Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 16 Ogos 2018

Cadangan Kenakan 'Cukai Coke', Tony Pua Ditibai Netizens Kaw-Kaw.

Politik |Ia hanyalah cadangan dengan menyebutkan coca cola sebagai contoh, namun Ahli Parlimen Damansara, Tony Pua dikritik bertubi-tubi oleh netizens.


Tony Pua dalam satu kenyataan yang tersiar di Buletin TV3 berkata kerajaan sedang mempertimbangkan untuk memperkenalkan beberapa cukai baru bagi membantu membayar semula wang tuntutan cukai GST.

"Misalnya, saya boleh sebut, katakan kita nak laksanakan cukai soda, macam cukai (atas) Coca-Cola, ia ada dua komponen.

"Pertama ia dapat beri sedikit hasil kepada kerajaan. Ia (juga) tidak membebankan golongan B40 sebab (mereka) tak perlu minum Coca-Cola.

"Pada masa sama, kita boleh menggalakkan kehidupan yang lebih sihat,"
katanya seperti dipetik Buletin Utama TV3.
 

Menurut Tony lagi, bagaimanapun kerajaan akan meneliti kesemua cadangan bagi memastikan kerajaan hanya akan melaksanakan yang terbaik buat rakyat.

"Kesemuanya sedang diteliti dan disemak supaya kita dapat laksanakan cadangan yang paling baik untuk rakyat," katanya lagi.

Di ruangan komen Malaysiakini, nampaknya netizens tidak dapat menerima kenyataan Tony Pua itu apabila rata-ratanya mengkritik dan memperli pegawai khas kepada Lim Guan Eng itu.





Meskipun minuman ringan seperti soda mendatangkan kemudaratan ke atas tubuh badan manusia, namun minuman seperti itu selalunya diminum oleh rakyat biasa. Ianya tiada beza dengan menggenakan cukai GST ke atas minuman soda.

Nampaknya dengan membatalkan GST bukan sahaja mengembalikan SST, bahkan kerajaan mahu menambahkan beberapa cukai baru. Apakah cadangan ini dipersetujui oleh rakyat agaknya? - 16 Ogos 2018.


Sembang Kencang Saifuddin 'Tiada Lagi Duta Dari Ahli Politik' Makan Diri, PH Uturn Lagi.

Politik | Pakatan Harapan sekali lagi dipertikaikan kerana membuat pusingan U mengenai perlantikan duta ke luar negara.

Pada 9 Julai 2018, Saifuddin Abdullah direkodkan berkata perlantikan duta dibawah kerajaan baru Pakatan Harapan tidak akan dipegang oleh ahli-ahli politik.

Berita Harian : Kementerian Luar membuat ketetapan tiada lagi ahli politik akan dilantik menjadi duta seperti dilakukan oleh pentadbiran sebelum ini.

Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah, berkata sebaliknya pelantikan duta kini akan dibuat dalam kalangan pegawai yang berminat serta tahu berkenaan tugas sebagai duta.

"(Duta) Mesti daripada kalangan diplomat yang terlatih dan mampu menjalankan tugas mereka dengan baik.

"Ini juga cara mengelakkan (masalah) politik berlaku," katanya.

Bagaimanapun pada 12 Ogos 2018, Malaysiakini melaporkan;
Pengerusi DAP Tan Kok Wai kini ialah Duta Khas negara ke China yang baru, menurut laporan media tempatan.

China Press melaporkan Tan mengesahkan pelantikan tersebut yang berkuatkuasa pada 1 Ogos ini.

Tan menggantikan bekas presiden MCA, Tan Sri Ong Ka Ting yang menjadi duta khas ke China di bawah pentadbiran BN yang terdahulu.

Tan berkata keutamaan beliau adalah untuk memperkukuhkan hubungan di antara Putrajaya dan Beijing.

"Malaysia dan China telah lama menjalinkan hubungan sama ada daripada segi ekonomi atau budaya.

"Justeru, jawatan saya ini datang dengan tanggungjawab yang berat,"
beliau dipetik berkata demikian.

Tindakan itu kemudiannya mengundang kritikan netizens di laman sosial. Pakatan Harapan bagaimanapun mempertahankan tindakan melantik Pengerusi DAP sebagai duta atas alasan ianya tidak bercanggahan dengan manifesto pilihanraya.

Tetapi focus sebenar kritikan netizens ialah ianya bercanggahan dengan kenyataan Saiffuddin Abdullah, dan bukannya bercanggahan dengan manifesto. - 16 Ogos 2018.

Netizens Dedah Identiti Pegawai Mat Sabu Yang Disiasat, Rafizi Diserang Pro PH.

Politik | Selepas SPRM dilaporkan sedang menyiasat pegawai khas kepada Menteri Pertahanan, Muhammad Sabu, beberapa netizens mula menjalankan siasatan sendiri dengan mencari maklumat mengenai individu yang dimaksudkan.

Daniel misalnya telah mendedahkan beberapa butiran mengenai individu yang disiasat menerusi akaun Facebooknya semalam, seperti gambar dan dokumen pengisytiharan muflis. (AW telah menutup ruangan nombor kad pengenalan dan alamat kerana terikat dengan akta perlindungan data).


Ini susulan dari kenyataan media Rafizi yang turut mendedahkan 4 butiran pembayaran yang kesemuanya berjumlah rm800,000 bagi membebaskan pegawai khas Muhammad Sabu yang dikenali sebagai Mohd Azhar Bin Che Mat Dali dari status kebankrapan.

Pihak kami dimaklumkan, satu-satu penjawat awam tidak boleh diisytiharkan sebagai muflis jika mahu dilantik ke dalam kerajaan.

Semakan kami di portal https://www.comparehero.my/blog/apa-anda-perlu-tahu-tentang-muflis-di-malaysia menyatakan;

"Individu muflis tidak dibenarkan bekerja dalam profesion tertentu yang mempunyai sekatan yang dikenakan oleh persatuan professional atau pihak berkuasa. Contoh pekerjaan yang individu muflis tidak boleh bekerja adalah:
 

๐Ÿ‘‰ Peguam 
๐Ÿ‘‰ Juru Ukur 
๐Ÿ‘‰ Akauntan
๐Ÿ‘‰ Doktor

Selain daripada itu, individu muflis juga tidak boleh dilantik sebagai pengarah syarikat. Individu muflis tidak boleh memiliki perniagaan atau menjadi sebahagian daripada pemilik perniagaan. 


Jadi setelah muflis, individu tersebut tidak boleh melakukan sebarang perniagaan," tulis portal itu.

Malahan di portal rasmi kerajaan : http://www.mdi.gov.my/index.php/ms/faqs/bankruptcy juga tidak menyatakan apa-apa larangan terhadap mana-mana individu yang diisytiharkan muflis dari bekerja di sektor awam secara tegas.


Bagaimanapun pihak kami tidak menolak ia mungkin melanggar etika keprofesionalisma bagi penjawat awam yang terbabit.

4 bayaran yang didedahkan oleh Rafizi adalah seperti berikut;

"Penyata insolvensi bagi kes bernombor sama (29-3936-07/2013) menunjukkan 4 bayaran besar dimasukkan dalam tempoh 2 hari," tulis Rafizi Ramli.



30 Mei 2018 : 318,525,00
30 Mei 2018 : 100,000.00
30 Mei 2018 : 300,000.00
31 Mei 2018 : 100,800.00

Rafizi membuat kenyataan alasan crowdfunding adalah tidak boleh diterima, bagi mempertikaikan kredibliti individu berkenaan.


