Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 27 Julai 2013

Jatuh Cinta Kat Saya Dalam Masa 5 Minit - Ibrahim Ali [Video Inside]

Hebat.

Dalam masa 5 minit Ibrahim Ali mampu membuatkan orang jatuh cinta kat dia. 

Hehe.

Mana2 perempuan tolong jangan jumpa dia.. kang tak pasal2 jadi bini kedua, ketiga dan keempat Ibrahim Ali. 

Lihat paparan video ;

"Sebelum mereka (NGO) bertemu saya, mereka juga marah dengan saya.  Tetapi apabila mereka bertemu dengan saya, lima minit lepas itu mereka dah jatuh cinta," kata Ibrahim sambil ketawa.

Baru2 neh Ibrahim Ali telah menubuhkan satu NGO baru yang diberikan nama MIRAC. 


Presiden Persatuan Pribumi Perkasa (PERKASA) hari ini berkata penubuhan Majlis NGO Antara Kaum Malaysia (MIRAC) bukan atas cadangan selepas pertemuannya dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, semalam. 

Beliau sebaliknya berkata, cadangan serta perbincangan untuk bergabung bersama NGO kaum Cina dan India itu telah dibuat empat bulan yang lalu. 

Dua NGO yang bergabung bersama dengan PERKASA dan membentuk MIRAC ialah Persatuan Cina Era Baru Malaysia (Percisma) dan Persatuan Amal dan Kebajikan India Baru (Perinbam). 

"Hasrat (untuk tubuhkan MIRAC) sudah lama tapi sebab sibuk dengan pilihan raya jadi tergendala. Kita telah bincang tiga empat bulan dulu untuk tubuh MIRAC. Bukan selepas saya berjumpa Perdana Menteri," katanya dalam sidang media penubuhan MIRAC di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur hari ini.

Sumber :  http://www.malaysiakini.com/news/236877

Looking forward dengan agenda Ibrahim Ali untuk 5 tahun yang mendatang neh. Takde kuasa, bukan wakil rakyat lagi dah.. apa agaknya agenda kelakar yang dia nak buat ek..

Kita sama2 nantikan.

HAHAHA

Jumaat, 26 Julai 2013

Ini Jawapan Peguam Pas Kepada Ketua Pemuda PAS Gombak.

Gaduh la korang sesama sendiri. Pru kan lambat lagi. Boleh juga lepaskan kemarahan sebab kalah PRK baru2 neh. Kita semakin huru hara dengan BN yang semakin dilihat bersatu dan teguh. Tahniah kat masing2.

Gaduhhhh la koranggggg

"Kenyataan Balas JUHAM terhadap Kenyataan Ketua Pemuda PAS Gombak"

Kenyataan Ketua Pemuda PAS Gombak yang dilihat seakan-akan cuba untuk menjadi hero dan ingin dilihat sebagai "pembela presiden" tatkala Tuan Guru Haji Hadi Awang diugut untuk disaman berhubung isu pil kuda adalah suatu tindakan yang gopoh dan tidak bertempat.

Malah, Ketua Pemuda Gombak dilihat cuba untuk mengheret sama para Peguam Pas dalam kenyataan beliau termasuk JUHAM secara langsung apabila beliau menyatakan "Saya ternanti-nanti dan menunggu respon daripada pimpinan PAS yang banyak pengalaman berlatarbelakangkan perundangan dan peguam beserta lajnah dan jabatan yg berkaitan undang-undang di dalam PAS".

JUHAM ingin menasihati Ketua Pemuda Gombak agar merujuk kepada peguam terlebih dahulu sebelum memberikan komen sebegini agar tidak dilihat gopoh dan jahil undang-undang. Timbalan Ketua Pemuda iaitu YB Nik Mohamad Abduh sendiri telah menasihatkan pemuda agar tidak gopoh. Namun Ketua Pemuda Gombak nampaknya telah ingkar dengan saranan Timbalan Ketua Pemuda beliau sendiri.

Kenyataan jahil undang-undang sebegini tidak akan timbul jika beliau lebih berhati-hati dalam memberikan komen sebegini. Apatah lagi, Ketua Penerangan di kawasan beliau sendiri adalah graduan undang-undang. Namun Ketua Pemuda Gombak nampaknya lebih selesa untuk berlagak seperti hero membela Presiden. Lebih-lebih lagi tatkala PAS akan berhadapan pemilihan pimpinan pada muktamar tidak lama lagi.

Dalam soal saman fitnah, unsur ugutan untuk menyaman langsung tidak memberikan sebarang nilai kepada undang-undang. Malah, unsur ugutan seperti ini lazimnya tidak akan timbul sekiranya orang yang ingin menyaman itu benar-benar mempunyai keinginan untuk memfailkan saman. Sekiranya saudara Shamsul benar-benar ingin memfailkan saman, sudah lama saman itu difailkan.

Malah, saudara Shamsul juga langsung tidak memberikan sebarang notis tuntutan kepada Presiden. Justeru, adalah suatu tindakan yang tidak cerdik dan membuang masa untuk JUHAM mahupun Lajnah Undang-undang PAS menjawab kepada sesuatu kenyataan yang tidak mempunyai merit di sisi undang-undang.

