Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 24 November 2018

Lim Guan Eng Tak Berani Jawab Kenapa Tuntutan GST Naik Melambung, Najib Tunjuk Bukti Hansard.

NAJIB RAZAK | Petang Rabu di Dewan Rakyat, Guan Eng masih bertegas kerajaan BN telah "curi" dana bayaran balik GST sebanyak RM19.2 bilion.

Apabila saya menjawab bahawa angka ini naik kerana langkah kerajaan PH untuk memansuhkah akta GST telah menyebabkan tuntutan balik GST yang telah dibayar, Guan Eng nafi dan kata angka RM19.2 bilion ini ialah setakat akhir bulan Mei 2019.

Dia mula naik angin. Marah nampaknya.

Baik.

Gambar ini ialah petikan dari ucapan bajet 2019 diberi Guan Eng sendiri di mana dia memberitahu bahawa setakat akhir 2018, kerajaan BN masih belum bayar balik GST input sebanyak RM3.9 bilion.
Saya sangat hairan mengapa dari RM3.9 bilion pada akhir tahun 2017, dalam tempoh 5 bulan sahaja ia menjadi RM19.2 bilion pada akhir bulan Mei.

Pada setiap masa akan ada tuntutan bayar balik GST yang belum dibayar kerana faktor masa (timing), proses dan keperluan untuk diaudit tetapi tidaklah pernah sebesar RM19.2 bilion.

Di bawah sistem GST, tuntutan bayar balik untuk bulan ini akan dibayar balik oleh kerajaan pada bulan depan kerana diberi tempoh pemrosesan antara 14 hari hingga 28 hari.

Ini bermaksud tuntutan yang dibuat dalam bulan April akan dibayar pada bulan Mei manakala tuntutan untuk bulan Mei perlu dibayar dalam bulan Jun.

PH telah pun mengambil alih kerajaan dari awal bulan Mei.

Adakah mereka membayar balik input GST untuk bulan April dan bulan Mei dengan sepenuhnya?

Jika tidak, mungkin inilah sebab hutang input GST tiba-tiba meningkat kepada RM19.2 bilion pada akhir bulan Mei seperti didakwa oleh Guan Eng.

Saya pernah menyoal Guan Eng tentang ini tetapi dia tidak menjawab.

Lebih senang untuk menyalahkan kerajaan BN daripada telus untuk mengaku kesalahan sendiri.

Hutang GST RM19.2 bilion ini juga merupakan sebahagian alasan kerajaan PH untuk memaksa Petronas membayar dividen RM82 bilion kepada mereka untuk tahun ini dan tahun depan.

Najib Perjelaskan Maksud Ayat "Saya Ditipu Jho Low" Kepada Netizens Yang Mengkritiknya.

NAJIB RAZAK | Kita tahu, adalah sangat mudah untuk mendapat persepsi yang salah apabila kita hanya membaca tajuk sahaja. Sebab itu betapa pentingnya untuk kita tonton keseluruhan temubual bagi memahami konteks jawapan saya dan bukan hanya tertumpu kepada satu bahagian sahaja sehingga hilang konteks keseluruhan jawapan.


Untuk itu, saya ingin menjelaskan lebih lanjut mengenai salah satu tajuk mengenai temubual saya dengan Sinar Harian hari ini yang menggunakan tajuk “Jho Low menipu saya” atau “Kita telah ditipu oleh Jho Low.”

Tajuk itu timbul selepas penemubual itu bertanya kepada saya : "Adakah dengan ini kita mengakui kita telah ditipu oleh jutawan Jho Low ini?". Ini adalah soalan lanjutan daripada soalan mengenai 1MDB.

Berikut adalah jawapan saya:

“Ya, kalau begitu, memang kita (sudah ditipu), itulah kesimpulan kalau kita ambil kira apa yang kita tahu hari ini, itu sebenarnya.”

“Maksud saya ialah jika apa yang dinyatakan hari ini adalah satu kebenaran iaitu perkembangan-perkembangan baru yang kini meluas seperti pegawai tinggi Goldman Sachs didakwa oleh DOJ dan kerajaan Abu Dhabi menyaman Goldman Sachs maka jelas Jho Low telah menipu.

“Perlu diingat bahawa 1MDB tidak pernah berurusan secara terus dengan Jho Low dan setiap perjanjian dan pembayaran wang 1MDB ialah kepada JV urusniaga seperti PetroSaudi dan Aabar yang dimiliki oleh kerabat diraja ataupun kerajaan negara-negara masing-masing.

“Jho Low juga tidak pernah bekerja untuk ataupun mewakili1MDB. Sebaliknya, beliau mewakili pihak Arab kerana dari dulu lagi, beliau rapat dengan mereka.”

Itu yang saya jelaskan di wawancara dengan Sinar Harian.

Isu 1MDB memang kompleks tetapi mereka yang mengkaji ataupun berpengetahuan dengan lebih mendalam pasti faham bahawa setiap aliran wang dari 1MDB yang didakwa hilang ialah selepas wang itu dipindahkan kepada ataupun dijamin oleh pihak Aabar dan pemiliknya, IPIC.

IPIC ialah satu syarikat milik kerajaan Abu Dhabi yang amat besar, jauh lebih besar dari segi aset berbanding Khazanah Nasional.

Mereka yang mengikuti perkembangan 1MDB juga tahu bahawa Jho Low didapati telah berpakat dengan pengurus atasan syarikat IPIC dan Abu Dhabi serta bank pelaburan Goldman Sachs untuk menyalurkan sebahagian dana yang telah dipindah oleh 1MDB kepada Aabar dan IPIC kemudiannya kepada beliau.

Oleh itu, kerajaan BN dulu pernah membuat dua perjanjian penyelesaan dengan IPIC pada tahun 2015 dan 2017 bagi mendapatkan kembali setiap sen wang yang didakwa hilang dari 1MDB.

Dan semalam, syarikat IPIC dilaporkan bahawa mereka telah menyaman Goldman Sachs semalam untuk membayar gantirugi kerana dituduh telah bersuhabat untuk menipu IPIC.

Jika semua tuduhan ini benar maka Jho Low mungkin telah berpakat dengan Goldman Sachs dan pengurus atasan IPIC untuk menipu syarikat IPIC.

Sebab itu jawapan saya di awal wawancara itu ialah, “Itu saya kata tindakan perlu diambil, kalau jelas dia (Jho Low) lakukan kesalahan. Masa itu kita telah lantik peguam, syarikat audit yang terkenal, dan Goldman Sachs, sebuah investment bank (bank pelaburan) yang begitu tersohor peringkat global.

“Tanggung jawab bank (itu) ialah menjaga kepentingan Malaysia, jadi kalau dia gagal menjaga kepentingan Malaysia, macam mana saya nak tahu, patut dia beritahu ada sesuatu yang tidak betul."


Begitu juga tanggungjawab peguam-peguam dan syarikat audit.

Satu lagi kesalahan Malaysiakini ialah dalam perenggan terakhir apabila menulis:

“Dia (Goldman Sachs) jelas telah gagal (dalam) tanggungjawabnya, Misalnya Goldman Sachs, maknanya sistem yang kita wujudkan nak jaga kepentingan invesment bank, peguam, juru audit semua, mereka telah tidak memainkan peranan yang sebenarnya.”

Begitu juga dengan peguam-peguam dan syarikat audit yang diupah oleh 1MDB.

Itulah konteks jawapan saya pagi tadi. Sekali lagi, sesuatu jawapan itu perlu dibaca atau ditonton pada konteks keseluruhan dan bukan secara berpilih.

Berikut ialah klip wawancara saya pagi ini mengenai 1MDB;


Netizens Pertikaikan Sikap Anwar Marahkan Wartawan Yang Bertanyakan Soalan.

SOSMED | Semalam Malaysiakini melaporkan aksi Anwar Ibrahim yang dilihat marahkan wartawan berikutan ditanyakan mengenai pemilihan PKR di Sarawak.

Wartawan itu pada awalnya bertanyakan Anwar Ibrahim mengenai pemilihan Pengerusi PKR Sarawak, "Datuk Seri mengenai isu Pengerusi PKR Sarawak, boleh buat..," soalnya namun dipintas Anwar meskipun belum menghabiskan soalannya ketika itu.

"Yang kamu sibuk apasal, apa masalahnya? Kenapa tak tanya Pengerusi Selangor, kenapa tak tanya Pulau Pinang, kenapa tak tanya Perlis," jawab Anwar Ibrahim yang seperti terkesan secara emosi dengan persoalan tersebut.

