Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 21 Julai 2018

3 Sebab Kenapa PAS Mahu Polis Menyiasat P.Ramasamy.

Kenyataan Media.

Oleh : Nasrudin bin Hassan
1. Tindakan penafian Dr P. Ramasamy (DAP) tidak cukup. Sebaliknya pihak polis perlu mengambil tindakan segera untuk menyiasat penglibatannya dengan kumpulan pemisah Tamil Sri Langka LTTE.

2. Bukan hanya PAS, tapi sebanyak 700 pertubuhan bukan kerajaan yang mendesak hal yang sama dan mereka telah membuat laporan kepada pihak polis di Pejabat Polis Dang Wangi semalam.

3. Ini membuktikan ia satu dakwaan yang serius dan rakyat tidak ada kompromi dengan mana-mana pihak yang dikaitkan dengan kumpulan pengganas.

4. PAS tidak menuduh sebaliknya mahukan satu siasatan polis dijalankan. Semalam, tiga perkara yang dikaitkan dengan beliau telah dikemukakan.

Pertama, mengenai gambarnya dalam satu mesyuarat berkaitan LTTE.

 
Kedua, gambarnya dengan En Vaiko di Pulau Pinang walaupun En Vaiko telah disenarai hitam oleh Jabatan Imigresen.

Ketiga, gambarnya dengan ADUN Bagan Dalam yang memberi penghormatan kepada gambar Kalashnikov (rifle AK-47).

5. Justeru itu, PAS menyerahkan isu ini kepada pihak polis untuk melakukan satu siasatan yang menyeluruh.

6. Isu ini sangat berat kerana beliau merupakan Timbalan Ketua Menteri (2) Pulau Pinang, memegang portfolio penting di sebuah negeri (penjawat awam) dan juga ahli kepada parti politik DAP.

7. Kebimbangan itu berasas dan serahkan sahaja isu ini kepada pihak polis untuk melakukan siasatan lanjut. PAS juga mengucapkan terima kasih kepada individu dan kira-kira 700 wakil NGO yang bersolidariti dan telah membuat laporan polis semalam atas isu ini.

Sejahtera Bersama Islam

Sekian.

Razlan Akhirnya Minta Maaf Selepas Dikecam Bertubi-Tubi Kerana Menghina Kematian ADUN Balakong.

Razlan, bekas ketua Umno Pemuda Umno Wilayah Persekutuan akhirnya meminta maaf secara terbuka selepas akur dengan kecaman bertubi-tubi yang diterimanya kerana mengkritik kematian Adun Balakong, mendiang Eddie Ng Tian Chee.


"Matinya seorang yang suka fitnah dan hati busuk kepada rakyat Malaysia. Kurang lagi kaki fitnah, aman Malaysia, RIP!," tulis Razlan dalam satu kenyataan yang dipetik dari Twitter rasminya pagi jumaat.

Kenyataan Razlan itu kemudiannya menerima kritikan balas yang hebat dari warga maya malahan Khairy Jamaluddin dan Zahid Hamidi juga menyatakan tidak bersetuju dengan tindakan Razlan.

Pada awalnya Razlan kelihatan mempertahankan tindakannya apabila ditemubual oleh Malaysiakini.

"Sebenarnya saya ucapkan selamat macam orang biasa ucap. Tak ada niat nak hina dia. Saya juga harap dia rest in peace (RIP) dalam kematian.


"Bukan nak hina dia selepas meninggal tapi apa dia nyatakan semasa dia hidup berkenaan dia menuduh (bekas perdana menteri) Datuk Seri Najib (Razak) dan orang-orang Umno (dengan gelaran) perompak apa semua, sedangkan benda itu tak ada kesahihan.

"Kemudian saya ucapkan semoga dia tenang di sana (RIP),"
katanya, memetik laporan Malaysiakini.

 
Bagaimanapun tindakan itu membuahkan lebih banyak kecaman yang boleh dibaca menerusi ruangan komen portal itu.


Steven Chew : "Tidak payah nak putar belit apa yang sudah keluar dari mulut. Niat dan hati yang kurang baik sudah terbukti, sikap bangsat dan samseng tetap walau apa pun. Baca dan telanlah apa yang orang komen terhadap anda, tiada komen yang salah atau silap atas kelakuan anda, itulah sebenarnya sikap anda".

Azizah Bt Ahmad Ahmad : "Anak didik bapa perompak memang kaki penipu dan selalu anggap diri mereka agung dan suci daripada dosa-dosa. Untuk makluman jangan pandang rakyat bodoh untuk mentafsirkan ungkapan biadap ko tu. Alasan yang ko beri tu secara kesimpulannya ko melahirkan rasa dendam kesumat ko terhadap mendiang dan happy dengan pemergian beliau. Apa yang ko lahirkan tu (RIP) tak melambangkan ketulusan. Sudah terang lagi bersuluh".

Peria Katak : "Apa pun jawapan.. kamu memang bangang Razlan... maksud ayat itu jelas kamu menghina.. kamu kena belajar dengan ellie suriaty camana penggunaan bahasa malaysia supaya lebih bersopan..".


Bagaimanapun selepas beberapa jam laporan itu tersiar, Razlan akhirnya meminta maaf. Seolah-olah akur dengan keterlanjuran kata-katanya.


“Saya ucapkan takziah kepada keluarga dan bersimpati kepada pemergian YB Eddie, maaf kepada keluarga mendiang.

“Semoga tenang di sana,”
tulisnya di Twitter pada petang jumaat. - 21 Julai 2018.

Sivarasa Pengerusi Baru MARA? Itu Cerita Tak Betul..

Semalam laman sosial kecoh dengan penyebaran maklumat kononnya Sivarasa K. Rasiah dilantik sebagai Pengerusi MARA yang baru.

Tidak hanya didakwa dilantik sebagai Pengerusi MARA yang baru, Sivarasa turut didakwa telah mencadangkan agar MARA dibuka kepada semua kaum.


Dakwaan itu timbul berikutan penyebaran gambar Sivarasa yang hadir bermesyuarat berlatarbelakangkan bilik pejabat MARA.


Ia pada awalnya dikesan mula tersebar menerusi aplikasi WhatsApp sebelum membawa ke Facebook.

