Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 13 Oktober 2018

Kini Terbukti Segala Tohmahan Pakatan Terhadap KWSP Adalah Fitnah - Najib Razak.

NAJIB RAZAK | Baru-baru ini, apabila berbincang tentang pakej projek MRT2 yang dibatalkan, saya mengulas tentang kroni saya sebenar-sebenarnya ialah rakyat. Hari ini saya ingin mengulas lebih lanjut tentang isu ini terutama tentang KWSP.

Sepanjang masa ketika saya adalah PM, kebanyakan projek-projek besar dianugerahkan kepada syarikat-syarikat di mana pemegang-pemegang saham utama adalah institusi seperti Khazanah, KWSP, Tabung Haji, PNB dan sebagainya.

Manfaat dari polisi ini, nilai dan pulangan kepada simpanan rakyat di dalam tabung-tabung ini naik dengan baik.

Gambar - Najib Razak
Kecuali tahun 2015 dan 2016 di mana harga minyak dunia menjunam dan mengakibatkan prestasi Bursa Malaysia tidak begitu baik; secara umumnya kadar dividen KWSP naik hampir setiap tahun sehingga memperoleh dividen 6.9 peratus di mana untuk tahun lalu ia adalah tertinggi bagi tempoh 20 tahun.

Dalam tempoh saya menjadi PM, jumlah aset KWSP iaitu kekayaan rakyat naik dengan pesat dari RM342 bilion pada akhir tahun 2008 kepada RM810 bilion pada akhir 2017.

Semasa itu, saya tidak banyak campur tangan di dalam pengurusan KWSP seperti Perdana Menteri yang satu lagi tetapi saya cuba mencari dan memberi peluang kepada mereka kerana saya faham jika KWSP untung, rakyat yang untung.

Sekian lama, PH sering membuat tomahan terhadap KWSP untuk menakutkan rakyat dan untuk memburukkan kerajaan BN kononnya KWSP sudah lama bankrap, wang KWSP di salahguna ataupun dicuri dan dividen KWSP adalah angka yang palsu dan cuma angka rekaan sahaja.

Sebagai contoh, apabila kadar dividen untuk tahun 2016 diumumkan, tiga pemimpin PH iaitu Dr Dzulkefly Ahmad dari AMANAH, Wong Chen (PKR) dan Teresa Kok dari DAP membuat kenyataan bersama bahawa kadar dividen 5.7% untuk tahun itu adalah sangat rendah kerana mereka mendakwa wang KWSP telah digunakan untuk menyelamat 1MDB dan KWSP berdepan dengan masalah kewangan.

Ya, kadar dividen 5.7 peratus untuk tahun 2016 menurun berbanding 6.4 peratus untuk tahun 2015 tetapi ini ialah kerana prestasi Bursa Malaysia tahun itu tidak berapa baik akibat krisis kejatuhan harga minyak pada tahun itu.

Tetapi bila prestasi Bursa Malaysia memulih dan bertambah baik pada tahun 2017 dan kadar dividen untuk tahun itu diumumkan ialah 6.9 peratus, pemimpin-pemimpin PH pula menuduh bahawa kadar dividen ini palsu dan hanya gula-gula untuk pilihanraya.

Tidak kira kadar dividen naik atau turun, PH tidak melepaskan peluang untuk menyuntik tomahan dan fitnah bagi menghasut rakyat. Kebenaran tidak penting untuk mereka. Dan ramai terperdaya dengan fitnah mereka.

PH sudah mengambil alih kerajaan dan KWSP selama 5 bulan tetapi tidak ada sebarang dakwaan mahupun bukti sebagaimana tuduhan mereka selama ini tentang wang KWSP dan tentang dividen - sekaligus membuktikan segala tomahan-tomahan PH terhadap KWSP selama ini adalah fitnah.

Wang KWSP memang wujud dan tetap dimiliki oleh setiap pencarum.

Apapun, saya doa dan berharap kadar dividen KWSP akan terus naik di bawah pentadbiran kerajaan PH. - 13 Oktober 2018.

Kronologi Najib VS Lim Kit Siang - Mohamad Jamalee.

Mohamad Jamalee | NAJIB LAPOR NAJIB

Bagi yang tak mengikuti apa kisahnya, ini kronologi peristiwa:

1. Lim Kit Siang tuduh Najib terlibat pembunuhan Teoh Beng Hock, Altantuya dan Hussain Najadi.

2. Najib kata dia tak terlibat.

3. LKS tak puas hati dan kata akan minta gomen mulakan siasatan baru.

4. Najib kata dia setuju dan dia mohon ia dipercepatkan.

5. LKS u-turn kata dia takkan buat dan kalau Najib ikhlas, Najib sendiri dah biat siasatan masa dia PM.

6. Najib kata zaman dia PM memang ada siasatan dan siasatan dapati dia tak bersalah. Pembangkang masa tu juga yang tak puas hati. Kata mahkamah kena beli. Jadi buatlah sekarang ketika pembangkang dah jadi gomen.

7. LKS taichi lagi kata Najib tak faham dan tak rasional.

8. Najib boring, dia kata nanti dia suruh pembantu dia sendiri lapor pasal diri dia dekat polis.

Kesimpulan : Najib lapor Najib.

Ok. Kenapa den up pasal benda ni ada 2 sebab.

Pertamanya den faham rasa frustration orang menuduh kita bertahun-tahun, cerita buruk apa semua bagai tapi bukti satu apa pun yillek. Cerita pasal TP makan dedak amik dana apa benda semua ni dah selalu kena.

Dijaja cerita tu diseluruh pelusuk media sosial tapi bila diminta bukti, bersembunyi, taichi, pusing sana pusing sini. Dijemput datang ke pejabat untuk tengok akaun sendiri pun depa tak nak.

Its frustrating and annoying.

Keduanya, den menulis benda ni sebab Najib ni selalu dicop sebagai kepit dan 'no balls'. Meh den share sikit pandangan den.

Den antara orang yang sangat vokal menyokong Tun M di media sosial dulu semasa Tun serang Pak Lah. Lebih-lebih lagi dengan cerita Budak Tingkat 4, den pun berapi-api setuju Pak Lah step down.

Lepas tu Najib naik.

Den punya doa masa Najib naik tu cuma satu; "Berikan Malaysia seorang pemimpin sekuat Tun Dr Mahathir."

Yes, awal tu den macam korang jugak. Mashaa Allah lembiknya Najib ni. Tak garang, tak vokal, kepit-kepit, ucapan pun tak ummphh..

Den sebagai advokator untuk sejarah Melayu diangkat dan segala yang termaktub di dalam perlembagaan diperkasakan, pada awalnya amatlah tak puas hati dengan Najib ni.

Tapi apa yang mengubah persepsi den adalah fakta bahawa Najib ni bab ekonomi (ada orang panggil Najibnomics) dan bab 'foreign diplomacy' tersangatlah power.

Den tengok fakta-fakta ekonomi:

- Zaman Najib rizab negara naik malah pegangan ekuiti PNB yang mewakili Bumiputera pun naik.


- SSM mencatatkan kenaikan jumlah syarikat Bumiputera tumbuh macam cendawan.


- Banyak agensi-agensi usahawan Bumiputera dan dana disediakan.


- Bantuan kewangan kepada marhaen bawahan termasuk nelayan, petani dan peladang banyak diberikan yang rata-ratanya Bumiputera dapat.


- Skim perumahan dilaksanakan.


- Pusat pendidikan yang fokus pada TVET, Kolej Komuniti dan sebagainya diwujudkan sebagai sebahagian bantuan Bumiputera.


- Najib pun mengamalkan sikap terbuka, dari aspek berdagang sampailah aspek kebebasan bersuara.


- Hubungan antarabangsa menjadi baik.


- Dan macam-macam lagi.


Den dan keluarga memang beza kehidupannya. Dari keluarga susah, alhamdulillah den, adik, arwah abang, bapak dan mama, kehidupan bertambah baik.

Benda tu buat den fikir...

Pemimpin yang kuat ni tak semestinya dia kena pandai berucap, suara kena degor-degor, ayat kena tajam dan lantang. Pemimpin yang baik ni adalah pemimpin yabg buat kerja.

Yang tunjukkan melalui kerja-kerja yang dia buat dan persetankan apa orang nak cakap pasal diri dia.

Eh bukan calang-calang orang dapat reverse timebomb negara, beli balik semua IPP dan konsesi tol yang berat sebelah tau. Tumpu pada prasarana dan infra rakyat, dan bukan gedung-gedung elit untuk orang kaya-kaya saja nikmati. Bukan semua pemimpin yang nak kongsi kekayaan negara dengan rakyat tau.

Bertahun-tahun pemimpin negara cerita pasal GST tapi tak berani buat, dia selamba buat walaupun tau tak popular tetapi sangatlah perlu untuk memastikan ekonomi negara pacu ke depan. Rata-rata bisnes berkembang bawah dia.

Itu yang buat den akui Najib ni pemimpin yang baik.

Bukan pemimpin terbaik sepanjang zaman, bukan tak ada cacat cela, bukan tak ada kelemahan. Tapi overall, dia jaga Malaysia dan rakyatnya dengan baik.

Kalah Najib ni bab persepsi dan imej je lah. Nampak lembik.

Lebih teruk lagi orang keliling dia dan orang yang dapat segala kemudahan sebab diorang pun tak backup dia. Plus pasal 1MDB tulah yang den masih berpegang pada kepercayaan den bahawa its a corporate shit. Nothing more nothing less.

