Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 2 Disember 2017

Caj Servis KLIA 2 Naik Mulai Januari 2018.

Mulai Januari 2018, mereka yang membuat perjalanan ke destinasi antarabangsa di luar negara-negara Asean dari terminal Lapangan Terbang Antarabangsa 2 (klia2) perlu membayar caj servis penumpang (PSC) seperti lapangan terbang lain iaitu sebanyak RM73.

Tetapi, Suruhanjaya Penrbangan Malaysia (MAVCOM) tidak memberi penjelasan mengenai kenaikan itu kecuali mengatakan ia mahu menyamakan caj dengan lapangan terbang lain.
Itu bagus, kecuali hanya ada beberapa bilangan kecil lapangan terbang yang mempunyai penerbangan antarabangsa di luar negara-negara Asean. Lapangan terbang itu ialah KLIA, Pulau Pinang, Langkawi, Kota Kinabalu dan Kuching.

Kelima-limanya adalah lapangan terbang "full-service", yang direka sebagai lapangan terbang dan bukan sebagai lapangan terbang hibrid. Lagipun, klia2 direka sebagai Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) bagi menggantikan terminal lama sebelum kos lebihan menjadikannya "hibrid" dengan sebuah pusat membeli belah bersambung dengannya.

MAVCOM yang ditubuhkan pada Mac 2016 sebagai "pegawal selia ekonomi bebas bagi industri penerbangan awam" hanya melakukan satu perkara kepada orang ramai - memastikan mereka membayar lebih untuk penerbangan mereka.

Ia bermula dengan caj tambahan RM1 untuk MAVCOM menjana pendapatan dan sekarang menyamakan caj untuk terminal-terminal yang mempunyai penerbangan antarabangsa.

Apa lagi yang setakat ini ia telah lakukan untuk penumpang? Ia sedang menulis Kualiti Perkhidmatan (QoS) bagi pengurus lapangan terbang dan lapangan terbang tetapi itu akan mengambil masa.

Jadi apa yang mula-mula dilakukannya sebelum penumpang mendapat perkhidmatan berkualiti? Ia mula menaikkan caj di terminal yang nampak murah dan tidak selesa yang tidak mencapai piawaian mana-mana lapangan antarabangsa di negara ini?

Adakah mereka yang berada dalam lembaga pengarah MAVCOM yang berpengalaman tiada rasa empati kepada penumpang?

MAVCOM mengatakan ia mengambil kira pandangan pihak berkepentingan sebelum menetapkan PSC baharu bagi penerbangan antarabangsa di klia2 tetapi ia tidak memberi sebarang penjelasan melainkan berkata ia untuk menyamakan caj.

Itu alasan lemah. Jika itulah sebabnya, mengapa rakyat Malaysia perlukan MAVCOM? Mengapa tidak biarkan pengurus lapangan terbang membuat keputusan mereka sendiri daripada beberapa pihak berkuasa yang mahu mengambil duit dari penumpang?

Lembaga MAVCOM perlu keluar dari peabat mereka di Kuala Lumpur dan buka pejabat di klia2 untuk melihat kemudahan di sana dan bandingkan dengan terminal lain di Malaysai.

Skypark di Subang dibina lebih baik untuk penumpang, memandangkan ia direka dan dibina oleh Jabatan Kerja Rya bertahun-tahun dahulu berbanding proses tender yang mencipta klia2 yang sangat besar.

Ia kekal sebagai sebuah lapangan terbang yang direka teruk dan menggelarnya hibrid adalah panggilan sopan kepada Frankenstein dengan travelator yang menjadikan koridornya lebih sempit.

Dan dengan mengatakan kadar PSC di Malaysia antara yang terendah langsung tidak bermakna apabila kualitinya juga rendah.

MAVCOM harus berikan alasan yang lebih baik untuk menaikkan caj atau elok dibubarkan saja kerana ia menyebabkan orang ramai membayar lebih berbanding apa yang dilakukan untuk manfaat penumpang.

Ahli UMNO Ditangkap Kerana Jual Borang Mohon IC Di Sabah.

Seorang lelaki dilaporkan telah ditangkap kerana menjual borang permohonan MyKad yang tertera ikrar taat setia kepada Barisan Nasional pada pilihan raya umum ke-14.
 

