Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 21 April 2012

Penjelasan sebenar apa itu pendidikan percuma dan mahsuhkan hutang PTPTN.



Mana satu yang betul?

Cuba cakap biar jelas dan terang. Samada mahsuhkan hutang ptptpn ataupun perjuangan untuk mendapatkan pendidikan percuma?

Apa itu mahsuhkan hutang ptptn?

Hutang2 pelajar untuk pembiayaian pendidikan sebanyak rm28billion dihapuskan terus. 

Pendidikan percuma pula?

Pendidikan tinggi untuk rakyat malaysia adalah percuma.

Jadi sekarang apa sebenarnya yang mahasiswa perjuangkan? Salah satu atau kedua2nya sekali?

Mari kita lihat isu neh dari awal.

Kronologi 1 : Mahsuhkan hutang PTPTN.

1. Dsai cakap jika pr tawan putrajaya maka hutang ptptn lupus.

2. Hutang ptptn lupus = pelajar yang dah habis belajar tak perlu bayar hutang lagi.

3. Ini bermaksud pr yang bercakap pasal pelupusan hutang bukan mahasiswa. Jadi ini boleh memperjelaskan bahawa perjuangan untuk memahsuhkan hutang ptptn ialah perjuangan yang dibawa oleh pakatan rakyat. Jangan kaitkan ia dengan mahasiswa. Mahasiswa boleh setuju dan boleh tidak bersetuju tetapi jangan pandai2 nak salahkan mahasiswa dalam isu neh sebab yang bawa isu neh pkr dan dsai. 

Bukan aku suruh salahkan dsai ataupun pkr cuma nak bagitau bahawa ada orang yang marahkan orang yang salah. Jika ko nak marah atau apa, pastikan sasaran ko betul. Jangan marahkan mahasiswa dalam isu neh. PR berhak menawarkan apa2 manifesto yang bagi mereka ia boleh menambat ahti rakyat. Ko boleh suka dan boleh tak suka tapi itu adalah cara mereka berpolitik. BN juga lakukan perkara yang sama meskipun menawarkan manifesto yang berbeza.

Jadi sebagai rakyat, tanggungjawab kita ialah menilai, mengkaji, membaca, memahami sejauh mana manifesto2 neh memberikan kesan kepada kehidupan kita. Jika kita rasa manifesto pr itu baik buat kita, maka undi pr, jika rasa sebaliknya maka undi lah parti lawan. Terpulang. Undi adalah hak masing2. Takde siapa berhak paksa ko undi sesiapa.

Logik ke tak mahsuhkan hutang pinjaman ptptn neh?

Logik, jika dana negara diurustadbir dengan baik dan cekap.

Bagaimana pr boleh merealisasikan janji tersebut?

Undi mereka. Jika mereka menang, hutang ptptn lupus. 

Berdosa tak bayar pinjaman der, mufti cakap haram.

Memang haram pun. Memang berdosa. Tapi situasi ko sekarang macam neh ;

Ali : Hey abu aku nak pinjam rm50.

Abu : Nah amek neh.. bila nak bayar?

Ali : Tunggu lagi 2 tahun..

Selepas dua tahun berlalu

Ali : Hey abu.. aku nak bayar duit ko rm50 ari tue..

Abu : Tak yah arh.. aku mahsuhkan hutang ko..

Ali : Berdosa wehh.. haram tak bayar hutang.. mufti cakap berdosa..

Abu : Memang larh.. dah aku bagi pinjam dan aku bagi lupus.. nak haram apa menda? Bodoh ke apa ko neh? Orang dah halalkan lagi cakap banyak.. 

So dalam isu ptptn situasi adalah sama seperti di atas. Ia haram kalau korang tak bayar hutang sekarang neh sebab bn masih perintah malaysia. Selagi bn perintah malaysia maka hutang ptptn wajib kena bayar. 

Ko tak boleh bagi alasan alahh pr nak lupuskan.. atau apa sebab pr belum amek alih negara neh lagi. Sehingga saat tue tiba maka hutang ptptn adalah wajib dibayar. Jadi jangan pandai2 taknak bayar pula. Sendiri berani tak bayar sendiri tanggung kalau riba naik mencanak2. 

Ada ke duit, yang PR nak lupuskan hutang? Dari mana nak korek duit ? 

PR takde duit. Yang ada duit kerajaan persekutuan. Cara mana dorang nak korek duit itu kena tunggu proses perubahan kuasa berlaku. Masa tue baru boleh bagi detail. Sekarang sembang kencang pun tak guna, data bukan dalam tangan.

Aku tak setuju mahsuhkan hutang ptptn.. pandai2 nak belajar pandai2 larh bayar.. buat apa belajar pun nak susahkan kerajaan?

Takde hal. Kalau ko taknak hutang ko dimahsuhkan sebaik pr memerintah malaysia pun takpe. Ko cakap je ko nak bayar sendiri, jangan risau tentang itu oke.

Eley.. dsai yang perkenalkan ptptn lepas tue dsai sendiri yang nak batalkan. Kelakar gile korang neh kan?

Yang memperkenalkan ptptn najib selaku menteri pendidikan. Yang luluskan parlimen sebab usul neh dibawa masuk ke parlimen. Samada ia dah dibincangkan ke peringkat kabinet atau tidak aku taktau tapi kalau ada maka ia persetujuan bersama, paling2 koman saham najib lagi tinggi dari saham dsai.

Negara lain bagi pendidikan percuma tapi cukai tinggi, kalau bn naikkan cukai korang bising tapi belajar nak free jek.. 

Negara lain cukai tinggi gaji tinggi der..  ini jawapan yang aku nak jawab tapi klise sangat. Sebab bukan seme negara berpendapatan tinggi tawarkan pendidikan percuma.. yang tak tinggi pendapatan pun ada tawarkan pendidikan percuma. Sekarang neh kita jangan cakap pasal negara orang tapi cakap pasal negara sendiri sudey. Kita lihat beberapa persoalan pokok ;

- mampu kah kerajaan memberikan pendidikan percuma = mampu.

- kenapa kerajaan taknak bagi kalau mampu = sebab nak joli duit.

