Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 18 Jun 2016

Khalid Dengan Muka Bengang Nafikan PDRM Terima Wang Tebusan 12 Juta, 'DAP' Dipersalahkan.


Semalam siapa menonton sidang media yang dibuat oleh Khalid Abu Bakar, Ketua Polis Negara akan dapat melihat reaksi Khalid dalam menjawab dan membetulkan kenyataan Menteri Dalam Negeri (KDN), Zahid Hamidi. 

Khalid dengan muka agak bengang menjawab persoalan para wartawan berkenaan isu wang tebusan 12 juta.

Khalid pada semalam menafikan bahawanya ;

1. PDRM menerima wang tebusan 12 juta dari ahli keluarga mangsa untuk disalurkan kepada kumpulan penculik.

2. PDRM bukan sahaja tidak menerima wang tebusan berkenaan malahan siasatan polis menjadi begitu sukar disebabkan campurtangan pihak ketiga dalam kes penculikan berkenaan. Menurut KPN lagi, keluarga mangsa turut didatangi oleh ramai agen dan pihak ketiga yang kononnya mahu membantu menyelamatkan ahli keluarga mangsa.

3. Terdapatnya parti politik tertentu yang masuk campur dalam urusan mendapatkan kembali 4 tebusan yang diculik.

4. Setiap kali mengadakan ceramah dan kutipan derma, mereka mengumumkan hasil kutipan dan ini mengembirakan kumpulan penculik kata KPN lagi.

5. PDRM tidak pernah menerima apa-apa wang derma untuk disalurkan kepada mana-mana pihak atas apa-apa tujuan pun.

6. Sebaliknya ada pihak lain yang berurusan dengan kumpulan penculik.. polis tidak tahu menahu dan tidak menolak kemungkinan ada pihak yang menyamar sebagai anggota Cawangan Khas.

7. Khalid juga membenarkan kenyataan Zahid bahawanya ada maklumat yang diterima mengatakan tebusan akan dibebaskan jika wang tersebut disalurkan kepada badan-badan Islam di Selatan Pilipin.

Mungkin yang keluarga mangsa sangka CAWANGAN KHAS tu wakil dari PDRM sendiri tetapi boleh jadi bukan.

Alasan Khalid boleh jadi logik. Aku setuju juga terutama part umumkan hasil kutipan.

Campurtangan parti politik tertentu berlaku disebabkan tali persaudaraan. Adanya wakil rakyat DAP yang bersaudara dengan tebusan yang diculik. Itu tak pelik. Mereka nak tolong bebaskan ahli keluarga mereka.

Khalid tak mention terang-terang nama DAP dalam sidang media semalam tetapi kita faham-faham sendirila siapa yang Khalid maksudkan.

Tapi yang paling menjadi isu ialah ;

- Khalid pada awalnya menjelaskan tiada sebarang wang tebusan dibayar. Tetapi selepas diasak akhirnya membocor maklumat bahawa pihak PDRM terima maklumat yang tebusan akan dibebaskan jika wang disalur kepada badan Islam.

- Keluarga pula tetap mempertahankan kenyataan 12 juta dibayar kepada PDRM bagi membebaskan ahli keluarga mereka. Kenyataan ini juga konsisten. Tidak berubah. Tetapi boleh jadi mereka akan berfikir-fikir selepas ini betul ke aku salurkan 12 juta kepada anggota Cawangan Khas ataupun mereka yang menyamar. Sudah tentu pihak keluarga akan rasa terkeliru dan tertanya-tanya disitu.

- Statement Zahid Hamidi. Dia membuat pusingan darjah tak sampai 24 jam pun. Mulanya ketika ditanya, dia mempertahankan kenyataan Khalid. Tiada sebarang wang tebusan dibayar.

Kemudiannya tiba-tiba BH Online melaporkan ;



Statement dari Zahid Hamidi ini menyebabkan dia dihimpit kontroversi.
PERTAMA. Pada awalnya dia sendiri menafikan tiada sebarang wang tebusan dibayar.
KEDUA. Dia menyatakan semua wang2 hasil derma itu disalurkan kepada badan Islam tertentu di Pilipin. Ini memberi gambaran bahawanya POLIS telah MENERIMA WANG TEBUSAN SEBANYAK 12 JUTA DARI PIHAK KELUARGA MANGSA yang mana sebelumnya dinafikan oleh KETUA POLIS NEGARA itu sendiri. KPN pula dianggap telah melakukan penipuan disitu. Sudah tentu KPN rasa bengang dikantoikan oleh Menteri KDN.
KETIGA. Zahid turut menjelaskan hasil-hasil wang derma telah disalurkan kepada badan Islam di Pilipin. Bukannya wang tebusan. Menteri tolol fikirannya pun bodoh. Sesiapa sahaja boleh mengagak yang badan Islam tertentu itu mungkin sahaja 'MASK' ataupun 'TOOL' yang digunakan untuk collect wang tebusan. Tambahan pula ia adalah badan Islam luar negara. Even sesetengah kumpulan pro Islam di Malaysia pun ada yang korang tertipu dengan aktiviti-aktiviti sampingan mereka. Ini ada ahti nak beranggapan korang tahu sangat apa yang berlaku di luar negara. Tah hapa-hapa. 

KEEMPAT. Zahid memaklumkan bahawanya DIA MENGESAHKAN. Ya, adanya perkataan SAHKAN disitu. Ini memberikan satu gambaran bahawanya samada dia ataupun seseorang yang lain, yang berautoriti dan berjawatan tinggi telah memaklumkan dan mengemaskini kronologi perjalanan wang-wang tebusan berkenaan. Mana mungkin jika seseorang yang macam aku sambil lalu je update ke TPM apa yang berlaku buta-buta dia akan percaya dan sebar. Ini babitkan kredibliti dia juga. So, keberanian dia menyebarkan benda sebegini membuktikan paling2 koman orang atasan PDRM tahu apa yang sedang berlaku kerana mungkin terlibat dari segi PENGURUSAN WANG TEBUSAN..

Tambahan pula beria sangat Zahid kata badan Islam itu bukanlah pertubuhan pengganas dan terrorist. Adakah POLIS telah melakukan siasatan terperinci?

Nampak?
Nampakk?
Nampakkk?

Wang2 tebusan tersebut jika tidak dibayar kepada kumpulan penculik memang patut dipulangkan kepada keluarga mangsa. Mereka sampai bergadai rumah dan harta benda demi nyawa ahli keluarga kesayangan. Zahid Hamidi langsung tak ciri-ciri simpati. Buat statement secara terbuka langsung tak fikir tentang sentimen. 

Tetapi KPN menafi polis terlibat dalam sebarang proses pembayaran wang tebusan. So, jika polis tak terlibat macam mana Zahid boleh membayangkan seolah-olah ada campurtangan polis disitu sepanjang proses membebaskan tebusan dan menguruskan wang tebusan?

Fikir-fikirkanlah.

Khamis, 16 Jun 2016

Jet Terbaru Kerajaan Berada Di Kazakhstan, Buktikan Ia Sedang Diselenggara Cabar Rafizi Kepada Najib.


Lagi #misterijet.

Alasan yang diberikan kenapa kerajaan menyewa jet mewah dari Emirates sehingga membazirkan berpuluh juta wang rakyat ialah kerana jet terbaru yang dibeli tahun lepas kini sedang disenggara ("maintenance"). Saya pun cubalah jejaki jet terbaru ini untuk mengesahkan dakwaan itu.

