MAHATHIR LANTIK SHAFIE APDAL SEBAGAI CALON PERDANA MENTERI KE-9
Oleh : Isham Jalil
Semalam Dr Mahathir mengumumkan cadangan beliau supaya Presiden Warisan, Shafie Apdal menjadi calon Perdana Menteri PH.

Mahathir kata DAP dan PAN sudah bersetuju dengan cadangan Shafie Apdal sebagai PM-9 ini.

Namun beberapa jam kemudian Presiden PAN, Mat Sabu, dan Setiausaha DAP, Lim Guan Eng mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa perkara di atas perlu dibincangkan di Majlis Presiden PH dahulu.

Ini kerana kebanyakan pemimpin-pemimpin PH tidak tahu menahu tentang hal ini dan mungkin tidak bersetuju dengan cadangan tersebut.

Ini termasuklah Mahfuz, Ahli Parlimen Pokok Sena dan bekas Timbalan Menteri PH yang kata dia tidak tahupun tentang hal Shafie Apdal sebagai PM-9 ini.


(Saya ingin sarankan kepada Mahfuz supaya mengikuti perkembangan politik semasa dan tidak hanya pergi mandi sungai dan petik petai sahaja).

Dan PKR dan Anwar Ibrahim yang masih dalam PH tentunya tidak bersetuju dengan cadangan Mahathir ini.

Ini termasuklah kerana Shafie Apdal adalah presiden parti yang terkecil dalam PH Plus (selepas "parti" Mahathir) dengan hanya 9 orang Ahli Parlimen.

Kedudukan Shafie dan Warisan pula adalah goyah dan semakin lemah di Sabah dengan beribu-ribu ahli Warisan telah keluar parti dan ramai wakil-wakil rakyat mereka semakin hilang keyakinan dengan kepimpinan Shafie.

Adakah ini akan menjadi tradisi PH di mana parti paling kecil dan terlemah akan memegang tampok pemerintahan dan menjadi Perdana Menteri?

Dan kuasa akan berada di tangan puak-puak kumpulan yang kecil ke arah politik oligarki atau plutokrasi?

Hakikatnya, Mahathir mengemukakan cadangan ini kerana dua sebab:

PERTAMA, Mahathir tidak yakin bahawa dia dan PH boleh mengambilalih kerajaan atau menang Pilihanraya Umum ke-15 dengan dia sebagai calon Perdana Menteri.

Dia pastinya sedar bahawa separuh daripada PH dan rata-rata rakyat Malaysia telah menolaknya dan dia telah menjadi ahli politik yang kini paling dibenci di Malaysia.

Laman Facebooknya ditimbuni dengan komen-komen negatif sehingga dia atau pegawai-pegawainya terpaksa memadam beribu-ribu komen negatif terhadapnya dan membiarkan hanya beberapa kerat komen positif sahaja.


Mahathir sendiri telah berkata yang dia perlu cari jalan lain untuk jadi Perdana Menteri setelah Anwar tidak bersetuju dengan cadangannya sebelum ini untuk menjadi PM-9 selama 6 bulan.

Oleh itu satu jalan penyelesaian baginya untuk masih berkuasa ialah dia perlu memerintah secara proksi iaitu dengan menggunakan Shafie Apdal sebagai boneka.

Dengan ini Mahathir masih akan jadi de-fakto Perdana Menteri dan berkuasa walaupun tidak memegang jawatan tersebut secara rasmi.

Dan kedudukan politik Shafie yang lemah beserta rekod kes rasuah melibatkan berbillion ringgit yang boleh dibuka semula menjadikannya calon yang paling sesuai untuk dieksploit oleh Mahathir sebagai boneka.

Mahathir telah menjatuhkan empat Perdana Menteri sebelum ini, Shafie Apdal tentunya lebih mudah untuk dikawal dan dijatuhkan olehnya jika tidak mendengar kata.

KEDUA, Mahathir tetap mahu anaknya Mukhriz menjadi Perdana Menteri, untuk ini dia (Mahathir) perlu mengangkat seorang Perdana Menteri yang akan memberi laluan kepada anaknya untuk menjadi Timbalan Perdana Menteri dahulu, walaupun anaknya terbukti lemah dan tidak layak dan berkali-kali kalah dalam pemilihan parti sebelum ini dan ditendang dari jawatan Menteri Besar Kedah sebanyak dua kali.

Shafie Apdal tentunya bersetuju dengan perjanjian untuk melantik Mukhriz sebagai Timbalan Perdana Menteri asalkan dia (Shafie) boleh jadi Perdana Menteri dahulu.

........

Jika kita ikut kehendak Mahathir maka Shafie Apdal yang terpalit dengan skandal rasuah berbillion ringgit dan Mukhriz yang lemah dan lesu akan memerintah negara ini di bawah telunjuk kleptokrat terbesar negara, Mahathir.

Dan mereka akan sama-sama menjunjung DAP sebagai rakan kongsi utama mereka yang akan mencorakkan dasar negara dan cara hidup rakyat.

Allah selamatkan Malaysia dari musibah ini.

ISHAM JALIL
28 Jun 2020
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...