Jila dilihat kepada kenyataan ugutan itu, ia timbul secara tiba-tiba tatkala kempen Pilihan Raya Kecil Kuala Besut semakin memuncak. Maka sudah terang lagi bersuluh, kenyataan itu tidak lain dan tidak bukan adalah bermotifkan politik semata-mata.

Jadi, hanya mereka yang buta politik sahaja akan bersikap gopoh dan melompat terkinja-kinja untuk melayan kenyataan politik sedemikian. Apatah lagi, melayan kenyataan politik sedemikian hanya akan memberikan bola tanggung kepada Barisan Nasional untuk memecah-belahkan Pakatan Rakyat.

Adalah diingatkan bahawa sekiranya benar saman fitnah difailkan terhadap Presiden, Ketua Pemuda Gombak tidak perlu khuatir kerana JUHAM mahupun Lajnah Undang-undang PAS secara pantas akan membela serta mewakili Presiden tanpa perlu diarah dan dipaksa. Track record para peguam PAS telah pun membuktikannya.

Malah, JUHAM amat menanti-nantikan Saman itu difailkan, kerana JUHAM bukan sahaja ingin membela Presiden, malah JUHAM akan mengheret sama pihak ketiga yang memberikan maklumat tentang pil kuda itu kepada Presiden untuk sama-sama dijadikan pihak ketiga dalam tindakan Saman tersebut. Maka biarlah rakyat melihat dan menilai siapakah individu yang berselindung di belakang nama Presiden dalam memberikan maklumat sedemikian tatkala semua jari menunding kepada Presiden seorang diri apabila timbulnya isu calon pil kuda tersebut.

Perlu diingat bahawa JUHAM hanya akan memberikan respon kepada sesuatu isu undang-undang yang mempunyai merit di sisi undang-undang dan berlandaskan fakta, bukannya melayan karenah politik murahan sebegini.

Oleh itu, jika Ketua Pemuda Gombak ingin terus dilihat sebagai hero, silakanlah dengan segala hormatnya. Namun, janganlah diheret sama JUHAM, Lajnah Undang-undang serta peguam PAS dalam karenah politik sebegini. Ini kerana JUHAM tidak berminat dengan politik murahan menjelang pemilihan nanti tatkala pihak JUHAM sedang sibuk dengan pelbagai isu undang-undang yang lain terutamanya Petisyen Pilihan Raya yang sedang rancak berjalan di seluruh negara.

JUHAM dan para peguam PAS sudah lali dan sudah terbiasa dengan rasa tidak dihargai atas segala keringat yang kami curahkan walaupun tenaga serta harta kami dilaburkan tanpa henti. Semuanya kerana Islam, PAS serta Presiden yang kami sayangi. Para peguam PAS tidak terbiasa dengan kenyataan bersifat "membodek" untuk mempamerkan rasa cinta kami kepada Presiden. Hanya tenaga serta harta yang kami curahkan menjadi saksi di hadapan Allah

Luahan Guru Besar Seri Pristina.

Ada rasa simpati. Aku tak kisahla dia kutuk2 pr selama neh tapi luahan dia memang boleh menimbulkan rasa simpati. Akhirnya dia dah memahami bagaimana kebanyakkan rakyat biasa macam kita faham.

Pendapat ikhlas aku.

1. Guru dan pengadu sama2 perlu bertemu.

2. Guru dan pengadu perlu bersemuka dan berbincang dua hala.

3. Si pengadu boleh ceritakan pada guru besar kat sapa dia mengadu hal tersebut sehingga di abaikan.

4. Si guru besar mungkin boleh memberitahu kepada pengadu kenapa tiada respon dari pihak sekolah.

5. Kot2 aduan tue tak sampai pada guru besar.

6. Berhenti menyerang dan mengugut kedua2 individu di atas kerana dalam kes neh mereka berdua dah jadi kategori mangsa. Sebab kena ugut bunuh.

7. Selesaikan permasalahan yang wujud tanpa menghukum guru besar dan si pengadu.

8. Aku dari awal tak setuju dengan tuntutan gantung ke atas guru besar tersebut. Ia terlalu keras. Lagipun guru besar dah minta maaf.

9. Yang sewajarnya jadi perhatian kekurangan fasilitis yang dihadapi oleh sekolah tersebut.

10. Meskipun aku tak sokong tindakan gb makan dalam bilik tambahan tetapi aku rasa gb neh mungkin dah salah faham.

11. Dia ingat jika makan di bilik tambahan mungkin akan selesaikan isu pokok.

12. Pada hakikatnya masalah fasilitis tetap wujud.

13. Bayangkan sekarang 1,300 murid dah kena buat bilik tambahan.

14. Kalau tahun depan 2k? 3k? Nak ubahsuai bilik tambahan apa pula?

15. Masalah pokok kat sini ialah peruntukkan.

16. Jadi marila kita sama2 up isu peruntukkan kat sini.

17. GB neh pun buat keputusan seperti neh berpunca dari peruntukkan. (Sudut pandang GB)

18. Mungkin.. kerana ia dah bermula pada awal March maka GB rasa ianya sesuai untuk diteruskan secara kekal. (sudut pandang GB. Menurut ibu bapa pelajar di berita tmi isu makan di bilik tambahan berlaku pada bulan ramadhan).