Jadi, bukan pasal takde kemampuan, ada kemampuan tetapi tiada keinginan sebab matlamat dah lari. Dulu perjuangkan rakyat sekarang perjuangkan poket sendiri. Hasil negara banyak, negara ada pelbagai sumber, tak payah sembang pasal petronas pun, negara tetap mampu tawar pendidikan percuma asal mao dengan takmo jek pun.

Dalam erti kata lain, ia takde kaitan dengan cukai atau apa sebab kerajaan sebenarnya memang mampu memberikan yang terbaik kepada rakyat jika mereka benar2 ada keinginan untuk buat kerja. Bila takde keinginan itu yang keluar macam2 alasan.

Jadi anjing dsai je larh korang neh.. nak hapuskan ptptn konon.. kat mana bebudak miskin nak korek duit untuk belajar lagi hah?

Yang jadi anjing dsai tue ko. Ce fikir, ko cakap dsai perkenalkan ptptn lepas tue sekarang sapa pertahankan dasar tersebut aku atau ko? Jadi boleh nampak tak sapa sebenarnya anjing? Sorry gua tak suka anjing2kan orang.. tapi sebab lue sendiri yang pepandai main2 sebut anjing gua perincikan larh balik der. Tolong faham.

Bab mana bebudak miskin nak belajar bila hutang ptptn lupus? Simple. Hutang ptptn lupus = yang dah tamat belajar. Bukan utk yang sedang or belum belajar. Itu masuk bab lain.

Bab lain? Bab apa tue? 

Meh sini aku explain.



Mahasiswa selama neh dok perjuangkan hapuskan riba dalam ptptn. Maksudnya kalau pinjam rm50 bayar rm50 balik. Tak payah sembang kencang pasal kos pentadbiran apa seme sebab itu under kerajaan persekutuan. 

Contohnya macam neh ;

Kerajaan dah mewujudkan klinik 1malaysia. So kerajaan akan salurkan dana utk bayar gaji kakitangan klinik 1malaysia. Sama dalam kes ptptn. Kerajaan sendiri patut salurkan dana bagaimana mahu membayar gaji2 kakitangan mereka jangan babitkan ia dengan student sebab ia takde kaitan dengan student. Kalau tak suka, buat je macam biasa. Macam dulu2 dimana pendidikan adalah percuma untuk semua. Simple. 

Dan kronologi kes pendidikan percuma pula begini ;

Kronologi 2 : Pendidikan percuma.
1. Bila bab mahsuh ptptn menjadi kecoh.. maka ramai larh yang marah2 cakap bebudak miskin takde duit nak belajar kalau mahsuh ptptn..

2. Orang cakap bab mahsuh hutang depa dok sembang pasal mahsuh ptptn.

3. Ptptn tak dimahsuhkan.. sebaliknya diubahsuai = penambahbaikkan je

4. Ini bermakna ptptn tue kekal wujud. Kekal ada cuma mungkin dengan konsep dan sistem yang berbeza dari yang sedia ada sekarang neh.

5. Maka inilah juga yang diperjuangkan oleh mahasiswa2 yang berdemo di dataran tue. Hak untuk mendapatkan pinjaman percuma. Tuntutan mereka. Bukan datang dari PR. Tapi suara ahti mahasiswa2 yang ada akal cerdik dan bijak.

6. Bila hutang pinjaman = dimahsuhkan = automatik mereka2 yang pernah pinjam takde hutang pinjaman lagi. Tapi bagaimana pula dengan yang bakal melanjutkan pelajaran? Kat mana nak cekau duit untuk belajar?

FAHAMI soalan no enam neh betul2.

- Hutang ptptn mahsuh? Maksudnya apa? Keadaan neh hanya akan berlaku JIKA PR menguasai malaysia. Betul?

- Selagi pr tak menguasai malaysia maka hutang ptptn wujud, jadi soalan macam mana budak2 miskin nak belajar jika ptptn mahsuh tidak sepatutnya wujud sebagaimana yang ditimbulkan oleh umno.

- Dan jika pr menguasai malaysia, bila hutang ptptn mahsuh, maka dasar pendidikan percuma akan diperkenalkan, yakni budak2 miskin tak perlu fikir pecah kepala hotak kat mana nak cekau duit untuk belajar sebab pendidikan percuma. Ko ada duit ka takde duit ka, education is free so nak fikir apa lagi?

- Dalam erti kata lain, neh bukan benda yang begitu rumit untuk ko pongpang2. Ko pongpang2 sebab ko tak faham fakta. Dah berapa banyak kali aku ajar faham fakta baru ko berhujah. Jangan bercakap tanpa faham fakta, sudahnya buta2 ko kena heret dengan bien ke sana ke mari macam orang tolol.

7. Sekarang mana nak laksanakan dasar pendidikan percuma?

- Pendidikan percuma terpakai untuk sesiapa yang berkelayakkan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi.

- Pendidikan percuma terpakai untuk mereka2 yang tidak mampu bukan untuk orang2 kaya.

- Pendidikan percuma terpakai untuk mereka2 yang benar2 mahu berusaha bukan untuk mereka yang malas, berjoli ataupun mendapat kredit yang teruk. Maksudnya kat sini ialah semua orang layak mendapat pendidikan percuma tapi bila dalam tempoh dia belajar didapati keputusan pembelajaran dia sangat gilababi maka segala kos pendidikan yang ditanggung oleh kerajaan dia kena bayar balik satu demi satu tanpa kompromi dan kroni.

- Ingatlah, jika kerajaan dapat melahirkan lebih ramai mereka2 yang cemerlang maka neh akan membantu kerajaan juga di masa akan datang. Sebab apa? Dah larh belajar pun kerajaan biayai.. kepada siapa larh mereka nak taburkan jasa kalau bukan pada negara neh kan?



Full stop. Sampai sini.

Sampai sini memang kita faham sejauh inilah perancangan2 yang telah didedahkan. Tetapi bagi pandangan aku ada beberapa persoalan yang pr sendiri kena fikirkan.