Meskipun menuntut penjelasan lanjut dan kes sedang disiasat SPRM, sesetengah penyokong Pakatan Harapan nampaknya tidak senang dengan perbuatan Rafizi;


Azizul Saat : Maaf tuan Rafizi. Sprm sedang siasat pembantu Tuan Mat Sabu. Biarkan lah SPRM siasat. Tuan tidak perlu bising sangat. Saya nak tanya yang Tuan tu biarkan pembantu tuan memfitnah Tun itu kenapa? Tuan tak nak bising pada pembantu tuan ke? Tuan tahu tak Nabi Muhammad saw ajar, memfitnah ni dosanya lagi besar dari dosa membunuh? Tuan langsung tidak ada rasa sedikit pun takut pada perbuatan dosa kepada Allah ke? Nak beritahu tuan dan orang pkr. Kreativiti strategi membuat fitnah itu adalah perkara korupsi. Kalau tuan tidak mahu tegur dan ubah cara itu. Rakyat akan ubah Tuan dan Kroni tuan.. Seperti mana rakyat ubah umno dan pas.. Jika bukan fitnah sila kemukakan bukti.. Kami Nak lihat bukti Tun salah.. Sekian.

Shah Putra : Patutnya masa PH menang rafizi kena cek awal-awal lagi.. Baru sekarang semua YB nak cari salah lingkup la PH. Kenapa Rafizi tak siasat je Tun kan lagi senang. Elok YB Rafizi jadi menteri pertahanan atau MB besar je baru rakyat boleh tengok cara YB urus.. ini tau nak hentam.

Amir Hamzah : Memang betul jika nak pastikan dan sentiasa pantau orang-orang sendiri. Tapi biarlah berperingkat setelkan dulu siasat kroni-kroni BN. Diorang tak terjejas sikit pun walau pun banyak pendedahan dah buat. Fikir dan cuba selesaikan. Adakah puncanya penguatkuasaan tal pandai ke apa ke. Kamu orangkan banyak link dalam kerajaan sekarang. Ke adakah tujuan pendedahan sebelum ini hanya untuk PRU je. Lepas menang PRU pakat senyap. Gunakanla kebolehan diri buat perkara yang hebat dari merosakkan reputasi sendiri. Sebab banyak mende dah nampak macam fitnah.

Rina Irina : Yang kau sibuk tak dapat jawatan tu apa nya, nak pecah belah kan parti. Patutlah kamu tak layak terima jawatan apa apa dari kerajaan kerana perangai kamu sendiri.

Al Kerrango : Maknanya dia dah bankrap lama. Masa jadi pegawai khas atau penyelaras dun pun dah bankrap. Mcm mana pula masa tu saudara YB tak bantah dan biarkan sahaja penang bayar gaji dia sebagai penyelaras dun.

Mokhtar Ahmad : Inilah orang yang nak popular cari isu konon hero. Tak ada langsung bantu bangunkan negara. Orang sibuk betulkan negara dia sibuk nak pangkat dan kuasa. Mudah-mudahan Azmin menang.


Di portal Sabahkini2, sebuah portal berita pro pembangkang, melaporkan sekurang-kurangnya terdapat 12 pihak yang didakwa menyumbang, mengumpul dana dan memberikan pinjaman kepada pegawai khas Menteri Pertahanan bagi membantu beliau bebas dari status kebankrapan, seperti yang didedahkan SPRM.

Sementara itu dalam perkembangan yang sama, Timbalan Menteri Pertahanan, Liew Chin Tong mempertikaikan tindakan Rafizi yang tidak berhubung dengannya bagi mendapatkan penjelasan atas perkara yang dibangkitkan.



“Rafizi boleh sahaja menelefon. Beliau juga boleh menghubungi saya, menteri atau individu yang dirujuknya untuk penjelasan,” katanya.

“Saya rasa tidak perlulah perbicaraan di media. Tiada keraguan, kita membenarkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat siasatan,” jelasnya lagi. - 16 Ogos 2018.

Menteri Hadir Majlis Syarikat MLM, Adakah KPDNKK Dah Iktirafkan Pad Jimat Elektrik Soal Netizens.

Sosial Media | Tular di laman sosial seorang pengguna yang bernama Aida Nasir didakwa telah 'melelong' dan menjaja nama KPDNKK dengan mengaitkan kehadiran menteri ke satu majlis meraikan usahawan yang dianjurkan oleh syarikat itu sebagai satu bentuk pengiktirafan rasmi dari kerajaan.


Perkara itu didedahkan oleh PW Community malam tadi, sebuah kumpulan yang aktif menentang MLM sejak beberapa tahun kebelakangan ini, terutamanya syarikat yang dikaitkan dengan skandal penipuan ke atas pengguna.

Gambar - PW Community

"Menteri KPDNKK dan KPDNKK-Laman Rasmi dah kena lelong ni.. 

Kan kami dah bagitau. Memang akan dijaja nama tu nanti. Siap beritahu KPDNKK intiraf produk mereka (siap dengan gambar menteri). 

Jadi, sanggupkah Tuan Saifuddin Nasution Ismail mengiktiraf produk mereka dan dakwaan-dakwaan karut yang pad boleh jimatkan elektrik, rawat migrain, cegah kanser dan lain-lain tu? Jika tidak sanggup, moleklah jika dibuat penafian tentang perkara ini. 

Tuan Menteri kena ingat, pengundi-pengundi tuan menteri pun ramai yang di kalangan insan-insan cerdik. Jadi, jangan kecewakan mereka," tulis pentadbir halaman itu.


Semakan di laman sosial mendapati Aida Nasir masih mengekalkan post tersebut namun perkataan pengiktirafan telah ditukarkan kepada kelulusan.

Setakat ini KPDNKK dan Saifuddin Nasution belum lagi mengeluarkan apa-apa kenyataan rasmi mengenai perkara ini. - 16 Ogos 2018.

Rabu, 15 Ogos 2018

Memalukan, Menfitnah, Kapar Perlu Minta Maaf - SU Zuraidah.

Berita Harian | Tindakan Ahli Parlimen Kapar, Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah kepada kepemimpinan tertinggi PKR termasuk Ketua Wanitanya, Zuraida Kamarudin disifatkan melampau dan tidak bertanggungjawab.


Setiausaha Politik kepada Zuraida, Nor Hizwan Ahmad, berkata Abdullah Sani perlu segera memohon maaf kepada semua ‘mangsa’ fitnahnya termasuk Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

“Tindakan beliau (Abdullah Sani) mengeluarkan kenyataan fitnah terhadap pimpinan Pakatan Harapan (PH) jelas satu pengkhianatan kepada semangat reformasi dan aspirasi Malaysia Baharu.

“Serangan peribadi terhadap Zuraida dan Azmin yang dikeluarkan oleh beliau dan isterinya, Datin Faezah Ariffin memalukan PH serta PKR yang masih baharu mentadbir negara ini.


“Lebih memalukan apabila Abdullah Sani menuduh Dr Mahathir dan Tun Daim Zainuddin berkonspirasi menghalang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri, ” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Nor Hizwan berkata, Abdullah Sani seolah-olah keliru dengan aspek perundangan kerana meminta mangsa fitnah membuktikan tuduhan dilemparkan beliau sebagai tidak benar.

“Di Malaysia, beban pembuktian terletak atas yang menuduh dan bukannya yang dituduh.

“Jika sebegini pemikiran Abdullah Sani, sewajarnya kepemimpinan beliau sebagai pemimpin apatah lagi seorang Ahli Parlimen boleh dipertikai,”
katanya.

Bagaimanapun usaha NSTP untuk mendapatkan maklum balas Abdullah Sani gagal.

Abdullah Sani sebelum ini dipetik berkata Dr Mahathir dan Daim didakwa mendalangi konspirasi untuk menghalang Anwar daripada menjadi Perdana Menteri.

Beliau mendakwa Azmin turut bekerjasama dengan Daim bagi menghentikan peralihan kuasa yang dipersetujui oleh PH sebelum ini.

Dalam pada itu, beberapa penyokong PKR yang enggan dikenali berkata, tindakan Abdullah Sani dianggap tidak profesional dan dikhuatiri membinasakan PH.

