Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 8 Julai 2014

DUN Selangor Akan Buat Usul Tidak Percaya Bagi Menjatuhkan Khalid Ibrahim.

Dilaporkan tadi oleh MSTAR ;
Masa depan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dilihat semakin goyah apabila beliau terus diberi tekanan supaya mengosongkan kerusinya di Pejabat Menteri Besar Selangor.  
Usaha untuk menyingkirkan Abdul Khalid kini sampai ke tahap yang lebih serius apabila Kelab Penyokong Kerajaan Selangor (BBC) mengadakan mesyuarat khas pada Selasa berhubung kedudukan Menteri Besar itu.  
Difahamkan mesyuarat yang sedang berlangsung di bangunan Annex pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Selangor sejak awal pagi Selasa itu bertujuan membincangkan mengenai masa depan Abdul Khalid.
Mesyuarat berkenaan juga dikatakan untuk mencari kata sepakat menggesa satu sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) khas bagi menyatakan undi tidak percaya kepada bekas Ketua Cabang PKR Kuala Selangor itu.  
Wakil media mula berkumpul di lobi bangunan Annex sejak awal pagi bagi mendapatkan pengesahan mengenai perkara itu.

Maka itu bermaksud masa depan yang cerah untuk Azmin Ali menjawat jawatan itu. Ataupun mungkin akan diberikan kepada Wan Azizah. Tak kisah la sapa dapat pun yang penting rakyat Selangor terus ditolol-tololkan oleh PKR macam rakyat neh takde value pada dorang.

Masa kempen PRU yang lepas. Kemain lagi jual nama Khalid. Kerana Khalid la kita boleh menang besar. Bblabla..

Kerana Khalid bagus la.. itula ini la.. blablabla..

Khalid berjaya pacu ekonomi Selangor la.. blablabla..

Khalid berjaya selesaikan isu rakyat la.. reserve 3b untuk Selangor la.. blabla..

Tapi lepas suatu tempoh, Khalid itu, Khalid ini semua sudah hilang. Apa yang ada ialah jika Khalid terus tadbir Selangor, PR akan hilang Selangor.

Alasan serupa babik. Bercakap dengan rakyat dengan mengibaratkan rakyat tak p sekolah punya orang. Hello kawan2. Pro Khalid, Pro Azmin dan Pro Wan Azizah. Aku bercakap neh bukan nak gaduh dengan kawan2. Aku nak bagitau je. Aku malas nak hipokrit munafiq bagai neh. 

Isunya. Khalid ada atau tiada, bukan pemangkin utama untuk rakyat terus pilih PR. Rakyat tak pilih PR kerana Khalid. Tapi kerana MELUAT KAT BN. Dan ditambah mungkinla kepimpinan KHALID diperlihatkan agak bersih berbanding kepimpinan BN dulu. So cara untuk PR maintain di Selangor bukan dengan tumbangkan KHALID atau apa, sebaliknya dengan cara ;

1. Jika ada penyelewengan, ketirisan, amalan rasuah oleh mana2 penjawat awam dan orang2 Khalid, wakil rakyat ataupun Khalid sendiri maka dedahkan. Rakyat juga pasti meluaut kalau Khalid curi wang rakyat.

2. Jika rakyat ada masalah sana sini, p selesaikan terus. Jangan tangguh, tunggu, main politik, salahkan BN dan meroyan tak tentu pasal.

3. Bila kebajikan rakyat dijaga, automatik RAKYAT akan beri kepercayaan kepada PR tak kira la sapa pun kepala dia. Jika Khalid terbukti tidak amanah, tak kira la berapa banyak dia reserve untuk Selangor pun, rakyat juga akan rasa benci.

Itu jek keypoint dia.

Buat kerja macam biasa. Sebab korang pegang state. Bantu rakyat. Aku tengok dan perhatikan banyak masalah kat Selangor tue. Tapi terima kasih kepada UMNO Selangor yang BODOH nak MAMPOS. Maka mereka tak berjaya highlightkan isu2 penting untuk membalon PR Selangor. Dalam erti kata lain baik sebagai kerajaan mahupun sebagai pembangkang, UMNO memang la sebuah parti yang gagalis.

Bersyukurla. Kerana lawan korang tue BODOH. Bukan kerana PR itu perfect dan bagus. Tetapi kerana lawan korang tue BODOH plus TOLOL. Helpless. Renung2kan ek.

Dan yes. Selamat bermain wayang.

KAH KAH KAH

 

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...