Cuma saya terkasima kerana maklumat saya menunjukkan jet itu berada di Kazakhstan. Pulak dah! Mohon sahabat-sahabat tolong saya jejaki jet ini dengan sebarkan kenyataan media saya di bawah.

16 JUN 2016 PERDANA MENTERI PERLU SAHKAN LOKASI JET ACJ320 9M-NAB YANG DILAPORKAN BERADA DI KAZAKHSTAN

Sejak saya mula-mula mendedahkan kontroversi kerajaan menyewa sebuah jet peribadi mewah dari Emirates yang digunakan oleh Datin Seri Rosmah Mansor untuk ke Istanbul minggu lalu, alasan yang diberikan oleh pihak Datin Seri Rosmah Mansor ialah sewaan jet mewah itu adalah satu keperluan kerana jet terbaru milik kerajaan iaitu ACJ320 9M-NAB kini sedang disenggara (“maintenance”) dan tidak boleh digunakan.

Saya telah tunjukkan semalam bagaimana kalau pun benar jet ACJ320 9M-NAB kini tidak boleh digunakan kerana sedang disenggara, Datin Seri Rosmah Mansor boleh sahaja menggunakan satu lagi jet sedia ada iaitu ACJ319 9M-NAA memandangkan sekarang pun ada 2 jet yang beroperasi iaitu ACJ319 9M-NAA dan BBJ737-700 M53-01. Walau bagaimana pun, saya telah mendapat maklumat dari pemberi maklumat yang membantu saya cuba menjejaki lokasi sebenar jet terbaru ACJ320 9M-NAB untuk mengesahkan kebenaran dakwaan bahawa sewaan jet dari Emirates itu satu keperluan kerana jet terbaru milik kerajaan sedang disenggara.

Saya dimaklumkan bahawa setakat minggu lepas sehingga 12 Jun 2016, jet terbaru milik kerajaan ACJ320 9M-NAB itu berada di Kazakhstan, seperti paparan dari pengkalan data kedudukan pesawat berikut:

Ini menimbulkan tanda tanya kenapa jet yang diubahsuai khusus itu berada di Kazakhstan.

Saya juga menyemak kehadiran syarikat yang berkaitan dengan industri penerbangan mewah yang ada di Kazakhstan untuk mengesahkan kebenaran dakwaan bahawa jet terbaru milik kerajaan itu kini sedang disenggara. Saya mengakui bahawa sebuah syarikat yang berkaitan dengan Comlux memang ada di Kazakhstan iaitu Comlux Kazakhstan LLC yang operasinya melibatkan sewaan jet dan khidmat-khidmat lain. Saya juga sedia maklum bahawa pada kebiasaannya jika sebuah jet itu sedang disenggara maka Comlux boleh menggantikan sebuah lagi jet lain buat sementara waktu sementara jet disenggara. Malangnya sehingga kini tidak ada sebarang laporan mengenai aktiviti senggaraan ke atas ACJ320 9M-NAB seperti yang didakwa sedangkan selalunya pergerakan dan aktiviti jet dilaporkan secara terperinci oleh perunding penerbangan seperti Aero Transport Databank (www.aerotransport.org).

Oleh yang demikian, saya menyeru Jabatan Perdana Menteri mengesahkan secara rasmi dan menunjukkan bukti bahawa jet ACJ320 9M-NAB memang berada di Kazakhstan dan sedang melalui proses senggaraan.

Kerajaan juga perlu menerangkan kenapa tidak ada jet gentian yang digunakan seperti amalan biasa sehingga perlu menyewa sebuah jet baru dari Emirates yang merugikan rakyat.

RAFIZI RAMLI
NAIB PRESIDEN/SETIAUSAHA AGUNG
AHLI PARLIMEN PANDAN

Uturn Kajian Daya-Maju Terowong Dasar Laut, LGE, Zarul Dipertikaikan Kerana Menyalahkan Puasa Sebagai Alasan Tersilap Cakap.

Lim Guan Eng dalam beberapa minggu kebelakangan ini menghadapi tekanan bertubi-tubi dari beberapa pihak disebabkan kontroversi pembinaan projek terowong dasar laut.

Liputan meluas media tentangnya memaksa Lim Guan Eng mengadakan sidang media khusus beberapa kali untuk menjelaskan apa yang didedahkan oleh PCM = Parti Cinta Malaysia dan Gerakan Pulau Pinang serta menteri Rahman Dahlan. 

Serangan bertubi2 dari kem BN dan pro BN ke atas kerajaan DAP Pulau Pinang menerusi pelbagai media massa termasuklah TV3 sebenarnya agak membimbangkan juga kerana kegagalan Lim Guan Eng menangkis serangan-serangan tersebut dengan menyakinkan dan ini boleh menimbulkan persepsi bahawanya apa yang didakwa oleh kem-kem berkenaan adalah benar.

Baru-baru ini portal Malaysiakini melaporkan 
ini ;


Laporan itu menyebut bahawanya kajian kebolehlaksanaan terowong dasar laut diarahkan henti walaupun konsortium telah siapkan kajian sebanyak 83%.

Jurucakap Konsortium Zenich-BUCG, Zarul Ahmad Mohd Zulkifli menyatakan bahawanya arahan untuk menghentikan kajian kebolehlaksanaan itu datangnya dari kerajaan negeri dan mereka tidak tahu menahu atas alasan apa mereka diarahkan menghentikan kajian berkenaan. Walaubagaimanapun Zarul turut menyatakan ia berkemungkinan kerana kerajaan negeri mahu konsortium berkenaan menyempurnakan kajian ke atas 3 projek lebuhraya terlebih dahulu.

Arahan menghentikan kajian kebolehlaksanaan itu telah dikeluarkan pada bulan lepas tambah Zarul lagi.

Zarul turut dilaporkan berkata bahawa projek lebuhraya dijangka akan memulakan kerja-kerja pembinaan pada September 2016 dan akan siap menjelang tahun 2022. Projek pembinaan tiga lebuhraya berkenaan akan mencecah kos sebanyak 2 billion.

Selepas laporan itu disiarkan, ianya menjadi sensasi kerana kerajaan negeri Pulau Pinang dipersoalkan tentang wang yang telah dibayar kepada konsortium berkenaan untuk melakukan kajian tersebut.

Menurut laporan dari NSTP suatu ketika dahulu ada dinyatakan bahawanya kerajaan negeri paling tidak telah pun membayar sebanyak rm139 juta ringgit kepada konsortium bagi melakukan beberapa kajian kebolehlaksanaan terhadap beberapa projek berkaitan pembinaan terowong bawah tanah. Selain dari mempersoalkan kewajaran jumlah bayaran yang dipercayai mencecah 305 juta untuk kajian berkenaan, menteri tersebut turut mempersoalkan atas alasan apa kerajaan negeri membayar mahal-mahal atas kajian yang belum dilengkapkan. Sebelum ini pihak yang sama turut mempersoalkan kos sebanyak 305 juta bagi menyiapkan beberapa kajian kebolehlaksanaan ialah satu amount yang tidak munasabah.

