Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 18 Disember 2015

Susulan Siri Penipuan Di Kompleks Kota Raya - Gerakan Merah Turun Padang, Mahu Adakan Demo Petang Ini.

Antara dua siri penipuan yang viral sejak dua hari lepas.

Rujuk sini dan sini.

Satu kes diselesaikan oleh PPIM (bawa 4 kes dan selesaikan 4 aduan) dan satu kes lagi diselesaikan oleh kumpulan bebas.

Kalau kita teliti dalam kes penipuan pertama, kita dapati KPDNKK memang perangai macam gampang sikit.

Tengok ;

 
Pengadu sendiri komplen bahawanya KPDNKK tak proses dengan tak mengambil sebarang tindakan.

So, aku tak pelik juga kenapa PPIM dan kumpulan perseorangan terpaksa ambil tindakan sendiri.

Dalam kes penipuan kedua, ketika disebarkan, ada yang bagitau aku dah bawa ke KPDNKK untuk disemak, tetapi still takde respon juga. Akhirnya kumpulan persendirian yang tampil membantu menyelesaikan masalah pakcik tersebut.

Ini kata mereka ;


Maklumat penuh baca sini.

Aku terbaca di ruangan komen, ada yang kata, geng2 neh kadang yang meniaga tu spesis samseng. So faham-faham la cara mereka meniaga. Kebanyakkan mangsa ialah warga asing tetapi orang tempatan pun ada juga yang terkena.

Aku memang meluat la dengan samseng2 neh. Dan makin meluat bila tiada tindakan diambil untuk menghukum samseng2 neh. Kena bela ke apa?

Hihi.

Petang neh, geng2 yang serang Low Yatt akan menyerang Kompleks Kota Raya.

Kedai yang aku syak bakal jadi sasaran ialah TRUE TITANS.

Ini laporan dari Malaysiakini ;

‘Gerakan Merah’ mengumumkan akan mengadakan satu perhimpunan di Kompleks Kota Raya di ibu negara petang ini.

Presiden Veteran Tentera Melayu, Mohd Ali Baharom berkata, perhimpunan yang dijangka "panas" seperti yang berlaku di Plaza Low Yat, Julai lalu berikutan tindakan seorang peniaga telefon bimbit berbangsa Cina yang mengurung pelanggannya.

"Perhimpunan ini pasal kedai jual telefon yang tipu dan mengunci pelanggannya. Kita nak pergi tengok apa sebenarnya yang terjadi. Perkara ini ibarat di Low Yat.

"Kita tak mahu peniaga ini sewenangnya menipu dan ambil tindakan undang-undang sendiri," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Ditanya apakah yang akan dilakukan oleh Gerakan Merah petang ini, beliau berkata:

"Saya yakin dan percaya, benda ini akan jadi macam Low Yat. Jadi dengan kebijaksanaan saya sebagai ketua Gerakan Merah, saya akan selesaikan dengan cara berhemah dan tak gunakan kekerasan," katanya.

Bila agensi kerajaan gagal mainkan peranan, tak pelik juga bila NGO berkepentingan akan mengambil tindakan. Samada mereka akan mengeruhkan keadaan atau menyelesaikan masalah kita sama-sama tunggu dan lihat hasilnya selepas neh.

Kbai.

Khamis, 17 Disember 2015

Tak Bagi Laluan Pada Kereta Najib, Facebooker Ini Dipuji Netizens.


Kesian. Kesian. Kesian.

Tindakan individu itu bukan sahaja tidak mendapat kritikan bahkan berjaya meraih populariti segera disebabkan tidak memberi laluan kepada kereta perdana menteri Malaysia, Najib Razak.

Ini apa yang dikongsikan olehnya pada 15 disember lepas ;

Saya dalam perjalanan ke Sri Petaling untuk 1 lagi kelas personal coaching.

Tiba2 di belakang saya, ada beberapa buah superbike polis trafik yang memberi arahan kepada semua kereta ke tepi bagi memberi laluan kepada VVIP di belakangnya.

