Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 13 Mei 2017

Belum Cabut Undi Sudah Ada Pemenang? - Cabutan Bertuah UMNO Yang Kontroversi.

Masih lagi berkisarkan tentang sambutan ulangtahun UMNO yang ke 71. Tular satu gambar yang kononnya mengenai keputusan pengundian cabutan bertuah. 

Senarai pemenang telah ditentukan sejak seawal 2 hari sebelum berlangsungnya majlis sambutan ulangtahun UMNO yang ke 71.


Gambar yang tular itu menjadi pertikaian di laman sosial dikalangan penyokong UMNO mahupun pembangkang. Kononnya wujud unsur-unsur penipuan.

Semakan kami mendapati senarai pemenang yang tertera dalam gambar adalah sama dengan keputusan pemenang cabutan bertuah yang dibuat pada malam itu.


Gambar itu pada awalnya ditularkan oleh Zaki Abdul Sani dengan niat menimbulkan keraguan tentang proses pengundian cabutan bertuah. Ia akhirnya mendatangkan kritikan meluas ke atas parti UMNO.

Umumnya, cabutan bertuah biasanya akan dibuat pada hari berlangsungnya majlis. Bagaimanapun selepas posting itu tular, Zaki menukar nadanya. Kali ini dia mengeluarkan respon yang berbeza. Ujarnya dia sengaja mengenakan penyokong pembangkang. 

Menurut Zaki, penyokong pembangkang termasuk pemimpin dan blogger telah diperbodohkan. Tarikh tutup penyertaan adalah 10 Mei. Manakala majlis adalah pada 11 Mei. Ini bermaksud pembangkang telah diperdayakan, kata Zaki dalam status berkenaan. Walaubagaimanapun kami tidak dapat memahami mengapa alasan tersebut diberikan sebagai mengatakan pembangkang telah kantoi memperbodohkan diri.

Bagaimanapun pihak kami mengesyaki, individu berkenaan telah menerima tekanan dari pihak tertentu untuk memperbodohkan diri di laman sosial. 

Ini kerana posting terdahulu menyebut ianya telah diketahui dua hari lebih awal, tambahan pula cabutan bertuah sewajarnya ditarik semasa di atas pentas dan bukannya ditentukan lebih awal bagi merasai kemeriahannya.

Kami harap individu berkenaan tidak akan dikenakan sebarang tindakan kerana mendedahkan perkara rahsia itu kepada umum. Untuk cover - up yang begitu lemah itu, kami akan buat-buat percaya semoga dia akan terselamat dari sebarang tindakan oleh pihak UMNO. ๐Ÿ˜†๐Ÿ˜†๐Ÿ˜†

Logo UMNO Di Bangunan DBKL Sekadar Percubaan Je Kata KuNan - Dah Macam Takde Logo Lain Nak Buat Testing..

Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mempertahankan tayangan logo ulang tahun Umno ke-71 di bangunan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) setinggi 34 tingkat atas alasan ia sekadar “percubaan” untuk paparan digital struktur itu, lapor Free Malaysia Today. 
Gambar - Malaysiakini
Bagi Dewan Bandaraya, (paparan digital di) bangunan itu masih dalam (peringkat) percubaan. Ia belum selesai. Jadi, saya minta mereka cuba (guna logo Umno itu),” kata menteri Wilayah Persekutuan kepada portal itu.
Gambar - Malaysiakini
Bagaimanapun ketika menjawab kepada soalan wartawan, beliau turut berkata, Umno secara amnya membayar untuk iklan itu diletakkan di ruang awam seperti pusat beli-belah dan papan iklan.
Mengapa mereka marah? (Itu) bukan sahaja di bangunan DBKL, logo itu juga ada di (pusat beli-belah) Pavillion, Jalan Klang Lama dan Segambut.”
“Kami dikenakan bayaran dan kami membayarnya. Apa masalahnya? Mereka cemburu,” katanya.
Bagaimanapun, turut menjadi tanda-tanya orang ramai kenapa bangunan tersebut memaparkan iklan tentang sambutan ulang tahun UMNO dan kenapa LOGO UMNO yang digunakan untuk membuat 'testing' sedangkan DBKL boleh sahaja menggunakan logo DBKL. Ia masih misteri.
Dalam pada itu, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor turut menyindir pembangkang yang bersikap double standard dalam isu pemasangan logo UMNO di bangunan DBKL.
Apabila mereka lakukan perkara tertentu, itu okey,” katanya sambil menambah “gambar” tertentu turut dipasang di beberapa bulatan di Selangor di bawah pentadbiran Pakatan Harapan.