Kerajaan negeri turut dipersoalkan samada konsortium yang terpilih bagi menyediakan kajian berkenaan dipilih secara open-tender (merit) ataupun secara crony-based.

Rujuk laporan berita tersebut disini.

Laporan dari Malaysiakini pula pernah menyiarkan satu surat dari individu yang concern tentang pembinaan projek terowong dasar laut yang baginya akan merosakkan keseimbangan ekosistem dan alam sekitar.

Individu berkenaan mempersoalkan kenapa kerajaan tidak bertindak mengumumkan hasil kajian tersebut kepada umum kerana setakat ini umum seolah-olah seperti tidak tahu apa-apa langsung berkaitan perkembangan kajian tersebut. Malahan tiada 'tanda-tanda' bahawanya suatu kajian geological sedang dijalankan di kawasan-kawasan yang terbabit dengan pembinaan terowong dasar laut memandangkan tiada 'kelibat' peralatan-peralatan berkaitan kajian ditemukan.

Individu itu mendesak agar konsortium mendedahkan sepenuhnya hasil kajian kepada umum untuk dinilai rakyat sendiri bagi menafikan persepsi bahawanya ianya mungkin 'fake-study'.

Malahan kerajaan negeri turut dipersoalkan kewajaran membayar konsortium yang terpilih bagi melakukan kajian maju-daya (kebolehlaksanaan) dengan sejumlah tanah yang dimiliki oleh kerajaan negeri. Tanah2 tersebut seluas 9 hectar yang terletak di Seri Tanjung Pinang 1 (STP1).

Rujuk surat berkenaan itu disini. 

Rentetan dari laporan yang disiarkan oleh Malaysiakini pada 14 June 2016 itu, Lim Guan Eng dan Zarul kemudiannya mengadakan satu lagi sidang media (tergempar?) bagi menjelaskan kekeliruan yang wujud.

Zarul dalam sidang media yang disiarkan menerusi laporan TV3 semalam menyatakan bahawa kajian maju-daya (kebolehlaksanaan) yang sedang dijalankan bagi membina terowong dasar laut telah siap sebanyak 83% dan tidak pernah diarahkan henti oleh kerajaan negeri.


Zarul turut menjelaskan bahawanya dia tersilap cakap ketika mengatakan bahawa kajian berkenaan diarahkan henti tanpa sebarang alasan diberi. Zarul mengatakan dia berpuasa adalah punca kenapa dia tersilap cakap. Lim Guan Eng turut membenarkan penjelasan Zarul kerana turut hadir di sidang media berkenaan. Lim Guan Eng turut mengulangi bahawanya Zarul berpuasa kerana itu dia tersilap mengeluarkan kenyataan ketika di sesi sidang media sebelumnya.

Alasan itu kemudiannya diperlekehkan dan dipersendakan oleh netizens kerana dianggap merendah-rendahkan akal manusia.

Mana mungkin seseorang yang sekalipun dia berpuasa boleh lupa samada kajian tersebut masih dijalankan ataupun telah diarahkan henti apatah lagi ianya berlaku pada bulan lepas. Tak mungkin jurucakap Konsortium Zenich-BUCG boleh melakukan kesilapan besar itu memandangkan dia berjawatan tinggi dalam konsortium berkenaan. Jawatannya ialah pengerusi. Bukannya office boy.

Aku menonton sidang media pembetulan pada semalam yang disiarkan oleh TV3. Dalam sidang berkenaan reaksi wajah Zarul seolah-olah seperti kehilangan arah dan sedang mematuhi arahan. Bahasa badannya jelas menunjukkan dia berada dalam 'confusion-state' dan tidak bersedia langsung untuk melakukan sidang media pembetulan. Lim Guan Eng pula sepertinya seorang bapa yang sedang membetulkan anaknya yang berbuat salah.

Menurut pendapat aku, kemungkinan besar dia telah 'dibrainwash' kerana mengeluarkan satu kenyataan yang menyebabkan tindakan negeri Pulau Pinang dipersoalkan.

Nampaknya isu terowong dasar laut dan 3 projek lebuhraya ini bukan sekadar projek yang biasa-biasa. Misteri-misteri dan persoalan-persoalan yang dikaitkan dengan projek-projek berkenaan perlu diperjelaskan secara terperinci oleh kerajaan negeri dalam bentuk dokumentasi dan forum khusus. Harapnya kerajaan negeri Pulau Pinang bersedia melakukan pencerahan dan penerangan kepada rakyat Penang andai benarlah korang kena fitnah. Jangan asyik nak mengatakan korang difitnah tanpa membuktikan bahawanya korang sememangnya kena fitnah. 

Kbai.

Isu Wang Tebusan 12 Juta, Kenapa KPN Berbohong? - SAMM Desak KPN Minta Maaf Secara Terbuka.


Kenyataan Umum

16 Jun 2016

Pembebasan Tebusan Abu Sayyaf : KPN Bohong Dan Perlu Minta Maaf

Susulan pembebasan empat rakyat Malaysia yang dikatakan diculik Abu Sayyaf,, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) melahirkan kesyukuran kerana keempat-empat mangsa dapat kembali ke pangkuan keluarga semula. Namun begitu, SAMM kesal dengan sikap Ketua Polis Negara (KPN) yang memilih untuk berbohong dalam isu ini.

KPN seperti dipetik oleh beberapa media menyatakan tiada sebarang pampasan dibayar untuk membebaskan keempat-empat mangsa tersebut yang ditahan semenjak bulan April lalu. Sebaliknya KPN memilih untuk menggunakan alasan penggantungan dagangan barangan sebagai alasan pembebasan tersebut. Menurut The Star Online pula, mengatakan empat tebusan itu dibebaskan berikutan beberapa siri rundingan antara Malaysia, Filipina dan kumpulan militan terbabit.

Namun cerita sebenarnya yang diakui oleh mangsa dan keluarga adalah wang tebusan bernilai RM 12 juta iaitu RM 9 juta didermakan oleh penderma secara individu, RM 1 juta daripada gadai janji dua rumah keluarga di Pulau Li Hua dan RM 2 juta dari syarikat perkapalan tempat kesemua tebusan berkhidmat telah dibayar kepada pihak pengganas tersebut. Pihak keluarga telah menyerahkan kira-kira 12 keping cek Bank Hong Leong yang setiapnya bernilai RM 1 juta yang disimpan di dalam beg ke Cawangan Khas Polis DiRaja Malaysia (PDRM) di Sandakan antara pukul 4 petang dan 6 petang pada 24 Mei lalu.

Persoalannya adalah mengapa KPN perlu membuat satu kenyataan media palsu? Memahami pihak berkuasa dan Kerajaan tidak akan mengakui sebarang bentuk bayaran pampasan atas alasan keselamatan, KPN sepatutnya memilih untuk tidak memberikan sebarang komentar. Bukannya berbohong.

KPN memberikan kenyataan bukan bersifat peribadi tetapi memberikan kenyataan berlandaskan kedudukannya sebagai Ketua Polis Negara. Kenyataan itu adalah satu kenyataan yang mewakili pihak berkuasa keselamatan Malaysia. Apabila memberikan satu kenyataan yang mengelirukan dan berbohong, ia akan menghakis kredibiliti dan integriti bukan sahaja KPN sebagai individu sebaliknya jawatan Ketua Polis Negara dan seluruh pasukan Polis DiRaja Malaysia (PDRM).