Sivarasa kononnya didakwa telah bertanyakan soalan, "Dalam taklimat kepada MARA hari tu dia boleh persoalkan tak boleh ke MARA dibuka untuk semua?," di dalam mesyuarat tersebut, tulis mesej WhatsApp itu.

Dalam satu kenyataan kepada media, Sivarasa menafikan beliau ialah Pengerusi MARA yang baru sebaliknya hanya hadir mendengar taklimat memandangkan beliau ialah Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar dan MARA terletak dibawah kawalan Kementerian berkenaan.


Berhubung cadangan membuka MARA kepada semua kaum pula, Sivarasa menjawab isu tersebut tidak berbangkit.

"Ini tidak betul dan fitnah. Harap tidak diulang. Cadangan kepada tukar nama (MRSM) tidak pernah dibuat.


"Cadangan (kemasukan terbuka) pun tidak betul. Tidak pernah dibuat,"
katanya.

"Apa yang dibincang ialah dasar Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang sedia ada untuk memperuntukkan 10 peratus tempat di MSRM untuk penuntut bukan Bumiputera.

"MARA ada beritahu (maklum) sebahagian besar kuota masih tidak diisikan,"
katanya.

Ketika ditanya keputusan dan perancangan beliau berkaitan sistem kuota sedia ada, Sivarasa enggan mengulas lanjut.

"Isu 'keputusan' tidak berbangkit. Dasar ini sudah lama," katanya lagi. - 21 Julai 2018.

"Kerajaan Berhutang, Kerajaanlah Bayar. Apahal Rakyat Pula Kena Bayar" - Ahmad Maslan.

Oleh : Malaysiadigest
 

Datuk Ahmad Maslan (BN-Pontian) menyelar penubuhan Tabung Harapan oleh kerajaan pemerintah bagi membayar hutang negara yang dikatakan kini mencecah sehingga RM1 trilion.

 
Ujarnya, tiada kerajaan didunia kecuali Korea Selatan yang pernah menubuhkan sebuah tabung khas meminta derma daripada rakyat bagi melunaskan hutang kerajaan.

"Mana ada negara dalam dunia ini kecuali Korea Selatan yang minta derma untuk membayar hutang (kerajaan). Kerajaan yang berhutang, kerajaanlah bayar. Apahal rakyat pula yang kena bayar," katanya di parlimen hari ini.

Kata Ahmad, sewaktu Datuk Seri Najib Tun Razak (BN-Pekan) menjadi Menteri Kewangan dibawah pemerintahan BN, Bank Dunia menyifatkan hutang negara masih terkawal.

"Setiap tahun ketika Menteri Kewangan yang lepas membentangkan bajet, telah disebutkan peratusan tertentu didalam bajet tahunan digunakan untuk membayar hutang. Contohnya 2016 10% untuk bayaran khidmat hutang, 11.1% (2017), 11% (2018).

"Hutang ini sebenarnya terkawal. Bank Dunia menyebut bahawa hutang kerajaan Malaysia terkawal. Kerana 97% hutang itu bersumberkan dana tempatan."

Tegasnya, dakwaan kerajaan Pakatan Harapan (PH) kini bahawa hutang negara kini mencecah RM1 trilion sebenarnya hanyalah alasan untuk tidak melaksanakan janji menafestonya pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lepas.

"Mereka mencari alasan untuk tidak melakukan banyak perkara kerana mereka kehilangan hasil yang banyak apabila mereka menghapuskan GST. Itu sebenarnya.

"Dan menuduh hutang kerajaan yang sebenarnya terkawal dan hutang kerajaan yang diakui oleh Bank Dunia tidak membebankan kerajaan yang ada,"
katanya lagi.

RORA Kecewa Dengan Kenyataan Idris Ahmad Yang Sindir Maszlee Malek.

Oleh : Rozaimi Ramle

Saya membaca kenyataan Ustaz yang merupakan pimpinan PAS ini. Saya agak kecewa dengan nada laras bahasanya.

Saya mengharapkan agar kenyataan ini tidak difahami oleh netizen sebagai perlekehan terhadap usaha baik pimpinan kita.

Nabi Muhammad sallallah alaih wasallam mengajarkan membuang duri dari jalan adalah amal makruf, kalimah yang baik juga adalah perkara makruf.

Ingatlah pesan Nabi sallallah alaih wasallam:

لا تحقرن من المعروف شيئا ولو أن تلقى أخاك بوجه طلق

Maksudnya : Janganlah kamu perlekehkan daripada perkara makruf walaupun satu walau dengan bertemu saudaramu dengan wajah yang ceria. (HR Muslim)

Sebenarnya ada juga perkara lain yang mana menteri umumkan dan ia melegakan golongan pendidik. Cuma adakalanya kita terlepas pandang kerana kesibukan sendiri atau sendiri tidak mahu ambil tahu.

Jumaat, 20 Julai 2018

Ini Statistik Perkahwinan Kanak-Kanak Tahun 2017 Di Malaysia.

Sejajar dengan kempen #hentikanperkahwinankanakkanak yang sedang berlangsung di sosial media, berikut dibawah kami membentangkan jawapan Parlimen mengenai statistik perkahwinan kanak-kanak yang berlaku di Malaysia.

Untuk rekod, rang undang-undang bagi had usia perkahwinan sedang diperhalusi untuk melindungi kepentingan kanak-kanak.

Had usia baru yang dibenarkan berkahwin di Malaysia akan dinaikkan dari 16 tahun kepada 18 tahun dan dibawah ialah fakta mengenai perkahwinan kanak-kanak yang berlaku di Malaysia bagi tempoh 2017.

Soalan;

Jawapan;





Pada tahun 2017;

1. Seramai 147 kanak-kanak telah berkahwin dengan pasangan bawah umur.

2.  Ringkasan jadual;


Tahun Usia  Bilangan
2017 13 1

14 6

15 15

16 43

17 82
Jumlah
147


3. Sarawak paling ramai yang memohon perkahwinan kanak-kanak dengan pasangan bawah umur, itu 32 permohonan manakala Kelantan, Perlis, Pahang dan Sabah mencatatkan tiada permohonan.