Borang itu dilaporkan dijual pada harga rm54 setiap satunya. Memetik laporan portal The Malaysian Insight pada semalam, Pesuruhjaya Polis Sabah yang dikenali sebagai Ramli Din mengesahkan lelaki itu telah ditahan oleh Jabatan Imigeresen dan dikenalpasti sebagai 'Panglima' yang berasal dari Simunul, Semporna. 


Laporan itu turut mengesahkan lelaki yang ditahan itu adalah ahli UMNO. Dan penangkapan dibuat ketika lelaki itu berada di Kuantan.

Laporan itu menyebut mereka yang membeli borang permohonan itu berasal dari Kalabakan. 

Baca : Sindiket Jual Borang Mohon IC Tumpas Di Kuantan


Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sebelum ini menafikan ada mengeluarkan borang permohonan IC dan setiap pemohon perlu menyatakan taat setia kepada kerajaan Barisan Nasional pada PRU akan datang.


Borang yang tersebar itu menjadi sensasi di internet dan menimbulkan pelbagai spekulasi di laman sosial.

Khalid Nafi Sertai UMNO, Sekadar Hadiri Konvensyen Sahaja.

Updated.

Mustapha Mohd Talib, pembantu kepada Khalid Ibrahim menafikan bekas Menteri Besar Selangor itu akan menyertai UMNO.

Menurutnya, Khalid dijemput untuk menghadiri Konvensyen UMNO Selangor sebagai pemerhati luar sahaja. Konvensyen UMNO Selangor itu dilaporkan diadakan sebagai persediaan awal untuk membincangkan strategi menghadapi Pakatan Harapan di Selangor pada PRU ke 14 kelak.

Terdahulu, Khalid Ibrahim dilaporkan mungkin akan menyertai UMNO. Begitulah rata-rata pandangan yang diutarakan netizens apabila mengulas tindakan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini yang memuat naik sekeping gambarnya bersama Khalid Ibrahim, bekas Menteri Besar Selangor di akaun Twitter miliknya.

Gambar itu diambil ketika Zahid dan Khalid menghadiri satu majlis konvensyen tertutup UMNO Selangor di PWTC petang ini.

Kapsyen pada gambar itu berbunyi, "Tan Sri Khalid Ibrahim turut dalam majlis Konvensyen Umno Selangor di PWTC". 

Khalid Ibrahim adalah Ahli Parlimen Bandar Tun Razak dan Adun Perlabuhan Klang yang telah dipecat PKR pada 2014 kerana dikatakan melanggar beberapa peraturan parti. 

Disebabkan itu juga, Pakatan Rakyat berpecah teruk dan menubuhkan Pakatan Harapan sebagai ganti namun tanpa PAS sebagai salah satu parti komponen utama dalam gabungan tersebut.

"Saya Ni Makcik Dia, Saya Tahu Kemungkaran Dia," - Ummi, Azwan Bergabung Tibai Anak Sedara, Azmin.

Tular di laman sosial beberapa gambar tangkaplayar yang memaparkan kenyataan Azwan Ali mengenai insiden penangkapan Mohd Nuzul Fadli Mohd Noriyualsaid yang juga anak saudaranya oleh SPRM bagi membantu siasatan atas satu kes perlombongan pasir di Selangor.

Kes itu yang dilaporkan berlaku pada tahun 2014 ialah kes yang membabitkan suapan tertentu ke atas pihak tertentu bagi mendapatkan tender perlombongan pasir di Selangor.

SPRM juga mengesahkan beberapa akaun syarikat milik pihak yang disiasat telah dibekukan. Nilai akaun-akaun yang dibekukan itu dianggarkan 4 juta ringgit banyaknya.

Selain Nuzul Fadli, dua pengarah syarikat dan seorang kakitangan swasta turut ditahan reman selama 7 hari bermula khamis lepas.

Di media sosial, beberapa pihak menyebarkan status Azwan Ali yang mengulas insiden berkenaan.