Saya dengan muka bodohnya buat bodoh dengan arahan polis trafik tersebut sehingga kereta VVIP tersebut terpaksa memasuki lorong kanan saya. Saya melihat no plat, kereta rasmi pok jib (Najib Razak) rupanya.

Apa yang bestnya, saya ingat saya sorang je tak bagi laluan, rupanya semua kereta depan saya pun buat bodo dengan polis trafik tersebut sehingga polis itu kelihatan kalut tak tau nak buat apa apabila kereta2 buat bodo taknak bagi laluan.

Syabas rakyat Malaysia, anda memperjuangkan hak anda. Kami tak marah polis yang menjalankan tugas. Kami nak suh menteri amalkan apa yg menteri cakap hari tu je pada rakyat - kalau tak nak bayar tol dan elak jem, sila bangun pagi.

** so menteri kalau tak nak ngadap jem, hangpa bangun pagi atau balik keja lewat laa bhai... tak pun naik pengangkutan awam.. kata berjiwa rakyat

*** x teringat plak nk snap gambar polis dan kereta pok jib tu yg kelihatan x tentu arah x dapat lolos dr jem... terpana dgn panorama yg jarang2 dpt dilihat ni

Sumber : Fadzil Khairi

Netizens rata-rata memuji tindakan facebooker berkenaan dan setakat neh posting tersebut telah dikongsikan sebanyak 2,734 kali.

Tengokla hasilnya. Apabila rakyat Malaysia berbilang kereta, berbeza jenama bersatu di atas jalanraya, polis pengiring dan Najib Razak pun tumpo.

Itu baru dalam kapasiti kecil.

Jika 30 juta ini bersatu, bergabung, meletup depan Putrajaya, cuba fikirkan apa yang akan terjadi?

Apabila rakyat tidak bersatu, kelemahan itu digunakan sebaik mungkin oleh kerajaan untuk terus menindas rakyat. Tak faham-faham lagi apa kelemahan utama kita?

Renung-renungkan.

Cipta Rekod - Netizens Puji Perompak Yang Merompak Rumah Anak Zahid Hamidi.

Perompak yang merompak kena puji.
Mangsa rompakan kena kutuk.

Itu yang berlaku dalam insiden rompakan yang membabitkan anak perempuan kepada timbalan perdana menteri Malaysia, Zahid Hamidi iaitu Nurul Hidayah.

Untuk pengetahuan korang, ini adalah kejadian kali kedua rompakan yang membabitkan rumah Nurul Hidayah. Kali ini Nurul Hidayah dianggarkan kerugian 25,000 ringgit Malaysia termasuk kehilangan cincin perkahwinannya.

Berani juga perompak tu ya. Merompak bukan rumah calang-calang orang. Anak TPM punya rumah kena rompak tu.

Tak pasti samada perompak yang sama merompak kali kedua di tempat yang sama ataupun perompak yang berbeza merompak di rumah itu tetapi oleh kerana Zahid Hamidi ialah ;

- Menteri yang kawal-selia KDN

- Timbalan perdana menteri pula tu

Maka sudah tentula isu berkenaan menjadi kecoh di laman maya. Selain membuat komen berbaur sindiran kononnya Malaysia masih aman, syukur takde bom sekadar rumah je kena rompak dan sebagainya, netizens juga turut memuji tindakan perompak yang merompak rumah anak timbalan perdana menteri. Bahkan, perompak tersebut digambarkan sebagai seseorang seperti WIRA kerana merompak rumah-rumah VVIP di negara neh.

Baca sedikit sebanyak respon netizens tentang isu berkenaan ;






Apa yang rakyat fikir adalah cerminan kepada apa yang kita lakukan kepada rakyat.

Sudah tentu komen-komen seperti di atas tidak mewakili pemikiran hampir 30 juta rakyat Malaysia tetapi apabila komen-komen seperti di atas mendominasi alam maya sekurang-sekurangnya kita patut sedar apa yang kebanyakkan dari mereka fikir tentang diri kita.

