Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 1 Ogos 2020

Azmin Ali Mengejar Tun, Apakah Petandanya?

Ulasan | Semalam viral gambar DS Azmin Ali mengejar Tun Mahathir ketika menunaikan solat sunat Aidiladha.


1. DS Azmin Ali telah menyebarkan gambar itu sebanyak dua kali berturut-turut di Twitternya, dan ia ditroll oleh netizens sebagai TRY HARD kemudiannya.



2. Di Facebook pula, gambar itu ditroll kerana Tun Mahathir ketika itu mengengamkan tangannya seperti penumbuk.



3. Video DS Azmin Ali mengejar Tun Mahathir juga tular di sosmed.




Beberapa pihak yang berkata, netizens perlu bersangka baik, namun ada juga yang berbuat beberapa andaian dan mengaitkan insiden itu dengan kenyataan Zahid Hamidi yang mengesahkan UMNO akhirnya membuat keputusan untuk TIDAK MENYERTAI PERIKATAN NASIONAL.

Beberapa pimpinan UMNO yang berbeza dilihat agak lunak terhadap TS Muhyiddin Yassin. Mereka membuka pintu seluas-luasnya kepada Perdana Menteri ke 8 itu untuk menyertai MN dan UMNO semula.

Shabery Cheek misalnya di Facebooknya semalam bercakap tentang Semangat 46 yang menyertai UMNO semula demi perpaduan melayu, membayangkan kemungkinan UMNO akan menerima semula semua anggota PPBM yang lompat parti untuk masuk ke dalam UMNO bagi menguatkan parti itu dan melayu.

Bagaimanapun, keterbukaan UMNO itu dilihat tidak dinyatakan terhadap DS Azmin Ali. Berbeza dengan layanan ke atas TS Muhyiddin Yassin, DS Azmin Ali, Zuraidah malahan Datuk Saifuddin sendiri tidak dipelawa untuk menyertai UMNO.

Jika diperhatikan pula, jika ada isu yang membabitkan Azmin Ali, Zuraidah, Saifuddin atau ringkasnya dari kem PKR yang melompat parti, penyokong dan cybertroopers UMNO dilihat tidak membela pun menteri-menteri tersebut. Malahan mereka sibuk lagi kecam dan troll.

Ini memberikan bayangan, bahawanya kedudukan Azmin Ali selepas lompat parti tidaklah begitu stabil karier politiknya.

Azmin Ali sedang menyusun strategi yang terbaik supaya beliau tidak hilang selepas PRU15. Beliau perlu melakukan sesuatu supaya kekal relevan dan mendapat sokongan yang diperlukan bagi memastikan hayat politik tetap hidup.

Soalnya, apakah strategi Azmin?
Siapakah yang akan memberikan talian hayat kepada Azmin Ali jika UMNO membantah kini? UMNO membantah kini tak bermakna UMNO membantah selamanya, ini pun ada pembolehubahnya.

Soalnya juga, adakah Pakatan Harapan akan memberikan peluang kedua kepada Azmin Ali?

Almaklumlah, Pakatan Harapan boleh bekerjasama dengan Tun Mahathir walaupun bermusuh bertahun-tahun lamanya, sehingga ada yang jatuh bangun, keluar masuk penjara dan hilang kerja. Inikan pula Azmin Ali. 

Satu perangai parti politik ini ialah, mereka suka buat keputusan dan kemudiannya memaksa penyokong terima. Masa nak suruh terima itulah keluar bermacam dalil kononnya tindakan itu betul dan tepat, blablabla.

Diharapkan penyokong PH memberikan signal yang jelas kepada pemimpin parti masing-masing bahawa mereka menolak spesis ular dan katak, meskipun dijanjikan kerajaan. 

Kerajaan yang lahir dari kerjasama ular dan katak ialah kerajaan binatang. Oleh kerana kita manusia, maka kita perlukan kerajaan manusia, bukannya kerajaan binatang. Fahamkan. - 1 0gos 2020.

Tidak Benar Hakim Nazlan Hadiri Majlis Politik Bersama Mukhriz Mahathir.

SOSMED | Terdapat dakwaan bahawanya Yang Arif Mohd Nazlan Mohd Ghazali, Hakim yang menjatuhkan hukuman bersalah ke atas Najib kerana menyeleweng RM42 juta dana awam telah menghadiri majlis politik bersama DS Muhkriz Mahathir.

Dakwaan itu menjadi tular di laman sosial, sama seperti dakwaan Yang Arif Mohd Nazlan Mohd Ghazali merupakan cucu saudara Tun Mahathir, berdasarkan nama bapa Tun Hasmah Ali yang dikatakan sama dengan nama bapa Mohd Ghazali, iaitu bapa kepada Hakim Mohd Nazlan.

Fakta yang pertama, gambar Muhkriz Mahathir makan Super Ring tu gambar edit.

Fakta yang kedua, lelaki yang dikatakan Yang Arif Mohd Nazlan Mohd Ghazali ialah orang lain.




Sebenarnya, ingatkan tiada orang percaya dakwaan seperti di atas. Tetapi memang ada sebab tu sampai ke WhatsApp ia disebarkan.



Tak pasal-pasal hakim dicaci maki dan dituduh macam-macam.

Individu dalam gambar itu bukannya Yang Arif Mohd Nazlan Mohd Ghazali.

Beliau ialah Ketua Bersatu Bahagian Klang, Syed Abdillah Aziz. Bukannya Hakim Nazlan. - 1 Ogos 2020.

Kerusi DUN Sabah, UMNO VS PPBM.

POLITIK | Dimulai dengan kenyataan oleh Ketua Badan Pimpinan BERSATU Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor yang dilaporkan Awani ;

"Kita sudah bersiap-sedia dan mengenal pasti 45 kerusi DUN yang akan ditandingi calon BERSATU.