19. Jadi bila ia berlaku pada bulan ramadhan ia mungkin mewujudkan konflik disebabkan gambaran terbalik.

20. Bilik tambahan ialah kantin kedua. Tapi bila ia dijadikan kantin utama maka orang mungkin tertanya2.

21. Dari sudut GB pula mungkin ia lebih senang dibersihkan di samping murid2 yang nak guna pun tak ramai.

Aku harap jangan hukum GB dan pengadu neh. Sebaliknya marila kita temukan mereka. Ia boleh selesaikan permasalahan.

Aku yakin.

Nota.

Apa pun perkataan bilik persalinan bilik air dan bilik mandi boleh digantikan dengan bilik tambahan atapun kantin pendua bagi memudahkan perbincangan kerana ada pihak2 yang tak boleh terima tempat makan di gambarkan sebagai bilik mandi atau ruang persalinan.

Guru Besar, Pengadu Kes SRK Seri Pristina Terima Ancaman.

Pelik betul.

Kenapa ada individu2 yang memilih untuk membuat ancaman bunuh dan culik kepada GB dan ibu yang mengadu dalam kes neh?

Aku ingatkan si pengadu tutup fb sebab takut di dakwa di bawah akta hasutan. Rupanya dia tutup sebab terima ugutan.

Orang2 yang mengugut neh kemungkinan besar terdiri dari puak2 pelampau kaum. Jenis yang takde otak dan tak boleh nak memahami bahawa kes neh sebenarnya perlukan penyelesaian bukan nya buat ugutan bunuh.

Si pengadu dah pun buat laporan polis kerana di ancam. Guru besar pun sama. Yang aku heran GB berkali2 cakap tak menerima aduan dari ibu bapa pelajar berkaitan isu makan di bilik mandi tapi si pengadu tegaskan bahawa dia telah membuat aduan dan aduan dia tak dilayan. Sebab tue dia dedah di facebook.

Aku cadangkan baik si pengadu dedahkan kat siapa dia mengadu mengenai hal neh. Dedahkan kat GB sekolah tersebut untuk di ambil perhatian. Boleh jadi si menerima aduan tak bagitau pada guru besar. Maka guru besar tak sedar bahawa ada orang tak bersetuju dengan ketetapan tersebut.

Lagi satu kantin start renovate 17 Julai. Tapi kantin dah ditutup sejak satu ramadhan. Renovate pun sekadar tukar pintu. Berapa lama masa yang digunakan untuk tukar pintu?

Mungkin la mungkin. Sebab dah anggap bilik tambahan tue as kantin maka nya kantin besar direhatkan kerana operator kantin bercuti sepanjang Ramadhan dan buka kantin kecik untuk kegunaan pelajar disebabkan jumlah murid yang berehat sedikit.

Jika ini alasan nya aku cadangkan terus terang jek. Di samping itu terus terusan minta dana tambahan bagi membesarkan sekolah. Bilik kelas pun padat dengan bilangan murid. Memang kementerian ada peruntukkan untuk sekolah2 yang kekurangan fasilitis. Ini masa terbaik untuk GB buat tuntutan sekaligus.

Aku cadangkan lainkali edar surat kat ibu bapa pelajar. Bukan semua ibu bapa pelajar dapat hadirkan diri ke mesyuarat PIBG. Aku tak sure sekolah SRK Seri Pristina macam mana pentadbiran dia tapi ada sesetengah sekolah setiap kali dorang buat mesyuarat dorang edarkan surat dan setiap kali dorang buat apa2 keputusan dalam mesyuarat PIBG dorang edarkan surat lagi.

So tak timbul isu.

Apa pun berhentila membuat ancaman kepada guru besar dan pengadu dalam isu neh. Posting2 perkauman tue datang dari pihak ketiga. Sesetengah orang tak boleh beri respon dengan rasional kerana mereka tidak rasional. Permasalahan yang wujud adalah untuk diselesaikan. Bukan untuk suruh orang pergi bergaduh.

Oke bai.

Khamis, 25 Julai 2013

Pengadu Kes Makan Di Bilik Tambahan Menyembunyikan Diri.


Terbalik.

Pengadu pula kena melarikan diri selepas buat aduan di balai polis dan facebook. Bukan itu sahaja bahkan posting asal mengenai hal tersebut dan facebooknya juga telah tiada. Dah deactivated.

Apa yang berlaku ialah ;

1. Polis akan menyiasat individu iaitu si pengadu, ibu yang menyebarkan gambar tersebut di laman sosial.

2. Polis menyiasat kerana ia mendorong kepada isu perkauman.

3. Si pengadu mungkin akan didakwa di bawah akta hasutan.

4. Jadi disebabkan amaran oleh pihak polis, maka si pengadu memadamkan posting asal.

Aku dapat tahu benda neh pun sebab diberitahu. Aik...? 

Sepatutnya si pengadu tak payah la takut. Berterus terang saja. Lagipun dia dah buat laporan polis pada awalnya. Bahkan kes tersebut dah pun diambil tindakan oleh KPM dengan sepantas kilat. Kenapa perlu tunduk dengan tekanan dan takut dengan ugutan dan amaran dari pihak polis? Bukan kah si ibu ialah pengadu dalam kes neh? Berhubung komen2 negatif dan ugutan yang diterima oleh GB, itu pihak2 yang tidak pandai menanggani isu dengan betul.