Rakyat sudah tidak boleh lagi simpati kepada kamu bukan kerana mereka kejam.
Sebaliknya diri mereka telah dipandu dan didorong untuk bersikap sedemikian selepas apa yang pemimpin-pemimpin negara ini lakukan kepada rakyat.

Polisi yang hanya cantik atas kertas tetapi gagal diterjemahkan dalam bentuk tindakan, keadilan yang berat sebelah dan berpihak, keselamatan yang hanya memandang pada status dan pangkat, prinsip demokrasi yang nampak cantik dalam perlembagaan tetapi gagal dimanifestasikan secara realiti, keputusan demi keputusan yang menyusahkan dan membebankan rakyat, tindakan demi tindakan, hukuman demi hukuman, yang mana rakyat sahaja menjadi sasaran sementara itu yang berkuasa, berharta dan berpangkat berstatus VVIP kekal hidup bebas dan bermaharajalela, ini semua akhirnya membentuk satu situasi, pemikiran serta prinsip dalam hidup rakyat bahawa tiada keperluan untuk mereka bersimpati pada kamu kerana dari awal lagi kerajaan tidak pernah mahu bersimpati apatah lagi mempedulikan nasib rakyat yang terus terpinggir dan ketinggalan dalam langkah kerajaan membina kemajuan (kekayaan) bagi memuaskan nafsu kapitalisma.

Telah aku katakan, apa yang rakyat fikir adalah refleksi kepada apa yang kamu lakukan kepada mereka.

Ia adalah pengalaman mereka yang menjadikan mereka sebegitu. Pengalaman yang tidak menipu ataupun dipengaruhi oleh sentimen pembangkang. Rakyat ialah mahkluk hidup dan berkembang, jika mereka benci kepada pemimpin negara dan anak-anak mereka sudah tentulah ia kerana kamu sememangnya begitu membencikan.

Kbai.

Rabu, 16 Disember 2015

Anak TPM Zahid Hamidi Kena Rompak Laju Je PDRM Hantar Pasukan Forensik - Kalau Rumah Rakyat Macam Mana?


Laporan dari Malaysiakini ;
Rumah anak timbalan perdana menteri Datuk Seri Zahid Hamidi di Country Heights, Kajang, dipecah masuk buat kali kedua.
Nurulhidayah, 36, bersama suami dan dua pembantu rumah berada di rumah ketika kejadian.
Menurut Oriental Daily News, selepas menerima laporan pada 10 pagi semalam, polis menghantar pegawainya, termasuk pasukan forensik ke rumah itu.
Laporan itu memetik ketua CID Mohd Adnan Abdulah sebagai mengesahkan kes itu.
Adnan berkata keluarga Nurulhidayah mengalami kerugian kira-kira RM25,000 akibat kehilangan barangan peribadi, termasuk laptop, lima jam tangan, cincin kahwin dan barangan kemas.
Nurulhidayah dan suaminya membuat laporan di balai polis Kajang pada 11 pagi.
Polis menyiasat kes itu bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan.
Tahun lepas beliau kerugian dua jam dan wang tunai RM1,000 akibat insiden sama.

Jangan marah aku Nurul Hidayah.
Jangan marah aku Zahid Hamidi.
Jangan marah aku PDRM.
Jangan marah aku Khalid Abu Bakar.
Aku hanya berkata apa yang benar.
Diskriminasi ini berlaku di negara aku, pada aku, pada golongan marhaen seperti kami.
Kau hilang 25,000. Pasukan forensik laju-laju pergi rumah kau buat siasatan.
Rakyat kalau hilang motor depan rumah, atau rumah kena kopak, belum tentu polis laju-laju datang rumah. Itu pun kalau datang. Belum tentu polis datang pun ada. Jangan kata pasukan forensik. Polis biasa pun tak tentu datang kot. Itupun tatau apa kebenda yang mereka godek, telek dan siasat jika datang. Seriyus, aku tak tatau. Perjalanan kes pun tatau apetah lagi nak tahu lebih dari itu?