Jumaat, 12 Mei 2017

Rasa Bengang Kerana Ditipu & Sampah Warnai Ulang Tahun UMNO Ke 71.

Semalam di Stadium Bukit Jalil telah berlangsungnya sambutan ulangtahun UMNO yang kali ke 71. Sambutan itu pada awalnya diperkecilkan oleh penyokong-penyokong pembangkang di laman sosial. 

Menurut mereka, UMNO hanya berusia 29 tahun dan bukannya 71 tahun ini kerana UMNO lama telah pun ditamatkan pendaftarannya manakala UMNO yang ada pada masa kini ialah 'UMNO BARU' yang didaftarkan dibawah pentadbiran Mahathir semasa UMNO mengalami krisis perpecahan pada tahun 1988.

Sambutan ulangtahun UMNO juga disindir sebagai membuang duit berikutan tawaran hadiah cabutan bertuah sehingga mencecah jutaan ringgit. Menurut pengkritik-pengkritik di laman sosial, wang tersebut lebih baik disalurkan kepada fakir miskin dan pelajar yang memerlukan wang untuk menyambung pelajaran.

Sambutan ulangtahun UMNO yang ke 71 dikatakan berjaya menghimpunkan 150,000 ahli di dalam stadium. 1,000 darinya terdiri dari pelajar-pelajar Uitm yang dikatakan dipaksa hadir ke program tersebut. 

Oleh kerana penyokong-penyokong UMNO boleh membaca yang baik-baik tentang sambutan ulangtahun UMNO yang ke 71 di mana-mana portal dan blog yang pro kepada UMNO, maka kami disini akan kupaskan secara negatif ataupun sisi buruk sambutan UMNO yang ke 71 untuk pemerhatian bersama.

Bengang kerana terpaksa hadir

Di laman Twitter, terdapat beberapa luahan berbentuk sindiran serta rasa marah mahasiswa kerana dipaksa hadir ke program UMNO. Ada yang menulis bahawanya beliau pernah diberikan amaran jika hadir ke program PKR suatu ketika dahulu. Kononnya ia adalah acara politik. Tetapi melibatkan pelajar ke program UMNO tidak pula dipertikaikan.

Dalam satu temubual bersama KiniTV pula, 3 pelajar yang ditemubual jelas memberitahu bahawanya mereka terpaksa hadir ke program tersebut. Malahan ada yang disuruh mengantungkan bendera UMNO di dalam kawasan universiti. Arahan seperti ini bagaimanapun mengundang pelbagai reaksi. 

Bagi yang menyokong UMNO, mereka menerima positif arahan tersebut dan beranggapan ia adalah perkara yang baik kerana mendekatkan diri mereka ke dalam perjuangan parti.

Manakala bagi yang tidak menyokong UMNO, mereka merasa terpaksa dan ralat kerana diperbodohkan dan diperguna-gunakan secara politik. Sepatutnya UMNO hanya melibatkan mana-mana mahasiswa secara sukarela tanpa arahan atau pemaksaan yang akhirnya akan mengundang rasa tidak puas hati di kalangan pelajar.

Tiada cabutan bertuah 

Selain isu mahasiswa UiTM yang dikerah hadir, ada juga luahan ketidakpuasan hati di laman sosial tentang cabutan bertuah. 

Gambar Oleh Ratu Naga
Menurut Zaki Abdul Sani, tiada sebarang pengumuman pemenang cabutan hadiah dibuat sebaliknya nama-nama pemenang tertera di atas skrin tv gergasi. Tindakan itu akhirnya mengundang rasa marah dan ketidakpuasan hati yang hadir ke stadium. Ada yang bertindak memboo kerana merasa berang dipermainkan.