“Aku tatang kau macam minyak penuh sejak kecil! Kau antara anak saudara paling bernasib baik dapat sanjungan Azwan Ali. Tapi itu dulu! Bila kau kahwin, kau haram jemput Che Wan (Azwan Ali)? 

“Gara-gara kau besarkan Azmin Ali, kemudian kau dengar hasutan mak bapa kau untuk tak jemput atau paruah aku sebagai pakcik kau. “Sekarang tuhan bayar tunai! Kau sudah meringkuk dalam lokap untuk siasatan SPRM! Kau meroyan kepada Azmin Ali suruh lepaskan kau! 

“Muhasabah lah sebelum bala lebih besar terutamanya mak kau yang tak habis caci hina Azwan Ali,” katanya seperti yang tersebar.



Kemarahan Azwan Ali itu bagaimanapun diragui ketulenannya memandangkan semakan yang dijalankan mendapati akaun Azwan Ali itu tidak terpapar di Facebook. Tidak dapat dipastikan samada Azwan Ali menyorokkan akaun sosial medianya dari pengetahuan umum ataupun telah memadamkan ia.

Selain itu, respon Ummi Hafilda Ali yang juga adik kepada Azmin Ali mencuri tumpuan netizens yang mengikuti perkembangan kes penahanan anak saudaranya itu.


"Orang makin tua makin berkat. Ini makin tua tempah tempat kat penjara macam Mat Aljuburin (Anwar Ibrahim) tu.. Tak ke suwei hidup. Lepas tu dosa sendiri taknak ngaku. Create pulak double dosa fitnah org yang innocent perjuangkan kebenaran dengan pelbagai teori konspirasi dan fitnah dajal.

ALLAHUAKHBAR.. TAK TAKUT MATI. KAU BOLEH TIPU BERJUTA MANUSIA TAPI INGATLAH KAU TAK BOLEH TIPU ALLAH YANG SATU. ALLAH IS GREAT..DOA DOA ORANG TERANIAYA TIADA HIJAB DI ANTARA LANGIT DAN BUMI. YAKINLAH. 

Arwah abah dah pesan apa Min (Azmin Ali) ingat tak bila kita ditimpa bala dan musibah walaupun sebesar zarah terhiris jari dengan pisau or berdarah terhantuk kaki, cuba tanya pada diri, apakah dosa yang aku dah buat??? Jangan menuding jari salahkan orang lain. That is kifarah penghapus dosa," katanya dalam satu kenyataan di Facebook.

Ummi Hafilda turut mempertahankan tindakan SPRM yang menahan anak saudaranya dengan berkata beliau telah lama menghidu kemungkaran anak saudaranya bersama Azmin Ali.

"Ini bukan pasal PRU. Saya makcik dia, i mean boy. Saya tahu kemungkaran dia dan Pak Teh dia, Azmin. SPRM dah ikut lama dekat setahun. Bukti kukuh baru cekup. Tak payah awak fitnah SPRM pula. Tidak tahu hujung pangkal," respon Ummi yang membidas salah seorang pengkomen yang mengaitkan siasatan SPRM dengan konspirasi menjatuhkan pentadbiran Azmin Ali di Selangor.

Terdahulu kerajaan negeri menafikan Azmin terlibat atau ada kaitan dengan siasatan yang dijalankan SPRM.

"Rawang ByPass Bukan Produk Najib, Bodoh Punya Tun Faisal," - Pimpinan PPBM Bidas JASA.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Malaysia ataupun PPBM, Dr. Rais Hussin membidas dan menolak propaganda keterlaluan yang dimainkan oleh Tun Faisal mengenai pembukaan lebuhraya baru, Rawang Bypass pada semalam.


Tun Faisal sebelum ini giat mempromosikan pembukaan Rawang Bypass dan menyifatkan ia sebagai salah satu pencapaian yang berjaya dilakukan dibawah pentadbiran Datuk Seri Najib Razak.

"Rawang Bypass - unik dan berbeza, mesra alam sekitar (tanpa perlu bersihkan hutan & tarah bukit seperti di P.Pinang), mesra rakyat (tanpa tol, manfaat 30,000 pengguna), mesra bajet (RM69.8 j/km vs lebuhraya Pakatan RM385 j/km). Satu lagi produk @NajibRazak #Negaraku," kata Tun Faisal di Twitter.