1. Bagaimana dengan kolej swasta? 

2. Sejauh mana ipta yang wujud boleh menampung jumlah pelajar yang benar2 mahu belajar?

3. Jika pendidikan percuma neh diperkenalkan apakah ipts akan lumpuh?

4. Apakah ada pelan perancangan bagi memastikan mahasiswa2 yang terhasil benar2 berkualiti? Kita tidak mahukan kuantiti, ada mahasiswa yang kredit dia sangat cikai. Maaf, bukan kutuk sapa2 oke, tapi sesetengah orang bangga anak dia mahasiswa apa seme tapi kalau tengok sijil adoimakk..  lepas tue bising pongpang2 tak dapat kerja atau gaji tak setimpal kelulusan. Tolong larh faham bukan seme graduan itu berkualiti oke.

5. Sejauh mana kerajaan akan menanggung pendidikan percuma?

6. Adakah pendidikan percuma terpakai untuk ipts? 

Oke, ini pula idea aku.

1. Pendidikan percuma terpakai hanya untuk pelajaran. Untuk makan apa seme, ko cari larh sendiri. Gua pun sedang belajar dan guna duit sendiri. Cakap terus terang.. belajar guna duit sendiri sambil bekerja apa seme lebih mengasyikkan sebab kita lebih menghargai apa yang kita ada. Ia mengajar kita berdikari + tahan lasak + cekal + iltizam. Siyes.

Dan memang betul pengajian di peringkat ipta takde lah begitu mahal berbanding ipts. Tapi still makan riban2 juga. Aku taktau larh pandangan korang macam mana tapi pandangan aku sendiri student zaman sekarang memang ramai yang malas2 lebih2 lagi siap ada elaun makan minum apa seme. Yang neh bagi aku, kerajaan tak perlu susah payah nak bagi. Sendiri nak makan sendiri cari larh der.

Ada juga orang yang dapat ptptn beli telefon canggih apa seme. Kalau beli laptop tue consider oke sebab utk study tapi beli smartphone? Apa barang? Beli motor pun takpe sebab nak pergi kerja or belajar tapi beli smartphone or ipad ? Apa barang ? 

Terdapatnya student2 yang akalnya manja. Jadi kalau boleh, perlu ada satu sistem dimana kalau depa nak mohon elaun utk beli motor atau komputer no hal kalau utk perkara2 melalut baik toksah. Student2 neh perlu dilatih habiskan masa bukan sahaja utk belajar malahan bekerja cari duit poket sendiri supaya lebih berdikari di masa hadapan. Semakin banyak tekanan kerja yang dia perolehi semakin bijak dia menanggani stress apabila berjaya tamatkan pelajaran kelak. Itu juga satu kaedah yang bagus supaya berjaya kurangkan aktiviti dorang yang melepak2 dengan gf dan bf di tempat2 yang takde faedah. 

2. Kurangkan kos pendidikan di kolej swasta. Kalau dilihat sekarang neh kolej mementingkan keuntungan yang melampau2. Benda yang boleh cas ratus2 main cekau riban2, sangat2 tidak patut. Tolong tetapkan sejauh mana kolej2 swasta neh boleh pergi. Jangan biarkan dorang melampau2 tetapkan kadar yuran dan etc.

3. Lebih molek juga, kos pendidikan di ipta dan ipts diselaraskan. Maksudnya apa yang ipta kena bayar, ipts pun kena bayar yang sama. Dan kerajaan boleh bagi kebaikan kepada ipts seperti pengecualian cukai kepada institusi dan tenaga pengajar dan etc2 utk selaraskan kos pendidikan di kedua2 jenis institusi neh.

4. Jadikan ipts separa kerajaan. Maksudkan kalau tak dapat nak ipta kan seme.. jadikan seluruh insitusi pendidikan yang wujud di malaysia separuh kerajaan. Untung sket kepada rakyat sebab memudahkan mereka belajar dengan kos yang munasabah. Jika kos pendidikan itu munasabah rasanya mereka pun takan pongpang2 pasal pendidikan percuma.. silap2 seme mampu bayar sendiri.

5. Tolong berikan peluang yang sama rata pada semua untuk belajar. Tak perlu pecahkan ikut kaum, agama atau apa. Tolong larh faham. Dikriminasi tak patut wujud lagi dah di malaysia neh. Dah 55 tahun hidup bersama apa salahnya pupuk semangat kasih sayang sesama rakyat malaysia tanpa kira agama dan bangsa?

6. Tetapkan balik sesetengah silibus. Ada banyak subject2 yang tak relevant dengan apa yang kita belajar tapi kita kena amek benda tue. Ia seolah2 bagai nak mewujudkan pertambahan kos pun ada aku rasa. So benda2 macam neh perlu ditetapkan semula. Apa yang benar2 kita belajar dan guna jek barulah kita disuruh belajar jangan larh campuradukkan subject2 yang takde kaitan dengan bidang kita. Tah pape larh weh.

Bagi aku dalam hal neh mudah jek. Sebagai manusia kita akan sentiasa mencari sesuatu yang boleh memberikan nilai pulangan yang terbaik hasil dari pelaburan kita. Kalau korang nak kan nilai pulangan yang terbaik, tolonglah melabur di tempat yang betul. Bai.

Pstt.. kalau korang ada idea share kat ruangan komen oke.. jangan segan2 cakap jek apa yang korang rasa dan fikirkan..  



Ameno : Dasar pendidikan percuma takan bankruptkan negara der..

Gambar rumah Anwar Ibrahim yang cantik dan mewah di Amerika.

Patutlah selalu ke amerika. 

Orang tue ada rumah cantik der. Lue ada? Aku takde. Aku pun mao kalau ada duit juta2 der. Sapa takmo. Cantik wooo rumah anwar ibrahim der.. 

Lihat kat bawah neh ;


Cantik wooo..

Terletak kat tempat terpencil.. macam lot persendirian jek neh. Confirm harga riban2 neh der. Anwar banyak betul duit dia kan? Mana dia dapat duit hah beli seme2 neh? Dia tue kan ke piem je der.. berapa larh sangat gaji piem kan? Dulu time najib jadi piem tak pernah pula aku dengar dia beli rumah kat amerika. Tapi sejak dsai jadi piem macam2 skandal terbongkar. 