Nampak tak permainan nya kat sini?
Nampak tak bagaimana keadilan, keselamatan, perlindungan hanya mahu peka, hanya mahu sayang kepada orang-orang yang kaya, berharta dan berkuasa dan tidak mahu kepada orang-orang macam kami?

Jangan kata hilang 25,000 itu satu jumlah amount yang besar berbanding hilang 2,3 ribu atau motor ke kereta ke apa ke depan rumah menyebabkan dia mendapat layanan yang berbeza dari rakyat marhaen. Tolong la. Kita semua tahu bagaimana keadilan berfungsi di negara neh. Jika 25,000 ribu besar pada Nurul Hidayah, 1,000 ribu ,2,000 ribu atau 100-200 ratus juga besar nilainya pada rakyat biasa apatah lagi pada orang miskin. Jika keselamatan, nyawa dan harta penting pada Nurul Hidayah, maka perkara yang sama juga terpakai pada rakyat biasa. Jika anak timbalan perdana menteri ada pasukan forensik yang laju-laju datang ke rumah jalankan siasatan selepas rumahnya dirompak, rakyat Malaysia juga berhak mendapat layanan yang sama. Kami juga mahu rasa selamat dan terlindung di negara neh walaupun kami bukan anak menteri.

2 Individu Ini Berkongsi Cerita, Beli Hartanah Tahun 2013 & 2014 Tetapi Perlu Bayar GST Pada Tahun 2015 - Kenapa?

Membeli hartanah untuk dijadikan aset atau pelaburan sebelum GST dilaksanakan tetapi selepas pelaksanaan GST, pembelian hartanah berkenaan dikenakan GST walaupun ianya dibeli sebelum pelaksanaan GST dijalankan, adakah ini perkara yang sewajarnya?

Itu apa yang berlaku kepada seorang individu yang berkongsikan pengalaman dia di laman facebook baru-baru neh.

Cerita tersebut ;


Dikongsikan oleh individu yang bernama Almahera Ibrahim di laman facebook dan mendapat perhatian meluas dari netizens. Almahera turut meluahkan bahawanya, amount 17 ribu yang perlu dijelaskan dalam masa 14 hari berikutan pelaksanaan GST menyebabkan dia rasa terbeban dengan kos sebanyak itu.

Hasil semakan aku mendapati Almahera ini ialah seorang peguam. Ya, peguam. Jika seorang peguam pun merasa terbeban dengan kos GST, bayangkan jika seseorang itu bukan peguam, bukan doktor, bukan yang mempunyai kerjaya tetap atau ada karier profesional. Bukan kah GST akan lebih membebankan mereka? 

Jangan cakap nak beli rumah pun tak mampu = takan ada masalah untuk bayar GST dengan pemilikan hartanah tersebut, nak belanja hari-hari pun geleng kepala kalau ada perkara-perkara tertentu diattachkan sekali dengan GST. Betul tak? Dulu takde SST pun sekarang terus ke GST. Bukannya semua product berubah dari SST ke GST. Yang neh kena faham juga. Fakta bukan auta.

Tak dan nak kumpul duit beli rumah, habis dulu duit buat bayar GST segala.

Tak logik pula sebagai manusia untuk kita tak keluar duit atau belanja bagi mendapatkan barang keperluan. Ketika membeli inila kita terpaksa membayar sekali untuk GST yang amountnya kadang kala agak menyusahkan.

Dengan pendapatan yang semakin terhad, perbelanjaan kita pun jadi semakin ketat. Memang kita cuba untuk berjimat tetapi nak berjimat pun perlu disesuaikan dengan keadaan. Takan nak berjimat punya pasal anak yang dari susu tin ke susu cair. Takan nak berjimat punya pasal dari beras siam ke beras hancur. Takan nak berjimat punya pasal dari baju bunddle ke baju koyak2, baju derma2 then amek cuci jahit sendiri? Hak ala. 

Dalam pada itu, aku tertarik juga dengan perkongsian dari seorang facebooker yang bernama Azean.