4.  Seramai 212 kanak-kanak telah berkahwin dengan pasangan dewasa pada tahun 2017.

5. Ringkasan jadual;



Tahun Usia   Bilangan
2017 13 2

14 6

15 9

16 58

17 137



Jumlah
212



6. Sarawak sekali lagi mencatatkan permohonan perkahwinan kanak-kanak paling tinggi berbanding negeri-negeri lain iaitu sebanyak 331 perkahwinan berlaku pada tahun 2017.

7. Manakala hanya 1 permohonan perkahwinan kanak-kanak dengan orang dewasa berlaku di Terengganu bagi tahun yang sama.

8. Mengikut pecahan agama, permohonan perkahwinan kanak-kanak ialah; umat Islam sebanyak 877 orang, manakala 968 perkahwinan yang berlaku ialah membabitkan kanak-kanak bukan beragama Islam.



Sumber jadual : Kasthuri Patto ialah Ahli Parlimen DAP untuk Batu Kawan.

#TeamKasutPutih VS #TeamKasutHitam - Ini Pandangan Netizens.

Nampaknya pengumuman oleh Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malek mengenai penggunaan kasut hitam di sekolah bermula tahun hadapan telah mencetuskan polemik di laman sosial.

Beberapa pihak tampil mengkritik tindakan menteri itu dan beberapa pihak yang lain tampil membela keputusan menteri itu pula sekaligus isu mengenai warna kasut menjadi topik perdebatan di kalangan netizens.

Harian Metro dan NSTP turut menyertai perdebatan itu dengan melakukan kaji selidik di akaun media sosial masing-masing. Setakat ini #TeamKasutHitam menjuarai apabila rata-rata netizens bersetuju dengan Dr. Maszlee Malik.

Keputusan Harian Metro;


Daripada 4,896 undi setakat ini, 74% darinya memilih #TeamKasutHitam.

Keputusan NSTP; 


Di NSTP, undian lebih kurang 2,000 dan 76% darinya memilih #TeamKasutHitam.

Apa pula kata netizens?

Jason Jong : Black and white la. Semua boleh asal standard of education naik.

Venzi Dows : Yang komen putih sebab ada orang gaji. Yang komen hitam sebab ayah emak kena cuci seab anak cuci tak bersih . Bagi aku mana-mana la asal nampak elok dan bersih jangan comot.


Cheong Soon Cheong : Black save money no need to buy the white cream or powder

Sarmila Rahayu Yunus : Ini kan berdasarkan soal selidik tahun lepas. Saya salah seorang yang menyokong pakai kasut hitam. So majoriti soal selidik tu pilih kasut hitam tu yang kementerian putuskan pakai kasut hitam. Yang komen tak tentu pasal ni nampak sangat tak alert masa kajian tu tengah dibuat. Pastu nak salahkan menteri. Rakyat yang memilih!!!!

Julie Tan : Black.. Because my daughter shoes already turn black on monday .

Tok Mami : Kalau dah berselut, hitam pun nampak kotor juga. Tetap kena basuh. Jangan senang hati ingat kasut hitam tak payah basuh 😀😀😭

Aubrey Tan : First,we have to understand why in the first place white shoes are being use in school. Is it because white shoes needs washing and whitening and in this way teaches the school children about cleanliness and how to be a responsible person when they have to do their own washing of their shoes.

Amy Hani : Ada yang kata sebab kasut putih tuh lah dapat mendisiplinkan pelajar pelajar berdisiplin. Hujung minggu je kena basuh kasut kotor. Banyak lagi cara nak mendisiplin pelajar bukan sebab kasut putih tuh je.

CuBa SeNyum : Bagi aku le, kalau aktiviti sukan yes, tapi kalau waktu biasa biarlah putih sebab dapat bantu disiplin kan anak, suh basuh kasut, kapur kasut.. didikan secara langsung dan tidak langsung. Apapun layankan jer.

Nathaniel Essex : Why stop at shoes? How about the white shirt?

Noorhaizan Bustamam #teamkasuthitam : Senang keje mak-mak tak perlu bersihkan selalu 😊. Harap in future uniform sekolah putih pun dapat ditukar color, tak lah jarang, nampak seksi dan cepat kotor. Perubahan itu perlu dari satu masa ke masa. Ada boleh terima ada yang susah nak terima. Tapi jika setiap benda ada je yang nak dibangkang, itu dah dinamakan hobi. Tu belum lagi bila ada cadangan no homework and no exam especially to primary school. School must be fun for young kids, no stressful. rasanya mesti ramai yang 'melompat' dan 'membangkang' juga..all the best...

Awang Teguh : Aku sendiri antara yang mencadangkan kepada Kementerian Pendidikan pada tahun 2008 agar kasut berwarna hitam dijadikan kasut rasmi persekolahan tetapi tidak mendapat perhatian walaupun dengan segala alasan telah aku sertakan. Bila Kementerian Pendidikan memulakan program 1Murid 1 Sukan baru nampak kesan sebab penggunaan kasut putih secara maksima maka kesan kekotoran pada warna putih pada kasut akan meningkat 4 kali ganda..

Cai cai yang duk membangang tu jenis beli kasut sekolah putih setiap minggu untuk anak mereka..

Kamariah Mamat : Kat sekolah anak akak semua murid sesi pagi pakai kasut hitam. Tak da isu pun. Tak penah lak dengar parents bising pasal disiplin. Kot yea laaa sebab kasut hitam yang buatkan anak tak da disiplin tu bukan salah kasut..tapi salah tingkap sekolah laa kot 😂✌. Hal kasut jer kot macam besar sangat isu tu, haishh, rajin betol rakyat Malaysia ni pikir benda remeh sampai jadi besar...

Juan Iz : Sekolah saya dah tahun ke 4 guna kasut hitam. Hasil perbincangan dan pemuafakatan semua pihak... Alhamdulillahh... Kasut macam belacan takde lagi. Sebab takde pekeliling yang wajib guna kasut putih semata.

Melissa Edora Dzlyme : Fuh. Anak saya sekolah Maahaad memang kasut hitamm tunggu yang seorang lagi nak sekolah darjah satu elok sangat la beli hitam. Takla kalut nak beli combo KAPUR KASUT kt BATA tu. 😆 .. dah la mahal. Tiap bulan beli.

