Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 16 Jun 2016

Uturn Kajian Daya-Maju Terowong Dasar Laut, LGE, Zarul Dipertikaikan Kerana Menyalahkan Puasa Sebagai Alasan Tersilap Cakap.

Lim Guan Eng dalam beberapa minggu kebelakangan ini menghadapi tekanan bertubi-tubi dari beberapa pihak disebabkan kontroversi pembinaan projek terowong dasar laut.

Liputan meluas media tentangnya memaksa Lim Guan Eng mengadakan sidang media khusus beberapa kali untuk menjelaskan apa yang didedahkan oleh PCM = Parti Cinta Malaysia dan Gerakan Pulau Pinang serta menteri Rahman Dahlan. 

Serangan bertubi2 dari kem BN dan pro BN ke atas kerajaan DAP Pulau Pinang menerusi pelbagai media massa termasuklah TV3 sebenarnya agak membimbangkan juga kerana kegagalan Lim Guan Eng menangkis serangan-serangan tersebut dengan menyakinkan dan ini boleh menimbulkan persepsi bahawanya apa yang didakwa oleh kem-kem berkenaan adalah benar.

Baru-baru ini portal Malaysiakini melaporkan 
ini ;


Laporan itu menyebut bahawanya kajian kebolehlaksanaan terowong dasar laut diarahkan henti walaupun konsortium telah siapkan kajian sebanyak 83%.

Jurucakap Konsortium Zenich-BUCG, Zarul Ahmad Mohd Zulkifli menyatakan bahawanya arahan untuk menghentikan kajian kebolehlaksanaan itu datangnya dari kerajaan negeri dan mereka tidak tahu menahu atas alasan apa mereka diarahkan menghentikan kajian berkenaan. Walaubagaimanapun Zarul turut menyatakan ia berkemungkinan kerana kerajaan negeri mahu konsortium berkenaan menyempurnakan kajian ke atas 3 projek lebuhraya terlebih dahulu.

Arahan menghentikan kajian kebolehlaksanaan itu telah dikeluarkan pada bulan lepas tambah Zarul lagi.

Zarul turut dilaporkan berkata bahawa projek lebuhraya dijangka akan memulakan kerja-kerja pembinaan pada September 2016 dan akan siap menjelang tahun 2022. Projek pembinaan tiga lebuhraya berkenaan akan mencecah kos sebanyak 2 billion.

Selepas laporan itu disiarkan, ianya menjadi sensasi kerana kerajaan negeri Pulau Pinang dipersoalkan tentang wang yang telah dibayar kepada konsortium berkenaan untuk melakukan kajian tersebut.

Menurut laporan dari NSTP suatu ketika dahulu ada dinyatakan bahawanya kerajaan negeri paling tidak telah pun membayar sebanyak rm139 juta ringgit kepada konsortium bagi melakukan beberapa kajian kebolehlaksanaan terhadap beberapa projek berkaitan pembinaan terowong bawah tanah. Selain dari mempersoalkan kewajaran jumlah bayaran yang dipercayai mencecah 305 juta untuk kajian berkenaan, menteri tersebut turut mempersoalkan atas alasan apa kerajaan negeri membayar mahal-mahal atas kajian yang belum dilengkapkan. Sebelum ini pihak yang sama turut mempersoalkan kos sebanyak 305 juta bagi menyiapkan beberapa kajian kebolehlaksanaan ialah satu amount yang tidak munasabah.

Kerajaan negeri turut dipersoalkan samada konsortium yang terpilih bagi menyediakan kajian berkenaan dipilih secara open-tender (merit) ataupun secara crony-based.

Rujuk laporan berita tersebut disini.

Laporan dari Malaysiakini pula pernah menyiarkan satu surat dari individu yang concern tentang pembinaan projek terowong dasar laut yang baginya akan merosakkan keseimbangan ekosistem dan alam sekitar.