Zaki juga katanya merasakan cabutan bertuah itu hanya sekadar gimik sahaja ini kerana selepas majlis potong kek dilakukan oleh Pengerusi UMNO, Datuk Seri Najib Razak tak semena-mena nama pemenang diumumkan di skrin gergasi. Sedangkan sebelum ini pengacara majlis mengumumkan nama-nama pemenang lain akan dimaklumkan kemudian.

"Selepas ucapan PM, semangat ahli umno begitu berkobar-kobar, tetapi semua kehappyan(๐Ÿ˜‚ ) ahli umno yang menghadiri majlis penuh bersejarah UMNO musnah apabila mereka rasa seolah-olah di tipu oleh UMNO," katanya di status tersebut. 

"Tiada apa-apa cabutan bertuah di lakukan, terus diumumkan nama pemenang utama sebuah kereta Perdana," katanya lagi.

"Kemudian MC umumkan nama pemenang yang lain akan dihubungi. Disambut dengan BOOOOOOO paling ohsem oleh ahli UMNO di Stadium Bukit Jalil. Semuanya bergegas keluar dari Bukit Jalil dengan kecewa. 

Zaki turut berkata terdengar kata-kata dari orang yang hadir yang merasakan mereka telah ditipu.

Malah ada yang melontarkan ayat "kita di tipu". Tanpa mereka sedari selepas majlis potong kek oleh PM, nama kesemua pemenang telah dipaparkan di skrin utama Bukit Jalil. Tanpa dilakukan pengumuman oleh MC majlis,". 

"Apa sudah jadi? Apakah UMNO tidak faham erti CABUTAN BERTUAH, atau cabutan bertuah itu hanya 1 gimik sahaja," soalnya di status berkenaan. 

Sampah merata-rata

Jika sebelum ini bloggers BN giat mengejek perhimpunan pembangkang yang penuh dengan kesan tinggalan sampah sarap, kali ini nampaknya mereka menjilat ludah mereka sendiri.

Ini kerana perhimpunan mereka turut bersepah dan dipenuhi dengan sampah sarap. Bezanya, penyokong pembangkang belajar dari kesilapan. Selepas dikritik teruk kerana meninggalkan sampah sarap, perhimpunan pembangkang selepas itu akan membersihkan tempat perhimpunan setiap kali habis berhimpun walau di mana sahaja mereka berhimpun, kesan dari kritikan melampau yang pernah diterima ketika berhimpun untuk BERSIH 2 suatu masa dahulu.

Berikut luahan netizens yang mengkritik penyokong BN meninggalkan sampah sarap selepas tamat berhimpun.



Gambar-gambar sampah yang bersepah memenuhi jalan di sekitar Stadium Bukit Jalil.





Kritikan pada DAP, Mahathir, pujian untuk PAS & TGHH

Dalam perhimpunan semalam, ketika berucap Najib turut menyampaikan beberapa sindiran dan kritikan terhadap bekas perdana menteri 22 tahun, iaitu Mahathir Mohammed.

Menurut Najib, Mahathir lupa bahawanya parti yang diserangnya ialah UMNO yang beliau pernah memimpin suatu ketika dahulu malahan beliau la yang menyerapkan (mengajar) kebencian terhadap parti DAP. Sekarang beliau (Mahathir) bersama-sama parti cauvinis untuk menyerang UMNO pula, kata Najib dalam ucapannya itu.

Najib turut menyentuh PAS dan menyebut nama Presiden PAS, Tuan Guru Hadi Awang dalam ucapannya. Menurut Najib, PAS dan UMNO telah mencapai persefahaman untuk bekerjasama dalam isu tertentu terutamanya yang berkaitan dengan kepentingan orang melayu dan Islam. Malahan Tuan Guru Hadi Awang juga telah bersetuju untuk "bersama-sama" kita, kata Najib. Bagaimanapun konteks ucapan Najib masih penuh dengan tanda-tanya kerana tidak dapat difahamkan apa maksud kerjasama yang telah dicapai oleh kedua-dua pemimpin tersebut.