Pada den sekurang-kurangnya Najib tak senyapkan apa yang jadi macam syarikat-syarikat besar lain yang lepas di bail out pun gagal. Najib tukar Arul Kanda untuk jaga dan bisnes mula nak nampak kembali ok.

Tapi tulah.. Sayangnya baru nak tunjukkan hasil optimum lepas siap TRX. Tak sempat..

Apa pun, ni dia dah lapang, kerjanya kuat troll pulak. Tajam pulak tu.

Hari ni troll level dewa-dewa, NAJIB LAPOR NAJIB.

Good luck DS. - 13 Oktober 2018.

Menjawab Mahathir Kononnya Lebuhraya Tanpa Tol Mustahil Dilakukan Di Malaysia - Khairul Azri.

Khairul Azri | Lebuhraya Tanpa Tol Mustahil?

BALI - Pembinaan lebuh raya tanpa mengenakan kutipan tol tidak mungkin dapat diwujudkan, kata Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dr Mahathir mendedahkan beliau sebenarnya tidak bersetuju dengan ikrar lebuh raya bebas tol yang terkandung dalam manifesto pilihan raya Pakatan Harapan.

"Kami mewujudkan manifesto itu dengan memikirkan bahawa kami tidak akan menjadi kerajaan. Sekarang kami adalah kerajaan dan manifesto ini merupakan beban yang besar.

"Tetapi pada masa itu, saya menentang. Saya tahu, untuk mengadakan laluan percuma… ia tidak boleh (dilakukan). Satu-satunya cara untuk mengadakan laluan percuma dan tiada tol adalah dengan menaikkan harga petrol,"
katanya kepada Bernama dan RTM di akhir Perhimpunan Pemimpin-pemimpin Asean di sini pada Khamis.

Sumber : http://www.sinarharian.com.my/…/mahathir-tidak-setuju-ikrar…

1. Kami memang dah tahu tuan tuan semua berbohong semasa membentangkan manifesto, sebab ianya sangat tidak masuk akal dari sudut ekonomi dan polisi fiskal pengurusan sebuah negara.




2. Cuma kami juga tidak akan lupa bahawa ketika zaman PM ke 6, beliau telah menghapuskan 11 plaza tol sejak beliau menjadi Perdana Menteri pada 2009.

Tiada lagi plaza tol di Teluk Kapas Klang Utara; Metramac; Batu 9, Lebuh Raya Cheras-Kajang; Batu 11, Lebuh Raya Cheras-Kajang; Jambatan Lanang, Sibu; Jam­batan ASEAN, Baram; Jam­­batan Salahuddin, Ku­ching; Batu Tiga; Sungai Rasau; Bukit Kayu Hitam dan Lebuhraya Penyebaran Timur Johor Bahru (EDL).

3. Selain menghapuskan tol sedia ada, terdapat juga beberapa lebuhraya yang telah dan sedang dibina tanpa tol dizaman PM ke 6.

Contohnya, Rawang Bypass, Lebuh Raya CSR Kota Bharu-Pahang dan Lebuhraya Pan Borneo.

4. Malah sejak 2005 tiada lagi kenaikan tol dilaksanakan oleh kerajaan dan syarikat Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) di kesemua lebuh rayanya, lebih-lebih lagi apabila konsesi lebuhraya tersebut telah dimiliki oleh KWSP dan Khazanah melalui UEMS pada tahun 2010.

* Nota Kaki : Untuk rekod,KWSP memegang 49% saham lebuhraya PLUS, manakala baki 51% saham lebuhraya PLUS dimiliki oleh Khazanah melalui UEMS.

5. Ohh, sebelum terlupa harga petrol di zaman PM ke 6 ini juga pernah turun serendah RM1.60 seliter dan menjadi antara petrol yang dijual pada harga runcit terendah di dunia ketika itu, namun lebuhraya yang terlibat dan sedang dibina kekal percuma dan masih percuma hingga kini.

6. Kesimpulannya, membina lebuhraya dan mengadakan laluan percuma tanpa tol tanpa perlu menaikkan harga petrol adalah bukan benda mustahil jika sebuah kerajaan itu bijak merancang polisi fiskal ekonomi negara.

Sekian.

p/s: 55:13

Rujukan :


Manifesto PH: BR1M dikekalkan, tol dihapuskan
https://www.bharian.com.my/…/manifesto-ph-br1m-dikekalkan-t…

Tanpa tol diharap beban sara hidup berkurang
http://www.utusan.com.my/…/tanpa-tol-diharap-beban-sara-hid…

Tol Batu Tiga, Sungai Rasau berakhir tengah malam ini
https://www.bharian.com.my/…/tol-batu-tiga-sungai-rasau-ber…

Kerajaan mampu sedia lebuh raya tanpa tol
http://www.astroawani.com/…/kerajaan-mampu-sedia-lebuh-raya…

Harga minyak Mac: RON95 turun 15 sen kepada RM1.60
http://www.astroawani.com/…/harga-minyak-mac-ron95-turun-15…

Pengambilalihan PLUS oleh UEM-KWSP Menguntungkan Semua Pihak Yang Berkepentingan
https://goo.gl/rNjTCq

Promosikan LGBTQ, KDN Beri Amaran Pada Oriental Daily.

MALAYSIAKINI | Kementerian Dalam Negeri (KDN) menghantar surat amaran kepada sebuah akhbar berbahasa Cina kerana menerbitkan wawancara dengan aktivis Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT), Chong Yee Shan.

Malaysiakini melihat salinan surat bertarikh 21 Sept yang dihantar kepada Oriental Daily dan turut disahkan oleh sumber yang rapat mengenai perkara itu.

Ketua Editor Oriental Daily, Puah You Lai enggan mengulas mengenainya manakala usaha Malaysiakini mendapatkan respon daripada kementerian tidak berhasil.

Gambar - Malaysiakini
Artikel dua halaman tersebut bertajuk "Chong Yee Shan Sokong Komuniti LGBTQ Dengan Meningkatkan Kesedaran Mereka Tentang Hak Undang-Undang" yang diterbitkan pada 18 September lalu.

Di dalam surat yang dilihat Malaysiakini, akhbar harian itu diberi amaran kerana menerbitkan artikel yang mempromosikan "budaya subversif" homoseksual.

Surat itu mengatakan ini melanggar garis panduan kementerian di bawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (PPPA).

Selain itu, ia menyatakan bahawa akhbar itu dilarang daripada "mempromosikan gaya hidup hedonistik yang bertentangan ajaran agama dan masyarakat yang beradab seperti homoseksual, heteroseksual, sumbang mahram, penyalahgunaan dadah, black metal, punk dan budaya skin head seperti garis panduan ditetapkan dalam Perkara 4.1.6.

"Oleh itu, Oriental Daily ditegur supaya mengelakkan kandungan yang serupa diterbitkan pada masa akan datang dan memastikan ia mematuhi terma dan garis panduan penerbitan," katanya.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Aziz Jamman tidak menjawab panggilan telefon dan mesej daripada Malaysiakini untuk ditanya berhubung perkara itu sementara pembantunya memberitahu supaya menyemak dengan pegawai kementerian.

Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kini sedang bercuti kerana masalah kesihatan.

Sementara itu, Chong kesal kesal dengan kehadiran surat amaran itu dan mengatakan bahawa ia bertentangan dengan kebebasan bersuara.

Beliau juga menyatakan rasa kecewa kerana tiada perubahan dilakukan Pakatan Harapan terhadap nasib masyarakat LGBTQ selepas mendapat kuasa.

"Saya fikir ada perubahan. Tapi, apabila isu LGBTQ tidak ada yang berbeza dari era BN. Saya bengang. Saya bimbang ia akan mengakibatkan media mengamalkan penapisan sendiri," kata aktivis itu kepada Malaysiakini.

Sebelum pilihan raya umum ke-14 (PRU14), HARAPAN berjanji memansuhkan beberapa undang-undang yang dianggap menindas termasuk PPPA.

Dalam sidang parlimen yang lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Liew Vui Keong menyatakan bahawa kerajaan sedang mengkaji sama ada untuk memansuhkan, meminda atau menggantikan PPPA. - 13 Oktober 2018.

Manifesto PH Ditulis Dengan Niat Nak Menipu Rakyat Sindir Najib Kepada Mahathir.

NAJIB RAZAK | Semalam kecoh pengakuan Pengerusi Pakatan Harapan bahawa masa mereka tulis manifesto mereka dulu, mereka tak sangka akan menang, jadi sekarang ia jadi beban.

Biar saya tolong translate, maksud sebenar mereka adalah manifesto itu ditulis dengan niat nak menipu rakyat, tanpa niat pun nak tunaikan.


Dia ibarat, pemuda yang sedang cuba nak pikat gadis, berjanji bulan dan bintang, tapi lepas dapat dan kahwin, habuk pun tak ada.

Berbeza dengan Barisan Nasional. Kita buat manifesto memang dengan niat untuk tunaikan.

Di sebalik sindiran Janji Dicapati oleh pembangkang dulu, rekod kita menunjukkan sebahagian besar janji memang kita telah tunaikan.

Ini Manifesto PH, tak cuba pun nak tunaikan, sebaliknya cari alasan. Membina Negara Memenuhi Harapan dah jadi Membinasakan Negara Memusnahkan Harapan.

Saya kongsi sedikit, semasa penyediaan manifesto BN dulu, saya berbincang dengan hampir semua menteri besar dan ketua menteri, dengan semua kementerian, untuk lihat apa lagi yang boleh kita berikan kepada rakyat, berdasarkan kemampuan kewangan negara.

