Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 15 Ogos 2019

Zambry Kader Luah Perasaan, Sudah Lama Koon Memandang Hina Melayu Katanya..

Zambry Kader | Keangkuhan Koon Yew Yin.

Keangkuhan dan kesombongan seorang manusia bernama Koon Yew Yin tidak dapat digambarkan dalam kehidupan bernegara di Malaysia. Seorang yang kaya raya bermula sebagai Jurutera di PWD (JKR), kemudian membina empayar peniagaan sebagai pemain saham yang aktif, dan pemilik sektor hartanah dan lain-lain, kesemuanya bermula di atas tanah yang dipanggil negara Persekutuan Tanah Melayu ( Federated of Malay States) dan kemudian dikenali sebagai Malaysia.

Orang inilah kini menganggap bangsa Melayu yang berada dalam sektor perkhidmatan awam, tentera dan guru sebagai golongan yang dipenuhi oleh mereka bermutu rendah (mediocre) dan tidak ada kelas untuk mentadbir sebuah negara dan negeri.

Di Perak beliau mencipta pelbagai kontroversi dengan memandang rendah kerajaan yang dipimpin oleh UMNO. Beliau secara terang-terangan membantu dari sumber kewangannya yang berlimpah kepada pihak DAP dan PH untuk menjatuhkan kerajaan yang dipimpin oleh UMNO/BN.

Beliau dilantik oleh kerajaan PH Perak sebagai penasihat Ekonomi selepas PRU 14. Tetapi oleh kerana sentiasa memikirkan bahawa dirinya sahaja yang terbaik jawatan beliau ditarik balik. Namun beliau tidak berpuas hati dan cuba mengaitkannya dengan istana, serta membuat tuduhan terhadap almarhum Sultan Azlan bahawa perlu membayar kepada istana untuk mendapat anugerah pingat.

DAP sentiasa menyanjung beliau sebagai pejuang tegar bersama mereka yang mahu menukar pemerintahan kerajaan BN. Dalam posting FB nya 25 Jun 2018, beliau begitu kecewa Nga tidak dilantik sebagai Menteri. Begitu juga pada 2 Julai, 2018, beliau mempertahankan tindakan Guan Eng mengeluarkan kenyataan dalam Bahasa Mandarin.


Malah beliau turut seolah-olah memperkecilkan kebolehannya bertutur dalam Bahasa Melayu. Ketika bekerja sebagai Jurutera di PWD (JKR) dalam tahun 1960 beliau disuruh belajar Melayu dan mendapati terlalu sukar untuk menterjemah “Fire,fire, call the fire brigade” dan sukar untuk menterjemah ke bahasa Melayu, dengan menterjemahkannya “api, api, panggil api kereta”.

Beliau pernah menganggap negeri Perak sebagai negeri kedua termiskin kerana dipimpin oleh pemimpin-pemimpin UMNO/BN. Meskipun Khazanah Research menafikan analisis tersebut, beliau tidak pedulikannya kerana matlamatnya untuk melihat pertukaran kerajaan, dan kebenciannya yang menebal. Beliau bersama dengan gerakan DAP Perak sepanjang sebelum PRU 14 menyebarkan segala keburukan ini.

Ia mencetuskan sikap sombong tahap tinggi yang begitu angkuh dengan kedudukan kuasa dan kekayaan. Inilah refleksi sikap tinggi diri (superiority complex) yang ada dalam dirinya dengan memandang bahawa dia dan kumpulannya lebih hebat daripada kumpulan dan bangsa lain yang berada tanahair ini.

Ia menggambarkan bagaimana suatu bangsa yang menganggap keagungan budaya (cultural supremacy) nya dengan memandang budaya kehidupan bangsa lain hina dan rendah. Kononnya mereka lebih rajin, manaka Melayu adalah pemalas, mereka lebih bijak, manakala Melayu adalah dungu, mereka lebih berkeusahawanan, manakala Melayu hanya menadah bantuan.

Inilah yang dicanangkan sekian lama seperti yang disebut dalam The Myth of the Lazy Natives, oleh Prof Syed Hussien al-Attas, bagaimana minda terjajah dimainkan oleh penjajah terhadap pribumi Melayu dan Jawa. Oleh kerana Melayu tidak mahu berada dalam gengaman kapitalisme penjajah, maka dibiarkan Melayu bekerja sebagai nelayan dan petani. Kemudian dibiarkan Melayu tinggal di kampung-kampung sambil menyebut mereka malas.

Koon Yew Yin begitu berani ke hadapan dengan merobekkan lagi imej orang Melayu kerana selama ini keceluparannya tidak dipedulikan oleh sesiapa. Dia merasakan dalam dunia Malaysia Baru ini, dia lebih bebas untuk berkata apa-apa sahaja terhadap kakitangan awam, tentera dan guru yang majoritinya terdiri dari kalangan Melayu /Bumiputra. Maklumlah antara penerima bantuan kewangan darinya adalah Parti Bersatu Perak sendiri dengan disaksikan oleh Tun M, TS Muhyiddin dan Mukhriz.