Dalam pada itu, ahli UMNO Bandar Tun Razak, Zaharin Abdul Yassin ada menulis di Facebooknya bahawanya Najib dan Hadi Awang ada mengadakan pertemuan selama 44 minit pada 11 Mei, pagi sebelum berlangsungnya sambutan ulang tahun UMNO yang ke 71.  Hasil perbincangan pertemuan tersebut bagaimanapun tidak didedahkan.

Najib Dimalukan Rauf Dalam Sambutan Ulang Tahun UMNO Ke 71 Kata Ahli UMNO.

Oleh : Yob Thambi
NAJIB DIMALUKAN RAUF DALAM SAMBUTAN ULANG TAHUN KE-71 UMNO
Sambutan ulang tahun ke-71 UMNO berjaya memalukan Presiden, YAB Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak apabila ahli parti keramat ini sanggup mem-boo-kan beliau dan kepimpinan parti akibat tidak berpuas hati dengan cara acara kemuncak dikelola.
Gambar - Idris Haron
Sambutan itu yang seharusnya menjadi titik penting untuk pembakar sangat jentera UMNO menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 ternyata gagal dan memalukan, bukan sahaja kepada kepimpinan parti malah parti sendiri.
CABUTAN BERTUAH
Rata-rata ahli yang menghadiri sambutan itu berang dan bengang apabila acara kemuncak - CABUTAN BERTUAH - yang menawarkan tujuh buah kereta dan 10 motosikal dikelolakan dengan penuh tanda tanya dan misterius.
Majoriti yang hadir dalam sambutan itu mempersoalkan cara pemenang cabutan bertuah dipilih, lebih-lebih lagi apabila pengacara tiba-tiba mengumumkan nama pemenang hadiah utama - PROTON PERDANA - tanpa melakukan acara cabutan.
Lebih aneh lagi, semua nama pemenang telah berada di skrin, lengkap dengan nombor kad pengenalan dan BUKAN NOMBOR AHLI UMNO, seolah-olah pemenang telah diketahui seminggu lebih awal. Malah sesiapa pula boleh mewakilkan pemenang untuk mengambil hadiah
Jika begitu, mengapa pula Setiausaha Kerja UMNO Malaysia, Datuk Rauf Yusoff heboh di media kononnya pemenang akan ditentukan semasa malam Sambutan Ulang Tahun dan diwajibkan berada di Stadium Negara Bukit Jalil?
Lebih unik lagi, kononnya sesiapa yang ingin menyertai cabutan bertuah itu disyaratkan untuk mendaftar melalui aplikasi "Malaysia4All", seharusnya arahan itu perlu dibuktikan di atas pentas malam ini.
Pemenang harus membuktikan mereka telah mendaftar dengan aplikasi tersebut, malangnya tiada.
Rata-rata ahli UMNO bukan kecewa kerana tidak menang hadiah cabutan bertuah itu, sebaliknya mereka kecewa dengan cara cabutan dilakukan. Mereka mahu lihat cabutan itu dilakukan secara telus dan dilakukan semasa malam sambutan tersebut, malangnya semua pemenang telah diketahui lebih awal.
TAYANGAN VIDEO
Itu baru satu bab. Bab kedua pula mengenai tayangan video yang dipaparkan melalui skrin mega kepada lebih 30,000 ahli UMNO yang hadir.
Video yang dipaparkan mengenai perancangan UMNO dan pelan pembangunan bangunan pejabat parti itu yang baru hanya memaparkan wajah Rauf berkali-kali.
Setiap video berkaitan UMNO hanya memaparkan Rauf, Rauf dan Rauf sehingga menenggelamkan imej Datuk Seri Mohd Najib sebagai Presiden UMNO.