Hanya beberapa jam sebelum pengumuman, saya masih meneliti dan membetulkan manifesto, sampai ada pengumuman seperti tambahan BR1M ditambah betul-betul last minute, ada pegawai saya sendiri pun terkejut semasa saya umum.

Sama macam bajet tahunan, bila merangka manifesto ini, saya sentiasa berpegang kepada firman Allah SWT dalam Surah Al-Maidah Ayat 1;

"Wahai orang yang beriman, penuhi serta sempurnakanlah perjanjian-perjanjian.”

Wallahu'alam. - 13 Oktober 2018.

Penjelasan Fitnah Yang Kononnya Palestine & HAMAS Sambut #Oktoberfest.

Nadir Al-Nuri | PESTA ARAK BEBAS DI PALESTIN, JANGAN JADI TALIBAN DI MALAYSIA?
 
Saya jarang menulis post menyerang, tetapi kadangkala jahil berlapis perlu ditunjuk-ajar.

Dalam Bahasa Arab jahil jenis ini dipanggil jahil murakkab, orang yang tidak tahu dan bersungguh-sungguh menunjukkan kebodohannya.



Orang yang tidak tahu, tetapi menggunakan hujah jahilnya untuk membela maksiat dan salahlaku.

Post dibawah ini dikongsikan seorang sahabat, yang meminta saya memberikan komen.

Soalan yang pertama, adakah benar di Palestin diadakan Pesta Arak, dihadiri orang kenamaan dan dibenarkan untuk diadakan?

Jawapannya ya!

Hah? Biar betul?

Betul, tetapi ia tidak dibuat di seluruh Palestin, tetapi diadakan di Ramallah dan di Tebing Barat.

Soalan kedua, bukankah ia di Palestin? Jadi apa yang sedang saya bela?

Ya, ia di Palestin tetapi ia tidak menggambarkan semangat dan roh Palestin. Kenapa?

Jawapannya mudah, kerana yang memerintah dan berkuasa di sana ialah Palestinian Authority, kerajaan sekular dan pro-Zionis yang tidak membawa aspirasi pembebasan Al-Aqsa.

Dikata pula HAMAS tidak menentang maksiat ini kerana memahami toleransi bersama kafir zimmi, jizyah dan toleransi agama? Di sana tidak ada lebai dan penunggang agama?

Di sini nampak bodohnya!

Kerana hakikat yang semua penduduk Palestin tahu, HAMAS berkuasa di Gaza sejak 2006 dan sejak itu mereka mencegah segala bentuk perbuatan maksiat secara terbuka, khususnya yang dihalang semua agama seperti meminum arak dan menggunakan dadah.

Padahal sebelum tahun 2006, Gaza juga adalah kawasan penuh kemungkaran, dipenuhi kelab malam dan pesta maksiat, tetapi ia dibersihkan secara fizikal dan spiritual apabila diperintah oleh HAMAS, malah banyak dengan kekerasan.

Jangan sedap mulut menyebut Syeikh Yusuf Al-Qardhawi tidak menentang maksiat dan mungkar, dan melabel parti lain ala Taliban dan ISIS.

Hakikatnya kalian para liberal dan musuh agama di dalam selimut yang sedang rosak menormalisasikan kemusnahan dan kemungkaran agar diterima oleh masyarakat!

Baca post yang dijawab di sini :

 

👇👇👇👇👇
Meh aku cerita pasal OktoberFest di Palestine..di Bandar Ramallah, bandar Suci Ummat Islam.. Di Palestine ada satu Kilang dan jenama arak tempatan yang Popular dengan nama "Taybeh Beer".. nama pun Taybeh.. kat sini kita takda jenama tempatan....

Taybeh Beer ini adalah penaja rasmi Otoberfest di Bandar Ramallah setiap tahun, Tahun ni mereka lebih awal sambut Oktoberfest iaitu pada 8 September.. Taybeh Beer ada Kilang yang dimiliki anak tempatan, produk mereka di Expot keluar Negara..

Setiap Tahun Oktoberfest disana diadakan sebagai Pesta dan majlis keramaian di tempat terbuka, bukan saja orang dewasa, ia juga disertai tokoh agama dan Politik, malah kanak kanak.. , ada pesta makanan, Kosert,tarian, pameran produk penduduk tempatan dan jadi acara dari kalendar pelancongan Palestine..

Baiknya kita disini, walaupun muslim hanya 60%.. Pengajuran Oktoberfest lebih ketat dari Palestine yang muslimnya 95% seperti Dubai dan Qatar.. Di Malaysia ia hanya disertai bukan Islam dan orang dewasa.. dan dibuat dikawasan tertutup..

Cuma bezanya.. Dekat sana takda lebai pejual dan pedagang agama, orang agama disana lebih faqih dari sini.. kat sana takda Ulama dan Pemimpin Hamas buat demo bantah pesta arak..

sebabnya Kalau di Palestine mereka faham sejarah Khalifah Umar dan Cukai Jizyah/Usyur kepada ahlu Dzimmah dan mereka yg datang dari Dar harb.... ada sebahagian Ulama berpandangan bukan cukai, tetapi Khalifah Umar mengambil keuntungan dari nilai jualan arak dan Babi sama seperti Sin Tax melibatkan Rokok dan Judi.. harga mahal sebab Kerajaan ambil sebahagian keuntungan dari nilai Rokok dan arak..

Sebab ramai tokoh gerakan Islam Dunia Arab mereka ni faham Fiqh dalam pemerintahan.. Termasuk lah Qatar tempat Yusuf Qaradawi menetap..

depa tak macam lebai2 PAS.. sebab PAS ikut Fiqh Kitab Taliban dan Ulama Khalifah Abu Bakar El Baghdadi pemimpin ISIS dan Taliban sebagai rujukan pemerintahan.. :) - 13 Oktober 2018.

Menteri Kini Tak Boleh Bawa Pasangan Jika Lawatan Kerja Kurang 7 Hari.

BERNAMA | Kabinet memutuskan untuk tidak membenarkan anggota jemaah menteri membawa pasangan masing-masing ke luar negara sekiranya lawatan kerja rasmi kurang daripada tujuh hari, kata Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Beliau berkata arahan itu yang berkuat kuasa serta-merta merupakan satu langkah penjimatan dalam perbelanjaan awam.


"Kalau lawatan kerja dalam 1-2 hari itu, tidak boleh lagi bawa isteri dan tidak lagi ditanggung kerajaan," katanya pada program Bicara Minda bertajuk Ekonomi: Kesejahteraan Untuk Semua di Dewan Karangkraf di Shah Alam semalam.

Ketika ditemui pemberita selepas program itu, Mohamed Azmin berkata arahan itu diputuskan Kabinet sebab berpandangan bahawa lawatan kerja rasmi adalah bersifat kerja dan tidak perlu melibatkan anggota keluarga khususnya isteri.

"Antara garis panduan yang ditetapkan adalah sekiranya lawatan kerja kurang tujuh hari, maka menteri itu boleh pergi dengan dua orang pegawai sahaja (ke luar negara).

"Kalau (menggunakan) perbelanjaan sendiri dan lawatan kurang tujuh hari, menteri tersebut boleh bawa (isteri),"
katanya.

Mohamed Azmin berkata anggota jemaah menteri dibenarkan membawa pasangan masing-masing sekiranya lawatan kerja itu melebihi tujuh hari.

Beliau bagaimanapun berkata arahan tersebut tidak tertakluk kepada perdana menteri berikutan isterinya perlu menjalankan tugas sebagai isteri perdana menteri di negara yang dilawatinya. - 13 Oktober 2018.

Jumaat, 12 Oktober 2018

PAS Difitnah Terima 2.5 Juta Wang UMNO Kata MB Kelantan.

BERNAMA | DAKWAAN pemindahan RM2.5 juta kononnya daripada Umno kepada PAS dengan sumber wang itu kemungkinan daripada dana 1MDB yang diseleweng, yang dimainkan pihak tertentu mutakhir ini hanya sekadar andaian dan fitnah, kata Timbalan Mursyidul Am PAS Ahmad Yaakob.
Menteri Besar Kelantan, Ahmad Yaakob.
Ahmad yang juga Menteri Besar Kelantan berkata perbuatan itu bertujuan untuk menimbulkan suasana yang tidak sihat, apatah lagi Umno kini seolah-olah tidak mendapat tempat dalam arena politik sekarang.

“Apa yang saya mahu katakan PAS tidak pernah menerima bantuan dana daripada Umno. Kita kerja sendiri dan wang diperolehi hasil derma penyokong. Kalau (dakwa) dapat daripada Umno ia adalah tidak tepat,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Ekspo Tani dan Ekspo Hijau di Dataran Stadium Sultan Muhammad IV di Kota Bharu hari ini.

Ahmad diminta mengulas tindakan Pemuda Amanah Terengganu yang membuat laporan polis pada Ahad lepas mendesak siasatan segera selepas tersebarnya salinan transaksi kononnya Umno telah memindahkan sejumlah RM2.5 juta kepada PAS dengan sumber wang itu kemungkinan daripada dana 1MDB yang diseleweng. - 11 Oktober 2018.

Khamis, 11 Oktober 2018

Tempat Raja Atas Takhta Bukan Dalam Bilik Lembaga. - A. Kadir Jasin.

A.KADIR JASIN | HAKIKAT bahawa Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V, menawarkan jawatan Perdana Menteri kepada Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sudah pun diperkatakan secara meluas selepas Pakatan Harapan (PH) menang Pilihan Raya Umum (PRU) 9 Mei lalu.

Wan Azizah sendiri pernah mendedahkannya tidak lama selepas PRU tersebut.