“Jika beliau berterusan ‘menyerang’ kepemimpinan PKR, ia akan menimbulkan perpecahan kepada parti.

“Ia bukan hanya kepada PKR, malah membabitkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia berkaitan tuduhan kepada Dr Mahathir,”
katanya.  - 15 Ogos 2018.

Bagan Serai Nafi Akan Kosongkan Kerusi Untuk Anwar Ibrahim.

Free Malaysia Today | Ahli Parlimen Bagan Serai Datuk Dr Noor Azmi Ghazali Azmi menafikan beliau mahu melepaskan kerusinya bagi memberikan laluan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding pilihan raya kecil (PRK).

Menurutnya, beliau tidak pernah bertemu dengan Presiden PKR tersebut.



Azmi Ghazali
“Saya tak pernah bertemu dengannya (Anwar). Tak dihubungi oleh sesiapapun.

“Setakat ini saya ahli parlimen bebas dan fokus saya Bagan Serai,”
katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Sebelum ini, FMT memetik sumber berkata Anwar yang mahu kembali ke Dewan Rakyat melalui PRK sedang menyasarkan sebuah kerusi Parlimen di Perak.

Sumber itu berkata, bekas ketua pembangkang itu mungkin bertanding di kerusi yang dimenangi ahli Parlimen bebas atas tiket Barisan Nasional (BN) pada PRU14 lalu.

Sumber itu berkata, ahli parlimen bebas berkenaan menemui Anwar dan menawarkan diri untuk meletak jawatan bagi memberi laluan kepada presiden PKR itu.

Selain Noor Azmi, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal juga ahli parlimen bebas di Bukit Gantang.

Mengulas lanjut, Noor Azmi berkata beliau juga belum lagi mahu menyertai mana-mana parti politik.

Pada 24 Jun lalu, Noor Azmi mengumumkan keputusan meninggalkan Umno dan menyokong Pakatan Harapan (PH).

Katanya, beliau dipinggirkan Umno Bagan Serai dan tidak pernah diterima ahli bahagian sepanjang 5 tahun menjadi ahli parlimen.

Azmi berkata, beliau akan menjadi ahli parlimen bebas, tetapi bercadang menyertai PPBM yang diketuai Tun Dr Mahathir Mohamad. - 15 Ogos 2018.

Rafizi Dedah 4 Bukti Bayaran, Alasan Derma Untuk Bayar Hutang RM800K Tak Boleh Diterima Katanya.

Malaysiakini | Naib Presiden PKR Rafizi Ramli mendedahkan lebih maklumat berhubung kes melibatkan pegawai kanan Menteri Pertahanan Mohamad Sabu.

Bekas anggota parlimen Pandan itu mendakwa diberitahu bahawa jumlah yang digunakan untuk membebaskannya daripada status muflis diperoleh melalui biaya khalayak (crowdfunding).


Beliau turut melampirkan dokumen bayaran berjumlah RM800,000 itu dalam kenyataannya hari ini, menunjukkan pegawai itu didakwa menerima empat bayaran "meragukan" berjumlah RM318,525; RM100,000; RM300,000; dan RM100,800, dalam masa dua hari iaitu pada 30 dan 31 Mei 2018.

"Alasan yang sampai kepada saya ialah wang ini hasil daripada biaya ramai yang diusahakan untuk melepaskan pegawai tersebut daripada status muflis.

"Saya sukar menerima alasan ini keraa saya tahu seorang lagi pemimpin AMANAH yang belum berjaya mengumpul dana mencukupi untuk membayar saman ke atasnya, sedangkan beliau lebih dikenali daripada pembantu Mohamad Sabu,"
katanya.

Beliau mengulas laporan Malaysiakini semalam berhubung pegawai tersebut yang kini disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan dakwaan menerima RM800,000 daripada beberapa pihak untuk menyelesaikan hutangnya.

Sumber mendakwa pembantu itu telah diisytiharkan muflis oleh Jabatan Insolvensi kira-kira empat tahun lalu, tetapi hutangnya diselesaikan hanya beberapa hari selepas Mohamad mengangkat sumpah sebagai menteri.

SPRM menyiasat sama ada hutang itu diselesaikan dengan niat mendapatkan projek sebagai balasan, kata sumber itu lagi.

Hari ini, Mohamad berkata beliau mengalu-alukan siasatan SPRM dan tidak akan berkompromi dalam soal integriti.

Beliau berkata akan memberikan kerjasama penuh terhadap SPRM dan pegawainya perlu dibawa ke mahkamah jika terdapat cukup bukti tentang dakwaan itu. - 15 Ogos 2018.

Kita Umat Islam Asyik Kena Pukul Jer - Lukman Sheriff.

Ulasan | Lukman Sheriff
 

Kena pukul aje.

Saya berada di dalam seminar di mana YB Fuziah dan Ambiga berada di atas pentas yang sama.

YB Fuziah menjelaskan isu LGBT. Beliau bagus menyatakan dengan tegas yang haram tetap haram. Tetapi dalam kes transgender pendekatan beliau adalah lebih inklusif dan “engaging” dari kerajaan terdahulu. 





Beliau menerangkan bahawa kita mesti compassionate dan merujuk kepada konsep “rahmatan lil ‘alamin”. Rahmat ini nilai yang penting dalam Islam kata beliau dan kita kena mengambil kira ugama dan bangsa lain.

Saya menunggu aje jawapan Ambiga. Pada sesetengah Muslim pendekatan rahmatan lil ‘alamin adalah satu pendekatan yang terbaik dan bertimbangrasa pada semua. Tetapi seperti yang saya jangkakan Ambiga terus terang mengatakan rahmatan tak relevan dan bukan isunya. Walaupun “compassionate” itu satu yang baik tetapi pokoknya adalah pengiktirafan hak transgender yang kita semua mesti menerima. Maka bertepuklah dewan.

Sama juga dengan isu child marriage. YB Fuziah menerangkanlah SOP sekarang akan diperketatkan lagi untuk menjaga kepentingan semua. Ambiga menjawab mudah. No child marriage full stop. Yang lain tak penting. Tepuk lagi.

Apa yang terjadi ialah kita cuba mencari penyelesaian jalan tengah tetapi mereka sikit pun tak pertimbangkan dan berganjak. Sebab itu kena pukul aje. Pada saya, sebagaimana yang dinyatakan sebelum ini, adalah lebih baik kita berpendirian tetap dan teguh. Orang boleh hormati pendirian kita. Kalau mereka tidak mahu berkompromi buat apa kita hendak berkompromi. Makin lama yang tergadai hanya maruah (dignity) dan nilai kita.

Kita mesti berkata dengan tegas bahawa nilai budaya kita berlainan dan bertentangan. Nilai kita tidak semesti kena sama. Our social values and personal laws differ and we hold fast to our values. Takkan di dalam dunia ini ada satu nilai yang sama sahaja? Setiap ethnik berhak menetap sendiri “their own personal law and values”. 


Orang Muslim sendiri yang berhak menentukan ugama dan nilai mereka. Kenapa orang luar yang hendak menilai apa yang baik untuk agama kita seperti yang dicadangkan oleh professor kangkung Tajuddin.

Ramai kena faham bahawa medan pertempuran kini adalah di alam media dan bukan di medan perang. Di sini pertembungan ideologi amatlah “intense” dan kuat. Bertubi-tubi Islam diperlekehkan dan dikutuk sehingga berjaya mengambarkan Islam itu militan dan teroris. 


Walaupun hampir semua umat islam tidak begitu, naratif itu sentiasa dimomok sehingga ramai di antara kita sendiri memvalidasikannya. 

Jadi misalnya kita dijangka untuk meminta maaf ke atas keganasan oleh mana-mana umat islam yang kita tidak kenal di pelusuk dunia yang kita tidak tahu. Kalau tidak kita dianggap mendokong keganasan. 