Rujuk ;



Dia beli rumah pada tahun 2014.
Ketika itu pemaju tak mention tentang GST.
Booking dan proses jual beli berlaku pada tahun 2014.
Tetapi pembinaan berlaku pada tahun 2015.
Lalu dia terpaksa keluarkan tambahan wang untuk membayar GST ke atas nilai hartanah yang dia telah beli pada tahun 2014.

Jika kita perasan atau pernah perasan. Banyak syarikat-syarikat dan pemaju juga tidak terkecuali. Pernah mengeluarkan iklan bahkan promosi serta kenyataan. Bahawa kalau nak beli rumah, beli cepat-cepat sebelum pelaksanaan GST dilaksanakan. Rafizi juga pernah sebut. Kahwin sebelum GST dilaksanakan kalau tidak segalanya sukar. Ya, Rafizi terbukti benar akhirnya. Selepas GST dilaksanakan, kebanyakkan perkara yang kita mungkin fikir akan murah dengan GST, ia bukan sahaja tidak MURAH bahkan bertambah MAHAL sebelum GST dilaksanakan. Lebih teruk dari SST itu sendiri.

Apa yang terjadi pada Almahera dan Azean hanyalah 2 contoh pengalaman bagaimana diri mereka terbeban dan terheret dengan pelaksanaan GST yang membebankan mereka tak semena-menanya.

Sebenarnya, secara realitinya ramai yang terbeban dengan GST. Kita dah baca banyak pengalaman dan kisah. Kita dah kongsi banyak bukti dan hujah. Tetapi Najib kata dia hanya mahu mendengar. Sekadar, mendengar.

Selasa, 15 Disember 2015

Anak MT UMNO Kena Kutuk KAW2 Kerana Buat Baby Shower Makan Menggunakan Pampers.

Kesian. Kesian. Kesian.

Orang yang jadi tetamu pun kena kutuk kaw-kaw. Bukan tuan rumah je kot. 

Hihi.

Kisahnya begini.

Ada dua orang individu ataupun tetamu yang menghadiri majlis baby shower anjuran anak bekas menteri yang juga pengerusi MARA = ahli majlis tertinggi UMNO = presiden KAFA = Tan Sri Annuar Musa telah mengupload gambar mereka makan menggunakan pampers.

Berikut gambar2 yang dimaksudkan ;


 

Alia & Vivy ialah tetamu kepada majlis baby shower anjuran Ajjrina. Ajjrina neh bila kau godek-godek kat sini dan sini ko akan tahu la bahawa dia neh anak Annuar Musa.

Benda neh jadi kecoh bila mana wanita-wanita dalam gambar di atas makan menggunakan pampers berbanding pinggan sebagai alas. Memang teruk gila kena kutuk kaw2 bahkan ada yang menganggap mereka sebagai tuan rumah = bukannya tetamu. Maka kutukan bertambah-tambahnya merobek jiwa si kena kutuk kot.

Kesian. Kesian. Kesian.

Komen-komen yang mengutuk dan menghentam memang menghiris ahti nurani sungguh.
Nak-nak yang kena kutuk tu mak-mak mengandung.
Lagi la kesian. Kesian. Kesian.
Aku takmau yaw kutuk-kutuk.
Ibu mengandung kot.
Simpati ar sikit.

Majlis baby shower tu ko kena makan menggunakan pampers. Aku rasa bukan paksaan kot. Maybe alternatif lain ada tapi pada yang sudi makan guna pampers, sila-silakanlah. Aku rasa je la. Kononnya atas alasan tema dan sebagainya.

Jujur aku katakan, aku tak berapa faham sangat konsep baby shower neh. Agak kekunoan la juga aku neh sebenarnya. Aku memang bukan jenis yang tah, baby shower la apa la benda-benda macam tu mungkin trend sekarang tetapi aku benda-benda macam tu la aku ketinggalan. Tapi kalau jemput makan insya-Allah aku tak tolak kot. Tapi makan guna pinggan tau. Bukan guna pampers yaw. Aku geli sikit la.