Patut pihak polis siasat orang2 yang tak boleh menguruskan hal tersebut dengan matang, bukan meletakkan tekanan kepada pihak yang mengadu. Aku setuju polis siasat orang yang ugut dan melakukan ganguan kepada GB. Itu betul. Tapi yang tak betulnya siasat individu yang upload gambar di facebook tue. Dia kan letak permasalahan untuk diambil tindakan. Bukan dia suruh orang pergi gaduh. 

Aku dah start  ragu2 walaupun takmo tuduh2. 

Apakah ini ada kaitan dengan idelogi politik GB tersebut yang diperlihatkan condong kepada BN dan UMNO?

DAPIG ini sentimen perkauman atau tidak?

Penghinaan atau tidak? Aku nak tahu. Sebab aku nampak GB tue gelar DAP sebagai DAPIG. 

Sebagai Guru Besar tidak la menjadi satu kesalahan bagi aku untuk dia menyokong BN. Tapi kalau dia menunjukkan sikap racist dan perkauman di facebook, boleh atau tidak aku anggap ia merupakan satu kesalahan?

Bukan Semua Syiah Sesat - Mufti Perak


Aku tertarik dengan ulasan dari Mufti Perak mengenai Syiah. Pada semalam kerajaan memutuskan bahawa ;
Kementerian Dalam Negeri isytihar Pertubuhan Syiah Malaysia sebagai sebuah pertubuhan yang menyalahi undang-undang berkuatkuasa hari ini

Aku mengaku aku kurang jelas dengan berita di atas. Pasal apa? Macam neh ;

1. Semalam aku tengok berita di tv3.

2. Then tv3 laporkan bahawa pertubuhan Syiah tue tak sah.

3. Maksudnya depa pertubuhan haram la. Jenis tak berdaftar dan tak di iktirafkan melalui persatuan yang sah sebab pendaftaran mereka tak pernah diluluskan dari awal.

Then bila aku combine kan balik dengan kenyataan yang dipetik menerusi bernama twitter aku jadi pelik. Kenapa pula ia sebuah pertubuhan yang menyalahi undang2 berkuatkuasa pada hari ini [semalam, 24/7/2013] sedangkan ia sememangnya sebuah pertubuhan yang memang haram [tidak diluluskan pendaftarannya] dari awal?

Kat sini jek aku dah confused. Laporan berita mengelirukan. Dan mengulas mengenai hal tersebut, ini pendapat mufti Perak yang aku anggap berani, liberal dan berbeza dari kebanyakkan pendirian yang pemimpin2 amek mengenai Syiah di Malaysia.

Rujuk ;
Bukan semua pengikut Syiah boleh diperangi, malah ada di kalangan mereka pada kaca mata Ahli Sunnah Wal Jamaah tidak sesat secara keseluruhannya, kata Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria.
Beliau menegaskan perihal ibadah golongan Zaidiah yang terletak di bawah pecahan Syiah diterima kerana tidak berbeza dengan pegangan mazhab Shafie.
Mufti Perak itu juga mendedahkan terdapat kira-kira 70 mazhab yang terangkum dalam fahaman Syiah.
“Kita tidak menolak ada fahaman Syiah ini yang dianggap terkeluar dari Islam. Ini kerana ajaran Syiah yang hangat diperkata memang bertentangan dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah yang sanggup mengkafirkan rakan seagama,” katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider. 

Aha.. mungkin kenyataan mufti ini akan diselar oleh sesetengah pengikut sunni tapi aku rasa elok kita raikan perbezaan sebab ada benarnya juga kenyataan di atas. Aku terfikir2 juga.. bagaimana pemimpin2 Iran pada hari neh boleh slumber jek menunaikan haji walaupun dorang mengamalkan ajaran Syiah?
Ada sesiapa boleh bantu menerangkan kepada aku?
Kenapa dorang boleh menjejaki kaki ke tanah suci Mekah?
Ingat, bila orang bertanya, orang tue mengharapkan pertanyaan disudahi dengan jawapan bukan nya dengan tuduhan rambang dan kemarahan yang membuta tuli.
Oke bai.

Anggota Polis Dakwa Dijadikan 'Kambing Hitam' Oleh PDRM Dalam Insiden Lahad Datu.


Aku terbaca satu berita yang wajar menjadi tanda tanya bagi rakyat Malaysia macam kita. Siyes. Cuba korang baca petikan berita kat bawah neh sat ;


Anggota polis, Koperal Hassan Ali Basari hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa dia dijadikan 'kambing hitam' oleh pihak polis dalam kes pencerobohan kumpulan pengganas Kiram di Lahad Datu baru-baru ini.

Hassan, 55, yang memberi keterangan membela diri tanpa bersumpah di kandang tertuduh berkata, dia menjalankan tugas dengan baik dan menyalurkan kesemua maklumat mengenai kegiatan pencerobohan kumpulan pengganas berkenaan kepada Ketua Cawangan Khas Lahad Datu.

Sambil menafikan terlibat dengan pengikut Kiram Sulu, dia menyatakan, semua bukti yang dikemukakan oleh pihak polis cawangan khas adalah tidak betul, berat sebelah dan hanyalah propaganda untuk menganiayanya.

Dan yang lebih menimbulkan keraguan ialah ;

Tertuduh memberitahu, sebelum arahan diberikan pihak atasan kepadanya untuk membuat risikan, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah telah mengetahui maklumat berhubung tuntutan kumpulan Kiram ke atas Sabah dan mengetahui maklumat pencerobohan pengikut kumpulan itu di Kampung Tanduo, Lahad Datu lebih awal lagi.

