Tiga hari yang lepas topik "hasrat siti nurhaliza membina masjid tercapai" menjadi tajuk perbualan saya dan rakan-rakan. Salah seorang rakan saya menceritakan kepada saya, kuliah subuh di tempatnya pada hari itu ada mencerita isu siti nurhaliza membina masjid. Saya tak faham. Memang tak faham. Kenapa isu neh masuk masjid kat tempat dia pula?
Beginilah perbualan saya dengan rakan saya pada hari itu ;
Rakan A : Ko tahu siti bina masjid kat kedah?
Aku : Tahu. Tapi kat pahang tak silap aku. Apsal sampai kat kedah pula perginya?
Rakan B : Kat kampung laki dia kot. Kedah kan kampung datuk k.
Aku : Entah. tak minat aku dengan datuk k. Sejak siti kahwin dengan datuk k, malas aku baca citer pasal dia. Aku tak tak suka datuk k beb.
Rakan B : Datuk k tinggal bini utk siti nurhaliza. kalau ko nak benci, bencilah siti sekali sebab dia rampas laki orang.
Aku : Haizh.. bukan ke siti nurhaliza bercinta dengan datuk k lepas bercerai?
Rakan C : Sapa cakap? Sama je lah dengan fasha sandha dan memey tue. Aku heran gak bila siti nurhaliza rampas laki orang takde sapa nak kutuk tp time fasha punya lah berlambak2 orang kutuk dia. Ko tahu ex-wife dia lari ke luar negara time ct kahwin dulu? Hari neh kita buat org, esok lusa Allah swt balas balik. Ct pun dah buka tudung sekarang.
Rakan A : Lari tajuk lar korang
Rakan B : Apsal dia tak mengandung lagi?
Aku : Aku mmg nampak dia buka tudung, tapi bab rumahtangga dia aku tak tahu. Kan aku dah cakap aku tak minat amek tahu sejak2 dia umumkan datuk k tue laki dia. Siyes tah hapa-hapa aku rasa. Kena jampi kot.
Rakan A : Lari tajuklah korang. Bergosip pula kat sini. Bukan nak citer pasal ct. Nak dengar ke taknak?
Aku : Apa diaaa?
Rakan A :Siti nurhaliza lah. Dia bina masjid tp sumber wang dia tue.. itulah isu sekarang. Wang tue taktahu haram ke halal ke..
Aku : Wang haram apa pula? Dia kan ada bussiness sendiri?
Rakan B : Aku sampai sekarang tak faham hukum perempuan jadi penyanyi macam siti nurhaliza, dayang, nora dan ramai lagi. Berdosa ke tak? Kalau berdosa kenapa jabatan agama tak tangkap pun dorang macam dorang tangkap kartika yang minum arak dalam pub dulu?
Rakan A : Jadi penyanyi berdosa ke tak aku taktahu. Tapi tak silap aku pasal aurat dan pembawakan artis itu sendiri.
Aku : Kalau berdosa heret najwa anak tpm sekali. Heh
Rakan A : Jangan citer pasal politik ko. Bosan aku. Sekarang neh korang dengar dulu. CT seorang dermawan. Dia dah banyak kali berurusan dengan pihak pengurusan masjid atas tujuan derma dan sebagainya. Salah satu tempat tue masjid alam damai. Dia memang suka membantu dan ada niat nak memberikan bantuan bagi melengkapkan fasilities kat masjid tersebut.
Tetapi pihak pengurusan tolak. Dia ada pergi ke beberapa tempat menyatakan hasrat dia, tapi ada lah beberapa masjid tidak menerima permintaan dia.
Dah banyak masjid tolak permintaan ct tue. Bukan satu masjid je. Mereka was-was dengan sumber rezeki ct. Itu je. Tadi adalah jemaah surau tanya.. apakah hukum nya ct nurhaliza guna wang hasil menyanyi bina masjid. Ustaz tue cakap "boleh jatuh hukum haram".
Aku : Haram ke bina masjid guna wang hasil menyanyi? Lagipun betul ke ct nurhaliza bina masjid guna wang hasil menyanyi? Dia ada perniagaan lain lah.
Rakan B : Perniagaan dia tue hasil dari duit menyanyi juga.
Rakan A : Ustaz kata benda was-was kena tinggal.
Rakan C : Laki dia kot support?
Aku : So macam mana pula ;
1. Kalau pemerintah islam / tidak islam yang membina masjid? Siapa tahu sumber wang tersebut? Mungkin dari hasil cukai rokok dan arak kan? Apatah lagi tiada pengasingan yang dibuat [rujuk kepada situasi di malaysia]
2. Bagaimana pula dengan ibadat mereka seperti berpuasa, berzakat dan menunaikan haji? Bukan kah mereka memperolehi wang hasil dalam bidang seni? Berbuka puasa beli guna wang [pendapatan] dari hasil seni hiburan. Begitu juga zakat dan sebagainya so apakah hukum nya di sini?
3. Bagaimana pula dengan individu yang dah bertaubat? Dulu mereka jadi artis dan kaya. Selepas itu mereka gunakan wang tersebut untuk buka bisnes. Kebetulan bisnes mereka berkembang baik. Dan mereka gunakan wang tersebut untuk membantu masyarakat. Apakah pula hukum nya?
Rakan A : ko neh dah salah orang. Ko tanya aku macam lah aku nak jawab. Ko gi tanya ustazlah ngok. Tue malas citer dengan ko. Aku citer satu benda je ko mesti suka tanya banyak-banyak kan?
Dan seterusnya kami terus bersembang melalut dengan macam-macam topic.. Begitulah antara intipati perbualan yang saya ingat.
So adakah anda terfikir kan apa yang saya terfikir? Saya dah tanya kepada seorang ustaz kat tempat saya. Dia jawab ;
Jika ct berniat nak melupuskan wang hasil hiburan, dia boleh menyalurkan kepada fakir miskin dan anak-anak yatim.
Jika ct berniat nak membina masjid wang tersebut mestilah dari sumber yang diyakini halal apatah lagi orang islam memang terdidik halal dan haram satu-satu perkara. Katakan lah ct membina wang hasil dari bidang hiburan, akan datang mungkin penyanyi [penganut islam] bogel, lucah, gay dan sebagainya turut membina masjid. Jadi rumit nanti..
Ibarat mencuci air kencing dengan air kencing.
Psssttt : Siti bina masjid atau baikpulih masjid?
Ameno : Worr.. jadi tak tentulah haram.. semuanya berdasarkan kepada sumber wang tersebut.. elok gak ct explain dia guna sumber apa utk bina masjid.. [yayasan nurjiwa tue duit hasil apa?] buatnya orang was2 nak solat dalam masjid tersebut camne?