"Sebab ada konflik," jawab wartawan itu kemudiannya. 

Anwar bagaimanapun enggan menjawab sebaliknya berkata persoalan mengenai pemilihan PKR Sarawak adalah permainan media semata-mata dan perkara itu sama sekali tidak berbangkit di dalaman PKR.

Di sosial media samada Youtube mahupun di Facebook, rata-rata netizens tidak menyenangi tindakan Anwar Ibrahim itu yang dilihat sebagai bakal Perdana Menteri kelapan Malaysia.

Jangan cakap macam tu pada wartawan..



Jangan jatuhkan air muka orang yang bekerja..


Awak tu Presiden parti, apa-apa berlaku akan dirujuk..



Berikut dibawah adalah rakaman video dari Malaysiakini mengenai tindakan Anwar yang melenting kepada wartawan kerana ditanyakan soalan mengenai pemilihan parti itu. - 24 November 2018.

Kerajaan Tak Jadi Ratifikasi ICERD Kerana Bimbang Kehilangan Sokongan Melayu Lapor TMI.

THE MALAYSIAN INSIGHT | PAKATAN Harapan (PH) bimbang kehilangan sokongan pengundi Melayu yang sememangnya kritikal kepada parti itu jika meneruskan rancangan meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Pembasmian Diskriminasi Kaum (ICERD), kata sumber kerajaan.

Difahamkan, keputusan itu juga dibuat bagi meredakan ketegangan, kata sumber kerajaan itu yang menjelaskan pengumuman Pejabat Perdana Menteri semalam untuk tidak meratifikasi ICERD.



Mesyuarat Kabinet hampir tiga jam di Parlimen itu tidak mencapai keputusan dengan mudah.

Menurut sumber, ada beberapa menteri berpandangan kerajaan PH tidak seharusnya tunduk kepada tuntutan Umno dan PAS sebaliknya menerangkan manfaat ICERD kepada masyarakat.

Bagaimanapun, keputusan dicapai untuk meredakan suasana dingin yang berlegar di akar umbi selain tidak mahu mengeruhkan keadaan.

“Ada beberapa menteri berpendapat, ratifikasi ICERD ini perlu dijelaskan pada masyarakat manfaatnya dan bukannya tunduk kepada gesaan PAS dan Umno.

“Ada yang minta jangan hentikan terus tetapi tangguh. Tapi memandangkan keadaan ground (akar umbi) panas, ia terpaksa dihentikan,”
kata sumber di pejabat seorang menteri Kabinet.

Sumber yang rapat dengan keputusan itu menjelaskan, ketegangan timbul ekoran serangan pembangkang selepas kerajaan mengumumkan akan mengesahkan enam triti hak asasi manusia, termasuk ICERD.

“Kerajaan putuskan untuk tidak meratifikasi ICERD kerana khuatir hilang sokongan pengundi Melayu dan juga ia bakal menjadi bola tanggung kepada Umno dan PAS menyerang kerajaan,” kata sumber itu kepada The Malaysian Insight.

Keputusan itu muncul sewaktu sokongan orang Melayu ke atas PH di tahap yang rendah, seperti yang ditunjukkan dalam satu kajian Ilham Center.

Kajian yang dilakukan selepas pilihan raya umum 9 Mei mendapati kerajaan PH hanya memperoleh 17% sokongan pengundi Melayu di Semenanjung Malaysia, walaupun mereka berjaya menewaskan Barisan Nasional (BN).

Malah BN hanya memerlukan peralihan undi sebanyak 11% sahaja untuk kembali memerintah dan menumbangkan PH.

Kajian itu mendapati PAS menerima 35% sokongan manakala BN menerima 46% sokongan pengundi Melayu.

Kedua-dua pembangkang utama itu merupakan parti yang paling lantang dalam menyatakan bantahan ke atas ICERD dan merancang untuk mengakan perhimpunan besar pada 8 Disember.

Maka keputusan untuk tidak meratifikasi ICERD dibuat bagi memastikan rancangan Umno dan PAS untuk mengadakan himpunan itu tidak lagi relevan, kata satu lagi sumber kerajaan.

“Keputusan mesyuarat Kabinet mengenai ICERD adalah untuk memastikan asakan PAS dan Umno tidak relevan. Mereka hendak himpun besar-besaran apa lagi selepas ini.

“Itu strategi Dr Mahathir hendak matikan suara lawan, bila isu ICERD dah mati, himpunan terus tak jadi relevan,” kata sumber itu.

Bantahan ke atasnya ICERD mula timbul apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri P Waytha Moorthy pada 26 Oktober menyatakan komitmen kerajaan untuk mengesahkan enam triti hak asasi manusia, termasuk ICERD.

Ia susulan pengumuman yang dibuat Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad, dalam ucapannya di perhimpunan Pertubuhan Bangsa Bersatu pada akhir September bahawa kerajaan baharu Malaysia akan mengiktiraf semua baki instrumen badan dunia itu berkaitan perlindungan hak asasi manusia.

Susulan bantahan yang timbul, Dr Mahathir kemudian mengakui ia bukan perkara mudah memandangkan Malaysia merupakan negara dengan penduduk berbilang kaum dan masing-masing dengan kepentingan tertentu.

Katanya, rundingan melibatkan semua kaum juga perlu dilakukan sebelum meratifikasi ICERD.

Kumpulan masyarakat sivil bagaimanapun mengalu-alukan usaha kerajaan meratifikasi konvensyen itu alasan ia penting bagi negara berbilang kaum seperti Malaysia.

Malaysia merupakan salah satu daripada 14 negara yang masih belum mengesahkan perjanjian berkenaan.

Susulan keputusan semalam, PAS bagaimanapun mengumumkan parti itu tetap akan berhimpun di Dataran Merdeka pada 8 Disember untuk meraikan kejayaan. - 24 November 2018.

Portal Islam Rusia Laporkan Perkahwinan Agong, NSTP Padamkan Berita.

SEMASA | Semalam portal Islam tempatan Rusia, https://www.islamnews.ru/ melaporkan perkahwinan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V dengan seorang wanita dari negara itu, yang dikenali sebagai Oksana Voevodina.


Majlis perkahwinan itu dilakukan di Dewan Barvikha dan tetamu dihidangkan dengan pelbagai makanan istimewa dan minuman yang dihidangkan juga tidak mengandungi sebarang alkohol bagi meraikan kedua-dua pasangan mempelai itu.

Majlis perkahwinan dikatakan berlangsung dengan tradisi melayu dan Rusia bergabung dimana Sultan Muhammad V lengkap berpakaian baju melayu berwarna biru tua manakala pasangannya berbaju gaun biru muda. 


Gambar-gambar perkahwinan Agong yang mula tersebar sejak malam tadi di sosial media bagaimanapun mengundang pelbagai reaksi dari netizens.

Ada yang beranggapan gambar-gambar itu palsu dan edit dan ada pula yang menyindir. Bagaimanapun di pihak kami, kami mengucapkan tahniah di atas perkahwinan Sultan Muhammad V, semoga bahagia berkekalan hendaknya. Amin.

Dalam perkembangan berkaitan, portal NSTP dilihat telah memadamkan laporan berita mengenai perkahwinan itu di websitenya.

"Halaman yang dikunjungi tidak lagi boleh diakses" begitulah kenyataan yang terpapar apabila menekan pautan ke berita tersebut.

Meskipun tidak menjelaskan sebab kenapa artikel itu dipadamkan tetapi pihak kami mempercayai ia mungkin kerana akhbar itu tersalah melaporkan perkahwinan Agong yang berlangsung pada tahun 2015 sedangkan menurut portal Rusia, majlis persandingan itu berlangsung pada baru-baru ini sahaja dan bukannya gambar lama. - 24 November 2018.

KM Melaka Perjelaskan Kenapa Jawatan Jururawat Perlu Fasih Berbahasa Cina Di Hospital Kerajaan.

BERNAMA | "Pengiklanan jawatan kosong yang mengutamakan pemohon berkebolehan berbahasa Cina bagi jawatan jururawat terlatih (SRN) di Hospital Pakar Putra di sini tidak wajar diperbesarkan," kata Ketua Menteri, Adly Zahari.

Beliau berkata ini kerana kebolehan berbahasa Cina ialah nilai tambah bagi syarat pemohonan jawatan itu kerana kelebihan berkenaan diperlukan untuk berkomunikasi dengan pesakit atau pelancong dari China yang mendapatkan rawatan di pusat perubatan milik kerajaan negeri itu.