A.Kadir Jasin
Namun begitu, tindakan beliau mengulangi hal itu ketika berucap kepada rakyat Malaysia di Jakarta semalam adalah berguna kerana bukan semua orang tahu dan faham peristiwa yang terjadi pada malam 9-10 Mei itu.

Wan Azizah dilaporkan oleh akhbar New Straits Times sebagai berkata, Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V membuat tawaran tersebut kerana beliau (Wan Azizah) ketika itu adalah Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang simbolnya digunakan oleh Pakatan Harapan (PH) sebagai simbol tunggal untuk pilihan raya.

“Bagaimana pun saya menolak tawaran itu kerana saya memegang janji kita, iaitu Tun Dr Mahathir (Mohamad) akan menjadi Perdana Menteri dan saya timbalan beliau,” katanya di majlis yang diadakan di Kedutaan Malaysia di ibu negara Indonesia itu.

Pengesahan dan ulang sebut ini penting kerana rakyat, khususnya pengundi yang memilih PH, berhak mengetahui tindak balas Yang di-Pertuan Agong terhadap keputusan mereka memilih PH.

Dalam manifesto PH dan kempen-kempennya dinyatakan dengan jelas bahawa jika parti itu menang maka yang akan menjadi Perdana Menteri ialah Dr Mahathir.

Di dalam manifesto yang sama dinyatakan juga bahawa selepas Dr Mahathir maka yang akan menjadi Perdana Menteri ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Memanglah pada waktu kemenangan PH itu ketua parti ialah Wan Azizah dan parti-parti PH memutuskan untuk mengguna lambang PKR setelah usaha mereka mendaftar dan menggunakan lambang PH digagalkan oleh Pendaftar Pertubuhan.

Secara konvensyen, ketua parti yang menang diangkat menjadi Perdana Menteri. Tetapi di sisi undang-undang, mana-mana ahli dewan yang mendapat sokongan majoriti anggota Dewan Rakyat boleh dilantik menjadi Perdana Menteri.

Bagaimanapun dalam konteks PRU ke-14, persetujuan telah pun dicapai awal-awal lagi dan dihebahkan kepada umum bahawa yang akan menjadi Perdana Menteri bukanlah ketua parti (PKR) tapi Dr Mahathir yang merupakan pengerusi PH.

Jadi rakyat tahu dan satu dunia juga tahu bahawa calon Perdana Menteri ialah Dr Mahathir dan bukan orang lain.

Cuma timbul persoalan kerana tiga bulan sebelum PRU 9 Mei, Istana Kelantan telah menarik balik gelaran Darjah Kerabat (DK) Al-Yunusi Kelantan yang dianugerahkan kepada Dr Mahathir.

Gelaran itu diberikan oleh bekas Sultan Kelantan,Sultan Ismail Petra ibni al-Marhum Sultan Yahya Petra. Baginda adalah ayahanda kepada Sultan Muhammad V dan masih hidup.

Penarikan balik darjah tertinggi Kelantan itu dilihat sebagai penolakan terhadap Dr Mahathir oleh Istana Kelantan. Adalah menjadi pengetahuan umum bahawa beberapa orang sultan secara tersurat dan tersirat “berkempen” menghalang kepulangan Dr Mahathir ke arena politik tanah air.


Saya menyokong ulang sebut Dr Wan Azizah itu kerana ia memperjelaskan dan mengesahkan apa yang menjadi tekaan orang ramai pada malam 9 dan 10 Mei 2018.

Setiap perkataan yang dikeluarkan dan gerak tubuh (body language) yang dipamerkan pada saat genting itu perlu dirakamkan secara rasmi agar menjadi panduan kepada kerajaan yang ada hari ini dan petunjuk bagi generasi akan datang.

Pada malam itu rakyat Malaysia mengubah sejarah yang tiada siapa pun boleh menghalangnya.

Alhamdulillah itulah yang terjadi.

Akhir kalam:

“Rahmat bahagia
Tuhan kurniakan
Raja Kita
Selamat bertakhta.”

Tempat Raja atas takhta bukan dalam bilik lembaga.

Wallahuaklam.

#MRT2, Bukan Pasal Nak Jimat Tapi Cara Nak Samun Kontrak - Ab Jalil Backer.

Ab Jalil Backer |MRT2 : Bukan Soal Jimat Tapi Cara Menyamun Kontrak

1. Tony Pua menulis panjang lebar menyalahkan MMC-Gamuda kerana tidak lagi mahu berunding menurunkan kos membina laluan bawah tanah untuk MRT2.

Gambar Screen Shot - Ab Jalil Backer
2. Beliau menyalahkan MMC-Gamuda kerana tidak mahu berkongsi data mengenai projek dengan pihak konsultan yang dilantik bagi mengesahkan kos sebenar kontrak.

3. Perunding beliau mendakwa projek tersebut boleh dikurangkan kos sehingga sekitar RM4.5 bilion.

4. Kerajaan juga menyatakan akan membuat tender terbuka antarabangsa bagi menjimatkan kos laluan bawah tanah.

5. Persoalan pertama kita ialah siapakah perunding kerajaan? Apakah perunding sama yang dibayar beratus juta hanya untuk “konsultasi” terowong Pulau Pinang?

6. Kedua, MMC-Gamuda memenangi tender terbuka antarabangsa bagi projek ini. (http://www.theedgemarkets.com/…/mmc-gamuda-bags-largest-mrt…). Jadi apa kejadah kerajaan hendak buat tender terbuka lagi?

7. Ketiga, MMC-Gamuda menang tender terbuka bermakna data dan butiran projek sememangnya ada pada kerajaan. Jadi apa sebab kerajaan dakwa MMC-Gamuda tidak bekerjasama memberi data.

8. Apakah perunding yang dilantik cuba mendapatkan maklumat pembekal dan teknikal projek yang menjadi rahsia syarikat supaya memudahkan kontraktor baharu bakal dilantik menyambung kerja dan pintas jalan mudah penyelidikan dan kajian awal?

9. Keseluruhan naratif kerajaan dalam isu MRT2 soal penjimatan adalah untuk menyedapkan telinga rakyat tapi di belakang tabir rakyat melihat ia adalah cubaan “menyamun” kontrak. - 11 Oktober 2018.

Ezam Tegur Anwar & Keluarga Ke Sana Sini Menggunakan Jet Ahli Perniagaan Perjudian.. #Anwar4PD

KENYATAAN AKHBAR HISBAH | 1.Minggu lalu, dalam minggu pertama kempen PRK PD kita mendapat laporan mengenai penggunaan aset dan jentera kerajaan khususnya didalam sesi-sesi kempen melibatkan calon Dato Seri Anwar Ibrahim dari Pakatan Harapan, koalisi yang menguasai kerajaan hari ini.
Anwar Naik Jet
Gambar - Twitterer Datuk Jahat
2.Dalam minggu ke 2 kempen ini pula Hisbah sendiri mendapat laporan mengenai penggunaan aset2 ahli perniagaan oleh calon yang sama Dato Seri Anwar Ibrahim.Beliau juga merupakan suami kepada Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail.

3.Hisbah memandang serius hal ini kerana laporan ini dibuat terhadap suami kepada Timbalan Perdana Menteri yang mendokong sebuah kerajaan baru yang membuat komitmen melaksanakan reform dan pembaharuan.

4.Negara dan rakyat Malaysia baru sahaja keluar daripada sebuah pentadbiran yang melakukan banyak kesalahan besar menyalahgunakan pengaruh dan kedudukan membabitkan Perdana Menteri dan isteri.Apakah rakyat harus hadapi kisah yang sama membabitkan TPM dan suami?Kisah keluarga yang berkuasa dan berkepentingan.

4.Didalam laporan terperinci termasuk foto yang sebahagian sudah tular di media sosial, suami kepada Timbalan Perdana Menteri yang juga merupakan Presiden sebuah parti pemerintah telah dilaporkan menggunakan sekurang-kurangnya 4 jet pesawat peribadi kepunyaan 4 ahli perniagaan besar (tycoon) didalam perjalananan dalam dan luar negeri semenjak isteri beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri.

5.Anak kepada Timbalan Perdana Menteri, Nurul Izzah Anwar yang juga merupakan seorang ahli parlimen juga disebut didalam laporan itu secara berasingan menggunakan pesawat peribadi kepunyaan ahli perniagaan juga.
Ezam Nor Tegur Anwar
Ezam Nor - Gambar Google
6.Lebih mengejutkan apabila salah satu dari pesawat peribadi itu adalah kepunyaan keluarga seorang ahli perniagaan yang terkenal dalam aktiviti perjudian dan pernah dihukum tahun lepas kerana terlibat didalam aktiviti perjudian.

7.Laporan Hisbah juga mendapati Datuk Seri Anwar menggunakan asset berupa sebuah rumah banglo yang mempunyai sejumlah 25 bilik di kawasan perumahan mewah di Petaling Jaya dan menjadikan aset itu sebagai pejabat peribadi beliau sejak beberapa bulan ini.

8.Adalah amat malang sekiranya laporan ini benar kerana ianya bukan sahaja akan menjejaskan reputasi sebuah kerajaan baharu yang mahu melaksanakan reform malah akan mewujudkan persoalan pertindihan kepentingan (conflict of interest) yang merupakan perkara asas didalam urustadbir baik sebuah pentadbiran yang pro reform.

9.Maka Hisbah meminta kerajaan hari ini mengambil serius perkara ini dan melakukan langkah2 pembetulan segera demi nama baik kerajaan baru yang berteraskan reform ini.