Skandal itu larh, skandal ini lah.. terbaru skandal rumah mewah. Dasat kaw..

kah kah kah

Menurut sumber risikan aku, aku yakin sangat rumah kat atas neh milik dsai sebab bukti kat bawah neh ;


Inilah dokumen sahih yang membuktikan rumah di atas neh milik dsai. Sapa tak kenal gomoleaks? Taraf international dia punya pendedahan der. CIA dan FBI pun cari dia kalau nak korek satu2 hal especially yang membabitkan vvip. Dasat tak? Dasat kan?

kah kah kah

Kantoi dah larh ko dsai. Berhentilah jadi piem. Kalau nak balon duit rakyat toksah lah. Buang masa jek aku jadi rakyat di bawah pr. Neh seme buang masa. Undi bn anda selamat, undi pr barang naik. Apa pun tak boleh larh korang neh. Apa pun tak boleh.

Dan yang lebih2 menyakitkan ahti lagi ialah, korang tengok bawah ;


Berlambak2 google jual rumah mewah neh. Semua nya jadi hak milik dsai. Deemm...... habis duit rakyat macam neh. Habis. Ranap. Punah. Musnah.

Save malaysia, tolak dsai. Please.

kah kah kah

Blogger umno neh apa pun tak boleh. Tah dari ceruk2 mana depa jumpa gambar terus dikaitkan dengan pr larh, mahasiswa larh, lim guan eng larh.. apa pun tak boleh larh der.. apa pun tak boleh.. asyik kantoiii jekkk apa ke hel nya?

kah kah kah

Sumber gambar : semut.

Ameno : Kelakar dowh dorang..

Kantoi kali kedua.. isu mahasiswa bersama kondom

Hehehe..

Kantoi kantoi dan kantoi.

Itu jek aku boleh cakap. Terima kasih kepada rakan facebook yang menyiasat punca dari mana blogger bengap tue dapat gambar kondom tue. Kali neh memang bodoh tak layak lagi ditabalkan kat blogger bodoh tue. Dia lebih bodoh dari bodoh itu sendiri. Dasat.

kah kah kah

Lihat kat bawah neh ;



Cam tak gambar kat atas neh? Confirm korang cam kan? Ia mula2 diperlihatkan dalam gambar kat bawah neh ;


Aku sampai sini dah start tergelak2.. 

Bodoh gilee lahaiiii...

Sampai sekarang aku dok terkenang2kan kebodohan dia.. adoiiyaiii
 .
Link asal gambar tue ==> sini.

Masih ingat bagaimana papa gomo dan geng2 dia terkantoi fitnah anak lim guan eng? Adun pas dan pelbagai lagi kes2 yang aku dah tak larat nak sebut? Fikirlah der.. kalau sekali dua ada logik juga. Mungkin kita tersalah info atau dihadapkan dengan maklumat yang tak lengkap tapi kalau dah asyik kantoi dan kantoi sudah semestinya ada sesuatu yang tak kena disitu. 

Dan kalau korang benar2 ada akal, maksud aku penyokong2 umno, sudah semestinya korang tahu macam mana nak buat kan? Berhentilah mempercayai orang2 yang dah sering terkantoi dengan fitnah. Sekali dua ada maafnya, kalau dah berkali2? Ada sesuatu yang korang kena kaji masak2. Bukan dengan bloggers umno jekk dengan otak korang sekali korang kena kaji.. pasai apa dok percaya lagi entry2 blog bloggers pemfitnah. Bai.

Hasil siasatan : Rakan fb.

Ameno : Kelakar siot dorang neh..

Jumaat, 20 April 2012

Kubur 1malaysia tak wujud ek?

Ce cakap mana satu betul neh?



Betul ke tak betul kubur 1malaysia neh wujud ataupun tak wujud? Check posting lepas disini. Bercakap benar mesti mao. Ko boleh suka dan boleh tak suka sesiapa pun tapi jangan disebabkan rasa tak suka ko tue ko nak heret satu dunia pula tak suka apa yang ko tak suka. Simple.

Sekarang faham betul2.

1. Kita dah tahu perkuburan neh kubur orang asli.

2. Kita diberitahu bin dan binti ialah perkara biasa bagi orang asli dan itu tidak semestinya melambangkan dia itu orang islam.

3. Kita juga dapat info bahawa persamaan dari segi batu nesan tue memang ada tetapi yang ditanam adalah mereka2 yang bukan beragama islam.

4. Kita juga dapat tahu bahawa kubur orang islam dan orang bukan islam tidak dicampurkan sekali dalam perkuburan orang asli neh.

Jika apa yang diberitahu neh adalah hal yang benar, mohon diperbetulkan balik salah faham yang timbul. Kalau apa yang dia bagitau tue salah, maka bagi fakta sebagaimana fakta yang dia bagi. Maksudnya sila nafi guna fakta larh der.

Sehingga terbukti apa yang dia sampaikan tue adalah salah, maka aku anggap je benar dan berpegang kepada kata2 tersebut. Bai.

Sumber : sini

Nota : Artikel pertama telah di edit dan segala salah faham telah diperbetulkan terima kasih atas info. Minta maaf kepada semua pihak yang terlibat dalam artikel sebelum neh. Segala salah faham yang timbul amatlah dikesali.

Ameno : Sekali tersalah daa..

Mahasiswa berdemo kantoi dengan KONDOM di dataran merdeka.

Owh ye ke?

Bukti ada kat bawah neh oke ;

Mula2 korang tengok gambar pertama. Nampak apa yang aku nampak tak? Bagus. Memang bagus. Aku pun sama macam korang. Sebijik. Takde beza. 100% sama. Iaitu aku tak nampak apa2 pun. Aku tak nampak apa2 yang blogger tue suruh aku nampakkan.

kah kah kah

Lepas tue korang tengok pula gambar kedua. Nampak tak apa yang aku nampak? Tengok betul2 larh der. Lue dan gua sama2 ada mata kan, kalau tak camne lue membaca blog neh ye tak?

kah kah kah

Sekarang faham tak?

1. Masa letak tikar, lantai dia petak2. Ada mozek.

2. Lepas angkat tikar, berkemas untuk konsert diraja, lantai dia jadi pasir2.

Inilah kehebatan penulis = blogger umno.