Hihi.

And then lepas kena kutuk kaw-kaw, gambar-gambar berkenaan sudah tidak dapat diakses lagi di laman instagram individu2 berkenaan. Maybe kena delete kot. Kat laman instagram anak Annuar Musa pun apa yang ada hanyalah gambar2 majlis baby shower ja. Maybe kena delete juga la kot. Aku tak sure. Cumanya si basher-basher online seperti yang kita semua sedia maklum, kemaraan mereka bukan boleh kau sekat-sekat hanya semata-mata kau delete gambar-gambar makan dengan pampers tu beb.

Dorang kejar ko kot.

Tengok dorang kejar anak Annuar Musa macam mana ;

 
Kesian. Kesian. Kesian.

Bila orang tahu dia ada kaitan dengan UMNO maka bashing tu akan semakin membara. Almaklumla, UMNO kan. Faham-faham je la kenapa. So, sekali lagi. Kesian. Kesian. Kesian.

Ini pendapat peribadi aku la kan.

1. Pompuan-pompuan yang kena bashing tu tengah mengandung.

2. Bagi la muka sikit. Simpati. Jangan la bashing teruk-teruk nau.

3. Orang mengandung tak boleh stress kot. 

4. Ya, aku nampak kesilapan dan kebahlolan dorang disitu yang makan menggunakan pampers. Bukan isu geli semata-mata tetapi membazir pun ya juga. Pampers mahal-mahal. Kot ye dah kaya sangat (aku rasa memang kaya kot) ace ko sponsor pampers orang-orang miskin dan memerlukan.

5. Kalau nak tahu Benz Ali ada buat inisiatif untuk bantu orang-orang miskin yang memerlukan barang keperluan harian. Contohnya macam beras, makanan dalam tin dan juga pampers. 

6. Inisiatif tersebut pada aku sangat bagus. Berbanding mengutip wang, Benz Ali cenderung untuk kutip barang dan agih kepada yang memerlukan.

7. So anak Annuar Musa neh aku tengok perghhh kaya nak mampos gak neh.

8. Cer ko hulur-hulur sikit stok pampers setahun dua kat geng2 Benz Ali supaya mereka boleh buat collection dan agih sumbangan. Almaklumla, geng2 neh lebih dekat pada orang miskin, lebih cakna sebab hasil pergaulan dan percampuran. Dok bawah2 neh kita semua bercampur dan peduli tentang masalah-masalah yang membelenggu orang2 miskin macam aku dan dia. 

9. So Ajjrina yang aku melihat sebagai golongan elit, VVIP, kaya raya sampai mampu membazir pampers dan dijadikan alat pelapik makanan, aku cadangkan duit-duit kau tu convert kepada bentuk pampers, beras atau makanan dalam tin, biskut dan sebagainya, bagi pada kumpulan Benz Ali. Klik dia nama dia. Direct ke fb dia dan berbincang dengan dia macam mana nak salurkan bantuan.

10. Bukan aku nak kata si Ajjrina neh tak pernah menyumbang atau apa ye, cuma aku nak nyatakan, untuk dia yang membazir pampers dalam majlis berkenaan, tindakan itu sebenarnya salah konsep.