SAMM kesal dengan cara KPN mengendalikan sidang media dalam kes ini. SAMM mendesak KPN untuk menarik balik kenyataan tersebut dan memohon maaf atas kekeliruan yang telah berlaku. Kenyataan KPN tersebut telah menyebabkan pihak keluarga menghadapi tekanan daripada penderma-penderma terbabit sehingga menyebabkan pihak keluarga terpaksa mendedahkan bagaimana proses pembebasan dan pembayaran wang tebusan dilakukan kepada pihak media.

Sinar Harian mencatatkan dalam laporannya bahawa semenjak tahun 2000, lebih kurang 10 kes penculikan dilaporkan berlaku di sekitar kawasan perairan Sabah. Tidak pernah lagi sebelum ini mana-mana pihak mendedahkan bayaran wang tebusan. Walaupun hal pembayaran wang tebusan ini bukanlah rahsia kepada orang ramai, tetapi sama ada pihak berkuasa mahupun pihak keluarga mangsa tidak pernah membuat pengakuan secara terbuka kepada umum.

Ekoran daripada kelemahan dan kesilapan besar KPN yang membuat kenyataan media sehingga menimbulkan kekeliruan di antara pihak keluarga dan para penderma, butiran bayaran wang tebusan itu akhirnya telah bocor kepada pihak media. Ini pastinya akan memberikan gambaran negatif kepada pihak berkuasa dan Kerajaan sendiri.

Lebih dibimbangi, laporan berita pembayaran wang tebusan daripada negara kita ini akan memberikan lebih inspirasi kepada mana-mana pihak pengganas terutama yang berada di Selatan Filipina untuk melipatgandakan usaha menembusi sempadan perairan negara dan menculik rakyat tempatan atau pelancong asing di Sabah.

SAMM sentiasa mengambil perhatian serius mengenai aspek keselamatan negara terutamanya di perairan Sabah yang kelihatan begitu rapuh pertahanannya. Sewaktu tragedi Lahad Datu, SAMM telah menghantar delegasi bertemu dengan anggota pihak berkuasa keselamatan bagi menyampaikan memo sokongan pada tahun 2013.

SAMM berpandangan bahawa keadaan kerapuhan pertahanan kawalan sempadan di Sabah adalah berpunca daripada dosa Mahathir Mohamad yang telah menjual kad pengenalan warganegara kepada Pendatang Asing Tanpa Izin di Sabah. Pengkhianatan Mahathir Mohamad dan gerombolannya itulah menjadi punca kita menghadapi pelbagai insiden penculikan dan serangan pengganas Sulu yang telah mengorbankan nyawa anggota keselamatan kita.

SAMM secara serius mendesak Ketua Polis Negara menarik kenyataannya dan meminta maaf kerana menipu di media. Persoalan lebih besar berapa ratus juta sudah Malaysia menyumbang kepada ‘pengganas’ dikawasan tersebut melalui pembayaran tebusan sebelum ini ?

Sekian,

che’GuBard, SAMM

Tuntutan IPIC Bernilai RM26 Billion Terhadap 1MDB - Apa Yang Patut Anda Tahu.


Dan Syahredzan Johan menulis ;
Sudah 2 bulan sejak PAC keluarkan laporan tentang 1MDB. Tetapi sampai sekarang, seorang pun tidak ditahan atau didakwa.
Rakyat Malaysia pun makin lupa dan makin tidak kisah. Kita semua bergaduh tentang RUU Hj Hadi. PAS asyik serang Amanah dan DAP dan sebaliknya, PKR bergaduh sama sendiri tentang Deklarasi Rakyat. 1MDB makin tenggelam.
Hari ini 1MDB dan Ministry of Finance Malaysia Inc, di bawah Kementerian Kewangan disaman. Jumlahnya USD6.5 bilion. Bersamaan dengan lebih kurang RM26.6 bilion.
Ulang balik; Dua puluh enam perpuluhan enam bilion gantirugi.
Aku pun tak boleh bayangkan betapa banyak jumlah tersebut. Banyak sangat kosong di belakang angka tersebut.
Kalau tuntutan tersebut dibenarkan, yang kena tanggung Kerajaan Malaysia. Dan walau apapun Ahli Parlimen Langkawi cakap, akhirnya duit Kerajaan datangnya daripada rakyat juga. Kalau tidakpun, dari hasil negara. Duit yang sepatutnya digunakan untuk rakyat, terpaksa digunakan untuk bayar syarikat asing.
Sebab apa? Sebab ada satu syarikat yang diuruskan dengan begitu teruk sehinggakan rugi berbilion. Bukan aku yang cakap, PAC yang cakap.
Ini bukan fitnah Tony Pua atau Rafizi Ramli. Ini bukan mainan wayang Tun Mahathir. Ini bukan propaganda The Edge atau Malaysiakini. Ini betul-betul berlaku.
Tapi tidak apa. Biarlah. Politik matang, kan? Mana boleh serang tentang perkara ini. Biarlah, sekurangnya mereka sokong RUU Haji Hadi, kan? Biarlah, asalkan Malaysia ini masih ditadbir oleh Melayu-Islam.
Semuanya akan status quo. Percayalah.
Mereka dah menang dahpun. Mereka dah terlepas pun. Satu dunia ambil tindakan terhadap isu ini, di negara kita sendiri seorang pun masih tidak dipertanggungjawabkan. Singapura siap tarik balik lesen bank, yang tidak dibuat selama 30 tahun. Tetapi kita di sini, semuanya baik-baik belaka.
Lagi baik aku tengok Game of Thrones. Sekurang-kurangnya, bila jahat menang dalam cerita tu, aku tahu ianya semua fantasi.
Dibahas pula oleh SSTDM ;
APA MAKNA KES ARBITRATION 1MDB DENGAN IPIC KEPADA RAKYAT MARHAEN?
Kemungkinan besar 1MDB akan kalah dan perlu bayar kepada IPIC.
Kita tahu antara langkah yang dibuat susulan daripada laporan PAC ialah membawa aset 1MDB masuk bawah MOF Inc.