Zain Omar : Pasal kasut pun nak jadi isu? Kalau tak mampu.. Pakaila kasut yang ada sampai masa nak beli baru.. Belila kasut hitam. Kalau yang dapat bantuan persekolahan tu. Beli saja kasut hitam, alahai.

Safouane Safouane : Senang je, bagi je free choice siapa nak pakai hitam or putih boleh je. Karang tengok la berapa ramai masih nak pakai putih. Hahaha.

Rose Mimie : Bukan kena beli beli kasut kulit macam orang dewasa tu. Beli kasut sekolah warna hitam saja. Yang orang jaki tu takde anak sekolah tak pon dia ada bibik nak buat semua tu. Kalau boleh menteri tolong tengok sama buku 2 sekolah darjah satu.. Soalan kefahaman macam nak ambik UPSR.. murung budak-budak 7 tahun nak pergi sekolah.

Zaraa Nur Ixora : Yang kata kalau pakai kasut hitam nanti jadi pemalas yada yada yada tu.. nak tanyala, kasut hitam tak payah basuh ke? Jadi orang kulit gelap tak payah mandi ke?. 


Jasrul Jamaluddin Jengs : Kasut putih jugak boleh jadi punca bergaduh di sekolah.. mula-mula kawan terpijak kasut, lepas tu balas pijak balik kasut dia, tapi terlebih kotor plak dari yang dia terpijak tadi, lepas tu balas balik dan pakat lawan balas pijak kasut last-last bertumbuk.

Memori Lensa Fotografi : Seronok baca komen sahabat-sahabat. Macam-macam idea dan pendapat.. tak kisah la kasut warna ape pun. Saya andaikan songkok dah kopiah putih... mane yang selalu kita basuh.. dan mane 1 yang tak pernah kita basuh..😊 ... agak-agak mana 1 yang terjaga kebersihannya?

Nazrich Zulkifli : Sebagai seorang ayah untuk anak-anak sekolah rendah, memang isu kasut hitam ni memang diharapkan dari dlu.. Banyak kali masuk meeting PIBG utarakan untuk pakai kasut hitam.. Kasut hitam, setahun anak-anak pakai tahan.. Kasut putih, sebulan anak-anak pakai dah macam belacan...

Wan Haizat Wan Zahari : Kasut hitam tak kotor ye? Beza putih kotor nampak, hitam tak nampak. Tetap kena basuh. tetap kena kapur hitam.

Azsrul Hyza : Ada yang kata jenuh duit takdak nak tukar kasut anak.. Setahu aku kasut hitam lagi murah dari kasut putih.. Habis tu anak kau pakai kasut putih tu 4 tahun sekali baru tukar ke camne? Jangan jadi macam kuman seberang laut boleh nampak tapi ultraman joget depan mata buat² tak nampak..

Ariffin Omar : Ini soal displin anak. Kan elok warna putih. Bersih. Sewaktu kecil kita latih dia supaya jaga kebersihan. Lu pikirlah sendiri.

Azzah Azizah Ahmad : Saya sebagai seorang guru turut berharap supaya warna uniform sekolah putih ditukar kepada warna yang lebih gelap sedikit supaya kurang nampak kotor bagi murid sekolah rendah.. Dan kurang nampak seksi bagipelajar sekolah menengah perempuan khasnya.

Farah Raimi : #sokong Tapi ade plak yang kata kita pengulir (pemalas)...ade plak yang kata kesian kat pengeluar kasut putih la..ada yang kat anak sorang boleh ar....anak ramai kena beli kasut hitam semua mahal. Alah nanti adelah keluar brand yang murah-murah mampu milik. Sesakkan pemikiran buat apa laa... dah ada kemudahan nak yang susah buat apa. Lagi 1 bukan malas tapi sekurang2nya ringanlah sikit beban si ibu. Kasut hitam tak perlu kuat-kuat sangat sental...basuh tetap basuh....jenuh kot...dulu pj hari selasa...selasa dah belacan kasut.... pastu bukan tak nak suruh anak basuh sendiri...bukan tak nak didik..tapi baru darjah 1 kot....bersih mana lah sangat..... kecewa la dengan bawang2 ni..😬

Jay Puteh : I sokong bila kasut skolah ditukar jadi hitam. Lagi nampak bersih dan kemas. Cuba buka minda tu sikit. Bukan semua budak sekolah ni pembersih. Dah namanya budak. Jangan cakap budak, bapa budak pun ada juga pengotor. Cuba bayangkan kalau kasut kulit tu warna putih. Kompem seminggu dua kali tukar kasut.

Ammoi Yuyu : Sebab ade lagi sesetengah sekolah pakai kasut putih. Tak semua pakai kasut hitam. Maybe sebab tula kot gov minta semua berkasut hitam. Saya sebagai ibu memang suka kasut hitam ni hehe sebab tak yah nak basuh selang 2 hari. Sebab budak-budak pakai kasut putih 1 hari dah kotor tak nampak ape. Kalau pakai kasut hitam ni nampakla kemas sikit. Kalau kotor tak nampak..hehe tu bagi saya la..

Amirul Amin : Yang jahatnye budak2 ni. Tengok mane kawan die kasut putih bersih. Di pijaknye die. Biar jadi hitam. Masuk hari selase dah jadi belacan. Cilakak betul.

Sarah Sam : Disebabkan tiap-tiap minggu kita basuh kasut sekolah putih..ketahanan kasut tu cepat rosak...1/2 tahun dah cari kasut baru...sedangkan kasut sukan..kita biarkan je tak basuh-basuh..elok pulak 1-2 tahun ketahanan ye. Bukan sebab malas cuci. #sayasokongkasutsekolahhitam.


---------

Walaupun nampaknya macam #TeamKasutHitam dah menang dengan bergaya, diharapkan Kementerian Pendidikan memberikan pilihan kepada mak bapak yang berkeras sangat nak kasut putih. Mungkin bagi mereka, disiplin anak-anak mereka dilatih dari penggunaan kasut sekolah yang berwarna putih. - 20 Julai 2018.

Pejabat Peguam Negara 'Bebaskan' Taib Mahmud Dari Sebarang Pertuduhan Salahlaku.