Siapakah Rauf ini? Tidak lebih dia hanya macai setiausaha kerja yang menjalankan fungsi membantu pentadbiran UMNO Malaysia. Sebaliknya dalam majlis sambutan itu, wajah Rauf lebih kerap keluar di skrin besar berbanding Datuk Seri Najib.
Apakah sebenarnya secara tersirat Rauf cuba memberitahu audien dan ahli UMNO bahawa SETIAUSAHA KERJA lebih utama daripada PRESIDEN UMNO.
Jelas ini sebenarnya cubaan mensabotaj imej Datuk Seri Mohd Najib secara tersusun dan halus.
PENYERAHAN AL-QURAN DAN KERIS
Masuk bab ketiga, semasa acara penyerahan al-Quran dan Keris oleh hulubalang kepada Presiden UMNO.
Nampaknya Datuk Seri Mohd Najib agak terpinga-pinga kerana tiada penerangan diberikan kepada beliau sehingga beliau dilihat tidak mengetahui tindakan yang perlu dibuat semasa diserahkan al-Quran kepadanya.
Lebih memalukan lagi apabila diserahkan keris kepada Presiden UMNO, sekali lagi Datuk Seri Mohd Najib terpinga-pinga kerana tidak diberikan penerangan oleh pihak penganjur mengenai hal tersebut.
Malah jika dilihat lebih teliti melalui upacara penyerahan tersebut, Rauf pula memberikan arahan kepada Datuk Seri Mohd Najib ketika semua mata sedang tertumpu kepada acara.
SUSUN ATUR KEHADIRAN
Caca-merba. Itulah bab keempat yang memalukan sepanjang sambutan ini berlangsung. Apakah penganjur tidak mempunyai sukarelawan atau petugas mencukupi untuk menyusun kehadiran ahli UMNO dari seluruh pelusuk negara.
Jika diperhatikan lagi, kehadiran veteran UMNO dan golongan kurang upaya tidak diberi perhatian wajar sepanjang sambutan.
Lebih menyedihkan lagi golongan tersebut yang bertongkat terpaksa bersusah-payah untuk menaiki tangga dan mendapatkan tempat duduk. Apakah kezaliman ini boleh dimaafkan?
Selain itu, tiada mana-mana petugas yang bertugas sebagai petunjuk arah kepada ahli UMNO yang datang sehingga kelihatan mereka tersesat dan tidak tahu arah tujuan sepanjang sambutan tersebut.
Ahli-ahli ini ada yang pertama kali datang Stadium Nasional Bukit Jalil untuk meraiakn sambutan ulang tahun parti keramat mereka, tetapi mereka dilayan tidak ubah seperti ~pengemis~ orang asing kepada parti sendiri.
Banyak pintu ditutup pihak berkuas dan ahli terpaksa mencari laluan sendiri dan laluan "khas" hanya diberikan kepada pemimpin utama UMNO yang mempunyai akses mudah.
Maka timbul persoalan, apakah sambutan ini untuk sekadar meraikan kepimpinan parti atau meraikan jentera UMNO yang menjadi tulang belakang kepada kekuatan parti?
*KESIMPULAN*
Nyata Rauf sebagai "Ketua Penganjur" gagal melaksanakan sambutan ini dengan baik.
Tiada pengisian program untuk ahli UMNO yang berada di luar stadium sehingga mereka hanya sekadar mendapat penat untuk datang beratus-ratus kilometer ke sambutan itu.
Apakah Rauf sebenarnya cuba memalukan Datuk Seri Mohd Najib melalui acara ini?
Tepuk dada, tanya Rauf.