Bagaimanapun kenyataan itu dibidas dan ditempelak oleh Dr. Rais Hussin yang menafikan pembinaan Rawang Bypass adalah produk Najib.

Menurut Dr. Rais Hussin Rawang Bypass memulakan pembinaannya pada 16 Julai tahun 2005. Iaitu 4 tahun sebelum Najib menjadi Perdana Menteri Malaysia yang keenam.

"Rawang Bypass muka di bina pada Julai 16, 2005. @NajibRazak menjadi PM pada tarikh malang April 3, 2009. Macamana pula ini menjadi produk Najib?," soalnya.

Tun Faisal turut ditempelak sebagai bodoh dan penipu oleh Dr. Rais Hussin.

"Tipu betul si bodoh @tunfaisal ! Mungkin KLCC pun produk Najib 😂," katanya lagi.

Terdahulu, Rawang Bypass memulakan operasi pertamanya pada 29 November 2017 tepat jam 6 pagi. Lebuhraya itu mencatatkan sejarah sebagai lebuhraya tertinggi di Malaysia dan unik kerana mengekalkan hutan-hutan di sekelilingnya.

Lebuhraya yang tingginya 58.2m itu menelan belanja sebanyak 682 juta untuk membinanya selama 12 tahun. Ia turut dilaporkan menyingkatkan masa perjalanan selama 30 minit sahaja di antara Rawang ke Kuala Lumpur. Lebuhraya ini turut mendapat pujian ramai kerana tidak mengenakan sebarang kutipan tol untuk melaluinya.

Jumaat, 1 Disember 2017

Azmin Nafi Terbabit Dengan Tender Perlombongan Pasir.

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali menafikan tuduhan bahawa beliau menganugerahkan tender kepada anak saudaranya yang ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini.
Azmin menjelaskan bahawa semua tender untuk perlombongan pasir di negeri itu dikendalikan oleh Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) yang merupakan anak syarikat milik penuh Menteri Besar Diperbadankan (MBI Inc).
"Pertama dakwaan itu tidak betul. Dasar kerajaan negeri tanah-tanah dimiliki oleh kerajaan negeri, sekiranya ada permohonan untuk aktiviti perlombongan pasir ia akan diuruskan oleh Kumpulan Semester.
"Semua proses tender dijalankan Kumpulan Semester, saya bukan board member (ahli lembaga pengarah) Semester.
"Saya tidak terlibat dalam sebarang keputusan dan saya yakin pegawai Semester mempunyai integriti tinggi dalam memastikan proses itu berjalan dengan telus dan terbuka," katanya, memetik laporan Malaysiakini
Terdahulu, kerajaan negeri menerusi Yin Shao Long, Pengarah Komunikasi Strategik kepada Menteri Besar Selangor itu mengeluarkan satu kenyataan rasmi berhubung penangkapan Mohd Nuzul Fadli Mohd Noriyualsaid yang juga anak saudara kepada Azmin Ali.
Menurut kenyataan itu, kerajaan negeri sedia maklum berhubung penangkapan salah seorang saudara terdekat kepada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali.
Meskipun tidak mempersoalkan tindakan SPRM itu bagaimanapun kerajaan negeri tertanya-tanya penglibatan blogger UMNO yang mendedahkan maklumat terperinci sebelum penangkapan dibuat.
Malahan terdapat cubaan yang seakan mengaitkan pembabitan Menteri Besar itu dengan skandal perlombongan pasir haram.
"Pentadbiran ini dimaklumkan bahawa salah seorang yang ditahan oleh SPRM berhubung dakwaan terlibat dalam aktiviti perlombongan pasir haram adalah anak saudara Dato’ Menteri Besar Selangor.

Kita tidak mempersoalkan tanggungjawab SPRM untuk menjalankan sebarang siasatan. Namun, dalam kes ini, kita kesal kerana pembocoran maklumat secara meluas melalui media sosial dan blogger UMNO sebelum penahanan tersebut dilakukan jelas menggambarkan wujudnya konspirasi jahat untuk memburukkan reputasi Dato’ Menteri Besar dan Kerajaan Negeri Selangor menjelang Pilihan Raya Umum ke-14,"
jelas kenyataan itu.