Jelasnya, seorang pegawai kanan polis Sabah telah mengetahui kemungkinan pencerobohan pengikut Kiram dan mempunyai maklumat pertama berhubung pencerobohan dan ancaman pengikut kumpulan itu.
''Saya sangat hairan kenapa saya sebagai anggota polis berpangkat paling rendah dipersalahkan walaupun saya melaporkan semua maklumat yang diperoleh daripada sumber saya kepada Ketua Cawangan Khas Daerah, sedangkan bukan saya seorang sahaja membuat risikan maklumat kes itu. 

Hish..

Nak menganiaya orang yang tak bersalah untuk membela kepentingan pihak atasan ka? Sedar tak sedar dah dekat beberapa bulan berlalu selepas PRU ke 13 tamat, sampai sekarang menteri kita tak dedah2kan lagi 3 pemimpin kanan pembangkang yang dikatakan sebagai dalang dalam insiden Lahad Datu.

Siapa pemimpin tersebut?

Bila nak buka kertas siasatan dan dakwa di mahkamah?

Apasal senyap sampai sekarang?

Takan BN, PDRM takut pada pemimpin pembangkang pula?

Aku dah boleh agak. Kes neh dari awal sampai sekarang memang menimbulkan banyak keraguan2 yang tak terjawab. Hanya orang2 dalam jek yang mampu memberikan penjelasan menyeluruh, itupun kalau mereka nak buka mulut. Kalau tidak, tunggu je la masing2 bersara baru sibuk beria2 nak dedahkan perkara sebenar.

Apa pun tak boleh.   

Rujukan :   http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20130725/ma_04/Hassan-dakwa-dijadi-kambing-hitam

Rabu, 24 Julai 2013

SPR Tegur Calon BN Tunjuk Kertas Undi.

Sekarang bayangkan.



Jika yang tunjuk kertas undi itu ialah PAS. Ko ingat SPR nak tegur je ka? Begini la berita2 akan memaparkan kisah tersebut ;

SPR AKAN MENDAKWA CALON PAS YANG LANGGAR PERATURAN PRU <-- Utusan.

SPR AKAN MENGAMBIL TINDAKAN SEWAJARNYA KE ATAS CALON PAS YANG LANGGAR PERATURAN <-- Berita Harian.

SPR DALAM RANGKA MENGKAJI TINDAKAN BERSESUAIAN UNTUK CALON PAS YANG ENGKAR PERATURAN <-- Metro

UMNO DESAK SPR BERTINDAK TEGAS <-- Berita tv3.

Dan lain2 berita berkaitan. Tapi sebab ianya calon BN, dan mereka memang maksum, takde dosa, noda dan suci bagai malaikat, maka jangan la kita expect lebih2 sangat ke atas perkara neh. Syukurlah.

Buka tingkap, takde perang. 

Oo negara neh masih aman. Apa lagi yang pembangkang mao hah?

KAH KAH KAH

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menegur tindakan calon parti Barisan Nasional (BN), Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman yang menunjukkan kertas undinya kepada media sebelum beliau membuang undi.

Pengarah SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata dia tidak sepatutnya berbuat demikian kerana setiap undi adalah rahsia.

"Namun, itu hak dia dan sudah tentulah dia sebagai calon BN, dia akan memilih BN kerana tidak mungkin dia akan memangkah untuk orang lain pula," kata Abdul Aziz.

Dalam Pilihan Raya DUN Kuala Besut, calon BN, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman ditentang oleh calon Pas, Azlan Yusof atau Che Long.


Guru Besar Pertahankan Tindakan, Pemimpin Islam Kritik Tindakan SRK Seri Pristina.

Kesian aku tengok. Bukan saja gagal memahami isu pokok bahkan langsung tidak menjawab kepada permasalahan yang timbul.



Inila respon balas yang diterima setelah seorang ibu meminta agar tempat makan di alihkan ke kantin. Mereka makan di situ bagi membuktikan tindakan mereka tepat. Dah alang2 nak amek gambar tue, biarla makan sambil duduk. Walaupun ia telah dibersihkan [jangan abaikan statement neh sebab aku dah sebut dalam entry yang lepas] tetapi jika seseorang itu tidak selesa makan disitu, mereka tetap rasa tidak selesa. Jangan samakan situasi ;

1. Sendiri yang rela makan tepi longkang.

2. Seseorang yang dipaksa makan tepi longkang.

Ini dua keadaan yang berbeza. Dalam kes di atas, ia merujuk kepada situasi kedua. Harap2 sampai sini semua masih memberikan perhatian, bukan hilang tumpuan sampai lari point.

Rujuk pula jawapan dari seorang guru. 


Apa yang cikgu neh sebutkan ialah semasa sebelum berpuasa = kantin padat = bilangan murid yang makan ramai = maka bilik tambahan terpaksa diwujudkan untuk menampung kekurangan fasilitis.

Jadi sudah semestinya bulan ramadhan = kantin tak padat = tiada keperluan untuk menggunakan bilik tambahan tersebut = disebabkan rata2 pelajar islam tidak dibenarkan untuk turun makan [tidak dibenarkan tidak berpuasa di kawasan sekolah]. 

