Apa nak jadi neh? Pening arrr pening arr pening arrrr...
Masalah dalaman parti dari tahun sudah sampai tahun lepas sampai ke tahun ini tak selesai2 lagi. Nak heret sampai bila? Masa semakin berlalu. Sepatutnya pemimpin2 PR saling bermuafakat selesaikan masalah2 rakyat. Kenapa korang asyik bergaduh sesama sendiri sehingga menyebabkan penyokong2 korang rasa meluat?
Haiyaaaa..
Hari tue si Suhaimi tuduh SMS palsu tue disebarkan oleh kem Khalid. Hari neh ada pula NGO yang mengaku ada hujah konkrit untuk mengaitkan beberapa pemimpin2 dalam PKR sebagai dalang penyebaran SMS palsu bahawa Khalid akan meletak jawatan sehingga menyebabkan wartawan2 berkampung di luar istana.
Kan aku ada sebut.
Setakat gossip2 liar yang sampai kat telinga para wartawan dorang takan layan punya la. Ini sudah tentu, ada seseorang yang berkredibliti, yang diyakini menyebarkan sesuatu kepada wartawan sehingga mendorong wartawan untuk berkampung di hadapan istana.
Faham tak point aku? Kalau aku yang sebarkan. HARAM la geng2 wartawan neh nak percaya. Mesti depa selidik dulu. Aku sapa. Apa bukti yang aku ada. Dan sebagainya. Tapi kalau seseorang yang memang terbukti pemimpin dalam PKR yang sebarkan, apakah wartawan akan rasa ragu2? Mesti depa fikir maklumat panas. Itu yang sampai berkampung.
Sekarang lue perhatikan sendiri. Sampai bila puak2 PKR neh nak bergaduh bagai.
1 kem mahu Khalid berundur
1 kem mahu buat jelajah pertahankan Khalid
1 kem keliru tatau nak buat apa
Rakyat perhati aje neh. Perhatikannnnnnn jeeeee.. siyes..
Baca ;

Badan bukan kerajaan (NGO) Pakatan Anak Selangor Menyokong Menteri Besar (Pasmeb) hari ini membuat laporan polis terhadap beberapa pemimpin tertinggi PKR yang dipercayai mempunyai kaitan dalam penyebaran berita palsu peletakan jawatan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim minggu lalu.
Ahli Jawatankuasa Pasmeb Wan Adnan W Ab Rahman berkata beliau menamakan Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli, Ahli Parlimen Kuala Langat Abdullah Sani, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Caves Amirudin Shari dan Adun Seri Muda Shuhami Shafie sebagai dalang di sebalik penyebaran berita palsu itu.
"Laporan polis ini dibuat kerana penyebaran berita palsu berkenaan hingga melibatkan nama Sultan yang dilihat menghina institusi diraja.
"Kami juga ada bukti melalui laman web dan kenyataan media rasmi pemimpin berkenaan yang cukup membuktikan mereka adalah dalang di sebalik insiden itu," katanya kepada pemberita di depan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara, hari ini. Sementara itu, Ahli Bersekutu Pasmeb Mokhtar Razak menyelar tindakan beberapa pemimpin PKR yang meminta Khalid berundur.
Katanya, desakan tersebut sangat tidak masuk akal kerana rakyat Selangor begitu menghormati kepimpinan menteri besar itu.
"Kebanyakan rakyat Selangor selesa dengan pentadbiran Khalid, mereka menyukainya terutama apabila pengumuman sebulan bonus kakitangan awam dibuat pada saat kerajaan persekutuan sendiri pun tidak dapat melakukannya.
"Khalid juga dilihat sebagai pemimpin yang sangat ke depan apabila beliau boleh duduk semeja bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meskipun berbeza ideology. Itu yang rakyat mahukan," katanya.
Mokhtar turut mencabar pemimpin PKR yang mahu Khalid meletakkan jawatan menunjukkan bukti rakyat Selangor menolak pentadbiran menteri besar itu.
"Kalau betul mereka kata rakyat Selangor tidak mahu Khalid, sila tunjukkan bukti yang kami tidak mahu beliau (Khalid) terus menjadi menteri besar.
"Mereka perlu tahu beza antara pemilihan parti dengan jawatan menteri besar. Pemimpin di luar Selangor pun beri kenyataan, apa kedudukan beliau dalam negeri ini," katanya merujuk kepada Ahli Parlimen Bukit Katil Shamsul Akin.
Pada masa sama Adnan mengumumkan Pasmeb yang mempunyai kira-kira 2,000 ahli akan mengadakan siri jelajah bagi menerangkan isu berkenaan.
Adnan berkata, maklumat penuh mengenai siri jelajah yang akan diadakan di seluruh daerah di Selangor pada masa terdekat akan dimaklumkan kemudian.
"Pasmeb terpanggil membuat siri jejalah kerana rakyat Selangor perlu tahu kemelut ini, kita perlu terangkan kepada mereka," katanya.
Adnan berkata, Pasmeb yang kini dalam proses mendaftar di Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) akan terus memperjuangkan isu menteri besar.
Katanya, Pasmeb mungkin akan mengambil tindakan selanjutnya iaitu membuat laporan di Suruhanjaya Komunikasi Multimedia (SKMM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah. -TMI-