Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 26 Julai 2013

Guru Besar, Pengadu Kes SRK Seri Pristina Terima Ancaman.

Pelik betul.

Kenapa ada individu2 yang memilih untuk membuat ancaman bunuh dan culik kepada GB dan ibu yang mengadu dalam kes neh?

Aku ingatkan si pengadu tutup fb sebab takut di dakwa di bawah akta hasutan. Rupanya dia tutup sebab terima ugutan.

Orang2 yang mengugut neh kemungkinan besar terdiri dari puak2 pelampau kaum. Jenis yang takde otak dan tak boleh nak memahami bahawa kes neh sebenarnya perlukan penyelesaian bukan nya buat ugutan bunuh.

Si pengadu dah pun buat laporan polis kerana di ancam. Guru besar pun sama. Yang aku heran GB berkali2 cakap tak menerima aduan dari ibu bapa pelajar berkaitan isu makan di bilik mandi tapi si pengadu tegaskan bahawa dia telah membuat aduan dan aduan dia tak dilayan. Sebab tue dia dedah di facebook.

Aku cadangkan baik si pengadu dedahkan kat siapa dia mengadu mengenai hal neh. Dedahkan kat GB sekolah tersebut untuk di ambil perhatian. Boleh jadi si menerima aduan tak bagitau pada guru besar. Maka guru besar tak sedar bahawa ada orang tak bersetuju dengan ketetapan tersebut.

Lagi satu kantin start renovate 17 Julai. Tapi kantin dah ditutup sejak satu ramadhan. Renovate pun sekadar tukar pintu. Berapa lama masa yang digunakan untuk tukar pintu?

Mungkin la mungkin. Sebab dah anggap bilik tambahan tue as kantin maka nya kantin besar direhatkan kerana operator kantin bercuti sepanjang Ramadhan dan buka kantin kecik untuk kegunaan pelajar disebabkan jumlah murid yang berehat sedikit.

Jika ini alasan nya aku cadangkan terus terang jek. Di samping itu terus terusan minta dana tambahan bagi membesarkan sekolah. Bilik kelas pun padat dengan bilangan murid. Memang kementerian ada peruntukkan untuk sekolah2 yang kekurangan fasilitis. Ini masa terbaik untuk GB buat tuntutan sekaligus.

Aku cadangkan lainkali edar surat kat ibu bapa pelajar. Bukan semua ibu bapa pelajar dapat hadirkan diri ke mesyuarat PIBG. Aku tak sure sekolah SRK Seri Pristina macam mana pentadbiran dia tapi ada sesetengah sekolah setiap kali dorang buat mesyuarat dorang edarkan surat dan setiap kali dorang buat apa2 keputusan dalam mesyuarat PIBG dorang edarkan surat lagi.

So tak timbul isu.

Apa pun berhentila membuat ancaman kepada guru besar dan pengadu dalam isu neh. Posting2 perkauman tue datang dari pihak ketiga. Sesetengah orang tak boleh beri respon dengan rasional kerana mereka tidak rasional. Permasalahan yang wujud adalah untuk diselesaikan. Bukan untuk suruh orang pergi bergaduh.

Oke bai.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...