UiTM Diwujudkan UMNO, Tak Salah Hadir Ke Stadium, Sebahagian Proses Pembelajaran Kata Bekas VC.

Semalam tular beberapa surat yang mengarahkan mahasiswa - mahasiswa dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) untuk hadir ke Stadium Bukit Jalil bagi memeriahkan dan menyambut majlis ulangtahun UMNO yang ke 71.
Dalam surat yang tular itu menyebut; kehadiran adalah diwajibkan, manakala dalam surat yang berbeza pula turut menyebut terlibat dengan aktiviti sukarelawan sehingga kelas perlu dibatalkan atau diberikan cuti. 
 
Surat tersebut dikesan mulai tular di laman sosial seperti WhatsApp dan Twitter dan turut dipersoalkan oleh PKR.  
Timbalan Ketua Pemuda PKR Dr Afif Bahardin berkata beliau dimaklumkan oleh ibu bapa penuntut mengenai surat pekeliling kepada pelajar aktiviti ko-kurikulum supaya berkumpul di padang UiTM pagi semalam.

Satu lagi kumpulan pelajar dari pasukan berseragam pula diarahkan berkumpul pada 2.00 petang semalam.
Afif mahu Naib Canselor UiTM Datuk Dr Hassan Said memberi penjelasan, dan berkata sekiranya benar, ia merupakan “usaha tersusun… memanipulasi dan memobilisasi mahasiswa”, katanya kepada Malaysiakini.

Dalam pada itu, Free Malaysia Today melaporkan kenyataan bekas naib canselor UiTM Prof Emeritus Tan Sri Sahol Hamid Abu Bakar yang dipetik sebagai berkata, jika betul sekalipun, Umno berhak memohon Universiti Teknologi MARA (UiTM) menghantar pelajarnya ke Sambutan ulang tahun ke-71 parti itu di Stadium Bukit Jalil.
Ini kerana universiti itu diwujudkan Umno, untuk orang Melayu dan Bumiputera.
UiTM universiti yang diwujudkan oleh Umno. Tak salah Umno memohon UiTM untuk menghantar pelajar. ‘Its a learning process’. Sebahagian daripada pengetahuan yang perlu tahu.
“Asal usul UiTM perlu diketahui pelajar. UiTM universiti untuk orang Melayu dan Bumi (Bumiputera). Umno parti Melayu. Logiklah ia dihadiri pelajar Melayu,” katanya kepada portal itu.

Khamis, 11 Mei 2017

Kini Secara Rasminya PAS & PKR 'Bercerai'.


MAJLIS Syura Ulamak yang bersidang pada hari ini, 14 Sya’ban 1438 bersamaan 11 Mei 2017 memutuskan bahawa:

1. Dengan merujuk kepada begitu banyak pelanggaran terhadap syarat-syarat Tahaluf Siyaasi menurut pertimbangan hukum Syarak dan Akhlak Islam, maka hubungan politik Tahaaluf Siyaasi antara PAS dan PKR telah terbatal.

Antara perlanggaran tersebut ialah;
 

a. Tidak menyokong malah menentang sebahagian agenda Islam yang dibawa oleh PAS seperti RUU 355.

b. Melanggar adab-adab berkerjasama dalam politik seperti menyerang pimpinan PAS dan membuat tuduhan-tuduhan palsu yang merosakkan imej PAS.

c. Khianat dalam hubungan politik dengan PAS antaranya dengan bekerjasama dengan pihak-pihak yang mahu menjatuhkan kerajaan Negeri Kelantan dan menentang PAS dalam Pilihanraya Kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

2. Sebarang tindakan politik termasuk urusan pentadbiran Negeri Selangor diserahkan kepada Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dengan merujuk kepada maslahah dan kepentingan Islam dan rakyat.

‘SEJAHTERA BERSAMA ISLAM’

DATO USTAZ DR NIK MUHAMMAD ZAWAWI SALLEH.
SETIAUSAHA,
MAJLIS SYURA ULAMAK PAS

11 Mei 2017/14 Sya’ban 1438 Hijrah

Buat Apa Undi PAS Kalau Tak Mengubah Apa-Apa Kata Bekas Pengarah Urusan Harakah.

 
Dalam PRU 14, dijangka dua parti sahaja yang bertanding 222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi DUN - UMNO/BN dan Pakatan Harapan. Jelas, yang mana menang majoriti ia akan memerintah Malaysia.

 
Pas yang bertanding 80 kerusi dan menjangkakan menang 40 tak boleh perintah Malaysia.

Tentulah rakyat Malaysia mahu memilih parti yang berhajat nak perintah Malaysia. Jadi, pilihannya sama ada UMNO/BN atau PH.

Parti yang masuk PRU 14 tanpa ada niat nak ambil alih kuasa tentunya berada di tahap "second-rated". Tawar hati orang nak mengundi. "Nak buat apo undi dia, kalau dia monang pun tak mengubah apa-apa.

"Lebih baik undi parti yang apabila dio monang boleh membentuk kerajaan. Jadi, pilihan pengundi ialah A atau B. C akan jadi "fallback" calon "in case" dua-dua A dan B pengundi tu memang tak suka."