11. Baby shower neh kalau ko bagi makan anak-anak yatim pun aku rasa lagi happening kot.

12. Meraikan anak yang dalam perut kau dan meraikan anak-anak miskin. Seronok kot perasaan tu.

13. So aku bagi cadangan pada anak2 orang kaya neh, mak-mak kaya yang mengandung sakan neh, baby shower neh ubah sikit konsep. Bagi makan anak orang miskin, bagi makan anak yatim. Jangan kita beria ikut trend yang tak tentu hala. Sedangkan trend yang ada matlamat tu ada, tinggal lagi kita nak jadi perintis ka taknak. Tak payah bajet havoc, hot, meletup la dengan baby-baby shower bagai neh. Ko beli barang bagi anak yatim tengok dia senyum je setahun ko tak boleh lupa wajah-wajah dorang tau. Kita umat Islam jangan ikut trend mengarut, kita umat Islam cipta trend kita sendiri dan biar orang pula tiru trend kita. Itu baru betul ma. Moga-moga Ajjrina dan geng2 baby shower neh faham la ye. Memang la guna duit korang sendiri. Tapi aku cuma nak bagi korang rasa gembira dalam erti kata sebenar, bukannya gembira yang digambarkan gembira tetapi benda tu tak menggembirakan pun. Percayala cakap aku. Ko buat baby shower 10 kali pun ko takan gembira sepertimana ko meraikan anak-anak orang miskin dan anak-anak yatim dengan melihat mereka senyum menerima bantuan dan pertolongan dari kau. Itu sangat nikmat kot. Seriously, nikmat.

Fikir-fikirlah ek wahai anak-anak orang kaya.

Kbai.

Isnin, 14 Disember 2015

Pengerusi SPAD Tibai Ismail Sabri Kaw2 Di Facebook.


Pengerusi SPAD, Syed Hamid Albar tengah bengkek dengan permainan Ismail Sabri. Nak tahu permainan apa?

Isu kenaikan tambang. Konon-kononnya kenaikan tambang tidak patut dipersalahkan kepada barisan menteri.

Cuba korang baca point-point yang sokong menteri Ismail Sabri jap ;

Klik Imej Untuk Paparan Yang Lebih Jelas

Malaysian sokong Ismail Sabri kepala otak kau berjambul!

Sokong la kau sorang-sorang. Tak hingin aku sokong menteri macam dia.

KAH KAH KAH

Aku tertarik point dia bab neh ;

Semasa Ismail Sabri mula beredar dari tempat interview, beliau sempat bertanya khabar dengan Syed Hamid & bertanya mengenai isu-isu terkini.

Syed Hamid terus jawab "apa lagi...isu tambang lah! "

Ismail Sabri berkata elok lah SPAD dapat dikaji semula sebab kini ramai rakyat marah isu kenaikan tambang dan isu teksi UBER. " Ambil segala pendapat rakyat.."

Namun, Syed Hamid menyalahkan kabinet yang meluluskan sedangkan kabinet tidak pernah bincang sebelum ini mengenai perkara ini. Sedangkan realitinya, selepas kenaikan barulah kabinet bincang dan membuat keputusan bahawa SPAD harus kaji semula isu kenaikan tambang tersebut.

Bodoh punya spesis lembu. Gamaknya dia ingat dia sedang bercakap dengan spesis lembu macam dia juga ke apa yang dia fikir orang akan percaya?

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH

Ko kalau nak karang ayat bekap Ismail pun biar cerdik sikit. Ini menampakkan lagi kebodohan Ismail dan menteri2 sedia ada. Kabinet tak pernah bincang? Kenaikan tanpa kelulusan kabinet? SPAD bawah sapa bahlol?


Rujukan : http://www.spad.gov.my/ms/mengenai-spad/bidang-kuasa-dan-fungsi

Aduh-aduh sayang. Nak tipu pun tengok la dulu website SPAD tulis apa. Terang2 tulis dibawah pemantauan Najib kot. Di bawah pemantauan Najib maksudnya under JPM la kan. Dah tu mana mungkin kabinet tatau tentang kenaikan tambang dan sebagainya kalau dah organisasi SPAD tu sendiri tertakluk kepada arahan dan kelulusan perdana menteri kau sendiri.

BODOH!!!!!!

KAH KAH KAH

Ahhh. Mungkin kah Ismail Sabri tatau sebab Najib buat keputusan sendiri ek?

Mesyuarat kabinet tak dimaklumkan ke? Najib = kuasa veto = kuku besi = diktator?

Ini nak memalukan Najib Razak pula ke macam mana?

P mai p mai korang tetap terkena gak kot. Hujah makan diri neh.

