Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 14 Ogos 2018

Pajakan 999 Tahun, Penyokong Tampil Bela Tindakan MB Perak, Pertikaikan Aziz Bari & Gelarnya Sebagai Barua DAP.

Spekulasi | Di media sosial sekarang, beberapa pemain politik pro Pakatan Harapan nampaknya mempertahankan kenyataan Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Azumu bahawanya pemberian hak milik tanah sehingga pajakan 999  tahun adalah melanggar perlembagaan sedia ada. 

Berdasarkan respon-respon dari pihak ini, mereka mendakwa kononnya ada pihak mahu menyingkirkan Peja kerana menjadi batu penghalang bagi pihak tertentu mencapai sesuatu.




Cakap-cakap ini timbul kerana ada pihak yang mendesak pajakan 999 tahun diberikan kepada pihak tertentu bagaimanapun Menteri Besar Perak enggan akur pada tuntutan tersebut kerana ia melanggar perlembagaan.

Bagaimanapun perdebatan dan perbezaan pendapat sesama penyokong Pakatan Harapan ini adalah merupakan satu spekulasi yang tidak disahkan. Ia adalah sambungan dari laporan berita dibawah, juga adalah rentetan dari episod pertama kenyataan Peja seperti yang dipetik dari persidangan DUN Perak baru-baru ini.


Sinar Harian | Kerajaan Perak sebenarnya berhak mengeluarkan hak milik kekal kepada penduduk kampung baharu kerana ia tidak melanggar Perlembagaan Persekutuan.

Exco Kerajaan Negeri, Dr Abdul Aziz Bari berkata, Perkara 91 (5) Perlembagaan Persekutuan tidak pun menyebut soal halangan kerajaan negeri memberikan hak milik kekal kepada penduduk kampung baharu.

Katanya, oleh itu tidak ada masalah untuk kerajaan negeri melaksanakan janji manifesto memberikan hak milik kekal tanah kepada peneroka Felda, kampung tersusun dan kampung baharu.

"Perkara 91 (5) ini menjelaskan menjadi kewajipan Majlis Tanah Negara (MTN) untuk berunding dasar negara untuk memajukan dan mengawal penggunaan tanah di seluruh Persekutuan bagi perlombongan, pertanian, perhutanan, itu sahaja dan bukan berkaitan hak milik.

"Jadi bagaimana boleh kata ia bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan. Di sini saya nak memberi pencerahan kerana ia sudah dimasukkan dalam janji Pakatan Harapan Perak,"
katanya dalam sidang media di pejabatnya di Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai menafikan tuduhan pihak tertentu yang mendakwanya sebagai 'macai' DAP kerana mempromosikan pemberian hak milik kekal bagi kampung baharu.

Abdul Aziz berkata, perkara itu sebenarnya tidak timbul sama sekali kerana kerajaan negeri mempunyai kuasa meluluskan sebarang pemberian hak milik tanah kepada kampung baharu dan kerajaan Pusat tidak boleh campur tangan tetapi hanya memberikan nasihat sahaja.

Katanya, jika bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan, tidak mungkin Harapan Perak memasukkan ia sebagai salah satu daripada janji manifesto.

Katanya, pada 2008, kerajaan Pakatan Rakyat ketika itu juga pernah melaksanakan pemberian hak milik kekal kepada kampung-kampung baharu.

Semalam dalam sesi penggulungan perbahasan, Menteri Besar, Ahmad Faizal Azumu menjelaskan kepada Dewan Negeri bahawa pemberian hak milik kekal kepada kampung-kampung baharu seperti yang terkandung dalam Manifesto Harapan Perak bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Katanya, ia hasil semakan dengan MTN mendapati dalam Mesyuarat MTN ke-42 pada 8 Januari 1988 memutuskan bahawa tempoh pajakan bagi kampung-kampung baru telah dinaikkan daripada 30 tahun kepada 60 tahun manakala Mesyuarat MTN ke-53 pada 25 April 1997 menetapkan bahawa tempoh pajakan kampung-kampung baru tersebut hendaklah sekurang-kurangnya 60 tahun tetapi tidak melebihi 99 tahun.

Ahmad Faizal berkata, keputusan itu sekaligus mengikat semua negeri di Semenanjung Malaysia seperti peruntukan di bawah Perkara 91(5) Perlembagaan Persekutuan. - 14 Ogos 2018.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...