10.Hisbah ingin mengingatkan pimpinan yang diberi mandat oleh rakyat dan amanah oleh Allah swt agar benar2 jujur melaksanakan kebaikan dan pembaharuan sesuai janji2 mereka sebelum berkuasa dan tidak menjadikan komitmen itu hanya sekadar umpan politik semasa pilihanraya dan menghumbannya sebaik menang dan mendapat kuasa.

11.Dalam pada itu Hisbah mengalu2kan kenyataan tegas dari Pengerusi SPR yang baru mengenai tata etika semasa kempen PRK PD.Dalam hal yang sama Hisbah juga ingin menegur calon PH Dato Seri Anwar Ibrahim yang menempelak saranan Pengerusi SPR itu.Ianya satu sikap salah dan tidak melambangkan ciri2 seorang pemimpin berjiwa besar dan pro reform.

Mohamad Ezam Mohd Nor
Pengerusi Hisbah

Ganti Bas Kepada GrabCar, Idea Tony Pua Terlalu Tolol! - Faris Jamaluddin

FarisJamalludin FJ | Jadah apa ganti feeder bus MRT dengan Grab. Penasihat Menteri faham tak apa beza bas dengan kereta?

Tujuan ada bas yang mempunyai laluan yang berangkai dari stesen MRT ke kawasan berpenduduk padat atau pusat perniagaan yang menjadi tumpuan pekerja adalah untuk mengurangkan jumlah dan penggunaan kenderaan persendirian di jalan raya.


Itu tujuan sistem pengangkutan awam.
Bila ada bas kau boleh sumbat 30 ke 40 orang sekali jalan. Itu adalah bersamaan dengan 10 buah kereta berkurangan diatas jalan raya. Ia juga bermakna kurang 10 buah kereta persendirian yang menjadi sumber pelepasan karbon. Itu baru satu bas.

Bila tok menteri gantikan bas dengan Grab, you wont get the 1:10 volume anymore. Were back to square one whereas the road is clogged with more cars.

Sepatutnya yang dibuat adalah menambah jumlah bas, menambah rangkaian laluan, dan memperbaiki masa perjalanan bas.

Kita ambil contoh Sungai Petani yang mana stesen KTM nya setiap hari penuh sebab orang SP ramai pi gheja kat Bagan dan Tanjong di Pulau Pinang sana. KTM tu sedikit sebanyak berjaya mengurangkan kebergantungan kenderaan persendirian tapi boleh diperbaiki lagi dengan mengadakan sistem jaringan bas bandar seluruh Sungai Petani yang menjadi feeder untuk KTM SP.

Tapi sebab bas takdak semua kerumun stesen KTM Sungai Petani tu dengan kereta persendirian macam semut.

Isu sama dekat Lembah Klang. Tambah saja jumlah bas dan perluas laluan bas tersebut sampai masuk dalam kawasan perumahan pun tak apa. Wujudkan jumlah bas yang mampu buat kekerapan trip setiap 10 minit sekali, then baru jumlah orang guna pengangkutan awam meningkat, jumlah ridership MRT meningkat, jumlah kenderaan persendirian di jalan raya berkurang.

Kita boleh tengok macam mana bas feeder digunakan sepenuhnya untuk jaringan MRT kawasan Cheras yang mewujudkan kemudahan kepada penduduk awam sekitar Bandar Permaisuri dan Bandar Tun Razak yang mana mereka boleh gunakan jaringan perhubungan ini untuk keseluruh Lembah Klang.

Jadi tambah feeder bus.

Bukan tambah Grab.

Ini belum cerita bantahan dari pengusaha teksi lagi ni.

Apapun, idea Grab ganti bas itu adalah idea paling bodoh yang dikemukan oleh anjing kerajaan. Bravo anjing. Patutlah urus ekonomi pun gagal, benda semudah kemudahan awam pun tak reti nak buat polis yang bagus.

Tolol molek.

Siasat Juga Wang 90j & 200j Yang Masuk Ke Dalam Akaun Pimpinan PAS Kata Husam Kepada PDRM..

MALAYSIAKINI | Naib Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Senator Husam Musa meminta pihak polis supaya turut menyiasat dakwaan beliau mengenai penyaluran wang kepada pemimpin PAS seperti yang didedahkan sebelum ini.

Gambar - Malaysiakini
Menurutnya, sudah tiba masanya perkara itu disiasat untuk pendedahan umum.

"Saya berharap polis akan menyiasat dakwaan pemimpin PAS melalui pihak-pihak tertentu sebelum ini, melalui Affin Bank yang saya sebutkan sebelum ini.

"Jumlahnya antara RM90 juta hingga RM200 juta, supaya perkara ini juga disiasat dan jika belum ada laporan polis dibuat bolehlah mana-mana pihak buat laporan polis.

"Bila saya bangkitkan perkara ini, PAS mengugut untuk menyaman saya tetapi sekarang ini sudah tiba masanya perkara seperti ini perlu didedahkan kepada rakyat,"
katanya kepada media selepas merasmikan majlis penutup program Senario Jenayah Komersial peringkat Jabatan Pendidikan Negeri di Kota Bharu, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim yang menyatakan komitmen untuk meneliti laporan berhubung dakwaan menyaluran wang RM2.5 juta daripada Umno kepada PAS.

Terdahulu, Husam yang juga pengerusi Pakatan Harapan Kelantan mendakwa beliau mempunyai butiran berkaitan dana RM90 juta yang didakwa ada kaitan dengan PAS.

PAS bagaimanapun menafikan perkara itu dengan menyifatkan ia satu tuduhan jahat.

Sementara itu Husam berkata, parti politik mempunyai peranan besar dalam sesebuah negara dan sekiranya ada unsur-unsur penerimaan wang sehingga menjejaskan prinsip parti-parti tertentu dalam menentang penyelewengan perbuatan ini perlu dibanteras.

"Ini kerana parti politik sangat besar peranannya, kalau mereka termakan suapan sehingga menjejaskan prinsip perjuangan dalam menjaga keharmonian dan perjalanan negara yang baik, maknanya negara kita terbuka kepada ancaman penyelewengan yang lebih serius di masa akan datang," katanya. - 11 Oktober 2018.

Kritik Dr Mujahid, PU Syed Luahkan Kekecewaan Diberikan Amaran Oleh ASTRO.

MALAYSIAKINI | Juara Pencetus Ummah (PU) 2015, Syed Bakri berkata dia berdepan suasana yang berbeza sekarang berbanding semasa BN menjadi kerajaan Malaysia.

Katanya disebabkan teguran yang diberikan kepada Pakatan Harapan (HARAPAN) penerbit program realiti itu, Astro, mengeluarkan teguran kepadanya.



Menurut Syed Bakri dia diminta memperlahankan “teguran” yang dibuat ke atas kerajaan.

"Berbeza masa BN memerintah dulu, ambe (saya) ada juga membuat teguran yang hampir sama, tetapi Astro tidak pula berbunyi," katanya melalui media sosial.

Kata peserta yang dikenali dengan nama PU Syed itu jemputan untuknya menyertai satu forum juga dibatalkan, didakwa kerana gagal dalam tapisan.

Dia mendakwa langkah itu dibuat hasil "teguran" dan desakan panas di pihak kerajaan.

Bagaimanapun untuk nota Malaysiakini tidak dapat mengesahkan secara bebas dakwaan Syed Bakri tersebut.

Nak serah piala

Justeru kata Syed Bakri, dia akan menerima teguran tersebut demi mengelak kesannya terkena kepada peserta PU lain.

“Jika dengan asbab (sebab) tulisan PU ada dekat depan nama dan jadi tergendala untuk ambe nak nyatakan kebenaran, ambe akan buang gelaran ini.

"Ianya tiada apa makna selain menggambarkan identiti melepasi atau berjaya masuk ke program ini sahaja.

“Jika nak ambe serahkan kembali piala yang dimenangi juga ambe sanggup,”
katanya.

Meski pun tidak dinyatakan secara jelas kritikan yang dibuat, dipercayai kenyataan Syed Bakri itu merujuk kepada pandangan diberikannya terhadap laporan berita mengenai operasi antikhalwat yang memetik temu bual akhbar The Star dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mujahid Yusof.

Melalui mesej video yang dirakam itu peserta yang mempunyai nama sebenar Syed Mohd Bakri Syed Ishak itu menggesa Mujahid meletak jawatan.

Katanya, Mujahid tidak mampu menanggung jawatan berkenaan bagi mengurus maslahat umat Islam.

Syed Bakri turut menggesa Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk memberi teguran yang sewajarnya kepada menteri-menterinya.

Selain itu, Syed Bakri turut pernah mengkritik Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengambil pendekatan memakai pakaian dan penutup kepala dengan perlambangan agama semasa berkempen di kuil Hindu di Port Dickson, Negeri Sembilan pada 29 September lalu.

Bagaimanapun untuk rekod akhbar The Star sudah mengeluarkan penjelasan mengenai laporan yang memetik temu bual Mujahid tersebut.

Dalam pada itu, Syed Bakri turut meluahkan kekesalannya terhadap Astro kerana didakwanya mengambil pendirian berat sebelah berhubung isu terbabit.

Rakyat Malaysia Bersuara Mengenai Pemahsuhan Hukuman Mati Untuk Penjenayah Kes Berat.

The Malaysian Insight | Ketika aktivis hak asasi manusia meraikan rancangan kerajaan untuk memansuhkan hukuman mati, kebanyakan rakyat Malaysian menggunakan media sosial meluahkan kebimbangan mereka langkah itu akan membawa kepada insiden jenayah kejam dan pengedaran dadah lebih teruk.
sdf
Gambar - Google
Bekas presiden Badan Peguam Ambiga Sreenevasan, yang juga ahli Jawatankuasa Pembaharuan Institusi, merupakan antara aktivis terkenal yang memuji Putrajaya berhubung langkah itu.