KAH KAH KAH 

KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH

Oke, selepas berbual apa tah dengan Ismail Sabri di PWTC, Syed Hamid Albar macam bengkek sikit then update status di bawah neh ;
 
Hari ini saya berada di pwtc dan bertemu dengan seorang menteri yang cukup sombong dan menunjukan jawatan nya di khalayak orang ramai. Kasar dan kurang sopan . Kalau saya pengundi saya tidak akan mengundi menteri macam ini. Buat orang benci pada kerajaan saja...pada hal masa saya menteri dia tidak ada jawatan pun,

Status tu riuh. Sampai sekarang masih ada.

Rujukan :  https://www.facebook.com/hameedalbar/posts/1175928372424852

Kemudian, penyokong2 Ismail Sabri pula buat status sokong menteri dorang. Status tu pun riuh gak. Macam biasa. Geng2 Syed Hamid Albar bekap Syed Hamid Albar. Geng2 Ismail Sabri bekap Ismail Sabri.

Rujukan :  https://www.facebook.com/100000268067430/videos/1100336596651932/?pnref=story

Sebenarnya apa yang geng2 SPAD dan geng2 Ismail Sabri neh tatau ialah baik SPAD mahupun Ismail Sabri dua-dua dipertanggungjawabkan dan layak dipersalahkan dalam isu kenaikan tambang. Ini bukan satu geng salah, satu geng betul. Ini cerita kedua-dua geng tersebut bersalah dengan cara tertentu.

Cuba baca alasan Syed Hamid Albar jap ;

 
Terang-terang dia sebut disitu. SPAD kemukakan cadangan jika ada permintaan. Sepatutnya, jangan.

Kau cari dulu alasan dan kaji dulu sebabnya. Apakah wajar permintaan tersebut dituntut atau masih ada penyelesaian lain.

Kalau kita tengok di paper, SPAD neh macam jurucakap pengusaha2 pengangkutan awam pun ada. Mewakili majikan berbanding pengguna. Itu yang kadang-kala aku macam confuse. Tengok jawatan sepatutnya suara kita yang dia utamakan. Tetapi suara pengusaha-pengusaha besar yang dia lebihkan. Apa daaa.

Then tambah dia lagi ;


 

Terang2 dia sindir Ismail Sabri neh. Ismail dok dalam kabinet dan dia tahu? Telur penyu atas pingan sendiri yang dah kena kopek pun dia boleh tak perasan mungkin kah isu kenaikan tambang yang dibincangkan dalam mesyuarat kabinet dia terlupa atau 'tak cam'?

KAH KAH KAH

Sorry, perkara neh kelakar sangat. Untuk Ismail kata kabinet tak setuju itu bermaksud Ismail tembak Najib walaupun sasaran dia SPAD. Nampak tak? Itu la pasal lainkali duduk berbincang la cari alasan supaya korang tak nampak macam badut dihadapan rakyat.

KAH KAH KAH

Tapi aku tak pelik pun. Najib sendiri menyalahkan Mahathir dalam isu kenaikan ERL walaupun dia yang luluskan. Aku ingat lagi dalam berita tv3 yang aku tengok.

Point Najib ;

1. Saya jadi menteri, 14 tahun saya tak setuju kenaikan tambang.

2. Perjanjian dibuat pada tahun 1997.

3. Tapi bila kita tak naik, kita tanggung pampasan.

4. Perjanjian bukan berdasarkan kepada jumlah traffik.

Ini point-point nak menyalahkan Mahathir, which is partly true la juga. Tetapi takan kerajaan takde kuasa nak kaji dan modified langsung? Sikit pun takde kuasa ke atau memang sengaja taknak mencari jalan untuk menggunakan kuasa tersebut?

Kesimpulannya, macam aku sebut tadi la. P mai p mai tang tu juga. Salahkan Mahathir ka Najib ka Syed Hamid Albar ka Ismail ka kabinet ka SPAD ka sapa ka, tetap la yang pegang kuasa tu BN dan UMNO kan? So salah siapa? Tetap tak boleh lari dari menyalahkan UMNO BARISAN NASIONAL kan?

KAH KAH KAH 

KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...