Katanya, pengiklanan berkenaan tidak menggugat kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi termasuk dalam berurusan dengan agensi, jabatan dan anak syarikat kerajaan negeri Melaka.

"Terdapat terdapat keperluan bagi hospital berkenaan mendapatkan petugas yang boleh berbahasa Mandarin berikutan peningkatan jumlah pesakit dari China serta kekurangan petugas yang menguasai bahasa tersebut," katanya

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada program 'Hari Bertemu Rakyat Perdana Siri 2/2018 di sini hari ini ketika diminta mengulas iklan tersebut yang tular di media sosial Facebook dan aplikasi WhatsApp semalam.

Zahid Kata Kenyataan Kerajaan Enggan Ratifikasi ICERD Tidak Ikut Formaliti.

KENYATAAN MEDIA | PRESIDEN UMNO

1. Kenyataan media Jabatan Perdana Menteri mengenai keputusan kerajaan tidak akan meratifikasi ICERD tidak mengikut formaliti pentadbiran.


2. Ia hanya boleh disahkan melalui tanda tangan Perdana Menteri sendiri, yang kemudiannya membawa usul itu ke Parlimen agar direkodkan dalam hansard rasmi.

3. Pendekatan ini tidak boleh diterima dan tidak menjamin ianya akan berubah bila-bila masa sahaja, apatah lagi ia dibuat dalam keadaan tergesa-gesa.

4. Pembangkang berterima kasih kepada keputusan itu dan percaya ia ada kaitan dengan Perhimpunan Kebangkitan Ummah dalam menentang ICERD di seluruh negara sejak kebelakangan ini.

5. Ia juga dipercayai ada hubungan dengan langkah politik Kerajaan PH menjelang Pilihan Raya Kecil DUN Rantau tidak lama lagi.

6. Sehubungan itu, pembangkang menggesa kerajaan mengikut prosedur tetap bagi mengumumkan keputusan berkaitan dasar luar negara ini.

7. Sehingga ianya dimasukkan ke dalam hansard Parlimen, kami sukar untuk mempercayai keikhlasan kerajaan dalam membuat keputusannya.

Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Presiden UMNO
Kuala Lumpur

Khamis, 22 November 2018

PDRM Sahkan Akan Panggil Menteri Perpaduan Untuk Beri Keterangan Isu Fitnah Malaysia.

BERNAMA | Polis akan mengambil keterangan daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P. Waytha Moorthy, berhubung klip video kenyataannya yang didakwa memfitnah dan mengaibkan Malaysia di luar negara yang tular di media sosial, baru-baru ini.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim, berkata menteri berkenaan akan dipanggil dalam masa terdekat bagi membolehkan pihaknya memperoleh maklumat lanjut mengenai asas dakwaan dan kandungan klip video tersebut.

“Kita akan panggil beliau dalam masa terdekat bagi mengenal pasti dakwaan yang dibuat itu diperoleh dari mana dan dibuat berasaskan apa,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas Pengarah Pengurusan, Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan Polis dan Penganugerahan Pingat Jasa Pahlawan Negara di Pusat Latihan Polis (PULAPOL), hari ini.


Video berdurasi 2 minit 39 saat itu menunjukkan Waytha Moorthy membuat kenyataan menerusi wawancara dengan sebuah rancangan televisyen luar negara dengan menuduh kononnya Malaysia menindas penganut Hindu dan masyarakat India.

Dalam perkembangan berasingan, Noor Rashid berkata polis juga akan memanggil Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Datuk Azwanddin Hamzah, bagi membantu siasatan melibatkan catatan beliau bertajuk ‘Kementerian Pertahanan Kini Berada Dalam Tekanan dan Ancaman’ yang dimuat naik di sebuah laman sesawang.

“Polis ambil berat sebab isu ini...kita akan panggil penulis (Azwanddin) kerana ia menyentuh isu keselamatan negara,” katanya.

Sementara itu, katanya, ​​​​​​​polis telah menerima lebih 150 laporan polis berkaitan isu ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) dan akan menyiasat kes berkenaan dari segala aspek.

“Kita telah buka kertas siasatan dan akan panggil beberapa individu dalam masa yang sesuai untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan" katanya.

Mengenai rancangan penganjuran perhimpunan besar-besaran bagi membantah ICERD, beliau mengingatkan penganjur supaya mematuhi undang- undang yang telah ditetapkan.

“Negara ini mengamalkan prinsip demokrasi... semua pihak mempunyai kebebasan bersuara namun kita ada undang-undang iaitu Akta Perhimpunan Aman 2012 yang perlu dipatuhi,” katanya.

Semalam, media melaporkan perhimpunan itu disertasi oleh ahli PAS dan Umno itu dijadualkan diadakan di ibu negara 8 Dis ini.

Dalam majlis berkenaan, seramai 36 pegawai kanan polis menerima pemakaian pangkat manakala 111 anggota dianugerahkan Pingat Jasa Pahlawan Negara. - 22 November 2018.

ICERD Agenda Freemason Yang Merosakkan Agama, Bangsa Dan Negara Kata Presiden PAS.

MALAYSIAKINI |Presiden PAS Abdul Hadi Awang mendakwa Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Semua Bentuk Diskriminasi Kaum (Icerd) sebagai agenda Freemason.


“Akhirnya, ICERD adalah agenda Freemason yang bertujuan merosakkan agama, bangsa dan negara,” katanya tanpa menghuraikan lanjut dakwaan itu.

Hadi berhujah demikian dalam kenyataan panjangnya berkaitan triti antarabangsa yang ditentang hebat PAS, Umno dan sekumpulan NGO Melayu.

Freemason ialah sebuah pertubuhan antarabangsa yang sering dikaitkan dengan pelbagai teori konspirasi di seluruh dunia.

Hadi berhujah, takrif takrif diskriminasi, hak dan keadilan bagi orang Islam “berbeza dengan kalangan yang tidak beragama”.

“Adil mengikut takrif kita ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya,”
katanya.

“Maka amatlah wajar diletakkan hak istimewa kepada kaum tertentu bagi menampung kelemahan yang berlaku seperti memberikan hak istimewa kepada kaum Bumiputera kerana dipinggirkan pada zaman penjajah.”


Beliau menyifatkan pengiktirafan terhadap Icerd seperti menebuk dinding rumah sendiri.

“Adapun kepada kita, adalah menjadi keyakinan bahawa mengiktiraf ICERD laksana menebuk lubang dinding rumah kita bagi memberi laluan kepada nyamuk aedes masuk ke dalam rumah kerana hanya melihat pembiakannya daripada air yang bersih, tanpa menyedari terhadap bahayanya yang boleh membawa maut.

“Ini bukan sekadar menyelamatkan rumah yang kecil, tetapi menyelamatkan kedaulatan umat dan negara,”
katanya.

Beliau juga menyifatkan Icerd sebagai “tidak beragama dan (tidak) berkemanusiaan”

“Jangan terpengaruh dengan Barat yang sudah meninggalkan agama dan etika kemanusiaan yang sebenarnya,” katanya. - 22 November 2018.

Rabu, 21 November 2018

Lim Guan Eng Jangan Buat-Buat Lupa, Usul ICERD Mula-Mula Dibangkitkan YB DAP Batu Kawan.

KHAIRUL AZRI | DAP enggan ulas ICERD.

“Bukan kami yang bangkitkan isu ICERD, itu Waytha Moorthy. Biar dia saja yang jawab.

“Tumpuan saya hanya pada tugas sebagai Menteri Kewangan saja, dan untuk baiki ekonomi negara,”
katanya ringkas ketika ditemui pemberita pada Konvensyen Biasa DAP Pulau Pinang di sini, hari ini.

Katanya, parti pembangkang ketandusan modal politik sehingga sanggup memainkan sentimen agama dan perkauman.

“Itu parti yang tiada modal untuk bayar kakitangan awamnya mahu anjur demonstrasi besar-besaran.

“Kita perlu hati-hati. Mereka tiada inisiatif untuk baiki ekonomi negeri mereka pun tetapi mahu main sentimen perkauman,”
katanya.

Sumber: https://www.bharian.com.my/…/11/499447/dap-enggan-ulas-icerd

Inilah dia tuan-tuan, 'a classical case of', baling batu sembunyi tangan.