Ambiga Sreenevasan@Ambiga_S : On #WorldDayAgainstTheDeathPenalty there is good news coming out of Malaysia. Minister announced that we will be abolishing the death penalty for all offences. Bravo to the reforming government.Let Malaysia lead the way in the region.

Peguam hak asasi manusia terkenal Eric Paulsen (@EricPaulsen101) turut mengucapkan syabas di Twitter.

Eric Paulsen@EricPaulsen101 : Syabas! Death penalty is the ultimate human rights violation & has no place in any civilised society.

Di Facebook, aktivis dan peguam Siti Kasim menulis: “Alhamdulillah..tiba masa untuk kembali kepada kemanusiaan. Kematian adalah daripada Tuhan jika anda percaya, dan bukan manusia semata-mata. “

Semalam, menteri undang-undang Liew Vui Keong mengumumkan Putrajaya akan membentangkan usul untuk memansuhkan hukuman mati pada sidang Parlimen akan datang, yang bermula pada Isnin.

Liew berkata sehingga hukuman mati dimansuhkan, tempoh moratorium dibuat sementara.

Namun ketika berita itu dialu-alukan oleh aktivis tempatan dan antarabangsa, kebanyakan rakyat Malaysia meluahkan rasa terkejut dan kecewa.

Pengguna Facebook Guanmeng Goh berkata hukuman mati perlu dikekalkan kerana tanpanya, penjenayah tidak akan takut.

Muhammad Fadzil Mustafa turut memberi komen di Facebook : “Berita sedih kepada keluarga mangsa penyeksaan dan pembunuhan oleh penjenayah, semuanya atas nama politik.”

Pengguna Facebook Zzu Uzz menyifatkan keputusan Putrajaya sebagai “satu lagi kebodohan menteri PH”.

“Bayangkan isteri kamu diperkosa dan dibunuh seperti mendiang Canny Ong, dan anak kamu dirogol, diseksa secara seksual dengan kejam sehingga mati seperti Nurin Jazlin.”
Ong, 27 diculik di tempat parkir sebuah pusat membeli belah di Bangsar, dirogol dan ditikam sehingga mati pada Jun 2003. Pembunuhnya Ahmad Najib Aris bertindak meletakkan mayatnya di sebuah lubang di satu lebuh raya dan kembali semula keesokan harinya untuk membakar mayat berkenaan. Najib dihukum gantung sampai mati pada September 2016.

Nurin Jazlin Jazimin berusia lapan tahun ketika diculik di sebuah pasar berhampiran rumahnya di Kuala Lumpur pada Ogos 2007. Mayatnya ditemui dalam keadaan bogel di dalam sebuah beg berhampiran sebuah kedai sebulan kemudian.

Timun dan terung ditemui disumbat dalam kemaluannya, menyebabkan rektumnya pecah. Ia membawa kepada jangkitan kuman yang menyebabkan kematiannya. Pembunuhnya tidak ditemui sehingga kini.

“Hukuman mati kerana merogol, pedofilia, pengedaran dadah dan pembunuhan perlu dikekalkan,” kata pengguna Facebook Shaimi King.

Seorang lagi pengguna Facebook Steven Low berkata pengedar dadah dan pembunuh pasti meraikan berita itu, manakala Malvinder Dhaliwal mengatakan kadar jenayah “pasti meningkat” dan mempersoalkan mengapa pembayar cukai perlu memberi makan kepada penjenayah di penjara.

“Saya tidak setuju dengan pemansuhan hukuman mati! Saya tidak mahu wang cukai saya digunakan untuk beri makan kepada barbarian - pembunuh, perogol, pengedar dadah dll!!” kata Edwin Lau.

Sze ung Hui turut bersetuju hukuman mati dikekalkan kerana “sesetengah manusia tidak layak hidup di muka bumi.”

Bagaimanapun segelintir pengguna media sosial sangsi dengan pengumuman itu, dan berkata mereka menjangkakan Putrajaya akan membuat pusingan-U berhubung pemansuhan itu jika terlalu banyak tentangan daripada masyarakat.

“Mula-mula pengumuman. Kemudian bantahan. Kemudian ‘pembetulan’. Saya akan tunggu ia akan berlaku,” kata DrDoom (@krug88) di Twitter. - 11 Oktober 2018.

Rabu, 10 Oktober 2018

Penjelasan Isu MRT2 & 20,000 Hilang Kerja Dari Pro Kerajaan. #SaveMRT2 #PrayForMRT2

Faruq Omar | Mari kita belajar building contract sikit. Kenali basic provisions yang selalu ada dalam contract seperti dibawah :

a) consequential loss
b) termination/suspension for convenience by client
c) insurance requirement i.e Comprehensive General Liability- to be fulfilled by contractor
d) payment for work performed up until the date of termination
e) technical/commercial clarification
f) local content
 

Okay sekarang kita sentuh isu MRT2.
Secara asasnya, client akan ada rights to terminate for convenience. and bila Client excercises item (b) diatas, Client shall not be liable to any consequential loss seperti item (a) diatas. Consequential loss termasuklah loss of anticipated profit. Obligations of Client bila terminate, hendaklah membayar semua kerja yang telah disiapkan sehingga tarikh penamatan kontrak.
 

Jadi, untuk cover losses arising out of such exercise by the Client, contractor akan guna insurance seperti item (c) diatas.

Client kemudiannya akan appoint another contractor untuk habiskan kerja yang separuh jalan tadi by way of open tender. Tender process akan melalui process (e) diatas.
 

Mari kita applikasikan ke dalam kes MRT2.

MOF (the Client) hentikan kontrak dengan MMC (Contractor). Contractor ada 20k pekerja. Kontrak tamat bermakna hilang pekerjaan bererti ada incur of loss. Siapa tanggungjawab? Contractor. Camne nak buek? Claim la insurance. Itula fungsi Comprehensive General Liability, dia cover contractual liability.


Kenapa nak kena bukak tender balik? Kan makan masa. Sebab..... semua arrangement sebelum ni adalah diantara previous govt dengan MMC. Macam mana govt sekarang nak catch up dengan all the infos? Sebab tu datangnya proses (e). bila ada process (e), maka govt of the day akan ada segala maklumat yang fresh dan boleh la apply commercial decision. Baru efficient.


Isu tentang habis kalau open tender then company luar yang menang? Habisla local hilang pekerjaan! Relaks bang, setiap contract tu ada provision seperti (f) diatas. Govt boleh je impose untuk company luar ni as part of the requirements untuk perform the work, dia kena hire local. Nampak?
 

Dah. Sekian. Pasal apa LGE/Govt tak boleh nak explain macam ni? Berapa kali dah aku cover bontot depa ni. Nak kena start mintak payment la lepas ni.

p/s : Ini basic terms dalam contract. Aku taktau la kalau contract yang sekarang ini takde benda-benda ni. Tu bermakna legal depa tido la dulu tak reti-reti nak vet/review ke sebelum bukak tender. - 10 Oktober 2018.

Peguam PKR Tegur Penyokong Amanah Yang Berhujah Menggunakan Bahasa Kasar..

POLITIK | Pengasas bersama LFL yang juga pejuang hak asasi manusia, Latheefa Koya membidas sikap sesetengah penyokong dari parti Amanah yang disifatkannya berperangai lebih buruk dari UMNO ketika berhujah mempertahankan menteri di sosial media.

"Aku tak faham macam mana siber troopers mewakili sesetengah menteri yang perangainya lagi buruk dari UMNO- bahasa yang digunakan lagi kesat dan kasar? 

Kamu tak nampak ke - bila kamu membela menteri kamu tu menggunakan bahasa macam tu - ianya mencerminkan pemimpin yang ko duk sokong tu - #Rahmatanlilalaminkonon," katanya sambil memperli dengan menggunakan tanda pagar #Rahmatanlilalamin.  




Perkataan Rahmatan Lil Alamin sering digunakan oleh pemimpin-pemimpin dari parti Amanah ketika berhujah mengenai cara penyampaian Islam yang ingin ditonjolkan parti itu.

Peguam itu juga dilihat menegur sikap sesetengah menteri yang nampaknya suka bermain tarik tali apabila kantoi di media.

"Kepada orang-orang yang sudah berkuasa, dan akan dapat kuasa.. cuba muhasabah diri sikit... ini tak sampai 6 bulan..


Bila kena kritik - kita nafi, kita kata diputarbelit, kita kata fitnah, konspirasi, kita kata diserang..semua ayat-ayat jenis tak ambil tanggungjawab dan tak berprinsip.

kemudian kita guna siber troopers (murahan) untuk hentam orang yang mengkritik (lagi kesat lagi bagus).
 

Kemudian kita hantar surat ugutan - suruh tarik balik, suruh orang minta maaf..

Kemudian kita bagi orang kita buat laporan polis minta bertindak bawah akta hasutan atau kesalahan fitnah jenayah, akta percetakan (semua yang telah dijanji untuk dimansuhkan!)

Kemudian kita cakap stail BN - kalau kritik aku maknanya mempersoalkan Islam, mempersolkan hak istimewa, mempersoalkan Agong...etc etc 


Hebat tak hebat

Re...for....ma...si..,"
katanya dalam kenyataan itu.