Individu berkenaan mempersoalkan kenapa kerajaan tidak bertindak mengumumkan hasil kajian tersebut kepada umum kerana setakat ini umum seolah-olah seperti tidak tahu apa-apa langsung berkaitan perkembangan kajian tersebut. Malahan tiada 'tanda-tanda' bahawanya suatu kajian geological sedang dijalankan di kawasan-kawasan yang terbabit dengan pembinaan terowong dasar laut memandangkan tiada 'kelibat' peralatan-peralatan berkaitan kajian ditemukan.

Individu itu mendesak agar konsortium mendedahkan sepenuhnya hasil kajian kepada umum untuk dinilai rakyat sendiri bagi menafikan persepsi bahawanya ianya mungkin 'fake-study'.

Malahan kerajaan negeri turut dipersoalkan kewajaran membayar konsortium yang terpilih bagi melakukan kajian maju-daya (kebolehlaksanaan) dengan sejumlah tanah yang dimiliki oleh kerajaan negeri. Tanah2 tersebut seluas 9 hectar yang terletak di Seri Tanjung Pinang 1 (STP1).

Rujuk surat berkenaan itu disini. 

Rentetan dari laporan yang disiarkan oleh Malaysiakini pada 14 June 2016 itu, Lim Guan Eng dan Zarul kemudiannya mengadakan satu lagi sidang media (tergempar?) bagi menjelaskan kekeliruan yang wujud.

Zarul dalam sidang media yang disiarkan menerusi laporan TV3 semalam menyatakan bahawa kajian maju-daya (kebolehlaksanaan) yang sedang dijalankan bagi membina terowong dasar laut telah siap sebanyak 83% dan tidak pernah diarahkan henti oleh kerajaan negeri.


Zarul turut menjelaskan bahawanya dia tersilap cakap ketika mengatakan bahawa kajian berkenaan diarahkan henti tanpa sebarang alasan diberi. Zarul mengatakan dia berpuasa adalah punca kenapa dia tersilap cakap. Lim Guan Eng turut membenarkan penjelasan Zarul kerana turut hadir di sidang media berkenaan. Lim Guan Eng turut mengulangi bahawanya Zarul berpuasa kerana itu dia tersilap mengeluarkan kenyataan ketika di sesi sidang media sebelumnya.

Alasan itu kemudiannya diperlekehkan dan dipersendakan oleh netizens kerana dianggap merendah-rendahkan akal manusia.

Mana mungkin seseorang yang sekalipun dia berpuasa boleh lupa samada kajian tersebut masih dijalankan ataupun telah diarahkan henti apatah lagi ianya berlaku pada bulan lepas. Tak mungkin jurucakap Konsortium Zenich-BUCG boleh melakukan kesilapan besar itu memandangkan dia berjawatan tinggi dalam konsortium berkenaan. Jawatannya ialah pengerusi. Bukannya office boy.

Aku menonton sidang media pembetulan pada semalam yang disiarkan oleh TV3. Dalam sidang berkenaan reaksi wajah Zarul seolah-olah seperti kehilangan arah dan sedang mematuhi arahan. Bahasa badannya jelas menunjukkan dia berada dalam 'confusion-state' dan tidak bersedia langsung untuk melakukan sidang media pembetulan. Lim Guan Eng pula sepertinya seorang bapa yang sedang membetulkan anaknya yang berbuat salah.

Menurut pendapat aku, kemungkinan besar dia telah 'dibrainwash' kerana mengeluarkan satu kenyataan yang menyebabkan tindakan negeri Pulau Pinang dipersoalkan.

Nampaknya isu terowong dasar laut dan 3 projek lebuhraya ini bukan sekadar projek yang biasa-biasa. Misteri-misteri dan persoalan-persoalan yang dikaitkan dengan projek-projek berkenaan perlu diperjelaskan secara terperinci oleh kerajaan negeri dalam bentuk dokumentasi dan forum khusus. Harapnya kerajaan negeri Pulau Pinang bersedia melakukan pencerahan dan penerangan kepada rakyat Penang andai benarlah korang kena fitnah. Jangan asyik nak mengatakan korang difitnah tanpa membuktikan bahawanya korang sememangnya kena fitnah. 

Kbai.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...