Ini bermakna hutang dan liabiliti 1MDB di bawah MOF Inc. seperti ditanya oleh Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (Siapa bayar? Nak cari duit kat mana?) sudah menjadi satu bentuk memasyarakatkan hutang 1MDB kepada rakyat (socialization of losses to tax payers).
Itu baru hutang IPIC. Hutang KWAP macam mana? Hutang SOCSO? Tabung Haji? LTAT? Sukuk Bandar Malaysia macam mana?
Teruk ke?
Untuk perbandingan, cuba lihat dan baca laporan berhubung hutang yang diwarisi bekas Presiden Filipina, Ferdinand Marcos.
Hampir separuh abad baru hutang tersebut yang dijadualkan habis bayar pada 2025 oleh pembayar cukai Filipina. Padanlah Filipina bermasalah dan jurang kaya-miskin sangat lebar kerana kerajaannya terpaksa tanggung hutang yang tinggi.
Generasi yang sudah pencen tiada masalah. Mereka akan pergi tinggalkan kita dengan aset dan wang KWSP. Anak-anak kecil yang baru lahir dan akan merentasi fasa-fasa getir di masa hadapan nantilah yang akan menanggung semua ini dalam bentuk pengagihan hasil mahsul negara yang terbatas kerana hutang dengan pihak luar yang perlu dilunaskan.
Maka kuranglah biasiswa, bantuan itu dan ini.
Ini belum diambil kira kalau rating kredit yang akan diturunkan kalau terus-menerus berita buruk akan pengurusan hutang MOF menjadi persoalan utama. Kos meminjam hutang akan menjadi lebih tinggi. Bocor lagi kocek dan kantung perbendaharaan negara.
Jho Low senang lenang rakyat Malaysia dirampas hak mereka.
Kemudian disambung pula oleh TITM, PAS ;
“Dari mana duit bakal dikorek Kementerian Kewangan untuk membayar hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sekiranya International Petroleum Investment Company (IPIC) berjaya tuntut RM26.5 bilion?”
Demikian persoalan terbaharu dibangkitkan Pas kepada kerajaan berhubung laporan terkini mengenai 1MDB melibatkan tuntutan IPIC dan Aabar Investments PJS dari Abu Dhabi yang mengemukakan Permintaan Timbang Tara (RFA) kepada Mahkamah Timbangtara Antarabangsa London.
Timbalan Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, 1MDB hanya mempunyai lebihan tunai sekitar RM2.3 bilion setelah membayar semua hutang.
“Apakah rakyat yang juga akan disembelih nanti menggunakan kenaikan cukai, pengenalan cukai baru serta GST terhadap pembelian petrol dan pembayaran tol, yang dijangka akan dinaikkan selepas Hari Raya?,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Memetik laporan Bernama, Permintaan Timbang Tara (RFA) itu melibatkan kegagalan 1MDB dan Menteri Kewangan Diperbadankan (MOF Inc) untuk melaksanakan obligasi kontrak mereka di bawah Lembaran Terma Terikat (BTS)dan tuntutan itu bernilai kira-kira RM26.5 bilion. (RUJUK)
--------------------
MASIH MAHU UNDI BN DI PRK SUNGAI BESAR DAN KUALA KANGSAR?
FIKIR ELOK-ELOK SEBELUM MEMANGKAH.

Warkah Kedua Anwar - Cerita Benar Atau Sekadar Konspirasi?

Aku rasa ada something yang tak kena dengan penyebaran laporan berita tentang surat kedua Anwar Ibrahim.

Ini sekadar telaah aku je. Aku mungkin salah mungkin betul dalam sangkaan aku neh.

Pertama sekali, aku rasa pelik dengan laporan The Star tentang surat kedua Anwar. The Star media pro kerajaan bukan pro pembangkang dan apa ke hal pula sumber PKR nak memaklumkan kepada The Star bahawanya Anwar Ibrahim telah mengirimkan warkah kedua kepada pimpinan PKR berhubung isu kerjasama dengan Mahathir Mohamed.

Media rasmi parti ada. Media alternatif pro pembangkang sikit punya banyak. Kau pergi dedahkan kat wartawan The Star, tak rasa pelik ke beb? Kemudiannya portal2 pro UMNO, blog2 pro UMNO petik dan sebar laju2. Lebih laju dari geng2 yang tegar pembangkang sendiri. Ini pun satu kepelikkan gak bagi aku.

Rujuk laporan The Star kat sini.

The Star update pada 14 Jun 2016 jam 6 petang lebih. Malaysiakini lapor pada sebelah malam dan juga pada keesokan hari selepas mendapat maklum balas dari Shamsul Iskandar. Shamsul Iskandar mengesahkan menerima warkah dari Anwar Ibrahim dan laporan berita The Star menyebut bahawanya ia berhubung keaktifannya bersama GERAKAN SELAMATKAN MALAYSIA bersama Mahathir.

Wan Azizah pula mengesahkan tidak tahu menahu tentang kewujudan surat kedua.


Begitu juga dengan Azmin Ali.


Aku boleh faham jika betul la Wan Azizah taktahu menahu langsung bab surat kedua tu. Tapi kalau Azmin tatau memangla kelakar. Shamsul tu pengikut Azmin kot. Mana mungkin dia tak lapor kat boss dia jika sungguh Anwar hantar surat kepada dia kan?

Yang aku pelik ialah ada something off dengan penyebaran isu surat kedua neh tapi tatau apa dia.

Jika nak kata Shamsul dan Azmin nak sabotaj PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar, macam tak logik pula.

Jika nak kata ianya fitnah UMNO pun tak logik juga.

Pendek kata ada something yang meragukan sedang berlaku di belakang tabir. Dan-dan je Anwar hantar surat ke Shamsul (kenapa mesti Shamsul, adakah Anwar perhatikan aktiviti Shamsul 24 jam sampai dia tahu Shamsul buat apa, ke mana dan aktif gila dalam GERAKAN SELAMATKAN MALAYSIA, rasanya Anwar macam tu ke? Hehe. Tambahan pula, watak Azmin, Mat Sabu dan Lim Kit Siang lebih menonjol bersama GSM berbanding Shamsul yang diperlihatkan sebagai pak turut, melainkan Anwar nak sound Azmin tapi gunakan Shamsul sebagai kiasan) time-time PRK dah nak dekat neh. Kalau diperhatikan ianya takde la mendatangkan apa-apa impak sangat pun memandangkan sokongan terhadap Anwar dah berkurangan sejak2 Kajang Movie 'idea bernas' Rafizi Ramli berjaya difilemkan di Malaysia pada suatu ketika dahulu.

Tetapi sedikit sebanyak ia mungkin akan membuatkan penyokong2 PKR yang tegar Anwar rasa bengang dengan pimpinan PH yang bersama Mahathir dalam GERAKAN SELAMATKAN MALAYSIA. Tetapi berapa percent sangatlah jumlah mereka tu dalam keseluruhan pengundi2 di PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

Aku rasa, ada baiknya si Shamsul Iskandar Akin dedahkan surat tersebut kepada umum. Jika tak dedahkan aku akan anggap palsu. Ini disebabkan cara pendedahan melibatkan unsur2 UMNO.. benda2 related dengan UMNO neh yang kadang2 suka buat aku jadi was-was.. aku bukan kisah pun depa nak guna media UMNO macam Chegu Bard tu. Aku faham gak kadang2 kenapa. Tapi untuk sumber dalaman PKR menggunakan media THE STAR.. ini memang pelik beb. Pelik. Jangan2 sumber dalaman PKR tu dah berUG dengan UMNO dalam diam-diam kot. Yelah, benda2 macam neh kan patutnya menjadi kerahsiaan. Apesal beria-ria nau kau nak dedahkan time2 PRK neh beb? Takan tak boleh tunggu selepas PRK? Hah.. tu yang buat was-was aku makin membuak2 neh..

Fikir-fikirkanlah yew.

KAHKAHKAH..

Rabu, 15 Jun 2016

Pegawai Khas Rosmah Hadir Ke Sidang Media Rafizi Namun Dihalang Masuk - Kenapa Rafizi Takut?


Sebentar tadi Rafizi telah mengadakan satu sidang media yang menyatakan beberapa perkara iaitu ;

1. PH akan melancarkan satu replika jet mewah Rosmah di PRK Kuala Kangsar pada esok hari.

2. Bersempena dengan pelancaran replika tersebut, satu sesi ceramah khas juga akan diadakan di kawasan yang sama bagi memberikan lebih penerangan lanjut berkaitan penggunaan jet mewah oleh Rosmah Mansur.