Kenapa begitu dan terpakai untuk orang islam sahaja? Ini adalah kerana media telah berjaya melonggok semua umat islam sebagai satu puak yang suka membunuh. 

Naratif islamofobia yang selektif ini pada saya bukan suatu yang tidak sengaja tetapi dibuat dengan niat jahat dan teratur. 

Lihat sahaja bagaimana media mendekati isu Palestin untuk memahami isu pendekatan media. Israel yang melakukan keganasan “ethnik cleansing” dipuji melambung dan yang ditindas dipersalahkan.

Maka amatlah penting di dalam pertembungan di media kita sendiri memberi gambaran yang sebenar dan tegas. Tidak perlu apologetik. Kita laungkan pendirian kita. Ramai antara mereka mempunyai niat yang tetap dan hanya dengan pertembungan yang tegas boleh mengatasinya. Sifat melayu yang malu atau tidak mahu membangkitkan isu mesti dikikis. 


Kalau tidak kita akan sentiasa dipijak. Kita sentiasa tegas dengan pendirian kita dengan hormat tetapi jelas. Bila perlu lagi agresif kita pun begitu. Yang pokok jangan apologetik yang tidak membawa manfaat.

Ini saya akui bukan senang disebabkan budaya kita yang lebih suka merendah diri dan bersopan. Termasuk juga saya. Tetapi ia perlu dilakukan. - 15 Ogos 2018.

Pensyarah UKM 'Checkmate' Janji 100 Hari Pakatan Harapan.

Ulasan | Abdul Muein Abadi (Penulis ialah Pensyarah Program Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM))


100 HARI PAKATAN : 100 FAKTA

1. Harga Minyak tidak diturunkan walau satu sen sedangkan harga minyak dunia menurun

2. Satu Tol pun masih tidak dimansuhkan, malah masih tiada rancangan pemansuhan


3. Hutang yang dipaksa ke atas peneroka FELDA masih tidak dihapuskan sama sekali

4. Harga ubat tidak diturunkan dengan signifikan

5. Tarif elektrik dirancang untuk dinaikkan

6. Gaji kakitangan awam enggan dinaikkan

7. Gaji minimum tidak serius diperkasakan

8. Tiada Inisiatif Peduli Sihat

9. Cukai SST 10% campur 6% bakal melonjakkan harga barang dan membebankan rakyat

10. Klinik komuniti ada yang ditutup

11. Dari segi fokus mengurangkan jurang antara kaya-miskin, tiadanya cukai ke atas orang kaya seperti ‘Higher income tax’

12. Tiada usaha untuk laksanakan ‘Capital gain tax’

13. Tiada usaha untuk laksanakan ‘inheritance tax’ ke atas orang kaya yang mewariskan kekayaan kepada anak mereka – lalu yang kaya semakin kaya, yang miskin makin miskin

14. Insurans wajib masih samar dan bakal bebankan golongan B40

15. KPDNKK perlu lebih proaktif dengan mekanisme pencegahan inflasi terbaharu

16. Harga rumah perlu diturunkan dengan agresif.

17. Menteri perlu berhenti mendedahkan situasi pertahanan dalaman negara seperti jumlah Sukhoi yang boleh beroperasi

18. Menteri perlu berhenti merendahkan kedudukan semasa ketenteraan negara sebagai paling lemah di Asia Tenggara sedangkan fakta tidak sedemikian

19. Pembocoran Surat MEIO kepada CIA tidak boleh diulangi kerana beri kesan kepada perisik negara

20. Kes P. Ramasamy dan pengganas LTTE perlu ditangani dengan lebih tegas

21. Pendekatan Unilateral seperti menamatkan KSCIP tanpa rundingan dengan Arab Saudi perlu dielakkan pada masa hadapan

22. Kemaraan China di Laut China Selatan wajib diambil serius, tidak cukup sekadar nasihat kepada kuasa besar – strategi yang ampuh perlu dirangka segera.

23. Menteri Luar tidak perlu buka ‘kotak Pandora’ dengan menandatangani semua Konvensyen Hak Asasi Manusia

24. Visi baharu Malaysia dalam ASEAN dan OIC perlu dibentangkan, setakat ini tiada beza dengan kerajaan terdahulu

25. Menteri MITI perlu cekap tangani Perang Perdagangan Amerika-China, setakat ini cuma tunggu dan lihat, tidak proaktif

26. Tindakan menyerah Pulau Batu Puteh begitu sahaja kepada Singapura jangan diulangi dalam kes rundingan HSR dan semakan harga air.

27. Isu pengisytiharan Israel negara ‘Bangsa Yahudi’ tidak dihadapi dengan agresif oleh kerajaan - sekadar mengeluarkan kenyataan mengkritik

28. Menteri perlu cermat dalam melontarkan pandangan seperti isu istilah ‘Hifz Din’

29. Menteri jangan apologetik dalam isu LGBT

30. Dr. Ilyani yang jelas mengatakan kebenaran diberikan ingatan, tidak dijemput untuk sesi penerangan oleh mana-mana Menteri sama sekali. Golongan LGBT sebaliknya lebih disantuni Menteri.

31. Menteri bukan Islam tidak sepatutnya perkecilkan usaha pakaian patuh Syariah

32. Menteri perlu segera memohon maaf apabila ter’celupar’ seperti dalam isu tuduhan Melayu ‘Pendatang’

33. Kenyataan akhbar tidak perlu lagi diedarkan dalam Bahasa Mandarin dan Bahasa Tamil

34. Tidak seharusnya Perdana Menteri arahkan PDRM menggunakan Bahasa Inggeris dalam taklimat

35. Masih tiada pelan penghapusan monopoli Astro

36. Kenyataan akhbar para Menteri yang lemah dan bermasalah dari segi fokus dan penyampaian.

37. Tarik-tali pengiktirafan Sijil UEC jangan lagi diulangi

38. Janji 30% wanita dalam kabinet seharusnya ditepati.

39. Pengurusan aset negara perlu dibebaskan daripada retorik politik seperti kes memburukkan Khazanah di bawah Tan Sri Azman Mokhtar – sedangkan beliau berjaya memacu Khazanah melonjakkan nilai kepada RM82 bilion sejak 2004


40. Jadikan pengajaran Khazanah hilang RM2 bilion dalam satu malam – jangan jadikan amalan memburukkan profesional dan pakar yang telah banyak menyumbang demi laba politik

41. Reformasi institusi juga terencat dengan pelantikan Tun Mahathir sendiri menjadi Pengerusi Khazanah

42. Tambah terencat dengan pelantikan Azmin Ali sebagai Pengarah Khazanah – dituduh ‘kartel’ oleh calon Timbalan Presiden PKR sendiri iaitu Rafizi Ramli

43. Tiada rancangan pemerkasaan kontraktor kecil Bumiputera secara komprehensif setakat ini

44. Kawasan parlimen pembangkang dianaktiri dengan peruntukan RM100k berbanding Pakatan (RM500k). Seluruh negeri Pantai Timur terkesan dengan agihan yang tidak adil ini.

45. Rancangan alternatif monopoli beras BERNAS masih perlahan

46. ‘Tarik-tali’ royalti petroleum kepada 4 negeri yang memerlukan untuk memangkin pembangunan: Sabah, Sarawak, Terengganu, dan Kelatan.