Oleh : Malaysiakini

Yang Dipertua Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud dibebaskan daripada sebarang salah laku oleh Pejabat Peguam Negara (AGC), kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Liew Vui Keong.

 
Katanya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah menjalankan beberapa siasatan ke atas bekas ketua menteri Sarawak itu.

"Semua hasil siasatan sudah dirujuk kepada AGC untuk tindakan lanjut.

"Selepas meneliti semua bukti yang ada AGC memutuskan supaya semua kertas siasatan melibatkan isu itu ditutup pada 2013,"
katanya dalam jawatan di Dewan Rakyat hari ini.

Liew ialah menteri yang bertanggungjawab dalam hal ehwal undang-undang di Jabatan Perdana Menteri.

Untuk rekod pada 2013 AGC diketuai Tan Sri Abdul Gani Patail yang berkhidmat sebagai peguam negara.

Terdahulu Liew menjawab soalan Kelvin Yii (HARAPAN-Bandar Kuching) yang bertanya sama ada SPRM akan mengutamakan dan mula menyiasat Abdul Taib atas tuduhan salah guna kuasa dan rasuah kerana isu itu dilaporkan media asing selama beberapa tahun.

Pada Mei lalu pemimpin sebuah pertubuhan bukan kerajaan, Francis Paul Siah menggesa ketua pesuruhjaya baru SPRM Datuk Seri Mohd Shukri Abdull membuka semula fail siasatan Abdul Taib.

Siah mengingatkan Mohd Shukri bahawa dia membuat laporan mengenai Abdul Taib kepada SPRM pada Mac 2011 namun tiada sebarang maklumat terkini mengenainya selepas tujuh tahun berlalu.

Awal bulan ini Mohd Shukri berkata SPRM memerlukan saksi atau bukti baru untuk membolehkan mereka membuka semula siasatan ke atas Abdul Taib.

Kata Mohd Shukri sebanyak 15 siasatan berasingan dijalankan ke atas Abdul Taib dan diserahkan kepada AGC namun pihak terbabit mendapati tiada dakwaan akan dikenakan ke atasnya.

Sejurus selepas dilantik menjadi perdana menteri untuk kali kedua Tun Dr Mahathir Mohamad dilihat mengadakan pertemuan dengan Abdul Taib di Kuala Lumpur.

Dr Mahathir juga menggesa sesiapa yang mempunyai bukti mengenai dakwaan rasuah di Sarawak supaya mengemukakannya kepada pihak yang bertanggungjawab.

Abdul Taib menjadi ketua menteri Sarawak antara 1981 hingga 2014.

Mahathir Patut Mohon Maaf Jika Tak Mampu Tunai Janji Manifesto - Mufti Pahang.

Oleh : Utusan Online

Lebih elok pemimpin kerajaan termasuk Tun Dr. Mahathir Moahamad memohon maaf sahaja kepada rakyat berbanding memberikan alasan yang manifesto Pakatan Harapan (PH) bukan al-Quran atau Bible sehingga perlu diikuti 100 peratus.

 
Mufti Pahang, Datuk Seri Dr. Abdul Rahman Osman berkata, jika tempoh 100 hari untuk kerajaan PH melaksanakan semua 10 janji itu tidak mencukupi, maka Dr. Mahathir perlu jelaskan kepada rakyat kenapa memerlukan lebih masa untuk melaksanakannya.

Walau bagaimanapun dalam hal ini, katanya, kerajaan tetap berhutang dengan rakyat dan rakyat berhak menagih janji-janji itu untuk ditunaikan seperti yang terkandung dalam manifesto PH.

“Kalau tidak boleh lakukan, minta maaf sahaja, kalau masa tidak izinkan, beliau (Dr. Mahathir) perlu mohon kepada rak­yat supaya tangguhkan dahulu perkara yang dijanjikan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai kenyataan Dr. Mahathir yang mengaku dalam tempoh 70 hari beliau mentadbir negara, hanya dua daripada 10 janji manifesto 100 hari Pakatan Harapan (PH) telah dilaksanakan dengan enam lagi masih di peringkat pelaksanaan.

Dr. Mahathir berkata, jika berdosa kerana gagal melaksanakan manifesto itu, beliau dan PH akan menanggung dosa tersebut tetapi tidak menganggap manifesto itu sebagai al-Quran atau Bible.

Dalam pada itu, Abdul Rahman berkata, setiap manifesto yang dijanjikan kepada pengundi wajib ditunaikan oleh pemimpin terutama mereka yang beragama Islam memandangkan kegagalan berbuat demikian boleh disifatkan sebagai satu pengkhianatan terhadap rakyat.

Beliau berkata, kepentingan mengenai umat Islam untuk menunaikan janji telah disebut di dalam surah al-Maidah ayat 1, maka kewajipan untuk meme­nuhi janji adalah merupakan perintah Allah.

“Janji sama ada janji yang berkaitan dengan hal keduniaan atau akhirat wajib ditepati, sesiapa yang tidak tepati janji adalah satu pengkhianatan kepada orang lain.

“Selain itu, salah satu tanda munafik ialah manusia yang tidak tepati janji, sebagai orang Islam kita tidak boleh ada sifat munafik,”
katanya.

Sementara itu, Pensyarah Kanan Bahagian Politik dan Polisi Awam Sekolah Perdana, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr. Mazlan Ali berkata, secara moralnya kerajaan PH bertanggungjawab menunaikan janji manifesto itu bagi membentuk keyakinan rakyat terhadap kerajaan.

“Kalau tidak mampu tunaikan, rakyat kena diberi makluman agar mereka faham kenapa kerajaan tidak dapat tunaikan janji tersebut,” katanya,

Tambah beliau, sewajarnya apa yang berlaku kini dijadikan pengajaran kepada setiap parti politik untuk menjalankan kajian dengan lebih mendalam sebelum mengumumkan manifesto parti masing-masing dan menjanjikan sesuatu perkara berdasarkan kemampuan selepas ini. - 20 Julai 2018.

Netizens Nasihat Cucu Mahathir Pakai Elok Sikit..

Cucu Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad diselar netizen kerana memuat naik gambar beliau mengenakan pakaian yang agak kurang sesuai dengan norma budaya tempatan.