Bermakna dengan memilih untuk bersendiri dan tidak bertanding 222 kerusi meletakkan Pas pada kedudukan "disadvantaged". 
 
Faktor ini sudah cukup "powerful" untuk Pas  hilang undi dari kalangan pengundi yang mencari parti yang serius dalam bertanding.

Enggan Putuskan Kerjasama Dengan PKR, PAS Parti Terhegeh-Hegeh Kata AMANAH.

Amanah menyifatkan Pas masih lagi menagih kasih di dalam pentadbiran Selangor, meskipun parti tersebut sudah memutuskan kerjasama politik dengan PKR. 

Salahuddin Ayub
Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub berkata, beliau melihat Pas yang masih lagi terhegeh-hegeh dengan kerajaan Selangor, bagi mengekalkan anggota mereka di dalam exco negeri itu, lapor Sinar Harian.

“Bagi saya, Pas yang masih terhegeh-hegeh lagi untuk menagih kasih lagi bersama PKR. (Ini kerana), dalam Muktamar Pas baru-baru ini telah membuat keputusan, iaitu Pas telah bercerai dengan PKR.

“Jadi, apa yang Tuan Ibrahim nak tunggu lagi (setelah keputusan yang dibuat oleh Muktamar Pas),” katanya kepada portal berkenaan.

Dalam pada itu, beliau turut menyifatkan Pas ketika ini bukanlah sebuah parti demokratik, seperti sebelum ini.

Ini kerana menurutnya, Pas tidak menghormati keputusan yang dibuat oleh muktamarnya sendiri berhubung keputusan memutuskan tahaluf siyasi dengan PKR.

“Keputusan (mengenai perihal tahalul siyasi di antara Pas dengan PKR) telah dibuat. Yang saya faham, Muktamar Pas adalah kuasa tertinggi dalam perlembagaan Pas.

“Jadi, adakah perlu menunggu keputusan Majlis Syura (berhubung perkara itu). Jadi, saya nampak parti ini bukannya parti yang demokratik,” katanya lagi.

Respon Salahuddin adalah susulan dari kenyataan Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang mengatakan Amanah sebagai parti yang tidak bermaruah apabila meminta Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali supaya merombak pentadbiran negeri itu.

Rabu, 10 Mei 2017

Skandal Rasuah Zakat Pulau Pinang : DAP Dipersalahkan Kerana Melantik Dr. Azman Sebagai CEO..

Ini apa yang berlaku sejak semalam. 9 Mei lepas (semalam), Pengurus Besar Zakat Pulau Pinang Datuk Haji Azman Bin Haji Abdul Samat bersama 11 individu ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) Pulau Pinang kerana siasatan kes rasuah membabitkan projek pembangunan masyarakat sejak tiga tahun lalu.

Gambar Oleh TTKM
Pengurus Besar berusia 50 tahun itu didakwa menerima barangan berharga, wang tunai dan cek daripada beberapa kontraktor dan pembekal ZPP sebagai dorongan kerana memberi projek atau kerja berkaitan program pembangunan membabitkan keperluan asnaf, anak yatim dan golongan memerlukan.  

Pengurus Besar Zakat yang berkhidmat sejak 1995 itu juga dikatakan telah memberikan bantuan permulaan pelajaran dan meluluskan biasiswa tahunan anaknya tanpa melalui Jabatan Hal Ehwal Agama Islam negeri selain menerima rasuah dari kontraktor. Semua urusan berkaitan pendidikan anaknya itu dikesan berlaku di antara tahun 2014 hingga 2016.

Kenali Dr. Azman 

Selain menjadi CEO di dalam agensi ZPP, Dato Haji Azman Bin Abdul Samat juga berada di bahagian pentadbiran Kolej Islam Antarabangsa Pulau Pinang atau lebih dikenali sebagai Kitab. (rujuk)

KITAB ada hubungan langsung dengan ZPP kerana menyediakan biasiswa bagi pelajar-pelajar yang berkelayakan.

Menurut laporan Kosmo, Dr. Azman telah memegang jawatan sebagai CEO ZPP sejak tahun 1995. Beliau kini berusia 50 tahun. 22 tahun yang lepas, pada tahun 1995, beliau baru sahaja berusia 28 tahun. 