"Walau bagaimanapun, sekiranya proses siasatan dijalankan secara profesional dan telus, pentadbiran ini mengalu-alukan siasatan yang mengikut lunas undang-undang tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak tertinggi yang berkepentingan. Barang diingat, siasatan ini jangan digunakan sebagai alat untuk mengalihkan pandangan rakyat terhadap skandal rasuah dan amalan kleptokrasi berskala besar yang melibatkan pemimpin negara.

Kerajaan Negeri Selangor tuntas berpegang kepada prinsip kebertanggungjawaban dan ketelusan dalam semua proses perolehan Kerajaan bagi menjamin kepentingan rakyat dan Negeri Selangor,"
katanya lagi.

Khamis, 30 November 2017

Keputusan RCI Forex : Beban Salah Atas Mohamed Yakcop - Daim, Anwar, Mahathir Di Anggap Bersubahat.

Oleh : Free Malaysia Today

Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai kerugian urus niaga mata wang asing (forex) Bank Negara Malaysia dalam laporan lengkap yang dikeluarkan hari ini meletakkan kesalahan kepada penasihat BNM, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop sebagai pihak bertanggungjawab. 

Laporan itu juga mengesyorkan polis membuka siasatan rasmi terhadap kemungkinan berlaku kesalahan pecah amanah dalam urusan tersebut. Nor Yakcop menguruskan portfolio BNM antara 1986 hingga 1993, termasuk menguruskan rizab luar dan peraturan untuk pasaran kewangan dalaman. 


“Walaupun beliau mendominasi dana BNM dan dilihat mempunyai kebebasan dalam urus niaga forex, beliau tidak mungkin dapat melaksanakan urus niaga berkenaan dalam tempoh yang lama tanpa kelulusan langsung atau tidak langsung daripada pihak atasan dan/atau individu lain yang mempunyai kuasa. 

“Justeru, suruhanjaya telah meneliti liabiliti bersama individu-individu berkenaan di bawah Seksyen 34 atau Seksyen 107 Kanun Keseksaan dan boleh dikaitkan sebagai mempunyai niat yang sama atau bersubahat,” kata laporan itu. 

Laporan setebal 400 muka surat itu yang diedarkan kepada ahli Parlimen hari ini berkata, siasatan itu perlu dilakukan terhadap semua pihak terlibat, termasuk bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, bekas menteri kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kakitangan BNM. 

RCI itu turut mengesyorkan siasatan dijalankan terhadap ahli lembaga pengarah BNM, Jabatan Audit Negara dan Kementerian Kewangan. 

“Suruhanjaya berpendapat daripada fakta yang diberikan kepada inkuiri, terdapat asas untuk mencadangkan polis menjalankan siasatan rasmi terhadap kemungkinan berlakunya jenayah pecah amanah atau penipuan yang mungkin dilakukan oleh kakitangan BNM, ahli lembaga pengarah BNM, Jabatan Audit Negara, menteri kewangan dan perdana menteri dalam menjalankan urus niaga spekulasi forex dan menyembunyikan kerugian forex daripada pengetahuan Kabinet dan Parlimen,” kata laporan itu. 

RCI itu berkata skandal forex sekitar 1990-an itu dianggarkan mengalami kerugian sehingga RM30 bilion ketika Dr Mahathir merupakan perdana menteri. RCI ditubuhkan untuk menentukan kebenaran dakwaan mengenai kerugian forex yang ditanggung BNM dan kesannya terhadap ekonomi negara. 

Laporan berkenaan sudah dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V oleh Pesuruhjaya RCI terdiri daripada Tan Sri Mohd Sidek Hassan, Datuk Seri Tajuddin Atan, Tan Sri Saw Choo Boon dan P Kanagarayar pada 13 Oktober lalu. 

Walaupun tidak terdapat dalam Aturan Urusan Mesyuarat, laporan RCI setebal 400 halaman dalam bahasa Melayu dan Inggeris itu sudah berada di meja ahli Parlimen. 