Sebab apa saya kata demikian,

Sebab tak sampai sebulan yang lalu, YB Batu Kawan, Kasthuriraani a/p Patto (YB Kasthuri) iaitu YB DAP, adalah ahli parlimen yang pertama sekali menyebut mengenai isu ratifikasi konvensyen hak asasi manusia semasa beliau membahas usul dasar hala tuju dasar luar 'Malaysia Baharu' berdasarkan ucapan perdana menteri di UN beberapa minggu sebelum itu.


Dalam ucapan YB Batu Kawan tersebut, beliau berkata mengikut janji no 26 dalam manifesto PH, salah satu usaha untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang mempunyai rekod 'hak asasi' manusia yang dihormati dunia adalah untuk kerajaan PH meratifikasikan semula konvensyen hak asasi antarabangsa seperti:

1. The International Covenant on Civil and Political Rights (ICCPR)

2. The International Convention on the Elimination of All Forms of Racial Discrimination (ICERD)

3. United Nations Convention against Torture and Other Cruel, Inhuman or Degrading Treatment or Punishment (UNCAT)

4.International Convention on the Protection of the Rights of All Migrant Workers and Members of Their Families (OHCHR)

5. International Covenant on Economic, Social and Cultural Rights (ICESCR)

6. International Convention for the Protection of All Persons from Enforced Disappearance(ICPPED)

7. Convention on the Rights of the Child(CRC)

8. The Universal Declaration of Human Rights (UDHR)

9. Convention on the Elimination of all Forms of Discrimination Against Women (CEDAW)


Terang dan nyata ratifikasi konvensyen ICERD turut disebut di dalam ucapan beliau ketika itu.

Saya sendiri pernah upload video ucapan tersebut dan tulis akan kebimbangan saya mengenai isi kandungan dan mesej yang dibawa oleh beliau ketika itu.

Rujuk tulisan saya yang lalu : Perkara 153, 3, 160 terancam?

Lagi satu bukankah ada dikalangan MP DAP sendiri yang telah membangkitkan sentimen untuk menyokong ratifikasi ICERD ini pada 9 November 2018 yang lalu berdasarkan yang mana mengingatkan DAP untuk berpegang di atas semangat Deklarasi Setapak yang telah dijunjung oleh DAP sejak tahun 1960an lagi?

Rujuk : 2 ADUN DAP SOKONG ICERD
Yang kelakarnya, harini, lepas YB LGE nampak isu ni dah jadi polimik nasional, rakyat mula bangkit dan mempersoalkan kewajaran dinaikkan isu ini, boleh pula kata, eh bukan DAP yang bangkitkan isu ratifikasi ini dan telah kambing hitamkan YB Senator Waytha secara bersendirian. Kesianlah kat YB menteri perpaduan kita tu..

Apa YB LGE ingat kami ni selalu makan semut ke apa cepat sangat lupa? 😅

Bukan semua Melayu mudah lupa YB.. ;)

Dan saya nasihatkan YB LGE jangan pernah cuba untuk menutup kebobrokan agenda ratifikasi ini dengan mengatakan ini adalah sebuah isu agama perkauman dan s sebagainya.

Kerana ketahuilah YB,

Bahawa ini bukan isu perkauman atau agama, ini adalah isu hak kami orang Melayu, anak negeri Bumiputera Sabah Sarawak yang telah termaktub dijamin dan dipersetujui di dalam perlembagaan sejak zaman datuk nenek moyang kita lagi.

Jadi jangan macam-macam. - 21 November 2018.

Isu ICERD Ini Dibawa Oleh BN Dulu, Penyokong PH Dedah Bukti Video Parlimen.

ZA KI | Rupa-rupanya Isu ICERD ni mula-mula digerakkan sebelum Malaysia setuju untuk meratifikasikannya adalah oleh Kerajaan Barisan Nasional sendiri, melalui Mesyuarat jawatankuasa antara kementerian dan agensi bagi menyelaras isu-isu berkaitan hak asasi manusia pada 15 Julai 2010.

Mesyuarat itu telah memutuskan bahawa Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional mengetuai Jawatankuasa Teknikal ICERD bagi meneliti secara terperinci artikel-artikel yang terkandung di dalam ICERD dan adakah artikel tersebut bercanggah dengan aspirasi Perlembagaan Persekutuan.

Dan kemudian ICERD ini jadi perdebatan apabila ISMA mengulas intipati ucapan Perdana Menteri, Tun M di UNGA, New York, di laman web mereka.

Menteri yang dipertanggungjawabkan oleh Tun untuk menguruskan hal-hal berkaitan ICERD adalah YB Senator Waytha Moorthy Ponnusamy, selaku Menteri di JPM.

Untuk rekod aku jarang nak ulas lebih-lebih pasal isu ICERD ni. Jadi aku terpanggil untuk menulis pasal ICERD pagi-pagi buta ini apabila aku tengok makin ramai orang-orang dari kalangan PH sendiri dah mula hilang arah dan halatuju sokongan mereka kerana isu ini.




Isu ini sebenarnya semata-mata telah dijadikan modal politik oleh UMNO dan PAS dan semestinya permainan mereka ini sangat berjaya dan sukses apabila ramai antara kita dan pemimpin kita berantakan minda dan jiwa mereka terhadap kerajaan.

Untuk itu aku tak mahu ulas lebih dan TIDAKLAH BERMAKNA AKU SOKONG ICERD, cuma aku tak rasa ICERD ini akan kita tandatangan kerana apa yang Tun ucapkan semasa di UNGA dan apa yang Menteri di JPM telah dipertanggungjawabkan adalah kesinambungan pada keputusan yang telah diputuskan oleh kerajaan terdahulu dimana formalitinya ICERD ini perlu diperhalusi dengan dibincang bersama semua pihak dalam negara sebelum apa-apa keputusan dibuat. Secara tersiratnya konvensyen ini sebenarnya ditolak oleh PH.

Tiada spesifik timeline dalam perbincangan ini, tempohnya boleh jadi 10-20 tahun atau sampai kita mati pun belum tentu lagi selesai perbincangannya. 


Jadi tak perlulah kalut sangat dan terpengaruh dengan dakyah UMNO sampai nak berdemonstrasi bagai sedangkan mereka juga yang sebenarnya memulakan perbincangan berkenaan ICERD ini semasa memerintah.

Sehubungan dengan itu dalam posting ini aku lampirkan video dan hansard perbahasan parlimen pada 15 November 2018 berkaitan ICERD antara YB Senator P. Waytha Moorthy dan YB Pengerang untuk semua kawan-kawan dalam PH fahamkan betul-betul apa sebenarnya usaha Kerajaan Pakatan Harapan dalam isu ICERD ini.

**Untuk mereka yang buta huruf dan malas membaca silalah lihat dan dengar video. 😁

**Untuk mereka yang pekak ada masalah pendengaran silalah baca Hansard yang dilampirkan

**Untuk geng-geng UMNO dan PAS sila teruskan bodoh sombong kalian.

*PALING PENTING, LIHATLAH VIDEO ITU...

 

Najib Dedah Penipuan Lim Guan Eng Isu Pemotongan Peruntukan Untuk Masyarakat Luar Bandar.

NAJIB RAZAK | Hari ini, Guan Eng nafikan kerajaan PH telah abaikan masyarakat luar bandar dan bajet untuk mereka telah dipotong.

Jika benar, kenapa pula Menteri Industri Utama Teresa Kok keluarkan kenyataan pada 2 November lalu bahawa peruntukan untuk kementeriannya dipotong sehingga 50.7%.

Dan buat apa pula untuk Ahli Parlimen PH Sungai Petani, Datuk Johari Abdul sebak di Dewan Rakyat pada 12 November kerana kesal dengan pemotongan pelbagai subsidi untuk petani dan pekebun dalam bajet 2019.


Menteri Kewangan kesayangan anda juga berkata peruntukan untuk MARA tidak turun.

Dia memberi contoh bahawa peruntukan untuk biasiswa MARA untuk tahun depan tidak hilang tetapi telah diklasifikasikan semula sebagai perbelanjaan pembangunan sebanyak RM2 bilion dan bukan lagi sebagai perbelanjaan operasi.

Tetapi ini juga potongan RM500 juta berbanding peruntukan RM2.5 bilion untuk tahun ini ketika pentadbiran BN.

Ini dia tidak nyatakan pula. Aneh.

Lebih melucukan lagi ialah bila dia kata peruntukan untuk FELDA telah ditambah dan bukan dipotong serta memberi contoh bahawa dana untuk membaiki dan membina jalan raya dan peningkatan bekalan air telah dinaikkan kepada RM260 juta bagi tahun 2019.