47. Penoreh getah belum dibantu dengan agresif dan komprehensif.

48. Dari sudut tadbir urus pula, keseluruhan kabinet kerajaan Pakatan perlu segera untuk isytiharkan harta secara terbuka

49. Sesetengah Timbalan Menteri perlu berhenti daripada lebih sudu dari kuah berbanding Menteri

50. Anggota Majlis Penasihat Kerajaan (CEP) tidak wajar memonopoli jawatan ekonomi politik

51. Suruhanjaya Siasatan Diraja MARA, FELDA, Tabung Haji perlu ditubuhkan

52. Reformasi struktur MARA, FELDA, dan Tabung Haji tidak perlu dilengahkan

53. Amalan mengutus individu bukan eksekutif seperti Tun Daim ke China, mengetepikan Menteri Luar dan Menteri Kewangan, perlu dihentikan

54. Amalan ‘bulldozer’ di Parlimen seperti kes SST perlu dihentikan.

55. Dana kebajikan bekas atlet tidak diperkasa hingga tiada pendaftaran baharu boleh dibuat, hanya untuk menampung bekas atlet sedia ada sahaja

56. A Kadir Jasin yang disiasat kerana dedah perbelanjaan dan isteri YDPA dilantik Penasihat PM

57. Dalam sektor pendidikan pula, mekanisme bagi menangani isu ‘Guru Duka Lara’ belum komprehensif

58. MyBrain dan MyPhD perlu dihidupkan kembali untuk merancakkan penyelidikan dan pembangunan (R&D) negara

59. ‘Tarik-tali’ Peminjam PTPTN wajib dihentikan

60. Pelan jangka panjang dan sederhana TVET masih kabur

61. Reformasi Universiti Awam (UA) masih tidak kelihatan

62. Tiada rancangan Revolusi Industri 4.0 Pakatan

63. Isu ‘Kiri’ dan ‘Komunisme’ dalam silibus Sejarah perlu ditangani dengan cermat oleh jawatankuasa pakar Sejarah, NGO, dan intelektual awam.

64. ‘U-Turn HSR’, jejas imej negara di Singapura

65. ‘U-Turn ECRL’, jejas kredibiliti kerajaan dalam mengimbangi kepentingan nasional dan hubungan dengan China

66. Menteri Industri Utama masih tiada rancangan jangka panjang yang komprehensif

67. Tidak telus soal pinjaman dari Jepun, rakyat wajar dimaklumkan secara terperinci

68. ‘U-Turn’ MRT3 yang amat diperlukan di bandar

69. Pengerusi DAP Tan Kok Wai jadi Duta Khas ke China, sedangkan selama ini mengkritik amalan melantik Duta Khas atas dasar politik

70. Menteri Hal Ehwal Ekonomi tidak bercakap benar tentang pertemuan dengan pegawai Singapura untuk rudingkan HSR

71. Tiada keberanian untuk saman kes tuduhan RM18 bilion tuntutan GST ‘dicuri’

72. Tiada perkembangan siasatan kes Taib Mahmud

73. Tiada perkembangan kes rasuah Azmin yang dilapor Rafizi

74. DAP Pulau Pinang teruskan projek PIL-1 di sebalik bantahan penduduk

75. Tiada perkembangan jelas kes Banglo Lim Guan Eng

76. KWSP Suri Rumah agak lewat dilaksanakan

77. Tidak telus dalam mendedahkan pegawai khas Menteri untuk berurusan dengan rakyat

78. Menteri dan Timbalan Menteri yang kurang wibawa – portfolio yang tidak padan dengan taraf pendidikan

79. Menteri hanya umumkan agihan pembangunan luar bandar untuk negeri Pakatan sahaja

80. Peruntukan khas RM10 juta kepada Kedah ditadbir Mukhriz Mahathir setiap tahun. Bagaimana dengan negeri-negeri lain?

81. RM2-3 juta sebulan untuk selenggara kapal mewah Equanimity seharusnya disalurkan kepada lebih 50 ribu nelayan dan penoreh getah yang terkesan dengan kejatuhan harga komoditi

82. RM500,000 untuk turunkan logo ‘1Malaysia’ seharusnya disalurkan kepada golongan lebih memerlukan seperti nelayan dan penoreh getah

83. ‘U-turn’ pengharaman tukang masak warga asing

84. IRI Amerika diundang ke Pejabat PM tanpa ketelusan, tidak dimaklum kepada rakyat

85. Universiti Pertanian dicadang sedangkan UPM sudah lama wujud

86. MBM dan GPMS digelar ‘Macai Politik’ sebelum Menteri menarik balik kenyataan sedemikian

87. Pemerkasaan mahkamah Syariah dan RUU355 masih belum dirundingkan secara komprehensif

88. Kontroversi Pelantikan Ketua Hakim Negara perlu dielakkan - mengulangi persepsi campur tangan Mahathirisme dalam badan kehakiman

89. Kontroversi pelantikan Peguam Negara tidak ditangani dengan cermat

90. Lantik MB Selangor (Azmin Ali) jadi Menteri Hal Ehwal Ekonomi

91. Menteri Kewangan perlu berhenti bekerja seperti detektif semata-mata

92. Alasan hutang RM1 trillion untuk kerajaan tidak menunaikan manifesto perlu dihentikan segera, bekerjalah dengan kreatif untuk buktikan kerajaan Pakatan mampu penuhi manifesto meskipun dalam keadaan yang mencabar.

93. Berhenti salahkan kerajaan terdahulu, fokus pada usaha menjana pendapatan baharu (tenaga Solar, ‘Artifical Intelligence’ AI, Torium, mikrob, dan sebagainya).

94. Tiada koordinasi yang sinergi rentas kementerian seperti Pertanian, Industri Utama, Pengangkutan, MITI, dan Keusahawanan dalam merangka pelan ‘keselamatan makanan negara’ (Food Security).

95. Obses Tun M dengan Projek Kereta Ketiga walau ditentang ramai

96. Lemah pengurusan eksport sawit negara ke China, hinggakan China membeli sawit Indonesia secara tanpa had, dengan Kesatuan Eropah pula kaedah Kementerian Industri Utama masih ‘klise’

97. Pelan pengangkutan awam bandar dan luar bandar Pakatan juga tenggelam dek projek kereta nasional ketiga

98. Pelaburan asing masih perlu untuk ditingkatkan.

99. Mata wang Ringgit gagal untuk diperkasakan, malah tiada perancangan sistematik seperti mana yang dijanjikan di halaman 18 Manifesto Pakatan.

100. Amalan ‘umum dulu, kaji kemudian’, ‘tuduh dulu, siasat kemudian’, dan 'provok dulu, mohon maaf kemudian' amat menjejaskan kredibiliti kerajaan dan menghakis kepercayaan rakyat.

Semoga segala kritikan diterima positif untuk penambahbaikan kerajaan. Kita tidak ingin negara kita menjadi negara lemah (Weak state). Kita tidak sanggup melihat negara kita menjadi negara bacul (Pariah state). Dan kita pastinya tidak reda negara kita menjadi negara gagal (Failed State).


Gambar : Abdul Muein Abadi.

Pro UMNO Pertikaikan Maszlee Pergi Haji Naik 'Bussiness Class'.

Viral | Bagaikan paparazi, kali ini Menteri Pendidikan pula yang menjadi perhatian warga maya. 

Ini gara-gara beberapa gambar Dr.Maszlee Malik yang tersebar meluas ketika pergi menunaikan haji baru-baru ini.

Seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Mohd Firdaus Abdullah mempertikaikan menteri itu dengan membandingkan tindakan Pakatan Harapan mengutip derma tetapi apabila mahu menunaikan ibadat haji, mereka menggunakan kelas pertama.


"Rakyat disuruh jimat cermat. Dan yang paling lawak rakyat diminta untuk menderma tetapi menteri pergi naik haji guna business class. Binawe betul," tulisnya.

Semakan mendapati gambar Maszlee di dalam kapal terbang itu sememangnya merujuk kepada kelas pertama.

Terdapat pelbagai respon di post berkenaan. Ada yang bersetuju ada yang mempertikaikan.

Sesetengahnya berpendapat, menteri sememangnya perlu menggunakan 'bussiness class' dan tidak bersaing dengan rakyat biasa - berebutkan kuota kerana ia akan mengecilkan peluang pemohon biasa.

Malahan, ada yang berpandangan ia adalah perkara yang biasa memandangkan menteri tidak boleh mengambil cuti lama-lama semasa menunaikan ibadat haji, nanti dikatakan memonteng pula.