Jadi pihak kami kurang pasti jika fakta tentang hal itu benar atau sebaliknya. Jika benar, ini juga bermaksud Dr. Azman telah menjawat jawatan tersebut selama 22 tahun lamanya. Satu tempoh masa yang cukup selesa bagi melakukan penyelewengan dengan mudah.

Menurut laporan itu lagi, Pengarah SPRM negeri, Datuk Abdul Aziz Aban berkata, penahanan ke atas beberapa pegawai kanan ZPP dan kontraktor dilakukan hasil maklumat orang awam berhubung laporan kes penyelewengan dana ZPP dan risikan pihaknya sejak Disember tahun lalu. 

Dalam pada itu, tinjauan di laman sosial, rata-ratanya meletakkan beban kesalahan ke atas kerajaan negeri. Ada yang beranggapan DAP bersubahat dalam kegiatan rasuah di agensi zakat Pulau Pinang juga.

Kritikan berkisarkan kepada;

1. Perlantikan; ianya dilantik kerajaan negeri, mempembaharui kontrak lantikan dan juga kerana gagal memantau, menyelia kewangan pusat zakat negeri; menurut laporan sebarang pentadbiran berkaitan zakat adalah dibawah majlis agama negeri dan kerajaan ada kuasa sebagai pemantau.

2. Kerajaan negeri samada secara langsung atau tidak langsung bersubahat melakukan penyelewengan atau ada kaitan; atau dikaitkan dengan dakwaan SPRM ke atas Lim Guan Eng dalam pembelian banglo.

ZPP nafi dakwaan penyelewengan


Dalam pada itu, Pusat Zakat Pulau Pinang menafikan terdapat sebarang penyelewengan yang membabitkan wang zakat.   

Memetik laporan Utusan Online, Pusat Zakat Pulau Pinang (ZPP) memberi jaminan tidak ada wang zakat yang disumbangkan umat Islam di negeri ini diselewengkan ekoran penahanan empat pegawai agensi itu termasuk Ketua Pegawai Eksekutifnya (CEO) semalam. 

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Dalam negeri, Datuk Abdul Malik Kasim berkata, penahanan pegawai ZPP oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) itu adalah bagi membantu siasatan yang menjurus kepada penyelewengan peribadi. 

“Ahli Lembaga ZPP juga akan mengadakan mesyuarat esok bagi melihat kembali soal pentadbiran dalam agensi itu ekoran penahanan SPRM semalam,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. 

Bloggers BN menyalahkan DAP, PKR dan AMANAH. 

Dalam pada itu, bloggers BN didapati memulakan kempen mengaitkan penyelewengan dan dakwaan rasuah ke atas pihak tertentu. 

Tulis mereka, "Pusat Zakat Pulau Pinang dibawah kuasa Exco Hal Ehwal Agama Islam YB. DATO' ABDUL MALIK BIN ABUL KASSIM (PKR) dan YDP Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang ialah YB. Dato' Haji Mohd Salleh bin Man ADUN PAS (kini PAN) dan Ahli Lembaga Pengarahnya antara lain Sahibus Samahah Dato' Dr. Haji Wan Salim bin Wan Mohd Noor Mufti Negeri Pulau Pinang.

Tahun 2016 bukan main Datuk Azman Abdul Samad, Pengurus Besar Zakat Pulau Pinang ini mempertahankan tindakannya Pemberian Zakat oleh pemimpin bukan Islam. Dalam ramai-ramai pemimpin Islam dia pertahankan Prof P. Ramasamy Timbalan ketua Menteri Pulau Pinang menyampaikan pemberian Zakat,".

Elemen perkauman ditonjolkan bagi menunjukkan betapa non-muslims suka masuk campur urusan zakat dan tindakan membenarkan perkara itu akhirnya mendorong kepada amalan rasuah, penyelewengan dan salah guna. Beberapa poster turut disebarkan bagi memupuk sentimen tersebut.


Adalah menjadi tanggungjawab kerajaan negeri untuk menepis sebarang dakwaan serong dan menjawab kepada persoalan yang timbul. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...