So alasan lagi kukuh la. Kantin patut boleh digunakan sepanjang bulan ramadhan tanpa perlu menggunakan bilik tambahan yang direnovate menjadi tempat makan.

Point tambahan.

Walaupun ada anak2 muslim yang makan disitu, ia tak bermaksud kita boleh membenarkan perkara tersebut berlaku. Samada bulan ramadhan mahupun bukan bulan ramadhan, kita patut persiapkan ruang makan yang selesa untuk kanak2 tersebut.

Hanya kerana mereka tak sebut tak bermaksud mereka selesa. Mereka cuma belum faham bahawa mereka sebenarnya layak mendapat kemudahan yang lebih baik. Kita sepatutnya tolong mereka dapatkan kemudahan yang lebih baik bukan mengiyakan kekurangan yang wujud hanya semata2 mata kita selesa melihat perkara tersebut.

Sememangnya kantin ditutup kerana menghormati bulan ramadhan. Isu neh dikesan time bulan ramadhan sebab kantin ditutup. Mereka tak faham kenapa menutup kantin dan mengarahkan pelajar menggunakan bilik tambahan. Bilik tambahan hanya sepatutnya digunakan jika kantin padat. Tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya. Kantin tak padat, ditutup dan mereka diarahkan makan dalam bilik tambahan sehingga mencetuskan konflik.

Lebih teruk, aduan sudah sampai ke pengetahuan pihak sekolah. Sepatutnya mereka tanggani aduan si ibu secara berhemah. Sudah la pihak sekolah gagal memberikan respon satu hal, tetapi menyalahkan pula si ibu yang protes di facebook. Kan kurang tepat cara itu?

Dan jika benar la tindakan pihak sekolah itu betul, atas alasan apa KPM mengarahkan agar kantin di buka serta merta? Bukan kah kantin sedang di renovate? Eh boleh pula buka serta merta? Bukan kah bilik tambahan itu selesa? Kenapa KPM tidak bersetuju dengan tindakan pihak sekolah? Ini kerana KPM sendiri pun merasakan tindakan tersebut tidak wajar. Walaupun kita merasa selesa makan di tepi longkang tapi jangan la samakan situasi kita yang rela dengan situasi orang yang dipaksa.

Pihak sekolah sepatutnya menggunakan kesempatan ini untuk mendapatkan peruntukkan tambahan bagi membesarkan kantin / ruang makan. Bukan nya mempertahankan tindakan mereka sedangkan ia peluang yang baik untuk mereka memperolehi peruntukkan yang sewajarnya disebabkan sekolah di bawah jagaan anda kekurangan fasilitis.

Tiada sesiapa pun yang mengatakan isu neh isu racist tetapi tindakan penyokong BN menjadikan isu neh isu perkauman amatlah mengecewakan. Bahkan lebih teruk mereka menjadikan isu neh isu politik dengan memarahi orang lain jangan jadikan isu neh isu politik dengan menghasilkan komen2 yang berbaur politik walaupun dari awal lagi tidak pula pihak pengadu yang sebut UMNO mahupun BN dalam kes neh. Apa yang disebutkan jelas. Hanya ibu bapa pelajar + pihak sekolah tersebut. Tiada UMNO, tiada BN dalam kes neh. Boleh jadi si pengadu ialah pengundi BN, penyokong BN, siapa yang tahu?

Tolong berikan perhatian dengan memahami isu pokok sebelum menzahirkan komen. Nak komen tiada salahnya tetapi bagi mereka yang tak memahami isu asas akan mula menghasilkan komen2 dan pendapat2 yang melencong sampaikan takde kena mengena dengan apa yang sedang dibincangkan. Satu2 masalah apabila ia diutarakan, ia adalah bertujuan untuk diselesaikan. Ia bukan bertujuan untuk menjadikan ia isu perkauman, politik ataupun menyuruh anda saling bertekak, saling taking side berdasarkan pandangan politik masing2 mahupun berdasarkan agama dan kaum. 

Aku boleh makan tepi longkang aku rilex je, yang makan depan tv takmo tegur ka? Tidak. Jangan hilang tumpuan apabila kita berbincang.

Berikut di bawah ialah pendapat dari pemimpin2 Islam. Mereka tidak bersetuju dengan perkara tersebut. Menutup kantin disebabkan bulan ramadhan bukan sesuatu yang kita perlu akur dalam keadaan kantin sedia ada boleh digunakan tanpa sebarang masalah.

==> http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/sekolah-sungai-buloh-silap-kata-pemimpin-islam

Guru Besar sepatutnya buka kertas kerja. Buat usul. Minta dana tambahan. Bukan makan di bilik tambahan. Gunakan kekurangan kita untuk mendapatkan bantuan sebab itu yang selayaknya. Itu kalau Guru Besar benar2 memikirkan bahawa fasilitis lebih penting dari ego manusia.

Fikir2kan.

Updated :

Sekolah tersebut telah diberikan peruntukan segera sebanyak RM10,000 dan akan diberikan peruntukkan tambahan bagi membesarkan kantin sekolah. 