Segilintir pula beranggapan Dr. Maszlee lebih dari berkemampuan untuk menunaikan hai menggunakan bussiness class dan apa yang penting beliau tidak mencuri wang rakyat.

Yang lain pula berpendapat disebabkan tindakan sesetengah netizens pro Pakatan Harapan dulunya yang gemar memainkan dan membandingkan perkara remeh sebegini, maka ianya sentiasa menjadi isu dari semasa ke semasa untuk dipertikaikan rakyat biasa dan geng-geng pembangkang. - 15 Ogos 2018.

Jangan Celupar, Fitnah, Tak Berakhlak Berkempen Pemilihan Parti Wan Saiful Tegur PKR Kaw-Kaw.

Wan Saiful Wan Jan | Kenyataan Media

Saya tertarik dengan komen beberapa orang pemimpin PKR yang mendakwa bahawa YAB Perdana Menteri mahu menyekat Dato Seri Anwar Ibrahim daripada menjadi pemimpin negara.

Rakan-rakan dalam PKR wajar menjadi lebih beradab dalam kata-kata mereka terhadap pemimpin parti lain dalam Pakatan Harapan. 


Wan Saiful Wan Jan Ketika Ini Berada Di Mekah

Dalam keghairahan mencari jawatan dalam parti, berbicaralah mengenai hal ehwal parti sendiri dan jangan memfitnah pemimpin parti lain.

Tuduhan liar dan fitnah mungkin budaya orang lain tetapi kami dalam Bersatu diajar oleh YAB Tun Mahathir untuk menghormati semangat setiakawan dalam Pakatan Harapan. 


Dalam kami menghormati persahabatan yang dibina, janganlah pula ada pemimpin parti lain yang celupar memfitnah semata-mata kerana nafsu mahu mengejar jawatan dunia. 

Perangai buruk tidak berakhlak ini bukan budaya yang kita mahu bentuk dalam gabungan Pakatan Harapan. Jangan heret orang lain masuk ke dalam perpecahan teruk parti sendiri.

Pemimpin atasan PKR perlu tegas dalam hal ini. Mereka perlu membuktikan bahawa mereka tidak bersetuju dengan sikap yang biadap. 


Jika tidak, rakyat akan menganggap bahawa pemimpin atasan PKR meredhai fitnah dan perangai buruk yang ditunjukkan.

Wan Saiful Wan Jan
Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU)

Selasa, 14 Ogos 2018

Adik Rayu Keadilan, Abang Dipukul 'Orang Kuat' Adun Kuah, Pakatan Harapan Dikecam Netizens.

Viral | Tular di laman sosial, kononnya 'orang kuat' kepada Adun Kuah didakwa melakukan kekerasan fizikal terhadap seorang lelaki berikutan berselisihan faham mengenai ruang tempat letak kenderaan pada isnin.

Perkara itu diluahkan oleh seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Nurul Wahida.

Nurul mendakwa lelaki yang dibelasah itu adalah abang kandungnya dan kini ditahan polis meskipun tidak bersalah dalam kejadian yang diperkatakan.


Berikut adalah luahan oleh Nurul Wahida;

"Aku sebagai keluarga mangsa, biar aku yang tampil untuk cerita kes sebenar. Pada pukul 5, dekat restoran Hameed Jety. Abang aku ada perselisihan faham dengan seorang lelaki ni (nama dia Am Black). Kes dia kecik ja sebab abang aku parking kereta tepi jalan dan menghalang laluan dia then dia mengamuk marah-marah. 

Abang aku masa tu tengah cakap telefon dengan customer. Lepas tu dia gaduh-gaduh dengan abang, abang malas layan, then dia pergi. Abang ingat benda tu dah settel. 

Dalam pukul 7 dia datang bersama kawan dia (Along), masa tu abang aku tengah duduk dengan mak aku, dekat meja makan restoran Hameed. Dia datang dari belakang kilas leher abang aku, tolak dan tumbuk abang aku kat dinding sampai abang aku jatuh atas lantai, dia pijak muka abang aku. 

Mak aku ambik abang letak atas riba dia, lelaki tu boleh tumbuk bertubi-tubi atas riba mak aku, betapa kurang ajarnya hang depan mak aku hang boleh buat abang aku sampai pengsan. 

Hang boleh tanya lagi "HANG TAK KENAI KA SAPA AKU," masa tu abang aku memang dah tak sedar, bila dia bangun dia tanya mak aku kenapa dengan dia? Siapa pukul dia? 



Benda boleh settel elok-elok hang nak cari gaduh. Semua orang cakap hang orang kuat YB ADUN KUAH. Hang orang kuat ka, orang kanan ka, hang Pengawai khas YB ka, hang tak boleh suka hati nak tumbuk dan pijak anak orang sampai separuh mati. 

Hang orang kenai, kerja dengan orang yang berpengaruh, sepatutnya hang tak boleh tunjuk samseng. Buat malu saja, sekarang ni abang aku langsung tak bersalah, tapi kena tahan jugak reman..


Kesian abang aku dengan sakit-sakit, dengan kena jahit dekat bibir kena tahan lokap. Takpa ALLAH tu ada. Ada yang pujuk suruh tarik kes, kalau kami tarik kes, lepas ni mungkin akan jadi dengan orang lain. Hang tanya abang aku kan (hang tak kenai ka sapa aku?). Hang tu yang tak kenai sapa hang tumbuk. Dua orang datang serang abang aku dan abang aku tak melawan tapi abang aku kena tahan lokap jugak.




Semua orang pertikaikan kenapa abang aku kena tahan? Tapi kami tak boleh buat apa-apa. Abang mengadu sakit kepala, aku risau ada retak atau pendarahan dalaman. Sebab hospital takda buat x-ray. Semua tahu abang aku tak salah. Ramai saksi, tapi polis nak tahan jugak. Semoga polis cepat settel kes ni sebab abang aku dah teruk sangat dalam tu ☹️☹️," tulis Nurul Wahida dalam satu kenyataan di Facebooknya pada isnin.☹️,",,GasE

Rata-rata netizens yang mengulas atas post berkenaan merasa marah, geram dan sakit hati apabila membaca perlakuan dua lelaki yang dianggap samseng itu. 

Malahan Pakatan Harapan turut terpalit sama bila sesetengah netizens mengaitkan kecenderungan politik dua orang lelaki yang membelasah itu dengan parti PPBM.

Ada pihak yang mendakwa dua lelaki yang membelasah mangsa merupakan pengawal keselamatan kepada Adun Kuah, Mohd Firdaus Ahmad dan juga merupakan ahli PPBM Langkawi bagaimanapun perkara itu tidak dapat dipastikan kebenarannya setakat ini. 

Pendedahan itu juga membuatkan akaun rasmi Facebook Adun Kuah dibanjiri kritikan dari orang ramai. - 14 Ogos 2018.

tfgbvfbvfgGtISumber gambar : Nurul Wahida & Facebook.

Pajakan 999 Tahun, Penyokong Tampil Bela Tindakan MB Perak, Pertikaikan Aziz Bari & Gelarnya Sebagai Barua DAP.

Spekulasi | Di media sosial sekarang, beberapa pemain politik pro Pakatan Harapan nampaknya mempertahankan kenyataan Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Azumu bahawanya pemberian hak milik tanah sehingga pajakan 999  tahun adalah melanggar perlembagaan sedia ada. 

Berdasarkan respon-respon dari pihak ini, mereka mendakwa kononnya ada pihak mahu menyingkirkan Peja kerana menjadi batu penghalang bagi pihak tertentu mencapai sesuatu.




Cakap-cakap ini timbul kerana ada pihak yang mendesak pajakan 999 tahun diberikan kepada pihak tertentu bagaimanapun Menteri Besar Perak enggan akur pada tuntutan tersebut kerana ia melanggar perlembagaan.