3. Sidang media turut akan diadakan oleh Rafizi Ramli pada esok dan lusa bagi menyalurkan lebih banyak maklumat berkaitan penggunaan jet mewah oleh Rosmah Mansur.

4. Rafizi juga turut mempersoalkan spekulasi campurtangan Rosmah dalam urusan UMNO dalam menentukan calon BN di Kuala Kangsar.

5. Rosmah dikatakan dipercayai ada kaitan dengan pemilihan Mastura disebabkan mereka sama-sama membesar di N9.

6. Disebabkan keadaan itu, calon BN Mastura Mohd Yazid gagal mendapat sokongan padu dari akar umbi UMNO Kuala Kangsar.

7. Rafizi turut mendesak agar Mastura menyatakan pendirian tentang kontroversi yang membabitkan Rosmah. Mastura dituntut agar membuat pendirian kerana andai terpilih dia akan menjadi wakil rakyat dan seterusnya akan berdepan dengan usul PH mengenai perkara itu. Mastura perlu membuat satu pendirian supaya berlaku lebih adil terhadap bakal-bakal pengundi di PRK Kuala Kangsar dalam melakukan penilaian.

Sidang media Rafizi ini turut mendapat perhatian kerana Rizal Mansor, pegawai khas kepada Rosmah Mansor telah datang dari jauh semata-mata mahu menghadiri sidang media Rafizi yang dikatakan sekali lagi akan mendedahkan kontroversi berkaitan Rosmah Mansor.

Walaubagaimanapun Rizal Mansor telah dihalang dari memasuki sidang media tersebut sejurus ia bermula.

Menurut Rizal Mansor kehadirannya ke sidang media tersebut adalah kerana mahu mendengar dengan telinganya sendiri apa yang ingin didedahkan Rafizi berbanding sebelum2 ini hanya membaca menerusi laporan media.

Dia juga mahu mencatit nota persoalan-persoalan yang bakal ditimbulkan Rafizi bagi memudahkan dia menjawab persoalan-persoalan itu kelak. Kehadirannya tidak membawa maksud yang jahat atau berniat tidak baik namun dia kemudiannya dihalang dari memasuki sidang media tersebut. Pegawai khas Rosmah turut menjelaskan bahawa dia sendiri tidak pasti kenapa dia tidak dibenarkan hadir ke sesi sidang media tersebut. 

Dalam pada itu, Rizal Mansor turut menasihatkan Rafizi bahawa jangan hanya berani di hadapan microfon semata-mata. Tindakan yang dilakukan oleh PKR terhadapnya sebenarnya tidak melambangkan keterbukaan media seperti yang sering dilaung2kan dan diperjuangkan oleh pembangkang. 

Rizal Mansor juga bersedia andaikata Rafizi Ramli mahu bertemunya secara peribadi dan menjawab semua persoalan berbangkit. Pejabatnya sedia mendedahkan semua perkara melainkan jika isu-isu tersebut tertakluk di bawah OSA.

Selasa, 14 Jun 2016

Rosmah Tiba Lewat Di Hari Persembahan, Tak Mungkin Beg2 Milik Peserta - Rafizi Kantoikan Rosmah KAW2.


Pegawai Khas Datin Seri Rosmah Mansor iaitu Dato' Rizal Mansor cuba jawab #misteribegbesar #jetmewah

Pelbagai alasan diberikan, saya teliti dan kaji balik. Hari ini saya tampilkan jawapan yang menyangkal semua alasan yang diberikan sebelum ini.

Setakat ini misteri masih belum terjawab, mohon sebarkan seluas mungkin agar lebih ramai yang boleh bantu selesaikan #misteribegbesar ini.

(Untuk paparan grafik penuh, sila lawati capaian http://rafiziramli.com/2016/06/sewa-jet-dan-jumlah-beg-alasan-pegawai-datin-seri-rosmah-mansor-tidak-masuk-akal/)

 14 JUN 2016

ALASAN PIHAK DATIN SERI ROSMAH TIDAK MASUK AKAL

Saya memberi masa sehingga empat hari bagi pimpinan Umno/Barisan Nasional dan pihak Datin Seri Rosmah Mansor menjawab pelbagai persoalan yang timbul ekoran pendedahan saya mengenai tindakan Datin Seri Rosmah Mansor menggunakan sebuah jet peribadi mewah yang disewa khas (ACJ319 A6-CJE) dari Emirates dan dibayar oleh rakyat bagi tujuan menghadiri sebuah majlis di Istanbul.

Malangnya tidak ada seorang pun pimpinan Umno/Barisan Nasional yang berjaya memberi penjelasan yang memuaskan. Malah kenyataan Tan Sri Annuar Musa, Ketua Penerangan Umno dan Dato’ Rizal Mansor, Pegawai Khas Datin Seri Rosmah Mansor mengeruhkan lagi keadaan kerana cuba memutar belitkan fakta.

Saya juga ingin membetulkan pembohongan-pembohongan berikut yang dibuat oleh Dato’ Rizal Mansor apabila beliau tidak ada jawapan kepada pendedahan saya:

PERTAMA: ANGGARAN RM86 JUTA TIDAK BETUL

Sehingga kini, pihak Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab menguruskan tempahan jet-jet peribadi milik Kerajaan Persekutuan masih belum memberikan angka sebenar kos yang ditanggung rakyat untuk menyewa jet ACJ319 A6-CJE selama 2 bulan. Dato’ Rizal dan pemuka-pemuka Umno cuba menjadi suara rasmi Kerajaan Persekutuan dengan memperkenalkan terma-terma seperti “dry lease” bertujuan mengelirukan rakyat agar menolak angka RM86 juta yang saya kemukakan sebagai anggaran. Konsep “dry lease” atau “wet lease” hanya terpakai sekiranya Kerajaan Persekutuan hanya menyewa jet sahaja tetapi keseluruhan operasi (dari juruterbang, pramugara, kos minyak dan lain-lain) dikendalikan oleh Kerajaan Persekutuan. “Dry lease” bermaksud sewaan jet semata-mata tanpa melibatkan kos minyak sementara “wet lease” bermaksud sewaan jet bersama-sama kos minyak yang dimasukkan sekali di dalam nilai keseluruhan sewaan.

Pun begitu, sewaan secara “dry lease” atau “wet lease” ini lebih terpakai bagi pesawat-pesawat biasa (contohnya pesawat kargo, pesawat ambulan udara, pesawat penumpan pukal dan lain-lain) dan bukannya jet peribadi mewah seperti ACJ319 A6-CJE yang dimiliki oleh Emirates ini.

Semakan saya menunjukkan setakat ini Emirates adalah satu-satunya syarikat penerbangan komersil di rantau Asia (dari kalangan syarikat penerbangan terbesar Asia) yang menawarkan khidmat jet peribadi lengkap dengan pramugara sendiri. Syarikat penerbangan komersil lain seperti Etihad masih menawarkan khidmat mewah melalui tiket kelas satu.

Ini bermakna, apabila pelanggan menempah pesawat ACJ319 A6-CJE ini, pelanggan itu membayar keseluruhan khidmat penerbangan mewah yang ditawarkan oleh Emirates melalui jet tersebut. Maka konsep tempahan ini bukanlah sewaan secara “dry/wet lease” seperti yang digembar-gemburkan Dato’ Rizal. Pesawat mewah seperti ACJ319 A6-CJE ini ditawarkan secara pakej iaitu “air charter” merangkumi keseluruhan khidmat mewah yang datang dengan pesawat tersebut.

