Takde ke cara lain selain dari melakukan tindakan saman? Kes neh akan menjadi semakin besar dan aku percaya penyokong kedua2 belah pihak akan ada yang bertelagah nanti. Ikut dari apa yang aku tengok sebelum2 neh, mereka memang akan bertelagah. Tak la babitkan semua penyokong. Tapi sedikit sebanyak memang ada yang terjebak punya la nanti.
PAS vs PKR.
Memang si tukang saman tidak membuat tindakan berdasarkan kapasiti parti, ia atas kapasiti peribadi tetapi seberapa ramai la yang akan melihat isu neh sepositif positifnya?
Isu neh isu yang melibatkan bekas calon PKR vs Hadi Awang. Tak lebih tak kurang. Bukan PAS vs PKR.
Tapi kita kena faham ;
1. Akan ada pihak2 yang mengambil kesempatan atas kes neh.
2. Kedua2 penyokong akan ada yang bergaduh. Mungkin bukan semua tapi aku percaya memang akan ada yang bergaduh.
3. Akan ada kumpulan yang bekap TGHH. Aku percaya kenyataan balas akan dikeluarkan.
Seterusnya mungkin isu neh akan jadi besar dan duri dalam daging kalau tak selesaikan cara baik. Pendapat aku jangan saman. Ya kita sakit ahti sebab kena tuduh tapi terai jangan saman. Apa yang PSM dan Dr. Nasir alami lagi teruk kot. Aku tak sangkal la kenyataan dia bahawa dia tertekan. Tapi dari pemerhatian aku, tuduhan rambang dan fitnah melulu yang jatuh ke atas Dr. Nasir dan PSM lebih hebat lagi.
Dr. Nasir mengambil pendekatan berdiam diri dan menjawab setelah keputusan PRU dimuktamadkan. Itupun penerangan dia tak menyerang mana2 individu secara peribadi sepertimana yang dia kena selama neh. Aku salute cara dia membersihkan nama baik dia. Samada korang nak percaya ke tidak itu hak masing2 la kan. Tapi aku memang percaya kat Dr. Nasir tue.
Jika tak keberatan, aku cadangkan ;
1. Buat pertemuan dua hala. Antara bekas calon dengan TGHH.
2. Beri penjelasan dan dengar juga penjelasan dari TGHH.
3. Then sama2 buat la keputusan yang terbaik untuk selesaikan kemelut neh.
4. Kalau boleh saman tue biarlah sebagai jalan terakhir untuk selesaikan isu.
Jika saman ini diteruskan juga, aku tak fikir effect positif lebih banyak dari effect negatif. Lebih teruk kalau penyokong2 TGHH memilih untuk menyerang peribadi bekas calon PKR dan PKR itu nanti. Ia mungkin akan menjejaskan kerjasama dan perhubungan sesama penyokong dan ahli parti komponen. Fikir masak2 weh. Meskipun hak menyaman adalah hak dia sebab dia yang teraniaya kat sini.
Aku cuma berharap, kedua2 pihak boleh bersemuka sebelum amek apa2 pendekatan yang drastik, tue je la la.
Lihat video kat bawah neh atau klik sini ;