Ya, ini merupakan kenaikan berbanding peruntukkan RM200 juta untuk tahun ini.

Tetapi, Bajet 2018 BN bagi FELDA juga memberi dana RM60 juta untuk program tanaman semula sawit, peruntukan sebanyak RM164 juta bagi membina 5,000 unit Rumah Generasi Kedua Felda dan insentif khas sebanyak RM5,000 kepada 94,956 keluarga peneroka Felda di seluruh negara melibatkan peruntukan berjumlah RM474.78 juta.

Ini semua telah hilang di dalam belanjawan 2019 pada ketika harga sawit dan getah sangat rendah di mana bantuan patut dinaikkan dan bukan diturunkan atau dimansuhkan.

Jumlah bayaran BR1M yang kebanyakkan diberi kepada masyarakat luar bandar pun sudah dikurangkan atau dimansuhkan. Masih mahu nafi?

Ini semua ditulis secara hitam putih di dalam belanjawan 2019 tetapi, Menteri Kewangan masih mahu menafikannya?




Oh ya, manifesto PRU14 juga di tulis secara hitam putih tetapi masih boleh terus berbohong dan berdolak dalik.

Umat Islam Wajib Tentang ICERD Kata Presiden PAS.

HARIAN METRO | PRESIDEN PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyelar beberapa individu beragama Islam di negara ini yang secara terang-terangan menyokong cadangan meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).


Beliau berkata, umat Islam wajib menentang ICERD yang menurutnya meletakkan Islam pada kedudukan sama dengan agama lain, bukannya menyokong cadangan meratifikasi konvensyen itu atas alasan kesamarataan.

“Malangnya ada orang Islam yang tak faham atau buat-buat tak faham... nak berjuang atas nama persamaan, nak menjadikan Islam ini sama dengan agama lain, ini tidak boleh.

“Kita mesti menentang kerana orang Islam wajib mengatakan Islam itu betul. Kita beri hak kepada agama lain, tak ganggu tapi nak kata agama lain betul juga macam Islam tak boleh. Ini sempadan yang kita tak boleh langgar,”
katanya.

Beliau berkata demikian ketika berceramah pada majlis Tausiyah Perdana Ambang Maulidur Rasul 1440H/2018 di Masjid Abidin (Masjid Negeri) di Kuala Terengganu, malam tadi.

Hadir sama, Menteri Besar Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan barisan EXCO kerajaan negeri.

Selain itu, Abdul Hadi berkata, dalam konteks negara ini, adalah tidak adil untuk meratifikasi ICERD.

“Kita kena faham, adil adalah bila meletakkan sesuatu kena pada tempat, bukan persamaan (contohnya) ibu bapa yang ada anak 10 orang tak sama dengan yang ada anak tiga orang, tak boleh atas nama adil kita beri sama banyak.

“Orang Islam Bumiputera dalam keadaan ketinggalan, kemudahan belajar lemah diatur penjajah dulu, yang bukan Islam diletak di bandar menguasai perdagangan, industri, pelabuhan dan macam-macam dan dalam kedudukan yang lemah ini (keistimewaan) nak dihapuskan atas nama persamaan, ini tidak betul,”
katanya.

Untuk rekod, walaupun menurut Artikel 1(1), ICERD tidak meletakkan agama dalam definisi diskriminasi kaum, namun Artikel 5(d)(vii) ICERD mengiktiraf kebebasan pemikiran, kesedaran dan agama sebagai hak yang perlu diberi tanpa diskriminasi berasaskan kaum.

Siapa Dalang Harapan Coin? Khalid Samad Diseru Dedahkan Tanpa Berselindung.

NAJIB RAZAK | "Khalid Samad mengakui dia dan rakan-rakan terlibat dalam projek Harapan Coin."
Bagus. Kita buat ulang kaji sedikit.

Pertama, Khalid Samad cadangkan Harapan Coin diguna dalam transaksi rakyat dengan kerajaan.

Kedua, Khalid Samad dalam video kata Harapan Coin yang rakyat beli;

👉 30 peratus diberi kepada developer (pemilik skim)
👉 30 peratus diberi kepada AMANAH
👉 40 peratus diberi kepada PH

Saya tak habis lagi.

Ingat Lavida Coin?

Setahu saya, Bank Negara telah menyenaraikan 423 syarikat dalam Amaran Penggunaan Kewangan.

Ini termasuklah pengendali terbitan matawang kripto.

Lavida Coin antaranya. Boleh baca di sini https://www.bharian.com.my/…/lavida-coin-masuk-senarai-amar…

Kini, Khalid Samad bersungguh-sungguh mahu Harapan Coin dilaksanakan.

Belum pun dapat kelulusan, platform laman web dan penjualan telah aktif beroperasi.

Siapa yang memantau dan mengaudit?

Mengapa Bank Negara dan Suruhanjaya Sekuriti tidak mengeluarkan amaran dan siasat dalang di sebalik Harapan Coin?

Saya ulang - namakan mereka satu per satu.

Rakyat berhak tahu untuk menilai sendiri dan berwaspada dengan Menteri dan kawan-kawan 30 peratus ini. - 21 November 2018.

BN Kaji ICERD Sejak Dari Tahun 2010 Tak Bising Pula, PH Baru Kaji Tak Sampai Setahun Terus Kena Tuduh Macam-Macam..

AIMAN ATHIRAH | Minda Kerajaan vs Minda Pembangkang?

Sidang UNGA Ke 73 yg dihadiri YAB Tun pada Oktober 2018, sebenarnya adalah jadual asal kerajaan untuk melaporkan kepada semua anggota PBB tentang pendirian kerajaan Malaysia berkaitan ICERD. Itu sepertimana yang terkandung di dalam Laporan Tahunan 2015 JPNIN, JPM Malaysia.



Justeru soalan saya, pernahkah rakyat berbilang kaum di Malaysia diberitahu oleh kerajaan akan adanya kajian kesediaan Malaysia mengenai ICERD ?

Bagaimanakah kajian ini sebenarnya dibuat utk mendapatkan hasil yg lbh menyeluruh dan tepat melibatkan rakyat pelbagai kaum?

Sejauhmana rakyat semua kaum di Malaysia sudah dirunding dan diambil pandangan?

Adakah kita semua sedar bahawa Jawatankuasa Teknikal berkaitan sebenarnya sudah pun bermula seawal Julai 2010 iaitu selepas PM6 mengambil tugas mulai 2009?

Bukankah daripada tempoh 2010 ke 2015 itupun kerajaan sudah boleh menjalankan proses konsultasi melibatkan semua kaum? Adakah ia berlaku? Jika tidak, apakah sebabnya?

Apabila sekembalinya YAB Tun dari Sidang UNGA 73 dan telah memaklumkan kepada rakyat bahawa di sana ada satu keputusan penting berkaitan ICERD yang sepatutnya jadual Malaysia untuk memberikan laporan, sepantasnya ia dijadikan polemik politik perkauman dan kebencian oleh Umno dan Pas?? Berusaha untuk terus dilihat relevan ? Sekalipun perlu bermain api perkauman dan memperbodoh-bodohkan rakyat menggunakan slogan2 agama dan bangsa dgn penuh semangat ??

Sehingga hilang rasional apabila menolak cadangan konsultasi yang dinyatakan untuk dibuat oleh kerajaan PH melibatkan semua kaum dalam Malaysia dengan mula memainkan sentimen kebencian di antara rakyat berbilang bangsa dan agama. Mengapa? Adakah ini satu lagi maksud terpencil politik matang dan sejahtera??

Mengapa tidak bekas kerajaan terdahulu khususnya Zahid sendiri sebagai bekas TPM berterus terang tentang hasil kajian Sekretariat Jkuasa Teknikal ICERD yang mereka telah bentuk, dan keputusan sebenar kerajaan terdahulu dalam isu ini ?

Atau inipun mungkin Zahid tidak tahu, yang tahu hanya Najib Razak?

Sehubungan itu, saya menggesa agar Menteri di JPM (Perpaduan & Kesejahteraan Sosial), P. Waythamoorthy agar mendedahkan progress sebenar di pihak kerajaan terdahulu.

Seterusnya, adakah betul untuk menggunakan hujah "Tapi Bn tak sign", bagi menjustifikasikan tindakan umno bersekongkol dengan pas mempolemikkan isu ini selepas kita mendedahkan wujudnya Jkuasa Teknikal ICERD semasa kerajaan lama dan bahawa ICERD ini bukan isu baharu dan bukan pun agenda peribadi atau parti PH sepertimana yang dipropagandakan oleh umno pas?