Kalau macam neh korang tak boleh nampak, fikir, teliti, kaji.. aku boleh berani nak cakap korang memang bangang. Sorry der.. sorry.. kadang2 kita perlu bersikap jujur. Aku nak juga jaga ahti korang tapi kadang2 ia mencucuk2 jiwa aku sebab terpaksa menipu der.. tolong larh faham. Menipu tue berdosa der..

kah kah kah

Bloggers umno yang buat lawak kondom ==> sini

Ameno : Tak boleh blah betul akal depa..

Ibrahim Ali intip mahasiswa yang berkhemah di dataran merdeka.


Peh.

Ibrahim Ali pandai kaw. Dia dah jadi penyiasat sekarang neh. Korang lihat dan baca sendiri apa yang dia cakap kat dalam paper di atas neh ;

"Malam kelmarin saya pergi ke sana senyap2. Lama saya perhatikan dan tengok ada kereta berhenti dan menghulurkan duit serta khemah kepada pelajar ini".

kah kah kah

Adoii.. sakit otak aku.. sakit otak sebab gelak kuat sangat. Dari perut bawa ke otak. Punya kelakar larh statement ibrahim ali neh. Bukanlah perkara yang rahsia pun benda yang dia cakap tue. Aku dan ramai orang siap sebarkan lagi.. kepada sesiapa yang nak menaja dialu2kan.. apa benda yang dia siasat tue? Apa pun takde sebenarnya.

kah kah kah

Memalukan!

By the way, kepada kekawan yang nak menaja atau nak menyumbangkan apa2 secara direct kepada mahasiswa2 yang berdemo tue boleh larh berhenti buat sementara waktu sebab mereka dah mengosongkan kawasan perkhemahan untuk memberikan laluan kepada konsert diraja. Perkhemahan akan bersambung semula pada hari ahad neh. Selepas berlalunya konsert tue kalau nak menaja ke apa boleh larh berbuat demikian.

Errr.. kalau ibrahim ali nak menaja pun boleh. Dan errr... penajaan kepada mahasiswa tue bukan larh satu perkara yang sangat rahsia atau sulit taw.. kita orang seme dah tahu. Harap ibrahim ali kalau nak menyiasat ka, buat penaakulan ka analisis ka apa ka tolong larhhh.. tolong call detektif conan dulu. Insya-Allah dia pasti akan membantu..

kah kah kah

Ameno : Kelakar dowhh.. 

Aktivis BERSIH kedua ditahan polis.

Sila baca terlebih dahulu info kat bawah neh ;


First BERSIH 3.0 Activist ARRESTED!

Dear all,


Tan Hong Kai, our first victim of BERSIH 3.0 was arrested for allegedly trespassing while putting up Bersih posters in USM.


1. Please protest and demand for the immediate release of Hong Kai by calling the Interrogating Office Yusmar @ 013 4260831 to demand for the release of Hong Kai.


2. Please protest to USM against the arrest of Hong Kai and demand that USM seeks for his release:

Tel: +604-599 5999
Fax : +604-594 1001
Email: pro@eng.usm.my

Aktivis bersih neh ;

1. Di tahan sebab pasang poster bersih di USM. Dia ditahan sebab di anggap menceroboh.

2. Lokasi ditahan di balai polis nibong tebal. 

3. Sekarang on the way nak dipindahkan ke balai polis sungai petani.

4. Samada akan didakwa ataupun di ambil keterangan dan siasat apa2, aku pun tak pasti.

Tunggu update oke.

Ameno : Kalau boleh jangan babitkan ipta ka ipts ka.. kang kena balik.. macam silap sendiri gak neh..

Khamis, 19 April 2012

Video luahan Mahasiswa yang diserang malam tadi.

Video kat bawah neh menceritakan detik2 ketika mereka diserang malam tadi. Ada yang ditampar, ada yang kena rampas kamera dan dibaling serta dicuri, ada yang kena tolak, ada yang kena belasah, ada yang dirampas cermin mata dan dibuang ke atas jalan, ada yang ditarik tudung, ada yang dipijak, ada yang ditonjol2 kepalanya, ada macam2 pengalaman dan macam2 kejadian.

Korang lihat dan tonton sendiri. Suara tak berapa kuat tapi harap2 dapat dengar dengan jelas. Kat bawah neh video pertama ;



Dan kat bawah neh pula video kedua ;

 

Kita berharap agar serangan seperti neh tidak berulang lagi. Ko boleh suka dan boleh tak suka, tapi tak perlu gunakan kekerasan dan keganasan untuk lahirkan apa yang ko rasa. Jika ko rasa apa yang ko nak buat tue benda betul then ko berhujah bagi fakta. Simple. Masing2 ada mulut dan masing2 ada suara, so lawan hujah sudah larh. Takan disebabkan politik ko nak sepak bantai belasah orang seme? Logik arh sket beb. Oke bai.

Note : Sebentar tadi via berita mandarin di ntv7 ada menyiarkan berita tentang kejadian mahasiswa diserang samseng. Ada sedikit rakaman disiarkan dan penjelasan dari beberapa orang mangsa kejadian. Thanks ntv7. 

Ameno : Sampai merayu2 kat polis tue.. adehh..

Nah ahmad maslan, bukti samseng dan umno satu geng.

Aku sangat sedih dan berkecil ahti dengan ahmad maslan. 



Heheheh..

Kenapa ahmad maslan cakap begini ;

Dengan sinis, beliau berkata orang akan menyalahkan Umno atas semua masalah yang dihadapi mereka.

"Kalau ada kereta bocor di tepi jalan itu salah Umno. Kalau ada motorsikal bocor itu salah Umno. Kalau ada basikal bocor di tepi jalan di dalam hutan yang tak ada orang lalu lalang, itu pun salah Umno.
"Mereka ini sudah bankrap idea, semua salahkan Umno. Ada orang liwat orang lain, Umno yang kena. Dia yang sedap, kita yang kena," katanya lagi ketika ditemui di bangunan Parlimen hari ini.