Rujuk :  http://www.thestar.com.my/News/Nation/2013/07/24/School-changing-room-makan-issue-resolved.aspx
  
Aku tahu la GB neh pro BN tapi aku harap kita tak menghukum dia melulu disebabkan dia PRO UMNO. Mungkin tindakan mengantung itu terlalu berat bagi kesalahan yang dia lakukan. Aku rasa daripada mengantung cukupla dengan tindakan dia yang dah pun meminta maaf kepada pihak2 yang terbabit. Pendapat politik dia adalah pendapat peribadi. Yang penting kekurangan sekolah tersebut akan dapat diselesaikan dalam masa terdekat dengan peruntukkan yang akan diperolehi oleh mereka tak lama lagi.

Sekian.

Selasa, 23 Julai 2013

Respon Menteri Isu SRK Seri Pristina Dan Mazidul Akmal Sidik.


Berikut jawapan yang diberikan oleh Timbalan Menteri KPM berkaitan isu neh ;

SK Seri Pristina; have requested the school to immediately remove the temporary eating place from the changing room (it has been done now).

SK Seri Prestina; have also requested BPSH Department 2 investigate why such a decision was made n why action should not b taken.

SK Seri Prestina; it is not d right thing 2 do; d school could have appointed a temp. canteen operator 2 run the operations during Ramadhan.

SK Seri Prestina: if the canteen is under renovation, a proper place should have been identified, surely not the 'changing room'.

SK Seri Prestina; in the first place the entire episode should not have happened.

SK Seri Prestina; The Ministry views such issues with gravity and will surely take stern action to ensure its not repeated.

V welcome feedback from d public 2 aid us in d process of eliminating callous action....

that might occur n ensuring d well being of our students r our top priority.       

Pihak bersekolah bertegas tindakan mereka tidak salah. Bahkan mereka akan kemukakan laporan kenapa mereka tidak patut dihukum berdasarkan tindakan mereka menyuruh budak2 makan di bilik tambahan yang telah dibersihkan sepenuhnya.

Dan ini respon wartawan tv3.

"Gambar dirakamkan oleh keluarga pelajar itu  kini tersebar di internet  BUKAN bilik air tetapi BILIK PERSALINAN  telah dinaiktaraf oleh pihak sekolah. Bilik sama dilengkapkan dengan dua  meja serta beberapa  sinki untuk  memudahkan pelajar bukan beragama Islam membasuh tangan mereka," ujar sumber.

"Mengapakah mereka tidak makan di kantin?," soal saya.

"Kantin sekolah ditutup sejak hari pertama bulan Ramadan kerana kerja menggantikan pintu kayu dengan pintu  kaca. Pihak pengurusan sekolah bimbang jika dalam proses pembinaan itu, mungkin pelajar menggunakan kantin akan tercedera," jawabnya.

Gambar dipaparkan oleh blogger pro pembangkang itu seharusnya diteliti dan disiasat kesahihannya. Jika benar pelajar makan di  bilik air, mengapakah perakam  tidak memuatkan gambar mangkuk tandas? Bukankah gambar sebegitu LEBIH tragis sekaligus menjahanamkan imej sekolah majoriti tenaga pengajarnya berbangsa Melayu?

Ini gambar kantin ;


Fikirla kot mana2 yang korang nak fikir berdasarkan jawapan dari wartawan tv3 bernama Mazidul Akma Sidik neh.  Dengan penyelesaian segera yang diambil oleh pihak kementerian, kita anggap kes closed.

Updated ;


Artikel ini telah di sunting dan diperbetulkan. Perkataan bilik mandi, bilik air, bilik persalinan telah digantikan kepada bilik tambahan.


Segala kesulitan amatlah dikesali.

Hot : Kanak2 Sekolah Ini Makan Dalam Bilik Tambahan [MP Tolong Alert]

Menghormati bulan ramadhan atau apa?

Lihat gambar2 kat bawah neh dulu ;







Oke. Tadi ada orang mesej aku. Dan ada orang share link neh di wall aku. Dua individu yang berbeza. Yang mesej aku tak bagitau nama sekolah neh tapi dia citer kat aku bahawanya ;

1. Kanak2 non muslim disuruh berehat dalam bilik tambahan.

2. Mereka makan kat sini sepanjang bulan puasa hari tue.

3. Alasan tak dinyatakan dengan jelas tetapi ibu bapa non muslim sedih anak2 diperlakukan seperti berikut.

4. Kata si pengadu, meskipun bilik tambahan tersebut telah dibersihkan tetapi still berbau. So tak selesa untuk anak2 mereka makan.

5. Aduan sudah dihantar tetapi tiada respon itu punca si pengadu upload di facebook.

6. Sekolah yang dinyatakan ialah Sekolah Rendah Kebangsaan Sri Pristana. Seperti yang aku petik dari link asal yang disharekan. ==>  https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10200899734149459&set=pcb.10200899734349464&type=1&relevant_count=1&ref=nf

7. Apa yang ibu bapa neh minta ialah kemudahan kantin jek.

Dulu member2 cina aku sebelum nak minum dalam kelas, dorang tanya aku. Saya nak minum, sorry ya. Jangan marah.

Aku cakap minum je la. Aku satusen tak heran. Aku percaya budak2 non muslim neh hormati rakan2 yang berpuasa tetapi perlu kah kita melayan mereka sampai macam neh sekali? Lemah sangat ka iman kita sampai budak2 neh kena makan sorok2 dan makan dalam bilik tambahan?

Mohon kes neh di siasat dan dengar penjelasan dari kesemua pihak sebelum mengambil apa2 pendekatan, kesimpulan dan tindakan.