Sedangkan pada masa yang sama wujud segerombolan penunggang bangsa dan agama sewenangan menuduh kononnya ICERD ini sebagai agenda sulit PH untuk melemahkan Melayu Islam dan bahawa kononnya PH sebagai telah bersetuju serta akan meratifikasikannya ??

Walhal, hakikatnya semua tuduhan dan serangan persepsi itu adalah fitnah jahat gerombolan ini atas kepentingan politik kepartaian masing-masing. Kerajaan PH hakikatnya belum membuat sebarang keputusan, bahkan komited membawanya kepada perundingan yang lebih telus melibatkan semua kaum dlm Malaysia.

Seterusnya, Jika bukan melalui proses konsultasi melibatkan semua kaum, maka apakah pendirian Umno dan Pas dalam konteks jika mereka adalah kerajaan? Bagaimana mereka berkira2 akan menguruskannya?

Saya percaya Umno tak perlu jawab. Sebab jelas mereka perlukan hampir 8 tahun untuk menjalankan kajian. Itupun rakyat kebanyakan tidak tahu menahu. Sama ada intinya mahupun mekanismanya.


Lalu, Pas pula bagaimana jika berada pada posisi kerajaan?

Adakah sama sepertimana cadangan Pemudanya iaitu tolak ratifikasi semua konvesyen antarabangsa tanpa perlu sebarang proses konsultasi dengan pihak-pihak berkaitan?

Jika ya, bagaimana dengan 3 konvensyen antarabangsa yang Malaysia telah ratifikasi lebih awal, adakah Pas akan ambil keputusan baharu menarik balik sokongan awal kerajaan Malaysia?

Dan adakah Kerajaan Malaysia jika diterajui Pas akan menarik diri daripada menjadi anggota PBB? - 21 November 2018.

BN Mengaku Pernah Tubuhkan Jawatankuasa ICERD Tetapi Selepas Mengkaji Memutuskan Tak Jadi Laksanakan.

NAJIB RAZAK | ICERD

Ketika pentadbiran BN, satu jawatankuasa pernah ditubuhkan iaitu Jawatankuasa Teknikal ICERD di Jabatan Perpaduan dan Integriti Nasional di bawah jabatan Perdana Menteri pada tahun 2011.

Tugas Jawatankuasa ini ialah untuk mengkaji akan kesesuaian dan kesediaan Malaysia bagi meratifikasi atau menandatangani konvensyen ICERD.


Kajian juga dilakukan sekali lagi pada tahun 2015.

Hasil dari kajian-kajian itu, kerajaan BN berpendirian untuk tidak meneruskannya kerana ia bertentangan dengan perlembagaan negara dan kontrak sosial yang dicapai semasa pertubuhan negara.

Kedua-duanya ini adalah tiang asas kepada negara.

Kita berpendapat ianya masih belum sampai masa dan masih lagi tidak sesuai untuk negara meratifikasi ICERD.

Justeru, kerajaan BN tidak pernah memutuskan ataupun mengumumkan bahawa kita akan menandatangani ICERD.

Malah, tanpa ICERD, kerajaan BN masih dapat menjaga kepentingan dan hak-hak semua kaum di negara kita ini.

Kita masih boleh memastikan keadilan dan keseimbangan dalam perkongsian kekayaan negara dan memastikan usaha itu bersifat inklusif untuk semua.

Hari ini, saya berpendirian bahawa jika ramai masih tidak boleh menerima ratifikasi ICERD dan ketegasan kerajaan PH untuk menandatanganinya telah mencetus keresahan dan kemarahan ramai rakyat Malaysia, maka keputusan untuk meratifikasi ICERD patut dihentikan.

Saya berpendapat buat masa ini, adalah lebih baik dan lebih afdal untuk kerajaan PH memberi tumpuan kepada ekonomi yang semakin menurun serta tenat daripada meneruskan usaha untuk ratifikasi ICERD.

Ekonomi yang tidak baik akan menyumbang kepada keresahan dan kemarahan masyarakat dan bakal mencetuskan kejadian yang tidak diingini.

Kementerian Perpaduan sepatutnya membina perpaduan dan bukan memecahkan perpaduan dan harmoni kita.

Saya juga minta rakyat Malaysia untuk bersabar dan perlu meletakkan perpaduan kita sebagai keutamaan agar kita dapat kekalkan keharmonian yang kita miliki hari ini.

#KekalkanSemangat1Malaysia

Penduduk TTDI Kecewa Walaupun Dah Tukar Kerajaan, Taman Rimba Kiara Masih Diancam.

THE MALAYSIAN INSIGHT | PENDUDUK Taman Tun Dr Ismail yang berjuang untuk menyelamatkan taman awam itu daripada pembangunan kecewa dengan Pelan Struktur Kuala Lumpur 2020 yang menunjukkan taman awam itu dizonkan semula dengan kemungkinan untuk pembangunan di masa akan datang.


Koordinator Save Taman Rimba Kiara (STRK) Leon Koay berkata, pihak berkepentingan tidak pernah berunding mengenai pelan itu sebelum ia digazetkan dan bimang dengan dan cemas dengan pelencongan daripada Rancangan Draf KL 2008.

Pelan yang digazetkan itu didedahkan kepada umum sejak 12 November.

Dalam pelan 2008, lebih 8 hektar kawasan Taman Rimba Kiara dipelihara sebagai Kawasan Lapang Alam, dengan pengecualian kuil Hindu dan rumah panjang kayu yang dibina untuk bekas pekerja ladang getah yang dipindahkan ke situ bagi memberi laluan kepada pembangunan.

Dalam pelan yang diwartakan, yang berdasarkan kajian draf pelan 2018, Taman Rimba Kiara dibahagikan kepada tiga kawasan.

Satu plot diperuntukkan bagi pembangunan campuran, satu lagi untuk perumahan berkepadatan tinggi dan berukuran ketiga kira-kira 2.4 hektar ekar untuk ruang terbuka awam.

Koay berkata pengezonan semula itu “tidak boleh diterima” dan pelan itu mesti ditukar kembali ke ruang terbuka awam.

“Pengezonan itu tidak sepatutnya berlaku, ia perlu ditarik balik. Ia mengecewakan untuk melihat bahawa ia berada dalam rancangan yang diwartakan baru-baru ini.

“Kami mengundi Pakatan Harapan dan kami percaya bahawa mereka boleh membawa pembaharuan dan perubahan,”
katanya kepada The Malaysian Insight.

Pengezonan semula bermakna bukan sahaja menyebabkan ruang terbuka mengecil dari 8 hektar kepada 2.4 hektar, tetapi kajian STRK berhubung pelan yang digazetkan itu mendapati plot perumahan berkepadatan tinggi diperuntukkan bagi kepadatan 400 orang seekar.

2.4 hektar yang disimpan sebagai ruang terbuka awam juga dilihat tidak selamat, kerana ia jatuh ke dalam kawasan lebih besar yang ditanda sebagai zon rancangan pengangkutan atau transit termasuk stesen MRT TTDI, kata SRTK dalam dokumen yang dimuat naik di laman Facebook dan diberikan kepada The Malaysian Insight.

Menurut tafsiran kumpulan itu mengenai zon, Datuk Bandar Kuala Lumpur dilihat masih mempunyai kuasa bagi membenarkan pembangunan lebih lanjut yang dapat mengambil alih atau menggantikan pelan zon semasa.

Koay berkata STRK akan menghadiri sesi town hall yang dirancang pada Jumaat ini bagi mendapatkan penjelasan dari Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Samad, Datuk Bandar Kuala Lumpur Nor Hisham Ahmad Dahlan dan Ahli Parlimen Segambut Hannah Yeoh.

Tambahnya, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) masih belum menyatakan keperluan untuk rumah kekal kepada 100 keluarga yang tinggal di rumah panjang Taman Rimba Kiara sejak lebih 30 tahun lalu sementara menunggu rumah baru.

Koay mempersoalkan sama ada Khalid membenarkan orang dalam DBKL untuk membenarkan pembangunan walaupun mendapat bantahan daripada penduduk.

“Mengapa tiada tindakan diambil terhadap pegawai kanan Dewan Bandaraya yang membenarkan pembangunan di taman itu?

“Ia bukan hanya mendakwa bekas menteri wilayah (Tengku Adnan Tengku Mansor) dengan rasuah, tetapi proses dalaman perlu pembaharuan,”
katanya.