Bagaimanapun perdebatan dan perbezaan pendapat sesama penyokong Pakatan Harapan ini adalah merupakan satu spekulasi yang tidak disahkan. Ia adalah sambungan dari laporan berita dibawah, juga adalah rentetan dari episod pertama kenyataan Peja seperti yang dipetik dari persidangan DUN Perak baru-baru ini.


Sinar Harian | Kerajaan Perak sebenarnya berhak mengeluarkan hak milik kekal kepada penduduk kampung baharu kerana ia tidak melanggar Perlembagaan Persekutuan.

Exco Kerajaan Negeri, Dr Abdul Aziz Bari berkata, Perkara 91 (5) Perlembagaan Persekutuan tidak pun menyebut soal halangan kerajaan negeri memberikan hak milik kekal kepada penduduk kampung baharu.

Katanya, oleh itu tidak ada masalah untuk kerajaan negeri melaksanakan janji manifesto memberikan hak milik kekal tanah kepada peneroka Felda, kampung tersusun dan kampung baharu.

"Perkara 91 (5) ini menjelaskan menjadi kewajipan Majlis Tanah Negara (MTN) untuk berunding dasar negara untuk memajukan dan mengawal penggunaan tanah di seluruh Persekutuan bagi perlombongan, pertanian, perhutanan, itu sahaja dan bukan berkaitan hak milik.

"Jadi bagaimana boleh kata ia bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan. Di sini saya nak memberi pencerahan kerana ia sudah dimasukkan dalam janji Pakatan Harapan Perak,"
katanya dalam sidang media di pejabatnya di Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai menafikan tuduhan pihak tertentu yang mendakwanya sebagai 'macai' DAP kerana mempromosikan pemberian hak milik kekal bagi kampung baharu.

Abdul Aziz berkata, perkara itu sebenarnya tidak timbul sama sekali kerana kerajaan negeri mempunyai kuasa meluluskan sebarang pemberian hak milik tanah kepada kampung baharu dan kerajaan Pusat tidak boleh campur tangan tetapi hanya memberikan nasihat sahaja.

Katanya, jika bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan, tidak mungkin Harapan Perak memasukkan ia sebagai salah satu daripada janji manifesto.

Katanya, pada 2008, kerajaan Pakatan Rakyat ketika itu juga pernah melaksanakan pemberian hak milik kekal kepada kampung-kampung baharu.

Semalam dalam sesi penggulungan perbahasan, Menteri Besar, Ahmad Faizal Azumu menjelaskan kepada Dewan Negeri bahawa pemberian hak milik kekal kepada kampung-kampung baharu seperti yang terkandung dalam Manifesto Harapan Perak bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Katanya, ia hasil semakan dengan MTN mendapati dalam Mesyuarat MTN ke-42 pada 8 Januari 1988 memutuskan bahawa tempoh pajakan bagi kampung-kampung baru telah dinaikkan daripada 30 tahun kepada 60 tahun manakala Mesyuarat MTN ke-53 pada 25 April 1997 menetapkan bahawa tempoh pajakan kampung-kampung baru tersebut hendaklah sekurang-kurangnya 60 tahun tetapi tidak melebihi 99 tahun.

Ahmad Faizal berkata, keputusan itu sekaligus mengikat semua negeri di Semenanjung Malaysia seperti peruntukan di bawah Perkara 91(5) Perlembagaan Persekutuan. - 14 Ogos 2018.

'Suka Beri Wang Percuma', Najib Jawab Mahathir.

Oleh : Najib Razak

Selepas PRU14, Perdana Menteri Tun Mahathir ada menyebut bahawa kebanyakan rakyat Malaysia adalah "uneducated".

Saya berpandangan yang berbeza. Saya percaya jika rakyat Malaysia diberikan penjelasan yang berasaskan fakta dan mereka terbuka hati dan minda untuk mendengar, rakyat Malaysia pasti akan memahami dengan baik.


Melihat kepada komen-komen di posting saya semalam mengenai gaji minima, ada beberapa yang percayakan alasan Perdana Menteri bahawa Malaysia menghadapi krisis hutang hingga menyebabkan kerajaan tidak mampu menaikkan gaji penjawat awam dan sekaligus gagal menunaikan janji gaji minima - walaupun saya telah buktikan bahawa Tun Mahathir sememangnya percaya gaji yang tinggi akan menjadikan Malaysia kurang menarik untuk pelabur asing.

Hari ini, Tun Mahathir membuat kenyataan baru bahawa saya suka memberi wang percuma kepada rakyat, tetapi kini kerajaan tidak lagi mampu berbuat demikian kerana perlu "tutup" hutang-hutang dari kerajaan yang lalu.

"Tutup hutang" bukannya sebab utama kenapa kerajaan PH kini tidak lagi mampu menolong rakyat.

Hutang kerajaan pada tahap 50.8% kepada KDNK bukan dianggap tinggi jika dibanding dengan tahap 80% hingga 103.4% pada era Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri dahulu.

Nisbah perbelanjaan hutang kerajaan berbanding hasil kerajaan (Debt Service Charge) pada tahap 12.5% tahun lepas juga tidak setinggi eranya dahulu pada 1980an dan 1990an, iaitu di antara 20% ke 30% malah, ianya pernah mencecah setinggi 31.8%.

Defisit kerajaan tahunan pada era saya juga menurun setiap tahun sejak tahun 2009 dan jauh lebih rendah dari defisit 6 tahun terakhir Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri dahulu.

Hutang patut dilihat bersama dengan peningkatan pendapatan dan aset negara yang naik dengan pesat (seperti yang saya jelaskan dalam FB saya beberapa minggu dahulu) ketika saya menjadi Perdana Menteri .

Oleh itu, tiada satu pun agensi kewangan luar negara yang menyifatkan Malaysia dalam kelompok bahaya, malah kita mendapat pengiktirafan gred A.

Selain daripada pendirian peribadi Tun Mahathir yang tidak suka menaikkan pendapatan rakyat, berikut saya gariskan antara sebab-sebab mengapa kerajaan PH tidak mampu memberi kenaikan gaji.

Penelitian saya dari laporan di laman BNM terkini menunjukkan walaupun harga minyak global masih tinggi berbanding tahun-tahun sebelum ini, pendapatan kerajaan untuk bulan Jun 2018 adalah RM14.1 billion - jauh lebih rendah dari RM20.9 bilion pada bulan Mei 2018 akibat GST disifarkan.

Keadaan bertambah teruk kerana kerajaan PH juga tidak menjangkakan peningkatan mendadak tuntutan balik GST yang perlu dibayar sebaik ia disifarkan kerana peniaga kini boleh menuntut kesemua cukai input GST bahan mentah mereka serta merta - sama ada mereka membuat jualan atau sebaliknya.

Pakatan mula mendakwa kerajaan yang lalu bakal bankrap sejak tahun 2010. Pada tahun itulah, Menteri Kewangan kini juga pernah berucap kepada media antarabangsa di Hong Kong bahawa Malaysia bakal bankrap.

Walaupun Pakatan sudah lama mendakwa Malaysia bakal bankrap, kerajaan BN yang lalu memperkenalkan banyak skim-skim bantuan rakyat.

Malahan bantuan-bantuan tersebut juga dinaikkan apabila pendapatan kerajaan naik. BR1M diperkenalkan pada kadar RM500 setahun dan terus dinaikkan setiap tahun sehingga RM1,200 tahun lepas dan RM2,000 tahun ini. Jumlah rakyat yang layak menerima BR1M juga diperluaskan. Baucer buku juga sering dinaikkan, malah gaji penjawat awam turut sering dinaikkan dan lain-lain lagi.

Ianya adalah kerana pertumbuhan ekonomi masih pesat dan kita telah perkenalkan sistem cukai yang lebih effektif dan telus.