Pada 24 Julai, 2019, beliau sekali lagi menghina graduan-graduan Universiti Awam kita sebagai “ low-grade”( kelas bawah). Daripada 20 buah universiti awam, hanya 6 saja yang ada “ranking” dan 14 lagi dianggap gagal. Dengan majoriti bilangannya adalah orang Melayu hasil kepada graduan kelas-bawah ini memberi kesan kepada pembangunan negara.

Beliau menghina golongan penjawat awam yang dengan berani katanya tiada meritokrasi. Ketika beliau menulis tentang kenapa Malaysia masih tidak mencapai status negara maju dengan sombongnya dia menyebut “almost all Malaysian civil servants are Malays. What can we expect when Malaysia is managed by thousands of low-grade graduates? ( hampir semua kakitangan awam adalah orang Melayu. Apa yang boleh anda harapkan bila Malaysia ditadbir oleh ribuan graduan kelas-bawah?)

Beliau menghina angkatan tentera Malaysia yang dilihatnya hanya makan minum sahaja dan tak pernah melepaskan peluru di medan perang dan selayaknya mereka dihantar bekerja di sektor perladangan Felda.

Sungguh biadab menghina anggota tentera hingga ke tahap itu. Apakah beliau ingin melihat negara ini berada dalam kekacauan dan peperangan bagi menjustifikasikan kedudukan ketenteraan kita. Apakah beliau akan tinggal dalam negara Malaysia ketika suasana itu berlaku. Apakah beliau akan boleh bermain saham dan mengaut jutaan ringgit bila mahukan anggota kita berada dalam suasana peperangan?

Langsung tidak ada perasaan hormat kepada peranan anggota tentera. Peranan anggota tentera adalah untuk menjaga keamanan negara. Dan sentiasa bersiap sedia menghadapi segala kemungkinan, termasuk bersiap untuk melepaskan peluru kepada musuh.

Apa yang terbit dari tulisan dan luahan Koon Yew Yin adalah gambaran mental golongan seperti beliau yang sentiasa memandang rendah terhadap orang lain.

Selepas ini mungkin dengan mudah beliau akan memohon maaf kepada rakyat Malaysia, kakitangan awam dan tentera. Itulah jalan mudahnya. Tetapi bagi sesiapa yang mengikuti tulisan beliau, akan dapat membuat kesimpulan tentang proses kebencian yang dibina dan tersemat sekian lama dalam jiwanya. - 14 Ogos 2019

Rabu, 14 Ogos 2019

Taikun Gamuda Uturn, Tarik Balik Kenyataan Tentera Makan Tidur Je Selepas Dengan Angkuhnya Kata Bayar Cukai...

POLITIK | Sebelum memohon maaf secara terbuka, pelabur Koon Yew Yin pada awalnya mempertahankan kenyataannya atas alasan beliau mungkin sedikit tersilap kerana tidak memperincikan cadangannya itu.

"Sepatutnya saya berkata pasukan tentera diperlukan ketika perang untuk mempertahankan negara.

Ketika keadaan negara aman, mereka sepatutnya melakukan kerja lain untuk meningkatkan ekonomi negara kita," katanya seperti dipetik Utusan.

Koon juga beranggapan enam cadangan yang dikemukakan oleh beliau untuk mengurangkan dan meningkatkan perkhidmatan awam sangat bagus.

Bagaimanapun caranya ketika mengemukakan cadangan mengenai pengurangan kakitangan awam terutama anggota tentera tidak disukai oleh sesetengah pihak.

"Namun ada pihak yang tidak suka dengan cara saya memperkatakan tentang anggota tentera," katanya.

Yew Yin juga menjelaskanya beliau ada hak melakukan kritikan sebagai pembayar cukai.

“Namun sebagai pembayar cukai, saya mempunyai hak yang sah untuk mengkritik kerajaan kerana membazirkan wang untuk membayar kakitangan awam per kapita paling tinggi di dunia,” jelasnya.

Selang beberapa jam kemudiannya, beberapa portal media tempatan termasuk Utusan melaporkan kenyataan maaf Koon yang dihantar menerusi aplikasi WhatsApp.

Menurut Koon beliau merasa amat kesal dengan kenyataannya mengenai tentera yang hanya tahu makan tidur sahaja.

Beliau juga tiada niat mahu menfitnah dan merendah-rendahkan tentera. Ia adalah kesilapannya kerana terlupa seketika tentang jasa tentera akibat semangat menulis yang meresapi jiwa.

Justeru itu beliau memohon maaf sesungguhnya.

