Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 23 Februari 2011

Harakah makin melampau..

Aku neh sejujurnya ada masalah jiwa. Masalah jiwa aku ialah aku tak boleh tumpu baca paper yang berat sebelah. Aku pun tak boleh blah ble baca paper sedemikian. Aku tahu mereka memang ada sebab yang kukuh untuk condong mencondong ke mana-mana arah yang patut. Tetapi jangan dijadikan alasan sebab untuk mencondong kepada alasan sebab untuk mencatas. Budaya cantas mencantas neh aku tak berapa gemar. Apatah lagi mencantas seseorang penulis atas sebab-sebab yang remeh.

Paper seperti ;

Utusan melayu
Berita harian
Harakah
Selangor kini
Suara keadilan [dulu]

Bukanlah paper yang aku mesti puji. Paper macam neh.. memang aku baca. Aku baca sebab nak amek beberapa isi dan point yang aku nak tahu pada ketika itu. Tetapi dari segi persepsi aku, aku masih tak boleh terima konsep paper macam neh. Bagi aku berita ataupun suratkhabar kena telus, tepat dan berfakta. Tak kiralah sapalah pelapornya.

Namun konsep berita kat malaysia neh memang agak tertutup. Mereka membuat berita semata-mata untuk menjaga imej individu-individu ataupun pihak tertentu. Alasan berita harian dan utusan malaysia buat berita ialah untuk mengampu umno kerana umno adalah kerajaan dan umno memiliki share dalam utusan malaysia dan berita harian.

Alasan harakah dan selangor kini membuat berita adalah untuk menepis fitnah dari pihak kerajaan ke atas mereka. Memang bagus boleh menerbitkan akhbar untuk menterbalikkan fitnah. Tetapi itu mungkin dulu. Sekarang mereka dah berubah alasan. Dan nampaknya akhbar tersebut mencontohi sikap yang ada pada utusan dan berita harian.

Apa yang aku lihat dalam paper hari ini ialah mereka masing-masing akan mencerca pihak yang berlawanan dengan mereka. Tidak cukup dengan itu, aku pernah terbaca maki hamun dalam harakah yang aku rasa ianya agak biadap untuk disiarkan sebegitu rupa. Hey come on lar.. kita pun tak suka bn dan kezaliman umno. Tetapi tidak suka bn dan umno tidak menjadikan kita boleh menulis dengan format kasar bagi mezahirkan kebencian kita. Apatah lagi membawa label dan etika kewartawanan dalam menulis. Mereka itu bukan blog. Mereka itu wartawan yang ada diploma. Yang ada etika.

Membandingkan pula ia dengan utusan juga adalah satu kebodohan. Harakah tak patut menjadikan utusan sebagai garis panduan ketika menerbitkan akhbar. Harakah sepatutnya menjadi media alternatif kepada pasaran malaysia. Memang ya harakah adalah untuk terbitan ahli pas. Tetapi sampai ble harakah mahu menjadikan ia sebagai terbitan untuk ahli pas sahaja? Sudah sampai masa untuk harakah berfikir di luar kotak. Sudah sampai masa harakah mengisi kekosongan akhbar bebas setelah siasah semakin menghilang. 

Untuk pengetahuan pembaca, saya memang suka baca siasah. Bayangkan saya baca siasah dari muka depan sampai muka akhir tanpa sedikit pun saya tinggal. Kenapa siasah? Sebab siasah bebas. Saya percaya akhbar seperti inilah yang rakyat gemar. Mereka memang tak gemar akhbar yang kuat mengampu sebelah pihak. Ianya kelihatan sangat kelakar. Seolah-olah pihak yang di ampu adalah malaikat yang tiada dosa. Manakala pihak yang dikeji ialah pihak yang memang jahat habis. Kedua belah pihak pun sama. Memana parti pun sama.

Umno
Bn
Pakatan rakyat
mca
mic
dap
pas
pkr

Semua nya sama. Mereka manusia dan sebagai manusia mereka bukan maksum. Menggunakan paper untuk membina imej memang menunjukkan mereka sangat lemah. Orang yang kuat dan benar mereka tak perlu pun imej yang dibina untuk melahirkan persepsi baik kerana kebaikan dan kebenaran mereka akan terlihat melalui perbuatan. Tetapi inilah yang berlaku di malaysia dan ianya sangat membosankan.

Lebih membosankan apabila harakah bertindak sebagai pemerintah kukubesi ble buang salah seorang kolumnis harakah atas alasan bangang. Jika harakah dan utusan malaysia itu sama maka apa beza PAS dan UMNO pula?Apakah ada sebab tertentu kenapa PAS guna slogan "PAS ganti UMNO"? Adakah PAS berminat nak mengantikan UMNO dalam melakukan kezaliman, kukubesi dan kebodohan dalam pemerintahan negara? Ceh.. 

Baca sini lanjut mengenai kolumnis tersebut. 

Ameno : Menutup pandangan seseorang kerana tidak bersetuju dengan seseorang adalah penakut. Patut faham perbezaan pendapat adalah perkara yang memang biasa. Yang tak biasa ialah pemimpin di malaysia. Mereka tak biasa menerima perbezaan pendapat kerana mereka rasa pendapat mereka lah yang paling betul..

Share this

8 Responses to " Harakah makin melampau.. "

  1. sependapat dengan kau la ameno..good writing..

    BalasPadam
  2. aku pun amat2 setuju dgn tulisan ko ini...tahniah bro.

    BalasPadam
  3. finally, someone with the right mind. but i hope you won;t stop voicing it out just in your blog. you should bring this issue forward to the higher echelon of harakah. anyway, bravo!

    BalasPadam
  4. good thing u see this. sebenarnya bukan dalam akhbar je. dalam lingkungan parti PAS pon mcm tu. Ahli PAS bila menegur ahli lain, tiba2 kena cap barua UMNO? ape kes? kalau tak sependapat je mesti bermakna dia sokong UMNO ke? come on la.. langsung takde keterbukaan. mcamane orang nak respect parti camtu? Bukan kita tak nak sokong parti yg perjuangkan islam. jgn smpai nnti akhirnya, islam PAS cuma tinggal pada nama dan image sahaja.

    BalasPadam
  5. aku pun amat2 setuju dgn tulisan ko ini...tahniah bro.

    BalasPadam
  6. Sinar Harian di hatiku, sapa setuju?

    BalasPadam

Sebarang cadangan, kritikan, tempahan iklan dan segala berita boleh je hubungi saya di sini orderonline2010@gmail.com

Segala penulisan di dalam blog ini mewakili pandangan peribadi saya [dan beberapa penulis lain] dan bukan mewakili mana2 parti/pemimpin/ataupun mana2 individu.

Segala komen yang anda tulis di sini tidak menjadi tanggungjawab penulis jika berlaku apa2 perkara kelak. Sendiri komen sendiri tanggung.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...