Tengku Adnan baru-baru ini didakwa dengan dua tuduhan rasuah kerana menerima rasuah RM3 juta untuk membantu pemaju dalam projek di Kuala Lumpur.

Khalid pada 31 Oktober di Dewan Rakyat mengumumkan Pelan Rancangan Kuala Lumpur 2020 sudah digazetkan. Berita itu mengejutkan beberapa kumpulan penduduk di pinggir bandar Kuala Lumpur ang mana mereka memperjuangkan projek pembangunan di kejiranan mereka yang sedia sesak.

Ditanya mengapa beliau memungkiri janji yang dibuat pada Julai untuk bertemu penduduk sebelum mengazetkan pelan itu, Khalid berkata beliau tidak pernah berjanji demikian dan hanya berkata akan “pertimbangkan” untuk berjumpa dengan penduduk.

SRTK berjuang untuk pembangunan semula Taman Rimba Kiara lebih setahun lalu, sejak berita projek oleh pemaju Memang Perkasa untuk membina dua bangunan apartmen 42 tingkat dan 54 tingkat, bersama satu lagi blok bangunan rumah mampu milik 30 tingkat untuk memindahkan penduduk rumah panjang.

Penduduk TTDI menentang pembinaan apartmen itu tetapi bersetuju perumahan harus disediakan untuk penduduk rumah panjang.

Yeoh membuat laporan polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia berhubung projek berkenaan selepas menjadi Ahli Parlimen Segambut.

Penduduk TTDI tahun lalu memfailkan semakan kehakiman terhadap projek berkenaan tetapi kes itu tertangguh berikutan “resolusi bersama” yang sedang dibuat oleh DBKL.

Yeoh ketika dihubungi berkata, beliau berharap Khalid akan mendengar rayuan penduduk ada sesi town hall Jumaat ini dan akan mengezonkan seluruh plot Taman Rimba Kiara sebagai ruang terbuka awam.

“Kami harap Khalid dan Datuk Bandar Hisham akan mendengar rayuan penduduk kerana mereka mahu Taman Rimba kekal hijau,” katanya dalam satu mesej kepada The Malaysian Insight.

Berhubung laporannya kepada SPRM, beliau berkata pegawai berkenaan memberitahunya siasatan masih berjalan. – 21 November 2018

Selasa, 20 November 2018

Jika Ikhlas Mahu Jadi Bangsa Malaysia, Sekolah Vernakular Perlu Dihapuskan.

ARIF ATAN | Jika ikhlas mahu jadi bangsa Malaysia...

Malaysia Baharu patut bercakap tentang pentingnya kesedaran untuk anak-anak Malaysia bersekolah di bawah bumbung yang sama.

Jika ikhlas mahu menjadi bangsa Malaysia, sekolah berteraskan kaum patut dimansuhkan sesuai dengan semangat Bangsa Malaysia pasca 9 Mei 2018.


Dalam konteks ini, orang bukan Melayu dituntut supaya bertolak-ansur dan mengamalkan toleransi tinggi seperti mana telah dibuktikan orang Melayu melalui kontrak sosial 61 tahun lalu melalui pemberian taraf kewarganegaraan.

Sekolah aliran kaum mesti ditukar kepada Sekolah Kebangsaan (SK) sebab SK bukan 'sekolah Melayu' melainkan apabila majoriti keluarga bukan Melayu menghantar anak ke sekolah berasaskan semangat kaum masing-masing, maka SK secara automatik menjadi 'sekolah Melayu' atau lebih dahsyat jadi 'sekolah Arab'.

Walaupun SK sebagai satu-satunya sekolah buat semua anak Malaysia yang ikhlas mendahulukan identiti 'orang Malaysia' bukan identiti kaum, subjek Bahasa Cina dan Bahasa Tamil masih boleh dipertimbangkan sebagai mata pelajaran di SK.

Penawaran kedua-dua mata pelajaran itu bergantung kepada permintaan juga terpulang kepada murid untuk mengambilnya atau tidak selari dengan hak asasi dan nilai demokrasi.

Kalau ada keluarga keturunan Melayu mahu anaknya belajar bahasa Cina atau Tamil, silakan, sebab kedua-dua bahasa itu bukan lagi eksklusif untuk kaum Cina dan India sahaja.

Kajian PhD oleh Sia Keng Yek dari UM terbitan 2005 sudah merumuskan bahawa penentangan Dong Zong terhadap pelaksanaan Dasar Pendidikan Kebangsaan di SRJK Cina menjadi antara penghalang kepada usaha kerajaan untuk merealisasikan integrasi nasional di bawah satu bumbung persekolahan yang menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar.

Sekarang, selepas 61 tahun merdeka, dan selepas enam bulan Pakatan Harapan (PH) menjadi kerajaan, ramai bukan Melayu terutamanya orang Cina masih merangkak untuk berbahasa kebangsaan lantaran tidak bergaul dengan anak-anak Malaysia di SK.

Selagi SJK wujud, selagi itu jurang sosial antara kaum semakin sukar ditangani dan "keberanian" menggunakan bahasa dan tulisan Cina pada kenyataan media menteri dan papan tanda nama jalan akan terus berulang lagi dan lagi.

Penonjolan identiti kaum hanya akan menyukarkan Malaysia menumpukan usaha pada kepentingan nasional sekali gus sukar untuk beranjak melahirkan masyarakat sivil yang bercakap tentang keadilan sosial dan hak rakyat marhaen merentas kaum.

Selagi sekolah berasaskan kaum wujud dan diberi peruntukan kerajaan, mutu penguasaan bahasa kebangsaan dalam kalangan rakyat Malaysia dari keturunan bukan Melayu terutamanya Cina sukar dicapai memandangkan aras kurikulum bagi subjek Bahasa Melayu di SJK jauh lebih rendah daripada SK. - 20 November 2018.
(Foto : Sekumpulan murid berbilang kaum di Sekolah Kebangsaan Bakri Batu 5 , Muar, Johor. Sumber : Utusan Online)

Petisyen Sokong P. Waytha Moorthy Pula Dibuat Bagi Melawan Petisyen Desak Letak Jawatan.

POLITIK | Setelah mendapat lebih dari 100,000 sokongan awam untuk mendesak Menteri Perpaduan P. Waytha Moorthy meletakkan jawatan kini satu lagi petisyen dibuat oleh warganet Malaysia bagi melawan desakan tersebut.

Petisyen itu merayu sokongan awam untuk mengekalkan pemimpin Hindraf tersebut sebagai Menteri Perpaduan sekaligus memecahkan dua kaum di Malaysia dengan kaum melayu menyokong petisyen mendesak P. Waytha meletakkan jawatan dan kaum india mempertahankan Menteri Perpaduan itu supaya kekal dalam jawatannya.

Menteri Perpaduan dilihat bukan sahaja gagal menyatukan semua kaum di Malaysia malahan kaum india dan melayu bergaduh sesama sendiri kerana dirinya pula.


Bukankah ini kelakar?

Dan bukankah dia sepatutnya meletakkan jawatan dengan segera ataupun Pakatan Harapan sepatutnya menanggani isu ini dengan secepat mungkin memandangkan konflik perkauman semakin meruncing?

Kita serahkan soalan itu kepada kerajaan dan P. Waytha untuk menjawabnya.

Sementara itu, pihak kami melihat adanya penyebaran poster kononnya penyokong Hindraf akan berkumpul bagi menunjukkan sokongan kepada P. Waytha Moorthy untuk dikekalkan sebagai Menteri Pertahanan bagaimanapun hal itu masih memerlukan pengesahan manakala laporan polis telah dibuat oleh netizen untuk mendesak polis menyiasat kenyataan P. Waytha Moorthy di Belanda pada 7 tahun lepas, sekitar tahun 2011, 2012.

Adakah polis akan menyiasat laporan itu tanpa tekanan politik dan bertindak adil? Sama-sama kita nantikan.

Di sosial media pula, netizens mula menyebarkan porfolio Menteri Perpaduan itu yang didakwa hanya melantik kaum india sahaja untuk bekerja dengannya.

Bagaimanapun semakan pihak kami mendapati sebenarnya ada 4 lagi pekerja melayu yang turut bekerja dibawahnya cuma gambar yang tular hanya memaparkan kaum india yang berjawatan agak tinggi.

Jawatan seperti Setiausaha Pejabat sebanyak 2 orang, Pembantu Tadbir dan Operasi sebanyak 1 orang dan Pembantu Operasi sebanyak 1 orang tidak ditularkan bersama seperti gambar di atas. 