Antara komen yang dapat dibaca di laman Instagram Melia Serena Mukhriz, 17, termasuklah:

"Awak tu cucu perdana menteri.pakailah baju elok sikit aduhhh", dan sebagai balasan, Melia membalas, "look at my story :) kubur kau ke kubur saya sia".

 
Melia kemudiannya membalas komen lagi, "Apakah kamu polis fesyen muslim?," sindirnya.

Melia yang juga anak kepada Mukhriz Mahathir sering menjadi bahan kecaman netizens terutamanya yang menyokong Barisan Nasional dalam beberapa isu peribadi yang dikaitkan ke atasnya seperti isu gaya hidup, barangan mewah dan berpakaian. - 20 Julai 2018.

Tindakan PAS & UMNO Keluar Dewan Bantah Perlantikan Speaker Terbukti Silap Kata Peguam.

Oleh : Zulhazmi Shariff

SYOK NAK JAWAB
 

Parlimen Ke-14 Malaysia bermula dengan urusan perlantikan Yang di-Pertua Dewan Rakyat. Mengikuti siaran langsung di kaca tv, permulaan Dewan sudah kelihatan ada persoalan dibangkitkan oleh blok pembangkang iaitu PAS dan Umno.

 
Kemudian, seorang penulis yang juga mungkin pegawai Ahli Parlimen PAS menulis begini :

"Kenapa pembangkang walk out dari sidang dewan pagi tadi?

Kerana pada hari Pertama Dewan pun, Kerajaan PH Sudah Menipu.

Kerajaan Pakatan Harapan mencipta sejarah Malaysia Baru dengan menipu dalam proses pemilihan Speaker Dewan Rakyat.

Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat no 4 menyebut:
"Aturan memilih Tuan Yang di-Pertua hendaklah seperti yang tersebut di bawah ini:

(1) Tiap-tiap ahli yang hendak mencadangkan nama seorang ahli Dewan itu atau seorang yang layak dipilih menjadi ahli Dewan itu yang hendak dipilih jadi Tuan Yang di-Pertua, hendaklah mempastikan terlebih dahulu iaitu ahli itu suka berkhidmat jika ia dipilih, dan juga hendaklah memberitahu kepada Setiausaha dengan bersurat sekurang-kurangnya empat belas hari sebelum mesyuarat"

Tarikh tutup penamaan calon Speaker ialah pada Isnin, 02 Julai 2018 iaitu 14 hari sebelum 16 Julai 2018 tarikh permulaan sidang.

Umum mengetahui, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof hanya disahkan pencalonannya sebagai Speaker oleh Kerajaan pada semalam, 15 Julai 2018. Sebelum pada itu PH mencadangkan nama Ahli Parlimen Sungai Petani, Dato' Johari Abdul sebagai calon kemudian ditukar sebab bantahan dalaman.

Jadi, bagaimana SU Dewan Rakyat boleh berkata dia telah menerima surat pencalonan bertarikh 02 Julai 2018..?

Bukankah itu menipu namanya.?,"


(Catatan oleh Syed Ahmad Fadhli)

Respon aku begini :

Tulisan Syed Ahmad Fadli rasanya bukan berdasarkan fakta sebaliknya berdasarkan laporan media.

Peraturan Mesyuarat 4 (1) menghendaki nama calon Yang di-Pertua dihantar kepada Setiausaha Dewan sekurang-kurangnya 14 hari dari tarikh mula mesyuarat. Mengikut takwim Dewan Rakyat, 14 hari ialah pada 2/07/2018.

Syed Ahmad Fadli merujuk laporan akhbar atau khabar angin bahawa nama Datuk Mohamad Arif hanya disahkan pencalonannya sebagai Speaker pada 15 Julai 2018. Saudara Syed hanya bersandarkan khabar angin.

Setiausaha Dewan dengan jelas memaklumkan Dewan bahawa nama calon Speaker telah diterima mengikut Peraturan dan tiada nama lain diterima justeru Datuk Mohammad Ariff dipilih dan dilantik sebagai Yang di-Pertua mengikut Peraturan 4 (3).

Urusan penamaan calon Yang di-Pertua Dewan bukan dibuat melalui media tetapi melalui saluran Dewan. Apa saja laporan media bahawa nama Datuk Arif atau Dato' Johari Abdul hanya bualan di media tetapi urusan sebenar ialah melalui Setiausaha Dewan.

Membuat persepsi melalui laporan media adalah tindakan tidak bertanggungjawab dan amat remeh serta kotor di pihak Pembangkang.

Pakatan Harapan telah menyerahkan nama Datuk Mohamad Arif kepada Setiausaha Dewan mengikut Peraturan tetapi kenyataan-kenyataan di media tidak menggambarkan fakta sebenar atas tujuan tertentu.

Tindakan wakil Pembangkang membangkitkan Peraturan Mesyuarat 4 (1) untuk membantah proses lantikan Yang di-Pertua juga adalah pra matang.

Prosedur Dewan perlu jelas dan difahami. Dalam keadaan Yang di-Pertua Dewan belum dilantik, membangkitkan Peraturan Mesyuarat untuk diputuskan adalah tidak tepat kerana Setiausaha Dewan tidak mempunyai kuasa memutuskan isu Peraturan Mesyuarat di dalam Dewan. Itu kuasa Yang di-Pertua.

Proses itu pun tak faham macamana nak berfungsi sebagai ahli Dewan? Baca dulu.

Isu Tunai Janji Manifesto, Ini Jawapan Mahathir.

Oleh : Malaysiakini

Pakatan Harapan tidak menganggap janji manifesto pada pilihan raya umum ke-14 sebagai al-Quran atau Bible.

Menjawab soalan tambahan Khairy Jamaluddin (BN-Rembau) mengenai sama ada janji dalam manifesto akan ditunaikan atau hanya sebagai panduan, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kerajaan mendapati beberapa rintangan yang perlu diatasi terlebih dahulu sebelum janji-janji dapat ditunaikan.

 
Menurut perdana menteri, antaranya adalah aspek perundangan.

“Saya tak sedar bahawa Rembau (Khairy) anggap manifesto itu sebagai buku suci, kalau pun dia anggap demikian kami anggap ini manifesto, tidak mengikat kita sehingga tidak boleh bergerak, apabila kita cuba laksanakan kita dapat banyak rintangan.