Meskipun tidak menyebut nama, rata-rata pengomen beranggapan dia ditujukan kepada Menteri Agama, Mujahid Rawa dan ayat tersebut dianggap untuk membela Zakiah Koya.


Latheefa juga dalam satu kenyataan memperjelaskan hubungannya dengan Zakiah Koya.

Ini susulan dari dakwaan sesetengah penyokong Pakatan Harapan yang mendakwa Zakiah dan Latheefa ialah adik beradik kerana mempunyai iras muka yang sama dan nama bapa yang serupa.

"Sumpah Wallah - Zakiah Koya tu bukan adik aku!," katanya dalam kenyataan yang dipetik dari Facebooknya itu.

Berdasarkan semakan di Facebook milik wartawan The Star, Zakiah Koya, pihak kami mendapati boleh jadi apa yang dinyatakan oleh Latheefa Koya adalah benar.

Ini kerana gambar adik beradik yang disebarkan oleh Zakiah Koya itu tidak mempunyai Latheefa Koya didalamnya. 

Bagaimanapun ini tidak menjelaskan samada kedua-duanya mempunyai hubungan kekeluargaan yang lain selain dari hubungan adik-beradik. 

Hal ini perlukan penjelasan yang lebih lanjut dari kedua-dua pihak yang dikaitkan netizens. Jika perkara ini adalah fitnah, pihak yang menyebarkan ia harus menghentikan segera. - 10 Oktober 2018.

Kini Pemimpin PKR Perak Pula Dilantik Pengerusi UniSZA - Satu Lagi Janji Yang PH Langgar..

THE MALAYSIAN INSIGHT | Seorang lagi pemimpin politik dilantik sebagai pengerusi lembaga pengarah universiti (LPU), kata sebuah badan mahasiswa, lantikan yang sekali lagi melanggar janji Pakatan Harapan membebaskan universiti awam daripada pengaruh politik.

Pengerusi PKR Perak Dr Muhammad Nur Manuty, yang juga senator di Dewan Negara, minggu ini dilantik sebagai pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Sultan Zainal Abidin, Terengganu.


Mahasiswa Keadilan Malaysia bertanya kepada Maszlee Malek adakah lantikan itu seiring dengan usaha beliau sebagai menteri pendidikan mahu memastikan tiada lagi lantikan politik di peringkat tertinggi pentadbiran universiti.

“Apakah kriteria utama yang melayakkan beliau dilantik sebagai pengerusi LPU?” tanya Timbalan Presiden Haissazc Shuqkin Hisham dalam satu kenyataan media hari ini.

Mahasiswa Keadilan adalah badan mahasiswa di bawah PKR, sebagai wakil mahasiswa dalam parti itu.

Haissazc yang juga mahasiswa Unisza turut bertanya adakah lantikan itu mendapat sokongan dan pandangan pengurusan tertinggi Unisza, kakitangan akademik dan bukan akademik serta badan wakil pelajar.

Menurut Haissazc, pelantikan Muhammad Nur menunjukkan Kementerian Pendidikan tiada iltizam politik untuk mengubah budaya lantikan politik di universiti.Pelantikan Muhammad Nur Manuty sehingga ini tidak diumumkan secara rasmi oleh Kementerian Pendidikan, sebaliknya terpapar pada ucap tahniah di laman Facebook Pejabat Pendaftar Unisza. – Gambar Facebook, 10 Oktober, 2018.

Maszlee dalam satu wawancara selepas dilantik menteri memberi jaminan universiti tidak akan dipengaruhi oleh pimpinan politik.

“Berdasarkan rekod dan sumbangan beliau di universiti terutamanya di (Univerisiti Islam Antarabangsa Malaysia), saya boleh menganggap beliau (Muhammad Nur) juga merupakan kenalan baik YB menteri,” kata Haissazc.

Muhammad Nur pernah berkhidmat sebagai pensyarah di UIA pada tahun 1990-an dan pernah juga jadi presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim).

Beliau juga bekas calon PKR bagi kerusi Parlimen Bagan Serai dalam Pilihan Raya Umum 2013. Pada 1999, beliau bertanding atas tiket PKR bagi kerusi Parlimen Lumut. Beliau kalah dalam kedua-dua pilihan raya itu.

“Di dalam Malaysia Baharu, kita memerlukan mereka yang benar-benar tahu membuat keputusan yang terbaik untuk kepentingan universiti, bukan sekadar melantik dan memberi jawatan tertinggi universiti atas dasar persahabatan ataupun kepentingan politik,” tambah Haissazc.

Pelantikan ini dibuat sebulan selepas timbul kontroversi pelantikan Maszleesendiri sebagai presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Pelantikan itu membangkitkan bantahan aktivis mahasiswa yang mengadakan tunjuk perasaan di perkarangan pejabat beliau di Putrajaya pada 7 September lalu.

Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad dalam reaksinya ketika itu berkata pelantikan Maszlee akan dikaji semula selepas mendapat bantahan pelbagai pihak, termasuk dalam kalangan pemimpin PH.Pelantikan terbaru ini membuktikan Kementerian Pendidikan diterajui Dr Maszlee Malik tidak mempunyai iltizam untuk memisahkan universiti daripada politik. – Gambar fail The Malaysian Insight, 10 Oktober, 2018.

Maszlee bagaimanapun mempertahankan pelantikannya itu kerana beranggapan ia tidak bercanggah dengan manifesto PH malah dilantik atas perkenan Sultan Pahang selaku ketua perlembagaan UIAM.

Maszlee turut menjelaskan pelantikannya itu adalah atas cadangan Dr Mahathir kepada Sultan Pahang. Pelantikannya itu juga akan menjimatkan duit rakyatkerana beliau tidak akan mengambil walau satu sen pun gaji atau elaun.

Menteri pendidikan itu juga baru-baru ini enggan mengulas isu lantikannya sebagai presiden UIAM kerana berpendapat ia “isu lama”.

Pelantikan Muhammad Nur sehingga ini tidak diumumkan secara rasmi oleh Kementerian Pendidikan, sebaliknya terpapar pada ucap tahniah di laman Facebook Pejabat Pendaftar Unisza.

Berdasarkan ucap tahniah itu, lantikan tersebut adalah untuk tiga tahun berkuat kuasa 1 Oktober lepas.

Selain Muhammad Nur, antara yang dilantik menganggotai lembaga pengarah Unisza termasuk Ketua Pegawai Eksekutif Air Asia, Tony Fernandes sebagai wakil swasta dan Dr Zaharuddin Abdul Rahman sebagai wakil berpengetahuan dan berpengalaman. - 10 Oktober 2018.

Soal Jawab Isu #MRT2 & 20,000 Yang Bakal Hilang Kerja.

Khairul Azri | Meh sini den jawabkan secara laymen summary laymen hal Gamuda-MMC yang claim 20,000 pekerja akan hilang sumber pendapatan sebab kerajaan terminate projek MRT2 underground.
 

1. Kos MRT2 underground yang Gamuda propose ke kerajaan sangat tinggi.
 
Jawapan : Macamana kau boleh kata begitu sedangkan Gamuda-MMC dianugerahkan projek MRT 2 kepada mereka secara tender terbuka antarabangsa pada tahun 2016.




Selain Konsortium MMC-Gamuda, ada empat lagi syarikat telah disenarai pendek untuk tender ini, iaitu China Railway Group (CREC) dan China Communications Construction Co (CCCC) dari China, Taisei Corp dari Jepun, dan Hyundai Engineering dari Korea Selatan pada 2015.

Namun daripada 5 yang disenarai pendek hanya 3 yang telah menghantar tender kepada MRT-Corp iaitu China Railway Group (CREC) dan China Communications Construction Co (CCCC) dari China dan juga Konsortium Gamuda-MMC.

Akhirnya MC-Gamuda menang dengan bidaan yang terbaik dari segi teknikal dan dengan harga yang paling rendah.

Jadi kat mananya Gamuda propose kos yang sangat tinggi tu?

*Nota kaki : Cuba bayangkan kalau kerajaan BN ketika itu appoint salah satu dari syarikat China instead of MMC-Gamuda? agaknya mesti 'havoc' jual negara ketika itu ye dak?

2. Kerajaan appoint external consultant comprises technical experts untuk revalue MRT2 underground cost.

Resultnya?

Cost boleh lebih murah antara 4-5b, berkadaran dengan beberapa projek underground metro di beberapa buah negara asia yang lain."

Jawapan : Persoalannya siapa 'external consultant' dan 'experts' tempatan yang revalue underground cost tu?

Logiklah MMC-Gamuda mempersoalkan laporan penilaian tersebut bilamana MRT Corp(milik kerajaan) sendiri yang ada 'techinical expert' dan pengalaman dalam underground work juga telah keluarkan laporan penilaian yang selari dengan MMC-Gamuda.

Dan adalah agak kelakar bilamana 'cost boleh lebih murah RM4-5b' hanya dengan menggunakan perbandingan dengan underground metro di negara asia yang lain.

Kenapa kelakar? Sebab macam lah 'geological profile and structure' setiap negara di Asia ni sama?

Bang kita bukan nak turap jalan bang buat laluan basikal macam kat Penang, kita nak korek bawah tanah ni bang banyak risiko dia.

Cuma nak berkongsilah dengan abang, untuk buat underground Tunnel MRT di KL ni, MMC-GAMUDA dan MRT Corp nak kena korek Kenny hill formation dan KL lime stone formation yang highly karstic in nature.

Maka sebab tulah MMC-GAMUDA,MRT-Corp bersama Herrenknecht AG telah menghasilkanlah the world's first Variable Density Tunnel Boring Machine semata-mata untuk projek MRT SBK haritu untuk elakkan 'sinkhole' dan 'blowout' masa kerja-kerja mengorek terowong haritu.