Ditanya lanjut mengenai dakwaan siswa berkenaan yang mengaitkan tindakan samseng itu dengan parti Umno, Ahmad berkata: "Saya tak tahu, saya sedang tidur semalam. Orang tidur di rumah, bukan di padang."  -MKINI-

Ko jangan nak tipu sangat lah ahmad maslan. Yang sebenarnya mana ada semua orang salahkan umno. Contohnya aku sendiri. Aku tak salahkan umno pun kalau berlaku apa2. Aku cuma salahkan bien jek. Rumput panjang pun aku marah bien. Aku confident itu propaganda bien untuk menyusahkan aku agar potong rumput di laman. Siyes neh.

kah kah kah

Sekarang ahmad maslan, meh kita cakap pasal bukti. Dengan ko neh sebenarnya bukti pun tak boleh jalan. Aku dah faham sangat tue. Tapi sebenarnya aku anggap artikel neh prasyarat je sebelum aku menghalalkan tindakan aku yang bakal mengatakan dan menganggap ko bodoh. Contohnya gini ;

Ali : Oii ahmad ko memang bodoh nak mampos.

Ahmad : Apahal neh? Tetiba jek sound aku bodoh? 

So aku nak mengelakkan situasi di atas neh berlaku. Jadi aku bagi ko sebab dulu then aku akan cakap ko bodoh selepas bagi hujah aku, simple. Heh.

Lihat gambar bawah neh jap ahmad maslan ;

Dengan kapak tue siot. Aku dah cuak gile neh. Nasib baik dia jejauh dari aku. Kalau tak, tak senang hidup aku.

kah kah kah

Dah perhatikan ke ahmad maslan? Lepas tue kan ko tengok pula gambar kat bawah neh ;







Ini gambar2 yang direct dapat dari wall samsengdataranmerdeka yang suka pakai baju sama dalam beberapa hari. Ataupun mungkin baju dia satu almari penuh dengan design yang sama2 jek kot.

kah kah kah

Gambar2 neh menjelaskan bahawa ;

1. Waris malaya = ngo mesra bien.

2. Waris malaya = sahabat bien.

3. Waris malaya = di anggap oleh piem akan membantu mengembalikan selangor kepada umno dan bien pada pru - 13, sepertimana yang diucapkan oleh piem dalam pelancaran tersebut baru2 neh.

Ahmad maslan, sampai sini ko faham tak? Risau gak aku kalau laju2 sangat. Maklumlah iq kita tak sama level. Aku neh up sket dari ko.. so kalau agak2 tak sampai tue inform2 ye ahmad maslan.

kah kah kah

Lepas tue ko tengok sini pula ahmad maslan ;









Ko nampak tak apa yang aku nampak ahmad maslan?

1. Gambar pertama bagitau ko, aikk bukan kah neh budak yang pakai baju merah waris malaya yang pegang kapak tue?

2. Gambar kedua pula bagitau ko, aik dia pegang bendera bien pula?

3. Gambar ketiga pula bagitau ko, eh sama lah baju yang dia pakai ketika jumpa ezam dan ketika main gangster2 kat dataran..

Sampai sini ko clear tak ahmad maslan? Aku harap ko clear. Kita neh tak kesah lah tidur kat rumah ka, padang ka, tanah ka, apa ka yang penting iq kita tue. Kalau iq kita lembab, tak kira kat mana kita tidur tetaplah lembab. 

kah kah kah

Dan bila ko dah nampak dia pegang bendera bien = mesti ko dah tahu dia sokong umno kan? Kenapa umno? Takan ahli mca atau mic pula? Mestilah umno ahmad maslan sebab, lihat bawah neh ;

Jadi sekarang ko patut dah jelas bahawa serangan malam tadi memang layak dikaitkan dengan umno. Oke ahmad maslan, tumpang nak lalu ye, aku nak cakap ko BODOH. Sekian, terima kasih.

kah kah kah

Ameno : Ahmad maslan kalau bercakap memang keluarkan sampah jek.. 

Kronologi Serangan Samseng Ke Atas Kumpulan Mahasiswa di Dataran Merdeka.



Kronologi Serangan Samseng Ke Atas Kumpulan Mahasiswa di Dataran Merdeka (19 April 2012) :

2.30 AM : Diberitakan waktu ketika ini hampir 60-70 mahasiswa dan anak muda serta rakyat berada sekitar Universiti Dataran Merdeka.

2.32 AM : Suasana masih lagi tenang dengan beberapa kumpulan mahasiswa kelihatan berkumpul bagi membincangkan agenda seterusnya dan bergembira.

2.36 AM : Dan tiba-tiba, kelihatan seorang pemuda berbaju t-shirt hitam tanpa kolar berjalan meluru ke kawasan perkhemahan dan disusuli sekumpulan pemuda di belakangnya.

2.37 AM : Semua peserta himpunan tercengang dan tertanya-tanya siapakah mereka. Kumpulan pemuda terbabit sedang memerhati banner dan kain rentang serta keadaan sekeliling.

2.38 AM : Dengan tiba-tiba, kedengaran tepikan 'BANGUN... BANGUN' yang dilaungkan pemuda berbaju hitam tadi, dipercayai 'Hang Kebun' yang pernah muncul dalam satu video ugutan terhadap Adam Adli.

2.39 AM : Kelihatan dua lagi kumpulan bangun setelah jeritan itu dan berjalan serentak dari dua arah berbeza dengan kumpulan pertama, dikatakan berkumpul lebih awal. Mereka terus meluru ke arah kumpulan mahasiswa dan rakyat yang sedang berada di Dataran.

2.40 AM : Kedengaran pemuda (kumpulan samseng) berkenaan menjerit 'KAMERA PADAM, JAGA KAMERA, JANGAN RAKAM' ke arah kumpulan mahasiswa dan rakyat yang sedang tercengang dengan aksi mereka dan ingin merakam.

2.41 AM : Tiba-tiba, beberapa samseng berbaju hitam menarik kesemua khemah dan menggeledah khemah sehingga menyebabkan seorang siswi tercedera akibat dipukul dan disepak. Namun, siswi terbabit dikatakan tidak mengalami kecederaan serius. Kedengaran jeritan dari kumpulan samseng berkenaan yang mengarahkan semua kosongkan tempat dan menjerit 'BALIK TIDUR RUMAH LAA, JANGAN KECOHKAN MALAYSIA, BANGSA MELAYU APA MACAM NI, KALAU TAK SUKA MALAYSIA PERGI LUAR NEGARA LAA, dan kedengaran juga beberapa perkataan kurang sopan dilaungkan mereka.