"BERSATU akan mengemukakan calon yang berwibawa, mempunyai kredibiliti, berkemampuan dan mampu memenangi kerusi ditandingi,"
katanya dalam kenyataan itu.




Laporan itu kemudiannya dipetik dan diulas oleh Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan yang berkata, jangan bermimpi.

"PRN SABAH : PPBM 45 KERUSI?

Hari ini Ketua PPBM Sabah berkata akan bertanding 45 kerusi dari 73 DUN yang bakal dipertandingkan pada Pilihanraya Negeri Sabah kelak.

Dua perkataan : Jangan Mimpi.

Cadangan kepada PPBM Sabah: Kalau nak bersahabat dengan UMNO, buat cara bersahabat. Kita boleh berbincang. Kita boleh berunding. UMNO Sabah punyai autonomi menentukan hal calon dan kerusi yang ditandingi. Tetapi kalau sebelum berunding pun PPBM sudah ghairah mengiklan hasrat bertanding 45/73 kerusi, itu bukan langkah berlandaskan kebijaksanaan atau keikhlasan.

Bandingkan dengan kenyataan SUA BN, Tan Sri Annuar Musa (lampiran). Sudah tentu UMNO ada cita-citanya berlandaskan kekuatan parti dalam menjayakan agenda rakyat Sabah, tetapi cita-cita itu disulami kebijaksanaan dengan mengambil langkah menghormati proses perundingan.

Saya yakin Dato' Sri Bung Moktar dan pasukan UMNO Sabah bijak mengurus lanskap terbaru ini. Keutamaan pertama adalah memperkasa agenda rakyat di Sabah disamping memperjuang maruah UMNO Sabah yang terus diangkat berasaskan kesetiaan pemimpin dan ahlinya yang setia, tatkala ramai lain memilih jalan mudah dahulu.

Untuk PPBM Sabah: dalam senario politik mutakhir, berfikirlah dahulu sebelum mengeluarkan kenyataan atau bertindak kerana setiap tindakan itu akan memberi kesan sampai ke akar umbi, dan tidak terhad ke Sabah sahaja,"
dalam kenyataan yang dipetik menerusi Facebooknya.



Dan dibalas pula oleh
Exco Armada Nasional Bersatu Muzzammil Ismail.


Malaysiakini melaporkan kenyataan EXCO itu;

"Lupakah Umno rebah di Sabah pada PRU14?"
Apa yang dinyatakan oleh Pengerusi Bersatu, Hajiji adalah hasrat Bersatu, dan sememangnya berdasarkan rekod baik Adun Bersatu sebelum ini.
Kenapa Sharil Hamdan melompat lebih hanya kerana risau kerusi Umno berisiko dipertandingkan oleh Bersatu? 
Adakah rakyat telah menerima Umno pada hari ini?
Sebaliknya selesaikan di meja rundingan dan bukan melalui serangan di media," memetik laporan Malaysiakini.
Sebagai rekod, BN tidak tumbang di Sabah pada PRU14 sebaliknya dua adun daripada UPKO bertindak melompat menyokong Warisan dan kemudiannya diikuti beberapa wakil rakyat BN yang lain sekaligus menyebabkan kerajaan pimpinan Musa Aman kecundang.
Musa dilihat seperti mahu membalas dendam akan insiden yang memalukan dirinya itu namun gagal apabila TYT bertindak membubarkan DUN Sabah sekaligus menyebabkan kerajaan negeri Sabah perlu dipilih semula walaupun usia kerajaan baru sahaja melepasi tempoh dua tahun setengah. - 1 Ogos 2020.

Rabu, 29 Julai 2020

Gabungan Baru Mesra PN Gantikan Warisan Di Sabah - Musa Aman.

Kenyataan Rasmi | YB Tan Sri Datuk Seri Panglima Musa Bin Haji Aman.

1. Alhamdulilah saya bersyukur kepada Allah swt kerana akhirnya dengan izin Tuhan, ingin memaklumkan bahawa satu gabungan baharu telah di bentuk bersama dengan Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah (ADUN) dari pelbagai parti. 


2. Saya juga ingin memaklumkan yang Menteri Keselamatan dalam Negeri  Datuk Seri Hamzah Zainudin dan Datuk Nardin, Setiausaha Politik kepada PM telah membuat Kunjungan Hormat kepada Tuan Yang Terutama pagi tadi untuk memaklumkan gabungan baru yang menyokong Perikatan Nasional di bawah kepimpinan Perdana Menteri YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin telah memperolehi sokongan majoriti untuk membentuk kerajaan baru. 

3. Tuan Yang Terutama telah meminta saya mengemukakan surat-surat akuan bersumpah yang mengesahkan sokongan mereka. 

4. Saya telah menerima surat akuan bersumpah ADUN yang mengesahkan pendirian mereka  menyokong gabungan baharu yang saya ketuai.

5. Melangkah ke hadapan, kerajaan gabungan baru akan berusaha memperbaiki dan menghasilkan dasar yang lebih baik untuk membawa Sabah keluar dari keadaan ekonomi yang getir pada saat ini akibat kelemahan Kerajaan Parti Warisan termasuk dalam mengatasi penularan wabak Covid19.

6. Bersama dengan bantuan kerajaan Persekutuan, saya percaya kita bersama-sama dapat mengatasi cabaran yang berlaku, melonjakkan ekonomi, mewujudkan peluang2 pekerjaan dan meningkatkan kehidupan masyarakat.

7. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang secara konsisten mempercayai dan menyokong saya. Saya tidak mengharapkan apa-apa kecuali komitmen dan dedikasi sepenuhnya dari semua wakil rakyat untuk kepentingan dan kesejahteraan rakyat.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...