Sebagai contoh, GST berjaya mengutip RM27 bilion pada tahun 2015 dan meningkat kepada RM44 billion tahun lepas. Oleh kerana kadar GST tetap pada 6% - antara terendah di dunia, peningkatan kutipan ini ialah kerana ekonomi dan pendapatan rakyat semakin meningkat. Bila rakyat ada pendapatan yang lebih, kemampuan untuk belanja juga meningkat.

Di bawah GST, ahli perniagaaan kaya dan ekonomi gelap tidak lagi dapat mengelak dan melarikan diri dari cukai atau terlibat dalam pengeluaran kapital dari Malaysia secara haram seperti yang mereka lakukan di bawah SST. Pada masa yang sama, kita telah berjaya mengutip banyak wang dari orang kaya yang berbelanja lebih di bawah GST berbanding dengan orang miskin kerana terdapat banyak pengecualian. Kerana itulah kutipan GST lebih berbanding SST.

Oleh kerana pendapatan kerajaan meningkat, maka kita pulangkan kembali untuk menolong rakyat yang memerlukan.

Ianya bukan wang percuma, namun jika tindakan saya mengagihkan wang dari ekonomi gelap, golongan kaya dan yang mengelak cukai untuk menolong rakyat yang memerlukan adalah suatu perbuatan haram, maka saya sudah berdosa.

"Yang Saya Makan Tu Kambing Goreng Bukannya Babi, Sudah-Sudahlah Menfitnah Dan Mengaibkan.." - Nazif Najib.

Viral | Anak Najib sekali lagi menjadi sensasi di internet, kali ini ceritanya mengenai babi panggang. Pengguna Twitter yang menggunakan nama gelaran Parzival menyebarkan satu rakaman video dengan dakwaan Mohd Nazifuddin telah memakan babi panggang.

"Bapak sembang babi terbang, anak makan babi panggang. Sekian pantun dua kerat saya," ciapnya pagi tadi.

Beberapa netizens kemudiannya tampil memberikan respon di post berkenaan dan rata-ratanya memperkatakan ia adalah babi goreng dan bukannya babi panggang.

Nazif bagaimanapun menafikan tuduhan tersebut dalam satu kenyataan yang dipetik menerusi Instagramnya.


"Saya bersama rakan hadir ke majlis makan malam bertempat di halal restoran Zhong Fa Yuan. Saya amat teruja apabila dihidangkan dengan kambing goreng. Itu adalah hidangan kambing goreng bukan daging khinzir seperti yang telah disebarkan," tulisnya dalam kenyataan itu.

Nazif juga menyeru kepada semua pihak untuk menghentikan fitnah ke atas dirinya.

"China ada kambing halal. Sudah-sudahlah nak buat fitnah orang makan babi pulak. Tak ada kerja lain ke. Asyik nak fitnah dan cari aib orang," tulisnya lagi. - 14 Ogos 2018.


Pegawai Kanan Mat Sabu Disiasat SPRM Atas Dakwaan Terima RM800,000.

Malaysiakini | Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang menyiasat seorang pegawai kanan Menteri Pertahanan Mohamad Sabu.

Mat Sabu - Presiden Amanah / Menteri Pertahanan

Ini susulan dakwaan dia menerima RM800,000 daripada beberapa pihak untuk membantunya menyelesaikan hutangnya dan dikeluarkan daripada status muflis.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Azam Baki mengesahkan kepada Malaysiakini bahawa siasatan sedang dijalankan tetapi enggan mendedahkan lanjut butiran berkaitan.

Sementara itu, sumber-sumber memberitahu Malaysiakini, pegawai itu diisytiharkan muflis oleh Jabatan Insolvensi kira-kira empat tahun lalu.

Status itu kekal sehingga penghujung Mei lalu, apabila beberapa bayaran dikatakan dimasukkan ke dalam akaun jabatan itu oleh beberapa pihak untuk penyelesaian hutangnya.

“Didakwa bayaran itu dibuat bagi pihaknya hanya beberapa hari selepas Mohamad mengangkat sumpah sebagai menteri pertahanan,” kata sumber.

Sumber yang lain berkata SPRM telah merakamkan kenyataan pegawai itu untuk membantu siasatan.

Selain dia, sepuluh lagi individu telah dirakamkan kenyataan, termasuk beberapa kontraktor pertahanan dan wakil-wakil perniagaan.

“Agak meragukan bila dia dikatakan akan dilantik sebagai pembantu kepada menteri,” katanya.

Sumber berkata SPRM menyiasat sama ada hutang itu diselesaikan dengan niat mendapatkan projek sebagai balasan.

Mohamad, yang juga presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), melapor diri sebagai menteri pertahanan pada 22 Mei, sehari selepas mengangkat sumpah jawatan bersama 13 lagi pemimpin Pakatan Harapan.

Malaysiakini sudah menghubungi menteri dan seorang setiausahanya serta masih menunggu penjelasan mereka. - 14 Ogos 2018.

Kenapa Tommy Thomas Lantik Peguam Dari Firma Sendiri Untuk Urus Kapal Equanimity Soal Pro BN.

Sosial Media | Antara isu yang tular di laman sosial ialah mengenai perlantikan peguam dari firma guaman milik Tommy Thomas bagi menguruskan hal berkaitan kapal mewah Equanimity yang dikatakan dibeli menggunakan wang curi 1MDB.

Halaman Api Dalam Sekam di Facebook mempersoalkan kredibliti kerajaan dan Tommy Thomas yang melantik peguam dari firmanya bagi menguruskan kes sebagai : "kerajaan bayar firma Tommy Thomas".

"Luar biasa. Berusaha PH melunaskan janji 100 hari mereka sanggup membawa kapal Jho Low Equanimity ke Malaysia. 

Peguam yang dilantik ialah pasukan peguam dari Firma Guaman Tommy Thomas miliknya sendiri. 

Bagaimana ia berlaku? Bukankah itu demi kepentingan firmanya untuk mendapat bayaran dari pejabat Peguam Negara," tulis pentadbir halaman berkenaan pada sabtu.

Terdahulu, media tempatan melaporkan tempoh enam hingga sembilan bulan diperlukan mahkamah bagi mengenalpasti hak pemilikan sebenar kapal mewah 'The Equanimity' yang dikaitkan dengan syarikat pelaburan 1MDB.

Peguam yang mewakili 1MDB dan kerajaan Malaysia, Jeremy Joseph, berkata pihaknya setakat ini menumpukan kepada deklarasi pemilikan kapal itu.

"Kita menjangkakan proses siasatan itu akan memakan masa antara enam hingga sembilan bulan, namun yakin ia dapat segera diselesaikan.

"Deklarasi pemilikan itu penting kerana firma guaman yang dilantik Jabatan Peguam Negara bertanggungjawab dalam urusan jualan atau lelongan kapal berkenaan.

"Kos penyelenggaraan kapal itu dianggarkan berjumlah RM3 juta sebulan. Ketika ini, ia (kos itu) akan ditanggung oleh kerajaan,"
katanya.




Seorang lagi peguam dalam pasukan yang dilantik Peguam Negara sebagaimana dilaporkan The Star iaitu Sitpah Selvaratnam, berkata pasukan peguamnya menghabiskan masa kira-kira dua jam di atas kapal, mendapati superyacht berada dalam keadaan baik.

"Ia mempunyai krew 17 orang termasuk kapten. Apa yang kami lakukan pada hari ini ialah menyerahkan waran (penyitaan kapal itu) kepada kapten," katanya.


Sehingga kini tiada maklum balas yang diterima dari pihak kerajaan dan Tommy Thomas berhubung isu yang dimainkan oleh kumpulan pembangkang itu. 

Berdiam diri dengan tidak menjawab perkara yang dibangkitkan berupaya menimbulkan persepsi dan sangkaan jahat terhadap keputusan kepimpinan negara. - 14 Ogos 2018.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...