2.42 AM : Keadaan mula kelam-kabut, khemah-khemah digeledah dan dicabut, barangan disepak dan dilempar, makanan dibaling ke rumput, dan terdapat mahasiswa berkeliaran melarikan diri bagi menyelamatkan diri. Banyak kamera, handphone dirampas dan diugut supaya tidak dirakam. Empat anggota polis berpakaian seragam yang berada tidak jauh segera dipanggil untuk membantu namun suasana masih kelam-kabut. Polis dikatakan lambat bertindak walaupun kejadian berlaku hampir 10 minit. Tumbuk-menumbuk masih berlaku walaupun terdapat anggota polis kerana terdapat provokasi daripada kumpulan pemuda samseng yang tidak ingin sebarang aksi mereka dirakam. Terdapat dua orang aktivis dilarikan ke tempat lebih jauh oleh kumpulan samseng namun berjaya diselamatkan tidak lama kemudian. Polis masih tidak menahan kumpulan samseng berkenaan walaupun adegan tumbuk-menumbuk berlaku di hadapan mereka.

2.47 AM : Masih tiada sebarang kereta peronda polis tiba namun kelihatan di situ sekumpulan anggota DBKL yang memerhati dari jauh sahaja, tidak berani lakukan apa sahaja. Kekalutan terus berlaku dan kumpulan aktivis terus dikasari, ditumbuk dan dirampas kamera. Sasaran dipercayai ke atas Adam Adli, aktivis-aktivis berbangsa Cina dan individu yang sedang membuat rakaman. Adam Adli berjaya diselamatkan lebih awal.

2.50 AM : Tiba-tiba, kelihatan seorang aktivis rakyat Melayu Islam ditarik ke jalan raya dan dibelasah hampir 15 orang. Ramai datang membantu dan kelihatan tiga buah kereta peronda polis tiba di tempat kejadian. Sebelum itu, seorang anggota polis berpakaian biasa mengeluarkan sepucuk pistol sebagai amaran kepada pergaduhan berkenaan namun tidak menembak. Kumpulan aktivis rakyat dan mahasiswa sedikit terkejut dengan tindakan anggota preman berkenaan yang tiba-tiba keluarkan pistol. Suasana sedikit reda.

2.55 AM : Kelihatan kumpulan polis yang baru tiba membantu seorang aktivis yang dibelasah sehingga berdarah di bahagian tangan dan muka (kening) di jalan raya. Ambulans dipanggil dan tiba tidak lama kemudian. Polis meluru ke arah kumpulan samseng dan meleraikan keadaan.

3.00 AM : Kelihatan rundingan dijalankan antara kumpulan polis dan samseng di satu sudut berhampiran pancutan air di Dataran Merdeka. Dan diberitakan seorang daripada mereka ditahan untuk diambil keterangan.

3.05 AM : Kumpulan mahasiswa dan rakyat masih kelam kabut kerana kumpulan samseng berkenaan masih berkeliaran dan bersiap sedia menghadapi kemungkinan. Diberitakan dua cedera sehingga berdarah, tiga lagi cedera ringan dan seorang dikejarkan ke hospital. Barangan kumpulan aktivis bertaburan, banyak harta seperti handset dan kamera hilang, dipercayai dirampas samseng.

3.15 AM : Keadaan sedikit tenang setelah kehadiran kumpulan polis namun kawasan perkhemahan masih tidak dibersihkan. Tiba-tiba, seorang lelaki berbaju hijau (dipercayai SB) mengarahkan kesemua aktivis membersihkan kawasan dan menyusun balik barangan. (Setelah perbincangan, dipercayai arahan itu bertujuan supaya polis tidak sempat mengambil gambar bukti tempat kejadian yang bertaburan)

3.20 AM : Kumpulan samseng mula bersurai namun kelihatan masih berada di beberapa sudut sekitar Dataran Merdeka. Mangsa yang dihantar ke hospital, diberitakan bernama Khairul a.k.a. Bobo tidak mengalami luka serius. Keadaaan mula tenang walaupun kesemua yang berada di Dataran masih terkejut dengan apa yang berlaku.

3.30 AM : Sebarang berita mengenai kejadian itu mula dilakukan melalui laman sosial dan kelihatan orang ramai hadir untuk lihat lebih lanjut apa yang berlaku. Keadaan kembali terkawal.

3.45 AM : Keadaan tenang dan kumpulan mahasiswa serta rakyat mula berkumpul untuk menceritakan dengan lebih terperinci apa yang berlaku. Turut diperiksa barangan yang rosak dan hilang selain memastikan kesemuanya selamat. Diberitakan hampir 10 orang yang kehilangan barang dan rosak akibat kejadian itu.

4.00 AM : Kawasan perkhemahan sudah dibersihkan dan dikemaskan.

- We Are All Safwan Anang


Diperolehi dari laman facebook.

Ameno : Apa pun tak boleh larh samseng2 neh.. 

Video mahasiswa diserang kena remove, menteri sound jangan tagih simpati.

Ada empat news baru masuk. Kita start dulu dengan video samseng. Sekarang video tue dah diremove. Aku tak percaya malaysiakini remove tapi aku sangat2 percaya ia diremove atas sebab tertentu. Dan aku percaya ia ada kaitan dengan politik. Kenapa aku cakap macam tue? Mudah.

Kalau korang ikuti perkembangan samsengjalankebun dulu, dengan hanya satu video jek.. umno terus jatuh terduduk akibat dikritik dengan hebat oleh orang2 atas pagar terutamanya. Kesilapan aku paling besar sebentar tadi ialah tak download video tersebut. Sekarang sapa download? Please.. geng. Sebarkan. 

Malaysiakini tue pun kadang2 terpaksa ikut protokol gak tue. Jangan tunggu depa redownload balik kalau korang ada akses kepada video tersebut. Ramai nak tengok bukti neh der..

Kedua, pasal menteri pengajian tinggi. Dia cakap apa nak tahu? Baca bawah sat ;

Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, mahasiswa yang berkhemah di Dataran Merdeka menuntut PTPTN dimansuhkan, 'tidak perlu menagih simpati' apabila berlaku apa-apa perkara tidak diingini terhadap mereka.

Menulis dalam twitter @khalednordin, beliau berkata ia kerana tiada sesiapa pun menyuruh mahasiswa berkenaan berkhemah di situ.