RCI itu dibentuk bagi memutuskan sama ada terdapat percubaan untuk menyembunyikan fakta dan maklumat mengenai kerugian, termasuk pengeluaran kenyataan oleh pegawai tinggi yang dikatakan mengelirukan Kabinet, Parlimen dan orang awam. 

Seramai 25 saksi termasuk Dr Mahathir dan Anwar, di samping bekas menteri kewangan Tun Daim Zainuddin dan pegawai tertinggi bank termasuk gabenor, dipanggil memberi keterangan di depan panel suruhanjaya yang bersidang selama 8 hari. 

Selain itu, sebanyak 42 dokumen juga dikemukakan semasa prosiding.

Bekas Aktivis PAS Ditahan Kerana Kes 16 Tahun Lalu.

Polis bertindak menangkap bekas seorang aktivis Pas yang menjadi petugas dalam satu ceramah yang berlangsung 16 tahun lalu di Segamat, Johor.
Abdul Wahab Hassan, 65, yang bertugas sebagai petugas keselamatan dalam majlis ceramah Mohamad Sabu, timbalan presiden Pas ketika itu ditangkap jam 8 malam 28 November kelmarin oleh sepasukan polis lapor Malaysiadateline hari ini.
Abdul Wahab yang kini menyertai Amanah ditahan dan tangannya digari serta dibawa ke Balai Polis Segamat untuk diambil keterangan.
Gambar - Google
Menurut Firdaus Masod, bekas Yang Dipertua Pas Segamat, Abdul Wahab diberitahu beliau akan didakwa Februari depan atas kesalahan 16 tahun lalu itu.
“Persoalannya, kenapa kes 16 tahun lalu sekarang baru hendak didakwa.
“Hampir kesemua anggota polis yang menjadi saksi kejadian itu kebanyakannya dah pencen dan ada yang telah meninggal dunia,” kata Firdaus, seorang peguam itu, memetik laporan portal itu.
Dalam kejadian pada ceramah Pas tahun 2001 di Segamat itu, Abdul Wahab telah bertugas menjadi anggota keselamatan majlis itu.
Polis yang datang dengan ramai bersama dengan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) telah merempuh markas Pas itu termasuk memijak Abdul Wahab yang berada di pintu depan markas.
Rempuhan itu dilakukan oleh polis dan FRU sebelum ceramah bermula lagi.
Beliau telah ditahan dalam kejadian itu dan kelmarin ditahan sekali lagi namun dibebaskan dengan jaminan sebanyak RM500 dengan anak beliau menjadi penjaminnya sementara menunggu tarikh perbicaraan.

Anak Saudara Azmin Jadi Tumpuan Selepas Direman Seminggu, 4 Juta Dibekukan.

Anak saudara kepada Datuk Seri Azmin Ali, Menteri Besar Selangor, Mohd Nuzul Fadli Mohd Noriyualsaid dan 2 lagi ahli perniagaan ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di kediamannya No.35 Jalan Desa Pandan Kuala Lumpur kira-kira 1 tengahari semalam bagi membantu siasatan satu kes rasuah projek lombong pasir.

Penahanan itu membawa kepada keputusan Mahkamah Majistret hari ini yang membenarkan reman selama 7 hari terhadap Fadli yang juga anak saudara Azmin Ali dan 3 yang lain kerana didakwa terlibat dalam memberi suapan berkaitan projek lombong pasir pada 2014.


Gambar - Facebook
Majistret Ainna Sherina Saipolamin membenarkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman keempat-empat mereka sehingga 6 Disember ini. Kesemua yang ditahan disiasat di bawah Seksyen 16 (b) (B).

Menurut laporan Free Malaysia Today pula, dua yang ditahan reman ialah merupakan pengarah syarikat, dan diwakili peguam Azad Bashir. 

Manakala seorang yang lain ialah pekerja di sebuah syarikat pengiklanan. Portal itu turut difahamkan beberapa akaun syarikat bernilai sehingga RM4 juta telah dibekukan. 

Penahanan anak saudara Azmin turut mengundang pelbagai spekulasi di laman sosial terutamanya kerana kes itu dilaporkan berlaku pada tahun 2014, ketika Azmin Ali mula berkhidmat sebagai Menteri Besar Selangor.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...