Tq.

Updated ;

Pembetulan.

Perkataan bilik air telah digantikan kepada bilik tambahan bagi menghormati permintaan guru di sekolah tersebut. 

Segala kesulitan amatlah dikesali.

Peserta Ratu Cantik Muslim Nekad Tolak Fatwa, Tetap Teruskan Pertandingan.

HAHAHAHAHA..



Aku tatau nak cakap apa dah. Aku serba salah dalam kes neh. Dari sudut pandang ratu cantik neh dan dari sudut pandang manusia biasa yang menganuti Islam. Macam mana nak cakap dengan tepat ek? Jap aku fikirkan.

Sebelum tue baca neh dulu ;
Empat gadis Islam pertandingan ratu cantik Malaysia yang dibatal penyertaan mereka berkeras untuk terus bertanding merebut gelaran Miss World Malaysia 2013 pada 2 Ogos ini.
Sara Amelia Muhamad Bernard, 20, kecewa dengan fatwa dikeluarkan Majlis Fatwa Kebangsaan yang mengharamkan penyertaan wanita Islam dalam pertandingan ratu cantik.
“Saya sedar umat Islam tidak dibenarkan memasuki pertandingan ratu cantik tetapi saya dimaklumkan penganjur ia dibenarkan kerana kami tidak perlu memperagakan pakaian renang, sebaliknya hanya pakaian sukan,” katanya dipetik dari akhbar berbahasa Melayu, Berita Harian.
Sementara seorang lagi peserta, Wafa Johanna De Korte, 19, turut kecewa dengan keputusan penganjur yang membatalkan penyertaan mereka. “Saya terharu melihat penganjur berusaha mempertahan dan melihat potensi dalam diri kami untuk mewakili kaum Melayu dalam pertandingan ratu cantik Malaysia.
“Saya berbesar hati untuk meneruskan perjuangan di dalam pertandingan ini, jika masih ada peluang,” katanya.
Penganjur Miss World Malaysia 2013, Datuk Anna Lim, berkata walaupun menarik balik penyertaan empat peserta Islam itu, pihaknya masih memberi peluang kepada mereka menyertai program itu.
Dalam pada itu, Majlis Perunding Wanita Islam Malaysia (MPWIM) menggesa kerajaan mewujudkan Enakmen Jenayah Syariah berhubung penyertaan umat Islam dalam pertandingan ratu cantik. – 23 Julai, 2013.

Oke macam neh. Aku dah tahu dah. Kita suka tak suka kita kena terima apa yang dah ditetapkan dalam Islam kalau benda tue wajib ia wajib. Kalau benda tue HARAM maka ia HARAM. Hanya kerana ada orang lain bersikap tidak adil, melakukan undang2 terpilih, melakukan keputusan bias, tidak bermaksud apa yang Allah tetapkan itu menjadi satu kesalahan. 

Dalam kes neh meskipun negara kita, undang2 kita, mufti kita, pemimpin2 kita bersikap double standard itu bukan alasan untuk kita menolak apa yang telah diwajibkan ke atas kita. Suka tak suka keempat2 peserta ratu cantik kena faham bahawa mereka tak sepatutnya menyertai pertandingan ratu cantik neh bukan atas alasan fatwa semata2 sebaliknya kerana ia melanggar syariat Islam contohnya, seperti berpakaian seksi. Tak pakai bikini bukan bermaksud tak seksi kan?

Bagaimana pula dengan solat? Hah. Malas aku nak ulas secara kompleks. So kena faham sendiri2 la. Aku tak gemar menilai bab2 akidah orang lain neh. Aku suka jaga akidah aku jek.  Then dalam pada itu, persoalan yang dibangkitkan oleh peserta2 ratu cantik neh wajar difikirkan secara kritis oleh mufti2 di negara neh.
 
Bila benda tue melibatkan orang awam / rakyat biasa yang tiada kepentingan, kuasa, pangkat, harta, duit dan kedudukan, kemain ko beria2 dan tegas untuk melaksanakan fatwa tersebut. Walaupun tiada enakmen undang2 untuk menyokong dasar fatwa tersebut.
 
Tapi bila benda tue melibatkan BN, pemimpin yang berkuasa, ada harta, taraf VVIP, orang kaya, kepentingan peniaga, orang2 tertentu ko kendur dalam melaksanakan fatwa. Meskipun terdapat enakmen2 tertentu yang dibuat untuk menyokong tindakan ke atas pesalah2 / pelanggar2 fatwa tersebut.
 
Contoh mudah, fatwa rokok. Contoh kompleks isu demo dan ketidakadilan polisi dan sistem kerajaan yang seringkali dihadapi oleh rakyat terbanyak di negara neh.
 
Maka persoalan2 oleh peserta ratu2 cantik Malaysia memang ada kewajaran nya. Aku teringat kata2 Dr. Zakir Naik. Masyarakat berpecah, bergaduh, bertelingkah disebabkan undang2 menghukum secara tidak adil. Bila ketidakadilan mula berlaku, maka kita boleh tengok masyarakat rosak. Undang2 benda yang sangat2 penting untuk kita tekankan sebab itu dalam prinsip pentadbiran Islam, keadilan adalah benda paling utama. Ia bukan benda yang sia2. Allah ada sebabNya. Hanya kita jek yang malas mengambil tahu. Fikir2kan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...