"Takde siapa pun suruh berkhemah di Dataran, bila berlaku apa2 perkara, jgn tagih simpati," tulisnya. -harakah-

Khaled, khaled. Ko berambos je larh dari kerusi menteri tue. Orang berkhemah tue lain citer, orang kena serang tue lain citer pula. Meh aku fahamkan otak kaw. Aku neh merimas sket kalau menteri cam ko tak faham situasi.

Mahasiswa berkhemah. <-- Dorang berkhemah sebab nak pendidikan percuma. Takde sapa2 suruh  dorang berkhemah sebaliknya dorang sendiri nak berkhemah sendiri sebab nak perjuangkan nasib sendiri. Jadi memang logik lah tindakan tersebut. Cuba kalau aku nak makan nasi lepas tue aku suruh ko beli, ko masak dan suapkan aku makan. 

Aku sapa sekarang dengan ko? Mesti ko bengang kan kalau aku suruh ko buat kerja2 bangang cam tue? So sama gak cam mahasiswa neh. Depa sendiri nak berjuangkan nasib sendiri maka depa sendiri usaha. Ini bagus. Ko yang tak bagus. Sebab apa? Sebab memula ko cakap depa neh dipengaruhi orang lepas tue ko keluar statement cakap takde sapa2 suruh depa berkhemah..  ko boleh nampak tak camne ko mengeluarkan statement belit2 der? Sila nampaklah der.. please.

Lepas tue, ko cuba nak menghalalkan tindakan diserang tue dengan mahasiswa yang berkhemah disitu tanpa disuruh sesiapa. Ini satu pandangan yang salah. Jika mereka nak berkhemah atau taknak berkhemah sekalipun takde sesiapa ada hak untuk serang sesiapa pun. Berkhemah satu hal lain, kena serang ialah satu hal yang lain. Jap, sapa lantik ko jadi menteri hah?

Ketiga. Sekali ulama umno boleh pula pergi bekap bebudak tue. Memang hampeh. Lihat kat bawah neh ;


Aku sangat kecil ahti dengan pandangan bias oleh ULAMA MUDA UMNO.. mahasiswa bertindak ikut hawa nafsu = berkhemah. Kalau samseng bertindak ikut hawa nafsu maka dia akan jadi = berkhemah. Tapi sekarang neh mahasiswa bertindak ikut hawa nafsu = berkhemah, samseng bertindak ikut hawa nafsu = menyerang khemah orang, campak makanan, tendang dan sepak orang, belasah, maki dan menjerit2, itu satu perbuatan yang keji. Takan ulama muda umno tak reti nak fikir detail2 macam neh hah?

Aku tak kata mahasiswa bertindak ikut hawa nafsu. Aku cuma membayangkan konon nya mahasiswa tue bertindak ikut hawa nafsu mengikut pandangan ILMU. Walhal sebenarnya mahasiswa2 tersebut langsung tak bertindak ikut hawa nafsu sebaliknya guna akal. Bagi pandangan aku, kalau mahasiswa neh berkhemah ka apa ka nak berjuang ka berdemo ka itu pun dah cukup2 bagus. 

Pasal apa? Pasal aku dah tak larat baca mahasiswa beromen, mahasiswa berzina, mahasiswa berpeluk2 dengan pompuan seksi dan sebarkan gambar di media online, mahasiswa bercium, mahasiswa mabuk, mahasiswa merempit, mahasiswa buang anak apa seme. Itu tak masuk lagi kpop sana sini, kaler rambut lagi, konsert lagi, majalah mengarut apa seme. Gua pun kpop juga der tapi takde meroyan nak tunggu kat airport dengan terpekik terlolong buang duit pergi konsert der.. lue kayakan artis lue dapat apa? Lepas tue lue sembang kencang cakap melayu tak kaya2 tapi lue sendiri kayakan bangsa lain lupa pula? Sohai nak mampos.

Dah cukup bagus larh geng2 adam adli neh buat kat dataran merdeka. Apa? Korang nak berkhemah? Nak pendidikan percuma? Nak berjuang? Nak berdemo? Hah pergi lah pergilah.. itu ada faedah nya.. at least korang habiskan masa korang untuk memikirkan hal2 negara.. 

Dan aku warning, ye aku warning ye disini.. aku tahu mahasiswa2 yang dok komen membabi mahasiswa kat dataran tue tak berapa bagus sikapnya dari segi moral. Aku dah spot beberapa orang. Aku tak peduli ko sapa tapi kalau ko kurang ajar di wall fb ko, aku juga akan kurang ajar di blog aku. Kita tengok siapa yang kena. Gua memang kurang ajar. Dah biasa orang kenal. Dan gua dah biasa mengaku. Cuma taktau larh kalau lue sanggup ke tak sanggup mengaku lue kurang ajar disaat lue suka berlagak macam alim nak mampos. Heh.

Keempat, dapat news dari member. Yang kena tendang tue mahasiswi. Mahasiswi = pompuan. BABI PUNYA SAMSENG. Lue memang celaka sebab pukul pompuan. Pompuan tue kena hentak dengan samseng2 time tidur. Ada dua pompuan. Satu kena kepung dan tonjol2 kepalanya. Satu lagi kena tendang, tampar dan dipijak time dengan tidur. Lepas tue tudung kena rentap. BABI LUE. Lue mabok ke apa pukul pompuan? Ka lue nak beromen tapi tak dapat? Alamak terjujur plak i. Sowei.

Lepas tue kamera dan telefon bimbit, ada yang rosak, ada yang hilang. Member sebelah kebetulan time tue berbangsa cina. Terus kena hentak. Mungkin sebab dia cina kot. Ini lagi kurang ajar. Gua pun dah malu larh macam neh. Macam mana nak hadap dengan member2 cina gua disebabkan perangai sohai sesetengah melayu neh? 

Minta tolong larh orang2 cina malaysia faham. Samseng2 tue memang melayu. Tapi samseng2 tue bawa jatidiri melayau, bukan melayu. Orang melayu tak buat perangai gitu. Tolong jangan generalisekan seme melayu = penjahat der. Please.

Oke bai.

Ameno : Memang bangsat.. pompuan pun depa sepak..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...