Rujukan : lihat sini

Dalam perkembangan yang lain, di Facebook, Menteri Perpaduan yang digelar sebagai Menteri Perpecahan itu kelihatannya seperti bangga apabila berkongsikan rakaman video sidang Dewan Rakyat dimana beliau dikecam bertubi-tubi kerana gagal menerangkan isu ICERD dan kenyataan lampaunya mengenai diskriminasi kaum india di Malaysia.

"10 lawan satu," katanya ringkas.


Untuk rekod, P. Waytha sama sekali tidak menyesal dengan apa yang pernah beliau katakan dahulu malahan mempertahankan ia dan bersedia untuk memberikan bukti seperti yang diminta.

via GIPHY

Kenyataan itu ialah;

👉 10,000 kuil dimusnahkan dan 23,000 dalam proses


👉 Penganut Hindu perlu tukar agama untuk bekerja kerajaan
 

👉 Kaum india dinafikan hak dan peluang untuk sambung belajar

Setakat ini Pakatan Harapan dilihat menjarakkan diri dengan mengulas isu tersebut kecuali Menteri Agama, Mujahid yang menjelaskan kenyataan P. Waytha Moorthy itu adalah kenyataan lampau dan tidak patut dikaitkan ke atas kerajaan kini. - 20 November 2018.

Ratifikasi ICERD Akan Membuka Langkah Susulan Untuk Pinda Perlembagaan Kata PENA.

Saleeh Rahamad |Kenyataan Media Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA) tentang ICERD

Apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Perpaduan Negara dan Kesejahteraan Sosial), Senator P. Waytha Moorthy memberikan jaminan bahawa ratifikasi Konvensyen Antarabangsa mengenai Penghapusan Segala bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) tidak akan menjejaskan kepentingan orang Melayu dan bumiputera di negara ini, ada persoalan yang wajar dibangkitkan.




Pertama, untuk memberikan jaminan tersebut, jawatannya tidak ada kapasiti untuk bercakap bagi pihak kerajaan. Sebelum ini Perdana Menteri sendiri sudah menyatakan bahawa perundingan dengan pihak yang berkepentingan akan dibuat, serta beliau menjamin keputusannya nanti tidak akan mengetepikan kebimbangan orang Melayu. Maknanya kerajaan belum berbincang tentang hal ini, termasuk perinciannya.


Senator Waytha Moorthy tidak boleh mendahului Perdana Menteri.


Kedua, walau sesiapa pun yang memberikan jaminan seumpama itu, ICERD tetap tidak wajar diratifikasi oleh Malaysia. Ratifikasi hanya akan membuka ruang untuk langkah susulan sehingga Perlembagaan pun boleh dipinda nanti. 


Malaysia tidak perlu akan ICERD untuk menjadi negara yang adil kerana dalam keadaan sedia ada pun keistimewaan kepada bangsa bukan Melayu atau bukan bumiputera tetap diberikan, malahan lebih daripada yang dinikmati oleh golongan itu di negara lain.


Kami bagi pihak PENA dan pemegang taruh bahasa Melayu tidak bersetuju dengan ratifikasi ICERD kerana bimbang kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan dalam Perkara 152 dan dalam sistem pendidikan akan terancam. Apabila ICERD diterima, akan terbukalah ruang untuk mengancam kedudukan bahasa Melayu dalam Perlembagaan Persekutuan kerana status bahasa Melayu boleh sahaja dituduh sebagai diskriminasi terhadap bahasa lain.


Sedangkan tanpa ICERD pun bahasa Melayu sering dihimpit oleh permainan politik perkauman dan dominasi komersialisme, apatah lagi setelah ICERD diratifikasi. Kelak bahasa Melayu akan menjadi bahan tawar-menawar dalam kancah politik.

-----------
Saya kongsikan semula status ini dengan tambahan. Ini pandangan ahli undang-undang.

Kita perlu berhati-hati fasal ICERD ini kerana dalam undang-undang antarabangsa perlu kita bezakan antara "signing" dengan "ratifying". Signing membawa maksud kita setuju dengan untuk mematuhi terma legal instrument...dalam kes kita ICERD. Ratifying maknanya kita mengesahkan bahawa undang-undang kita sedia untuk mematuhi ICERD.
 

Ini bermakna sekarang undang-undang kita berlawanan dengan ICERD kerana ada banyak peruntukan dalam Perlembagaan bertentangan dengan ICERD. Kalau sign, kita kena pinda undang-undang kita selaras dengan ICERD termasuk Perlembagaan kita yang merupakan undang-undang tertinggi negara. 

Undang-undang antarabangsa tidak peduli jenis sistem perundangan kita..sama ada kena rujuk Majlis Raja2 ke..sama ada parlimen ke..dia tak peduli. 

Justeru, ICERD tidak sesuai untuk Malaysia buat masa ni...wallahua'lam.

Sambungannya...

PENA perlu bimbang kerana ICERD boleh mengancam bahasa Melayu dan kerana diskriminasi kaum boleh dijadikan hujah untuk mengehadkan skop undang-undang yang berkaitan dengan pemakaian bahasa Melayu, yang sekarang ini skop pemakaiannya sangat luas.

Artikel ini perlu mempersoalkan siapa P. Waytha Moorty untuk menjamin ratifikasi ICERD tidak membelakangkan Raja-Raja Melayu dan lain-lain.

Tafsiran diskriminasi kaum, capaiannya sangat luas merentasi isu pendidikan, ekonomi, sosial, politik, dan lain-lain termasuklah bahasa.


Ya benar...kita boleh buat macam-macam reservation untuk pengecualian. Tetapi jika reservation tersebut bercanggah dengan objektif utama ia ditsndatangani maka reservation tersebut akan menjadi tidak sah..tafsiran ini diperuntukkan di bwh Vienna Convention Law of Treaty.

Pandangan seorang bekas majistret dan pegawai undang-undang di Jabatan Peguam Negara.
 

Dr Mohamad Saleeh Rahamad
Presiden Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA)
  - 20 November 2018.

Semakin Ramai Pelabur Melarikan Diri Dari Malaysia.

NAJIB RAZAK | Oleh kerana keyakinan pelabur telah terhakis akibat langkah-langkah yang tidak bijak dari kerajaan PH dan ekonomi yang semakin menyusut selepas PRU14, pelabur asing telah banyak menarik keluar dana mereka dari Malaysia.

Seperti di dalam carta ini, pelabur asing telah menambah pelaburan mereka di dalam Bursa Malaysia sebelum PRU14 tetapi telah tarik keluar pelaburan mereka hampir setiap bulan.


Pengaliran masuk tiba-tiba berubah kepada pengaliran keluar.

Sebanyak RM14.2 bilion dana pelaburan asing sudah keluar dari Bursa Malaysia sejak bulan Mei sehingga kini.

Indeks Bursa Malaysia juga jatuh sebanyak 200 mata berbanding bulan sebelum PRU14.

Saya tengok harga saham-saham yang paling terkesan ialah kebanyakkan GLC dan telah rata-rata turun.

Ini membimbangkan kerana pemegang saham terbesar GLC-GLC disenarai ialah tabung-tabung simpanan rakyat dan kerajaan seperti Khazanah, KWSP, LTAT, PNB dan Tabung Haji.

Berdasarkan jumlah saham yang dipegang oleh mereka, kejatuhan harga saham Telekom Malaysia sahaja telah menyebabkan Khazanah rugi RM3.9 bilion, KWSP rugi RM2.5 bilion dan ASB rugi RM1.8 bilion berbanding sebelum PRU14.

Saya perhatikan juga kebanyakan harga unit amanah (unit trust) yang diurus oleh pelbagai institusi kewangan swasta dan kerajaan telah jatuh. Ada yang jatuh 5% dan ada yang jatuh sebanyak 25% berbanding permulaan tahun ini.

Satu contoh ialah nilai satu unit ASN yang diurus oleh PNB. Harganya jatuh 13% dari 0.785 sen ke 0.68 sen hari ini.

Ini ialah petanda bahawa dividen ASB, KWSP, LTAT dan Tabung Haji untuk tahun ini mungkin jauh lebih rendah berbanding tahun lepas.

Sudah tentu dividen KWSP untuk tahun ini akan jauh lebih rendah dari kadar 6.9% yang diberi tahun lepas, iaitu kadar tertinggi selama 20 tahun.

Harga minyak dan kos sara hidup tak turun tetapi harga saham dan nilai simpanan rakyat yang turun? - 20 November 2018.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...