“Umpamanya undang-undang lama yang digubal bekas kerajaan..., semua ini mejadi halangan kepada pelaksanaan janji-janji kami.

“Kalau kami berdosa, kami tanggunglah. Tapi tidak anggap manifesto sebagai al-Quran atau Bible,”
kata beliau.

Walau bagaimanapun, kata beliau, tumpuan kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) bukan sekadar melaksanakan janji-janji mereka, tetapi usaha turut dibuat untuk memperbaiki semula pentadbiran kerajaan.

“Dalam masa 100 hari ini juga banyak kerja yang perlu dilaksanakan kerajaan. Yang diutamakan ialah tindakan membersihkan kerajaan daripada kerosakan hasil daripada gejala rasuah dan salah guna kuasa yang melanda jentera kerajaan terdahulu," kata Dr Mahathir.

Menurutnya, usaha itu ntaranya menerusi tindakan undang-undang terhadap jenayah yang dikesan dalam kerajaan, usaha mengesan dan membawa balik wang milik kerajaan yang hilang, menyusun semula jabatan dan seumpanya.

Dr Mahathir hari ini kembali menjawab soalan pada sesi pertanyaan bagi jawab lisan dalam sidang Dewan Rakyat selepas 15 tahun.

Beliau dilihat masih ‘berbisa’ dan belum ‘hilang sentuhan’ meskipun kini sudah mencecah usia 93 tahun.

Seperti lazimnya, beliau tetap bersikap sinikal, dan memberi jawapan sinis.

Soalan pertama yang diajukan kepada Dr Mahathir adalah berkaitan 10 janji dalam 100 hari pentadbiran kerajaan HARAPAN yang diutarakan oleh Fong Kui Lun (DAP-Bukit Bintang).

Beliau mengakui selepas 70 hari selepas mereka membentuk kerajaan baru sejak Mei lalu, dua daripada 10 janji itu telah dilaksana, enam lagi dalam proses pelaksanaan manakala dua lagi belum dilaksana.

“Kerajaan komited untuk realisasikan kesemua janji itu atas dasar accountability kami kepada rakyat,” kata beliau.

Contohnya, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sedang melihat untuk melaksanakan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk golongan suri rumah.

Janji yang tidak melibatkan kos juga telah dilaksana seperti penghapusan senarai hitam melibatkan peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), katanya.

“Tumpuan bukan hanya pada 10 janji ini. Dalam 100 hari banyak kerja perlu dilaksanakan kerajaan.

“Yang utama tindakan bersihkan kerosakan hasil rasuah, salah guna kuasa yang dilakukan jentera kerajaan terdahulu,”
kata Dr Mahathir.

 

Mereka Masih Merasa Dunia Ini Adalah UMNO Yang Punya - Syed Azidi Aziz.

Oleh : Syed Azidi Aziz
 

Parlimen

Waktu usia saya 18 tahun, saya pandu Ahli Parlimen tunggal PAS ke Dewan Rakyat. Satu hari, Arwah begitu bersemangat beritahu saya bahawa dia akan berada lama di parlimen kerana akan terlibat dalam perbahasan pagi itu.

 
Malangnya belum sempat saya parking kereta, beliau keluar dari Dewan dan meminta saya hantar beliau ke Bangi, rumah anak beliau yang sekarang TMB Kelantan. Di dalam kereta beliau meluahkan rasa kecewa bahawa perangai ahli YB kita seperti budak nakal di stesen bas (quote him).

Esok bila saya baca akhbar baru saya tahu apa yang berlaku. Ketika beliau bersuara dalam dewan, beliau di arah ke DBP oleh YB-YB BN untuk belajar bertutur Bahasa Malaysia dengan betul 🤣. Dewan gamat. Dengan macam-macam cemuhan.

Saya juga ingat perangai-perangai ahli dewan seperti Mahfuz Omar yang menendang kerusi dan huru hara yang ditimbulkan oleh ramai YB pembangkang selepas Pilihanraya 1999.

Apabila UMNO menjadi pembangkang di Parlimen, kita dijanjikan pembangkang yang matang. Saya yakin ia mampu kerana YB UMNO asalnya dari Kerajaan selama berdekad-dekad lamanya. Dan setelah kehilangan kuasa, sudah tentu bebanan ke atas mereka untuk membuktikan mereka masih yang terbaik.

Saya silap.

Mereka masih merasa dunia mereka adalah UMNO dan mereka hanya perlu puaskan nafsu serakah penyokong UMNO.

Kesilapan yang berlaku dalam UMNO sejak Abdullah Badawi menjadi presiden dan kini nampaknya akan diteruskan kepimpinan baharu. UMNO hanya perlu sokongan ahli UMNO. UMNO tidak perlu sensitif kepada rakyat lain. Biarlah apapun perasaan rakyat pada UMNO, peduli apa. Yang penting orang-orang UMNO lihat mereka bagus.

Sebenarnya, ramai juga ‘orang-orang UMNO’ yang mahu perubahan dan mahu kematangan. Ramai juga yang bukan kaki kipas. Ramai juga yang bukan lembu dicucuk hidung.

Ya, YB Lenggong, Parit Sulong dan Kuala Krau akan terus menang dan menang dalam pilihan raya akan datang seperti YB Padang Rengas Nazri Aziz. Tetapi kesan dari perangai beruk kena belacan inilah yang menghakis sokongan dan undi yang UMNO terima di tempat-tempat lain sehingga akhirnya kita duduk di bangku pembangkang.

Berat mata memandang berat lagi bahu memikul bagi yang mahukan perubahan.

Khamis, 19 Julai 2018

Ustaz Kazim Muncul Di TV1 Meskipun Mendakwa Ada Pihak Menghalang Berceramah..

Penceramah bebas terkemuka, Ustaz Kasim Elias hari ini membuat penampilan di Forum Perdana Ehwal Islam dengan menjadi salah seorang panel jemputan dalam program itu.

Ustaz Kazim sebelum ini pernah mendakwa ada pihak yang cuba menghalangnya dari menyampaikan ceramah sekaligus menyebabkan Pusat Pendidikan Tahfiz Al-Barakah, Manjoi miliknya terjejas.