Oleh itu, anggaran kadar RM60,000 sejam penerbangan itu adalah tepat. Mengambil kira kadar tersebut, penerbangan pergi balik dari Subang ke Istanbul yang diambil oleh Datin Seri Rosmah mengambil masa sekurang-kurangnya 24 jam – maka kos bagi penerbangan itu sahaja yang ditanggung rakyat adalah RM1.44 juta.

Jika yang dipertikaikan ialah jumlah jam penerbangan yang ditempah, maka Jabatan Perdana Menteri wajar berterus terang dan memberikan angka sebenar yang ditanggung oleh rakyat.

Saya khuatir sewaan secara “air charter” ini dibuat mengikut kadar bulanan tanpa mengira perjalanan sebenar, justeru anggaran saya bahawa ia boleh mencecah sehingga RM86 juta.

Selagi Dato’ Seri Najib Tun Razak enggan menunjukkan dokumen perjanjian sewaan “air charter” yang dimeterai dengan Emirates, ia membangkitkan kecurigaan bahawa jumlah yang ditanggung rakyat adalah tinggi.

KEDUA: BEG-BEG BESAR DIANGKAT KE RUANG MEWAH PESAWAT KERANA RUANG LETAK BEG/KARGO ADALAH SEMPIT/PENUH DENGAN BARANG PASUKAN PERSEMBAHAN PERMATA SENI

Saya pertikaikan kenyataan yang dibuat oleh Dato’ Rizal Mansor, Pegawai Khas Datin Seri Rosmah Mansor iaitu kononnya ruang letak beg/kargo bagi jet ACJ319 A6-CJE ini adalah sempit kerana telah diubahsuai.

Menurut beliau lagi, oleh kerana jet itu juga membawa barang untuk persembahan pasukan Permata Seni, ruang letak beg/kargo tidak mencukupi hinggakan beg-beg penumpang dan krew terpaksa diangkat naik ke ruang mewah pesawat. Saya telah menyemak spesifikasi keluasan ruang letak beg/kargo bagi jet ACJ319 A6-CJE ini di laman rasmi Emirates Executives di http://www.emirates-executive.com/en/the-aircraft/specifications

Berdasarkan maklumat rasmi Emirates itu sendiri, ruang letak beg/kargo boleh memuatkan di antara 30 hingga 50 beg biasa atau berat muatan 1,200 kg.

Ruang ini lebih dari cukup untuk menyimpan anggaran 12 hingga 15 beg-beg besar yang dibawa naik ke ruang pesawat.

Saya juga telah menyemak garis masa persembahan yang dibuat oleh kumpulan Permata Seni dan ketibaan Datin Seri Rosmah Mansor di Istanbul untuk menentukan sama ada alasan bahawa ruang letak beg/kargo digunakan untuk membawa barang persembahan itu benar atau tidak. Dari maklumat penerbangan yang saya perolehi bagi ACJ319 A6-CJE (yang boleh didapati menggunakan aplikasi Plane Finder), jadual penerbangan dan ketibaan Datin Seri Rosmah Mansor adalah seperti berikut:

Nota:

1) Maklumat dari Plane Finder telah disiarkan dalam kenyataan media 8 Jun 2016. Masa Plane Finder adalah masa mengikut zon masa Dubai iaitu pengkalan bagi Emirates

2) Perbezaan masa ditentukan menggunakan aplikasi Travelmath seperti di dalam Lampiran A

3) Tempoh perjalanan udara ke destinasi ditentukan menggunakan aplikasi Travelmath seperti di dalam Lampiran A

4) Masa adalah mengikut zon masa destinasi Berdasarkan kiraan di atas, Datin Seri Rosmah Mansor hanya tiba lewat petang sedangkan persembahan oleh kumpulan Permata Seni dilaporkan berlaku petang Rabu itu juga

(rujuk laman

http://www.gpsbestari.com/berita/permata-terima-anugerah-kebajikan-kanak-kanak-3g-1.525586

serta laporan-laporan media perdana di

http://www.thestar.com.my/news/nation/2016/05/27/permata-to-receive-global-award-for-its-achievements/

dan

http://www.utusan.com.my/rencana/istanbul-26-mei-isteri-perdana-menteri-datin-seri-rosmah-1.335104 ).

Maka adalah tidak masuk akal barang-barang persembahan untuk Permata Seni dibawa di dalam jet ACJ319 A6-CJE yang disewa itu kerana tempoh masanya adalah terlalu singkat di antara jet itu mendarat dan peserta-peserta perlu bersiap sedia untuk membuat persembahan.

Saya berpendapat sebenarnya barang-barang persembahan bukanlah sebab ruang kargo menjadi sempit seperti yang didakwa oleh Dato’ Rizal Mansor.

Berdasarkan fakta-fakta di atas, sehingga kini pimpinan Umno dan pihak Datin Seri Rosmah Mansor masih belum menjelaskan berapa jumlah kos yang ditanggung rakyat dan apa kandungan beg-beg yang sehingga ia dibawa naik ke ruang mewah pesawat?

RAFIZI RAMLI NAIB PRESIDEN/SETIAUSAHA AGUNG AHLI PARLIMEN PANDAN

Tutup Aurat, Jangan Makan Di Hadapan Muslim - Mufti Kelantan Diejek Netizens.

Baru-baru ini Mufti Kelantan dipetik sebagai berkata ;

Bukan Islam di Malaysia digesa memakai pakaian yang sopan dan mengelak daripada makan atau minum di depan umat Islam pada bulan Ramadan.
Mufti Kelantan berkata Datuk Mohamad Shukri Mohamad mereka patut “bertimbang rasa” dan berpakaian elok untuk mengelak umat Islam merosakkan puasa mereka.
“Tidak salah untuk berpakaian seperti yang mereka suka tetapi mereka perlu timbang rasa kerana bila orang Islam, terutama sekali lelaki, terserempak mereka di tempat awam, ia dianggap haram,” katanya dipetik daripada Malay Mail Online.
Beliau juga menggesa bukan Islam tidak makan atau minum di depan umat Islam ketika bulan puasa.
Mufti itu juga berharap wanita Islam akan berpakaian mengikut syariah dan menjaga tingkah laku serta bahasa mereka.
“Ini adalah sebahagian daripada ajaran agama. Islam juga mengajar umatnya tidak membazir ketika membeli-belah di bazar Ramadan. Makanan ringkas cukup untuk berbuka puasa,” katanya dipetik daripada portal berita itu.
Setakat ini, Jabatan Hal Ehwal Islam Kelantan menahan 31 wanita Islam kerana tidak menutup aurat atau berpakaian menjolok mata, sejak Ramadan bermula Isnin lalu.
Aurat wanita Islam ialah seluruh tubuhnya kecuali muka dan tapak tangan, sementara lelaki ialah antara pusat dan lutut.
Pada Ramadan, umat Islam wajib berpuasa dari terbit matahari hingga terbenam matahari.
Tindakan itu kemudiannya mengundang reaksi negatif netizens. Kenyataan itu telah mengundang kritikan hebat terhadap Mufti Kelantan. Seiringan dengan tindakan Kelantan menyaman 31 wanita yang dikatakan berpakaian ketat di sekitar Kelantan ketika di bulan Ramadhan.
Mufti Kelantan kemudiannya diejek dan diperlekehkan di laman sosial, tidak kurang itu, hudud yang diperjuangkan PAS turut dikaitkan.
Berikut adalah beberapa kritikan oleh netizens ;