Berikut dibawah adalah kenyataan maaf penuh Koon;

Dear fellow Malaysians,

Regrettably, I would like to retract the statement I made on 12 Aug 2019. I claimed that our Malaysian Armed Forces does nothing but eat and sleep, and this is untrue.

To this end, I would like to extend my deepest and sincerest apologies to every person who have served and is currently serving the armed forces proudly.
I regret the tone of the statement but it was not my intention to defame or belittle the army. I completely retract my statement and apologize for my mistake.

It was never my intention to cause this much ruckus and to insult the army.
I am proud to be a Malaysian and I am forever grateful for unwavering loyalty and dedication of our army.

Having been through World War II myself when I was a kid, I experienced first hand the sacrifices that our army made to defend their fellow citizens and our beloved country.

It was really, really foolish of me to momentarily forgot all that during the heat of the moment when I wrote the article. Reflecting back on it now, words cannot describe how truly sorry I am. Again, I would like to apologise.

Alas, I know actions speak louder than words. Thus, moving forward, I will thoroughly reflect on my actions, and make sure that I’ve gotten all my facts right before saying such comments again.

Respectfully yours,
Koon Yew Yin.

Selasa, 13 Ogos 2019

Askar, Tentera Makan Tidur Je, Patut Ganti Pekerja Asing Di FELDA - Koon Yew Yin Edit Artikel Di FMT.

POLITIK | Pada ketika ini geng-geng askar, tentera samada masih berkhidmat ataupun telah pencen telah menjadikan pelabur yang juga ahli perniagaan kaya raya, Koon Yew Yin sebagai musuh utama mereka.

Ini gara-gara tindakan Koon yang beranggapan kerja askar sebagai kerja yang remeh apabila berkata;

"As you know, the arm forces personals are doing nothing except eating and sleeping. In fact, almost all of them have never fired a shot except at target practice. Some of them should replace the foreign workers in the FELDA plantations," - perenggan ke 15, bilangan ke 3. (rujukan).

Terjemahan : Seperti yang anda ketahui, unit pertahanan tidak berbuat apa-apa melainkan makan dan tidur. Malah, hampir kesemua dari mereka tak pernah melakukan tembakan kecuali ketika berlatih. Sebahagian dari mereka perlu menggantikan warga asing yang bekerja di Felda

Kemarahan askar di sosial media;





 
Koon telah membuat ulasan yang sama dan diterbitkan di Free Malaysia Today.

Anehnya, beliau tidak pula memaparkan cadangan yang sama seperti yang beliau siarkan di blog miliknya.

Petikan laporan FMT;

 
Kenapa agaknya?

Adakah kerana bilangan pembaca di FMT yang lebih ramai berbanding blognya?

Adakah kerana tidak mahu askar, tentera tahu tentang apa yang beliau fikirkan?

Atau adakah beliau tersedar yang kenyataan beliau sebenarnya terlalu terburu-buru?
 
Koon juga beranggapan kerjaya guru adalah berdasarkan kepada bangsa dan bukannya meritokrasi.

"Education is the key for success in every nation and teachers play a very important part. Currently almost all the teachers are Malays. The Government should not employ teachers based on race but based on meritocracy," - Perenggan ke 18, bilangan ke 6. (rujukan).

Terjemahan : Pendidikan adalah kunci kejayaan bagi setiap negara dan guru memainkan peranan yang cukup penting. Ketika ini kebanyakan guru adalah orang melayu. Kerajaan tak patut mengupah guru berdasarkan bangsa tetapi perlu berdasarkan meritokrasi.

Kenyataan tersebut telah membuat guru-guru berbangsa melayu berasa marah. Kerana dianggap;

1. Adakah kerana mereka melayu maka mereka tak layak mengajar anak-anak bangsa cina, india selain dari bangsa melayu?

2. Adakah kerana mereka melayu maka perlantikan mereka sebagai guru adalah kerana bangsa dan bukannya meritokrasi?

Untuk rekod, kerajaan tak pernah membuat perlantikan dan pemilihan guru berdasarkan bangsa. Untuk menjadi guru anda juga memerlukan kelulusan yang setara dengan kerjaya masing-masing.

Ini memberikan gambaran yang sangat negatif terhadap guru berbangsa melayu kerana memperkecilkan kebolehan mengajar mereka serta perlantikan yang dibuat oleh kerajaan.

Ini juga akan menjadi salah satu sebab kenapa perkauman semakin melebar di Malaysia kerana terdapat pihak-pihak yang semakin berapi-api meniupkan kebencian terhadap bangsa melayu termasuklah memperkecilkan melayu yang bekerja sebagai guru, tentera dan askar. Dalam memerangi melayu rasis, bukan melayu yang rasis juga perlu dilawan bersama. Fikir-fikirkanlah. - 13 Ogos 2019.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...