Ustaz Kazim yang juga pengetua dan pengasas pusat tersebut berkata, pihaknya terpaksa mengambil keputusan menjual sebahagian unit bangunan berkenaan selepas menghadapi masalah kewangan apabila tidak dibenarkan berceramah.

“Pusat ini memerlukan kira-kira RM150,000 sebulan bagi menampung kos keseluruhan yang menempatkan 100 orang pelajar.

“Saya terpaksa membuat keputusan menjual Unit Tahfiz bagi menampung kos pentadbiran dua unit lain iaitu Tadika Nurul Barakah dan Pengajian Pondok untuk dewasa,”
katanya dalam satu temubual bersama media pada awal bulan Julai yang lalu.



Meskipun tidak menamakan sesiapa dalam kenyataan itu, Pakatan Harapan Perak kemudiannya membuat kenyataan pihak kerajaan negeri tidak pernah menghalang mana-mana pihak untuk menyampaikan ceramah ini termasuklah Ustaz Kazim Elias. 

Ustaz Kazim Elias sebelum ini sering memberikan bayangan menyokong UMNO Barisan Nasional dan pernah mengkritik Pakatan Harapan secara langsung ataupun tidak langsung.

Oleh itu ketika mendakwa dirinya dihalang dari berceramah, Pakatan Harapan diserang oleh sekumpulan netizens yang menyokong Ustaz Kazim Elias, dan ini memaksa kerajaan negeri tampil bagi memberikan penjelasan.

Bagaimanapun isu mengenai halangan berceramah dan mahu menjual pusat tahfiz telah senyap dan tiada apa-apa kenyataan susulan mengenainya dibuat oleh Ustaz Kazim Elias setakat hari ini. - 19 Julai 2018.

9 Jenis Barangan & Khidmat Yang Dikenakan GST Tetapi Tidak Dikenakan SST Mulai 1 September 2018.

Kementerian Kewangan hari ini mengedarkan satu infografik yang mengecualikan beberapa jenis barangan dan perkhidmatan daripada cukai jualan SST 10% ataupun SST 6%.

Barangan & perkhidmatan tersebut adalah;

1. Bingkai cermin mata

2. Motorsikal bawah 250cc

3. Susu formula bayi

4. Sardin

5. Fi doktor di hospital swasta

6. Tiket wayang dan taman tema

7. Insurans kesihatan untuk individu

8. Servis penyelenggaraan

9. Fi transaksi perbankan


Tindakan kerajaan ini akan memberikan manfaat kepada pengguna dalam kategori yang dimaksudkan. Antaranya tiada lagi cukai jualan apabila anda membeli tiket wayang dan tiket taman tema.

Cukai jualan juga tidak akan dikenakan untuk produk susu formula bagi kategori bayi, sardin dan transaksi perbankan.

Cukai untuk khidmat fi perubatan doktor di hospital swasta dan servis penyelenggaraan juga dikecualikan kerajaan dalam perlaksanaan SST pada 1 September 2018 kelak. - 19 Julai 2018.

Viral Kereta Perodua Lebih Mahal Selepas SST Dilaksanakan, Ini Jawapan Kastam.

Di laman Facebook, seorang pengguna yang dikenali sebagai Izzuddin Yusoff berkongsikan satu gambar paparan slaid yang menunjukkan harga kereta jualan Perodua akan lebih mahal dengan SST berbanding GST sebelum ini.



"Gambar bocor dari Perodua sendiri

Seperti yang pernah cakap sebelum ni, kereta antara benda yang confirm lagi mahal bawah SST

Nak beli kereta, belilah sekarang. Walaupun rasanya kebanyakan brand dah habis stock,"
katanya dalam kenyataan itu.


Media tempatan kemudiannya melaporkan harga kereta sebenarnya lebih murah selepas SST dilaksanakan berikutan kenderaan penumpang antara yang dikecualikan SST.

Malaysiakini melaporkan bahawa kereta akan dikecualikan daripada SST apabila sistem cukai itu mula berkuatkuasa semula pada 1 September.


Ini berdasarkan senarai barangan yang dikecualikan cukai seperti yang dikeluarkan oleh Jabatan Kastam pagi tadi.

Butiran mengenai kenderaan penumpang itu disenaraikan di bawah perkara 87.03 pada halaman 269, yang bertajuk. "Kereta bermotor dan kenderaan bermotor lain yang direka untuk pengangkutan, termasuk kereta station wagon dan kereta lumba," kata laporan itu.


Bagaimanapun Jabatan Kastam kemudiannya mengeluarkan satu kenyataan media yang menafikan laporan portal-portal berita tempatan kononnya kereta penumpang dikecualikan SST.


"Jabatan Kastam Diraja Malaysia telah muatnaikkan cadangan barang-barang yang dikecualikan daripada cukai jualan pada hari ini, 19 Julai 2018. Barang-barang ini dirujuk kepada kod tarif yang dicadangkan untuk dikecualikan daripada cukai jualan (SST) semasa perlaksanaan SST pada 1 September 2018.

Susulan daripada senarai yang dimuatnaik, berita berkaitan dengan kenderaan penumpang bermotor tidak dikenakan cukai jualan telah tersebar luas dan JKDM ingin memberi penjelasan berkaitan perkara ini.

JKDM ingin menjelaskan bahawa kenderaan penumpang sememangnya dicadang dikenakan cukai jualan. Walaubagaimanapun ada pihak yang telah tersalah tafsir senarai yang telah dimuatnaik tanpa merujuk JKDM.

Barang yang dikecualikan SST hanya merujuk kepada komponen terurai seperti pemasangan kenderaan penumpang (CKD) sahaja. Apabila kenderaan yang telah siap dipasang daripada komponen-komponen import (CKD) tadinya, kenderaan itu tertakluk kepada cukai jualan," kata KASTAM dalam satu kenyataan hari ini.

Ini bermaksud sebaran awal yang mengatakan harga kereta lebih mahal dengan SST adalah lebih tepat namun pada bila-bila masa sehingga SST dilaksanakan sepenuhnya, apa sahaja boleh berlaku. Tiada apa yang muktamad setakat ini. - 19 Julai 2018.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...