Tindakan saman 31 wanita yang berpakaian ketat turut mengundang reaksi negatif sebilangan netizens ;
Namun tidak semuanya memberikan reaksi negatif terhadap kenyataan Mufti Kelantan. Masih ada yang menyokong kenyataan tersebut dan meminta agar semua pihak untuk menghormati hukum Allah. Bukan-Muslim pula dinasihati agar menghormati keistimewaan bulan Ramadhan kerana ianya adalah sebulan dalam setahun berbanding muslim yang sentiasa mengamalkan sikap tolenrasi dengan bukan-muslim sepanjang tahun.
Pendapat aku simple aje. Kau yang puasa, kau yang menahan. Orang yang tak berpuasa, janganla heret mereka. Dengan mengheret mereka, itu bermaksud "aku baru je paksakan kepercayaan aku ke atas kau, so what?".
Tapi dalam waktu yang sama kemain beria canang, bagi ku agama ku, bagi kau agama kau, padaiyapa punya twist. 
KAHKAHKAH
KAHKAHKAHKAH
KAHKAHKAHKAHKAH

Isnin, 13 Jun 2016

Hadi Hanya 'Nampak Dedak' Dakwa Mahathir - Betul Ke Hadi?

Baru-baru ini pelbagai laporan media alternatif melaporkan bahawanya Mahathir dipetik sebagai berkata ;

Bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mendedahkan bahawa beliau telah menemui Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bagi menerangkan dakwaan salah laku Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak.
"Saya jelaskan secara peribadi kepada Hadi mengenai salah laku Najib tetapi apa yang dia nampak ialah dedak," kata Mahathir kepada kira-kira 300 hadirin dalam majlis anjuran Pakatan Harapan di Kuala Kangsar, hari ini.
Ketika diminta menjelaskan apa yang dimaksudkan beliau itu semasa sidang media sejurus selepas majlis berkenaan, Mahathir berkata, beliau tidak pasti sama ada Hadi makan dedak atau belum.
"Tetapi untuk mengatakan dia tidak tahu mengenai salah laku Najib adalah mustahil kerana saya telah berikan penjelasan panjang lebar mengenai perkara itu," katanya.
Antaranya ialah pembentukan 1Malaysia Development Bhd. (1MDB) dan dakwaan penyalah gunaan dana firma pelaburan milik negara itu, kata Mahathir lagi.
"Ia adalah perkara yang saya telah menjelaskan kepada Hadi dan beliau mengakui bahawa terdapat beberapa kebenaran di dalamnya apabila bertemu dengan saya.
"Tetapi akhirnya, kerana dia kini bersendirian dan PAS tidak lagi mempunyai sekutu , sebab itu dia sedang berjuang di sisi Najib," katanya.
Perjuangan semasa PAS, katanya, adalah semata-mata untuk membantu Najib.
Walaubagaimanapun, Hadi tampil dengan kenyataan menafikan dakwaan Mahathir ketika disoal pemberita.
Berikut ialah kenyataan balas Hadi ;
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengakui bahawa bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menemui beliau tiga bulan yang lepas untuk membincang rencana menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Abdul Hadi berkata beliau bagaimanapun menolak pelawaan itu kerana menganggap ia tidak memberi sebarang faedah kepadanya mahupun parti itu.
"PAS tidak menentang individu...tidak menentang orang tapi menentang pendekatan menggunakan konsep dan dasar.
"Sekiranya (kalau) orang diubah tetapi dasar dan pendekatannya sama, tiada perubahan juga," katanya kepada pemberita
ketika melakukan sesi 'walkabout' di sekitar bazar Ramadan pekan Sekinchan, di sini hari ini.
Mengenai dakwaan Tun Mahathir bahawa beliau (Abdul Hadi) makan 'dedak' Najib, Presiden PAS itu secara sinis memulangkan soalan siapa yang mula mengajar memberi dedak sebelum ini?.
"Kerana PAS tidak makan dedak maka dengan itu PAS boleh teruskan perjuangan tak ada politik wang, politik BR1M, siapa yang ajar?.
"Selagi tak mengubah pendekatan, tak ubah perangai, selagi itulah perkara ini akan berlaku," ujar beliau.
1. Hadi dan Mahathir mengakui masing2 pernah bersua bagi membincangkan kerjasama untuk menjatuhkan Najib.
2. Walaubagaimanapun perbincangan tersebut menemui kegagalan kerana Hadi dikatakan 'nampak' dedak dan kini sedang berjuang disisi Najib dakwa Mahathir.
3. Hadi pula apabila disoal bagi menjawab dakwaan Mahathir sebaliknya memilih untuk menyindir dakwaan tersebut malahan memulangkan semula paku buah keras kepada Mahathir dengan mempersoalkan politik makan dedak ini sebenarnya ajaran siapa..
Lebih kurang begitulah kesimpulannya jika membaca kedua-dua laporan berita tersebut.
Hadi juga dilaporkan berkata bahawa perjuangan PAS ialah menentang dari segi dasar dan bukan tertakluk kepada menjatuhkan individu semata-mata.
Dalam pada itu, terdapat individu di laman sosial yang mempersoalkan intergriti Hadi ;

Penyokong PAS walaubagaimanapun menafikan dakwaan itu sekeras-kerasnya dengan mengatakan ini adalah satu lagi bentuk fitnah terhadap pemimpin PAS dikala kempen PRK.
Bahkan dakwa sebahagian dari mereka, kenyataan Mahathir di pentas PH adalah bagi melemahkan sokongan terhadap PAS ini kerana Hadi sebelum ini secara terbuka menolak Deklarasi Rakyat dan kenapa baru sekarang Mahathir memilih untuk mendedahkan perjumpaan mereka? Dan dakwaan Mahathir mengenai 'nampak dedak' adalah satu lagi dakwaan kosong bagi mencemarkan intergriti pimpinan PAS.
Dalam erti kata lain, ia adalah satu strategi politik iaitu mencipta propaganda bagi melemahkan pihak lawan. 
Tuduhan itu kemudiannya, telah dipinda oleh Abe Awang Malaya ;

Daripada dakwaan, ia bertukar kepada pertanyaan. Ini sekaligus menguatkan kata-kata penyokong2 PAS di laman sosial bahawa penyebaran kenyataan berkenaan adalah satu fitnah terhadap batang tubuh TGHH. 
Dakwa mereka lagi, jika benarlah tuan guru memakan rasuah kenapa tidak melaporkan kepada SPRM. Tambahan pula, apa buktinya tuan guru menerima hadiah-hadiah tersebut? Sekurang2nya tunjukkanlah gambar kenderaan dan gambar rumah tersebut dan bukannya sekadar bercakap kosong.
Pro PAN di laman sosial setakat ini masih gagal membuktikan dakwaan mereka terhadap Hadi Awang. Namun demikian, mereka masih menyebarkan ia dengan tujuan mempercayai dakwaan tersebut.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...