So jangan lah buat lawak perbandingan simplistic macamtu.

*Nota kaki : Yang berminat nak baca dan tengok video mengenai VD-TBM boleh rujuk sini; 


VD-TBM, (Variable Density-TBM);
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10156868472723104&set=a.10152405821988104&type=3

MMC-GAMUDA bersama MRT-Corp hasilkanlah the world's first Variable Density Tunnel Boring Machine;
https://www.facebook.com/mkhairulazri/posts/10217478325778920
 

3. Gamuda-MMC pula tak nak share costing data yang sebenar dengan kerajaan. Ni lagi la bikin panas. Kerajaan dapat tahu pula remaining job cost tu sebenarnya boleh selamatkan beberapa billion RM lagi, tapi Gamuda refuse to share the truth on the costing side.

4. Kerajaan bukannya nak tekan Gamuda sampai tak boleh buat untung, tapi Gamuda tak telus dan ugut pula kerajaan yang depa takkan revise offer untuk MRT2 underground.

 
Jawapan : Tak sure lah ada ke kontraktor or konsortium yang share costing sebenar dengan klien mereka, bukankah kerajaan melalui MRT-Corp sepatutnya honor their contractual obligation based on tender yang telah dipersetujui sebelum ini?

Anyway, agak power jugaklah MMC-Gamuda kalau betul depa tak nak share costing sebenar dengan kerajaan bila mana MMC-Gamuda ni pun mostly owned by public fund kerajaan, yang ni den tak leh nak komen.

Cuma part "selamatkan beberapa billion RM lagi" tu apa basisnya and at what cost?

Sebabnya bukankah MMC-Gamuda dah offer untuk kurangkan sebanyak RM2.3Billion(24%) untuk kerja underground tersebut, itupun dengan mengorbankan skop kerja, turunkan spek mekanikal, elektrikal dan arkitek finishing di station seperti mengurangkan access/pintu masuk ke stesen terlibat.

Malah dari 10 station yang akan dibina, 4 akan dikurangkan.. tinggal 6 station saja... jadinya nak kurang berapa banyak lagi?

Fikirlah sikit, kalau kita dok 'gila' nak cut cost sampai buang faktor keselamatan, performance or functionaliy mesti ada risiko dan kesannya ye dak?

Kalau apa-apa jadi nanti, siapa yang nak bertanggung jawab? Takkanlah masa tu baru sibuk nak buat jawatankuasa tiada gunanya bang..

Dan abang kena tahu, MMC-Gamuda merupakan satu-satunya syarikat di Malaysia memiliki kepakaran dan telah terbukti melalui projek terowong SMART dan MRT 1 di mana projek MRT1 ini telah disiapkan di bawah bajet dan lebih awal dari tempoh yang ditetapkan.

Jadinya mesti ada sebab-sebab teknikal yang menyebabkan depa tak boleh nak turunkan kos lebih daripada 24% yang dicadangkan.

Lagi satu pelik juga kata MMC-Gamuda tak telus bilamana, MMC-Gamuda sendiri mintak supaya di'appoint'kan 'International engineering consultant' yang lebih berpengalaman dari sudut teknikal underground tunnel untuk buat penilaian yang lebih berpatutan dan mengikuti spekfikasi teknikal.

Malah abang tahu tak MMC-Gamuda juga telah memohon MOF untuk disclose berapa banyak lagi sebenarnya MOF nak mintak kurang? Nak suruh telus sampai mana lagi?

5. Gamuda jadikan 20,000 pekerja sebagai ransom. Yes, ransom sebagai empathy tool untuk tundukkan kerajaan supaya ikut cakap mereka, proceed projek tu dengan higher cost.

6. Kita kesian dengan 20,000 orang tapi kita tak tahu yang sebenarnya Gamuda tak telus tentang kos, yang kalau kerajaan ikut akan mengakibatkan kerugian besar kepada rakyat keseluruhannya.

7. 20,000 akan hilang job ni bukan salah kerajaan sepenuhnya, tapi lebih obvious kedegilan pengurusan Gamuda yang tak nak ikut permintaan kerajaan. Tanggungjawab Gamuda cuma pada 20,000 pekerja, tapi tanggungjawab kerajaan untuk 20,00,000 rakyat Malaysia.


Jawapan : Ya memang MMC-Gamuda telah jadikan mereka sebagai "ransom, empathy tool" what ever you called it, sebagaimana kerajaan menjadikan so called "1 Trillion" hutang sebagai ransom dan empathy tool untuk 'ikat perut' rakyat melalui dasar 'austerity' yang sebenarnya tak perlu pun, rakyat kena melakukan pengorbanan lah apalah..

Cuma bezanya MMC-Gamuda did offer 24% reduction dan mintak penilaian semula dan clear direction dari MOF berapa banyak 'kurang' yang MOF mahukan?

Telus tak telus boleh rujuk jawapan den untuk soalan no 3,4 kat atas dan den cadangkan apa kata kerajaan dedahkan saja costing tender syarikat China Railway Group (CREC) dan China Communications Construction Co (CCCC) dari China pada 2015/16, kita nak tengok berapa banyak beza depa offer banding MMC-Gamuda waktu tu?

Betul ke MMC-Gamuda tender projek ni at higher cost?

Dan betul ke langkah kerajaan ini tidak akan mengakibatkan kerugian besar kepada rakyat keseluruhannya?

Sebabnya persoalan juga timbul, adakah dengan membuka tender baru nanti, kos projek MRT 2 ni akan turun?

Bukankah adalah amat mustahil costing 2018 akan jauh lebih menjimatkan berbanding 3 tahun lepas?

Ditambah pula dengan kos nak cabut balik TBM dan laywork yang telah dilakukan ketika work progress sudah mencapai tahap 40%, melainkan ada unsur skop kerja yang akan dikecilkan kelak?

Tu belum kita kira laei berapa kerajaan kena bayar dekat MMCGamuda - termination cost, compensation cost, maintenance cost during delay, arbitration/litigation cost dll bila mana kerajaan terminate contact ni nanti?

Silap-silap mencecah ratus juta.

So ekau bagitau kek den jap siapa yang 'degil' sebenarnya ni?

8. Kalau Gamuda-MMC telus, tak mark up gila gila, maka selamatlah 20,000 orang pekerja tu. Simple.

Jawapan : Ini ulangan, Rujuk jawapan untuk soalan 1-7. Simple.

9. Buat lah petisyen supaya Gamuda ikut permintaan kerajaan, 20,000 pekerja selamat, projek pun jalan. Tak payah susah nak buat international retender.

Jawapan : At what cost? den ulang laei sekali macam kek jawapan 3,4.

Adakah dengan mengorbankan skop kerja, turunkan spek mekanikal, elektrikal dan arkitek finishing di station seperti mengurangkan access/pintu masuk ke stesen terlibat?

Malah dari 10 station yang akan dibina, 4 akan dikurangkan..tinggal 6 station saja...jadinya nak kurang berapa banyak lagi?

Fikirlah sikit, kalau kita dok 'gila' nak cut cost sampai buang faktor keselamatan, performance or functionaliy mesti ada risiko dan kesannya ye dak?

Kalau apa-apa jadi esok, siapa yang nak bertanggung jawab?Takkanlah masa tu baru sibuk nak buat jawatankuasa tiada gunanya bang..

Camnilah, MOF panggil je "International engineering consultant' yang lebih berpengalaman dari sudut teknikal underground tunnel untuk buat penilaian yang lebih berpatutan dan mengikuti spekfikasi teknikal macam MMC-Gamuda mintak dan dapatkan kos yang sepatutnya dan suruh MMC-Gamuda ikut.

Tak payah international retender kali ke 2, sebab proses tender semula bukan proses yang boleh selesai dengan cepat, maka akan bazir masa, bazir duit, bazir tenaga..yang rugi rakyat juga.

10. Clear?

Jawapan : Clear?
 

11. Cukup lah AMD barai 80 juta, NFDP lebuh 85 juta, duit KBS lesap 100 juta. Ohhhh Tuhan, jangan kita sesekali lupa interest 1MDB 800 juta nak kena bayar due November 2018 ni. 😔

Jawapan : Aik den ingat kita tengah cerita pasal MRT2? Adakah ini sesi mengenang kisah silam?

Kalau camtu alang-alang, apa kata kita sebut Forex barai RM30 billion, Renong lebur RM25 billion, Perwaja lesap RM10 Billion, Bank Bumi RM10 Billion hangus... Ohh tuhan, jangan kita sesekali lupa 36 tahun 'Malaysia Inc' kumpul jumlah 'bailout' mencecah RM85.5 billion 😔

Sekian.

#prayformrt2
#Save20kjobs
#Save20000Jobs

Rujukan :

MMC-Gamuda bags largest MRT2 contract worth RM15.5b
http://www.theedgemarkets.com/…/mmc-gamuda-bags-largest-mrt…

New design TBM tames the Kuala Lumpur karst
https://www.tunneltalk.com/Kuala-Lumpur-MRT-14Jan2013-World…

OFFICIAL RESPONSE FROM MMC GAMUDA KVMRT (T) SDN BHD
https://www.facebook.com/mrtunderground/posts/2024708337608722

Never forget Billions lost under Mahathir https://www.freemalaysiatoday.com/…/never-forget-the-billi…/

Study : GLC bailouts cost Putrajaya RM85.51b over a period of 36 years https://www.malaymail.com/…/study-glc-bailouts-cost-putraja…
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...