Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 20 November 2018

Semakin Ramai Pelabur Melarikan Diri Dari Malaysia.

NAJIB RAZAK | Oleh kerana keyakinan pelabur telah terhakis akibat langkah-langkah yang tidak bijak dari kerajaan PH dan ekonomi yang semakin menyusut selepas PRU14, pelabur asing telah banyak menarik keluar dana mereka dari Malaysia.

Seperti di dalam carta ini, pelabur asing telah menambah pelaburan mereka di dalam Bursa Malaysia sebelum PRU14 tetapi telah tarik keluar pelaburan mereka hampir setiap bulan.


Pengaliran masuk tiba-tiba berubah kepada pengaliran keluar.

Sebanyak RM14.2 bilion dana pelaburan asing sudah keluar dari Bursa Malaysia sejak bulan Mei sehingga kini.

Indeks Bursa Malaysia juga jatuh sebanyak 200 mata berbanding bulan sebelum PRU14.

Saya tengok harga saham-saham yang paling terkesan ialah kebanyakkan GLC dan telah rata-rata turun.

Ini membimbangkan kerana pemegang saham terbesar GLC-GLC disenarai ialah tabung-tabung simpanan rakyat dan kerajaan seperti Khazanah, KWSP, LTAT, PNB dan Tabung Haji.

Berdasarkan jumlah saham yang dipegang oleh mereka, kejatuhan harga saham Telekom Malaysia sahaja telah menyebabkan Khazanah rugi RM3.9 bilion, KWSP rugi RM2.5 bilion dan ASB rugi RM1.8 bilion berbanding sebelum PRU14.

Saya perhatikan juga kebanyakan harga unit amanah (unit trust) yang diurus oleh pelbagai institusi kewangan swasta dan kerajaan telah jatuh. Ada yang jatuh 5% dan ada yang jatuh sebanyak 25% berbanding permulaan tahun ini.

Satu contoh ialah nilai satu unit ASN yang diurus oleh PNB. Harganya jatuh 13% dari 0.785 sen ke 0.68 sen hari ini.

Ini ialah petanda bahawa dividen ASB, KWSP, LTAT dan Tabung Haji untuk tahun ini mungkin jauh lebih rendah berbanding tahun lepas.

Sudah tentu dividen KWSP untuk tahun ini akan jauh lebih rendah dari kadar 6.9% yang diberi tahun lepas, iaitu kadar tertinggi selama 20 tahun.

Harga minyak dan kos sara hidup tak turun tetapi harga saham dan nilai simpanan rakyat yang turun? - 20 November 2018.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...